Teater “Islamofobia” dedah pandangan bukan Islam

Teater “Islamofobia” dedah pandangan bukan Islam

JUMAAT, 15 APRIL 2011 17:54 M HAFIZ
SERI KEMBANGAN – Bagaimanakah pandangan orang bukan Islam terhadap Islam di negara ini? Adakah ‘ketakutan’ mereka terhadap Islam atau ‘Islamofobia’ berasas dan bagaimanakah persepsi itu bermula?

islamofobia3

Bagi merungkai persoalan tersebut, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak rakyat Malaysia menonton sebuah persembahan teater bertajuk “Islamofobia”. Menurut kenyataan media oleh Penolong Setiausaha Agung IKRAM, Haji Mohamad Yaakub Idris, teater arahan aktivis teater tempatan, Santhira Morgan ini dipentaskan oleh Serious Comedy Studio. Skrip teater tersebut juga ditulis oleh Santhira sendiri, yang kemudian menyerahkannya kepada Dr Osman Chua dari Kulliyyah Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), untuk diselia dan diteliti bagi memastikan kandungannya tidak terpesong daripada ajaran Islam.

islamofobia1Pratonton teater ini telah pun diadakan di hadapan ahli-ahli daripada beberapa pertubuhan Islam termasuk Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Persatuan Darul Fitrah dan Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor’ (Jam’iyah).

Persembahan teater ini diharap dapat memberi pedoman kepada orang Islam bagaimana menghapuskan prasangka orang bukan Islam terhadap Islam dan seterusnya mengurangkan sikap Islamofobia, di samping merungkai beberapa salah tanggapan mereka terhadap Islam.

Teater ini digarap secara kreatif, sinikal dan berunsur komedi untuk memberikan kritikan sosial agar orang Islam meningkatkan usaha membetulkan salah tanggapan tersebut dan menghapuskan Islamofobia.

Santhira sendiri mengakui bahawa beliau tidak takut kepada agama Islam, tetapi ‘takut’ kepada orang Islam yang tidak mengamalkan cara hidup Islam sebenar. Fenomena inilah yang menyebabkan ramai orang bukan Islam mengambil sikap menjauhi orang Islam dari segi pergaulan dan pertuturan kerana bimbang tindak-tanduk mereka akan menyinggung perasaan orang-orang Islam tersebut.

“Walaupun saya belum Islam, namun saya percaya kepada Islam. Saya cuma tidak percaya kepada sebahagian orang Islam. Saya mengenali ramai saudara baru yang komited kepada Islam dan saya sangat mengagumi mereka. Tetapi saya juga melihat umat Islam yang semakin jauh dari agama mereka,” ujar Santhira.

Ditanya apa yang mendorong beliau menghasilkan teater ini, Santhira menjelaskan dia berasa hairan dan terkilan kerana ramai orang Islam tidak berminat untuk mengembangkan ajaran Islam kepada orang-orang bukan Islam sepertinya. “Ia tidak seperti orang Kristian yang setiap minggu menunggu-nunggu kehadiran penganut baru di gereja mereka,” katanya.

Mohamad Yaakub mengumumkan bahawa persembahan yang akan diadakan pada hari Sabtu 23 April 2011 bermula jam 8.30 malam di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) ini ditaja oleh Hidayah Centre dan IKRAM. Tempat duduk bagi teater tersebut hanya terhad kepada 200 tempat sahaja.

islamofobia2

Persembahan teater ini akan berlangsung selama lima hari berturut-turut di tempat yang sama, iaitu pada 20, 21 dan 22 April jam 8.30 malam, manakala pada 23 dan 24 April jam 11.30 pagi, 3.00 petang dan 8.30 malam.

Harga tiket adalah RM50 untuk dewasa, RM40 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM30 untuk pelajar dan orang kurang upaya (OKU).

Yang menariknya, untuk persembahan pada 23 April nanti, masuk adalah percuma bagi mereka yang membawa rakan yang belum Islam. Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut berkenaan teater ini, orang ramai boleh menghubungi Pengurus Dakwah IKRAM, Zun Arif Hakim di talian 017-366 7126.

IKRAM berharap agar teater ini dapat menggalakkan perbincangan yang sihat berkenaan satu tajuk yang amat penting dalam kehidupan masyarakat berbilang agama seperti Malaysia. Tambahan lagi, ia dapat menambahkan kemeriahan arena dakwah Islam negara secara lebih kreatif dan menarik khalayak daripada pelbagai agama, latar belakang dan bangsa.

Sidang media yang diadakan di ibu pejabat IKRAM pagi tadi diserikan dengan sedutan lakonan beberapa babak penting teater berkenaan di hadapan wakil-wakil media yang hadir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s