Sekaluang Penghargaan & Tahniah Atas Kejayaan Teater Islamofobia III

Dewan Muktamar, Pusat Islam JAWI KL, 7 April 2012 – Alhamdulillahi Rabbil ‘aalamin. Setinggi-tinggi syukur ke atas Ilahi kerana dengan izinNya, Teater Islamofobia III telah berjaya dipentaskan sebagaimana yang telah dirancang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Jumlah kehadiran penonton pada malam tersebut dianggarkan melebihi 1,000 orang, Alhamdulillah. Selaku pihak penganjur Teater Islamofobia III, Hidayah Centre dan Pertubuhan IKRAM Malaysia merasakan kejayaan penganjuran teater ini yang berobjektifkan memberi penjelasan dan gambaran wabak Islamofobia yang semakin menjadi-jadi kepada masyarakat umum adalah kejayaan yang harus dikongsi bersama bagi semua pihak yang sudi menjalin usaha dan kerjasama iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selain Allied Coordinating of Islamic NGO’s (ACCIN), World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang turut terlibat dalam penajaan bahagian tertentu dalam penganjuran program ini.

Image

Melihat kepentingan bahawa isu Islamofobia ini sangat perlu diperjelaskan kepada masyarakat khususnya bagi mereka yang belum Islam (Non-Yet-Muslim), Jawatankuasa Dakwah Pusat IKRAM melalui Hidayah Centre sebagai institusi dibawahnya merasa terpanggil untuk menganjurkan pementasan buat kali ke-3 ini selepas teater yang sama telah dipentaskan buat pertama kalinya pada April 2011 dan kali ke-2 pada 8 Februari 2012 lalu.

Masyarakat seharusnya secara sedar mengkaji isu ini kerana ia menyentuh sensiviti agama Islam secara langsung melalui penafian hak-hak sebagai seorang Muslim dan pelbagai lagi perkara yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap agama Islam, sekaligus mewujudkan situasi dan persepsi yang tidak sihat antara Muslim dan Non-Muslim. Secara tidak langsung, ia mencetuskan konflik antara agama dan mewujudkan amalan diskriminasi terhadap orang Islam itu sendiri.

Bagaimana mungkin kita membiarkan isu ini berterusan tanpa mengambil sebarang langkah pengIslahan (pembaikan)? Justeru, penganjuran teater ini diharap dapat membuka ruang interaksi yang sihat antara Muslim dan Non-Muslim sekaligus memberikan gambaran sebenar agama Islam serta memperbetulkan salah faham terhadap pelbagai perkara yang telah dimomokkan oleh media Barat sebagai isu yang mesti diperjuangkan bagi menyekat hak dan kebebasan Islam dan penganutnya.

Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada pihak JAKIM dan JAWI, teater ini mendapat tajaan tempat dengan kapasiti besar yang boleh memuatkan hampir 1,300 penonton. Sesuatu kejayaan besar yang tidak dijangka, jumlah peserta yang hadir mencecah angka 1,000 orang. Subhanallah !

Sekalung penghargaan kepada semua peserta yang hadir memenuhi dewan. Penghargaan juga buat Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang telah menghantar delegasi seramai 44 orang peserta, UITM Puncak Perdana yang juga telah membawa delegasi seramai 44 peserta dan UKM Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 37 orang. Setinggi tahniah juga dirakamkan atas usaha para peserta daripada UTM Skudai, Johor yang juga membawa delegasi dengan inisiatif sendiri menaiki bas persiaran semata-mata bagi menyaksikan pementasan Teater Islamofobia ini. Tidak lupa penghargaan diatas setiap sokongan daripada semua peserta yang hadir menonton teater ini.

Kejayaan teater ini juga adalah hasil usaha bersama Jawatankuasa Dakwah Pusat IKRAM dengan bantuan dua orang pelajar praktikal daripada Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Muhammad Asrulshah dan Nirul Isamuddin yang telah bertukus lumus mencurah idea serta membantu dalam segala aspek pengurusan sebelum dan semasa program ini berlangsung. Tidak dilupakan, para urusetia yang telah menyumbang tenaga dan banyak membantu dalam kejayaan teater ini iaitu Hanif, Amin Aleman, Arif, Ashraf, Hajar, Mardhiyyah dan Asma’ daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Satu-satunya Sukarelawan Hidayah Centre yang dapat hadir membantu, Puan Marlina. Jutaan terima kasih dan tahniah atas segala bantuan yang telah diberikan. Semoga Allah membalas usaha kalian dengan ganjaran yang selayakNya.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada Serious Comedy Studio serta para pelakon yang telah memainkan watak masing-masing dalam teater ini. Juga jambangan penghargaan buat Alunan Firdausi Entertainment (AFE) yang telah menyediakan sistem bunyi dan pencahayaan sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan, setinggi terima kasih buat Creative Tank Studio dan krew yang terlibat dalam rakaman dan penerbitan DVD Teater Islamofobia ini secara langsung. Antara lain, ribuan terima kasih juga dirakamkan buat TV Al Hijrah yang sentiasa mendokong usaha dakwah ini melalui pembabitannya menerusi liputan media yang telah dibuat sepanjang program.

Akhir kata, Jazakumullahu khayran katheera khas buat semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung dalam kejayaan usaha murni ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s