ISLAMOFOBIA : Bukan Sekadar Pementasan

Bila seorang  mempersoalkan  tentang kebenaran agama anda, kita pasti melenting . Bila seorang bukan  Islam mencurahkan perasaannya pada si dia yang beragama Islam pasti mengatakan agamannya  adalah  satu halangan untuk mereka  bersatu.

Antara babak dalam teater tersebut

Perpektif mereka yang bukan beragama Islam cuba diketengahkan secara santai  dan dihuraikan di atas pentas Dewan Muktamar, Pusat Islam pada 7hb April 2012, di bawa oleh Hidayah Centre dan Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Serious Comedy Studio juga dengan tajaan bersama oleh Allied Coordinating of Islamic NGO’s (ACCIN), World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM).

Diskriminasi terhadap Islam wujud sudah sekian lama, soalan asas  seperti wanita bertudung , pakaian mahupun politik di campur aduk agar penoton mendapat pemahaman secara serentak. Ketakutan  untuk  memeluk Islam mahupun mempelajarinya dengan lebih mendalam tersekat gara-gara  ulasan negatif dari media Barat mula merancuni pemikiran warga dunia, sedangkan Islam adalah agama yang damai. Permulaan pentas di awalkan dengan percintaan Tan dengan gadis Islam yang mendesaknya memeluk Islam agar membolehkan mereka berkahwin. Namun, Tan merasa berat hati untuk menurut kata kekasihnya itu. Dan diikuti dengan perbincangan 2 orang sahabat yang minum kopi bersama, pertanyaan berbaur negatif terhadap Islam diajukan.

Isu politik turut terselit di antara perbincangan tersebut apabila Islam dijadikan retorik ahli politik di luar sana, perjuangan mereka  di alas dengan agama Islam menambahkan lagi definasi Islamophobia di dalam laman Wikipedia. Pandangan ibu bapa bukan beragama Islam yang menanam kebimbangan terhadap anak mereka  yang cenderung memilih pasangan yang beragama Islam memberi kesan pada penonton yang kurang arif tetang perasaan mereka. Dilema yang di hadapi oleh mereka yang mahu memeluk Islam dan ketaatan terhadap ibu bapa  seperti di tuntut  dalam Islam, ibarat “di biar mati emak di telan mati bapak”.

Paling menarik sekali di dalam pementasan ISLAMOPHOBIA adalah bila melayu dan Islam di kaitkan antara satu sama lain, sedangkan adat, budaya dan agama adalah  berlainan. Faktor yang mendorong  penyatuan antara Islam dan melayu adalah kerana majoriti penduduk Malaysia adalah ISLAM MELAYU. Sedangkan Islam adalah berbentuk universal, tiada budaya dan adat di rangkumi secara fakta.

Di akhir pementasan tersebut segala persoalan terhurai, mengapa sifat fobia terhadap Islam wujud. Mengapa kita di belenggu dengan soalan yang sama setiap hari mahupun setiap tahun..? Kerana …. Tiada pemahaman secara terperinci. Mereka yang hanya melihat Islam dari sudut negatif sepatutnya mengkaji dari sudut bacaan mahupun bertanya dari mereka yang diiktiraf kelulusannya. Yang penting… Buka hati untuk melihat Islam dari pelbagai sudut dan anda akan tahun indahnya ISLAM itu dimana…..

~K#JoR@~

# Penulisan ini adalah coretan dan pandangan salah seorang peserta Teater Islamofobia III yang dipentaskan pada 7 April 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s