2.3 Panduan Ringkas Selepas Masuk Islam di Jabatan-Jabatan Agama Islam di Lembah Klang

Saudara / saudari Baru yang Allah kasihi sekalian,

Assalaamu’alaikum wrh wbt,

Tahniah kerana memilih Islam sebagai agamamu. Semoga saudara / saudari berada di dalam lindungan dan pemeliharaan Allah SWT sentiasa. Berikut adalah sedikit panduan untuk saudara / saudara ketahui dan perlu buat (jika berkaitan) selepas masuk Islam.

1. Saudara / saudari diwajibkan untuk menghadiri Kursus Intensif Fardhu Ain dan Khemah Ibadah @ Kursus Intensif Saudara Kita pada tarikh yang ditetapkan oleh mana-mana jabatan-jabatan agama.

2.Menghadiri Kelas Pengajian Fardhu Ain mingguan di Unit Pembangunan Insan Daerah @ Pusat @ mengikut alamat-alamat berikut:

a)     Kelas pengajian saudara muslim JAWI di Bangunan Pusat Islam Malaysia. Tel : 03-2273 9333 sambungan 1605 / 1611.

b)     Kelas pengajian saudara muslim PERKIM Pusat @ PERKIM Wilayah di Jalan Ipoh, KL. Tel : 03-4042 6224 @ 03-4041 2482.

c)     Kelas pengajian Islamic Outreach ABIM di 3402, Jalan Ampng Hilir, Ampang. Tel : 03-4256 9822.

d)     Pejabat Agama Islam, Daerah Gombak Barat, Batu 17 ¾, 48050 Kuang. Tel : 03-6038 3246, 03-6038 5973.

e)     Pejabat Agama Islam, Daerah Gombak Timur, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur. Tel : 03-4252 6080, 03-4256 4426.

f)       Pejabat Agama Islam, Daerah Klang, Jalan Dato’ Hamzah, 41000 Klang. Tel : 03-3372 6924, 03-3371 2166.

g)     Pejabat Agama Islam, Daerah Hulu Langat, Jalan Low Ti Kok, 43000 Kajang. Tel : 03-8737 7387, 03-8736 1381.

h)     Pejabat Agama Islam, Daerah Kuala Langat, Sungai Manggis, 42700 Banting. Tel : 03-3187 5134, 03-3187 6186.

i)        Pejabat Agama Islam, Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, 44000 Hulu Selangor. Tel : 03-6064 2901, 03-6064 1122.

j)        Pejabat Agama Islam, Daerah Kuala Selangor, 45300 Kuala Selangor. Tel : 03-3289 1393, 03-3281 3168.

3. Kad Akaun Masuk Islam

  • Saudara / saudari akan diberikan Kad Akuan Masuk Islam selepas urusan pendaftaran masuk Islam disempurnakan.

4. Dokumen yang diperlukan bagi membuat pindaan di dalam Kad Pengenalan

a)     Kad Akuan Masuk Islam

b)     Kad Pengenalan

c)     Sijil Kelahiran

d)     Surat Perakuan Sumpah – pindaan nama Islam yang dibuat di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah

e)     Berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara melalui Perkhidmatan Program Pindaan Nama Islam di Kad Pengenalan yang dikendalikan oleh cawangan saudara Muslim, JAWI atau unit dakwah saudara kita, MAIS atau

f)       Hadir sendiri @ teman saudara muslim ke Jabatan Pendaftaran Negara, Lot 2G5, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau di Jabatan Pendaftaran Negara, Maju Junction Mall, Tingkat 6 & 7, 1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

5. Jika ingin dapatkan tempat perlindungan dan penginapan sementara, saudara / saudari boleh membuat permohonan di:

a)     Kompleks Dar-Assa’adah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kg. batu, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Tel : 03-6257 0960, 6257 6864. Faks : 03-6258 1254

b)     SENARAI PERHUBUNGAN HIDAYAH CENTRE SeMALAYSIA

6. Hal-hal lain yang berkaitan

a)     Cawangan Saudara Muslim, Bahagian Pengurusan Dakwah,Tingkat 6  Barat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Menara Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2274 9333, Faks : 03-2273 1575.

b)     Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-5514 3521, Faks : 03-5512 2035.

7. Tempat belajar agama Islam (yang belum Islam @ saudara baru) :

*a)     Hidayah Centre, Pusat Komuniti JIM, Tingkat Bawah, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.

Tel: +(603) 41089669 (Pusat Informasi sahaja)

b)     PERKIM, Cawangan Pergerakan Belia (GERAK), Tingkat 2, Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tel : 016-2021230

*c)     WAMY, 3402, Jalan Ampang Hilir 2, 55000 Kuala Lumpur. Tel: +(603) 4257 4608, Faks: 03-4256 5252

*d)     Saba’ Islamic Media, 1-2-1 Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

Tel: +(603) 42518792, 42510498

e)    PERKIM USJ, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

f)     PERKIM, No 8, Jalan Harmonis 6, Taman Harmonis, 53100 Gombak, Kuala Lumpur.

*g)    Islamic Information & Services Foundation (IIS), 1-5-2, Prima Peninsular, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

h) Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA), Jalan Pegawai, 08000, Sungai Petani Kedah. Tel : 04 425 8561, Faks : 04 425 8226, E : pusba@kedah.gov.my

i) Pejabat Pertubuhan Ikram Bandar Tun Razak (IKRAM BTR), Tingkat 2, 18-2, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Nota : Tanda (*) – ada kelas dalam Bahasa Inggeris (BI)

136 responses to “2.3 Panduan Ringkas Selepas Masuk Islam di Jabatan-Jabatan Agama Islam di Lembah Klang

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudaraku. Mohon saudara rujuk di bahagian 2.2 dalam blog kami. Tidak banyak beza dalam pendaftaran Islam di Malaysia antara warganegara dan warga asing. Moga ia membantu.😉

      • Salam saudara, pengalaman kami tiada pembayaran dikenakan kepada mualaf yang nak berdaftar Islam. Cuma mereka perlukan wang sedikit untuk buat gambar paspot dan sedikit tambang ke pejabat jabatan/majlis agama. Jika tiada wang, kami galakkan bawalah mualaf tersebut ke masjid dan minta bantuan. Insya’Allah imam dan jamaah masjid akan bantu. Moga ia membantu saudara.

      • As Salam.. Saya berminat untuk mendalami ilmu agama islam. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya akan melanjutkan pengajian di luar negara selama 4 tahun, jadi sebelum saya berangkat, saya ingin mengikuti kelas agama secara keseluruhan selama sebulan dua. Di manakah tempatnya yang turut menyediakan tempat peginapan selama sebulan dua? Terima kasih

      • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

        Jzkk atas kesudian saudari untuk belajar agama Islam melalui pengajian kami. Moga Allah rahmati saudari untuk mendalami Islam. Tahnia!😉 Walaubagaimanapun, kami memohon maaf sebab kami tiada pengajian secara penuh iaitu 1-3 bulan.

        Kami cadangkan saudari, jika saudari adalah saudari baru kami cadangkan untuk belajar Islam di Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) di Kedah. Moga alamat ini dapat membantu saudari.

        Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA)
        Jalan Pegawai,
        08000, Sungai Petani Kedah.
        Tel : 04 425 8561
        Faks : 04 425 8226
        Email : pusba@kedah.gov.my

        Jika saudari bukan saudari baru, jemputlah datang ke pejabat kami untuk dapatkan info @ buku2 @ pemplet tentang Islam. Insya’Allah kami cuba membantu saudari mengikut pengalaman kami.

        Moga urusan saudari dipermudahkan Allah swt.🙂

    • wa’alalikumsalam wrh wbh saudaraku. bagus soalan sebegitu. cuma sekarang ini terlalu banyak yang kita dengar buruk daripada baiknya. selalunya yang buruk ini datangnya dari diri sendiri yang memulakan sifat buruk itu. ada banyak yang ingin dikongsikan. jom! kami bincangkan dari perspektif kedua-dua ibubapa, kemudian anak-anak dan masyarakat.

      Secara keseluruhannya :

      i) Kuatkan dari segi pengetahuan agama, mempratikkan nilai-nilai baik dalam agama, menghayati agama apatah lagi menginsafi setiap tindakan yang negatif yang dilakukan sebelum ini.
      ii) Ibubapa menjadi orang terkehadapan dalam memimpin anak-anak untuk maju ke hadapan, memimpin anak-anak ke jalan yang baik dan berlandaskan agama.
      iii) Didikan agama yang diselarikan dengan pemahaman dan penghayatan kenapa perlu buat ini, kenapa perlu buat itu, apa kesan jika patuh, apa kesan jika ingkar dsb.
      iv) Sumber rezeki diperolehi hendaklah halah lagi baik.
      v) Menegur anak-anak sendiri dan orang lain melakukan kesalahan. Berani untuk bersemuka dengan ibubapa remaja lain dan tenang untuk berkata “saya selaku muslim kena jaga tepi kain muslim/orang lain bukannya jaga dalam kain muslim/orang lain. agar anak-anak generasi kita terus mendukung Islam sampai ke akhir hayatnya”.
      vi) Ibubapa menghukum anak-anak dengan cara Islam iaitu memukul tapak kaki anak jika buat silap, sambil istighfar dan kemudian jelaskan apakah kesalahan anak & apakah yang sepatutnya dibuat oleh anak-anak.
      vii) Cara percakapan yang bermula dengan intonasi positif. Sebagai contoh, “kan baik jika bersama papa mama & adik-adik di rumah” menggantikan “jangan keluar rumah, tengok adik-adik tu”
      viii) Ibubapa mendekati malah memahami jiwa anak-anak remaja dengan sentiasa memberikan pujian jika mereka buat itu betul, terima pandangan mereka dan dalam masa sama berbincang adakah pandangan mereka itu benar atau salah dan ajak mereka berfikir tentang tindakan yang mereka lakukan.
      ix) Anak-anak dan ibubapa bersama-sama ke program-program yang menimbulkan rasa cintakan agama, cintakan keluarga, cintakan kejayaan dan ingin kebahagiaan di luar sekolah, hujung minggu, cuti sekolah.
      x) Sentiasa solah berjamaah di rumah atau di surau atau di masjid dan bapa menjadi imam, ibubapa jadi ustaz/ustazah bagi pengisian kepada anak-anak, anak-anak laungkan azan di rumah, beriadah bersama dsb.

      Moga ia membantu saudaraku.😉

  1. Assalamualaikum. Bigger thanks to ALLAH because HE shown me the way and also to my friends who as a beginner for me to know and learn about Islam. Also I would like to say thanks a lot to Mr.Haji Wahiduddin, who help me and be responsible in my convert process. I really appreciate it! May ALLAH bless all of u. NOW, I feel free without hestitant, honestly before I convert i feel like something missing in my life, and much things going wrong and today i can make a smile every my single day, no more anger. My heart, my mind peaceful inside. Thanks again!

    Here i want to know what the next step for me to be done except attending Fardhu Ain classes. About the Fardhu Ain class, for this moment, i just studying with my housemates, they teach me lots. Because I have a works should be done during my weekend since im still studying so hard time for me to be present a Fardhu Ain class. Later on, if i have a time i will contact Hidayah Center officer maybe to Mr. Haji Wahiduddin to discuss more about Islam and Fardhu Ain class.

    I have a question to ask:
    How to change my religion in My IC??
    Also, which clinic should me to go to berkhatan??

    I hope Hidayah Center will respon me as soon as possible.
    Thanks a lot
    Salam Maulidur Rasul.
    May Allah Bless Us.

    • Thank you Allah for bringing sister Sanisah into Islam. Insya Allah, along the way Sanisah will discover more about Islam and the beauty of its teaching. You are now as clean as a piece of white cloth without past sins howering over you.
      To change your religion status in your i.c you’ll need (1) kad islam (2) sijil akuan islam (3) borang JPN (4) surat akuan pesuruhjaya sumpah. InsyaALLah you ‘ll receive item (1) and (2) next week or the week after. You have to apply the change of status at Jabatan Pendaftaran, Bangunan Persekutuan near Masjid Negeri Seremban.
      We at Hidayah Centre will assist you in this matter. We are also arranging for a personal fardu ain class for you. Of course your muslim and non muslim friends are welcome to join. You are welcome to contact me or anyone from Hidayah Centre Seremban directly if you have any problem.

  2. Salam,
    Disini saya ada soalan yang hendak diajukan tuan haji Wahidudin.. Apakah seseorang itu dianggap masih kafir sekiranya pengIslamannya tidak disaksikan oleh sesiapapun tetapi dia mengaku KeEsaan Allah s.w.t dan KeRasulan Muhammad s.a.w ?
    Apakah yang harus dilakukannya?

  3. Wa’alaikumussalam,
    Tentang status seseorang disisi Allah maka tiadalah kita mengetahui. Maka hanya Allah yang mengetahui hatta status kita yang mengaku beriman.
    Adapun disisi manusia, seseorang yang memeluk Islam perlulah melafazkan keimanannya (syahadah) dihadapan saksi. Seorang muslim/muslimah punya hak-hak atas saudaranya. Bagaimana hak ini dapat dilunaskan jika beliau tidak dikenali? Untuk memudahkan pengenalan diri maka perlu beliau shahadah, mendaftarkan keislamannya dan mendapatkan kad islam.

    Memang ada kes seseorang enggan melalui proses “pengislaman” kerana takut diketahui keluarga, atau membenci proses “pengislaman” dan “birokrasinya” dan berhujah mengatakan yang penting adalah hatinya.
    Kami di HIDAYAH CENTRE, insyaAllah akan membantu menguraikan kekusutan ini, mempermudahkan proses “pengislaman” dan tidak menyusahkan.
    Dan Allah lebih mengetahui dan kepada Allah kami berserah.

  4. a.kum.sy ingin tahu sy ada teman lelaki warga asing ,dia ingin tahu bagaimana nk daftar kawin n sy.teman lelaki sudah pun memeluk islam dan sudah pun berkhatan.sy ingin tahu di manakah sy daftar perkahwinan kami.

  5. Assalamualaikum,

    I’m a new revert. Could I know when are the English classes conducted for “Kursus Intensif Fardhu Ain dan Khemah Ibadah @ Kursus Intensif Saudara Kita” in any centres? I received a few calls from JAWI but all the classes are in Malay and I’ve declined it because my Malay is not good and I prefer to learn in English.

    Thanks,
    Aishah

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my sister. Congrats for embracing the way of life (Islam). We would suggested that it’s better sister go the Malay classes for a moment. Because the most important now is to the get knowledge or experience as much as we can. The courses also provided in practical way beside theory. You can learn it step by step.😉 Then, at the same time, go and find the English Classes around Klang Valley. In our blog, just go the 2.3 No. 7 from (c)-(f), there are few places that you can go and ask for the English classes. We hope with that info can assist you. May Allah bless you sister.🙂

  6. salam..saya ingin tahu saya punya teman perempuan nak masuk islam..adakah nama ibu dan ayahnye kena tukar nama jgak…

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tahniah kerana ingin mendirikan rumahtangga dan seterusnya meneruskan dakwah Islamiah pada keluarga teman perempuan. Moga ia membangkitkan semangat dakwah di hati saudara. Amin. Bagi mereka yang memeluk Islam di Malaysia (khususnya):

      a) Adalah wajib menukarkan nama bukan asalnya (bukan Muslim), jika nama tersebut merujuk maksud kepada nama yang tak baik, atau menggunakan nama-nama tuhan-tuhan berhala atau patung-patung sembahan. Contohnya, nama asal buruk a/l panglima dsb.

      b) Adalah digalakkan menukar nama asal, jika nama tersebut tidak dapat membezakan antara bukan Muslim dan Muslim. Kami cadangkan dengan menambah/meletak nama Islam di hadapan spt Ikram Yeo, Ahmad Lim dsb.

      (c) Adalah diharuskan mengikut situasi (a) & (b) untuk ber”bin”kan atau ber”binti”kan nama ayah. Jika inginkan nama ayah jadi abdullah pun juga tiada masalah sebab abdullah bermaksud hamba Allah atau jika ingin kekalkan nama ayah pun tiada masalah jika mengikut (a).

      Kedua-dua di atas (a) & (b) ada tujuan tertentu yang menjadi satu perhatian di Malaysia terutamanya dalam soal tuntutan mayat/jenazah, pertukaran atau tuntutan harta keluarga, pengecaman mayat/jenazah, perkahwinan dsb. Jadi, saudaraku, jika emak ayah teman perempuan sudah memeluk Islam, saudara boleh rujuk (a) & (b) di atas. Moga ia membantu saudara.

      • b) Adalah digalakkan menukar nama asal, jika nama tersebut tidak dapat membezakan antara bukan Muslim dan Muslim. Kami cadangkan dengan menambah/meletak nama Islam di hadapan spt Ikram Yeo, Ahmad Lim dsb.

        JAWAPAN: xyah. sbb tercatat perkataan ISLAM diatas kad pengenalan baru.

  7. assalamualaikum…
    saya nak bertanya adakah klas fardu ain yg diadakan di pejabat agama islam, taman keramat dan tempat belajar agama islam di saba’ islamic media, tmn setiawangsa dikenakan bayaran? bilakah waktu klas diadakan dan bagaimana prosedur utk join klas ini

    • wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Bagi saudara baru yang ingin belajar agama Islam, tidak akan dikenakan bayaran kecuali jika saudara baru yang mengikuti kursus-kursus dakwah yang dianjurkan oleh NGO Islam, maka mereka dikenakan bayaran yuran. Saudari boleh terus hubungi pejabat-pejabat agama tersebut & tanya mereka. Jika dapat ke sana lebih baik sebab mereka ada jadual kelas untuk saudara baru secara berkala, sama ada setiap minggu atau setiap bulan. Moha ia membantu saudari.😉

  8. Assalamualaikum
    Im converted muslim for 2 years i realy want to study and strengthen my religion,but everytime i try to take a class we have to move place because before my husband was sailing so where ever he go i have follow.i just know how to sambayang because my husband teach me and before in the help of my neighbour she teach me basic of iqra and alot of thing but my husband decided to quit sailing and stay at kuala kubu baru.so from kemaman we have to move to kuala kubu for good.so i dicided to study but i dnt know how and where pls help me.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my sister. Alhamdulillah and keep it up the spirit of love for seeking knowledge of Allah. Congratulations sister! Kindly contact our friends in Hulu Selangor in Serendah,

      Bahagian Dakwah
      Pertubuhan IKRAM Malaysia
      Cawangan Daerah Hulu Selangor
      No. 17, Jalan Melor 2B,Desa Melor
      48200 Serendah
      Selangor Darul Ehsan

      Contact person:
      Email : ikramhuluselangor@gmail.com
      HP : 0192697169 (Branch Secretary)

      or you also can contact Haji Ariffin 019-2692531 or Haji Fitri 012-3159262.

      May Allah bless you sister.🙂

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh saudaraku. Tahniah kerana ada niat baik dalam membawa teman wanita memeluk Islam. Sebelum seseorang itu baik lelaki @ perempuan memeluk Islam, adalah kami sarankan mereka kenali Islam terlebih dahulu. Lahirkanlah rasa cinta, sayang & rindu pada Islam terutamanya pada Allah dan RasulNya. Selepas itu, bila seseorang (mualaf) itu sudah sedia, ceritakanlah keindahan Islam ini pada keluarganya dan apa sebabnya seseorang itu ingin memeluk Islam.Tujuannya agar kurang @ hilangkan salah tanggapan keluarga mualaf ini tentang Islam dan mereka boleh terima sebab-sebab yang munasabah @ relevan kenapa anak-anak mereka ingin memeluk Islam. Selepas itu, baru buat keputusan yang terbaik dan maklumkan pada keluarga bahawa kita berniat suci memeluk Islam tanpa dipaksa oleh sesiapa. Jika inginkan nasihat @ pandangan tentang perkara ini hubungi En. Zun ‘Arif di 017-366 7216. Moga ia membantu saudara dan kami doakan agar urusan saudara dipermudahkan. Amin.😉

  9. assalamualaikum w.b.t…
    saya ingin bertanya beberapa soalan:
    a) sekiranya ada rakan yang ingin mempelajari Islam dan cara kehidupannya tanpa memeluk Islam terlebih dahulu, bagaimanakah caranya?
    b) di manakah boleh dirujuk untuk mengetahui jadual kelas2 belajar Islam?
    c) adakah terdapat cawangan di Shah Alam atau berdekatan?

    Terima kasih…

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah kerana membantu rakan yang ingin memdalami Islam. Moga Allah merahmati saudari & terus isqomah dalam membantu saudara2 baru kita. Untuk soalan

      (a) : Jawapannya : Boleh terus sahaja pergi ke KAFA tersebut dan maklumkan pada tenaga pengajarnya bahawa rakan saudari ingin belajar Islam tanpa memeluknya terlebih dahulu. Jadi, bolehlah pengajar itu nanti ubahsuai teknik penyampaian @ mengajarnya nanti.

      (b) : Jawapannya : saudari lihat dalam bahagian 2.3.7 dalam blog ini juga.

      (c) : Jawapannya : Jika di Shah Alam, saudari bolehlah terus pergi ke bangunan MAIS depan masjid negeri itu untuk dapatkan maklumat terperinci tentang KAFA tersebut. Saudari pergi ke Bangunan Selatan dan naik tingkat 8, Bahagian Pembangunan Insan. Insya’Allah ada pegawai MAIS yang akan tolong saudari.

      Moga ia membantu saudari dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah. Tahniah sekali lagi!

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh saudaraku. Terima kasih dengan soalan tu. Jika saudara ada bajet untuk sambung belajar agama, kami cadangkan saudara ambillah mana-mana kursus di IPT seperti UIA, UM, KUIS dan USIM. Jika tiada bajet, kami syorkan saudara pergilah ke masjid-masjid berdekatan dan dapatkan jadual kuliah di masjid atau saudara juga boleh terlibat dengan menjadi ahli pertubuhan @ persatuan Islam seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia, WAMY, Al-Hunafa’, MACMA, ACCIN dsb. Teruskan saudaraku dalam mencari ilmu Allah. Moga Allah mempermudahkan usahamu. Amin.🙂

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tahniah dan syabas sebab ingin berubah ke arah yang lebih baik dari dulu. Kami doakan perubahan anda. Islam itu mudah, jika nak bertaubat, buatlah solat sunat taubat nasuha, bangun 2/3 malam dan bermunajatlah kepadaNya. Buat satu senarai dan kolum di sebelah kiri, senaraikan perkara buruk yang saudara buat kemudian kolum di sebelah kanan senaraikan apa tindakan yang saudara akan buat untuk membuang perkara buruk di kolum kiri. Kemudian, pasangkan niat “Saya ingin berubah menjadi orang yang lebih baik dari dulu kerana Allah Ta’ala”. Banyakkan istighfar/berzikir, solat berjemaah, puasa sunat, libatkan diri dengan aktiviti/program dakwah. Moga ia membantu saudara.😉

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Waa..alangkah baiknya saudariku ini, suka mencari ilmu dan berada di “taman-taman syurga”. Bagus & Tahniah! Kami mohon maaf sangat-sangat, kami belum dapat lagi maklumat untuk kelas KAFA di Port Dickson. Tapi kami ada wakil yang boleh cuba membantu saudari. Jika tak keberatan mohon hubungi Tuan Haji Wahiduddin di talian 012-3723283. Insya’Allah isteri beliau boleh membantu saudari dalam hal ini. Jangan segan-segan yer untuk bertanya lagi. Moga ia membantu saudari.😉

  10. Assalamulaikum….

    bagaimanakah sye boleh belajar mengaji al-quran dan mendalami ilmu agama….sbb sye buta huruf bahasa arab….x pandai mengaji…..

  11. salam,saya ingin bertanya.saya dah bertahun saya berminat masuk islam dan tunang saya sendiri beragama islam,tapi mereka langsung tidak membimbimg saya utk mengenali islam.apa yang pertama perlu saya buat untuk masuk islam?thanks…

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Jika ingin diceritakan tentang persiapan memeluk Islam, banyak sebenarnya. Cuma bukan itu yang kami ingin sampaikan buat masa ini. Kami bersedia bersua dengan saudari di pejabat kami. Jemputlah datang. Tujuannya melalui penjelasan dua hala (2 way interactive), ia lebih banyak membantu saudari nanti. Jemputlah datang ye…Moga urusan saudari dipermudahkan.😉

  12. blh tak saya masuk kelas tuk bukan islam dan saudara baru? sblm ini sy prnah kuar islam masuk kristian tanpa pengetahuan keluarga tp tah camne saya rase masih percaya pada Allah yang satu je. in the same time, saya agak kurang yakin pada Allah.

    • Salam saudariku. Tahniah dan teruskan usaha saudari untuk mengenal Allah yang Maha Mencipta kita semua termasuk Nabi Isa a.s. yang dikatakan orang Kristian sebagai salah satu tuhan daripada tiga tuhan. Moga Allah permudahkan usaha saudari. Jika perlukan bantuan, datanglah ke pejabat kami untuk dapatkan nasihat dan tips untuk mendekati Allah dan RasulNya.😉

  13. n satu lg saya nk tau ade orang prnah bagtau saya klu dah murtad tp nk masuk islam balik, Tuhan dah xterima lg keislaman 2? betul ke? walaupn btl2 bertaubat dan jd seorang muslim yang taat tetap x diterima lg??

    • Salam saudariku. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jadi, bagi mereka yang sudah murtad dan kembali kepada Islam semula, maka masuklah Islam dengan sepenuhnya. Mohon taubat padaNya dan teruskan kehidupan sebagai muslim yang lebih baik dari dulu. Teruskan untuk terlibat dalam kerja2 jamaah dan persatuan Islamik. Moga terus bersinar Islam dalam hati orang yang kembali kepada agama Allah.🙂

  14. n satu lg saya nk tau ade orang prnah bagtau saya klu dah murtad tp nk masuk islam balik, Tuhan dah xterima lg keislaman 2? betul ke? walaupn btl2 bertaubat dan jd seorang muslim yang taat tetap x diterima lg?? sy btl2 nk tau jawapan 2.. thanks..

    • Allah Maha Pengampun dan menerima taubat setiap hambaNya yang benar-benar insaf dan bertaubat.
      Kenyataan tersebut adalah SALAH sama sekali kerana setiap manusia melakukan kesilapan, dan selagi masih bernyawa dia masih berpeluang memohon ampun kepada Allah diatas apa yang telah dilakukan (iaitu yang menyalahi undang-undang Allah). Mohonlah keampunan daripada Allah dengan sebenar-benar penyesalan. InsyaAllah, Allah sahajalah tempat mengadu.
      Taubat nasuha dan jangan diulangi lagi kesalahan MURTAD yang sungguh dibenci oleh Allah.
      Untuk pertanyaan lanjut, hubungilah ibu pejabat kami di talian 03-41089669

  15. Assalamualaikum.

    Saya baru sahaja mengucap dua kalimah shahadah minggu lepas, kalau tak tahu nak solat dan tak dapat nak solat, how eh ? -tiada org islam disisi yang benar benar mahu membantu.

    • Wa’alaikumussalam..
      Saudaraku, alhamdulillah dan tahniah kerana kembali kepada Islam !
      Saya sebagai saudara seIslam amat bersyukur kerana bertambahnya umat Islam dengan pengIslaman saudara.
      Sebelum itu, boleh saya tahu dimana saudara Mitchelle melafazkan syahadah..? Untuk makluman, selepas proses melafazkan syahadah secara kebiasaannya saudara akan mengikuti kursus intensif pengajian Islam untuk menambah kefahaman kepada Islam selain pengajaran solat dan ibadah fardhu lain.
      Namun, tidak dinafikan ada berlaku keciciran nama.

      Saya mohon saudara hubungi pejabat Hidayah Centre segera untuk tindakan lanjut di talian 03-41089669.
      Terima kasih.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  16. salam….macam mana nak convert tanpa persetujuan ibu ?? saya tidak dpt menentang ibu saya…saya sdg cuba memujuknya untuk memahami saya kerana hasrat ingin memeluk islam sudah lama dal hati saya..cuma pihak keluarga yang tidak bersetuju…buntu…😦

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah saudari kerana ingin mendekati Islam malah memilikinya. Seronok mendengarnya!🙂 Datanglah ke pejabat kami di Taman Melawati dengan menghubungi Puan Alya 03-4108 9669. Insya’Allah kita boleh berbincang dan memberikan tips-tips bagi memudahkan saudari mengatur strategi saudari. Cepat ye datang ke pejabat kami? Moga Allah memudahkan urusan saudari.😉

  17. Assalamualakum w.b.t…selain dari tempat belajar dan mendalami ilmu agama bagi saudara baru, ada tak tempat disediakan di Hidayah Centre bagi mereka yg mmg beragama Islam tetapi boleh dikatakan langsung tidak membuat amalan seperti mana dituntut oleh Allah s.w.t? Jika ada bagaimana boleh saya membuat permohonan atau jika tiada dimana boleh saya cari tempat yg boleh membantu saya?

    • Wa’alaikumussalam..
      Cik/Pn Norashikin, terima kasih kerana memilih Hidayah Centre sebagai rujukan.
      Untuk makluman Cik/Pn, di Hidayah Centre kami menyediakan rumah perlindungan untuk saudara baru yang menghadapi tentangan daripada keluarga dan pelbagai lagi masalah yang kebiasaannya dihadapi oleh mereka dengan dilengkapi kelas bimbingan untuk mengukuhkan akidah Islam.
      Walaubagaimana pun, kami tidak menghalang mana-mana individu yang ingin mendalami Islam sama ada mereka yang baru memeluk Islam atau mereka yang sememangnya Islam sejak lahir.
      Untuk makluman juga, kami di Hidayah Centre Pusat, Taman Melawati dalam proses mewujudkan kelas pengajian Islam & Al-Quran khusus untuk mengembangkan pengetahuan Islam kepada masyarakat.
      Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi insyaAllah. Cik/Pn boleh hubungi pejabat kami di talian 03-41089669 untuk pertanyaan lanjut.
      Terima kasih.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

    • Wa’alaikumussalam..
      Terima kasih kerana memilih Hidayah Centre untuk bertanya.
      Sebelum itu, boleh kami tahu saudara tinggal di area mana..?
      Untuk pengetahuan saudara, surat akuan masuk Islam mestilah disertai dengan lafaz syahadah untuk mengesahkan pengIslaman yang berlaku.
      Jika saudara tinggal berdekatan Kuala Lumpur, boleh datang ke pejabat Hidayah Centre di alamat Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
      Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pejabat kami di talian 03-41089669.

  18. Assalamualaikum,

    Kita patut memuji dan menyokong usaha pendedahan ilumwan islam ini kepada saudara baru kita untuk membuka degan sejelas-jelasnya keindahan dan kebaikkan islam itu sendiri agar mereka tidak was-was dan salah sangka. Banyak sudah kita dengari bahawa saudara baru kita tercari-cari dan tiada panduan jelas tentang amalan dan panduan dalam ajaran islam selepas mereka memeluk islam dan akibatnya mereka berubah akidah kembali.

    Syabas atas usaha ini. Terimakasih

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah.
      Alhamdulillah, Hidayah Centre sedang dalam usaha memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada untuk memastikan objektif, misi & visi penubuhannya HC sebagai Pusat Sokongan Saudara Baru & Pusat Informasi Islam dapat dicapai dengan baik. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

      Jika berminat terlibat sebagai sukarelawan, Encik boleh buat pendaftaran online di link ini :

  19. salam.saya kini berumur 18 tahun,saya berugama budha,saya ada boyfriend malayu .masalah saya .saya ingin memeluk ugama islam ,disebabkan bantahan keluarga ,kini saya tinggal dirumah boyfriend saya besama keluarganya.diugama islam salahkan seseoran islam membenarkan orang yg bkn islan tinggal bersama.,keluaga saya ingin bawa kes ni ke makahmah.sebab saya keluar dari rumah tanpa pengetahuan mereka.apakah harus saya buat.

    • Salam sejahtera.
      Seorang anak yang berumur 18 tahun dan keatas berhak memilih agama apa yang dipercayai dan hendak dianuti. Ivy mestilah berumur 18 tahun pada tarikh keluar rumah (Cth: Tarikh lahir pada 30/12/1994, kiraan umur 18 tahun adalah pada 30/12/2012). Jika Ivy belum sampai tarikh lahir seperti contoh diberi pada hari keluar rumah, Ivy dikira belum berhak diberi kebebasan memilih agama.
      Dalam Islam, percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Dikhuatiri akan berlakunya zina (persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan yang halal melalui perkahwinan).
      Jika benar niat Ivy ingin mendalami dan memeluk Islam, usahlah ditangguhkan. Mintalah keluarga teman lelaki Ivy membantu membawa Ivy ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat untuk urusan pengIslaman. InsyaAllah, segala urusan Ivy akan dipermudahkan.

      Untuk bantuan, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

  20. Assalamualaikum…🙂 Saya seorg mualaf yg ingin mencari kelas untuk mngaji Al Quran dan hal2 dalam Agama Islam… sy xtahu lagi di mana tempat sy mencari…sy mohon bantuan dari anda utk memberitahu di mana ada tempat menganjurkan latihan utk saudara baru…sy mohon sngt2..Kalo ada tlg hubungi sy secepat yg mungkin… 012 855 0003 Semoga Allah membalas kebaikan kalian…Terima Kasih bnyak2…

    • Wa’alakumussalam.
      Alhamdulillah, di Hidayah Centre sendiri kami mengendalikan kelas bimbingan untuk saudara baru pada setiap hari Selasa malam, bermula selepas Isya’ sehingga jam 10 malam. Jadi, Nur Liyana bolehlah hadir kelas esok ya !🙂
      Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669.

  21. assalamualaikum.

    saya islam pada nama, tak pandai solat, bersihkan diri, tak pandai baca Alquran. saya sesal. saya tinggal di ampang. saya inginkan islam. ada tak kelas fardu ain di kawasan ampang? saya mahu bertaubat dan mahu mendekati islam

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudara. Tahniah kerana saudara mulai sedar dan rasa manisnya iman dalam Islam. Saudara boleh sahaja ke jabatan agama Islam yang terdekat di sekitar Ampang. Yang paling dekat adalah di JAIS Gombak Selatan di kawasan Keramat untuk saudara bertanya tentang pengajian Islam. Kami juga cadangkan saudara untuk pergi ke masjid @ surau yang berdekatan dan ikuti kuliah2 maghrib, subuh @ dhuha. Dalam masa sama juga, jika saudara tak keberatan bolehlah tanya salah seorang AJK Masjid @ surau yang boleh membimbing saudara. Di Hidayah Centre juga ada Kelas Asas Fardhu ‘Ain (KAFA) setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Saudara juga boleh datang dan belajar dengan saudara baru. Semoga info ini membantu saudara.😉

  22. salam sejahtera.
    saya ada soalan nak bertanya, tolonglah saya, saya keliru.
    1. saya berminat untuk memeluk islam tetapi ditentang hebat oleh pihak keluarga saya. bagaimana?
    2. selepas memeluk islam, saya berhasrat untuk berkahwin dengan teman lelaki saya yang beragama islam, tetapi dia bukan warga negara malaysia. bagaimana?
    3. untuk memeluk islam bagi saya(warganegara), perlukan bayaran?
    4. tolonglah saya, saya hanya ada masa selama seminggu saja dari sekarang.

    • Salam sejahtera saudariku. Tahniah atas cinta saudari tentang Islam yang akhirnya ingin memilikinya. Jika tak keberatan, jemput datang ke pejabat kami dan berjumpa ustazah Alya untuk membantu saudari. Tujuannya agar saudari jelas dengan penjelasan dari pihak kami. Sekurang2nya jika saudari ada soalan lagi kami mudah membantu. Jemput datang yer.🙂

  23. Assalamualaikum,

    My name is Nabilah. And i have a friend that would love to convert to Islam. He was learning about Islam since year 2011. We are planning to be married by November this year. I have a question here dear, after converted, does he needs to attend several classes to strengthen his knowledge of Islam? May I have the schedule of the classes? And apology for my last enquiry, how long will it be ya? I appreciate so much if you could help me with the issues. Thank You.🙂

    • Wa’alaikumussalam.

      Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan jalan menuju Islam.
      Nabilah, seseorang yang baru memeluk Islam harus diberikan masa untuk dia belajar dan memantapkan aqidah. Ditakuti jika imannya tidak kuat, apabila masalah menimpa dia akan mudah melatah dan kembali kepada agama asalnya. Na’uzubillahi mindzalik !
      Berdasarkan pengalaman kami di Hidayah Centre, memang terjadi kes-kes sebegini.
      Saranan kami, berikan masa kepada bakal suami mendalami Islam. Sebab kelak dia akan mengetuai sebuah keluarga. Dia harus faham tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim & tanggungjawab2 sebagai ketua keluarga dalam Islam.

      Nabilah boleh membawanya ke pejabat kami di Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur untuk urusan pengIslaman beliau. Kami juga menyediakan kelas bimbingan untuk saudara baru pada setiap Islam malam (Dikendalikan dalam B.Melayu) & setiap pagi Ahad (Dikendalikan dalam B.Inggeris). Atau boleh juga Nabilah membawanya ke mana-mana pejabat agama Islam berdekatan untuk urusan tersebut. Di JAIS, saudara baru diwajibkan mengikuti beberapa kursus intensif selama beberapa peringkat. Untuk keterangan lanjut mengenai kelas bimbingan, Nabilah boleh menghubungi pejabat Agama Islam Daerah terdekat.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  24. Assamualaikum wbt,

    Appreciate if you could give some info on how to go about sending a new muallaf to attend the bsic training, i converted in my home country. Due to some time constraints i could not follow all the subjects and now i want to know when in Malaysia what should i do to continue my lessons.

    I am now staying at Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

    Wassalam..

    Regard.

    Seek

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my brother. Masya’Allah. Congratulations brother as your spirit strengthen your effort to find the muallaf/reverts classes. May Allah rewards you brother. For your information brother, every Monday night (after Maghrib) Hidayah Centre conducts KAFA (Kelas Asas Fardhu ‘Ain) @ Basic Class of Fardhu ‘Ain at Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati. Come and join us there. Beside that, there are some classes also conducted to around KL. Kindly refer to the linkage below.

      Islamic Classes around Kuala Lumpur for reverts

    • sye bukan islam. saye berminat memasuki islam tetapi saya takut dgn ibu bapa…saye berumur 19 tahun bolehkah saye mengambil keputusan sendiri tanpa izin ibu bapa contohnya masuk islam………bolehkah saye keluar dari rumah selepas masuk islam sbb kalau saye masih bersama keluarga sye x dapat nak sembayang dan tutup aurat dan keluarga sye tidak bersetuju kahwin dgn teman lelaki sye melayu melayu……….sye keliru nak membuat keputusan……tlg saye
      jawapan

      • Salam sejahtera Chandra !
        Pihak kami memohon maaf atas kelewatan memberi maklum balas.
        Alhamdulillah. Mungkin Chandra adalah insan terpilih untuk kembali kepada Islam🙂
        Untuk makluman Chandra, seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun pada hari dia memohon untuk menukar agama tidak perlu memohon kebenaran daripada ibu bapanya lagi. Berbeza bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun yang MESTI dengan izin ibu bapa untuk menukar agama.

        Jika Chandra memerlukan penjelasan yang lebih, Sis sangat mengalukan Chandra untuk hubungi Sis secara peribadi di talian 013-3137685 supaya Chandra lebih jelas & yakin untuk membuat keputusan.

        Semoga membantu.
        Sis Alya, Eksekutif Dakwah Hidayah Centre.

  25. saya ada soalan nak tanye kepada saudari…
    1.kalau saya memeluk agama islam nama di ic saya kena tukar ?
    2.berapa lama mengambil masa untuk tukar nama dlm ic?
    3.berapa lama akan mengambil masa selasaikan hal ni semua?
    saya nak berkahwin dgn teman lelaki saya beragama islam saya nak kahwin cepat sbb selepas saya masuk islam temam lelaki saya dpt mengajar tentang agama islam..saya dpt solat dan tutup aurat…kalau saya tinggal bersama keluarga tak dapat solat tutup aurat..saya dah bincang bersama keluarga nak masuk islam dan kahwin dengan teman lelaki tetapi keluarga tidak setuju dan sye kena pukul sbb bincang hal ni saya tidak yakin keluarga akan setuju…saya nak masuk islam pd 7/5/2012 saya rasa berdosa kalau x masuk islam sbb saya dah tahu tentang agama islam dan dosa2nya…tentang agama islam saya belajar dari teman lelaki,buku fardu ain,dan dari kawan2 saya teringat nak masuk islam..

    • Salah sejahtera Chandra.

      Menjawab soalan :
      1. Tidak perlu tukar nama jika nama asal membawa maksud yang baik. Jika sebaliknya (Cth: Nama sembahan/ membawa maksud yang tidak elok dll), seseorang yang memeluk Islam akan disarankan untuk menukar namanya kepada satu nama lain yang membawa maksud yang baik. Boleh juga menggabungkan nama asal dengan nama baru. Contoh : Nama asal, Nicholas. Ditambah nama Islam, Muhammad Nicholas.

      2. Selepas Kad Akuan Islam diberikan oleh jabatan agama Islam, saudari boleh menguruskan pertukaran agama pada kad pengenalan kepada agama Islam. Pertukaran nama tidak diperlukan jika saudari mengekalkan nama asal.

      3. Proses pengIslaman hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja jika saudari sudah bersedia🙂. Urusan-urusan lain juga tidak mengambil masa yang terlalu panjang untuk diselesaikan. Bergantung kepada keadaan.

      Untuk memudahkan segala urusan, mohon Chandra untuk hubungi ibu pejabat Hidayah Centre supaya segala masalah dapat kami bantu sesegera mungkin.
      03-41089669.

  26. Assalamualaikum…

    Terima kasih kerana website ini membantu saya untuk mengetahui procedure peingslaman. Saya seorang wanita Islam dan berkawan dengan seorang lelaki beragama Hindu. Bakal saudara baru ini (teman lelaki saya) sudah mula berjinak2 dengan agama Islam. Kalau boleh saya hendak mencari ustaz/tenaga pengajar yang dapat membimbing secara halus dan memberi keyakinan kepada teman lelaki saya tentang kebenaran agama ini. Keluarga teman lelaki saya (ibu bapa) sangat berpegang teguh dengan agama mereka (Hindu). Namun, tiada penentangan dari keluarga beliau mahupun keluarga saya tentang perhubungan kami yang berbeza agama ini.
    Ada seorang saudaranya (pakcik) memeluk Islam tetapi tidak ditekankan dengan pejalaran tentang agama membuatkan dia tidak yakin tentang Islam..
    Saya berada di Kluang, Johor. Saya ada memberi e-mail pertanyaan tentang hal ini di e-jawab pej agama daerah Kluang namun masih belum mendapat jawapan lagi.

    saya nak minta pandangan Hidayah center berkenan isi dibawah:

    1) bolehkah saya teman kan beliau semasa menghadiri kelas fardhu ain?
    2) Apakah langkah pertama yang perlu saya lakukan sekarang?
    3) Tempoh procedure pengislaman ini (dari mula – tamat kelas asas fardhu ain) mengambil masa berapa lama?
    3)Tempoh masa dari selesai procedure – kami boleh mendirikan rumah tangga mengambil masa berpada lama? (anggaran?)
    Kami dah berkawan hampir 2 tahun. Bagi mengelak segala maksiat dan kemungkaran, kalau boleh nak akhiri perhubungan ini dengan jalan yang halal (perkahwinan).
    4) Perlukah menukar nama? Isu nama juga menjadi isu sensitif, jika tukar nama, saya kuatir ibu bapa nya akan berkecil hati. (nama beliau Kamaleswaren)

    • Wa’alaikumussalam.
      Alhamdulillah ! Semoga Allah kurniakan hidayah buat Kamaleswaran.

      Menjawab soalan :
      1) Boleh. Tiada masalah. Malah amat bagus kerana Nurul boleh memberikan semangat kepada bakal suami untuk bersungguh-sungguh mendalami Islam.
      2) Langkah pertama, bawalah bakal suami ke Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat untuk sesi penerangan Islam disana. Jika Nurul merasa lebih selesa untuk bakal suami belajar secara one to one, pihak Hidayah Centre akan usahakan untuk hubungkan dengan PIC Hidayah Centre di Johor.
      3) Saya cadangkan, beri masa kepada bakal suami untuk betul2 memahami Islam. Kerana, kelak dia akan menjadi ketua keluarga yang akan mengepalai sebuah rumahntangga dan menggalas amanah yang besar oleh Allah sebagai seorang suami. Secara peribadi, tempoh antara 4-5 bulan adalah memadai untuk bakal suami mendalami Islam sebaiknya & mengetahui tanggungjawab sebagai seorang Muslim, seorang anak, seorang suami, bakal seorang bapa dan sebagainya lagi.

      4) Tidak perlu jika nama asalnya membawa maksud yang baik. Sebaliknya, adalah dicadangkan agar menukar nama jika nama asalnya bermaksud nama sembahan tertentu atau membawa maksud yang buruk/keji. Jadi, lebih baik jika nama panggilan yang membawa maksud yang baik menggaantikan nama tersebut. Boleh juga mengekalkan nama asal dengan membuat penambahan nama Islam pada nama asal.
      Cth: Nama asal, Yeo Wee Kiat. Penambahan, Muhammad Yeo Wee Kiat.

      Mudah bukan?
      Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669.
      Semoga membantu.

      Sis Alya,
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre.

  27. Hi,saya beragama buddha. saya berminat dalam agama dan agama islam. Tetapi, keluarga bantah saya nmasuk islam. So,saya berhasrat nak belajar islam dahulu sebelum masuk islam. Disisi saya tiada rakan islam yang boleh bantu saya. Saya nak tahu dimana tempat boleh bagi saya belajar islam? kalau selepas belajar islam dan saya rasa tak sesuai dengan cara hidup saya, saya kena masuk islam juga?

    • Salam sejahtera Bro Johan.
      Alhamdulillah. you are the choosen one !
      Boleh pihak kami tahu, Bro Johan tinggal dimana. Jika tinggal di KL, Hidayah Centre ada menganjurkan Class For Reverts pada setiap malam Isnin (8.30 malam – 10.30 malam) dikendalikan dalam bahasa Melayu dan setiap Ahad (10 pagi – 12 tengah hari) dikendalikan dalam B.Inggeris.

      Tiada masalah. Bro Johan boleh mendalami Islam terlebih dahulu. Ambil lah sebanyak mana masa untuk mengkaji agama Islam. Jika Bro Johan yakin dengan agama Islam, barulah buat keputusan untuk memeluk Islam.

      Pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669

      Sis Alya.

      • saya tinggal dekat Cyberjaya. adakah saya perlu belajar bahasa arab dahulu sebab seperti saya faham, al-quran adalah dalam bahasa arab. Selain itu, adakah saya perlu mendaftarkan nama saya di hidayah centre dahulu kalau saya nak ikuti class for reverts ? Boleh pihak hidayah centre janji untuk merahsiakan tentang kehadiran saya ke Class for reverts kerana saya tidak boleh bagi keluarga saya tahu buat seketika… keluarga saya bantah hebat walaupun saya cuma baca article tentang Islam…

    • Salam sejahtera Bro Kelly.
      InsyaAllah, Islam agama yang mudah dan tidak menyusahkan.

      Jika Bro Kelly yakin bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang layak disembah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, itulah tanda pengIslaman Bro Kelly. Sangat mudah. Hanya yakin dengan kebenaran Islam.

      Pertanyaan lanjut, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669

      Semoga Allah permudahkan urusan Bro Kelly !
      Sis Alya,
      Eksekutif Dakwah HC.

  28. Salam sya nk tnya bgaimna ssorg yg xade agma 2 nk msuk islam n adakah org2 seperti nie perlu bersunat????????

    • Assalamu’alaikum.
      Memeluk Islam memerlukan kefahaman dan penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak/ layak disembah melainkan Allah & mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Mudah sahaja. Bersunat adalah tuntutan untuk menjaga kebersihan alat sulit bagi lelaki. Ia tidaklah wajib, tetapi dituntut melakukannya🙂

  29. Assalamualaikum,
    Saya mempunyai teman lelaki bangsa cina. Salah satu halangan kami nak berkahwin ialah dia risau jika terpaksa menukar nama nya. Berdasarkan pembacaan, menukar nama tak wajib jika nama nya tidak membawa maksud yang tidak baik. Bagaimana dari segi peraturan sekiranya die mengekalkan nama penuhnya dalam kad pengenalan dan segala urusan rasmi selepas masuk islam (dgn syarat nama nya memang tidak membawa maksud yang tidak baik)?

    Harap dapat membantu.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Jutaan terima kasih atas persoalan yg dituju.🙂

      MashaAllah moga Allah permudahkan urusan saudari dalam membimbing bakal suami jadi suami yg soleh. Untuk pengetahuan saudari, jika nama asal saudara kita itu baik maksudnya, tak salah untuk dikekalkan. Proses pengislaman pun sama seperti biasa begitu juga pertukaran kad pengenalan (KP). KP perlu ditukar baru untuk menyatakan status agama dalam kad tersebut untuk urusan-urusan penting di Malaysia.

      Prosesnya mudah sahaja :

      a) Daftar pengislaman dan dapatkan kad memeluk agama Islam (kad Islam) di jabatan agama dekat dgn rumah saudara itu.
      b) Buat surat sumpah di mahkamah untuk menyatakan pertukaran agama tanpa paksaan sesiapa. ATAU pihak jabatan agama ada bantuan untuk saudara baru yang nak tukar KP spt borang dan membantu proses pertukaran KP dengan mudah. Ikut prosedur dalam borang pertukaran KP.
      c) Ikut kursus asas saudara baru yang ditawarkan oleh jabatan agama. Pilih tarikh yang sesuai agar semua kursus dapat hadir.
      d) Ikuti kelas asas fardhu ain (KAFA) di mana-mana NGO atau jabatan agama yg terdekat yg menawarkan kelas tersebut

      Saudariku kena ingat ya bahawa pemantapan aqidah pada saudara baru amat penting untuk memastikan keimanan mereka utuh dan boleh teruskan hidup sbg muslim yg soleh.

      Moga dipermudahkan urusan saudari. Doa banyak2 ya.. 😉

  30. Is there a learning centre at Klang or Shah Alam area? I wish to learn about Islam and have in-depth knowledge and understanding about Islam.Thank you.

    • Alhamdulillah,
      U can contact En. Fakharuddin 012-3028207.
      May Allah guide you brother !

  31. Salam..saya nk tanya teman lelaki sy org cina ,apabila dia masuk islam hutang2 dgn bank jadi macam mana ? Identity dia jadi baru ke ? Boleh senang pinjam duit dgn bank Islam ke ?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku.

      Terima kasih atas soalan yang diajukan. Tahniah kerana membawa hamba Allah untuk mencintai Allah da Islam.

      Bila mualaf sudah masuk Islam, dia akan dapat kad Islam. Jika dah dapat kad Islam dia akan tukar nama pada Kad Pengenalannya. Tentang urusan lain dalan perbankan, pembelian aset, nama akaun harta @ akaun bank @ mana2 urusan yang berkaitan, teman saudari kena maklumkan pada mereka spt bank, dsb jika masih menggunakan nama lama.

      Teman saudari tetap masih berhutang dengan bank jadi memang tak boleh lari dari untuk menunaikan tanggungjawab untuk melunaskan hutang tersebut. Kami bukanlah pakar kewangan tapi pengalaman ada. Jadi, saudari bawa teman saudari itu ke institusi AKPK untuk membantu mendapatkan cara terbaik melunaskan hutang tersebut.

      Jika nak buat pinjaman di Bank Islam atau mana2 bank Islamik, cubalah ikut prosedur mereka dan ia perlukan maklumat terperinci si peminjam. Mungkin susah…tapi lebih baik pergi ke AKPK dulu dapatkan nasihat yang terbaik ya?😉

      Moga dipermudahkan urusan saudari dan teman.🙂

  32. Salam,

    Teman lelaki saya berasal dari Europe. Kami sudah berkenalan lebih kurang 8 bulan. Saya cuba perlahan-lahan menerangkan Islam kepadanya & berdoa agar hubungan ini boleh diakhiri dengan perkahwinan. Bagaimana cara terbaik untuk menerangkan Islam tanpa merasakan dirinya sebagai dipaksa? (Dia melihat Islam seperti majority masyarakat Barat). Saya keliru sama ada saya masih patut bersama dia dan cuba menerangkan Islam atau saya patut mengakhiri perhubungan kerana takut akan terjebak dengan dosa-dosa?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku.

      Jutaan terima kasih dengan soalan yang diajukan itu. Moga Allah memberkati dirimu untuk membimbing saudara kita yg baru itu.

      Kami cadangkan saudari kenalkan saudara kita itu dengan mana2 institusi/NGO Islamik di sana @ bawa jumpa seorang lelaki yang baik dan soleh yang boleh membimbing saudara kita tentang Islam. Saudari ceritakan dulu tentang saudara kita itu dulu pada lelaki soleh tersebut dan nyatakan apa yg perlu lelaki soleh itu bantu dia.🙂

      Tentang hubungan saudari dengannya, kami doakan agar boleh diakhirkan dengan perkahwinan yg sah dan berkembangnya Islam di sana. Yang penting sekarang tuntutlah ilmu dulu kemudian barulah boleh bercinta dengannya. Kami takut saudari akan lalai dari tanggungjawab saudari sebagai anak dan anak yg solehah.

      Biarkan saudara kita itu kenal Islam dulu iaitu Allah dan RasulNya kemudian barulah dia kenal saudari. Biar lelaki soleh itu membimbingnya dulu sehingga setahun barulah saudari sendiri menilai sejauh mana dia nakkan Islam selain nakkan saudari. Moga Allah permudahkan urusanmu saudariku.😉

    • Salam sejahtera saudaraku,

      Bagus soalan yang diajukan kepada kami. Jutaan terima kasih diucapkan.😉

      Seseorang yang nak belajar sesuatu ilmu itu memang fardhu ‘ain. Malah jika dia nak berjaya di dunia dan akhirat juga kena ada ilmu dalam hidupnya. Belajar jawi ini sebenarnya fardhu kifayah maksudnya jika ada orang yg kuasainya maka orang lain tidak perlu kuasainya. Tetapi bila seseorang itu masuk Islam, rukun ke-2 Islam perlu ditunaikan iaitu solat yang mana seseorang itu perlu mambaca surah Al-Fatihah dengan bahasa Arab.

      Jika saudara memahaminya, ini bermaksud bahawa seseorang itu wajib belajar jawi untuk boleh membaca Al-Quran iaitu surah Fatihah. Sebabnya membaca Surah Al-Fatihah itu wajib dalam solat dalam bahasa Arab.😉

      Saudara tidak perlu risau untuk belajar jawi sebab di Malaysia Alhamdulillah ramai orang yg boleh mengajarnya malah sekarang sudah ada cara yang mudah untuk belajar jawi.🙂 Jika saudara tekun belajar jawi dalam tempoh 1 bulan sahaja boleh baca surah Al-Fatihah dengan tajwid (bacaan) yang betul. Itu pengalaman kami di HC.

      Moga ia membantu saudari. Moga Allah mempermudahkan urusan saudari kelak.😉

  33. Salam,

    I’m a new believer but not yet gone through the convert process. Meanwhile I’m very interested and want to learn more about Islam from its basic e.g. Al-Quran & Fardhu Ain, I’m looking for english conducted class since my BM is not very good. However, I would join BM class if it’s unavailable at the moment. I’m a very beginner and thus may I know your suggestion or advice on what class I should go? I live near Segambut so Jln Ipoh Balai Islam is my priority choice. Do you have schedule, fees, and courses available for reference? I’m currently working and wish to look for night class or weekend classes.

    Thank you so much and I really appreciate your help.

    Angus

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my brother.

      Thank you so much for being trusted with HC. May Allah bless you brother as your good effort to learn more about Islam.

      Kindly refer in this blog 2.3.7 section. We believe the nearest area that you can go is PERKIM Jalan Ipoh. If in HC, we also conduct the English KAFA SB class every Sunday. Just give us a call to reconfirm either you’ll come or not.

      Insya’Allah once you come to the class, you can ask the teacher about the schedule and the courses as well. Fees is not available unless you want to give zakat or donation then you can give to the teacher.🙂

      we hope with this info can help you to find the suitable classes for you. Keep it up brother! Allah always be with you. 😉

  34. hi, i am a married non muslim but i havea burning desire to know more abt islam.where can i learn abt islam in seremban. tks

    • Hi Sister!

      Thank you so much because you are desire to learn Islam through HC. May Allah bless you my sister.

      We suggest you call our manager branch in Seremban, Haji Wahiduddin 012-3725283.

      May Allah bless you and guide you with His love. 😉

      • Can Phanna pls contact me at 0123725283. I tried to contacting you through email but failed. Thank you.

  35. Assalamu alaikum,
    my wife is new muslim(converted).but she didnt learning islam properly.becouse she didnt find a proper learning centre.i did teach her basic only.and she looking for english class.if u can please help me to find a proper learning centre.now we are living KL(ampang).please suggest a near centre appang.jasakallah.

  36. Assalamualaikum..sy mualaf..dan ingin skali belajar ttg agama dgn lebih mndlm..skrg sy hnya mengikuti program2 y di jln kn di kolej..tp prgram2 trsebut tidak mngajar ttg mengenal huruf jawi..mohon prtlngan dri pihak tuan.

    • Wa’alaikumussalam..
      Alhamdulillah..Boleh Humairaa terus hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669 atau email hidayah.centre@gmail.com?
      InsyaAllah akak akan cuba membantu.

      Sis Alya
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Pusat

  37. Bakal suami saya seorang saudara baru 1 tahun genap, dlm masa tersebut saya cuba mmberi pendekatan secara perlahan, alhamdulillah sikit2 yg haram dan halal beliau dah dpt bezakan. kerana keluarga saya tidak menyukainya saya dan dia mengambil masa untuk merapatkan silaturrahim.. alhamdulillahh juga berjaya. tetapi kini hanya dlm masa 1 bulan lagi tarikh perkahwinan kami pelbagai masalah telah timbul, ibu dan bapa saya sudah berubah, marah tidak tentu pasal, terlalu byk campur aduk budaya di dlm agamanya. Dia seorang India dan sudah tentu bangsanya tidak boleh diubah cuma agamnya Islam, tetapi keluarga saya bercakap dan mengatakan semuanya ada dlm Islam, contoh: baju melayu WAJIB dipakai. sedangkan beliau hendak memakai serwanis di hari perkahwinan kami. dengan pelbagai masalah yg timbul bakal suami saja mnjadi teramat stress sehingga suatu ketika dia menanyakan kepada saya ‘Islam itu mudah tetapi knapa mereka buat saudara baru begini’ sambil menitiskan air mata dia mengatakan seperti itu. 1 minggu ini kami cuba mendapatkan cop untuk borang permohonan kahwin lelaki, dari masjid ke masjid hingga ke Jais (Klg) kami tidak mendapatkan cop tersebut. Dimanakah dia boleh mendapatkan chop tersebut selain dari tempat diatas kerana layanan yg mereka berikan tidak sepatutnya beliau dapat? untuk pengetahuan encik juga, beliau telah pergi ke kursusu pra-*perkahwinan,saringan Hiv. Segala document telah complete, saksi juga sudah ada, dan mereka terpaksa mengambil cuti kerja berkali2 untuk membantu. saya memerluka seorang yg lemah lembut dan sopan santun untuk mendekatkan dia kembali ke jln yg benar, kerana disebabkan maslah2 dgn keluarga saya,serta org kampung yg menghina kami dia seperti tidak tentu arah lagi, pandangan masyarakat terhadap dia amat teruk. Dgn erti kata lain, beliau sudah tiada sesiapa lagi didunia. rasa putus asa untuk hidup sudah ada.. saya takut apa2 terjadi padanya.

  38. a’kum..
    sy ada kwn mualaf..yg mempunyai masalah dlm mengikuti kelas2 yg disediakn utk mualaf..dimana sistem pengurusannya tidak..memuaskan hati..tidak adakah pemantauan dr pihak atasan dlm kelas2 mualaf ke?..
    sehingga kadangkala menyusahkn kwn sy..untuk menghantar balik org yg mengikuti kelas..(dah mcm driver)
    kita sepatut nya memudahkn mualaf ini dlm urusan dia menhayati ilmu agam islam bukan menyukarkn…betul x?

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah..
      Boleh saya tahu dimana kawan cik ikuti kelas bimbingan muallaf tersebut?
      Mohon emel personally ke emel rasmi Hidayah Centre :

      hidayah.centre@gmail.com

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

      • Assalamualaikum….saya seorang mualaf..sy nak tanya,perluka seorg wanita islam itu bersunat?.mohon penjelasan…trima kasih….

      • Wa’alaikumussalam..
        Hukum bersunat/ berkhatan bagi wanita adalah wajib sebagaimana yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-86. Walaubagaimana pun, sekiranya perkara tersebut boleh membawa mudharat kepada diri individu terbabit, ia perlu dielakkan.

        Semoga membantu.

        Cik Alya,
        Peg. Eksekutif Dakwah
        Hidayah Centre HQ

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Datanglah ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk kami bimbing & beri penerangan tentang Islam.
      Saudara akan temui jalannya, insyaAllah. Atau saudara boleh terus hubungi kami untuk kami aturkan pertemuan.

      Cik Alya,
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669.

  39. Asalamualaikum, im a newly convert to islam and been trying to find ways to learn more and get better knowlege about islam.. do you conduct any courses at Klang area coz im staying and working at that place, it is not that convinient for me to travel to Kl to attend the courses since im working 7 days a week. ill be waiting for your reply… thank you

    • Wa’alaikumussalam
      Congratulation for being a Muslim. May Allah bless and guide you in understanding this religion.
      We do organise Class For Reverts but it is conducted in Malay language. Kindly contact the PIC Bro Aizuddin at 019-359 3592.

      Thanks & regards

      Bro Zun Arif
      Hidayah Centre HQ.

  40. salam.
    I would to deepen my knowledge in islam, reading the Quran etc., But don’t know where to begin, hope you guide me, can i attend such class without converting first.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh brother/sister,

      Congratulations brother/sister because move forward to learn more about Quran the Book from Allah swt. May Allah bless and guide you.

      My brother/sister, you can refer to our website in 2.3.7 where you can choose which location do you interested to go for a class. Insya’Allah, during the class the teacher will teach you the best and easy way to learn or read the Quran.

      Or perhaps you need some guideline from us, just come to our office and meet our officer there. Just call us at 03-4108 9669. 🙂

      May Allah bless you brother/sister, and keep it up the good work! 😉

  41. Salam.

    saya telah memeluk islam selama dua tahun,dan tahun ini baru saya melakukan proses pertukaran status di kad pengenalan. saya ingin bertanya.. selepas selesai proses pemindahan status kat kad pengenalan tuh,adakah perlu sy menukar maklumat untuk urusan terdahulu yang menggunakan nama asal sebelum islam dalam urusan seperti akaun bank,pemohonan sambung belajar dan sebagainya? saya ada bertanya dengan beberapa orang dan mereka mengatakan bahawa urusan dahulu yang menggunakan nama asal sebelum islam perlu ditukar kepada nama seperti yg terdapat dalam kad pengenalan baru selepas masuk islam. sekiranya ya.. bagaimana prosesnya?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan di atas. Tahniah kerana memelih Islam sebagai agama dan cara hidup saudari. Moga Allah merahmati kehidupan saudari sekarang dan sampai bila-bila.

      Jika nama asal saudari sama dengan nama setelah memeluk Islam, maka tidak perlu ditukar. Cuma bagi sesetengah urusan spt urusan perkahwinan, yg melibatkan agama, kematian spt insuran, harta pusaka, perbankan dan seumpamanya bolehleh menukarnya. Jika nama asal tidak sama dengan nama setelah memeluk Islam, eloklah saudari maklumkan tempat-tempat tesebut.

      Bagaimana nak maklumkan? Saudari hubungi @ pergi sahaja tempat tersebut dan maklumkan pertukaran tersebut. Biasanya, mereka tidak akan banyak tanya kecuali yang melibatkan harta. Jika mereka nakkan bukti, bolehlah saudari berikan salinan kad memeluk Islam saudari. Insya’Allah tiada masalah… 😉

      Semua perkara di atas, saudari bolehlah buat satu demi satu dan tidak perlu kelam kabut.😉
      Moga Allah permudahkan urusan saudari.

  42. salam, saya tinggal di ipoh. Saya mempunyai seorang kawan bangsa cina dan beragama kristian yang berminat dengan islam. saya tidak tahu bagaimana cara untuk membimbing beliau memeluk agama islam. Apakah perkara asas yang perlu saya lakukan agar beliau tidak tertekan untuk memeluk agama islam. Adakah saya perlu terus menerangkan kepada beliau tentang tauhid, akidah, tasauf atau sebagainya. Apa yang saya lakukan selama ini adalah menerangkan kepada beliau tentang keindahan islam, mengajak beliau mengikuti ceramah agama islam walaupun beliau dalam keadaan berpakaian seksi, dan tidak memakai tudung. kemudian saya meminta beliau berpakaian tidak menjolok mata semasa menghadiri ceramah agama sebagai menghormati majlis tersebut. Alhamdulillah beliau berubah dan berpakaian menutup aurat tetapi masih tidak bertudung dan pakaian agak sempit dan menampakkan bentuk badan. Apa yang saya kesalkan ada diantara muslimin dan muslimah yang memandang serong terhadap beliau. Saya memberitahu beliau bahawa beliau boleh memakai pakaian yang beliau suka semasa menghadiri ceramah agama islam kerana beliau belum memeluk agama islam. Saya juga memberitahu beliau bahawa jika sudah bersedia memeluk agama islam maka terpulang la kepada diri sendiri untuk memilih samada menukar agama islam atau meneruskan agama kristiannya. Adakah kata-kata saya ini betul. Niat saya adalah untuk memudahkan beliau dan memilih memeluk agama islam berdasarkan keikhlasan hatinya yang sudah terbuka dan terpikat dengan agama islam. Alhamdulillah beliau sudah 3 bulan mengikuti ajaran dan ceramah agama islam. Kadang2 saya kesian terhadap beliau kerana dicemuh oleh hadirin yang mendengar ceramah agama kerana pakaian agak sempit dan kadang2 beliau duduk diluar masjid dan tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid kerana pakaian tidak menutup aurat. Alhamdulillah ada juga ustaz penceramah yang memahami hal ini dan menggalakkan saya agar terus menerangkan kepada beliau tentang keindahan agama islam. Bantulah saya agar sahabat baru kita ini mendapat hidayah dan kecintaan terhadap agama islam. Sebarang komen, pendapat atau panduan atau petunjuk , sangat2 saya harapkan. Minta hubungi saya di talian 016-5170291 atau emailkan kepada saya di alamat aleuke@gmail.com atau fb Ale halimin. saya sangat berterima kasih di atas bantuan saudara2 dan sahabat seagama islam. Insyallah

    • Waalaikumsalam…. Saudara Halimin

      Alhamdulillah dan tahniah ihak kami ucapkan kerana saudara berjaya dakwah kepada saudara non Muslim. dalam berdakwah kepada non-Muslim, perkara pertama yang perlu adalah menjelaskan salah faham mereka terhadap Islam serta membetulkan dari aspek aqidah. caranya dengan mengeluarkan kebenaran Islam melalui sains. agar non-Muslim nampak kebenaran Al-Quran dan Islam. topik ini yang penting dipertengahkan. bab syariah seperti solat, puasa dll…. tidak perlu lagi, perkara ini biasanya akan di detailkan selepas pemelukan Islam.

      Saudara…
      Pihak kami juga turut kecewa dengan segelintir sikap Muslim dalam berhadapan dengan non-muslim yang ingin belajar mengenai Islam. seharusnya kita sebagai Muslim memberi sokongan kuat bukan cemuhan dan teguran-teguran yang sinis. dari aspek pakaian contohnya, kita tak boleh melarang dia berpakaian tidak menutup aurat sebab dia masih bukan Islam. tapi, sebagai Muslim kita jelaskan bagaimana Islam sangat menjaga wanita sehingga sangat menitikberatkan dari segi aurat agar maruah wanita terjamin.

      Saudara…
      Pihak kami mendoakan agar usaha saudara di mudahkan Allah Taala… sebarang masalah boleh berhubung terus dengan kami di talian 03-41089669…

      Cik Erma Azila
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre

  43. Tuan, teman wanita anak saya berhasrat utk mmeluk agama islam. Mmandangkan dia bukan rakyat malaysia, sy ingin tahu adakah disediakan tempst tinggal di hidayah centre melawati untuk dia belajar agama islam. Juga bagi rakyat tempatan, bolehkah anak sy belajar sama. Terima kasih.

    Rania

    • Assalamu’alaikum.
      Alhamdulillah. Ia peluang yang sangat besar untuk menyantuni teman wanita anak puan.
      Di Hidayah Centre, ada disediakan rumah untuk tinggal sehingga keadaannya stabil dan boleh berdikari. Cumanya, kelas bimbingan hanya diadakan sekali dalam seminggu. Kelas tersebut juga terbuka untuk Muslim yang berminat. Jika teman wanita anak puan berminat mengikuti kursus bimbingan secara konsisten, insyaAllah kami di Hidayah Centre boleh membantu untuk urusan tersebut. Terdapat banyak tempat pengajian antaranya PUSBA, IDIP, PERKIM, AL-KHADEEM dan pelbagai lagi.

      03-41089669

    • Wa’alaikumussalam..
      Perkahwinan dengan warga asing yang beragama selain Islam adalah tidak sah dalam Islam.
      Jika pasangan encik bukan beragama Islam, maka perkara pertama yang harus diuruskan adalah urusan pengIslamannya. Pun begitu, mesti dipastikan bahawa pemelukan Islam tersebut bukan atas dasar paksaan semata-mata hanya kerana Encik mahu menikahinya. Sebaliknya, mestilah atas kefahaman dan keikhlasan dan rela hati bertukar pegangan agama. Setelah selesai, barulah encik boleh fikirkan langkah seterusnya untuk perkahwinan.

      Pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.
      Semoga Allah permudahkan segala urusan encik..

  44. Assalamualaikun usta dan ustazah serta admin blog ni. Alhamdulilah Allah maha besar. Telah mempertemukan saya kepada blog ini. Sy ingin bertanyakan beberapa soalan:-

    A) apabila seseorang bukan islam memeluk agama islam, apakah wajib dia berkhatan?

    B) bolehkah seseorang bukan islam memasuki masjid utk melakukan pekerhaan seperti fotografi?

    C) bolehkah sy beragama islam mengikuti kelas mengenali islam bersama dgn rakan2 bukan berAgama islam?

    Terima kasih

    • Wa’alaikumussalam saudaraku…
      Berikut jawapan kepada persoalan saudara :

      A) Tujuannya berkhatan adalah untuk menjaga kebersihan alat sulit daripada takungan air kencing pada hujung zakar. Pelaksanaanya sangat mudah:) Doktor akan menggunakan bius supaya pesakit tidak akan merasa sakit dan hanya membuang sedikit lebihan kulit pada hujung zakar.Hukum berkhatan mempunyai beberapa pandangan. Pandangan yang biasa digunakan adalah wajib dilakukan. Cuma, tempohnya tidak semestinya secepat mungkin selepas memeluk Islam. Islam bukan agama paksaan. Ambillah masa sehingga rasa bersedia untuk melakukannya.

      B) Boleh. Masjid adalah rumah ibadah bagi orang Islam. Pun begitu, tidak adalah halangan langsung bagi yang belum Islam untuk memasuki masjid selagi tidak membuat perkara jahat/merosakkan masjid dll.

      C) Allah. Sangat-sangat boleh. Tidak ada masalah langsung kita membawa kawan-kawan belum Islam untuk mengenali Islam, bahkan ia suatu amal dakwah yang tinggi nilainya disisi Allah SWT. Semoga kita menjadi penyebab seseorang menerima hidayah Allah.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  45. salam…
    saya merupakan seorg yg beragama hindu… saya sangat minat untuk memeluk islam sejak di bangku sekolah lagi, tetapi saya tidak tahu dimana dan caranya.. saya juga takut pada keluarga saya, dan saya tahu mereka pasti akan menentang keputusan saya kerana saya merupakan satu2nya anak perempuan didalam keluarga saya, dan mereka mahu lihat saya berkhawin mengikut adat hindu.. namun saya tidak mahu kerana saya ingin memeluk islam.. saya juga mempunyai teman lelaki yang beragama islam, dia hendak membimbing saya, namun kadang2 saya khuatir dia akan melepaskan tanggungjwbnya selepas saya memeluk islam.. sekiranga perkara itu terjadi dimana boleh saya mendapat bantuan..? selain itu, kewangan juga menjadi masalah bagi saya kerana sya merupakan pelajar IPT dan bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya… dan kadang2 tersepit dengan teman lelaki saya yang mengajak saya untuk berkhawin, walaupun dia tidak memaksa, namun saya merasakan itu adalah perkara yang saya perlu fikirkan… boleh saya minta pendapat dari pihak HC….? saya buntu bila memikirkan perkara ini… terima kasih..

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah Amy..
      Semoga Allah tunjukkan jalan keluar terbaik bagi masalah Amy, insyaAllah.
      Alhamdulillah, Amy terbuka hati untuk kembali kepada agama fitrah iaitu Islam.
      Pengalaman mengendalikan pelbagai kes melibatkan pengIslaman tanpa pengetahuan keluarga, pengIslaman bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa, murtad dan sebagainya memberi kefahaman kepada saya akan risiko atau masalah yang biasanya dialami oleh mereka yang baru memeluk Islam. Pun begitu, tidak dinafikan wujud kes-kes yang melibatkan tentangan hebat daripada keluarga pada awalnya, tetapi diterima semula selepas beberapa ketika. Lebih mengejutkan, hubungan antara anak dan ibu bapa semakin baik tidak seperti sebelum memeluk Islam. Berdoalah. Semoga Allah bukakan hati kedua orang tua Amy dan seluruh ahli keluarga untuk menerima keputusan Amy untuk memeluk Islam. Jelaskan bahawa Amy tetap anak mereka biarpun berbeza agama. Bangsa tetap sama, cuma kepercayaan berbeza. Tanggungjawab Amy sebagai anak tetap perlu ditunaikan. Berkenaan masalah kewangan, jangan risau kerana ada peruntukan untuk muallaf (orang yang baru memeluk Islam) jika Amy memerlukannya.

      Berkenaan urusan perkahwinan, jika boleh fikirkan secara rasional dan matang adakah Amy telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan tanggungjawab mentaati perintah seorang suami. Adakah ia masa yang sesuai dengan keadaan kewangan Amy yang tidak stabil dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu Amy pertimbangkan. Jika perlukan khidmat nasihat, dialukan untuk datang pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati, KL untuk kami bantu.

      Semoga Allah permudahkan urusan Amy ya!🙂

      Sis Alya
      03-41089669

  46. sy msuk islam dan brkhwin pd thn 2000 di sabah,sjak khwin suami x prnah membimbing sy..dan juga sy blm mndpat kad akuan islam,sy da brpisah 9thn yg lalu tp xda surat cerai,nmun bgitu sy tetap ingin mneruskan agama sy sbgai islam,sy skrang brda di setapak kl,apa yg harus sy lakukan ? harap sangat2 HC membantu sy terima kasih.

    • Assalamu’alaikum Puan.
      Kami di Hidayah Centre bersimpati dengan ujian yang menimpa Puan.
      Jemputlah datang ke pejabat kami di Taman Melawati supaya kita boleh lanjutkan perbincangan.

      Alamat : Lot300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kl
      (Shoplot berhadapan dengan Pejabat YB Azmin Ali/ Bersebelahan dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)

      Kami menunggu kedatangan Puan!

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

      • blh tau…ade x kelas utk org bkn islam tp nk bljar dan kenal islam dl..area johor bahru…

      • Ada sis, Hidayah Centre innsyaAllah ada menyediakan kelas bimbingan bagi saudara baru atau sesi kaunseling bagi sesiapa yang berkeinginan untuk mengenal islam. Saudari buleh menghubungi pengerusi HC di Johor Bahru, Hj. Kamal Khalil (019-7123004). Saudari boleh rujuk di halaman 2.3.5(b) sebagai rujukan.
        Moga dipermudahkan.

  47. Assalamualaikum..seperti kebanyakkan kes dan masalah diatas saya juga ada masalah hendak ditanyakan.mungkin saya telah berdosa sebab terabai tanggungjawab saya sebagai seorang islam dan ketua keluarga,saya telah berkahwin dengan isteri saya 2 tahun lalu dan isteri saya adalah seorang mualaf (dahulu agamanya kristian)kami berdua berasal dari negeri sabah cuma daerah sahaja berlainan.sebenarnya saya ingin sangat membimbing isteri saya kejalan Allah namun pelbagai masalah dan cabaran hidup melanda kami.kami mempunyai seorang anak dan saya harus bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga(kerja kontrak).disebabkan saya mengutamakan keperluan keluarga,saya terlupa serta lalai tanggungjawab besar saya untuk membimbing isteri mempelajari ilmu agama tentang islam.saya bukanlah sempurna dalam agama namun apa yang saya tahu saya akan ajar mengikut dalam islam..ada kalanya bila kami berselisih faham..hal2 remeh temeh sahaja.isteri selalu menyuarakan yang dia tiada panduan serta sokongan dalam memeluk agama islam ini.dia mahukan yang lebih pengertian dan lebih mendalam.apakan daya saya kewangan kami sekeluarga pun hanya sekadar cukup makan apa tah lagi untuk saya menghantar isteri ketempat2 bimbingan agama.lagipun kami mempunyai anak.sya tertekan dengan semua masalah yang harus saya tanggung..harap HC dapat membantu dalam masalah saya ini.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku Sham,

      Tahniah kami ucapkan atas kesungguhan saudara untuk menjadi suami yang baik dan membantu isteri belajar agama. Moga Allah merahmati dan memberi rezeki kepada saudara sekeluarga kerana mencari ilmu. 🙂

      Memang betul bahawa ilmu itu sangat penting apatah lagi bila hidup berkeluarga dan beristerikan mualaf. Kami mencadangkan saudara pun boleh belajar agama dulu di mana2 surau @ masjid yang berdekatan. Ambil nota dan bawa balik untuk dikongsikan pada keluarga. Saudara sebagai suami kena lahirkan rasa sukakan ilmu dan suka berkongsi ilmu terutamanya pada keluarga.

      Selain itu, saudara juga bolehlah pergi ke HC cawangan kami di Sabah yang mana berdekatan dengan tempat tinggal saudara, iaitu HC Kota Kinabalu (ustaz Ihsan 014-3523512), HC Bundu Tuhan (ustaz Azrin 014-8666811), HC Papar (ustaz Kuny 014-5518253) dan HC Keningau (ustazah Nor Aidah 014-8583487). Hubungilah mereka dan mintalah tunjuk ajar daripada mereka.

      Moga dipermudahkan urusan saudara di sana. Ingatlah saudara Allah suka hambaNya yang menimba ilmu malah ditambah lagi rezeki kita bila menimba ilmu.😉

  48. Salam ,
    Saya warganegara Malaysia dan beragama hindu dan teman lelaki saya warganegara India dan beragama Islam . Kami merancang untuk berkhawin secara sah di Malaysia . Akan tetapi saya masih memeluk agama islam dan belum belajar islam . Bolehkah saya berkhawin dulu dan selepas it saya memeluk islam . Terima Kasih.

    • Assalamu’alaikum saudari Jahnavi.
      Menurut undang-undang Islam, seorang Muslim (orang yang beragama Islam) tidak boleh berkahwin dengan seseorang yang berlainan agama.
      Jika betul niat Cik ingin berkahwin dengan teman lelaki beragama Islam tersebut, ikutilah langkahnya dengan cuba mendekati dan mendalami Islam. Islam itu agama indah Cik. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah urusan pengIslaman Cik, kemudian barulah boleh diuruskan hal perkahwinan.

      Saya doakan semoga jalan Cik kembali kepada Islam dipermudahkan. Amin ya Allah!

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Foundation
      03-41089669

  49. Selamat Sejahtera.

    Saya ingin bertanya beberapa soalan.
    1) Dimanakah tempat belajar agama Islam di kawasan sekitar Kota Kinabalu atau Tuaran?
    2) Bolehkah saya belajar mengenai agama Islam sekiranya saya belum lagi masuk Islam? Saya memang ada niat untuk memasuki Islam tetapi masih meragui beberapa perkara.
    3) Dimanakah tempat untuk bersunat yang berada di sekitar Kota Kinabalu atau Tuaran?

    • Salam sejahtera saudaraku🙂

      1) Saudara boleh ke Hidayah Centre Kota Kinabalu (Alamesra) untuk belajar mendalami Islam. InsyaAllah, kakitangan HC di sana mengalu-alukan kedatangan saudara.
      Boleh hubungi Ustaz Ihsan 013-5557172 atau Ustaz Firdaus 011-31435907 atau Pejabat 088-486272.

      2) Boleh jak ba. Tiada masalah🙂
      3) Tempat bersunat nanti boleh tanya Ustaz Ihsan ya.

      Semoga Allah lorongkan hati kepada Islam & permudahkan segala urusan saudara, insyaAllah.

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ, Kuala Lumpur
      03-41089669

  50. slm sejahtera. Sy dlm planning ingin memeluk Islam dlm masa t’dekat, kalau boleh sebelum m’jejak kaki ke thun 2014. Dgn ini, sy ada soalan ingin d’tujukan:-

    1. Adakah perempuan d’wajibkan b’sunat selepas memeluk Islam?
    2. Biasanya kelas Fardu Ain akan berlangsung pd hari apa?
    3. Adakah seseorang yg telah memeluk Islam wajib memakai tudung serta-merta?

    Sy b’harap agar pihak tuan dpt m’balas dlm masa yg t’dekat. Sekian, terima kasih.

    • Assalamualaikum w.b.t.. jessica..

      Saya harap, jessica berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pertamanya, pihak kami ingin mengucapkan TAHNIAH atas niat penghijrahan jessica kepada agama yang benar. pihak kami mengalu-alukan kedatangan jessica ke Hidayah Centre Foundation (HCF). berbalik kepada persoalan Jessica,

      1) Di dalam Islam, Wanita tidak di wajibkan untuk bersunat. ia di beri pilihan untuk melakukannya atau pun tidak.
      2) Kini, HCF dalam mengemaskini kelas fardhu ain.. tetapi badan NGO lain seperti PERKIM, MAIS, MACMA turut mngadakan kelas fardhu ain kepada saudara baru
      3) Jessica.. menutup rambut sehingga dada merupakan kewajipan kepada wanita Islam… tetapi sebagai saudara baru, Jessica boleh belajar sikit demi sedikit… tidak mengapa jika belum bersedia tetapi.. jessica perlu mengetahui “kenapa wanita perlu bertudung”.. InsyaAllah..selepas memahami erti sebenar memakai tudung, pemakaian tudung bukan lagi keberatan…. ^_^

      * jessica boleh terus menghubungi kami.. kami sangat mengalu-alukan kedatangan jessica

      Cik Erma Azila
      Pegawai Dakwah (HCF)

  51. Tumpang Tanya,
    Apakah yg perlu dilakukan oleh seseorang semasa berlakunya proses masuk Islam Itu selain mengucap dua kalimah syahadah..ada bacaan2 Lain yg perlu diucapkan..atau akan ada soalan2 keagaman yg perlu dijawab oleh individu yg masuk Islam itu.minta penjelasan kerana sahabat saya in gin memeluk Islam dan ingin bersedia.terima kasih..

    • Adakah selepas mengucap kalimah syahadah proses masuk Islam selesai atau akan ada program lain seperti ceramah pada hari itu.mohon penjelasan..

    • Buat pengetahuan cik Julie, semasa proses masuk islam, ucapan dua kalimah syahadah sahaja yang perlu diucapkan. Selepas itu, akan ada beberapa penerangan tentang perkara-perkara asas dalam islam, seperti rukun islam dan rukun iman. Alhamdulillah dan tahniah bagi sahabat cik Julie kerana ingin memeluk Islam. Innsya Allah, selepas itu, sahabat cik Julie bolehlah menyertai kelas-kelas bimbingan dan fardhu ‘ain yang disediakan oleh Hidayah Centre dan mana-maan NGO lain.

      Moga pengislaman sahabat saudari dipermudahkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s