1.1 Rasional Penubuhan Hidayah Centre: Pusat sokongan Saudara Baru

1. Dasar Agama

Sememangnya kita tidak perlu melakukan sesuatu jika tidak ada dasarnya di dalam Islam. Berkasih sayang dan  tolong menolong adalah natijah daripada beriman kepada Allah SWT.

“……..Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu….” (Al Qasas :77)

Dan yang paling berhak menerima pertolongan dan pembelaan ialah golongan yang memerlukan dan teraniaya.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa memohon perlindungan kerana Allah maka hendaklah kamu lindunginya, barangsiapa memohon bantuan kerana Allah maka hendaklah kamu membantunya,…..”

Sabda Baginda SAW:

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.”

2. Dasar Ihsan Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Dan Memelihara Imej Masyarakat.

Hubungan ukhuwwah sesama saudara dalam masyarakat Islam digambarkan seperti sebatang tubuh. Jika ada sebahagian tubuh yang sakit, maka bahagian yang lain juga akan terasa  derita sengsaranya. Maka menjadi tanggungjawab seseorang individu Muslim untuk membantu saudara seagamanya yang mengalami Semarang kesusahan apatah lagi jika kesusahan itu akibat dari iltizam mereka untuk beramal dengan amal Islam. Banyak kes murtad di negara ini berlaku kepada saudara baru antara lain puncanya adalah kerana kurang bimbingan spritual, mental dan fizikal  kepada mereka. Maka menjadi tanggungjawab kita bersama berusaha mengubah situasi  ini. Adalah tidak rasional jika hanya bercakap, menegur dan menuding jari tanpa sendiri terjun ke dalam kancah permasalahan, mendalaminya, memberi bantuan, perlindungan, mencari punca masalah dan merangka bimbingan yang sebaik-baiknya.

3. Dasar Dakwah Dan Islah

Menjadi hasrat JKD juga agar masyarakat menyedari bahawa tanggungjawab dakwah (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran) adalah tanggungjawab kita bersama. Jika umatnya cemerlang, negara akan gemilang dan begitulah sebaliknya. Usaha pengislahan (pembaikan) memerlukan komitmen masyarakat, bukan tertumpu kepada individu, keluarga dan organisasi terbabit sahaja. Hidayah Centre membuka jalan dan peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumber tenaga mereka kepada kerja-kerja kebajikan yang mereka minati.Ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa saudara baru adalah saudara kita.


20 responses to “1.1 Rasional Penubuhan Hidayah Centre: Pusat sokongan Saudara Baru

  1. As-salam,

    Saya ingin medalami ilmu agama islam, tetapi tidak pasti dimana boleh saya pelajari, dr solat, tauhid, syahada, etc

    saya amat berharap pihak anda boleh mbantu saya

    • Salamullah ‘alaik…
      Tahniah Puteri Darweena atas niat mahu mempelajari Islam. Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada puteri untuk terus mendalami Islam.
      Puteri bolehlah rujuk 2.3 (Panduan Ringkas) nombor 7 dalam blog ini untuk dapatkan senarai tempat untuk belajar tentang Islam.
      Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669. Moga ia mempermudahkan usaha2 puteri. 😉

  2. As Salam, anak lelaki saya berusia 16 tahun dan berminat untuk menjadi sukarelawan untuk Hidayah Centre ini, bagaimanakah cara-caranya?

    • Wa’alakumussalam Warahmatullah..
      Alhamdulillah…ada tenaga orang muda yang sudi berkhidmat untuk kerja-kerja dakwah melalui institusi kami. Kami amat berbesar hati menerimanya.
      Untuk makluman En. Dilazan, Hidayah Centre dalam proses menyelaraskan pendaftaran volunteer Hidayah Centre secara online. Sudah diperingkat penyelarasan untuk semua Hidayah Centre negeri dan daerah. Sekarang dalam peringkat perbincangan untuk kursus-kursus khas untuk semua yang mendaftar sebagai sukarelawan Hidayah Centre. Lepas siap penyelarasan, kami akan link borang pendaftaran online di website dan facebook Hidayah Centre insyaAllah. Segala info daripada Hidayah Centre akan di update di link ini

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.
      04-41089669

  3. Assalamualaikum wth

    Mohon maaf kerana terpaksa meminjam platform ini untuk bertanya soalan.

    Anak dalam kumpulan halaqah saya telah di ‘approach’ oleh seorang rakan lelakinya yang beragama Kristian. Beliau (pemuda tersebut) berminat dgn Islam dan sedang membanding-bandingkan Kristian dgn Islam sejak setahun yg lalu.Pada beliau agama kristian adalah benar dan Islam juga benar. Beliau sgt suka dan tenang melihat cara orang Islam solat dan perempuan yg bertudung labuh. Dan banyak bertanya tentang hukum khinzir dan arak.
    Anak halaqah saya telah merujuk kepada saya isu ini. Memandangkan saya bukan orang yang arif dalam soal ini, mohon cadangan/pandangan HC , kepada siapa patut saya rujuk untuk lebih mengetahui bagaimana cara hendak mengendalikan isu ini.
    Apakah cara / nasihat terbaik yang patut diberikan kepada pemuda tersebut, kerana pada masa yg sama saya perlu menjaga kebajikan anak halaqah saya memandangkan mereka berlainan jantina dan selalu berhubungan.

    Untuk makluman, pemuda tersebut telah diberi beberapa bahan yang kami terima dari HC di pjbt Ikram.

    Mohon pandangan dari yang lebih arif, insyaAllah.

    Wallaua’lam,

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraiku. Jzkk atas pertanyaan tersebut. Tahniah kerana memberanikan diri untuk menyantuni mualaf tersebut. Moga Allah permudahkan kerja2 saudari. Jika tak keberatan, datanglah ke pejabat kami untuk kami ajar langkah2 bagaimana mendekati dan menyantuni mualaf sebegini dengan mudah dan menarik perhatiannya untuk “memiliki” Islam. Sekurang2nya jika ada soalan2 tambahan insya’Allah kami akan bagi lagi dan bantu lagi. 😉 Jemput datang yer…hubungi ustazah Alya 03-4108 9669 jika saudari ingin datang ke pejabat kami. 🙂

  4. salam.
    Saya dr penang. Bru mengenali Hidayah Centre semenjak Ramadhan baru ni. Sangat tertarik dengan usaha yg dijalankn oleh Hidayah Ctr & ingin turut serta sbg sukarelawan dlm program2 Hidayah Ctr.
    Hrp dpt maklumkan bagaimana sy dpt menyertai program2 Hidayah Ctr.

    TQ.

    Mohamed Aslam, 016-6501373
    maulator@yahoo.com

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Jutaan terima kasih atas kesudian saudara untuk bersama-sama dengan HC Penang bagi merancakkan gerak dakwah di Pulau Pinang.
      Moga Allah merahmati saudara sekeluarga. 🙂

      Jika tak keberatan, hubungi terus Pengurus HC Penang iaitu Saudara Yusni di 019-5266677.

      Moga ia membantu saudara. Teruskan menyokong dan bersama HC. 😉

  5. Assalamualaikum WBT.

    Saya Izzuddin dari k.lumpur. Saya nak tanya tentang sasaran program atau aktiviti yang dilakukan oleh hidayah center, adakah sasarannya hanya khusus kepada saudara baru? ada tak program atau aktiviti yang sasarannya khusus kepada golongan non muslim? sekian dan terima kasih 🙂

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah..
      Mohon maaf atas kelewatan maklum balas.

      Untuk makluman, Hidayah Centre diasaskan untuk berfungsi memberi sokongan kepada saudara baru. Antara bentuk sokongan termasuklah menyediakan tempat tinggal sementara untuk saudara baru yang memerlukan, memberi bantuan kewangan, keperluan barang dapur, pendidikan, kecemasan dan hal-hal lain yang dirasakan perlu.
      Tidak hanya memfokuskan sokongan kepada saudara baru, Hidayah Centre juga sedang berusaha untuk menganjurkan pelbagai program yang memfokuskan kepada aktiviti dakwah dalam masyarakat belum Islam. Antara program yang dianjurkan seperti Chinese New Year Open House, Teater Islamofobia, Fokus Dakwah Harmoni, Interfaith Dialogue, Karnival Harmoni, Street Dakwah dan terbaru, Open Your Eyes Dinner. Semua program yang dianjurkan menggariskan objektif bagi memberi kefahaman Islam kepada masyarakat belum Islam, merungkai salah faham terhadap agama Islam dan memperkenalkan Islam sebagai agama keharmonian dan keamanan.

      Untuk update mengenai program-program anjuran Hidayah Centre, dijemput untuk LIKE fanpage Hidayah Centre di link ini :

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669
      hidayah.centre@gmail.com

  6. assalam.maaf saya ingin brtanyakn soalan dlm ruangan hidayah center ini.saya seorang saudara baru.saya sudah pun bercerai dgn suami.saya inginkn bimbingan dan tunjuk ajar untuk mempelajari ilmu islam ini.

    • Wa’alaikumussalam.
      Allah. Kami bersimpati atas ujian yang menimpa Puan dan bekas suami.
      Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada puan untuk meneruskan hidup sebagai seorang Muslimah.
      Boleh puan hubungi kami untuk memudahkan urusan lanjut?
      InsyaAllah, kami sedia membimbing dan membantu puan.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  7. assalammualaikum..saya nak tau? untuk mendaftarkan saudara baru dengan jabatan mana? untuk pengatahuan pihak jabatan agama.sekarang ini saya berkerja dan menetap di johor bahru.saya berasal dari sabah.hubungi saya talian ini:019-7488347.terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam.
      Untuk pendaftaran pengIslaman, mestilah di buat di mana-mana Pejabat Agama Islam terdekat seperti yang telah saya jelaskan melalui panggilan telefon sebentar tadi. Semoga dipermudahkan segala urusan encik Amirul Syafiq dalam menguruskan pengIslaman kawan tersebut.

      Ganjaran Allah pasti ada, yakinlah!

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  8. salamm…. saya tengah mencari tempat belajar agama islam. sebab saya adalah seorang yang baru memeluk agama islam. kat mane tempatnya?

    • Wa’alaikumussalam.
      Boleh pihak kami tahu dimana lokasi encik tinggal?
      InsyaAllah, banyak badan NGO & kerajaan yang menganjurkan Kelas Bimbingan kepada saudara baru.
      Hubungilah pejabat kami di talian 03-41089669 untuk maklumat lanjut secara terus 🙂

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Foundation

  9. ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Kalau mualaf asal indonesia bisakah?
    Phone : +6281353361140.

  10. salam
    saya seorang yang beragama kristian berasal daripada sabah,sejak 2 tahun kebelakangan ini saya tergerak hati untuk mendalami agama islam.saya sangat tertarik dengan ajaran islam,saya suka tengok umat2 islam yang memakai pakaian ke masjid.wanita yang bertudung sangat sejuk untuk hati saya melihatnya.sejak itu saya belajar serba sedikit tentang islam dan sangat membuka hati saya untuk mengenalinya lebih dalam tentang islam. hingakan keluarga saya sendiri menilai diri saya adalh seorng muslim tapi sebenarnya saya belum menjadi Islam. banyak teman2 saya yang tidak percaya akan niat hati saya menjadi islam hinggakan saya menangis dengan kenyataan itu.
    bagaimana untuk saya mendaftar sebagai umat baru dalam Islam?

    • Wa’alaikumussalam.

      Allahu akbar! Semoga Allah permudahkan langkah saudari untuk memeluk Islam.
      Boleh saya dapatkan no. telefon saudari untuk saya hubungkan dengan pegawai kami di Sabah?
      Atau saudari boleh hubungi Ustaz Ihsan 013-5557172 atau Ustaz Firdaus 011-31435907 atau Pejabat 088-486272.

      Semoga dipermudahkan segala urusan.

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

Leave a comment