Islam, agama untuk semua bangsa

Kuala Lumpur, Feb 13.  Alhamdulillah, program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2011 (TBC) telah berjaya disempurnakan dengan kehadiran  yang sangat menggalakkan. Jumlah yang mendaftar 328 orang dengan pengunjung berbangsa Cina yang mendaftar adalah 91 orang. Ramai yang tidak daftar terus mengambil door gift dan menjamu selera. Dianggarkan kehadiran mencecah lebih 600 orang dengan peratusan 30% berbangsa Cina, 65% berbangsa Melayu, 5% berbangsa India.


Tarian Singa yang menjadi daya tarikan

kepada semua terutamanya kanak-kanak.


Diserikan dengan tarian singa, kelihatan pengunjung berkerumun melihat galagat Singa yang beraksi. Tarian singa memang merupakan acara yang menjadi tarikan pengunjung. Tak dapat nak menahan kelakar bila saudara Kasim Ali cuba memasukkan kepala ke mulut Singa.

 

Haji Nicholas Sylvester menyampaikan kata-kata aluannya.


Pengerusi Hidayah Centre, Haji Mohd Nicholas Sylvester dalam ucapan alu-aluannya yang lively, ceria dan bersahaja berjaya menghidupkan suasana. Majlis juga telah dirasmikan oleh Presiden IKRAM Yg Berbahagia Dr. Haji Mohd Parid Sheikh Ahmad. Antara lain Presiden menyatakan Islam adalah agama untuk semua bangsa. Bangsa Cina yang  beragama Islam adalah bersaudara. Agama Islam tidak menghalang sambutan CNY kerana ianya perayaan suatu bangsa.

Haji Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad merasmikan program ini.


Haji Dr Ann Wan Seng berkongsi tentang keharmonian di Malaysia

 

Sesi bersama Haji Dr Ann Wan Seng diadakan selepas tetamu menjamu selera. Beliau juga begitu santai menyampaikan perkongsian tentang perayaan TBC yang bukan merupakan perayaan agama malah boleh diraikan oleh semua. Beliau menyarankan doorgift tahun depan kena ada kueh bakul.

Antara juadah yang menarik minat tetamu yang mengunjunginya


Haji Zaid Kamaruddin dan Dato’ Haji Mustapha Ma (baju merah)

bersama dengan Mohd Chan Abdullah dan Danial Hakim Boey (baju putih).


Haji Jamaluddin Shamsuddin (dua dari kanan) turut sama meraikan program ini.

Barisan pimpinan JIM dan MACMA

Antara VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Haji Zaid Kamaruddin Presiden JIM, Dato’ Haji Mustapha Ma, Presiden MACMA, Saudara Jamaluddin Shamsudin Timbalan Pengerusi Al-Hunafa, Haji Hasbullah Pengerusi PERKIM Melawati dll. Manakala VIP non-muslim yang turut hadir ialah Datuk Dr Tan Kwee Kwong, Pengerusi Disiplin PKR.

Door gift untuk tetamu yang disantuni


Limau mandarin yang menjadi tradisi dalam TBC


300 door gift mengandungi salah satu daripada buku  Islam The Misunderstood Religion Dr Danial Zainal Abidin, Al-Quran & Science Dr Zakir Naik dan 20 Most Common Qs About Islam Dr Zakir Naik telah diedarkan. Termasuk juga VCD Open Your Eyes Dr Hishamudin Alham dan Islam In America post Sept 11. Tak ketinggalan  buah limau mandarin. Alhamdulillah kehabisan stok  dan tidak cukup untuk pengunjung melepasi jam 3:30ptg. Door gift ini hanya diberi kepada pengunjung berbangsa Cina sahaja. Mudah-mudahan satu hari mereka akan sempat membuka buku atau vcd yang dihadiahkan.

Pengarah program sempat bermuayashah dengan beberapa non-muslim antaranya seorang pakcik berusia 84tahun. Beliau dibawa oleh anak perempuannya yang sudah beragama Islam. Anaknya memberitahu yang ayahnya sudah pandai menyebut Assalamu’alaikum, Bismillah dll. InsyaAllah dalam masa terdekat  akan memeluk agama Islam. Semoga Allah buka hati pakcik tersebut.

Saudara Mohd Adam Lee Abdullah bersama adiknya

dengan gelagat yang menghiburkan.

 

Begitu juga dengan Saudara Mohd Adam Lee Abdullah, ceria melayani tetamu dengan gelagat badutnya. Menurut beliau adik ke-3 beliau akan mengikut jejak langkahnya. Suasana meraikan mereka ini membuatkan mereka selesa dengan Islam. Mudah-mudahan terbuka hati mereka menerima Islam sebagai satu cara hidup. Sesi pemberian ang pow adalah antara yang sangat ditunggu-tunggu malah suasana jadi ceria melihat anak-anak pelbagai bangsa 1Malaysia beratur menanti giliran mendapat duit ang pow.

Amalan mulia di Tahun Baru Cina yang selari dengan amalan sedekah dalam Islam.

 

Daripada Hidayah Centre.

3 responses to “Islam, agama untuk semua bangsa

  1. Perayaan Tahun baru Cina tahun ini telah mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Sungguhpun ana sampai lambat disebabkan ada perkara lain yang harus diselesaikan terlebih dahulu, kemeriahan masih nampak di akhir program…terima kasih kepada penganjur. Semoga tahun depan lebih baik dari sekarang.

    • Assalamu’alaikum wrh wbh saudari, terima kasih atas dorongan yang diberikan. Alhamdulillah atas sokongan padu semua jamaah memainkan peranan penting dalam program sebegini. Insya’Allah pada tahun, kami menjemput saudari untuk datang sekali bersama kawan-kawan cina untuk meraikan bersama.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s