Pengerusi Hidayah Centre Foundation Terima Anugerah Khas Maal Hijrah

KL09_261113_HIJRAH

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Nicholas Sylvester@Muhammad Abdullah, 47,

terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan 1435H.

Beliau yang berasal dari Sabah dipilih atas sumbangan besar beliau dalam dakwah dan membimbing saudara baharu.

Pada majlis sambutan Maal Hijrah itu di ibu negara, Selasa, Muhammad menerima hadiah berupa piala, sijil dan wang tunai berjumlah RM10,000 disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Muhammad memeluk Islam pada 13 Januari 1985 pernah menjadi imam di West Haven Islamic Centre Connecticut Amerika Syarikat dan sebagai tenaga pengajar Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah.

“Saya berterima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana memilih saya sebagai penerima anugerah khas ini.

“Anugerah ini menaikkan lagi semangat saya untuk lebih giat berdakwah dan berharap agensi-agensi kerajaan terus memberikan kerjasama supaya saya dapat membawa kegiatan dakwah ini ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita.

–BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s