“Interfaith Dialog: The Concept of God”, Taylor’s University Subang Jaya

Liputan dari IKRAM Daerah Subang Jaya

Alhamdulillah, program  forum “Interfaith Dialogue: The Concept Of God‘ anjuran bersama  Muslim Student Association (MSA) Taylor University dan Pertubuhan IKRAM Malaysia telah diadakan dengan jayanya dalam keadaan penuh harmoni pada hari Sabtu 13 Okt 2012 bertempat di university tersebut. Seramai sekitar 300 peserta memenuhi Dewan di universiti tersebut yang terletak di Subang Jaya.

Gambar pertama: Bro. Hj Fakharuddin, Pengerusi JK Dakwah IKRAMSJ yang juga bertindak sebagai Moderator sedang memperkenalkan setiap ahli panel iaitu Mr.Vijaya Samarawickram (Buddhism), Mr.Phew Phye Keat (Christianity), Mr.Bala Tharmalingam (Hinduism) & Mr.Shah Kirit Kalkulal Govindji (Islam). Foto-foto program masih dimuatnaik. (klik sini).

Kelihatan pelajar Taylor’s Bro. Aiman Rusman (gambar bawah) sedang  sibuk melayan peserta non-muslims yang bertanya tentang Al Quran di booth Hidayah Centre.

Projek direct dakwah Hidayah Centre: Hadiah Al Quran terjemahan, buku Brief Illustrated Guide To Understanding Islam, 20 Most FAQ by Non Muslim About Islam-Zakir Naik PERCUMA

Kelihatan juga ketika  dialog berlangsung 2 pelajar berbangsa Cina keluar mendapatkan naskah AlQuran, membaca dengan penuh minat. Semuga mereka beroleh hidayah.

Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. (al-Quran s. Ali Imran, 3: 159)

Gambar bawah: Di akhir sesi dialog, penyampaian cenderahati kepada panelis dan moderator. Bergambar bersama Pengerusi JK Dakwah Selangor, Akh Wan Ahmad Nizar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s