BAB 2: FIQAH BERSAUDARA, BERJIRAN DAN BERKAWAN

Persoalan 1:  Menziarahi keluarga bukan muslim yang sakit ataupun meninggal dunia

Secara umum, mengigati mati ialah ubat terbaik bagi menginsafi diri. Oleh itu, Islam menggalakkan ziarah kubur dan jenazah.

Dalam sirah Rasulullah saw, ada suruhan menziarahi kubur. Hikmahnya ialah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan akhirat.

Sabda Baginda saw yang bermaksud “Ziarahi kubur, maka sesungguhnya ia mengingatkan kamu akhirat” (Riwayat ibn Majah, juzuk 2, hal. 49, no hadis 1569).

Termasuk juga dalam persoalan ini ialah menziarahi keluarga bukan muslim yang sakit.Ia satu perkara yang amat baik.

Lawatan Rasulullah saw terhadap bukan yang sakit

a)     Ziarah Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya yang sakit

Nabi saw menziarahi bapa saudarnya Abu Talib ketika dia sakit gering. Nabi saw mengajaknya agar beriman kepada Allah dan RasulNya. Namun Abu Talib menyatakan bahawa dia berada di atas agama bapanya Abdul  Mutalib.

b)     Ziarah Rasulullah saw terhadap seorang Yahudi yang sakit

Nabi saw menziarahi seorang Yahudi yang masih muda, ketika dia sakit. Nabi saw mengajaknya beriman. Lalu dia memandang bapanya. Akhirnya bapanya menyuruhnya agar taat kepada Abu Qasim (Nabi Muhammad saw).

Tujuan menziarahi bukan Muslim yang sakit ialah:

a)     Menghubungkan keharmonian dan kemesraan.

b)     Berdakwah kepada Islam tanpa paksaan.

Walau bagaimanapun, ada batas yang perlu dijaga. Batasnya ialah ketidakharusan meminta ampun kepada Allah selagi mana bukan muslim belum beriman. Juga tidak harus untuk solat jenazah atas mayat bukan muslim walaupun ibu bapa sendiri. “Hidayah itu datangnya daripada Allah. Beriman atau tidak bukan kerja kita umat Islam tetapi kita hanya berdakwah dan menyampaikan.”

Firman Allah swt dalam surah At-Taubah : 84, yang bermaksud

“Dan janganlah kamu ke atas seseorang daripada mereka (bukan muslim) dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya (menyelenggarakan urusan pengkebumiannya). Sesungguhnya mereka kufur kepada Allah dan (kufur) kepad RasulNya dan mereka mati hal keadaan mereka fasiq.”

Ketidakharusan meminta ampun dan bersolat jenazah terhadap mayat bukan muslim.

Ayat ini diwahyukan kerana Nabi saw ingin menunaikan solat jenazah ke atas mayat Abdullah bin Ubai sedang dia seorang munafik. Apabila dia mati, anaknya dating berjumpa  Nabi saw dan meminta pakain Nabi untuk mengkafankan bapanya. Nabi saw memberikan pakaiannya dan meminta agar diberitahu apabila selesai urusan jenazahnya. Kemudian Nabi saw bangun untuk melakukan solat jenazah ke atas Abdullah bin Ubai. Tindakan Nabi saw ditanya oleh Umar al-Khattab r.a. Nabi saw menjawab bahawa Baginda diberi pilihan oleh Allah sama ada untuk memohon ampun atau tidak kepada golongan ini. Namun akhirnya ayat ini diwahyukan. (Rujukan Sunan ibn Majah, juzuk 2, hal 34, no hadis 1523 dan 1524).

Ada juga amalan masyarakat yang tidak meminta ampun terhadap jenazah bukan muslim tetapi menggunakan ucapan standard dalam takziah seperti “May his/her soul rest in peace”, atau ucapan “may God bless him”.

Ucapan sebegini pun tidak harus kerana ia juga doa, dan doa untuk jenazah bukan mualim tidak diharuskan dalam Islam.

Keyakinan saudara baru terhadap kebenaran agama Islam yang baik untuk diri mereka dan kita sebagai  manusia sejagat sudah tentu juga baik untuk semua bukan muslim terutamanya keluarga dan sahabat handai mereka. Hanya perbezaan akidah (tauhid) yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim.

3 responses to “BAB 2: FIQAH BERSAUDARA, BERJIRAN DAN BERKAWAN

  1. salam..sy ingin bertanya.sy mempunyai teman lelaki y beragama kristian SDA.skrg dia dalam proses untuk mendalami islam.dia ada mengajak sy pergi ke rumah keluarganya di sarawak.apa y menjadi persoalan,boleh kah sy utk tinggal dirumah keluarganya y beragama kristian dan bolehkah sy sembahyang dirumah keluarganya nt?
    harap dpt memberi pndgn kepada sy.terima kasih..
    salam.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniha & teruskan perjuangan dalam menyebarkan agama Islam pada teman & keluarganya. Pada pendapat kami, adalah lebih baik saudari tidak pergi ke rumah keluarga teman tersebut sebab saudari dan mereka belum ada hubungan kekeluargaan. Jika benar ingin ada hubungan kekeluargaan, lebih baik keluarga saudari yang sedia maklum hal ini dan minta keluarga teman lelaki datang untuk merisik. Untuk masa ini, lebih baik saudari ajak teman saudari itu ke kelas-kelas asas fardhu ain (KAFA) di sekitar KL & Selangor jika tinggal di Lembah Klang. Kenalkan teman saudari dengan Islam, Iman. Biarlah lahir cinta teman itu pada Allah & Rasul terlebih dahulu yang akhirnya beliau memeluk Islam kerana cintanya pada Allah & Rasul lebih dari mencinta saudari. Di situlah bermula cinta kalian berdua akan penuh dengan rahmat Allah dan lagi indah dihiasi dengan pernikahan di mana ada hubungan sah antara kalain berdua. Saudari perlu pastikan teman saudari betul-betul konsep Islam, carilah persamaan antar Islam & Kristian dahulu barulah perbezaannya. Teman saudari akan lebih cinta Islam daripada mencintai agama asalnya kerana dia sedar, faham, cinta dan ingin praktikkannya. SubhanAllah.

      Jika saudari ingin pergi juga, maklumkan pada keluarga saudari dulu dan dapatkan teman wanita untuk menemani saudari di rantau orang. Sekurang2nya jika ada berlaku apa2 sama2 boleh menbantu. Saudari kena ingat ye bahawa selagi belum ada apa2 hubungan sah dari segi syarak adalah lebih baik saudari berhati-hati dalam soal bermuamalah dengan orang lain. Semoga saudari dapat jawapannya & membantu saudari. Jika ada soalan hubungi kami atau datanglah ke pejabat kami untuk mohon pandangan dan nasihat. 😉

      • salam..
        terima kasih diatas pandangan dan nasihat y diberikan..
        boleh sy dptkan maklumat berkaitan pejabat hidayah centre y mana berdekatan dengan daerah banting selangor?
        terima kasih..

Leave a comment