BAB 10 : FIQAH PERKAHWINAN

Islam tidak menegah sama sekali perkahwinan antara bangsa. Wanita Muslimah berbangsa Melayu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki walaupun apa bangsa sekalipun dengan syarat agamanya ialah Islam. Begitu juga dengan lelaki Muslim.

Cuma tegahan dalam Islam ialah larangan agar lelaki Muslim tidak berkahwin melainkan dengan wanita Muslimah. Juga wanita Muslimah hanya boleh berkahwin dengan lelaki Muslim.

Persoalan 1 : Berkahwin dengan ahli kitab

Islam memberikan kelonggaran perkahwinan antara Muslim dan bukan Muslim ahli kitab. Konsepnya ialah lelaki Muslim berkahwin dengan wanita ahli kitab sama ada Yahudi atau Nasrani. Sebaliknya wanita Muslimah ditegah dan diharamkan daripada berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Firman Allah swt dalam surah Al-Ma’idah : 5, yang bermaksud :

Dan (dihalalkan kepada kamu lelaki Muslim untuk berkahwin) wanita-wanita yang baik daripada Muslimah dan wanita-wanita yang baik daripada ahli kitab sebelum kamu apabila kamu memberikan akan mereka mas kahwinnya hal keadaan menjaga diri daripada zina, bukannya melakukan zina secara terang dan tidak pula menjadikan mereka sebagai wanita simpanan.

Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya pada ayat ini, ada beberapa tafsiran dalam memahami makna ahli kitab.

Mengenal ahli kitab.

a)      Dikatakan maksud ahli kitab dalam ayat ini ialah golongan Isreal sahaja, dan ini ialah Syafi’i.

b)      Ada juga pendapat menyatakan bahawa maksudnya ialah wanita ahli kitab yang zimmi, bukannya harbi.

c)      Wanita-wanita yang baik dan menjaga diri daripada zina.

Hikmah bagi keharusan perkahwinan dengan ahli kitab

a)      Ia bertujuan bagi menarik golongan ahli kitab menganut agama Islam.

b)      Anak-anak hasil perkahwinan ini akan menurut agama bapa mereka iaitu Islam.

Namun tujuan sebegini nampaknya sudah tidak praktikal untuk diamalkan kerana :

a)      Umat Islam hari ini adalah umat yang lemah

b)      Kalau zaman awal Islam, budaya masyarakat menyaksikan lelaki menguasai wanita. Suami yang Muslim menjalankan tugasnya sebagai suami yang baik. Namun hari ini, wanita juga sudah mampu berkuasa tinggi. Banyak lelaki gagal di tangan wanita.

c)      Agama anak bukan ditentukan lagi oleh agama bapa tetapi berdasarkan pilihannya apabila dewasa.

Maka matlamat dakwah sudah tidak tercapai secara objektif. Oleh itu, amat wajar diperkukuhkan apa yang ada. Jangan jadi “yang dikerja tak dapat, yang digendong berciciran”.

Di Malaysia, keputusan muzakarah fatwa (dalam e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view) memutuskan bahawa pernikahan antara lelaki Muslim dengan wanita ahli kitab yang tidak asli tidak sah menurut mazhab Syafi’i. Inilah fatwa yang sesuai dan benar dengan maslahat dan siasah syariah insya’Allah.

58 responses to “BAB 10 : FIQAH PERKAHWINAN

    • Assalamu’alaikum.
      Sebelum itu, jangan salah faham ye Fytra Aziz🙂 Hidayah Centre adalah sebuah badan NGO di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan berbeza dengan ABIM.
      Walaubagaimana pun, kami cuba membantu menjawab persoalan Cik. Kursus Kahwin yang dikelolai oleh mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri adalah dalam bahasa Melayu. Kursus kahwin hanya diwajibkan kepada warganegara Malaysia. Jika cik akan berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia, bakal suami cik tidak perlu mengikuti kursus kahwin.

      Saya cuba rujuk ABIM, alhamdulillah. Ada kursus kahwin yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Cik boleh hubungi Puan Aisyah di talian 012-3500894 untuk maklumat lanjut.
      Semoga membantu.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

      • Assalamualaikum. Maaf ye. Saya nak kan kepastian, betul ke kalau bakal suami bukan warganegara islam tidak perlu mengikuti kursus perkahwinan? Terima kasih.🙂

  1. Assalamualaikum wbt..Saya seorg saudara baru..Saya mempunyai seorg kekasih yg berbangsa cina(bukan Islam), beliau sdh berkeluarga(belum bercerai)..Beliau belum tahu saya sdh revert..Kami pernah membincangkan untuk berkahwin..Apakah syaratnya??Saya tdk meminta dia untuk menceraikan isterinya..

    • Wa’alaikumussalam.
      1) Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh sama sekali berkahwin dengan seseorang yang bukan beragama Islam.
      Dalam masalah ini, Ainsakinah perlu berterus terang dengan teman lelaki supaya dia boleh memutuskan untuk berkahwin dengan Ainsakinah atau tidak. Jika dia bersedia menerima Islam dan berkahwin dengan Ainsakinah, alhamdulillah. Semoga niatnya memeluk Islam bukanlah atas sebab ingin berkahwin dengan Ainsakinah yang merupakan seorang Islam semata-mata, sebaliknya dia ikhlas dan bersama-sama Ainsakinah mendalami, mempelajari dan melaksanakan tuntutan sebagai seorang Islam.
      2) Jika teman lelaki Ainsakinah memeluk Islam, dalam tempoh 3 bulan dia mestilah berusaha mengajak isterinya memeluk Islam. Jika isterinya enggan dalam temph 3 bulan tersebut, perkahwinan mereka terbatal dari segi hukum Islam dan teman lelaki Ainsakinah perlu menguruskan perceraian dengan isterinya terlebih dahulu.

      Semoga membantu.

  2. Assalamualaikum wbt. Saya dari johor yang berbangsa melayu-islam. saya ingin bertanya adakah pusat hidayah centre ada buat sesi ta`ruf bersama saudara-saudara baru yg memasuki islam. Pada tahun ni dengan izin Allah swt saya berazam untuk menamat zaman bujang saya dan saya ada terniat untuk berkahwin dengan saudara baru yang baru memasuki islam untuk membantu mereka dari segala aspek kehidupan sebagai seorang Islam. Congratulations to the new converts of Islam.
    Jazakallah khair.

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah.
      Hidayah Centre menyediakan khidmat bantuan & bimbingan kepada saudara baru.
      Alhamdulillah…semakin ramai yang memilih jalan dakwah melalui perkahwinan dengan saudara baru untuk dibimbing.
      Jika En.Muhammad ikhlas untuk mengahwini saudara baru, besar ganjarannya disisi Allah.
      Di Hidayah Centre, kami amat mengalu-alukannya.

  3. Assalamualaikum. Bakal suami saya adalah seorang saudara baru berasal dari Sweden. Jadi Saya nak bertanya, perlukah dia ikuti kursus kahwin? Semoga tuan/puan dapat membantu saya. Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam.
      Bagi bukan warganegara Malaysia, kursus kahwin adalah tidak diwajibkan.
      Pun begitu, saya secara peribadi mencadangkan agar bakal suami Cik Zee mengikutinya supaya dia belajar perkara-perkara penting dalam sesebuah perkahwinan Islam. Bagi saya, ia sangat penting kerana bakal suami Cik Zee akan menjadi ketua keluarga & akan membentuk keluarga kelak.
      Di JAWI, ada menyediakan kursus kahwin dalam B.Inggeris.

      Pertanyaan lanjut, rujuk laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Bahagian Nikah, Cerai & Ruju’.
      Atau boleh hubungi kami di Hidayah Centre 03-41089669 untuk kami bantu.

      Sis Alya, ‘
      Peg. Eksekutif Dakwah HC.

      • Waálaikummussalam wrh wbh saudariku,

        Terima kasih atas persoalan yang diajukan kepada kami. Moga Allah merahmati saudari.

        Jika seseorang itu (sama ada warganegara atau tidak) ingin mengambil kursus kahwin, perlulah ikut prosedur jabatan agama negeri, tempat yang mereka tinggal. Prosedurnya panjang saudariku. Kami cadangkan saudari pergi ke pejabat agama bahagian perkahwinan, cerai dan rujuk talaq daerah untuk dapatkan maklumat terperinci.

        Moga ia membantu saudariku. Allah loves you 😉

  4. Assalamualaikum.Saya mempunyai seorang rakan lelaki yang ingin memasuki Islam. Rakan saya ini merupakan kaum bumiputera Sarawak. Yang menjadi kemusykilan baginya, setelah memeluk Islam adakah beliau perlu bersunat sekali lagi? Kerana mengikut adat kaum Iban di Sarawak, kanak-kanak lelaki diwajibkan bersunat ketika kecil. Bagaimanakah untuk meyakinkan orang lain bahawa beliau telah bersunat ketika kecil dahulu. Terima kasih

    • Wa’alaikumussalam.
      Kembali kepada fitrah beragama menuntut seseorang itu faham tujuan/matlamatnya sebagai seorang Islam.
      Bukan atas faktor-faktor lain, tetapi kerana dia dapat melihat kebenaran dalam Islam itu sendiri =)
      Untuk makluman, bersunat adalah disarankan untuk menjaga kebersihan. Jika kawan cik telah bersunat ketika kecil, dia tidak perlu lagi bersunat kali kedua selepas memeluk Islam.

      Semoga membantu.
      Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre
      03-41089669.

      • Assalamualaikum,
        saya seorang ibu tunggal, mempunyai seorang kawan yang ingin memeluk islam dan akan berkahwin dengan saya. Namun bolehkah semasa pengislaman beliau, pegawai agama hendaklah memaklumkan kepada beliau sebelum bersyahadah agar betulkan niat agar tujunan memeluk Islam bukan untuk berkahwin semata-mata tetapi kerana Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan kursus perkahwinan? Memandangkan saya orang Kelantan dimanakah tempat yang menyediakan kursus fardhu Ain dan kursus kahwin dalam bahasa Inggeris, memandangkan beliau warganegara Amerika.

      • Waalaikumsalam w.b.t

        Terima kasih kerana melawat blog kami. tahniah kami ucapkan atas perkahwinan yang akan dilansungkan. Berbalik kepada soalan puan, perkahwinan merupakan salah satu jalan dalam mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Islam sangat menggalakkan cuma perlu di beri bimbingan sewajarnya agar calon memahami erti Islam sebenar dan dapat mengamalkan Islam dengan sebaiknya.

        Kursus Perkahwinan bahasa Inggeris biasanya dianjurkan oleh ABIM dengan kerjasa JAWI. Puan boleh menghubungi nombor ini dan boleh bertanya terus mengenai kursus yang dijalankan.

        Puan Aisyah: 012-3500894

        saya harap, saya telah menjawab persoalan puan, semoga Allah memudahkan urusan puan dan calon…

        wassalam

        Noor Erma Azila Binti Mohd Pawzi (Erma)
        Peg. Eks. Dakwah
        Hidayah Centre

  5. Saya ingin bertanya, saya adalah seorang bumiputera Sabah. Saya belum lagi memeluk agama Islam tapi, sedang dalam proses mempelajari agama Islam. Saya nak bertanya berkenaan dengan kursus pra – perkahwinan. Bolehkah saya mengikuti kursus tersebut walaupun saya kini belum bertukar agama? dan sekiranya boleh, adakah Sijil pra – perkahwinan yang akan saya dapat adalah SAH / VALID semasa saya bernikah nanti?

    • Salam sejahtera saudariku.

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan itu dan tahniah atas niat yg murni untuk mengkaji dan belajar tentang Islam.

      Untuk pengetahuan saudari, jika nak pergi ke kursus pra-perkahwinan tu walaupun belum muslim sebenarnya boleh tiada masalah. Cuma perlu dapatkan keizinan daripada pihak penganjur kursus tersebut. Jika mereka izinkan, bolehlah saudari sertai.

      Berdasarkan pengalaman kami, kami suka nasihatkan bahawa lebih baik saudari belajar tentang asas Islam dahulu sebab tentang hal perkahwinan ini adalah 1 bab yang agak berat jika tiada asas tentang Islam. Dalam Islam, saudari boleh belajar semua bab termasuk perkahwinan. Saudari kenal dahulu siapa Allah dan RasulNya. Apa tujuan kita lahir sbg manusia di muka bumi ini? Bagaimana inginkan cinta Allah lebih dari segalanya?

      Bukannya apa saudariku, cuma kami takut dan risau bila saudari pergi ke kursus kahwin ini, saudari akan ada 1 tanggapan yang menyatakan Islam itu susah kerana saudari tidak memahami asas dalam Islam. Dalam bab perkahwinan ini mereka akan “flashback” semua asas2 fardhu ‘ain dan fardhu kifayah agar lebih memahami maksud sebenar perkahwinan dan institusi rumah tangga itu sendiri dalam sudut pandang Islam.

      Tentang sijil pra-perkahwinan itu, saudari boleh dapat jika pihak penganjur setuju saudari jadi peserta kursus tersebut. Tentang sah atau tidak itu, kami memohon maaf sebab kami tak tahu, tapi tak salah jika saudari tanya pihak penganjur semasa pendaftaran kelak.

      Moga dipermudahkan urusanmu saudariku. Allah menyayangi hambaNya jika inginkan kebenaran utk mengenal penciptaNya.😉

      • saya ingin bertanya,jika seorang lelaki non muslim(iban) ingin berkahwin dengan perempuan muslim,adakah tindakan itu salah?apakah yang patut dilakukan untuk mengahwini perempuan itu?

      • Salam sejahtera saudaraku,

        Terima kasih atas soalan yang mencabar itu.🙂 Adakah tindakan saudara salah? hrm….

        Ok…sebenarnya jika ingin mengahwini seorang wanita itu tidak salah jika mengikut adabnya sesuatu bangsa itu. Cuma jika ingin berkahwin dengan wanita Muslim, saudara kenalah menjadi Muslim terlebih dahulu. Ia tidak boleh berkahwin dengan bercampurnya agama.

        Tetapi saudara kena ingat bahawa sebelum mencintai seseorang wanita, cintailah Tuhan yang menciptakan wanita itu.🙂 Bila saudara sudah cinta Tuhan wanita itu, barulah saudara akan tahu kenapa saudara ingin mengahwininya.😉 Maksudnya saudara kenal cinta agama dan Allah dulu. Wanita itu takkan lari jika saudara betul2 buktikan cinta saudara pada Allah, yang akhirnya Allah mengizinkan/mentakdirkan saudara untuk mengahwininya.

        Bukannya apa saudara…cuma sebagai lelaki, saudara akan bertanggungjawab besar dalam mendidik isteri dan anak2 dalam agama, akhlak dan juga kehidupan sebagai keluarga Muslim. Pengalaman kami, ramai lelaki mualaf masih tidak menunjukkan ciri-ciri suami yang soleh dan jadi pemimpin yang baik pada keluarganya dan keluarga sebelah isterinya.

        Jadi, belajar Islam dulu dengan betul2 dalam tempoh setahun. Dapatkan keluarga angkat yang boleh membimbing saudara dan lepas setahun, bawalah keluarga angkat saudara untuk masuk meminang saudari yang saudara cintakan itu.🙂

        Moga Allah permudahkan urusanmua wahai saudaraku. Belajar Islam dulu ya…. 😉

  6. Assalamualaikum…Nama saya Muhammad Iqram Chew Bin Abdullah..saya ingin bertanya..kebelakangan ni saya mengalami kewangan dan tarikh perkahwinan dah nak sampai 2 bulan..adakah sebarang bantuan perkahwinan untuk muallaf? Dan apa syarat nya?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku.

      Tahniah atas usaha untuk berumahtangga. Moga Allah permudahkan urusan saudara untuk melangsungkan perkahwinan kelak.

      Untuk bantuan perkahwinan tu, saudara kena terus pergi ke jabatan agama yang berdekatan atau jabatan agama yang saudara peluk Islam dulu. Saudara berjumpa dengan pegawai agama dan tanyakan pada beliau untuk memohon bantuan perkahwinan. lagi cepat lagi bagus sebab setiap jabatan agama ada prosedurnya dan tempoh kelulusan permohonan. Jadi, segerakan tindakan saudara ke jabatan agama ya?

      Moga Allah permudahkan urusan saudara.🙂

  7. Assalamualaikum…Nama saya Iqram Chew..iqram ingin tanya..borang permohonan kahwin edisi 2003 yang iqram download adakah ia boleh diguna pada tahun ini juga?

  8. salam, nak bertanya, saya masih belum masuk islam dan sedang mempelajari mengenai asas-asas agama islam, tetapi, saya ad satu persoalan.. sekiranya saya hendak berkahwin nanti dengan seorang wanita melayu islam, bolehkah saya membawa keluarga asal saya yang bukan beragama islam untuk masuk meminang bakal isteri saya? ataupn saya perlu membawa keluarga angkat yang beragama islam sahaja untuk meminangnya? terima kasih..

  9. assalamualaikum . saya seorang cina beragama kristian. ingin tanya bahawa saya sekarang mahu berkahwin sama orang islam berasal myanmar. apa perlu saya dan dia buat sebelum kita ingin nikah.

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Islam tidak membenarkan perkahwinan campur antara agama.
      Jika saudara benar-benar ingin mengahwininya, saudara mestilah seorang Islam.
      Perkara pertama yang mesti diuruskan adalah pengIslaman saudara. Untuk urusan tersebut, saudara boleh terus ke Pejabat Agama Islam terdekat.
      Selepas selesai, barulah boleh diuruskan hal berkaitan perkahwinan dan lain-lain hal.

      Untuk keterangan yang lebih jelas, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669 atau email ke : hidayah.centre@gmail.com.

      Semoga Allah permudahkan segala urusan.
      Cik Alya,
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Pusat

  10. salam,saya tidak tahu harus lakukan apa untuk mengurus kemasukan saya sebagai orang Islam.Tolong suggest saya,saya harus lakukan apa terlebih dahulu,means,saya harus pergi mana dahulu,sebab hal ini saya akan urus sendirian…terima kasih..

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Alhamdulillah..Sis adalah insan terpilih menerima petunjuk & hidayah Allah !
      Sis boleh terus datang ke ibu pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati atau boleh ke mana-mana Pejabat Agama Islam terdekat.
      InsyaAllah, proses pengIslaman akan dilakukan dengan mudah.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  11. Assalamualaikum,
    Saya ingin mencari kelas mengaji Al-Quran untuk suami saya, seorang cina muallaf yang terlah memeluk islam lebih dari 12 tahun. Suami saya tidak boleh mengaji dengan lancar tetapi beliau malas untuk pergi belajar mengaji.
    Kami tinggal di Puchong, sekiranya ada kelas mengaji dan fardu ain yang berdekatan saya akan ke kelas tersebut dengan suami saya atau sekiranya ada ustaz yang boleh datang ke rumah kami untuk datang mengajar suami saya juga boleh.
    Sekiranya ustaz tersebut boleh berbahasa cina adalah lebih baik.

    Sila bantu saya.

    Terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku.

      Terima kasih banyak2 atas soalan yang diajukan kepada kami. Tahniah kerana berusaha untuk membantu suami untuk mendalami Islam. Moga Allah mempermudahkan urusan saudari.🙂

      Untuk pengetahuan saudari, kita ada Hidayah Centre cawangan Puchong dan juga mengadakan kelas asas fardhu ‘ain saudara baru (KAFA SB) di sana.
      Jika tak keberatan, saudari hubungi Pengurus HC Puchong Tuan Haji Mohd Noor Said 0193592566 untuk keterangan lanjut saudari. Untuk kelas dalam bahasa cina/mandarin, saudari bolehlah juga tanya Tuan Haji Mohd Noor untuk maklumat lanjut.

      Moga Allah mempermudahkan urusan saudari.

  12. assalamualaikum. sy sudah 3 tahun convert masuk islam. rakan muslim ada berkata sy boleh mohon bantuan wang dari jakim since sy dh convert.. adakah ia nya benar? dan proses apa yg sy perlu lakukan? sy student dan bekerja untuk menampung hidup.. apa syarat-syarat untuk dapat bantuan?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Tahniah kami ucapkan atas pengIslaman saudari sebagai Muslimah. Moga Allah kekalkan saudari dalam iman Islam.

      Di Malaysia, saudara baru boleh memohon bantuan dibawah bantuan asnaf mualaf hanya jika mualaf itu menjadi saudara baru dari 1 hari hingga 5 tahun sahaja. Jadi, jika saudari perlukan bantuan saudari pergilah ke jabatan agama terdekat dan buatlah permohonan. Syarat-syaratnya semua dalam borang tersebut. Jika masih kurang faham, tanyalah pegawai yang bertugas pada waktu itu ya?😉

      Moga Allah permudahkan urusan saudari.🙂

  13. saya ingin bertanya , saya seorang cina bukan islam dan nak berkahwin dgn seorang wanita melayu beragama islam , apa yg saya perlu buat jika nak berkahwin dengan dia? wajibnya pergi kursus ?

    • saudara….

      pertamanya, kami ini mengucapkan tahniah kerana memilih untuk memeluk agama Islam yang benar. dan kami juga ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan saudara dengan pilhan hati saudara. semoga ikatan suami isteri ini akan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan bahagia di dunia dan akhirat.

      berbalik kepada persoalan saudara, selepas memeluk agama Islam, saudara perlu menghadiri kursus. buat pengetahuan saudara, kursus ini bertujuan untuk mendedahkan atau mengajar mengenai perkara-perkara asas di dalam Islam. dan apabila saudara ingin berkahwin, saudara juga perlu menghadiri kursus pra perkahwinan. kursus ini pula bertujuan untuk mendedahkan atau memberi maklumat berkaitan perkahwinan di dalam Islam.

      saudara…
      setiap kursus yang di wajibkan ini, sebenarnya sangat memberi faedah buat saudara serta ia adalah keperluan saudara sebagai Muslim.

      akhirnya, sekali lagi, kami mengucapkan tahniah serta kami mendoakan semoga Allah memudahkan urusan pemelukan Islam saudara serta perkahwinan saudara… amiinn

      yg Benar
      sis ema
      pegawai eksekutif dakwah
      hidayah centre

  14. asallamuilaikum. . sy[ the lee].bumiputra sarawak,sy telah berkahwin,dua orang anak. dua dan lima thn.sy dan isteri berbangsa iban.isteri beragama kristian sy tiada agama.sy sudah lama tertarik dgn agama islam tunggu waktu sahaja utk memeluk agama islam.sy telah mengajak isteri sy masuk islam dan beliau setuju tapi beliau menyuruh sy peluk islam dulu sebab orang tua beliau,maklumlah perpindah agama merupakan pukulan bagi orang tua yang kuat beragama kristian.utk pgetahuan pihak tuan@puan keinginan sy dan isteri utk masuk islam tdk diketahui oleh orng tua kami.pertanyaan sy apakah status perkhawinan kmi masih sah apabila sy sudah masuk islam sekiranya isteri sy masih belum masuk islam untuk jangka masa tertentu

    • Wa’alaikumussalam encik the lee.
      Ahlan wasahlan! Saya sebagai seorang Muslim amat-amat mengalukan penghijrahan encik sekeluarga.
      Mengikut Hukum Syarak, seseorang muallaf yang telah memeluk Islam, secara automatiknya beliau akan terputus hubungan suami isteri sekiranya si isteri masih menganut agama asal dan begitu juga sebaliknya. Walaubagaimanapun , agama Islam memberi keringanan kepada umatnya dengan memberi tempoh si suami memujuk si isteri supaya memeluk agama Islam dalam tempoh 3 bulan 10 hari dari tarikh si suami memeluk agama Islam.

      Alhamdulillah! Semoga Allah permudahkan urusan encik sekeluarga.
      Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi ibu pejabat Hidayah Centre untuk kami hubungkan dengan pengurus Hidayah Centre Kuching.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

      • Assalamualaikum WBT.

        Salam Ramadhan untuk warga Hidayah Centre,

        Di sini, saya ada pertanyaan, saya perlukan nasihat dari pihak HC kerana ada seorang kawan dari United kingdom ingin memeluk agama Islam.

        Saya memang asal Muslim dari malaysia, tapi tiada pengalaman untuk guide saudara baru.

        Pohon bantuan daripada pihak HC.

        Terima kasih.

        Jazakallah

      • Wa’alaikumussalam.

        Mohon maaf atas kelewatan merespon.
        InsyaAllah kami di Hidayah Centre amat mengalu-alukan cik/puan untuk membawa kawan tersebut ke pejabat kami di alamat :
        Lot300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL.

        Atau jika cik/puan tinggal di negeri lain, mohon berikan maklumat perhubungan untuk kami hubungkan dengan PIC di negeri/daerah lain.

        Semoga Allah permudahkan!

        Puan Alya
        Eksekutif Dakwah
        03-41089669

  15. selamat petang, saya ingin bertanya. Saya sdh lama tertarik utk mendalami agama islam tetapi msh belum convert setelah mendapat satu mimpi yg jawapany saya temui Dari rakan beragama islam. Saya juga merancang utk berkahwin dengan seorang lelaki muslim. bErapakh tempoh saya boleh berkahwin selepas convert? Adakah saya perlu menunggu beberapa bulan selepas convert baru bolehberkahwin? tErima kasih.

    • Selamat petang saudari Glynn..
      Mohon maaf atas kelewatan menjawab pertanyaan.
      Alhamdulillah!. Semoga Allah luruskan niat dan permudahkan urusan pengIslaman saudari. Berikut jawapan kepada persoalan saudari:

      *Tiada tempoh khusus yang ditetapkan untuk berkahwin selepas memeluk Islam. Sebaiknya, fahami dan dalami Islam secara asasnya terlebih dahulu. Selepas proses pengIslaman, saudari boleh terus menguruskan proses perkahwinan. Lagi cepat diuruskan, lagi cepatlah proses tersebut🙂

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  16. Assalamualaikum…boleh saya tanya…apa contoh kes yang pernah dikendalikan di mahkamah tentang perkahwinan dengan ahli kitab? terima kasih…

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudari Nurul,

      Jutaan terima kasih atas soalan yang diajukan itu. Moga Allah memberkati saudari dan keluarga saudari.

      Kami memohon maaf sebab contoh kes yang saudari nyatakan itu, rasanya kami belum pernah kendalikan atau melaluinya.
      Cuma berdasarkan pendapat beberapa ulama ada perbezaan pendapat.

      Ulama semasa berbeza pandangan dalam menentukan status ahli kitab ini pada zaman ini.

      InsyaÁllah kami usahakan untu mencari jawapannya. Doakan kamo agar dipermudahkan. 😉

  17. saya dah convert ke islam.tapi xde member yg tau.skrg member melayu islam ingin ke kursus kawin.saya ingin mengikutnya.bleh ke saya nak ikut?daftar pakai nama asal cina bleh ke tuh ?

    • Assalamualaikum.. saudara Irwan
      Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan kerana telah kembali kepada agama Allah ini. Buat Pengetahuan saudara, selepas menghadiri kursus perkahwinan ini, saudara akan diberikan sijil kursus perkahwinan, oleh itu, perlu kepada nama Islam Saudara. akan tetapi untuk pendaftaran saudara boleh berbincang dengan pihak penganjur dengan mohon kebenaran untuk merahsiakan hal ini. kebiasaannya, pihak jabatan agama memahami situasi begini dan sangat menjaga kerahsiaan terutama isu pengIslaman.

      Saya harap jawapan saya mampu memberi jalan kepada saudara dalam menjawap persoalan saudara. saya mendoakan agar urusan saudara dimudahkan Allah… Amiinn ^_^

      Cik Erma Azila (Cik Erma)
      Peg. Eks. Dakwah
      Hidayah Centre

  18. assalamualaikum…saya nk tanya…bagaimana pasangan tu nikah di thailand,pasangan tu belum lagi mendaftar di malaysia.kemudian berlaku perbalahan..suami melafazkan “aku lepaskan kau”…jatuh x talak tu? tak lama tu mereka berbaik semula kemudian gaduh lagi..suami melafazkan “aku ceraikan kau” ulang dua kali ayat tu…so sekarang ape status mereka?

  19. Assalamualaikum,,sy mahu minta pendapat serta nasihat mengenai cinta perempuan muslim dan lelaki cina.sy sudah lame kenal..hubungan kami amat baik sekali.sepanjang pkenalan kami,sy ade try tnye mngenai agama islam sy..nmpknyer agak sukar dia bercakap hal itu.dia xmnunjukkan minat.katenye klo dia pluk islam pon atas dasar dia kahwin same sy.sy amat syg hubungan ini.tp syg sy lebih pada agama sy.sy mahu sseorang mbimbing sy n ank2 sy nti .sy khuatir xkuat pegngan agama.bf sy risau jika fmly dia tahu mgenai hubungan kami.

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Tahniah atas niat murni untuk membawa kawan Cina itu memeluk Islam dan seterusnya membina mahligai yang diredhaiNya. Tahniah!🙂

      Biasanya bila dalam keadaan begini, kami suka saudari bawa kawan itu untuk datang ke pejabat kami untuk berbincang. Saudari juga kena faham mungkin kawan ini ada alasan sendiri atau ada masalah yang timbul jika dia memeluk Islam kelak. Jika ada kelapangan jemputlah datang ke pejabat kami ya. Hubungi puan Alya atau sister Erma di talian 03-4108 9669 untuk buat pertemuan.

      Memang benar apa yg saudari fikirkan sebelum ini tentang kepimpinan seorang mualaf bila berkeluarga sangat2 penting. Di HC kami memang nak sangat2 saudara2 baru (lelaki) jadi Muslim yang boleh membimbing dan memimpin keluarga dalam Islam yang sebenar. Kami cadangkan saudari buat solat sunat istikharah. Mintalah dengan Allah manakah yang terbaik untuk saudari.

      Yang penting saudari kena jelas, saudari ingin berumah tangga dengan kawan cina itu bukan kerana simpati, risau dan cinta padanya sahaja tapi ingatlah dan berpaksilah cinta pada Allah itu lebih penting agar saudari tidak kecewa suatu hari nanti. Maksud kami biarlah kawan saudari itu memeluk Islam kerana kenal Allah & RasulNya serta tahu akan tujuan dirinya sebagai hambaNya. Barulah ia menjadi mudah untuk dia memiliki saudari sebagai isterinya serta tahu tanggungjawabnya di dunia dan akhirat.😉

      Berdasarkan pengalaman kami, jika saudari memang rasa susah untuk membimbing, meyakinkan kawan ini dengan Islam, eloklah kiranya saudari dapatkan lelaki yang soleh sebagai suami / penggantinya. Kami doakan akan saudari dapat yang terbaik dari segi agama dan akhlaknya. Sekurang-kurangnya biarlah kawan saudari itu kenal Islam melalui saudari dan kita doakan agar Allah bukakan hatinya untuk menerima hidayah Allah ini.

      Moga dipermudahkan urusan saudari. Teruskan berdoa dan meminta pada Allah ya.😉 Jika dapat bangun qiyamullail bangunlah ya.🙂

  20. Assalamualaikum… Saya nak tanya. Saya dah kawin 2 bln di islamic centre@masjid di sweden dgn restu org tua dan berwali kan hakim. Kami kawen mengikut hukum syarak dan belum berdafter di sweden. Adakah saya perlu mendaftar perkahwinan saya di kedutaan malaysia di sweden?

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudariku.

      Tahniah atas pembinaan masjid yang murni ini. Tahniah! Semoga berkembang lagi Islam di Sweden.

      Untuk pengetahuan saudari, saudari perlu buat 2 pendaftaran perkahwinan di Sweden dan di Malaysia. Sebabnya prosedur di kedua-dua negara yang berbeza dari segi urusan warganegara anak, waris harta dan sebagainya.🙂

      Tindakannya mudah sahaja. Yang pertama daftar nikah di Jabatan Agama Islam di Sweden kemudian bila saudari dan suami balik ke Malaysia, daftar nikah sekali lagi di Jabatan Agama Islam negeri saudari tinggal dengan membawa dokumen daftar perkahwinan di Sweden.

      Moga dipermudahkan urusan saudari. Tahniah dari kami! Moga jadi keluarga Muslim yang soleh dan musleh.😉

  21. Assalamualaikum Hidayah Center.

    Nama saya Abas berumur 23 tahun & tinggal di Selangor. Saya ingin meminta sedikit bantuan sebab saya tak tahu di mana lagi saya boleh minta bantuan.
    Saya ingin melangsungkan perkahwinan yang sah di sisi Islam. Saya telah bersama dengan seorang wanita Nasrani dari Germany yang telah pun tinggal di Malaysia dari tahun 2006.

    Walaubagaimanapun, kami telah berbincang dengan cara yang baik & dia kata dia enggan untuk memeluk Islam. Namun begitu, saya ada terbaca bahawa Islam ada mengatakan tentang kelonggaran mengahwini perempuan bukan Islam yang ahli kitab. Jadi saya ingin tahu apakah yang harus saya lakukan untuk menlangsungkan perkahwinan ini di jalan yang benar & sah di sisi Islam dan undang undang Malaysia.

    Kami membuat keputusan untuk berkahwin kerana kami telah bersama selama 3 tahun & kami mendapati bahawa kami mampu untuk membina satu rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun begitu, kemusykilan saya berkenaan agama telah timbul di sini & saya harap Hidayah Center dapat memberi jalan penyelesaian kepada masalah kami berdua.

    Sekian, terima kasih & Assalamualaikum.

    • Assalamaualaikum warahmatullhi wabarakatuh,

      Tahniah kerana En Abas mahu memelihara diri dan melangsungkan perkahwinan dengan cara yang diredhai Allah.

      Samada Islam membenarkan seorang lelaki Muslim berkahwin dengan ahli kitaab (wanita Kristian atau Yahudi) adalah satu yang dibenarkan menurut semua mazhab kerana ia adalah kebenaran dari Allah SWT menurut Al Quran.

      Perselisihan dikalangan ulama adalah samada wujud ke tidak lagi ahlul kitab pada masa ini. Pandangan ulama di Malaysia adalah sangat ketat di dalam permasalahan ini. Ulama di Malaysia berpandangan sudah tidak ada lagi ahlul kitab seperti yang dinyatakan di dalam Al quran itu. Oleh itu majlis fatwa di Malaysia telah mengambil pendirian ini dan undang-undang syariah di Malaysia juga tidak mengizinkan.

      Setahu penulis, majlis fatwa di Eropah dan Amerika Syarikat mengizinkan perkahwinan ini dan berpendirian bahawa orang Kristian dan Yahudi yang ada sekarang adalah ahlul kitab, maka perkahwinan seperti yang En Abas kehendaki boleh dilaksanakan di sana.

      wallahu a’lam

      Hj. Nicholas Sylvester
      Pengerusi Hidayah Centre
      03-41089669

  22. Assalamualaikum Hidayah Center.
    Saya telah kenal bekenalan dengan seorang wanita berlainan agama (anak yatim piatu) dan kami tinggal berlainan negeri, kami telah sepakat dan berbincang untuk mendirikan rumahtangga. Saya ingin tahu penjelasan dari pihak tuan/puan jika terdapat langkah yang perlu kami ambil sekiranya bakal isteri saya perlu memeluk islam terlebih dahulu sebelum bernikah atau di kehendaki menjalani kursus yang berkenaan sebelum mendirikan rumahtangga? Apakah langkah-langkah yang perlu bakal isteri saya fahami dalam persediaan sebelum bernikah?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku Azman,

      Tahniah diucapkan atas usaha saudara untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang sama meneruskan dakwah kepada bakal isteri tersebut.

      Prosedur peluk Islam? Mudah saja.🙂

      1. Sediakan 4 keping gambar pasport
      2. Fotokopi kad pengenalan kawan dan saudara ya
      3. Jemputlah datang ke HC
      4. HC akan uruskan pengIslaman dan pendaftaran

      Prosedur kursus kahwin? Mudah juga. 🙂

      1. Masuk Islam dulu
      2. Pergi cari tempat untuk kursus kahwin berdekatan dengan rumah
      3. Selepas dapat sijil kursus, pergi ke jabatan agama dan ambil borang daftar kahwin
      4. Tanyalah pegawai agama di situ tentang langkah-langkah yg seterusnya perlu kalian lakukan.

      Moga langkah mudah ini membantu saudara. Moga dipermudahkan urusan saudaraku.😉

  23. Assalam,
    Nama saya Chong. Saya akan memeluk agama Islam yg suci ini dalam masa terdekat. Saya telah berkahwin selama 10 tahun dengan isteri sekarang.
    Saya telah bertemu dengan seorang gadis Muslim dan jatuh cinta pada pandangan pertama. Dia telah memberi dorongan yg kuat kepada saya dan niat saya untuk memeluk agama Islam terbuka. Sebenarnya saya ada niat untuk memeluk Islam semasa bangku sekolah dulu tapi niat itu tak kuat. Kini saya telah bersedia untuk memeluk agama Islam yg suci ini. Saya telah melamar gadis ini dan telah juga dipersetujui oleh pihak keluarga gadis itu. Masalahnya saya tidak menceritakan latar belakang saya secara jujur kepada gadis itu dan keluarganya. Saya sangat menyayangi gadis ini.
    Soalan saya;
    Adakah saya dapat mengahwini gadis ini dengan status yg masih terikat dengan saya sekarang (selepas memeluk agama Islam)? Ataupun saya perlu bercerai dahulu? Saya masih sayang dengan isteri sekarang dan saya ingin dia juga memeluk agama Islam tetapi saya merasakan yang dia tidak akan mahu. Saya harap HC dapat memberi pedoman dan nasihat untuk situasi saya sekarang…..

    • Wa’alaikumussalam.
      Alhamdulillah! Saudara salah seorang insan terpilih menerima hidayah Allah melalui gadis yang saudara temui.
      Nasihat saya, sebaiknya saudara berterus terang dengan gadis tersebut tentang status saudara sudah berkahwin. Hal ini amat penting kerana dalam setiap perhubungan lebih-lebih lagi saudara ingin berkahwin dengannya, sikap jujur amat perlu. Saya yakin, jika hal sebenar diketahui selepas saudara berkahwin dengannya, dia pasti kecewa dan belum tentu dapat menerima perkara tersebut kerana baginya saudara telah menipu dirinya.

      Menjawab soalan :
      Sebelum saudara meneruskan niat berkahwin dengan gadis Muslim tersebut selepas memeluk Islam, saudara perlu menyelesaikan terlebih dahulu status perkahwinan dengan isteri sedia ada. Dalam Islam, selepas seseorang memeluk Islam, suami atau isteri yang telah dikahwini sebelum memeluk Islam diberikan tempoh 3 bulan. Bermakna, saudara ada 3 bulan tempoh untuk memujuk isteri supaya mengikut saudara memeluk Islam. Jika dia enggan sehingga tamat 3 bulan, dari segi syarat perkahwinan saudara telah terbubar. Jadi, saudara boleh terus menguruskan perkara berkaitan untuk berkahwin dengan gadis Muslim tersebut.

      Sebaliknya, jika isteri saudara bersedia mengikut jejak langkah saudara memeluk Islam, perkahwinan saudara yang dilakukan 10 tahun lepas diiktiraf dalam Islam dan akan kekal sebagai suami isteri Muslim. Dan jika saudara ingin meneruskan niat berkahwin dengan gadis Muslim tersebut, saudara perlu membuat permohonan untuk berpoligami di Mahkamah Syariah.

      *Note: Dalam Islam memang membenarkan seorang lelaki berkahwin 4 orang dalam satu-satu masa mengikut syarat tertentu :
      1) Mampu menanggung nafkah kedua-dua isteri zahir (makan minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan) dan batin (berkeupayaan memberi layanan seks)
      2) Berlaku adil dari segi nafkah, pakaian, tempat tinggal, giliran bermalam, bermusafir

      Semoga membantu!

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

      • Assalam Puan Alya,

        Terima kasih atas nasihat yang telah puan berikan. Chong ingin mendapat satu kepastian lagi; selepas tamat tempoh 3 bulan itu, adakah saya masih perlu untuk mendapatkan surat cerai dari Jabatan Pendaftaran sebagai bukti supaya saya dapat mengahwini gadis Muslim ini? Ataupun secara automatiknya saya dapat mengahwini gadis itu? Untuk pengetahuan Puan, saya telah memberitahu gadis itu berkenaan dengan status saya sekarang.

  24. Assalamualaikum. saya baharu revert agama islam. saya ingin tahu bila saya boleh mengambil khursus pra kahwin kerana teman saya dah melamar dan bagi saya lebih mudah jikalau ada yg membimbing dalam agama..

    • waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah dan tahniah bagi saudari kerana telah selamat kembali kepada agama fitrah saudari. Untuk pengetahuan saudari, tiada had masa atau masa tertentu bagi saudari untuk mendaftar kursus pra-perkahwinan. Saudari buleh mendaftar kursus pra-perkahwinan bila-bila sahaja mengikut kelapangan masa saudari di jabatan agama atau dari mana-mana pihak yang menganjurkan kursus pra-kahwin. Selain itu, bagi saudari yang baru memeluk islam dan perlukan bimbingan, di Hidayah Centre, kami ada sediakan kelas bimbingan dan aspek yang ditekankan adalah tentang akidah selain ilmu2 cabang lain. Kami perlukan maklumat daerah/Negeri tempat tinggal saudari supaya mudah diuruskan dibawah mana-mana cawangan Hidayah Centre yang berdekatan tempat tinggal.
      Mohon telefon pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669 untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s