400 Mualaf Dirai Pada Majlis IFTAR Perdana Hidayah Centre

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Kira-kira 400 saudara baharu Islam (mualaf) dari sekitar Wilayah Persekutuan diraikan pada Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre 2013 di sini malam ini.

Image

Saudara-saudara baru diraikan

Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Nicholas Sylvester@Muhammad Abdullah berkata ia bertujuan memberi sokongan dan mendampingi golongan itu supaya mereka merasakan diri mereka sebahagian daripada umat Islam lain.

“Kami anjurkan majlis iftar perdana ini di 13 negeri sempena Ramadan tahun ini, dan ini merupakan malam terakhir penganjuran majlis ini,” katanya kepada Bernama.

Muhammad menarik perhatian bahawa yayasan itu telah meraikan kira-kira 8,000 mualaf di seluruh negara pada majlis iftar perdana seumpama itu.

Image

Dari kiri : Yong Jin Dian, Wan Muhammad Abdullah, Muhammad Rafiqravi

Majlis malam ini turut memuatkan forum bertajuk ”Journey to Jannah” yang menyaksikan anggota panel mualaf iaitu Yong Jin Dian dan Muhammad Rafiq Ravi berkongsi pengalaman dan cabaran yang ditempuhi setelah bergelar Muslim.

Timbalan Pengerusi Yayasan Bunga Raya menyampaikan mock cheque pada Presiden IKRAM disaksikan Pengerusi HC Foundation

Timbalan Pengerusi Yayasan Bunga Raya menyampaikan mock cheque pada Presiden IKRAM disaksikan Pengerusi HC Foundation

Selain itu, Hidayah Centre Foundation menerima sumbangan RM7,000 daripada Yayasan Bunga Raya untuk penganjuran programnya.

— BERNAMA

Link : http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=966674

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s