Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah (MIPHC Sabah)

22 Ogos, Kota Kinabalu. Lebih 500 orang membanjiri Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre (MIPHC) buat julung kali diadakan di Megallen Sutera Habour. Kehadiran tersebut diserikan lagi dengan kedatangan tetamu khas, YB Datuk Masidi Manjun, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah. Kehadiran saudara-saudara baru dari pelbagai etnik dan berpakaian kebudayaan mereka menampal satu keunikan dan keaslian negeri itu.

Antara program yang mengimarahkan lagi majlis itu iaitu Forum “Ke arah Memperkasakan Saudara Kita di Malaysia” dibarisi panel-panel dakwah saudara baru yang merupakan orang Sabah. Begitu juga dengan dendangan nasyid I’tirof dinyanyikan dalam bahasa Kadazan disamping pengisian ilmiah, tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Stibin Sanggul @ Saiful Zaman, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sabah.

 

Barisan panelis forum (dari kiri) : Ustaz Marsus Jabar (moderator), Ustaz George T Angkapor @ En. Muhammad Fadhil Abdullah dan Saudara Joannes Lukas (HC).

 

Ucapan Perasmian MIPHC Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Saudara baru menyanyikan lagu nasyid I’tirof dalam bahasa Kadazan.

Sumbangan ikhlas kepada Hidayah Centre.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s