Akhlak Pekerja Jadi Sinar Hidayah

Tiga minggu lalu, seorang wanita India menelefon ibu pejabat Hidayah Centre. Panggilan beliau dijawab oleh Saudari Alya, Pegawai Eksekutif JK Dakwah IKRAM. Beliau menyatakan hasratnya ingin memeluk agama Islam. Beliau juga mengadu bahawa anak-anaknya menentang beliau berhijrah ke agama fitrah. Namun beliau nyatakan bahawa beliau tahu apa yang beliau akan lakukan.

Saya lantas meminta bantuan Pengerusi JK Dakwah IKRAM Wilayah Persekutuan (WP), Saudara Yusuf Ahmad untuk menghubungi dan menyantuni Mary. Yusuf dengan nada terujanya menjawab “Yes, ana akan usahakan!”. Masanya tiba, pada 20 Oktober 2012 jam 9.30 pagi Mary selamat sampai ke pejabat IKRAM WP, dihantar oleh bapa saudaranya sendiri. Alhamdulillah, saya tiba jam 9.00 pagi setelah membuat temujanji dengan Yusuf sebelumnya. Di bilik telah tersedia projektor LCD dan komputer riba.

Saya mula bertanya khabar, bertaaruf dan menyelidiki latarbelakang Mary. Mary mempunyai keluarga besar 10 orang adik-beradik. Beliau anak yang ke-8, berusia 50 tahun. Mary menganut agama Kristian Protestant. Bekas suaminya beragama Hindu. Beliau menghadapi banyak peristiwa sedih dalam hidupnya, antaranya ditinggalkan suami yang berkahwin lain. Kini beliau menetap di Brickfield bersama dua orang anak perempuannya. Mary bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah Kopitiam di Brickfield. Dalam keluarganya, tiada seorang pun yang beragama Islam.

Saya cuba meneroka lagi. Bagaimana beliau boleh tertarik kepada agama Islam. Mary menjawab, beliau lihat rakan-rakan beliau yang beragama Hindu tidaklah mempunyai akhlak yang baik sangat. Begitu juga rakan-rakan Kristian beliau. Beliau sangat kagum terhadap akhlak dua orang pekerja beliau warga Indonesia. Apabila ditegur, tidak menyimpan dendam di dalam hati. Mereka tetap tenang dan membetulkan apa yang silap.

Mary selalu bertanya tentang Islam kepada mereka. Suatu hari Mary bermimpi berada di suatu tempat yang sangat indah. Stafnya menyatakan, Mary mungkin bermimpi berada di dalam syurga, kerana selalu sangat bertanya tentang Islam. Mereka menerangkan, andaikata Mary memeluk Islam, Mary akan menjadi manusia yang bersih dari segala dosa dan penuh dengan kebaikan.

Islam berasal dari perkatan arab Salima bermaksud PeaceHarmonyCalmTranqualitySerenity. Itulah sebabnya Mary dapati pekerja Mary begitu tenang menghadapi apa jua perkara, ujar saya memulakan penerangan, berdasarkan slaid powerpoint, “Presenting Islam” yang disediakan oleh Bro Shah Kirit. Mereka yang beramal dengan ajaran Islam, akan merasai ketenangan. Saya membawa contoh bagaimana mereka yang tidak beriman, walaupun mempunyai harta yang banyak, tidak mempunyai hati yang tenang. Jepun mempunyai kes bunuh diri paling tinggi di dunia, walaupun dikatakan sebuah negara maju.

  

Suasana syahdu selepas pengislaman (gambar 1), Maryam menerima cenderamata IKRAM (gambar 2) dan Maryam mendaftar keislaman di Pejabat JAWI (gambar 3).

Penerangan seterusnya membawa Mary memahami erti beriman kepada Allah, Tuhan Yang Satu, Yang Maha Berkuasa dan satu-satunya tempat kita bergantung. Saya mengupas maksud daripada surah Al-Ikhlas yang merupakan ‘acid test’ kepada konsep keesaan Allah swt.

Katakanlah Allah itu Esa. Allah tempat kita bergantung, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya (112:1-4).

Boleh Mary namakan satu Tuhan yang memenuhi 4 ciri-ciri tersebut? Saya bertanya.

Mary menggelengkan kepalanya menandakan tiada satu makhluk yang dapat menyerupai sifat Allah swt. Diikuti dengan penjelasan rukun iman yang enam seterusnya. Saya juga menyatakan sebagai seorang Muslim, saya beriman bahawa Jesus Christ (pbuh) adalah merupakan seorang Rasul utusan Allah, dijadikan dalam keadaan‘miracle’, tiada ayah, ada ibu yang bernama Maryam. Namun itu tidak menjadikan dia sebagai Tuhan atau anak Tuhan. Allah Maha Berkuasa menjadikan sesuatu. Bermula dengan Adam yang tiada ayah dan tiada ibu.

Kami kasihkan Nabi Isa dan Nabi Isa sebenarnya membawa ajaran Islam. Nabi Isa tidak meminum arak, Nabi Isa tidak makan daging khinzir, Nabi Isa berkhatan, Nabi Isa juga bersujud kepada Allah Azzawajalla. Semua amalan Nabi Isa, diamalkan oleh Muslim hari ini. Nabi Muhammad saw diutuskan sebagai Nabi terakhir. Membawa bersamanya mukjizat Al-Quran yang merupakan ‘miracle of the miracles’, dibaca oleh berbilion manusia dan dihafal oleh jutaan manusia, menjadi panduan hidup manusia, sebagai rahmat seluruh alam, kitab yang terpelihara hingga ke hari kiamat.

Seterusnya saya kongsikan kewajipan seorang Muslim yang beriman kepada Allah melalui rukun Islam yang lima itu di samping beberapa hikmah yang terselit di sebalik suruhan Tuhan Yang Maha Mengetahui. Allah yang menjadikan alam ini. Maka Allah mengetahui hukum yang paling sesuai untuk hamba-Nya. Semua yang tunduk kepada perintah Allah adalah Muslim. Termasuklah bulan, bintang, matahari dan cakerawala ini. Matahari akan terus beredar di paksi dan bersinar sehingga tiba perintah Allah untuk matahari berhenti berkhidmat.

Can the sun say to God, Oh Allah, I have been giving light for the past 3 billion years, can I take a week rest? Can your heart say, Oh Allah, I have been pumping blood for the past 50 years, can I stop for 5 minutes?

Mary hanya menggelengkan kepalanya. Mereka semuanya Muslim kerana taat kepada perintah Allah.

Selesai sahaja penerangan, beliau nampak begitu teruja. Seperti biasa saya akan bertanyakan soalan lazim.

 Ada sesiapa yang memaksa Mary memeluk agama ini?

 Tiada, jawabnya.

 Mary yakin akan keesaan Allah swt?

Ya saya yakin. jawab Mary ringkas.

Asyhadu alla ilaha illaLlah.  Waayshadu anna Muhammadan Rasulullah.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Mary mengikut ucapan syahadah sepatah demi sepatah. In the eye of Allah, you are a Muslim, kata saya.

Mata Mary mula berkaca, dia menekapkan kedua tangannya ke muka, sambil menangis dan berkata “I am so happy!!!”.

Air matanya mengalir deras, membasahi pipi. Mary menangis teresak-esak, sambil dipeluk oleh dua orang ahli IKRAM yang turut menjadi saksi peristiwa bersejarah ini. Suasana sepi seketika, saya turut merasa sebak. Suasana yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Mary tahu apa yang berlaku? Saya memulakan interaksi.

Malaikat memenuhi ruang pejabat IKRAM WP yang diberkati ini. Syaitan lari lintang pukang mendengar kalimah Allah swt. Mary umpama papan putih yang putih bersih. Segala dosa Mary diampunkan Allah swt malah Allah menukar dosa tersebut menjadi kebaikan. Segala kebaikan yang Mary lakukan sebelum ini, Allah ‘carry forward’. Di saat ini, Mary merupakan manusia paling mulia dan bersih di sisi Allah. Andaikata berlaku tsunami, kesemua kita dalam bilik ini mati, Mary orang pertama memasuki syurga Allah.

Mary tersenyum kegembiraan yang amat sangat. Sambil airmatanya terus mengalir.

Allahu Akhbar!!! Mary memeluk Islam atas kefahaman dan pilihannya. Jelas tergambar satu suasana kelegaan yang amat sangat di wajahnya. Mungkin kerana beliau telah menyimpan hasrat ini agak lama juga. Beliau ada menyatakan sebelum ini, bahawa usia beliau sudah mencecah 50 tahun, bila-bila masa sahaja Allah boleh menjemput beliau.

So, can we start calling you as Maryam? Yusuf mencelah, memecah suasana syahdu.

Yes, you can. Maryam menjawab dengan penuh gembira.

Saya berpesan kepada Maryam dengan 8 pesanan yang merupakan amalan yang akan memeliharanya (dan kita juga) dalam iman:

1. Sebarkan nikmat Islam ini kepada anak-anak, saudara mara dan rakan taulan. Start doing dakwah.

2. Belajar tentang Islam.

3. Belajar membaca Al-Quran dan baca Al-Quran terjemahan.

4. Belajar Bahasa Arab.

5. Selalulah solat berjamaah di masjid.

6. Berbuat baik kepada ibu bapa dan orang tua.

7. Banyakkan bersabar atas ujian Allah swt. Setiap kita akan diuji.

8. Banyakkan berzikrullah. Syaitan akan sentiasa mengggangu dan zikrullah menakutkan syaitan.

Alhamdulillah, pendaftaran pengislaman telah disempurnakan pada semalam 24 Oktober 2012. Maryam hadir ke pejabat Jabatan Agama WiIayah Persekutuan (JAWI) jam 9.15 pagi. InsyaAllah, saya lihat Maryam adalah seorang yang mempunyai ‘strong character’. Bapa saudaranya mengetahui dia memeluk agama Islam dan telah menghantar dan mengambilnya dari JAWI. Beliau tidak merasa takut mengistiharkan pengislamannya, malah akan menyebarkan Islam ini kepada kaumnya.

Salah seorang ahli IKRAM yang hadir, Saudari Rosnah turut menawarkan diri untuk mengajar Al-Quran kepada Maryam. Alhamdulillah, sebaik-baik manusia ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya.

Jazakallah kepada Saudara Ammar Sahrim yang sudi menjadi saksi pada hari pengislaman seterusya semasa pendaftaran. Tahniah JK Dakwah IKRAM WP yang berjaya mengatur pengislaman hamba Allah yang ke-4 untuk tahun 2012. Semoga usaha dakwah kepada yang belum Islam ini diteruskan.

Semoga Allah teguhkan Maryam dalam iman, Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s