Ikram Anjur Persembahan Teater

SERI KEMBANGAN, 16 APRIL – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bakal menganjurkan sebuah persembahan teater bertajuk ‘Islamophobia: A Non Muslim Point Of View’.

Teater yang bakal dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) adalah ditaja oleh Hidayah Centre dan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Menurut Penolong Setiausaha Agong IKRAM, Mohd Yaakub Idris, persembahan teater ini merupakan satu kritikan sosial agar orang islam mempertingkatkan usaha mereka membetulkan salah tanggapan bukan Islam dan seterusnya mengurangkan atau menghapuskan Islamofobia.

“Teater ini dipersembahkan dengan hasrat agar orang Islam mendapat pedoman bagaimana menghapuskan prasangka orang bukan Islam terhadap Islam dan seterusnya mengurangkan sikap Islamofobia,” katanya.

Beliau menambah, melalui persembahan ini juga sesuai untuk bukan Islam sekaligus dapat merungkaikan beberapa tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap fahaman mengenai Islam

“Ia juga sangat sesuai untuk masyarakat bukan Islam Malaysia kerana ia akan merungkai beberapa tanggapan salah mereka terhadap Islam sebagai contoh masuk Islam adalah masuk Melayu, masuk Islam akan memutuskan perhubungan antara anak dan ibu bapa, masuk Islam perlu menukar nama Islam dan sebagainya,” katanya.

Teater yang bakal dipentaskan oleh Serious Comedy Studio dan skrip asal ditulis oleh Santhira Morgan, diselia dan diteliti oleh Dr. Osman Chua, dari Kulliyah Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa untuk memastikan kandungannya tidak terpesong dari ajaran Islam.

Bagi ini pengarah dan penerbit teater ini, Santhira Morgan, idea untuk mementaskan teater Islamophobia ini merupakan hasil pemerhatian yang selama ini dibuat lebih-lebih lagi seperti yang berlaku di barat.

“Islamophobia merupakan isu yang hangat diperkatakan kini dan anda boleh lihat dimana sahaja masa kini. Masyarakat di barat juga terlalu Islamophobia,” katanya.

Pra-tonton teater ini turut dihadiri oleh ahli-ahli daripada beberapa pertubuhan Islam termasuk MACMA, Darul Fitrah dan Jamiiyah.

Pementasan teater ini bakal bermula pada 20,21 dan 22 April 2011 pada jam 8.30 malam. Untuk tarikh 23 dan 24 April 2011, pementasan akan berlangsung pada 11.30 pagi, 3.00 petang dan 8.30 malam.

Harga tiket yang dijual adalah RM 30.00 untuk pelajar dan orang kurang upaya sementara RM 50.00 untuk dewasa.

Untuk pementasan pada 23 April 2011, jam 8.30 malam, tempat duduk hanya terhad kepada 200 tempat sahaja dan masuk adalah percuma jika membawa rakan belum Islam. Setakat ini hanya tinggal 30 tempat yang masih kosong untuk tempahan. Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi En. Zun Arif Hakim di talian 017 – 366 7126.

Saturday, 16 April 2011 | Ruangan: Berita Selangor kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s