Dakwah Jadi Tunjang Kemakmuran, Keamanan Sabah

Mohd. Arifin Arif (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Sukarelawan Hidayah Centre Sabah kepada Awang Ibrahim Bahar sambil diperhatikan Bungsu Aziz Jaafar (kiri) dalam Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 21 Julai – Semua pihak harus menyedari bahawa usaha dakwah berterusan yang dilakukan di negeri ini menjadi tunjang kepada kemakmuran dan keamanan negeri.

Sehubungan itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Arif meminta semua pihak khususnya pendakwah dan agensi terbabit supaya terus menyuburkan kegiatan dakwah Islam dari semasa ke semasa.

“Kemajuan bukan hanya sekadar berlandaskan pembangunan fizikal semata-mata kerana ia tidak menjamin keamanan dalam kehidupan sebaliknya yang menjamin keamanan adalah dakwah yang mendapat keberkatan Allah.

“Jadi kerajaan negeri akan menyokong apa sahaja usaha dan aktiviti dakwah Islam yang dilaksanakan di negeri ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah bersama saudara baharu, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Mufti Sabah, Bungsu Aziz Jaafar; Pengerusi Hidayah Centre, Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester dan Pengarah Hidayah Centre Sabah, Abdul Rahman Kasim.

Menurut Mohd. Arifin, kewujudan pendakwah di sesebuah negeri yang terus memperkasakan lagi syiar Islam akan memberi rahmat dan berkat kepada negeri berkenaan.

Katanya, dakwah akan menjadi asas kukuh untuk menolak pelbagai gejala yang menjejaskan keamanan dan kemakmuran negeri dan negara selain mengukuhkan lagi perpaduan ummah.

“Saya yakin Hidayah Centre dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jaheins), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), pejabat mufti dan agensi-agensi kerajaan berkaitan agama akan bergerak untuk memastikan dakwah kita terus diperkasa,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan seluruh umat Islam termasuk saudara baharu supaya tidak terlalu taksub dalam beragama sehingga boleh memecah-belahkan perpaduan dalam masyarakat.

Tambahnya, dalam usaha dakwah pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan di negeri ini yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum seperti mengadakan Sambutan Pesta Kaamatan dan Sambutan Tahun Baru Cina secara Islam.

“Bagi saudara baharu yang memilih Islam pula ia sebenarnya tidak memisahkan diri kita daripada keluarga dan selagi tidak menyalahi agama kita perlu taat kepada kedua ibu bapa kita,” katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd – Sabah & Sarawak

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130722/wb_03/Dakwah-jadi-tunjang-kemakmuran-keamanan-Sabah#ixzz2azaJIdQZ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s