Selamat Kembali kepada Islam Brother Roland !

Image

Image13 Mei 2012- Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga kepada Allaw SWT, satu majlis pengislaman saudara baru telah diadakan dengan mudah dan jayanya dalam suasana penuh syahdu dan kesyukuran di Pejabat IKRAM Subang Jaya, Putra Heights pada 13 Mei 2012 (Ahad lalu).

Brother Roland Chee, seorang pemuda Cina berumur awal 20-an telah melafazkan syahadahnya dihadapan Tn Hj Muhammad Fakharudin, Pengerusi JK Dakwah IKRAM Subang Jaya dan disaksikan oleh Tn. Hj Maarof , Pengerusi Surau Nurul Islah Putra Heights dan Hj Sabri Saad, Setiausaha IKRAM Subang Jaya serta En. Ezuddin, Setiausaha Surau Nurul Islah. Turut hadir ialah Saudari Qayyum (rakan Bro Roland), Zulkarnain Hassan dan Ustazah Siti Ramlah Ibrahim.Image

Bro Roland telah mempunyai hasrat memeluk Islam tatkala masih belajar di IPT lagi dan hasrat ini tertangguh kerana khuatir tidak mendapat kebenaran orang tua. Dengan pengIslaman adiknya sendiri baru-baru ini telah menguatkan semula hasratnya yang mendalam untuk turut sama merasai kemanisan Iman dan Islam. Tambahan pula abangnya sendiri juga berhasrat untuk bersama-sama mereka dalam masa terdekat. Malah, ibunya sendiri (walaupun masih belum Islam) telah memberi kebenaran dan kerjasama untuk beliau memeluk agama Islam yang suci ini. Semoga Allah SWT. menetapkan iman dan terus istiqamah mengamalkan cara hidup sebagai muslim yang sejati.

Tahniah Hidayah Centre Subang Jaya yang dipengerusikan Tn. Hj. Fakharuddin. Sudah mula mengorak langkah. Semoga dakwah terus berkembang di Malaysia.

One response to “Selamat Kembali kepada Islam Brother Roland !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s