Mesej Dari Tuan Pengerusi Hidayah Centre

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Washalatu wa salaamu a’la Rasulillah awaa’la alihi washabihi waman walaah. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Azza Wajalla, di atas limpah kurnia dan izinnya kita dapat mengadakan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) bagi kali ke 8 tahun ini.

Di antara objektif mengadakan MIPHC ini adalah:

  • Meraikan saudara baru dibulan yang mulia ini
  • Menjana dana untuk usaha pemerkasaan saudara baru ke hadapan

Akhirnya sumbangan anda akan membantu usaha memberi sokongan untuk memperkasakan akidah saudara baru   dan melakukan dakwah kepada yang belum Islam.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2005, sekarang sudah ada 18 pusat Hidayah Centre di seluruh Negara.  Majlis seperti ini juga diadakan di Pulau Pinang, Kedah, Seremban, Kuantan, Kota Kinabalu, Papar, dan Kundasang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kesemua penyumbang budiman yang telah memyumbang menjayakan majlis ini.Moga sumbangan anda termasuk di dalam infak fisabilillah seperti firman Allah:

“Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, yang padan tiap-tiap butir tersebut ada seratus benih (yang lain). Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah, 2:216)

Saya mendoakan agar Allah SWT meluaskan rezeki anda semua dan memberkati kehidupan anda dan keluarga. Allahumma amin.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Tuan Haji Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester.
Pengerusi Hidayah Centre

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s