BAB 8 : FIQAH PERUBATAN

Persoalan 1 : Penerimaan Darah daripada bukan Muslim

Muslim harus menderma darah atau menerima pendermaan darah. Cuma adakah darah bukan Muslim tersebur suci?

Darah orang muslim suci?

Benarkah Muslim tidak boleh menerima darah dari orang bukan Muslim kerana mereka makan makanan haram?>

Kalau dibicarakan soal kesucian darah, ada dua peringkat yang boleh dibicarakan iaitu :

a)      Adakah darah itu suci?

b)      Adakah darah bukan Muslim itu suci sedangkan mereka makan makanan yang haram pada pandangan Muslim?

Persoalan kesucian darah itu tidak perlu ditimbulkan. Darah adalah komponen penting untuk hidup. Kalau tiada darah manusia akan mati.

Masalah kesucian darah yang dikira sebagai najis oleh ulama iaitu darah yang keluar daripada tubuh. Ia dibicarakan dalam bab taharah (bersuci) dan solat. Ini bermakna solat dengan adanya darah di badan yang zahir atau di pakaian membatalkan solat. Walaubagaimanapun, jika kadar darah tersebut sedikit, ia dianggap sebagai najis yang dimaafkan. Ini bermakna solat sah walaupun ada sedikit darah. Kalau darah yang berada dalam tubuh, ia bukanlah najis.

Persoalan adakah darah bukan Muslim itu suci juga tidak perlu dipersoalkan. Memang makanan bukan Muslim pada pandangan Muslim adalah haram kerana mereka makan khinzir, darah yang terhasil daripada perkara haram sepatutnya juga kotor.

Walaupun begitu, tidak haram menerima darah daripada bukan Muslim. Ia berdasarkan kepada beberapa pertimbangan.

Pertimbangan yang tidak haram menerima darah daripada bukan Muslim.

a)      Darah yang keluar daripada tubuh adalah najis

Menderma darah membantu menyelamatkan makhluk Allah bernama manusia.

Darah yang keluar daripada badan adalah najis dan membatalkan solat tanpa mengira darah daripada Muslim atau bukan Muslim.

b)      Proses Istihalah

Berbalik kepada konsep istihalah, darah yang terhasil sudah melalui proses yang menukar makanan asal. Yang diterima masuk ke dalam badan ialah darah walaupun darah yang dihasilkan daripada makanan. Bukanlah yang diterima itu daging khinzir dan makanan lain.

c)      Entiti yang berbeza

Darah adalah entiti yang berbeza daripada makanan walaupun mingkin ada kesan-kesannya lagi. Lagipun, bukanlah sepanjang masa seorang bukan Muslim makan daging khinzir sahaja. Makanan biasanya pelbagai. Ada nasi, roti, burger, jagung, buah-buahan, sayuran, ikan, daging dan sebagainya.

d)      Tiada rawatan yang menjurus kepada pengharaman darah bukan Muslim

Memang ada riwayat yang menyebut setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, nerakalah yang utama baginya. Riwayat ini tidak menunjukkan pengharaman penerimaan darah bukan Muslim. Riwayat ini menjurus kepada aktiviti manusia yang mendapatkan makanan daripada hasil yang haram seperti berjudi, berzina, mencuri dan sebagainya. Ia berkisar kepada persoalan dosa dan pahala.

e)      Keperluan darurat kesihatan

Darah termasuk keperluan darurat kesihatan. Sebenarnya ada perkara yang lebih penting iaitu kualiti darah tersebut. Pemindahan darah boleh menjadi punca jangkitan penyakit. Contohnya kuman HIV boleh berjangkit melalui pemindahan darah. Yang susahnya, ada kuman boleh bersembunyi dalam darah tanpa dikesan dalam mula membiak dalam darah. Tempoh begini dikenali sebagai window period. Kes begini boleh berlaku kepada Muslim atau bukan Muslim khasnya apabila mereka bertukat-tukar pasangan seks atau melanggan pelacur.

Oleh itu, harus darah bukan Muslim dimasukkan ke dalam tubuh badan Muslim.

4 responses to “BAB 8 : FIQAH PERUBATAN

  1. Maaf bertanya, adakah darah kita menjadi haram jika kita memakan makanan yang diberi oleh seorang yang bukan islam (halal- dibeli dari kedai katanya). Baru-baru ini beliau (beragama hindu) telah mengatakan hasratnya ingin memeluk agama islam dan mendalami islam. Apakah patut saya buat? Terima kasih.

    • Tidak haram 🙂
      Islam adalah agama yang sangat mudah dan tidak memberatkan penganutnya.
      Kita digalakkan supaya meraikan sahabat, jiran tetangga, kenalan dan setiap orang disekeliling kita sekalipun mereka bukan Islam. Elok kiranya perkataan bukan Islam ditukar kepada belum Islam. Sama-sama kita doakan mereka disekeliling kita dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.
      Berkenaan makanan yang dibeli oleh orang belum Islam, ia tiada masalah jika telah dipastikan ia dibeli dari pengusaha kedai makanan Islam dan halal. Kita boleh makan apa jua makanan yang halal walaupun orang yang membelinya adalah belum Islam. Sekalipun kita dihidangkan dengan air minuman ketika berkunjung ke rumah kawan belum Islam. Tiada masalah untuk menraikan mereka jika yakin ia halal & suci disisi Islam.

      Jika kawan atau sesiapa sahaja meluahkan hasrat mendalami/memeluk Islam, usah ditangguhkan !
      Bertindaklah secara pantas dengan membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah yang paling hampir untuk diuruskan hal berkaitan.
      Subhanallah ! Besar ganjarannya disisi Allah bagi sesiapa yang menjadi penyebab seseorang memeluk Islam.

      Jika Ibu Mur di kawasan KL, bolehlah bawa kawan tersebut ke Hidayah Centre untuk sesi penerangan tentang Islam dan urusan berkaitan.
      Makluman lanjut, hubungi ibu pejabat kami di talian 03-41089669.

    • Wa’alaikumussalam..
      TIADA MASALAH untuk mengambil apa jua ubat-ubatan/makanan daripada bangsa lain/berlainan agama asalkan proses pembuatannya adalah daripada benda yang halal dan dibenarkan dalam Islam.

Leave a comment