Saudara Baharu Cacat Penglihatan Gigih Selami Al-Quran

GEORGE TOWN, 30 Julai (Bernama) — Beliau adalah saudara baharu yang cacat penglihatan, namun kini menjadi guru al-Quran kepada golongan celik dan juga yang senasib dengannya.”Saya bersyukur kerana walaupun buta tetapi celik hati, saya memeluk Islam dan mahu jadi umat Islam yang sebaik mungkin,” kata Siti Aisyah Ho Abdullah, 31, yang mengucap dua kalimah syahadah 10 tahun lepas.

Katanya beliau mempelajari al-Quran Braille selepas memeluk Islam pada 2003 dan mengambil masa 10 bulan sebelum mahir membacanya.

“Pada mulanya susah juga nak biasakan diri dengan bahasa Arab, tetapi lama kelamaan timbul perasaan istimewa apabila berjaya membaca al-Quran dengan lancar,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis berbuka puasa anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya selain membetulkan tajwid, beliau juga mengajar bacaan al-Quran secara taranum (berlagu).

Menyingkap kisah penghijrahannya, Siti Aisyah berkata beliau mula tertarik dengan ajaran Islam apabila melihat rakan Muslim yang tinggal bersamanya di asrama Sekolah Menengah St George dahulu patuh dengan ajaran agama seperti solat lima waktu.

“Saya berasa hairan tiada siapa yang menyuruh mereka dan mereka solat kerana menyakini ‘kuasa yang satu’ dan ini sangat menyentuh hati saya,” kata isteri ahli perniagaan Zaidi Zakaria, 41, dan ibu kepada Nadhratul Wajihah, 4 itu.

Siti Aishah juga bersyukur kerana keluarganya menerima baik penghijrahan beliau malah sentiasa pulang menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga di Taiping, Perak, manakala hari raya pula disambut di rumah keluarga mentua di Yan, Kedah.

— BERNAMA

Link : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=967039

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s