6.0 Aktiviti

Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre

  • Menjana dana bagi pengurusan dan pembangunan Hidayah Centre
  • Menjana dana bagi operasi dalam usaha memberi khidmat kepada saudara baru.
  • Menjana dana bagi pengurusan usaha-usaha dakwah dalam masyarakat.
  • Meraikan saudara baru dalam majlis yang dianjurkan.
  • Menekankan keperluan usaha dakwah dalam masyarakat.

Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre

Karnival Forum Dakwah Harmoni

Forum Dakwah Harmoni diadakan untuk :

  • Memperkenalkan Islam kepada masyarakat Malaysia secara meluas, terus dan mudah didampingi termasuk yang belum Islam.
  • Menyebarluaskan dakwah secara kretif, interaktif, santai dan pelbagai kepada segenap lapisan masyarakat.
  • Meraikan NGO-NGO Islam dan juga saudara-saudara baru.
  • Menjadi medan utama perkongsian dakwah dalam masyarakat majmuk.
  • Menjadi acara dakwah terulung tanahair.

Karnival Forum Dakwah Harmoni

Latihan Dakwah Praktikal

Latihan Dakwah Praktikal diadakan untuk:

  • Mendedahkan selok-belok kepercayaan asas agama-agama yang ada di Malaysia.
  • Melihat persamaan dan perbandingan antara Islam dan agama-agama lain untuk menjelaskan pegangan setiap agama.
  • Mendedahkan teknik dan latihan praktikal berdakwah kepada yang belum Islam.
  • Mengetahui dengan jelas salah faham dan salah tanggapan bukan Muslim terhadap Islam.

16 responses to “6.0 Aktiviti

  1. Assalaumualaikum wbt.

    Bolehkan saya ingin menjemput 2 orang daripada pihak hidayah centre untuk berkongsi pengalaman? Kami akan mengadakan forum berkenaan dengan “Kenapa Saya Memeluk Islam” pada 3 Mac 2011 di Pusat Islam, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan . Forum ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik dan kami tujukan khas kepada para pelajar Non Muslim yang berada di sini. Oleh itu, saya memerlukan tenaga daripada Hidayah Centre untuk menjadi Panelis Forum tersebut. Siapakah yang saya patut hubungi?

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudara. Jutaan terima kasih atas jemputan. Saya bercadang saudara cuba hubungi Tuan Haji Nicholas Sylvester 019-3335549, Haji Muhammad Fuad Yeoh 012-3095953, Haji Muhammad Fitri 012-3159262, Haji Shafie Patt 016-3041875, Haji Ann Wan Seng 016-3326717, Dr Nuraisyah Chua 019-6488348, Bro. Hilali Sibomana 012-2423877. Mereka ini bukannya semua dari Hidayah Centre tapi mereka antara aktivis dakwah kita di sekitar Lembah Klang. Moga membantu saudara.

  2. salam,sye nk tnye perkim yg pling dekat dgan pekan hulu langat dmana ya?sye bkerja dan tiada transport utk bergerak..sye nk mgikuti kelas2 di perkim..dh 5thun convert tpi tak pernah join kelas.hrap bleh bantu saya..tq

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Masya’Allah dan tahniah atas kesungguhan saudari untuk mencari ilmu dan menguatkan iman di dada. Tahniah. Maaf saudari PERKIM Hulu Langat tiada, cuma ada yang berdekatan iaitu di Cheras Utama dan Alam Damai. Saudari boleh hubungi :

      a) Cawangan Cheras Utama
      No.6, Jln Cu 8
      Taman Cheras Utama
      5600 Kuala Lumpur
      Tel : 019-3815243
      web : http://www.perkimtcu.com/
      Tuan Hj Adam Hj Daud, PJK

      b) Cawangan Alam Damai
      No. 20 & 22, Jln Damai Murni 7
      Alam Damai Cheras
      56000 Kuala Lumpur
      Tel : 03-41062727 / Faks : 03-41067719
      Hj. Mohd Zahir Bin Mohd Yusoff

      Selain itu, saudari juga boleh hubungi JK Dakwah IKRAM Bandar Tun Razak, Puan Umi Kalthom – 012-6170308.
      Insya’Allah beliau ada sahabat2 wanita yang boleh beri tunjuk ajar pada saudari di sana.
      Moga dipermudahkan urusan saudari.🙂

  3. Assalamualaikum warahmatullah

    Saya adalah pelajar UIA dan sekarang sedang mengambil jurusan Masters in Clinical psychology and counseling.

    Sekarang saya sedang mencari tempat yang sesuai untuk praktikal counseling saya. Bolehkah saya membuat praktical saya selama lebih kurang 10minggu di Hidayah Centre? Praktikal saya memerlukan seorang supervisor/penyelia yang mempunyai sekurang2nya Masters in counseling dan mempunyai pengalaman sebagai counselor selama sekurang2 nya 2 tahun. Adakah ada kauselor yang mempunyai kriteria yang saya sebutkan tadi di hidayah centre yang mungkin boleh menjadi supervisor saya?

    Terima Kasih

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah.

      Sebelum itu, pihak kami memohon maaf atas kelewatan memberikan maklumbalas. Saluran terbaik untuk hal-hal seperti permohonan membuat kajian, bantuan dan sebagainya adalah melalui emel rasmi Hidayah Centre iaitu hidayah.centre@gmail.com.

      Untuk pengetahuan Nur, kami di Hidayah Centre tidak mempunyai kaunselor khusus. Kebiasaannya, kes-kes yang memerlukan kaunseling dan bimbingan dikendalikan oleh Pegawai Dakwah Hidayah Centre sendiri. Saya cadangkan Nur cuba buat permohonan praktikum di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pengalaman saya bekerja di JAWI, Putrajaya memerlukan kaunseling dalam kes-kes khalwat, kaunseling keluarga dan sebagainya. Semoga membantu.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  4. salam,

    saya mempunyai seorang rakan yang hendak masuk islam. Dan dia bukan warganegara Malaysia. dan tidak lama lagi dia akan mendirikan rumahtangga bersama gadis melayu di johor. saya hendak mengetahui dokumen yang diperlukan. dan cawangan tuan di johor ? dan keluarga angkat juga lebih memudahkan ia mendekatkan diri dengan islam.

    sekian tq
    nura

    • Salamullah ‘alaik.

      Alhamdulillah…Boleh hubungi Encik Kamal Khalil 019-7123004, pengurus Hidayah Centre di Johor.
      InsyaAllah akan membantu untuk urusan pengIslaman & keluarga angkat.

      Untuk memudahkan urusan, mohon Cik hubungi ibu pejabat kami di talian 03-41089669 untuk tindakan lanjut.

      • assalamualaikum..

        boleh saya dapatkan alamat pejabat di cawangan johor? lebih senang jika ke cawangan terus.

        tq nura

  5. Assalamu alaikum.
    my wife is a new muslim(converted),but she still didn’t find the perfect learning centre.so if you can please suggest a good learning centre.now we a living in ampang(KL).i hope your reply soon as possible.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my brother.

      Thank you so much for a good suggestion. Allah bless you brother!

      Just give us a call before you come because we also provide the English class for revert every Sunday in our office. Call brother ‘Arif or Sis ‘Alya in 03-4108 9669. 😉

      We’re happy to see both of you soon.😉

  6. asalamualaikum…
    saya baru shj dgn rasmi memeluk agama islam.sy nak tahu apa aktiviti2 hidayah centre yg sy boleh sertai pd hujung minggu….
    thanks..

    qairina.shah alam

    • Wa’alaikumussalam.
      Alhamdulillah! Selamat kembali kepada Islam Sis!
      Semoga Allah tetapkan iman saudari untuk terus kekal dalam Islam.
      Di Hidayah Centre HQ Taman Melawati, kami menganjurkan Kelas Bimbingan Asas Fardhu ‘Ain & Al-Quran bagi membolehkan saudara baru mendalami Islam secara berperingkat bermula dengan asas sehinggalah menyentuh perkara-perkara lain dalam Islam. Selain itu, kebanyakan program/aktiviti dakwah dilaksanakan pada hujung minggu. Untuk update aktiviti Hidayah Centre, jemput add/LIKE facebook di http://www.facebook.com/hidayah.centre

      Semoga Allah permudahkan urusan.

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudaraku Zulkifli,

      MasyaÁllah Allah loves you brother!

      Saudara hubungi terus Pengurus HC JB kami Tuan Haji Kamal Khalil 019-712 3004. Saudara kenalkan diri dan terus tanya bagaimana nak jadi sukarelawan HC di sana ya.

      Moga dipermudahkan urusan saudara di sana. 😉

  7. Assalamualaikum WBT
    Hidayah Centre ada tak kelas atau kursus bimbingan untuk non muslim yg cenderung untuk masuk Islam?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s