:: MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC) KALI KEDUA DI PULAU PINANG ::

:: MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC) KALI KEDUA DI PULAU PINANG ::

MARILAH BERSAMA MENYUMBANG & MERAIKAN SAUDARA MUSLIM (SAUDARA BARU)!

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 261)

ATURCARA MIPHC :

4.00 petang – Ketibaan Tetamu

4.30 petang – Ketibaan Tetamu Kehormat

4.42 petang – Solat Asar Berjamaah

5.30 petang – Forum : “ISLAM RAHMAT SELURUH ALAM”

PANEL 1 : Tuan Haji Kamaruddin Abdullah (Presiden, Islamic Propogation Society International @ IPSI)

PANEL 2 : Ir. Dr. Haji Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden, Malaysian Chinese Muslim Association @ MACMA)

PANEL 3 : Saudara Lim Jooi Soon (Pendakwah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia @ PERKIM)

7.34 malam – Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjamaah

7.50 malam – Makan Malam dan Persembahan Nasyid

8.10 malam – Perasmian MIPHC Pulau Pinang 2011 & Penyampaian Bantuan Kepada Saudara Baharu

8.46 malam – Solat Isya’ dan Solat Terawih Berjamaah

9.50 malam – Tazkirah Khas oleh Dr. Danial Zainal Abidin (Ahli Panel Halaqah dan Tanyalah Ustaz di TV9)

10.30 malam – Moreh dan Bersurai

* Pameran dan jualan amal produk Palestin oleh Aqsa Syarif, Raudhatus Sakinah dan lain-lain akan turut diadakan.

BENTUK SUMBANGAN :

(a) Pembelian meja (10 kerusi) – RM1,000.00 bagi setiap meja.

(b) Pembelian kerusi – RM100.00 bagi setiap kerusi.

(c) Sumbangan ikhlas.

* Pemberi sumbangan boleh menghadiri majlis, menghantar wakil atau menaja Saudara Muslim.

KAEDAH PEMBAYARAN/SUMBANGAN :

(a) Tunai atau cek atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA.

(b) Melalui bank (MAYBANK : 5571 5700 2854)

PENTING : Resit hanya akan dikeluarkan atas permintaan. Maklumkan kepada kami dengan segera (SMS/telefon/e-mel) sebaik pembayaran dibuat untuk rekod. Bagi ONLINE TRANSFER, mohon e-melkan urusniaga tuan/puan ke alamat e-mel :

hidayahcentrepenang@gmail.​com

* Cek boleh diposkan ke alamat “Hidayah Centre Pulau Pinang” seperti di bawah.

BROSUR/BORANG SUMBANGAN BOLEH DIMUAT TURUN DARI :

http://www.4shared.com/doc​ument/_ny_mG24/MIPHC2011_B​rochure.html

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, MOHON HUBUNGI :

Pejabat Hidayah Centre – (04) 6452740 (10:00 pg – 1:00 tgh)
Puan Noor – (013) 4894595 / (04) 6464595
Encik Yusni – (019) 5266677
Puan Norzilah – (019) 4885920 / (04) 643 8118

ALAMAT HIDAYAH CENTRE :

Hidayah Centre Pulau Pinang
2B-1, Jalan Bukit Kecil 1
11900 Sungai Nibong
Pulau Pinang
Tel/Faks : (04) 6452740
E-mel : hidayahcentrepenang@gmail.​com
Facebook : http://www.facebook.com/hi​dayahcentrepenang

MAKLUMAT HIDAYAH CENTRE PULAU PINANG :

Pusat Sokongan Saudara Muslim “Hidayah Centre Pulau Pinang” bernaung di bawah “Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang”, beroperasi dengan matlamat dan peranan sebagai pusat sokongan dan bimbingan Saudara Muslim, pusat pengislaman, pusat dakwah kepada yang belum Islam serta penghubung kepada agensi kerajaan dan NGO-NGO Islam yang lain.

MIPHC PULAU PINANG 2011 merupakan kali yang ke-2 diadakan di peringkat negeri Pulau Pinang bertujuan menzahirkan sokongan berterusan kepada Saudara Muslim dan tanda perjuangan yang tidak padam dalam usaha menyebarluaskan Islam di bumi Allah ini.

MIPHC PULAU PINANG adalah acara tahunan dalam bulan Ramadhan yang bertujuan menjana dana bagi meneruskan operasi dan kelestarian
(sustainabality) “Hidayah Centre Pulau Pinang”. Insya-Allah dengan sokongan daripada semua, tidak mustahil bagi MIPHC PULAU PINANG terus dianjurkan pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya.

Keperihatinan, sokongan dan sumbangan daripada tuan/puan serta semua pihak bagi menjayakan majlis ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan yang dihulurkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan menjadi bekalan kita di akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s