Forum Dakwah Harmoni 1 : Memahami Masyarakat India

“Memahami Masyarakat India”, menjadi tajuk pilihan program Forum Harmoni siri 1 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 28 April yang lalu di masjid As-Salam, Puchong Perdana. Program anjuran bersama Ikram Subang Jaya, masjid As-Salam dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling tersebut berobjektif untuk memupuk kesedaran umat Islam untuk lebih mengenali masyarakat lain serta agama anutan mereka seterusnya mempelajari cara sesuai untuk mendekati mereka.

Image

Forum tersebut telah berjaya membuka mata lebih 250 jemaah yang hadir pada hari tersebut. Cikgu Kamarul Zaman dari Hidayah Centre Bukit Beruntung dan Sdr Muhammad Rafiq Ravi dari PERKIM yang juga merupakan ahli-ahli Pertubuhan Ikram berkongsi asal usul kaum India di Malaysia, asas-asas kepercayaan agama Hindu, soalan lazim dari mereka dan juga beberapa cara yang sesuai untuk memulakan dakwah kepada mereka. Ditambah dengan kelolaan moderator, Tn Hj Yas
onisim yang juga nazir masjid tersebut membuatkan forum tersebut bertambah seri dan ceria.

Tahniah diucapkan kepada Us Yusri selaku masul program tersebut serta ahli jawatankuasa beliau atas usaha yang telah dicurahkan. Semoga program-program sebegini akan sentiasa subur di bumi Subang Jaya di masa akan datang.

Forum ini telah dirancang dengan 3 siri. Siri kedua insyaAllah akan diadakan pada 7 Julai dengan tajuk ‘Memahami Masyarakat Beragama Kristian’ dan siri ketiga pada 10 November akan membawa tajuk ‘Memahami Masyarakat Cina’. Semua lapisan masyarakat setempat dijemput hadir memeriahkan lagi program tersebut. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sdr Muhammad Fakharuddin di talian 012-3028207.

One response to “Forum Dakwah Harmoni 1 : Memahami Masyarakat India

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s