Pengerusi Pelan Dakwah Kebangsaan terima Anugerah Khas Maal Hijrah

Image

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pengerusi Pelan Dakwah Kebangsaan, Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, 47, telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1435 Peringkat Wilayah Persekutuan.

Anugerah tersebut adalah yang kedua diterimanya, selepas dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Saudara Baru pada sambutan peringkat negeri Sabah pada 2009.

Pemilihan Muhammad adalah berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang dakwah, termasuk memegang jawatan Pengerusi Hidayah Centre iaitu pusat sokongan saudara baru, Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Penyelaras NGO Islam Bersekutu (ACCIN) dan tenaga pengajar di beberapa institusi pengajian Islam.

“Saya amat gembira dengan pengiktirafan ini dan berharap pencapaian diterima ini boleh menjadi pemangkin kepada usaha dakwah saya kepada saudara-saudara baru,” katanya selepas majlis Sambutan Maal Hijrah 1435 Peringkat Wilayah Persekutuan di Kompleks Pusat Islam, di sini hari ini.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan dan piala iringan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Muhammad dari suku kaum Kadazan Dusun merupakan penganut Kristian Roman Katolik sebelum memeluk Islam pada 1985 setelah mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mengetahui tentang agama Islam selain mengikuti sendiri kelas Pendidikan Islam di sekolahnya.

“Guru juga antara penyebab saya tertarik dengan agama Islam kerana personalitinya yang begitu baik dan walaupun bukan dari latar belakang jurusan agama, beliau berjaya menghidupkan nilai Islam sepanjang bertugas sebagai guru,” katanya yang pernah menjadi imam dan khatib di Amerika Syarikat.

Muhammad yang pernah menjadi imam dan khatib di Amerika Syarikat berkata, konsep hijrah sentiasa diamalkan dalam kehidupannya untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan.

“Hijrah adalah perubahan kita kepada lebih baik dan merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh umat Islam untuk menjadikan diri kita sebagai insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,” katanya.

Dia merancang untuk memperhebatkan lagi usaha dakwah yang dilakukannya melalui Sekretariat Pelan Dakwah Kebangsaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20131127/wk_06/Pengerusi-Pelan-Dakwah-Kebangsaan-terima-Anugerah-Khas-Maal-Hijrah#ixzz2mV8OC3NZ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

One response to “Pengerusi Pelan Dakwah Kebangsaan terima Anugerah Khas Maal Hijrah

  1. Pingback: Pengerusi Pelan Dakwah Kebangsaan Terima Anugerah Khas Maal Hijrah | Hidayah Centre Foundation·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s