1.0 Kenali Hidayah Centre

Pendahuluan

Hidayah Centre adalah sebuah pusat perlindungan dan bimbingan saudara baru hasil inisiatif yang di ambil oleh Jawatankuasa Dakwah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pada November 2005. Ia merupakan sebuah pusat sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan JIM. Kumpulan sasarnya adalah saudara baru yang berhadapan dengan masalah keluarga dan sosial dan memerlukan tempat perlindungan.

Pada 2008, Hidayah Centre telah pun dinaungi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Kini, pada tahun 2012, Hidayah Centre Foundation secara rasminya telah didaftarkan dibawah Jabatan Perdana Menteri sebagai sebuah yayasan.

Penubuhan Hidayah Centre Foundation (HCF)

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya HCF, usaha dakwah dan sokongan kepada saudara baru akan lebih mantap lagi dan bergerak maju ke hadapan. HCF berhasrat menjadi sebuah yayasan yang terkehadapan dan bergerak aktif menyebarluaskan fikrah Islam kepada masyarakat majmuk serta memberi khidmat sokongan kepada saudara baru.

Kami amat mengharapkan sokongan daripada masyarakat dan segala sumbangan berupa wang ringgit, idea, nasihat dan doa kami dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan bi ahsanil jaza’. Semoga sumbangan yang disalurkan ke jalan Islam melalui majlis ini diterima oleh Allah sebagai amal soleh, pembuka pintu rezeki yang lebih luas olehNya serta memperoleh kerahmatan sepanjang hayat, insyaAllah. Amin.

“Dan perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat. Maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”.      [Al-Baqarah 2: 265]

1.1 Rasional Penubuhan Hidayah Centre.

1.2 Konsep dan pelaksanaan Hidayah Centre

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di :

Hidayah Centre Foundation (HCF),
Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603- 41089669
Faks : +603-41071754
Emel : hidayah.centre@gmail.com

Sumbangan atau wang zakat boleh disalurkan melalui akaun berikut :

HIDAYAH CENTRE

# 5622 0962 4421 (Maybank Berhad)

# 1211 3010 0494 33 (Bank Islam Malaysia Berhad)



53 responses to “1.0 Kenali Hidayah Centre

  1. Assalamua ‘laikum.I am a revert from Malaysia and I am really glad that Malaysia is really taking care of the reverts and giving them all the supports they need.This one thing about Malaysia that I like the most.

  2. Wa’alaikumsalam wrh wbh. Thank you very much for your support to bring up the reverts up one knotch and become a good dai’e for the society.

  3. Assalamualaikum,

    Saya ada seorang kawan dari United Kingdom datang ke Malaysia semata-mata kerana dia ingin memeluk agama Islam. Bagaimanakah caranya dan adakah apa-apa procedure yang dia perlu lalui. Dia memang zero mengenai Islam. Dia berada di Malaysia selama 3 minggu dan locationnya di Shah Alam.

    • wa’alaikumsalam wrh wbh, tahniah atas usaha murni putri roslaini. putri bolehlah berjumpa denga sahabat kami yang boleh membawa sahabat putri untuk mengenali Islam. Namanya Encik Rais 019-2104927 atau Haji Morhalim 013-3561278. Jika tidak dapat, jemputlah datang ke pejabat kami dengan membuat temujanji dahulu. Hubungi kami di 03-41089669 u/p brother Joannes.

  4. salam…saya nur fadzila. saya ada seorang kawan yang berminat untuk memeluk agama islam. tetapi dia agak keliru dan keluarganya tidak menyokong niat sucinya itu. dia takut d buang keluarga kerana bapanya sangat2 menentang dia bertukar agama. saya sebagai seorang muslim mahu membantu teman ini. Memandangkan saya juga kurang arif tentang masalah sebegini, saya rasa jalan terbaik adalah membawa dia berjumpa dengan orang-orang yang lebih arif untuk membimbing dia. Jadi saya search tentang perkara2 ini d internet dan saya terjumpa laman web hidayah centre. saya juga sudah membaca seluruh kandungan dalam laman web hidayah centre jadi saya memohon agar pihak hidayah centre dapat membantu teman saya ini dan saya berharap pihak hidayah centre dapat memberi feedback kepada saya secepat mungkin.

    • wa’alaikumsalam wrh wbh. jutaan terima kasih dan tahniah kami ucapkan kepada putri nur fadzila atas usaha murni putri. jika putri tinggal di sekitar lembah klang, sudi-sudilah kiranya untuk mengunjungi kami di Taman Melawati waktu pejabat untuk berkongsi maklumat & menerima nasihat-nasihat daripada pegawai kami. Jika ada masa jemputlah datang pada hari esok atau buat pertemuan dengan pegawai kami iaitu brother Joannes Lukas di 03-41089669.

      • assalamualaikum, saya mempunyai teman lelaki ingin memeluk agama islam, adakah hidayah centre ini di sabah.Bagaimana caranya, siapa yang perlu saya jumpa dan perlukah teman lelaki saya ini berkhatan..bantu saya

      • Wa’alaikumussalam..
        Alhamdulilllah..semoga niatnya memeluk Islam diterima oleh Allah SWT.
        Cik Jue boleh hubungi Encik Marsus di talian 019-8622914 untuk urusan pengIslaman di Hidayah Centre Sabah.
        InsyaAllah Encik Marsus akan membantu segala urusan berkaitan.

        Semoga membantu.
        Norasma Azia Mohd Yusoff
        Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  5. salamualaikum….

    saya perlukan bantuan daripada pakar2 agama islam di sini untuk memujuk kawan sy seorang lelaki melayu (graduan UIAM) yang menjadi freethinker/athies. sy sentiasa memujuk dan berdebat dengan nya melalui FB. sy mohon pertolongan teramat sangat untuk kembalikan dia kepada Islam. email sy di zc_andrew@yahoo.com atau contact 0199740541. facebook amir lazim. wassalam

    • Cara dakwah kepada free thinker

      Soalan 1:

      SAYA ada seorang kawan yang free thinker tetapi dia selalu menyebut perkataan takdir, akhirat balasan oleh tuhan dan sebagainya.

      Dia amat mengambil berat kebajikan ibu bapanya yang sudah tua dan uzur (terbaring sakit kedua-duanya). Ibu bapanya tinggal di Kuala Lumpur manakala beliau bekerja sebagai jurutera di Singapura dan akan pulang dua minggu sekali menjenguk ibu bapanya. Saya terharu mendengar kisah hidupnya yang disifatkannya tidak bahagia.

      Apabila saya menyuruhnya bersabar kerana ini cubaan hidup lalu dia mengatakan cubaan apa kalau hampir 30 tahun masih seperti itu keadaannya.

      Dia seperti sedang mencari pegangan agama dalam hidupnya. Apakah buku agama yang sesuai dihadiahkan kepadanya untuk berdakwah kerana beliau suka membaca?

      Jawapan:

      Dalam diri manusia ada sifat-sifat yang terpuji walaupun orang itu free thinker. Sebab berbuat baik ini adalah tuntutan fitrah manusia. Insan yang baik pasti sukakan kebaikan dan benci kepada kerosakan. Lebih-lebih lagi hubungan anak dengan kedua ibu bapa.

      Saya percaya apa yang dilakukan oleh kawan saudara adalah kerana perasaan kasih dan rasa bertanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapa. Nilai dan budi yang baik adalah daripada hasil pengasuhan yang baik.

      Juga apa yang pasti adalah memang menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibu bapanya di kala mereka telah lanjut usia. Cuma dia yang faham erti tanggungjawab terhadap menjaga ibu bapa belum sampai pertemuannya dengan hidayah Allah SWT.

      Ramai yang saya kenal mereka ini baik lagi berakhlak yang baik tetapi tidak beragama Islam. Mungkin mereka ini selesai dengan manusia tapi tak selesai dengan Allah.

      Ini kerana akal yang waras seharusnya digembleng dalam mencari pencipta yang sebenarnya. Orang yang sebegini adalah orang yang benar-benar mempunyai harapan untuk menerima kebenaran.

      Ini kerana kehalusan hatinya boleh membawa dia ke jalan yang lebih terang dengan menuju hidayah Allah SWT. Nah, kini tanggungjawab saudara adalah memberi contoh yang baik serta mengajak dia berdiskusi mengenai keindahan Islam. Serta berikan dia buku-buku bacaan yang bersesuaian dengan dia dalam mengenal Islam.

      Banyakkan doa mohon Allah berikan dia petunjuk ke jalan Islam. Hidayah ini hak Allah SWT, Dialah yang berhak memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya.

      Ia sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (al-Qasas: 56)

      Allah sahaja yang mengetahui siapakah di antara hambanya yang mendapat hidayah. Orang yang mendapat hidayah adalah orang yang dipilih Allah bagi menikmati keindahan dan kehebatan agama Islam.

      Alangkah hebatnya kalau kawan saudara mendapat hidayah, dengan ciri dan nilai budi indah yang dimilikinya itu dengan Islam menjadi pegangannya pastinya menjadi insan yang dikasihi Allah SWT.

      Secara peribadi ustaz doakan Allah membuka pintu hatinya menerima Islam, begitu juga dengan yang lain. Hidayah Allah sangat besar nilainya, hanya yang pernah mengalami sahaja yang dapat merasakan keunikan dan kemanisannya.

      Bagi mendapatkan bahan-bahan bacaan yang boleh membantu dia memahami Islam boleh di dapati ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

      Di sana memang ada banyak bahan-bahan bacaan yang boleh membantu orang yang sedang mencari jalan agama. Dalam masa yang sama belikan juga buku-buku yang mengisahkan pengislaman seseorang, dan belikan juga terjemahan al-quran yang hanya terjemahan tanpa teks ayat-ayat al-Quran.

  6. Assalamualaikum …

    Alhamdulilah … Al-Quran Segala-galanya …

    Dakwah Istiqomah sehinga datang ketentuan …

    • Salam,
      Thanks alot for your concern. FYI, saya sentiasa berbincang dengannya melalui FB semoga dapat memujuknya kembali kepada Islam. Dengan cara yang baik dan berhikmah. Namun, kawan saya ini amat payah menerima kewujudan alam/sesuatu yang Ghaib. Dia lebih mempercayai sains dan teknologi dan beranggapan tiadanya tuhan kerana tuhan tidak dapat dilihat fizikalnya.

      Tolonglah bantu kepada yang pakar pasal perkara ini…rasa sedih walaupun saya bukannya muslim yang baik.

      • April 25th, 2011

        ‘Why we cannot see God’

        The atheist usually ask me why we cannot see God if God exist. A simple answer to this would be that not necessarily what we cannot see does not exist.

        We cannot see God because God did not provide us with the senses to ‘see’ Him. As an analogy, let say I have created a car. Is the car able to see me? The car cannot see me because I did not create the car with the ability to see me. Just because the car cannot see me does that mean I do not exist?

        Despite the car cannot see me, I can see the car! Similarly God can see us in spite of we cannot see God. The very fact the car exist also proves that I (the maker of car) also exist. Similarly the existence of our universe is also the fact in the existence of its Creator.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh. Jutaan terima kasih saudaraku atas sokongan anda pada kami. Teruskan usaha dakwah ini dengan terus lagi melibatkan diri dalam memartabatkan saudara baru di Malaysia. Moga Allah merahmatimu dan keluarga sehingga berjumpa Rasulullah saw di syurgaNya. Amin3 ya Robb

  7. salam, saya ingin bertanya ,di manakah cawangan HC ini yang terdapat di Sabah kerana sy ingin mendalami ilmu dakwah terhadap penganut agama lain supaya memeluk islam

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tuan terus sahaja ke bahagian 2.3.5 (b). Ada senarai nama pengerusi HC Kota Kinabalu di situ. Moga dipermudahkan. 🙂

  8. Assalamualaikum..saya saudara baru dh 5tahun saya dlm islam.baru baru niw saya bermasalah ngan keluarga saya.sedangkan saya tgh mencari keja blh kah saya dptkan tempat tinggal sementara waktu?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Alhamdulillah anda sudah memeluk Islam. Moga menjadi muslim yang terbaik untuk diri & keluarga. Saudara boleh rujuk blog ini bahagian 2.3. Hubungi pengurus HC yang berdekatan untuk membantu anda. Moga ia membantu saudara. 🙂

  9. Salam everyone,

    I need some support and wisdom to pursue something – which is to make my bf accept Islam wholeheartedly, and not just because he plans to marry me. You see, i met him as an English tutor for him to practice his English when he was working here in KL for 6 months contract. He had never been to Malaysia or had seen a muslim practising their faith in front of his eyes, nor does he has much ideas about it. He is a korean, from South Korea, growing up with Buddhism which he didnt really practice.

    The thing about him is he has a lot of good values, as if Allah had sent me someone that loves me and cares for me when I am sick or down, unlike previous failed and abusive relationships. He is kind, polite, very responsible, and respect the elders like how he respects his mom. He is an occasional drinker only, but he loves pork :P. However with me, he decreases the amount just out of respect. What makes a prosperous relationship tense is when we start to debate about religion. Like other “man of science” i have met, he dislike religion. He views it as a restriction to live one’s life to the fullest, and religion makes war (which i have explained, it is the human greed/haste that makes war, not his religion). Then he asks me something I have been asking myself too, but convinced by my own view – If there is God, why there are still people out there suffering, born into poverty stricken lands? Why create some kid in Somalia just to make him cry daily and live hungry for a few years and takes away his life? Why God created pig, but muslims arent allowed to touch or eat it? (I told him how scientifically disguisting and dirty pigs are,not enough it seems).
    And the questions will go on..and I admit i do not know how to answer all with a simple explanation that would make him understand and rethink. I love him, all my heart, and he is the one I want to marry – but this issue makes him tick. And I always pray God will shine the light on his heart to accept Islam.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my sister,

      We’re very apology because we take long time to answer these questions. We hope you are in good health and enjoy your day with your beloved family and friends.

      Masha’Allah congratulations to you my sister. Because Allah loves you he looks into the beautiful of Islam that you bring without saying Islam to him. We would suggest that you try to find Malaysian friends in South Korea (SK) to help to know more about this man. Insha’Allah they can help your friend there. Or perhaps you can look into the SK Islamic Centre and contact them to help your friend too. We do agree with sister as to become a Muslim he/she must fully love Islam & iman not to love you because he will be a leader in a family and bring the family either right or left side in your life. In Hidayah Centre, we always courage the new reverts and people who want to embrace Islam (mualaf) strive to love Allah & the prophet more than anyone.

      Subahanallah sister, 🙂 keep it up the good manner/ example of Islam to him. But usually we have to think also about the pros and cons when having a relationship in a different culture & country. Have you ever asked any of your relatives or friends who married with foreigners? What’re they opinion? About the prohibited food and beverages, just slowly make him change to reduce the amount.

      All of these questions you can easily refer to the blogs which teach us how to answer the question by the non-Muslim. For example in Malaysia, you can read or see the blogs and videos in YouTube such as Bro Shah blog (http://www.shahkirit.com/), or any blogs such as Saba’ Islamic media (http://saba.com.my/v4/), Bro Lim (http://onekuliah.blogspot.com/2011/11/20111016-iq-bro-lim-jooi-soon.html), bro Nicholas Sylvester and more. And also my sister, you can search Sheikh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, and Sheikh Yusuf Estes etc. If you are in Malaysia, you can call/meet them directly and join their comparative religion classes which are always organized every month.

      May Allah bless you sister and guide you. Love is blind, but we must remember that do not make us blind because of love. The greatest love that should be in your heart is love Allah and His Messenger. Do not worry but take actions and go to the comparative religion classes and learn more from the “ustaz” google & “ustazah” You Tube. 😀 May Allah bless you.

  10. Saya percaya agama islam dan ingin belajar tentang agama islam..tapi buat sementara saya tidak boleh memeluk islam lagi sebab keadaan tidak mengizinkan, tapi saya belajar dulu tentang agama islam, bolehkah saya dapatkan bantuan.

  11. Assalamualaikum… kami pelajar dari sebuah IPTA ingin membuat kajian tentang saudara baru.. bolehkan sekiranya kami menemuramah penghuni di hidayah centre?… terima kasih 🙂

    • Wa’alaikumussalam.
      Terima kasih Akmal kerana memilih Hidayah Centre untuk kajian yang dirancang.
      Saya baru menghubungi semua pengurus Hidayah Centre yang menguruskan hal ehwal penghuni di Kedah, Saujana Puchong dan Ampang Jaya. Tetapi dimaklumkan bahawa semua penghuni telah keluar untuk meneruskan kehidupan mereka secara sendiri. Buat masa ini, tiada kemasukan baru dimaklumkan.

      Selain kajian melalui temuramah penghuni Hidayah Centre, ia juga boleh digantikan dengan menemuramah pengerusi Hidayah Centre sendiri iaitu Tuan Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester yang juga seorang revert suatu masa dahulu. Beliau kini merupakan seorang pendakwah dan penceramah yang disegani oleh masyarakat.
      Sekiranya berminat, boleh hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  12. Salam..saya mempunyai adik angkat yg baru masuk islam tapi belum berdaftar..dia sudah mengucap 2 kalimah syahadah pada usia 17 tahun. Dan kini dia berusia 19 tahun..allhamdulillah k’urganya supportive. Tapi, kini dia dibawah jakim untuk beljar ttg agama.. Tp saya sedikit kurg stuju dengan cara jakim yg mengajar dia membaca yasin tanpa menekankan aspek aqidah..saya risau adik saya salah faham ttg islam..saya ingin tahu adakah hidayah centre ada menyediakan kelas utk saudara baru dan apakah yg diajar disana?

    • Salam.
      Terima kasih kerana merujuk Hidayah Centre.
      Di Hidayah Centre, kita ada sediakan kelas bimbingan dan aspek yang ditekankan adalah tentang akidah selain ilmu2 cabang lain.
      Kami perlukan maklumat daerah/Negeri tempat tinggal adik angkat En. Asrul supaya mudah diuruskan dibawah mana-mana cawangan Hidayah Centre yang berdekatan tempat tinggal.
      Mohon telefon pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669 untuk keterangan lanjut.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  13. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. saya baru sahaja memeluk agama islam (24/6/2011). tapi saya belum mempelajari agama muslim sepenuhnya. saya ingin mendalami dan mempelajari tapi tak ada orang yang membantu saya.saya ingin pergi mempelajari ilmu agama tapi saya tidak tahu bagaimana dan dekat mana

    • Wa’alaikumussalam..
      Alhamdulillah…selamat kembali kepada agama fitrah saudari Nur Nabelah Najwa !
      Saya bagi pihak Hidayah Centre mengucapkan tahniah atas penghijrahan saudari menuju jalan yang benar.
      Di Hidayah Centre, kami menawarkan kelas bimbingan untuk saudara baru.
      Mohon Cik Nur Nabelah Najwa hubungi ibu pejabat Hidayah Centre untuk tindakan lanjut.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.
      03-41089669

  14. Salam,Im a muslim born and berminat nak join mana2 pertubuhan yg menbantu saudara baru
    Boleh terangkan mcm mana nk join untuk jadi sukarelawan atau join aktiviti kelas hidayah centre.

  15. Hye.. sy nak bgtau sy ingin memeluk Islam.. Tp sy ta yakin.. Saya takot family sy akan menentang. Tp sejujurnya sy IKHLAS nak memeluk Islam. Apa yang patut sy lakukan.. 😦

    • Subhanallah !
      Welcome to Islam saudaraku.
      Sebagai anak, kita mestilah menghormati kedua ibu bapa kita kerana merekalah yang telah menjaga kita sejak dari kecil.
      Pun begitu, dalam hal pemilihan agama dan kepercayaan, ibu bapa tiada hak untuk menghalang apabila usia anak telah mencapai 18 tahun dan ke-atas.
      Jika Fyel merasakan, tindakan memberitahu keluarga akan ditentang, lebih baik jika dirahsiakan terlebih dahulu niat untuk memeluk Islam tersebut. Janganlah dibimbangkan, kerana kami akan membantu fyel menghadapi kesukaran tersebut.

      Pertanyaan lanjut, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669.

      Semoga Allah permudahkan urusan fyel.
      Sis Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah HC.

  16. salam sejahtera . .sa berniat untk convert, wlupun bf sa Islam tetapi sa mahu convert bukn krna dia ttpi krna sa ikhlas mcri redha Ilahi. sa selalu bdoa di dalam hati . .dengn harapan Tuhan mndengar doa sa . .ttpi kadg2 sa cedy kerana sa tau siapala sa . . sa belum convert sekarg atas sebb2 yg x dpt dielakkan. sa selalu membaca buku2 n mdngar radio yg membicarakan tentang Islam.

    • Salam sejahtera kembali.
      Alhamdulillah. Mungkin Marsilah adalah antara mereka yang terpilih menerima hidayah Allah.
      Boleh kita aturkan pertemuan?

      Boleh personally call sis 013-3137685 ya!
      Waiting for your call 🙂

  17. Dear brothers & sisters at Hidayah Centre,

    I have come across your web site and found it to be very informative & useful in assisting non-muslim converting into good muslim.

    I would like to know how to learn more in depth about Islam before I can become a good muslim. Is there any way for me to learn about Islam, either through reading or attend classes? I prefer to attend classes because it will speed up my understanding. Is there any such classes available (time & schedule) at Hidayah centre? What about such classes anywhere closer to Klang?

    I appreciate your prompt reply. I desperately need your guidance and assistance.

    Thank you.

    Lee

    • My dear brother Lee,

      Thank you so much for being trusted us in a way to help our brothers and sisters who are searching for the truth in Islam. May Allah bless you and guide you to see His Merciful and Delightful to become a good muslim.

      If you mind, why not just come into our office in Taman Melawati. insya’Allah (God willing) we’ll guide you on how to learn Islam in proper way and guide you what are the source of references to get you the right information about Islam.

      If you can’t make it, just have a call to our HC Klang Branch Manager Tuan Haji Aizuddin 019-3593592. Make an appointment or discussion to him. 😉
      About the classes, usually every Monday night 8.30pm-10.30pm (in Bahasa) and Sunday morning (in English-postponed for a while) in our office in Taman Melawati. Let’s join us and call us first before you come.

      Just have a call 03-41089669 (contact Sis ‘Alya) and visit us. May Allah bless you my brother. We are happy to see you soon. 😉

  18. as salamu alikum waramathulah wabarakathu.

    My mother finally has agreed to convert to Islam alhamdulillah.The problem is ,i am in Cairo at the moment and am not sure when i can go to malaysia.asking her to convert to islam through phone will be difficult as well.her current religion is Hinduism. Allah The Exalted has tested her a lot and finally she believes that Allah alone is The GOD.at the moment she is staying with her sister and her sister’s family.she doesn’t want them to find out and she wants to do it secretly and leave the house once she has converted.i will go to malaysia as soon as she is a muslim….can anyone plz help her in sha Allah.

    Jazaka Allah Khairan.
    as salamu alikum waramathulah wabarakathu

  19. Salam,

    Saya dari Rawang, Dengan kerjasama AJK Masjid kami bercadang membuka cawangan Hidayah Centre di tempat kami. Bagaimanakah caranya dan apakah prosedur yg harus kami ambil. Harap pihak tuan dapat menyertakan add.email untuk kami hubungi.

    • Wa’alaikumussalam.

      Untuk makluman pihak tuan/puan, penubuhan Hidayah Centre mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan.
      Hidayah Centre pada asalnya penubuhannya adalah usaha Jawatankuasa Dakwah Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia. Maksudnya, setiap cawangan yang ditubuhkan di setiap negeri dan daerah adalah dibawah gerak kerja dan pantauan Jawatankuasa Dakwah IKRAM Negeri/Daerah.

      Untuk perbincangan/ keterangan lanjut, boleh terus hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669 atau email ke : hidayah.centre@gmail.com

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Pusat

  20. Assalamualaikum…
    saya mempunyai seorang Teman lelaki yang bukan beragama islam beraSal dari Korea…Kami Baru menjalinkan hubungan Nie 1 Bulan….
    Dia mencintai saya..saya juga mencintainya kerna keperibadiannya serta kematanganNya berfikir..saya tidak pastI sejauh mana cintaNya pada saya..tapi apa yang pasti Dia cuba menghindarkan diri dari meminum minuman yang beralkohol serta tidak makan babi..
    Diaz berhajat ingin mengahwini saya selepas menamatkan pengajiannya..apa yang harus saya lakukan..adakah saya blew berhubungan dengannya..ada yang berpendapat, jangan teruskan kerna dia Bukan beragama Islam..saya jadi bingung Dengan perasaan..apa yang harus saya lakukan..saya perlukan pendapat dari ustaz&ustazah..Terima kasih..:-)

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Terima kasih kerana merujuk kami di Hidayah Centre untuk persoalan adik.

      Pengalaman mengendalikan pengIslaman di Hidayah Centre sendiri, memberi banyak ruang kepada saya sendiri untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menarik seseorang kepada Islam. Tidak dinafikan, antara faktor terbanyak bagi tahun ini adalah faktor perkahwinan. Biasanya, lelaki/wanita yang berkawan dengan wanita/lelaki bukan Islam akan menjadi penyebab mereka memeluk Islam kerana Islam mengharamkan perkahwinan berlainan agama.
      Ada antara mereka yang berjaya mendalami Islam dengan sebaiknya kerana niat ikhlas memeluk Islam dan sentiasa mengikuti kelas bimbingan agama dan pemantapan aqidah. Pun begitu, tidak terkecuali ada juga yang terkandas di tengah jalan kerana niatnya hanya mahu berkahwin dengan lelaki/wanita Muslim yang mereka cintai. Akhirnya, apabila perkahwinan mereka mengalami keretakan/gagal, mereka ini menyalahkan Islam. Tidak kurang yang menyesal kerana memeluk Islam dan mengambil keputusan bercerai dan kembali kepada agama asal mereka. Na’uzbillahi mindzalik!

      Secara peribadi, untuk permulaan ini adik boleh cuba hadiahkan teman lelaki tersebut buku-buku berkaitan asas-asas Islam agar dia dapat memahami sedikit demi sedikit berkaitan agama Islam. Mulakan step by step. Jika ada sesuatu isu yang boleh dibincangkan secara ilmiah, amat baik sekali. Elakkan berdebat jika adik sendiri tidak/belum faham sepenuhnya sesuatu isu yang dibangkitkan. Dibimbangi dia akan melihat kelemahan Islam pula. Yang penting, sentiasa doakan semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah buatnya untuk kembali kepada Islam. Agama yang memberi rahmat seluruh alam.

      Semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus buatnya.

      Cik Alya,
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669/ hidayah.centre@gmail.com

  21. sa Rozy..org sabah.belajar semester akhir.sa nak masuk islam sbb nak taubat atas dosa2 yg sa da buat..keluarga sya sudah tahu pasal hal sa nak masuk islam dan mereka tidak menghalang niat sya. agama asal sya ialah kristian tp sa sudah lama xdatang ke gereja dan xbdoa.sya memilih agama ini utk menjadikan hidup sya lebih tenang. sya tggl dkt danau kota setapak bdekatan dgn pusat saudara/saudari.bagaimana sa nak dtg sana?adakah perlukan saksi org muslim?berapa orang? sbb sa ramai kwn muslim.

    • Salam sejahtera saudaraku!
      Allah. Semoga Allah luruskan niat & permudahkan segalanya.
      Jemputlah datang ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk kami bantu & bimbing. Jika bagi pihak saudari tidak ada saksi, tidak menjadi satu masalah besar. InsyaAllah pegawai kami sedia menjadi saksi pengIslaman saudari kelak.
      Jika ada, lebih ramai lebih bagus untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut.

      Cik Alya,
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  22. sekarang ini sa sedang menunggu saksi utk saya masuk islam..saya memang terus menyimpan niat ini sampai bila-bila kerana kepercayaan saya terhadap kristian sudah tiada.banyak amalan yang tidak diamalkan dalam kristian.dalam islam semua diamalkan seperti bertudung, sunat dan sebagainya.

    • Salam saudariku,

      Moga Allah merahmatimu saudariku. Teruskan usahamu untuk mencintai Islam agar ia menjadi tanaman yg subur dalam diri saudari.

      Jika saudari perlukan saksi, kami boleh sediakan memandangkan kami mempunyai ramai staf yang boleh secara langsung menjadi saksi pengIslaman saudari. Jemputlah datang ke pejabat kami untuk syahadah dan penerangan tentang Islam agar jelas dan faham tentangnya. 🙂

      Banyak amalan yang diajar oleh Nabi Isa pada umat Kristian mempunyai persamaan dengan amalan orang Islam sekarang yang kita sendiri tidak mempertikaikanya. Cuma sebagai Muslim, kita kena ikuti ajaran yang terakhir dalam Al-Quran yang dibawa oleh Nabi terakhir.

      Moga Allah kekalkan saudari dalam iman dan taqwa kepadaNya. Jemput datang ke pejabat kami dan hubungi sis ‘Alya dan sis Erma. 😉

  23. assalammualaikum..
    saya seorang muslim..dan telah mendirikan rmhtangga selama 3 tahun dgn seorang saudara baru dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.bln 6 tahun lps saya telah di uji dengan dugaan dalam rmhtagga..kerana mendapat tahu ada pihak ketiga ..mula2 mmg sy x dpt nak terima hakikat yg suami saya telah berubah sejak bertukar kerja di lmbh klang ini dan keadaan tmpt kj yg sentiasa bergaul dengan ramai wanita..bila di fikir balik apa yg jd ini sy merasakan sy yg berslh kerana sebelum suami sy bertkr kerja dari kedah ke lembah klang dia tidak pernah melalaikan tggjwbnye sebagai umat islam..selalu solat jemaah dia surau ..setelah dia mula berkerja di sg buloh dan ada terlibat dengan band muzik sy nmpk perubahan ..sy mengaku saya pun telah gagal mendidik beliau utk menjadi lebih beriman kepada jalan allah..saya memberi kebenaran jikalau suami sy x dpt melupakan gds yg dia berhbg ini..tetapi suami saya dia tk mampu.klu dia nak kawin pun hny seorang je dia nak..bila saya tny dia blh buat pilihan dia memilih saya..tetapi saya memikir mgkn dia memilih saya hny kerana simpati atau tkt malu pd klgr kami..bagaimana saya hendak lakukan untuk menyelesaikan masalah ini..sekarang suami dah kurang beribadah kepada allah..jadi saya memikir dia tidak kuat nak berlawan nafsu duniawi ini..

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah Puan.

      Kami bersimpati atas ujian yang melanda rumahtangga Puan. Semoga Puan terus kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan.
      Puan, ujian yang menimpa adalah tarbiyah dari Allah. Dia nak uji kekuatan iman kita dan setakat mana kebergantungan kita kepadaNya.
      Saya nampak usaha Puan untuk cuba memperbaiki keadaan sehingga sanggup memberi peluang kepada suami jika dia mahu berkahwin dengan orang ketiga tersebut. Semoga Allah hadiahkan ganjaran selayaknya kepada Puan. Besar pengorbanan yang cuba Puan lakukakan.

      Puan, perceraian adalah jalan terakhir jika sesebuah rumahtangga sudah tidak dapat diselamatkan. Melihat masalah Puan, saya yakin dan pasti ia masih diperingkat pertengahan dan boleh diselamatkan. Kuatkan pergantungan dengan Allah. Berdoa. Sentiasa berdoa semoga Allah berikan taufiq dan hidayahNya kepada suami Puan dan menujukkan dia jalan yang benar/lurus. InsyaAllah, berkat doa yang ikhlas pasti akan menggerakkan hati suami Puan untuk melihat kebenaran dan berpaling dari perkara maksiat dan dosa yang sedang dilakukannya.

      Cubalah Puan ajak suami ke majlis-masjlis agama sekitar kawasan perumahan Puan. Di kaca tv juga banyak menyiarkan program-program agama seperti ‘Tanyalah Ustaz’ di TV9 seawal jam 7 pagi, Semanis Kurma, Forum Perdana Ehwal Islam di TV1, Drama Sabtu TV3 jam10 malam juga membawa banyak kisah benar yang berlaku dalam rumahtangga/masyarakatan yang banyak memberi pengajaran. Cuba puan cari masa yang sesuai untuk tonton TV bersama.

      Jika Puan ada sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan sesi kaunseling bersama suami, jangan segan silu untuk menghubungi kami di Hidayah Centre.
      Kami cuba sedaya upaya untuk membantu apa yang termampu.

      Semoga dipermudahkan segala urusan Puan sekeluarga.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  24. Pingback: Rangkaian Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM Subang Jaya·

  25. Assalamualaikum,

    Seorg rakan saya yg bukan beragama islam ingin melawat Malaysia selama 2 mggu, dan berhasrat utk memeluk agama islam di mana2 pejabat agama islam di malaysia. Daripada maklumat prosedur memeluk agama islam yg telah saya baca, seseorg itu diwajibkan menghadiri kursus intensif fardhu ain selepas memeluk agama islam. Rakan saya itu adalah warganegara UK dan hanya melawat ke malaysia selama 2 minggu, atas kekangan masa, mungkin tidak dapat menghadiri kursus tersebut. Soalan saya, berapa lamakah tempoh kursus tersebut dan adakah dia diwajibkan juga menghadiri kursus tersebut?

    • Wa’alaikumussalam…

      Alhamdulillah. Semoga Allah luruskan niat rakan Aina.
      Untuk makluman, kursus asas/intensif hanya diwajibkan kepada warganegara Malaysia. Sebaliknya, jika seseorang warga asing yang memeluk Islam di Malaysia kita hanya boleh mencadangkan beberapa kelas yang dianjurkan oleh NGO/badan kerajaan untuk memberi asas kefahaman Islam kepadanya.
      Kami di Hidayah Centre amat mengalukan Aina bersama rakan untuk kami bantu dalam urusan pengIslaman dan pendaftaran pengIslaman di Pejabat Agama Islam terdekat/

      Semoga Allah permudahkan.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  26. Salam…sy mualaf…Chinese convert…sy bru 1 yr plus…nk tnya kalau sy ada masalh kena cari mna pejabt…

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Jemput hubungi kami di talian 03-4108 9669.
      Lokasi kami di Bandar Melawati, Hulu Kelang bersebelahan dengan Zoo Negara.
      Bila sudah tiba di Bandar Melawati, cari Bank Muamalat kemudian hubungi kami ya.

      Moga dipermudahkan urusan saudara. 😉

Leave a comment