Hidayah Centre Menerima Kunjungan Tetamu daripada Negara Matahari Terbit.

Bismillah.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Image

Pada 10 Mei 2012, Hidayah Centre telah menerima kunjungan tetamu istimewa daripada negara Jepun. Seramai  5 orang pelajar tahun 4 dari Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membawa bersama mereka 3 orang pelajar program pertukaran dari Jepun ke Hidayah Centre. Mereka adalah Takashi Lizumi, Satoru Inoue dan Kohsuke Hitomi  yang berumur dalam lingkungan 20-an. Takashi dan Kohsuke menganut agama Shinto manakala Satoru merupakan penganut Kristian . Mereka amat berminat untuk mengetahui tentang agama Islam setelah mereka tinggal di Malaysia selama dua minggu. Persepsi mereka tentang Islam telah banyak berubah selepas 2 minggu di Malaysia apabila orang Islam di Malaysia tidak seperti yang digambarkan oleh media massa di Jepun.

Mereka tiba di Hidayah Centre pusat sekitar pukul 3 petang.  Ketibaan mereka disambut sendiri oleh Pengerusi Hidayah Centre,Tuan Haji Muhammad Abdullah @Nicholas Sylvester dan isteri, pengurus Dakwah Hidayah Centre, En. Zun Arif Hakim dan Cik Alya selaku Pegawai Eksekutif Dakwah HC serta dua (2) orang sukarelawan Hidayah Centre, iaitu Bro Asrul dan Bro Nirul. Pelbagai perkara yang dibincangkan oleh Tuan Haji Nicholas dalam pertemuan mereka. Antara perkara terawal dibincangkan ialah ‘adakah Tuhan wujud?’. Banyak fakta menarik yang diberikan oleh Tuan Haji Nicholas yang membuktikan betapa mustahilnya sesuatu cipataan terjadi dengan sindirinya, Sebagai contoh kenyataan John Hoyles yang sinis mengibaratkan sesuatu ciptaan itu sekiranya benar terjadi dengan sendirinya adalah seperti kilat yang menyambar besi-besi buruk lalu membentuk sebuah jet jumbo 747, ini adalah sangat mustahil!. Dalam penerangan tersebut, perkara yang sangat ditekankan adalah konsep ketuhanan. Konsep ‘There is Only One Creator, Anything Aside from the Creator are Creations’ menjelaskan konsep tauhid yang dipegang oleh orang Islam.

Topik yang menarik perhatian tetamu dari Jepun itu adalah beberapa bukti sains didalam Al-Quran. Banyak soalan yang ditanyakan oleh Takashi berkenaan sains dalam Al-Quran.  Melalui pemerhatian dalam diskusi lebih satu jam itu, mereka memiliki persepsi bahawa agama membawa kepada kemunduran . Tuan Hj Nicholas telah mengemukakan beberapa bukti sains daripada Al-quran seperti ‘Bigbang Theory’  seperti dalam firmanNya :

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”.

(Al-Quran, Surah Anbiyaa’ 21 : 30)

Hal ini menjadi persoalan yang rancak dibincangkan dalam diskusi itu.

Mereka memberikan maklumbalas yang sangat positif sepanjang sesi penerangan Islam tersebut. Sataro menyatakan hasrat beliau untuk mengkaji Al-Quran manakala yang lain berasa sangat tertipu dengan propaganda oleh media massa berkenaan agama Islam yang sering dikaitkan dengan ekstremisme dan terorisme.

Walaupun dengan perkongsian yang agak singkat, diharap berjaya mengubah persepsi negatif mereka terhadap Islam dan insyaAllah ianya menjadi titik tolak bagi mereka untuk mendalami Islam. Sama-samalah kita doakan agar Allah SWT. membuka hati mereka untuk meneriam Islam dan mengurniakan hidayahNya sekaligus membantu dakwah di negara Jepun. Allahumma aamin.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang pertemuan berlangsung :

3 responses to “Hidayah Centre Menerima Kunjungan Tetamu daripada Negara Matahari Terbit.

  1. maasya Allah. Jazakumullahu khairan kasira. tolong sampaikan pesan pada mereka, Al-Quran terjemahan Bahasa Jepun insya Allah boleh didapati/dibeli dari Islamic Centre Japan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s