BAB 3 : FIQAH MAKANAN

Persoalan 1 : Haiwan sembelihan bukan Islam (bukan ahli kitab)

Apakah hukum binatang-binatang ternakan seperti ayam, lembu, dan kambing yang disembelih oleh keluarga saudara baru yang bukan Islam?

Dalam soal ini, haiwan yang disembelih bukan Islam bukan ahli kitab tidak boleh dimakan kerana penyembelihnya bukan muslim.

daging yang halal berkait rapat dengan sembelihan binatang

Dalam buku Fath al-Qaib disebut yang bermaksud:

“Halal sembelihan setiap muslim dan ahli kitab dan tidak halal sembelihan majusi dan pemyembah berhala”.

(Kifayah al-Akhyar, juzuk 2, hal 183. dengan lafaz yang sedikit berbeza)

Dalil al-Qur’an kepada syarat ini ialah firman Allah swt yang bermaksud:

“Melainkan apa yang kamu semua (muslim) sembelih”. (Surah al-Maidah : 3)

Syarat lain sembelihan harus dimakan ialah sembelihan dilakukan kerana Allah, bukan dengan sebab-sebab lain. Sudah tentu bukan muslim mempunyai iktikad berbeza dengan muslim. Bukan muslim beribadah kepada tuhan sembahannya termasuk dalam aspek sembelihan. Firman Allah swt bermaksud:

“Dan janganlah kamu makan daripada apa yang tidak disebut nama Allah dan sesungguhnya ia ialah fasiq.” (Surah al-An’am : 121)

Oleh itu, haiwan sembelihan bukan muslim haram dimakan oleh muslim.

4 responses to “BAB 3 : FIQAH MAKANAN

  1. Kalau family yang bukan Islam ada memasak dan kita tdk tau adakah ayam atau daging itu disembelih,bolehkah kita makan?

    • Jika rasa was-was/ragu-ragu sama ada makanan yang dihidangkan itu, eloknya ditinggalkan/ elakkan dari makan.
      Cuba cari inisiatif lain untuk mengelak dari termakan makanan yang haram. Atau boleh juga terus bertanya makanan apa yang dihidangkan tersebut.🙂

    • Cuba cari alasan yang boleh diterima untuk mengelakkan dari makan masakan daripada sumber yang haram. Contoh, makan diluar atau cari alasan untuk buat sesuatu kerja apabila sampai waktu makan bersama keluarga.
      Jika Ainsakinah perlukan rumah perlindungan sementara, boleh hubungi kami di Hidayah Cente 03-41089669. InsyaAllah kami akan membantu setakat yang mampu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s