Saudara baru tidak lupa keluarga

MESRA…Pengarah Program Zun ‘Arif Hakim Abdul Rahman (kanan)

bersalaman dengan Mohd Adam Lee Abdullah (tengah) dan Yeo.

 

AMPANG, Feb 13: “Walaupun sudah memeluk Islam, saya tetap pulang ke kampung halaman di Muar, Johor, untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga.

“Ini kerana saya berpegang kepada biar apa pun kepercayaan kita, jangan buang keluarga kerana air yang dicincang tidak akan putus,” kata Yeo Wee Kiet, 23, yang menjadi saudara baru, sejak lima bulan lalu.
Yeo kini menuntut dalam jurusan industri bioteknologi di Universiti Selangor (Unisel) berkata, ini kerana perbezaan agama antara dia dan keluarganya tidak boleh dijadikan alasan untuk hubungan mereka renggang.

“Saya tidak melupakan keluarga walaupun menjadi saudara baru dan mereka kini dalam proses untuk menerima keputusan saya yang memilih Islam.
“Lebih penting, saya berpegang kepada Islam dan mereka juga tahu batas agama seperti tidak boleh disajikan makanan tidak halal dan minuman keras,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pusat Bandar Melawati, di sini, semalam.

Petikan daripada Harian Metro, Feb 13.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s