3.0 Cawangan Kami

Pendekatan

Islam adalah agama fitrah bagi semua manusia. Di dalamnya terangkum penyelesaian terhadap apa jua jenis permasalahan manusia. Kerana itu, pusat ini mengambil pendekatan Islam dalam semua program bimbingan dan pemulihannya.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali ‘Imran 3:19 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam.”

Setelah 8 tahun beroperasi di persada perjuangan menyebarluaskan Islam dan memberi sokongan kepada saudara kita.

43 responses to “3.0 Cawangan Kami

  1. Saya ingin bertanya adakah memeluk islam kerana ingin berkahwin itu satu kesilapan?Kekasih saya beragama islam dan dia tidak mahu saya memeluk islam semata-mata untuk berkahwin kerana beliau takut saya akan kembali ke agama asal sekiranya terjadi sesuatu sekiranya kami berkahwin kelak..

    • Selamat sejahtera.
      Sebelum itu, tahniah kami ucapkan jika Cik memilih Islam sebagai agama pilihan.
      Memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan seseorang yang beragama Islam bukanlah suatu kesilapan. Sebaliknya ia adalah suatu penghijrahan yang amat bermakna.
      Tetapi perlu difahami disini, Islam bukanlah agama yang meletakkan penganutnya semata-mata mengaku sebagai Islam, sebaliknya mestilah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa tiada tuhan yang layak diberi pengabdian selain Allah dan Nabi Muhammad sebagai rasul suruhan Allah yang sertai dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan sebagai seorang Islam merangkumi segala aspek kehidupan.
      Pun begitu, Islam adalah agama yang mudah untuk semua penganutnya.
      Saya secara peribadi amat terharu dengan niat Cik Nura untuk memeluk Islam. Dalami Islam melalui pembacaan buku-buku tentang kebenaran Islam dan sebagainya dan perkara pertama, buktikan kepada teman lelaki cik bahawa niat cik adalah suci untuk memeluk Islam. Seterusnya letakkan niat berkahwin sebagai perkara kedua supaya kekasih cik Nura boleh membimbing mengikut ajaran Islam.

      Kami doakan urusan cik Nura dipermudahkan.
      Pertanyaan lanjut, hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

      • Terima Kasih atas nasihat puan Norasma.Untuk pengetahuan puan,saya telah bersedia untuk memeluk islam namun kekasih saya tetap mahukan saya ikhlas memeluk islam barulah beliau mahu berkahwin dengan saya.sekarang saya buntu,kerana saya berpandangan sekiranya beliau yg mengaku sayangkan saya seperti tidak sanggup membimbing saya apatah lagi sekiranya saya berseorangan kelak..Adakah saya mampu tanpa sokongan orang orang yang rapat dengan saya..

      • Alhamdulillah.
        Jika benar Cik Nura dengan ikhlas hati telah bersedia memeluk Islam, saya cadangkan Cik Nura datang ke ibu pejabat Hidayah Centre untuk tujuan tersebut.
        Cik Nura tidak keseorangan kerana kami sedia membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk mempelajari Islam secara berperingkat. Secara peribadi, saya berpendapat teman lelaki Cik Nura bukan tidak sanggup membimbing tetapi masih ragu-ragu jika Cik Nura memeluk Islam atas niat kerana ingin berkahwin dengannya sahaja. Jangan bersedih, sebaliknya hubungilah kami untuk kami uruskan pengIslaman Cik Nura. Kami sedia membantu sekadar yang termampu, insyaAllah.

        03-41089669

  2. Baru-baru ini, hati saya telah terbuka untuk mempelajari tentang Islam. Saya mempunyai teman lelaki yang beragama Islam dan dia juga telah banyak membantu saya memahami ttg Islam. Saya ingin bertanya, bolehkah sya mempelajari cara-cara sembahyang walaupun saya masih belum masuk Islam? Selain itu, saya sekarang masih mempelajari ttg Islam secara senyap tanpa pengetahuan keluarga.

    • Salam sejahtera.
      Alhamdulillah..semoga Allah menetapkan hati Shciella untuk terus mendekati dan mendalami Islam.
      Sungguh, Islam adalah agama rahmat untuk seluruh manusia. Menjawab soalan adakah boleh saudari belajar cara-cara sembahyang walaupun belum memeluk Islam, jawapannya BOLEH. Tiada masalah. Belajar dan dalamilah Islam sehingga saudari benar-benar yakin dan bersedia melafazkan syahadah dan mengakui diri sebagai seorang Muslim (orang Islam).
      Kami di Hidayah Centre sedia membantu saudari untuk memberikan tunjuk ajar serta bantuan lain yang diperlukan sekadar kemampuan, insyaAllah.
      Saudari boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre untuk pertanyaan lanjut di talian 03-41089669.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

      • Terima kasih atas sokongan dan jawapan itu. Saya sangat gembira bila mengetahui yang saya boleh belajar cara-cara sembahyang.

    • Salam Sejahtera saudaraku Shciella.
      Boleh..tiada masalah langsung untuk belajar membaca tafsir al-Quran.
      Belajar dan fahamilah isi kandungannya dan Schiella akan temui kebenarannya.

      Kami di Hidayah Centre sentiasa mendoakan yang terbaik.

  3. Assalammualaikum.

    Boleh saya tahu, selain di PERKIM, adakah jabatan-jabatan agama islam setiap negeri lain ada menyediakan kemudahan2, kelas2 belajar untuk mereka yang hendak memeluk agama islam?
    Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak.

    Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam.
      Kami di Hidayah Centre sedia memberikan bimbingan asas-asas Islam kepada sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan mempelajari Islam.
      Di Pulau Pinang, boleh hubungi En. Yusni Ghazali (HC P.Pinang) di talian 019-5266677 untuk perbincangan lanjut atau hubungi ibu pejabat Hidayah Centre sendiri di talian 03-41089669 untuk maklumat lanjut.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  4. Assalammualaikum.
    adakah jabatan-jabatan agama islam ada menyediakan kemudahan2, kelas2 belajar untuk mereka yang hendak memeluk agama islam di ipoh juga?

  5. Assalammualaikum,
    saya seorang cina yang tak ada agama, saya ingin kahwin dengan perempuan indonesia yang beragama islam, apa yang saya kena buat? atau saya boleh cari sesiapa tolong di Ipoh?

    • Selamat Sejahtera saudaraku.
      Pertama-tamanya, Encik Thong perlu bersihkan niat memeluk Islam bukan semata-mata ingin berkahwin dengan seorang wanita yang beragama Islam supaya suatu hari nanti Encik Thong tidak berpatah balik dari jalan Islam. Kami di Hidayah Centre mendoakan agar urusan Encik Thong akan dipermudahkan.
      Encik boleh hubungi Encik Khusairy di Ipoh. Beliau merupakan PIC Dakwah di Ipoh. Untuk urusan pengIslaman dan bimbingan Islam akan diuruskan oleh beliau. No Telefon beliau 012-5078515 atau boleh juga melalui email beliah : Khusairy65@gmail.com

      Pertanyaan lanjut, sila hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.
      Terima kasih kerana merujuk kami di HC.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  6. girlfriend saya ialah indonesian, dia harap saya ikut balik indonesia memeluk islam dan kahwin di indonesia, kemudian balik malaysia daftar kahwin lagi. ini dibenarkah? makna dia ialah balik malaysia boleh sama2 pergi kelas belajar islam!

  7. Assalamualaikum wbt..Saya saudara baru..Saya berada di kota kinabalu.Saya ingin mendalami ilmu agama..di manakah saya blh dptkan bantuan??skrg, kewangan saya tidak stabil, saya baru sahaja menyewa sebuah rumah bersama rakan saya kerana keluarga saya sdh syak status agama saya..utk tdk berlaku apa2 buat masa ini(family negatif ttg Islam), saya telah berpindah..Blhkah saya dptkan bantuan kewangan dlm RM200-RM250 utk bayaran sewa buat sementara ini(2-3bulan sahaja)

    • Wa’alakimussalam.
      Ainsakinah boleh hubungi pengurus Hidayah Centre Sabah iaitu Encik Marsus Jabar di talian 019-8622914 untuk mengikuti kelas bimbingan dan memohon bantuan kecemasan.

  8. Salam sejahtera,
    Sy seorang yg lahir dlm klrg kristian. Namun sejak zaman sekolah rendah lg sy rasa sangat tertarik dgn Islam. Stelah sy d skolah menenga dan skrg, sy bukan hanya rasa tertarik semata-mata tp benar2 yakin dan percaya Alquran itu benar dari Tuhan yg benar, dan Muhammad itu nabi utusan Tuhan yg benar. Kebenaran ini mmg x dpt sy sangkal lg. Namun sehingga kini sy tiada keberanian utk menyatakan hati sy yg sbnrnya. Sy terus mengaku beragama kristian tp hati sy sbnrnya sgt x dpt menerima ajaran kristian. Hal ini sangat mengganggu fikiran sy slama bertahun2. Kini sy sdh berusia 33thn. Sy sedar pd bila2 masa sj sy akan mati, dan sy sgt takut krn sy x tahu kemana sy akan pergi. Sy sgt ingin menjadi muslim tp dlm masa yg sama sy sgt takut utk menyatakan diri sbg seorang muslim. Sy cuba menafikan kebenaran Islam dan berusaha utk menjadi kristian yg baik. Namun hal ini terus menerus membuat hati sy resa gelisa dan tidak tenang. Dan sy rasa spt tidak tahan lg.krn keadaan ini sangat2 mengganggu fikiran sy. Tlg berikan sy pandangan apa harus sy lakukan?

    • Salam sejahtera kembali🙂
      Alhamdulillah, Cik/Puan Mar telah menemui kebenaran Islam.
      Dalam al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa orang yang mati dalam kekafiran telah disediakan azab siksaan yang pedih bagi mereka.
      Secara peribadi, saya amat bersyukur kerana Cik/Puan Mar telah dibukakan hati oleh Allah untuk melihat kebenaran agama Islam.
      Alhamdulillah. Saya nasihatkan, usah ditangguhkan untuk melafazkan syahadah. Cik/Puan boleh pergi ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Jabatan Agama Islam terdekat. Jika Cik/Puan berada berdekatan dengan Taman Melawati, boleh datang ke pejabat Hidayah Centre untuk kami uruskan segala perkara yang berkaitan. Hubungi 03-41089669 untuk keterangan lanjut.

      Terima kasih.
      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  9. sy lahir dlm klrg kristian. Namun hati sy x dpt menerima ajaran kristian yg sy rasakan sgt x munasabah. Sy rasa konsep ketuhanan dlm Islam la yg benar. Tetapi sy tiada keberanian utk menyatakan kpd kwn2, saudara mara, klrg dan semua org bahawa sy mempercayai kebenaran agama islam. Sy takut kemungkinan menghadapi pelbagai reaksi negatif dari mereka. Hal ini membuat sy sentiasa rasa tidak tenang krn sy mmg benar2 ingin menjadi muslim yang sebenar. Tlg berikan sy sedikit panduan atau cadangan apa yg perlu sy buat agar sy mendapat keberanian utk memeluk agama islam. Terima kasih.

    • Salam sejahtera.
      Sebagai permulaan, saya tidak mencadangkan Cik/Puan Mar menceritakan niat untuk memeluk Islam kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang secara pasti mereka belum dikurniakan hidayah oleh Allah untuk mengakui kebenaran Islam. Tetapi, berceritalah tentang hasrat memeluk Islam tersebut kepada rakan Muslim agar mereka dapat membantu Cik/Puan dalam usaha ini.
      Semoga Allah permudahkan segala urusan Cik/Puan Mar. Jika memerlukan nasihat secara peribadi, mohon hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669. Kami sedia membantu, insyaAllah.

  10. Terima kasih Cik/Puan Norasma atas nasihat yg telah diberikan. Pergi ke mana2 pjbt agama dan meminta utk diislamkan mungkin mudah utk kita lakukan. Namun, utk menghadapi keadaan slps itu bagaimana? Walau bgmn pun, pasti keislaman sy itu nanti x dpt disembunyikan dari sesiapapun walau dlm jangka pendek. Adala mustahil utk seorang muslim menjalani kehidupan sbg seorang muslim secara rahsia. Krn apabila sy sdh sah memeluk agama islam pastinya sy ingin islam dlm smua aspek kehidupan sy. Org hanya melihat cara berpakaian dan pemakanan dlm sekelip mata org akan tahu kita seorang muslim. Kecuali jika sy x mempraktikan smua cara hdp islam spt x bertudung dan seumpamanya. Tp tentu sekali sy x mahu spt itu krn keislaman sy nanti hanya akan jd sia2 shj..Tlg doakan sy semoga beroleh keberanian dlm menghadapi apapun yg bakal terjadi slps sy sah menjadi muslim..Terima kasih cik/puan Norasma..

    • Wa’alaikumussalam.
      Antara yang boleh saya cadangkan :
      1) Islam The Misunderstood Religion, by Dr. Danial Zainal Abidin.
      2) Allah Tuhan untuk Semua, by Faisal Abdurrahman

      Banyak lagi buku-buku yang boleh memecahkan kekeliruan atau salah faham terhadap Islam atau berkaitan perbandingan agama lain dengan Islam.
      Sebagai perkara penting yang perlu diberi keutamaan ialah AQIDAH. Cubalah cari buku berkenaan asas-asas dalam Islam dan tuntutan sebagai seorang Muslim. InsyaAllah sangat bermanfaat.🙂

  11. Saya ingin bertanya mengenai prosedur untuk seseorang individu bukan islam mengikuti kursus perkahwinan. Adakah individu itu perlu memeluk agama islam sebelum mengikuti kursus tersebut?

    • Salam sejahtera saudariku. Terima kasih atas soalan yang baik itu. Jika diikutkan prosedur kursus syaratnya memanglah kena beragama Islam. Jika belum beragama Islam, saudari bolehlah datang ke pejabat kami atau mana2 institusi NGO Islam spt PERKIM, MACMA, WAMY dsb yang boleh memberikan penerangan tentang soal perkahwinan jika saudari ada soalan. Jadi, jemputlah datang ke pejabat kami untuk sama2 membantu saudari. Moga dipermudahkan urusan saudari.🙂

  12. salam sejahtera..
    saya mempunyai teman lelaki yg beragama islam dan kami telah lama berkawan.. teman lelaki saya telah mengajak saya untuk bertunang dan keluarganya juga sudah mendesak kami berdua untuk mengikat tali pertunangan secepat yang mungkin..masalahnya saya masih lagi belajar dan keluarga saya tidak bersetuju sekiranya saya bertunang/berkahwin sebelum tamat pengajian..saya ingin bertanya adakah kami boleh bertunang sebelum saya masuk islam? wajibkah untuk memeluk agama islam terlebih dahulu sebelum bertunang?

    • Salam sejahtera.
      Sebelum itu, saya mohon maaf secara peribadi kerana terlepas pandang soalan ini.
      Dalam Islam, adalah dilarang bertunang dengan seseorang lelaki/wanita yang belum Islam.
      Sebaiknya, fahami Islam dan uruskan pengIslaman terlebih dahulu.
      Selesai urusan tersebut, barulah boleh untuk mengikat pertunangan🙂

      Sis Alya,
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre
      03-41089669

  13. As salam,
    nak tanya, ada tenaga pengajar yang mengajar mengaji untuk muallaf tak?ada bayaran? di sekitar kepong ada tak?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kita ada ramai tenaga yang boleh mengajar saudara baru cuma kami sudah tempatkan mereka di beberapa lokasi sahaja seperti di Pejabat Ikram Setiawangsa, Pusat Komuniti JIM Taman Melawati, Pejabat Ikram Bandar Tun Razak dan Pejabat Ikram Sepang. Jika di Kepong, kami minta maaf belum ada lagi. Lokasi terdekat adalah saudari ke PERKIM Jalan Ipoh dan MACMA Jalan Ipoh. Saudari boleh layari laman web ini dan pergi ke Bahagian 2.3.7.

      Moga Allah permudahkan urusan saudari dan berikan semangat yang berkobar-kobar dalam belajar Islam. Amin. 🙂

    • Wa’alaikumussalam Hidayah.
      Allah. Islam tidak memutuskan hubungan kekeluargaan antara seorang anak yang memeluk Islam dengan ibu bapa dan keluarganya.
      Bahkan, Islam sangat menganjurkan supaya setiap anak tanpa mengira apa jua agama ibu bapanya supaya sentiasa berbuat baik kepada mereka.
      Jadi, berdoa kepada mereka tidak menjadi satu kesalahan, malah amat baik sekali.
      Semoga Allah memberikan hidayah & petunjukNya kepada kedua ibu bapa dan keluarga Hidayah seluruhnya.
      Berdoa dan mengharaplah pertolongan daripada Allah.

      Semoga Allah permudahkan urusan Hidayah.

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

      • terima kasih atas jawapan yang selama ini saya cari-carikan. Islam ini Indah hingga tiada penilaiannya… Saya berasa bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk saya melalui perjalanan hidup keislaman.

      • terima kasih atas jawapan yang selama ini saya cari-carikan. Islam ini Indah hingga tiada penilaiannya… Saya berasa bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk saya melalui perjalanan hidup keislaman.

  14. Salam sejahtera..

    Bolehkah ibu bapa yg bukan beragama islam memeluk atau menyentuh jenazah anak selepas dimandikan?

    • Assalamualaikum… Elvie

      Terima Kasih pihak kami ucapkan atas kesudian melawati blog kami… saudari, berbalik kepada persoalan saudari. dalam Islam tiada masalah ibu bapa bukan Islam memeluk atau mencium jenazah anak buat kali terakhir. ini kerana, hubungan anak Muslim dengan Ibu bapa bukan Muslim tidak terputus walaupun anak tersebut telah meninggal dunia…

      saya harap, saya menjawab soalan saudari… ^_^

      Cik Erma Azila (Cik Erma)
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre

  15. salam, saya ingin bertanya ada kawan saya telah masuk islam setahun lebih. tetapi keislamannya masih dirahsiakan dari keluarga. jadi apabila pulang ke kampung, dia mengalami kesukaran untuk solat dan menutup aurat. beliau bertanya kepada saya boleh atau tidak. jujurnya, saya betul2 tidak tahu. apakah hukum yang sebenarnya? perlukah dia menggantikan solat yg tertinggal? dia baru sahaja masuk islam, saya takut itu menjadi beban baginya…

    • Wa’alaikumussalam.

      Allah. Masalah yang kawan encik alami adalah perkara biasa bagi mereka yang masih baru dalam Islam.
      Status agama yang dirahsiakan menuntut kesabaran untuk menghadapi kesukaran yang akan sedia mendatang. Contoh jelas, seperti apa yang kawan encik hadapi sekarang ini. Allah Maha Mengetahui. Jadi, hadapi masalah tersebut dengan tenang dengan mengharap pertolongan Allah. Dalam masalah solat, berusahalah sedaya mungkin untuk menunaikannya. InsyaAllah, pasti ada jalannya. Bagi masalah aurat, dimaafkan kerana keadaan mendesak dan kerahsiaan tersebut lebih penting untuk menjaga iman & Islam dalam dirinya. Dalam masalah mengqada solat, buatlah sekadar kemampuannya. Kawan encik masih baru dalam mempraktikkan Islam. Jadi, dia juga perlukan masa untuk membiasakan diri. Beri masa. Jangan terlalu menekan, dibimbangi beliau akan putus asa dengan Islam.

      Untuk mendidik mereka yang masih baru dalam Islam perlukan hikmah dan kesabaran. Semoga Allah permudahkan urusan encik dan kawan tersebut.

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Foundation
      03-41089669

  16. Salam..saya mempunyai seorang kawan lelaki yang bebar2 ingin memeluk islam tetapi tidak menjadi muslim lagi kerana salh bertemu org untuk mengislamkannya..jd sy igin tny..ada ke cwangan HC yang berdekatan dengan setiawagsa kuala lumpur..dan perlu ke dy bawak saksi sbb dy x da knlan di kuala lumpur ini..dy asal dari sbah..dan dokumen apa yang perlu dibawanya?

    • waalaikumussalam wbt. alhamdulillah kerana kawan saudari mempunyai niat yang baik untuk memeluk agama fitrah ini. terima kasih juga buat cik Zati kerana ingin membantu kawan cik Zati. Hidayah Centre Pusat terletak di Taman Melawati. jadi, Cik Zati boleh menghubungi kami 03-41089669 dan juga boleh datang ke pejabat Hidayah Centre untuk kami uruskan segala perkara yang berkaitan. Kami sedia membantu dan mengalu-alukan kehadiran kawan Cik Zati.
      Jika bagi kawan saudari tidak ada saksi, tidak menjadi satu masalah besar. InsyaAllah pegawai kami sedia menjadi saksi pengIslaman kawan saudari.
      Tetapi jika ada, lebih ramai lebih bagus untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut.
      Tentang dokumen yng perlu dibawa, kawan saudari perlu membawa bersama satu salinan kad pengenalan/paspot.

      semoga membantu🙂 terima kasih

      • Tima kasih HC..Alhamdulillah kawan saya yg merupakan pemuda sabah telah memeluk islam pd 14/6 di satu muzakarah yg dianjurkn HC di setiawangsa..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s