43 responses to “2.0 Prosedur & Panduan

    • terima kasih dengan pertanyaan putri jasmine kepada kami. sebelum itu, adalah lebih baik putri mengkaji dahulu sesuatu agama itu. sebab apa? yang penting adalah putri mengetahui bahawa sesuatu agama yang kita ingini akan menjadi panduan terbaik dalam hidup kita. dalam masa yang sama juga putri akan berpuas hati dengan satu agama yang dianuti malah boleh diamalkan dalam kehidupan kita bukan sahaja kita mendapat kebaikan di dunia tapi juga di akhirat sana (selepas mati). putri belilah buku-buku tentang Islam sbg contoh Islam the misunderstood religion dsb. jemput layari http://israelu09.blogspot.com/2009/10/kenapa-islam-tak-benarkan-tukar-agama.html

  1. assalammualaikum…
    Saya Haslinda, ingin bertanya tentang prosedur masuk islam. Adakah boleh teman saya terus menikahi saya sebaik saja dia memeluk islam di malaysia…
    atau adakah prosedur lain selepas memeluk islam dan sebelum bernikah?

    • Wa’alalikumsalam wrh wbh saudariku, tahniah kerana anda mendekati teman anda dengan Islam. Untuk persoalan itu, bila dah masuk Islam, memang dah boleh bernikah apatah lagi pergi umrah dan haji. Cuma saranan kami di Hidayah Centre adalah lengkapi teman anda itu dengan ilmu agama Islam dan beri galakan untuk pergi ke KAFA (Kelas Asas Fardhu ‘Ain). Tujuannya agar saudara baru itu boleh membimbing diri dan keluarganya ke arah Islam yang dituntut. Moga ia membantu saudari.

  2. Salam sejahtera, saya seorang bukan Muslim (warganegara Malaysia), kini bekerja di Canada dan ingin balik ke malaysia untuk berkahwin dengan seorang Muslim.(bukan warganegara Malaysia) . Saya mesti berkahwin dalam masa satu bulan sebab hanya diberikan cuti 4 minggu. Sempatkah saya dapat sempurnakan kesemua prosedur masuk Islam dan berkahwin dengannya dalam masa 4 minggu itu. Saya juga terpaksa mendaftarkan perkahwinan saya di Kedutaan Canada sebelum balik ke Canada agar dapat “sponsor” suami di masa depan. Please guide me. Thank you very much.

    • Salam sejahtera saudariku. Tahniah kerana memilih Islam sebagai agama yang terbaik untuk saudari. Proses pengIslaman di Malaysia, cepat dan mudah cuma proses perkahwinan tersebut saudari perlu hubungi jabatan agama untuk maklumat lanjut. Insya’Allah, moga Allah permudahkan urusan saudari nanti. Mohon juga saudari dan teman agar sediakan semua salinan maklumat peribadi saudari dan teman spt kad pengenalan dsb agar memudahkan saudari mendaftar. Prosedur perkahwinan bila berkahwin dengan bukan warga Malaysia memang begitu di mana saudari kena buat pendaftaran di kedua-dua negara. Moga ia membantu saudari.πŸ™‚

      • Terima kasih kerana”reply” dengan cepat sekali. Bolehkah saya memeluk Islam di pejabat hidayahcenter? Berapakah lama prosesnya dan berapa lama sebelum dapat sijil akuan masuk Islam? Terima Kasih.

  3. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Saya tinggal di Kelang, Dimanakah tmpt yg paling dekat untuk saya daftar dn belajar islam?

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudariku. Saudari boleh hubungi terus sahabat kami di IKRAM Klang iaitu Haji Aizuddin 019-3593592 atau Haji Rosdin 019-3196898. Saudari boleh tanya dan insya’Allah mereka boleh bantu saudari. Moga ia memudahkan kerja-kerja saudari.πŸ˜‰

  4. Assalamualaikum wrh wbh…

    Boleh saudara emel/paparkan no. akaun bank Hidayah Centre Penang @ saluran alternatif untuk tujuan pemberian sumbangan.

    Terima kasih.
    Wassalam.

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudaraku. Jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan kepada Hidayah Centre. Semoga Allah menambah lagi rezeki saudara dan banyak menginfakkan ke jalan jihad Allah. Untuk akaun HC Penang, ini makulmatnya : Bank Muamalat atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia”, No akaun: 0702 0000 1657 13. Moga ia membantu saudara.

  5. salam..sy mahu bertnya,apakah hukum jika kita y beragama islam untuk tinggal di rumah bakal rumah mertua yang beragama kristian(seperti ketika mahu pulang bercuti dan sebagainya)..adakah boleh utk berkongsi pinggan mangkuk dan yang lain2..utk pengetahuan,keluarga bakal mertua juga tidak memakan babi ataupun ape2 je y diharamkan didlm islam..

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah kepada saudari yang akhirnya ingin membawa bakal suami kepada Islam dan seterusnya meneruskan dakwah kepada bakal keluarga mertua nanti. Kami doakan usaha saudari. Berkenaan tentang menginap sementara di rumah bakal mertua tu sebenarnya tiada masalah malah amat digalakkan bagi tujuan menjinakkan dan beri pendedahan kepada mertua tentang Islam terutamanya konsep keluarga Islam. Pinggan mangkuk yang digunakan itu pun juga tidaklah menjadi haram kepada saudari dan keluarga saudari jika ingin menggunakannya dalam penyediaan makanan. Bagi mengelakkan keraguan, adalah lebih baik jika saudari menjadi tukang masak yang secara tak langsung menunjukkan satu contoh baik kepada mertua dan keluarga suami kelak. Masya’Allah bayangkan jika saudari yang masak dan ia menjadi kegemaran pada keluarga mertua. Pasti seronok mertua menerima anak menantu sebegini. Moga ia membantu saudari.πŸ˜‰

  6. Salam wbt..Saya ada kawan perempuan berbangsa cina dan dia telah memeluk Islam dua tahun lalu setelah mendapat hidayahNya di luar negara. Sekarang ini dia berhajat hendak balik ke Malaysia dan dia bertanya pada saya tempat yang sesuai untuk dia tinggal. Dia sangat inginkan biah solehah tu, nak solat di masjid dan tanya tentang keadaan masyarakat di Malaysia. Setakat ni, saya hanya terfikirkan bandar baru bangi. Dan lebih elok jika dia dapat menyertai program-program seperti ni. Harap pihak anda dapat membantu.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Alhamdulillah saudari suka membantu sahabat yang baru memeluk Islam. Tahniah. Jika saudari belum berumah tangga, kami cadangkan biarlah sahabat saudari itu tinggal bersama saudari dan ada sahabat yang membimbing beliau. Jika tidak boleh, saudari boleh hubungi Pengurus HC Saujana Puchong, Haji Md Noor 019-3592566 untuk tempatkan sahabat ini di sana. Cuma di sini, adalah lebih jika saudari plan betul-betul apakah keperluan sahabat saudari ini bila tiba di Malaysia agar mudah saudari bertanya kepada kami/mana-mana NGO lain yang ingin menerangkan Islam. Jika ingin sertai program-program dakwah sebagai contoh saudari bolehlah layari laman web Pertubuhan IKRAM Malaysia @ MACMA @ PERKIM Gerak untuk melihat program-program berkaitan. Moga ia membantu saudari.πŸ˜‰

  7. saya berasal dari sarawak dan berbangsa iban..niat hati ingin sekali pelajari tentang islam..tapi keluarga menghalang..apa boleh kah saya peluk islam tanpa kebenaran keluarga terlebih dahulu dan biarkan mereka tahu dengan sendiri apabila masanya sudah tiba…

    • Salam sejahtera saudariku. Tahniah kerana ingin memeluk Islam. Datanglah ke pejabat kami di Taman Melawati untuk pengIslaman. Tentang pengIslaman itu, terserah pada saudari jika ingin rahsiakan pun boleh lepas itu baru maklumkan pada keluarga. Jika nak terus maklumkan dulu pun boleh sekiranya keluarga boleh menerima penghijrahan saudari. Adalah lebih baik rahsiakan dulu dan dalam masa yang sama cepat-cepat perdalamkan diri dengan ilmu Islam. Kemudian, maklumkanlah pada keluarga dengan hati yang tenang diiringi doa kepada Allah swt agar keluarga saudari melihat saudari adalah orang yang ditunggu dengan penuh kasih sayang. Itu pun bergantung pada situasi keluarga saudari, jika 5 tahun lagi sesuai dimaklumkan silakan. Jika tak, tunjukkanlah teladan baik yang Islam ajar agar mereka nampak keindahan Islam itu melalui saudari yang insya’Allah boleh membuka hati keluarga kelak. Insya’Allah, amin3. Kami juga ada bekas-bekas saudara/i baru yang boleh kongsikan pengalaman Islam mereka yang mungkin jadi pemangkin saudari nanti. Moga terus bersemangat dan semakin cintakan Islam yang akhirnya Islam adalah agama hidup dan mati kita nanti. Moga ia membantu saudari.πŸ˜‰

  8. Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah kerana mendekatkan diri teman lelaki dengan pengIslaman. Teruskan perjuangannya ye! Untuk soalan saudari tu, mudah saja datanglah ke pejabat kami dengan membawa teman lelaki tersebut dan berjumpa saudara Zun ‘Arif hakim 017-3667 126. Cuma kena bawa 4 keping gambar untuk kami bawa teman saudari tersebut didaftarkan semula di jabatan agama. Mohon hubungi kami ye.πŸ˜‰

    Tentang nikah itu kemudian kita uruskan sebab kena dapatkan kad pengakuan Islam dulu, kemudian tukar kad pengenalan dan barulah boleh buat urusan pernikahan. Yang penting sekarang ini adalah teman lelaki saudari perlu jalani KAFA dan kursus intensif, malah pihak kami pula tekankan agar teman lelaki saudari kena faham, kenal, cinta dan hayati Islam dulu baru beliau mudah untuk bersedia bila menjadi pemimpin rumahtangga. Moga ia membantu saudari.πŸ™‚

    • terima kasih banyak2 ustaz. saya telah menyuruh teman lelaki saya menghubungi haji kamal khalil, cawangan johor. insya-allah dia akan menghubunginya.

      terima kasih sekali lagi ustazπŸ™‚

  9. Salam hidayah centre,
    Saya mempunyai teman lelaki berbangsa cina yg telah memeluk Islam (Muhammad Mizan) pada 02 july 2011 yg lepas. Syukur pd Allah.Semua ahli keluarga saya dapat menerimanya dan dia juga tabah.Saya juga rasa begitu rendah diri dengannya kerana dia memiliki hati yg besar untuk belajar lebih mendalam ttg agama Islam sedangkan saya yg dilahirkan sebagai seorg Islam tidak mampu patuh sepenuhnya pada ajaran Islam. Ini memberi tamparan besar pada saya utk bertaubat dan berusaha utk belajar dan beramal dgn lebih mendalam.
    Masalah yg kami hadapi.selepas diatelah melalui proses pengislaman di JAWI, dia perlu melalui Kelas Fardhu Ain..tetapi kami tidak tahu kemana kelas yg sesuai utk dihadiri.Saya amat berbesar hati jika Muhammad Mizan sendiri dapat berkumpul bersama rakan2 cina muslim dan ustaz untuk dia bertanyakan masalah dan dapat membimbing dia,Dalam masa yg sama, sy juga ingin belajar agama bersama..Kami ingin sentiasa dekat dan aktiviti2 Islam yg dianjurkan Hidayah Centre.

    • Assalamu’alaikum Siti Nurbaya.
      Pihak kami memohon maaf atas kelewatan menjawab persoalan pn.
      Mendengar berita pengIslaman teman lelaki, sungguh memberikan khabar gembira buat dunia Islam seluruhnya. Alhamdulillah.
      Untuk pengetahuan Siti, Hidayah Centre pusat (di Taman Melawati) dalam rangka menganjurkan kelas pengajian Islam kepada saudara-saudara baru khusus untuk memantapkan akidah dan kefahaman Islam kepada mereka. Secara peribadi, saya berpendapat sebaiknya Siti perlu memberi sokongan moral kepadanya sama ada dengan membeli bahan-bahan bacaan Islam yang boleh meningkatkan kefahaman beliau terhadap dunia Islam mahupun melalui kata-kata rangsangan yang membantu dirinya meningkatkan keyakinan kepada Islam sebagai agama yang suci.
      Untuk makluman Siti juga, di Hidayah Centre sendiri terdapat tokoh-tokoh saudara baru yang menjadi contoh kepada masyarakat. Jika Siti bercadang untuk Muhammad Mizan mengikuti bimbingan, boleh hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669 untuk dirujuk kes ini kepada mereka yang berkenaan.
      Terima Kasih kerana bertanya !πŸ™‚

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  10. salam, sy ingin bertanya, kawan saya dari itali, ingin memeluk agama islam..bagaimana?boleh e-mail kn saya detail2 itu? selain itu berapa lama kawan sya perlu tinggal di malaysia sebab dia bekerja sbgai anak kapal.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbhr saudariku. Tahniah kerana berdakwah dan seterusnya mengajak teman saudari mengenal Islam melalui perkahwinan. Moga Allah terus kuatkan taqwa dan iman saudari dan pasangan saudari. Saudari bolehlah datang ke pejabat kami dengan menghubungi Encik Zun ‘Arif atau Puan Alya di 03-4108 9669. Atau saudari juga bolehlah datang ke pejabat agama untuk dapatkan tunjuk ajar. Insya’Allah mereka sedia membantu saudari. Moga dipermudahkan urusannya.πŸ˜‰

  11. salam sejahtera…saya seorang bukan muslim {waganagara malaysia},berasal dari sarawak dan berkerja di mersing johor sekarang ingin masuk islam,dimanakah tempat yang boleh saya rujuk bagi mendekatkan diri dengan agama islam serta bagaimanakah prosedur untuk saya memeluk islam.

    • Salam sejahtera En. Lee Seng Wei.
      Tahniah saya ucapkan bagi pihak Hidayah Centre kerana memilih dengan tepat untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.
      Mohon jasa baik En. Lee untuk memberi no. telefon yang boleh pihak HC hubungi untuk tindakan lanjut.
      Boleh email personally ke hidayah.centre@gmail.com atau hubungi 03-41089669.
      Kami akan segera menghubungkan En. Lee dengan PIC Hidayah Centre di Johor.

      Terima kasih.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  12. Assalamualaikum hidayah centre,

    Saya ingin bertanya soalan bagaimana cara sesaorang non muslim ingin memeluk islam jika dia bawa umur dan adakah pihak Tuan meyediakan ape2 bentuk perlindungan.

    • Wa’alaikumussalam.
      Pihak HC memohon maaf atas kelewatan memberi maklum balas.
      Bagi kes-kes pengIslaman di bawah umur, pihak kami tetap akan menguruskannya. Segala maklumat akan dirahsiakan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemohon. Tetapi, dari segi undang-undang Malaysia, seseorang yang belum mencapai umur 18 tahun pada tarikh dia memohon untuk menukar agama adalah tidak dibenarkan. Namun, dari segi undang-undang agama Allah, tiada had umur yang menghalang bagi seseorang yang berhasrat memeluk Islam. Tiada batas umur.
      InsyaAllah, Hidayah Centre juga menyediakan rumah perlindungan sementara bagi saudara baru yang memerlukan perlindungan.

      Sebarang masalah, boleh hubungi ibu pejabat kami di talian 03-41089669.
      Semoga membantu.

      Sis Alya, Peg. Eksekutif Dakwah Hidayah Centre Pusat.

  13. salam,
    saya mempunyai kenalan non muslim dan amat berhajat untuk mengajakny memasuki Islam..bagaimanakah cra yang berhikmah supaya dia tidak menjauhi sy malahan tertarik dgn Islam seikhlas hatinya..mohon diemailkan jawapannya..t.kasih..

  14. sya bbangsa beketan basal dri srwak…sya sangat2 bminat utk msuk islam dan bminat dgan ajaran islam tp saya x thu prosedure utk msuk islam…apa yang ptut sya lakukn utk mnganut agama islam

    • salam sejahtera saudara..
      pihak kami memohon kemaafan andai terlewat dalam menjawab soalan saudara…

      *pihak kami mengucapkan “tahniah” kerana memilih jalan yang tepat. prosedur memeluk agama Islam sangat mudah dan tidak menyusahkan. oleh itu, boleh kami dapat maklumat detail saudara seperti phone number bagi memudahkan kami berhubung dengan saudara. pihak kami akan menjelaskan dengan lebih lanjut serta membantu saudara dalam urusan pemelukan Islam. Atau saudara boleh menghubungi kami di Hidayah Centre 0341089669

      *pihak kami akan sedaya upaya akan membantu saudara dan semoga urusan saudara dimudahkanNya….

      *Noor Erma Azila Binti Mohd Pawzi (erma)
      Eksekutif Dakwah,
      Hidayah Centre

  15. salam hidayah centre.. saya ada teman lelaki yang ingin masuk islam kerana hendak menikahi saya.. namun bila saya tanya dia kenapa ingin masuk islam dia akn mnjwb dia rasa tenang dengan islam.. Namun saya takut keluarga dia tidak menerima dia jika dia mengubh agamanya.. Yang saya tahu dia sudh 2 tahun tdk pergi gereja.. Apa yang perlu saya lakukan? Di mana saya boleh rujuk jika rakan saya ini ingin masuk agama islam?? Harap hidayahcentre dpt membantu saya.. Terima kasih..

    • waalaikumsalam w.b.t

      saudari… alhamdulillah… teman lelaki saudari ingin memeluk Islam. pernikahan itu adalah salah satu jalan hidayah Allah, oleh itu saudari jangan khuatir atau risau. saudari,

      umumnya, apabila sesorang non-Muslim ingin kembali ke agama asal (Islam), kebanyakkan keputusan mereka ditentang oleh keluarga malah ada keluarga yang membuangnya. akan tetapi saudari, biasanya kes seperti itu tidak makan masa yang lama. kami di Hidayah Centre akan cuba sedaya upaya membantu saudara baru jika terdapat pelbagai masalah. urusan pemelukkan Islam teman lelaki saudari perlu dipercepatkan… saudari boleh datang terus ke Hidayah Centre untuk meminta pandangan serta pemelukkan Islam.

      Semoga urusan saudari dimudahkan Allah..^_^

      Noor Erma Azila Binti Mohd Pawzi
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre

  16. assalamualaikum sya suda berkahwin dan suami saya mualaf berbangsa cina,saya dan suami tidak tinggal bersama,saya sekarang menetap bersama mak mertua saya,apakah hukum nya saya menetap di sini,bagaimana dgn amalan saya ?solat saya diterima ke?amalan saya ?serta bagaimana cara untuk pujuk beritahu suami sya.harap dapat bantu saya

    • Wa’alaikumussalam..
      Sebelum itu, boleh jelaskan kenapa puan tidak tinggal bersama suami sebaliknya tinggal bersama ibu bapa beliau?
      Jika keadaan tersebut atas persetujuan bersama antara suami dan Puan, tiada masalah puan teruskan amalan sebagai seorang Muslim di rumah mentua walaupun mereka bukan beragama Islam. Pujuk suami atas sebab apa puan?

      Harap puan dapat hubungi saya di talian 03-41089669 untuk saya/Hidayah Centre bantu.
      Semoga Allah permudahkan semua urusan puan.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ

  17. Assalamu’alaikum.. orang Indonesia tidak boleh mengajukan bantuan dari sinikah?

    • Wa’alaikumussalam saudaraku.
      Setakat ini kami hanya memproses bantuan yang dipohon secara terus/ bersemuka di pejabat kami.
      InsyaAllah, cuba rujuk jabatan agama yang menguruskan hal ehwal saudara baru di Indonesia.

      Kami di Hidayah Centre doakan semoga Allah permudahkan segala urusan saudara Fauzan sekeluarga.
      Tingkatkan usaha mencari rezeki halal di bumi Allah, jangan lupa berdoa memohon kemurahan rezeki daripadaNya dan bertawakkallah.
      InsyaAllah, pasti temui jalannya.

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Foundation
      03-41089669

  18. assalamualaikum. mohon pendapat. teman lelaki saya berasal dari nigeria dan beragama kristian. kami bercadang untuk bernikah. boleh saya tahu apakah procedure yang dilakukan untuk dia convert.boleh tak hidayah centre bantu? kalau boleh kami nak nikah dalam tahun ini juga.

    • Assalamualaikum… sis Ara..

      Semoga Ara dan kawan Ara berada dalam keadaan sihat sejahtera.. Phak kami mengucapkan TAHNIAH atas niat penghijrahan Ara, pihak kami sangat mengalu-alukan kedatangan Ara dan kawan Ara ke Hidayah Centre Foundation. berbalik kepada persoalan Ara, kawan Ara hanya perlu membawa gambar serta salinan passport dan datang ke Hidayah Centre Foundation. Pihak kami akan uruskan dari aspek syahadah serta pendaftaran.
      Sekiranya Ara, ingin maklumat lebih lanjut, boleh terus menghubungi pihak kami, pihak kami sangat mengalu-alukan kedatangan Ara dan kawan Ara.. ^_^

      Sekian, Wassalam

      Cik Erma Azila
      Pegawai Dakwah (HCF)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s