Pusat Hidayah JIM berkembang ke Sabah

KUALA LUMPUR – Pusat Hidayah, sebuah institusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang giat menjalankan aktiviti membantu golongan mualaf menjalani kehidupan baru, bercadang mengembangkan sayapnya ke Sabah tidak lama lagi.

Sehubungan itu, program Majlis Berbuka Puasa Perdana Hidayah kali keenam akan diadakan Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Putrajaya masing-masing pada Sabtu, Ahad dan Isnin ini bagi mengumpul dana untuk membiayai penubuhan cawangan baru itu, di samping menampung kos pentadbiran di kesemua 14 pusat sedia ada.

Naib Pengerusi HC, Rosmawati Zainal berkata, pusat itu menyasarkan  kutipan dan sumbangan sebanyak RM300,000 tahun ini berbanding kutipan RM175,000 pada program tahun lepas.

Setakat ini, Pusat Hidayah beroperasi di Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Rosmawati berkata, orang ramai yang ingin menyertai majlis berbuka puasa itu boleh menghubungi Joannes di talian 013-3040834 untuk di Putrajaya atau Firdaus di talian 010-9443779 untuk di Sabah dan Yusni di talian 019-5266677 untuk di Pulau Pinang.

Maklumat lanjut turut disiarkan di blog https://hidayahcentre.wordpress.com

dan laman sosial facebook Hidayah Centre dan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s