1.2 Konsep dan pelaksanaan Hidayah Centre

Visi

Membangunkan masyarakat majmuk yang mendukung syariat Islam serta menjadi pusat penyebaran, khidmat, latihan dan rujukna Islam di Asia.

Hidayah Centre : Pusat sokongan saudara baru

Misi

Menyebarluaskan fitrah Islam kepada mereka yang belum Islam serta memberi khdimat sokongan kepaa saudara baru.

Objektif

  1. Menyediakan tempat perlindungan untuk saudara baru.
  2. Menjadi pusat bimbingan ilmu bagi memantapkan iman saudara baru.
  3. Memberi sokongan moral untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat yang belum Islam.
  4. Memberi bantuan kewangan untuk yang memerlukan.
  5. Menawarkan pelbagai jenis bantuan yang lain terutamanya kepada yang masih lagi mempunyai kerisauan  dan keraguan setelah memeluk agama Islam.
  6. Menyebarkan dakwah kepada yang belum Islam.
  7. Bantuan lain yang diperlukan oleh saudara baru.

Kemudahan Dan Perkhidmatan Untuk Pelatih Hidayah Centre

  1. Rumah perlindungan yang lengkap, selamat dan mesra.
  2. Bimbingan bina diri.
  3. Bimbingan rohani dan agama (seperti Fardhu Ain dan sebagainya)
  4. Kemahiran (seperti menjahit, memasak, kraftangan dan komputer)
  5. Kaunseling individu.
  6. Kaunseling kelompok.

Perkhidmatan ‘Outreach’ Hidayah Centre

  1. Khidmat nasihat kepada saudara baru
  2. Khidmat nasihat kepada keluarganya
  3. Khidmat dakwah kepada masyarakat

Pendekatan

Islam adalah agama fitrah bagi semua manusia. Di dalamnya terangkum penyelesaian terhadap apa jua jenis permasalahan manusia. Kerana itu, pusat ini mengambil pendekatan Islam dalam semua program bimbingan dan pemulihannya.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran 3:19 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam.”

Setelah 8 tahun beroperasi di persada perjuangan menyebarluaskan Islam dan memberi sokongan kepada saudara kita. Antara pencapaian Hidayah Centre adalah sperti berikut:

  1. Beroperasi di 23 tempat di seluruh negara seperti di Selangor iaitu Ampang Jaya, Bukit Beruntung, Wangsa Maju & Saujana Puchong.
  2. Memberi bimbingan kepada saudara baru.
  3. Memberikan kauseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru.
  4. Program-program pembinaan dakwah.
  5. Program berterusan Hidayah Centre Evening Talk @ Forum Dakwah Harmoni.
  6. Latihan Dakwah Praktikal.
  7. Sambutan Hari Raya bersama saudara baru.
  8. PengIslaman saudara baru.
  9. Bantuan kewangan terus kepada saudara baru yang memerlukan.
  10. dan lain-lain keperluan.

10 responses to “1.2 Konsep dan pelaksanaan Hidayah Centre

  1. Assalamualaikum

    Saya perlukan maklumat segera utk memberi bantuan dlm bentuk sumbangan susu secara bulanan. Harap pihak tuan dapat salurkan maklumat saudara baru yang miskin yang ada anak berumur 6 tahun ke bawah. Sekarang dana diperuntukan untuk 4 orang anak (16 paket susu sebulan). Insya-Allah kalau ada rezeki kita panjangkan lagi pada anak2 yg lain.

    untuk maklumat lanjut tentang dana susu bulan boleh lawati blog saya.

    Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com
    Harap dapat hubungi saya segera 012-3614014 atau seperti email yg diberikan.
    Terima kasih

  2. Salam puan,

    Untuk pengetahuan Puan, SB yg boleh dibantu mengikut permintaan puan ialah Puan Norliza Mohd Esa. No: tel : 016-6056141

  3. Salam. Saya mempunyai seorang jiran yang merupakan SB yang tidak mempunyai tempat perlindungan dan hidup sebatang kara. Walaupun beliau mempunyai seorang adik tetapi adiknya tidak begitu mengambil berat soal kehidupan kakaknya. Beliau berumur 56 tahun dan memeluk Islam pada akhir 2009.Beliau benar2 memerlukan bimbingan agama dan tempat perlindungan memandangkan sekarang hanya menumpang ehsan orang. Bolehkah saya dapatkan nombor individu yang boleh saya hubungi untuk saya rujuk kes ini ke hidayah centre. Tolong respon segera. Terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Terima kasih kerana sudi membantu saudara baru muslim kita yang memerlukan. Moga Allah melimpahkan rezeki saudara dan membantu ramai lagi saudara-saudara muslim kita di luar sana. Saudara boleh rujuk semula blog ini dan klik di bahagian 2.3.5 (b), terdapat senarai PIC yang membantu saudara baru ini. Moga ia membantu saudara.🙂

  4. salam. saya berminat untuk tahu alamat, no. tel, emel, FB Hidayah Centre di setiap negeri. Saya mencadangkan supaya blog ini ada senarai HC di setiap negeri beserta alamat dan apa2 cara untuk menghubungi mereka supaya mereka yang nak masuk islam dari mana-mana negeri mudah untuk cari. wallahu a’lam

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Jutaan terima kasih atas cadangan yang baik itu. Moga Allah merahmati saudari.😉
      Jemput untuk ke web kami di Bahagian 2.3.5.
      Moga ia membantu saudari.🙂

  5. Salam.

    Saya ingin bertanya, jika saya ingin menyalurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit tetapi bukan secara kotmitmen bulanan.Bagaimana cara untuk melakukannya?Mungkin boleh memberi saya nama dan no.akaun HC.Saya berharap cara ini dapat membantu HC dan saudara baru walaupun hanya sedikit.Berharap HC dapat membantu saya dan memberikan saluran dan cara sepatutnya.

    Dan doakan agar Allah mengkabulkan doa dan hajat murni saya dalam masa terdekat.Amin.Insyallah…

    Sekian,
    Ribuan terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam.

      Mohon maaf atas kelewatan memberi maklumbalas.
      Tafaddholi. Kami amat mengalu-alukannya Cik/Puan. Semoga sentiap sen yang Cik/Puan sumbangkan untuk pembangunan dakwah non-Muslim melalui institusi kami di Hidayah Centre diberkati oleh Allah Ta’ala.

      Disini, saya ingin membuka tawaran saluran sumbangan Cik/Puan dalam pelbagai bentuk/cara.
      Antaranya, untuk projek cetakan bahan edaran dakwah kepada masyarakat umum, cetakan terjemahan al-Quran, penerbitan kapsul Dakwah (video pendek) dan pelbagai lagi. Saya kira lebih baik sekiranya kita dapat berhubung melalui emel rasmi Hidayah Centre atau melalui perbualan telefon supaya ia lebih jelas.

      Buat masa ini, Hidayah Centre masih menggunakan akaun BIMB atas nama HIDAYAH CENTRE 1211 3010 0494 33.
      Mohon jasa baik Cik/Puan untuk memaklumkan maklumat sumbangan selepas membuat transaksi supaya pihak Hidayah Centre maklum.

      Semoga Allah luruskan niat & tambahkan rezeki Cik/Puan sekeluarga. Amin ya Rabb.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      hidayah.centre@gmail.com/ 03-41089669

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s