BAB 4 : FIQH KENAJISAN ANJING

Persoalan 1 : Menyentuh tempat yang disentuh oleh anjing

Jika Muslim berjabat tangan dengan bukan Muslim yang baru menggosokkan anjing, adakah wajib disamak tangannya?


Konsepnya masih sama dalam perbincangan kenajisan anjing. Jika menurut mazhab Syafi’i, menyentuh tubuh anjing yang basah atau terkena bendalir daripada badannya mewajibkan samak. Namun, mazhab Maliki tidak mewajibkannya.

Namun ia bukanlah perkara yang wajib. Namun jika nyata cairan air liur anjing, maka wajib disamak ketika itu.

Maka jika menyentuh tempat seperti berjabat tangan dengan bukan Muslim yang baru menyentuh anjing eloklah dibasuh.

4 responses to “BAB 4 : FIQH KENAJISAN ANJING

  1. apa hukum klau kata berteduh drpd hujan yg pd ktika itu tempat tersebut merupakn tmpt anjg mlepk.kmudian trdpt bulu2 anjg yg bsh yg mlkt di kaki org yg brtduh td.perlukah org tersebut mlkukn samak???

    • Salam saudariku. Jutaan terima kasih atas pertanyaan yang baik itu. Jika saudara pasti bahawa bulu-bulu itu adalah bulu anjing, maka samaklah pakaian saudari itu. Sebab mana-mana bahagian badan haiwan ini jika terpisah dari badannya ia sudah dianggap najis. Jika bulu itu dari anjing atau khinzir maka ia adalah najis berat. Maka, harus disamak permukaan yang tertekan itu. Moga ia membantu saudari. 😉

  2. Assalamualaikum…Saya mualaf yg masih duduk dgn family saya…

    Hubungan ahli keluarga saya dgn anjing sangat baik sampai biar anjing tu tido atas kaki mereka, oleh itu seluar dan baju mereka ada air liur anjing.

    Keluarga kami cuci baju pakai washing machine, termasuk saya. Oleh itu persoalannya, adakah baju saya jadi najis lepas cuci bersama dgn baju diorg dalam washing machine?

    Adakah baju tetap bernajis lepas disidai?

    Terima kasih.

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Jutaan terima kasih atas persoalan itu dan tahniah kami ucapkan atas pengIslaman saudara. Moga terus kekal dalam Islam. 😉

      Dalam hadith banyak cerita tentang jilatan anjing dan bekas jilatan anjing. Berdasarkan pengalaman kami, ia bergantung juga dengan keyakinan saudara tentang terlihatnya tompokkan air liur anjing tersebut iaitu dari segi warna, bau dan rasa. Jika betul yang saudara katakan itu dan memang nampak tompokkan air liur anjing itu, jadi di sini kami boleh katakan pakaian keluarga, saudara dan mesin basuh itu bernajis.

      Oleh yang demikian, memang pakaian saudara dan mesin tersebut perlu disamak dan membasuhnya dengan sabun cuci. Terasa macam berat sangat, bukan? Banyak pendapat ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang kata tak perlu samak dan hanya sekadar basuh dengan air mutlak seperti biasa sehingga 3 atau 5 atau 7 kali. Ada juga yang berpendapat kena samak sebab memang nampak air liur tersebut dengan jelas iaitu basuh dengan 6 bekas air + 1 bekas air tanah. 😀

      Jadi, kami cadangkan jika saudara yakin air liur anjing terkena pakaian keluarga TAK PERLULAH saudara campurkan pakaian saudara dalam mesin basuh bersama pakaian mereka. Cukuplah saudara basuh mesin basuh tersebut dengan sabun dulu dengan sempurna, cuci 3 kali dengan air kemudian barulah saudara guna mesin basuh itu HANYA membasuh pakaian saudara sahaja. Maksudnya bila saudara nak cuci pakaian barulah saudara buat sebegitu.

      Jika pakaian sudah dibasuh dengan sempurna maka pakaian yang disidai TIDAK lagi bernajis kecuali jika TIDAK DIBASUH dengan sempurna.

      Moga dengan info sebegini boleh memudahkan urusan saudara. 😉
      Allah sayangkan saudaraku.

Leave a comment