13 Negeri Meraikan Saudara Baru

Kuala Lumpur, Julai 12. Hidayah Centre adalah sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada November 2005 dan kini telah mempunyai 24 cawangan di seluruh negara termasuk 3 cawangan baru di Sabah iaitu di Kundasang, Bundu Tuhan dan Papar. Antara usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan oleh HC termasuklah menguruskan pengislaman saudara baru (reverts), memberi bimbingan, pendidikan serta melindungi mereka dari ancaman kejahilan dan persekitaran yang mungkin belum dapat menerima penghijrahan mereka, di samping menganjurkan program-program dakwah kepada masyarakat Islam dan belum Islam (non-Muslim) di negara ini.

Pada tahun 2012, Hidayah Centre Foundation secara rasminya telah didaftarkan dibawah Jabatan Perdana Menteri sebagai sebuah yayasan.

1005634_178941968944236_874886037_n

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Tahun ke 9

Hidayah Centre (HC) dengan sukacitanya akan menganjurkan sekali lagi Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre buat kali ke 9, sekaligus membuka peluang infaq fisabilillah melalui jualan meja dan kerusi bersempena majlis berbuka puasa yang akan berlangsung di tiga belas (13) buah negeri diseluruh negara, seperti butiran berikut:

 No.

Tarikh (2013)

Negeri

1

19 Julai

Terengganu

2

20 Julai

Selangor dan  Sabah

3

23 Julai

Kelantan

4

25 Julai

Perak

5

26 Julai

Perlis

6

27 Julai

Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah
7 28 Julai

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak

 MIPHC adalah satu majlis berbuka puasa/iftar yang bertujuan:

1. Memperkenalkan Hidayah Centre sebagai institusi yang memberi khidmat sokongan kepada saudara baru

  1. Mengumpul dana untuk membiayai kos operasi Hidayah Centre
  2. Menggalakkan penglibatan individu, masyarakat dan organisasi untuk membantu usaha dakwah

Pada tahun ini MIPHC mensasarkan untuk meyantuni kira-kira 3,000 orang saudara baru di 13 buah majlis yang akan dianjurkan sepanjang Ramadhan ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Cik Norasma Alya/Cik Erma Azila di talian 03-41089669 atau e-mel kepada hidayah.centre@gmail.com. Atau layari https://hidayahcentre.wordpress.com/

Penubuhan Hidayah Centre Foundation (HCF)

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya HCF, usaha dakwah dan sokongan kepada saudara baru akan lebih mantap lagi dan bergerak maju ke hadapan. HCF berhasrat menjadi sebuah yayasan yang terkehadapan dan bergerak aktif menyebarluaskan fikrah Islam kepada masyarakat majmuk serta memberi khidmat sokongan kepada saudara baru

Kami amat mengharapkan sokongan daripada masyarakat dan segala sumbangan berupa wang ringgit, idea, nasihat dan doa kami dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan bi ahsanil jaza’. Semoga sumbangan yang disalurkan ke jalan Islam melalui majlis ini diterima oleh Allah sebagai amal soleh, pembuka pintu rezeki yang lebih luas olehNya serta memperoleh kerahmatan sepanjang hayat, insyaAllah. Amin.

“Dan perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat. Maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”.      [Al-Baqarah 2: 265]

 Alhamdulillahirabbil alamin

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan Haji Nicholas Sylvester

Pengerusi Hidayah Centre Foundation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s