Elak jadi ‘dakwah buat hal’

UMUM tahu bahawa dakwah adalah tanggungjawab semua orang Islam. Malangnya, ada di antara kita yang tidak mahu berdakwah tetapi menyukarkan pula tugas tersebut.

Ini berlaku apabila umat Islam yang sepatutnya menunjukkan contoh baik melalui dakwah bil hal sebaliknya ‘dakwah buat hal’, kata Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester, 44.

Menurut beliau, tindakan sedemikian menyukarkan usaha berdakwah kepada bukan Islam.

Ia menyebabkan, orang bukan Islam mempunyai persepsi negatif dan salah faham terhadap kesyumulan yang terkandung dalam agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu.

“Kita sering berhadapan dengan ungkapan orang bukan Islam seperti, orang Islam ni tidak boleh dipercayai sebab tengoklah perbuatan mereka.

“Jika diteliti ada kebenarannya. Daripada segi teori, memang Islam itu hebat tetapi umat Islam selalu tewas dalam pelaksanaan mendokong kehebatan agama ini,” katanya.

Beliau kini adalah Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Pertubuhan Ikram Malaysia dan Pengerusi Hidayah Centre iaitu pusat sokongan Saudara Muslim.

Muhammad mula terlibat secara serius dalam kerja-kerja dakwah dua tahun selepas memeluk Islam semasa menuntut di Amerika Syarikat pada tahun 1985.

Dalam dakwah di Malaysia, beliau melibatkan diri sejak tahun 2000 di bawah pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang beribu pejabat di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, beliau aktif memberi penjelasan tentang Islam kepada orang bukan Islam di tempat-tempat terbuka termasuk di pasar raya.

Untuk mengangkasa agama suci ini, Muhamad berkata, umat Islam perlu melipat gandakan kerja dakwah.

Dakwah bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi lebih penting kepada masyarakat Islam yang ada di antaranya masih jahil.

“Sebabnya, kalau kita mengikut ajaran sebenar Islam, kita jadi orang yang hebat dan tidak porak peranda dengan pelbagai penyakit sosial,” jelasnya.

Pada masa yang sama, interaksi antara umat Islam dan bukan Islam melalui dialog antara agama perlu diperbanyakkan.

“Agama Islam ini apabila lebih banyak dibincangkan akan terserlah lebih banyak kebenaran berbanding agama lain yang semakin banyak dibincangkan semakin terserlah kepincangan,” tambahnya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN, Utusan Malaysia, 08.04.2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s