Infaq fisabilillah melalui “Journey to Jannah”

KUALA LUMPUR – Bertemakan “Journey to Jannah”, sekali lagi Hidayah Centre (HC), sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) kali ke-8 pada bulan Ramadan ini.

MIPHC“Meraikan saudara baru, selain mendapatkan dana untuk meneruskan usaha dakwah dana sokongan kepada saudara baru di seluruh negara adalah tujuan penganjuran majlis ini,” demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM, Nicholas Sylvester.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, beliau berkata dengan adanya MIPHC ini, umat Islam berpeluang melakukan infaq fisabilillah melalui ‘jualan meja dan kerusi’.

“MIPHC ini akan berlangsung pada 4 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan 1433 Hijrah, bermula 4.30 petang di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya,” beliau memberitahu.

Menjawab soalan media berkaitan negeri-negeri lain yang menganjurkan MIPHC, Nicholas menjelaskan bahawa pada tahun ini terdapat enam negeri yang menganjurkan majlis seumpamanya.

“Negeri yang turut sama terlibat menganjurkan MIPHC ini ialah Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah selain kita sebagai tuan rumah menganjurkannya di Putrajaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, Negeri Di Bawah Bayu akan menganjurkan tiga majlis serupa iaitu di Papar, Kundasang dan Kota Kinabalu. Negeri tersebut adalah negeri yang paling ramai saudara baru iaitu sekitar 200,000 orang.

“Majlis tersebut semuanya berlangsung pada tarikh yang berasingan kecuali Negeri Sembilan yang sama dengan Putrajaya,” jelasnya.

Selain itu katanya, pada MIPHC tersebut akan dirasmikan penubuhan Hidayah Centre Foundation (HCF) yang telah diluluskan pendaftarannya pada bulan Februari tahun ini.

“Kami harapkan agar usaha dakwah dan sokongan saudara baru ini akan lebih mantap lagi dengan terdaftarnya HCF ini.”

MIPHC

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Pengerusi Hidayah Centre Foundation mengharapkan sokongan daripada masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada berupa wang ringgit, idea, nasihat serta doa agar mereka tetap istiqamah.

“Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai MIPHC dan HCF, bolehlah hubungi Cik Norasma Alya atau Cik Fatimah di talian 03-41089669 atau emelkan kepada hidayah.centre@gmail.com. Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya.”

HC telah ditubuhkan pada November 2005 dan kini telah mempunyai 17 cawangan di seluruh negara termasuk tiga cawangan baru di Sabah iaitu di Kundasang, Bundu Tuhan dan Papar.

Antara usaha-usaha yang dilakukan HC termasuklah menguruskan pengislaman saudara baru (reverts), memberi bimbingan, pendidikan serta melindungi mereka daripada ancaman kejahilan dan persekitaran yang belum dapat menerima penghijrahan mereka.

Selain itu HC turut menganjurkan program-program dakwah khusus kepada masyarakat belum Islam (non-Muslim) yang berminat kepada Islam.

Petikan dari MalaysiaHarmoni, Khamis, 26 Julai 2012 07:46

3 responses to “Infaq fisabilillah melalui “Journey to Jannah”

  1. Assalamualaikum,
    Saya ingin menyumbangkan sedikit sumbanan kepada HC. Bagaimana saya untuk berbuat demikan. Mohon minta no telefon dan contact person

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh tuan yang dihormati,

      Jutaan terima kasih atas kesudian tuan untuk menyumbang kepada Hidayah Centre. Tuan boleh hubungi kami iaitu encik Johan @ encik Zun ‘Arif di talian 03-41089669.

      Tuan juga boleh terus menyumbang kepada saudara baru melalui program kami nanti iaitu Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre.
      Borangnya ada di sebelah blog yang tuan boleh lihat di sebelah kiri blog tersebut.🙂

      No. akaun Hidayah Centre : Bank Islam atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia – 120 290 100 628 12.

      Moga merahmati tuan dan keluarga tuan di dunia dan akhirat. jzkk😉

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh tuan yang dihormati,

      Jutaan terima kasih atas kesudian tuan untuk menyumbang kepada Hidayah Centre. Tuan boleh hubungi kami iaitu encik Johan @ encik Zun ‘Arif di talian 03-41089669.

      Tuan juga boleh terus menyumbang kepada saudara baru melalui program kami nanti iaitu Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre.
      Borangnya ada di sebelah blog yang tuan boleh lihat di sebelah kiri blog tersebut.

      No. akaun Hidayah Centre : Bank Islam atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia – 120 290 100 628 12.

      Moga Allah merahmati tuan dan keluarga tuan. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s