Majlis Ramah Mesra Saudara Baru bersama Hidayah Centre

06 Sep, Kuala Lumpur – 13 orang saudara baru diraihkan pada masa itu disamping sedikit pengisian atau tazkirah yang disampaikan oleh Pengerusi Hidayah Centre, Tuan Haji Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester.                                              

 

Pengisian amat menarik perhatian saudara baru ini kerana mereka sedar akan tanggungjawab sebagai saudara muslim yang perlu berjuang dalam hidup dan menjadi saudara baru yang menjadi contoh kepada masyarakat lain terutamanya di mata keluarga mereka yang rata-rata belum Muslim lagi. Sebagai contoh pada zaman Rasulullah saw, saudara baru yang bernama Abdul Rahman ‘Auf yang kuat imannya sehingga meninggalkan harta kekayaan dan rumahnya kerana ingin berjuang agama Allah. Semasa di Madinah, Abdul  Rahman hanya membawa seketul keju untuk dijual di pasar dan hanya berbekalkan keju itu lama-kelamaan perniagaannya meluas dan ramai pembeli tertarik dengan cara jualan beliau. SubhanAllah. Melalui cerita ini, ia menjadi pembakar semangat kepada saudara baru untuk berdikari dan menjadi contoh kepada masyarakat yang lain di sekitar mereka.

 

Selepas itu, majlis tersebut diteruskan dengan beberapa perkongsian masalah saudara baru yang mereka hadapi. Macam-macam karenah dan permasalahan yang dihadapi mereka ini ramai dikalangan diabaikan bukan sahaja ahli keluarga tetapi juga agensi-agensi tertentu yang sebenarnya mereka tidak mengenal terperinci masalah sebenar dan keperluan sebenar yang diperlukan mereka. Walaubagaimanapun, setelah diberi penjelasan oleh Pengerusi HC tentang keperluan mereka, ramai di antara mereka mula faham apa yang perlu mereka lakukan agar tidak timbul sebarang ketidakpuasan.

Hidayah Centre juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa jabatan/majlis agama antaranya seperti Jabatan Agama Islam Johor, MAIWP dan MAIS yang membantu saudara baru sehingga selesai masalah mereka dan akhirnya mereka sudah boleh berdikari. Tidak lupa juga kepada individu-individu budiman yang begitu prihatin dalam membantu golongan asnaf ini. Moga dengan usaha murni ini, Majlis-majlis Agama akan memperluaskan lagi jaringan kerjasama dan saluran bantuan kepada NGO Islamik seperti Hidayah Centre untuk memperhebatkan lagi kerja-kerja dakwah & kebajikan saudara baru dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

“Semoga Allah merahmati para dermawan yang tidak habis-habis dan tidak pernah serik menyalurkan sumbangan kepada kami di Hidayah Centre serta semoga  Allah tempatkanlah mereka ini bersama-sama orang-orang beriman di syurgaNya dan dirahmatilah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Amin3 ya Robal ‘alamin.”, kata Pengerusi HC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s