BAB 5 : FIQAH PENGHARAMAN KHINZIR

Persoalan 1 : Samak Mulut Kerana Termakan Daging Khinzir

Ada masanya seseorang Muslim tidak mengetahui bahawa makanan itu adalah daging khinzir. Contohnya sosej yang dianggap sosej ayam atau daging lembu. Sudah dimakannya beberapa hari. Akhirnya diketahui bahawa ia sosej daging khinzir.

Adakah wajib disamak mulut, gigi dan lidah?

terdapat pelbagai makanan yang tidak dapat dipastikan ramuannya

Dalam persoalan ini, kesalahan makan sosej daging khinzir dimaafkan dalam agama kerana ia dilakukan secara tidak sengaja. Firman Allah swt yang bermaksud :

Tiadalah ke ata golongan yang beriman da beramal soleh oleh kesalahan dosa dalam apa yang mereka telah makan apabila mereka bertaqwa, beriman dan beramal soleh, kemudian mereka (tetap) bertaqwa dan berbuat ihsan. Dan Allah kasih kepada golongan yang berbuat ihsan.”  (Surah Al-Maa’idah 5 : 93)

Perkara yang dilakukan sebelum pengharamannya atau tanpa mengetahui ia haram adalah dimaafkan dalam Islam.

Walau bagaimanapun, pandangan agar mulut dan sebagainya disamak nampaknya pandangan yang tidak berasas. Kita perlu akui kewujudan perbezaan pendapat para ulama. Kenapa perlu menyusahkan dengan basuhan air tanah di mulut sedangkan ada pendapat yang lebih  praktikal?

Perlukah disamak seluruh rumah kerana bekas pemilik adalah bukan Islam?

Begitu juga jika ada pandangan yang mewajibkan rumah atau kedai disamak jika pemilik sebelumnya adalah bukan Muslim.

Yang penting ialah ketiadaan ilmu dan maklumat berkaitan daging khinzir. Seorang Muslim makan satu hidangan dan menyangkanya daging ayam. Selepas selesai makan, barulah diberitahu bahawa dagingnya ialah daging khinzir. Adakah berdosa?

Tidak berdosa kerana Allah memaafkan apa yang tidak diketahui. Sebaliknya kalau baru separuh jalan makan, lalu diberitahu tentang daging khinzir tetapi terus dimakannya juga ketika itu ia adalah berdosa.

Muslim juga hendaklah berwaspada dan berhati-hati di masa depan agar kejadian sama tidak berulang.

9 responses to “BAB 5 : FIQAH PENGHARAMAN KHINZIR

  1. Jadi kes rumah tu macam mana? perlukah disamak? Sbb sebelum kita tinggal pun kita dah tahu yang pemilik sebelumnya bukan Muslim? Yang Khinzir tu kita belum tahu yang dimakan itu khinzir..Cuba jelaskan tima kasih..

    • Salam saudaraku. Jutaan terima kasih atas soalan itu. Untuk mengetahui sama ada sesuatu rumah/pejabat/kedai perlu disamak atau tak. Ada 3 perkara yang perlu dilihat iaitu kita lihat dari segi zatnya, baunya dan warnanya. Jika salah satu daripada 3 perkara itu kita dah kenalpasti kewujudannya, barulah kita buat samak tempat tersebut. Mudah sahaja kan?😉 Jika tiada salah 1 daripada ketiga-tiga perkara itu wujud, jadi eloklah kita sekadar mencuci seperti biasa tempat tersebut. Moga ia membantu saudara.

  2. adakah perlu samak tangan yang memegang makanan haram tersebut ?jika baru tahu makanan tersebut haram setelah terbaca di internet. harap diberi penjelasan. terima kasih

    • Assalamu’alaikum.
      Kami memohon maaf atas kelewatan menjawab pertanyaan Cik/Puan.
      Jika Cik/Puan yakin ianya haram, tangan yang menyentuh makanan yang haram tersebut (mengandungi unsur-unsur khinzir atau anjing)
      perlulah disamak menggunakan :
      – 1 kali basuhan air tanah
      – 6 kali basuhan air mutlak
      Tetapi tidak perlulah menyamak mulut yang telah makan makanan tersebut.

  3. Saya saudara baru..Kalau tempat masakan atau bekas makanan itu pernah digunakan utk memasak dan menyimpan daging khinzir,bolehkah saya makan makanan yang dimasak atau disimpan dgn bekas tersebut?(bekas atau tempat masak itu telah dicuci dgn bersih)

    • Assalamu’alaikum saudariku..
      Jika ainsakinah tahu bahawa bekas makanan tersebut pernah digunakan untuk memasak/simpan daging khinzir, bekas tersebut mestilah dibasuh dengan bersih sahaja, iaitu menghilangkan warna, bau dan rasa. Cara basuh :
      – Gunakan air dan sabun cuci seperti cuci pinggan biasa

      Jika ketiga-tiga kategori telah tiada, bolehlah pinggan2 itu tadi digunakan.

      Jika saudari ada pinggan2 lain, gunakanlah pinggan lain. Jika tiada, tiada masalah boleh sahaja digunakan spt dalam hadith ini:

      “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya negeri kami ialah negeri ahli kitab, mereka makan daging babi dan minum arak, maka apa yang kami perlu buat dengan bekas dan periuk mereka? Rasulullah menjawab: “Jika kamu tidak ada bekas lain, maka hendaklah kamu bersihkan dengan air, kemudian kamu gunakan untuk makan dan minum kamu” (At-Tirmizi 1797 dan Ahmad 4;193)”

      Pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

      • Assalamualaikum… Kalau saya nak samak apa yang perlu di baca? Contohnya saya termakan makanan yg tdk halal secara tdk sengaja kerana makanan tersebut di belikan oleh seorang kawan, saya nak samak dan kumur 7x tapi tak tahu bacaan apa yang perlu di baca.

      • Wa’alaikumussalam warahmatullah..
        Islam adalah agama yang praktikal dan sangat mudah.
        Bagi kes termakan makananan haram seperti khinzir, TIDAK PERLU sama sekali sehingga berkumur dengan tanah & 7x basuhan.
        Islam tidak menyusahkan umatnya. Cukup dengan memohon ampunan Allah & berdoa semoga Allah lindungi diri dari termakan makanan yang haram disisi agama Islam.

        Cara samak :
        Sekali basuhan dengan air tanah
        6x basuhan dengan air bersih/mutlak

        Semoga membantu🙂

        Sis Alya
        Eksekutif Dakwah
        Hidayah Centre HQ
        03-41089669

  4. Alhamdulillah daripada laman web ini saya rasa telah menjawab persoalan pada masalah saya iaitu mengenai pakaian dijual di kedai bundle……iaitu kita hanya perlu membersihkan pakaian atau jenis fabrik tersebut sebelum digunakan..betul tak…minta pandangan semua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s