Marilah menyumbang untuk membantu saudara baru kita di Malaysia

 

 

Hidayah Centre merupakan sebuah insitusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan berperanan sebagai pusat sokongan saudara baru. Tujuan utama penubuhan ialah untuk memberikan penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat.  

Setakat ini Hidayah Centre telah beroperasi di 14 buah cawangan di negeri di Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Bagi meneruskan pengoperasian dan bantuan kepada saudara-sudara baru, Hidayah Centre akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre buat kali ke-6.

Pada tahun lepas, sumbangan yang diterima melalui projek penjanaan dana ini adalah sebanyak RM175,215.39, Hidayah Centre telah memanfaatkan dana yang terkumpul tersebut untuk  tujuan penubuhan Hidayah Centre baru, Pengoperasian Hidayah Centre, Sumbangan terus kepada saudara baru, Aktiviti-aktiviti Dakwah pada Bukan Muslim dan Pengurusan Hidayah Centre.

Pada tahun ini, Hidayah Centre mensasarkan RM200,000.00 untuk diagih-agihkan kepada saudara baru yang memerlukan bantuan melalui semua cawangan Hidayah Centre seluruh Malaysia dan penubuhan Hidayah Training Centre untuk melahirkan para pendakwah dari kalangan saudara baru yang akan bermula di Kota Kinabalu, Sabah.

Bagi menyertai program ini, rakyat Malaysia boleh melakukan sumbangan secara individu atau berkelompok atau melalui organisasi masing-masing. Berikut merupakan maklumat berkenaan majlis tersebut :

Tarikh   :          28 Ogos 2010 / 18 Ramadhan 1431H.

Tempat :          Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Masa     :          5.00 petang  – 11.00 malam

ATURCARA MAJLIS BERBUKA PUASA HIDAYAH CENTRE 2010
4.00 ptg  Kedatangan Jemputan.
4.45 ptg  Kedatangan tetamu-tetamu kehormat.
5.00 ptg  Mula Program Forum “Ke arah Memperkasakan Saudara Kita”
Ahli Panel:  
Panel 1 : DATO’ WAN MOHAMAD DATO’ SHEIKH ABD AZIZ (KETUA PENGARAH JAKIM) 
Panel 2 : DATO’ HAJI MUSTAPHA MA (PRESIDEN MACMA)
Panel 3 : SAUDARA KAMARULZAMAN NOOR MOHAMED  (NAIB PENGERUSI)
Moderator : TUAN HAJI MUHAMMAD ABDULLAH (PENGERUSI HC)
7.00 mlm  Iftar & Solat Maghrib.
7.45 mlm  Nasyid & Makan Malam .
8.30 mlm  Solat Isyak & Tarawikh dipimpin oleh saudara baru, Mohamad Razif b. Ibrahim Muniandy Abdullah
10.10 mlm  Tazkirah Ramadhan.
  Dipimpin oleh : Tuan Haji Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh Abdullah. (Timbalan Presiden MACMA)
10.30 mlm Bersurai & Moreh

Untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa dan menyumbang kepada saudara baru, beberapa pakej telah disediakan agar semua rakyat Malaysia dapat menyumbang mengikut kadar yang diinginkan.

 Berikut merupakan pakej Majlis Berbuka Puasa yang disediakan :

 Pakej penjualan meja/kerusi          :

Pakej 1 – Al-Firdaus (1 Meja @ 10 kerusi)                   – RM 5,000.00

Pakej 2 – Ar-Rayan (1 Meja @ 10 kerusi)                    – RM 3,000.00

Pakej 3 – Al Adn (1 Meja @ 10 kerusi)                        – RM 1,000.00

1 Kerusi                                                                – RM    100.00

Sumbangan boleh disalurkan kepadaPERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA  melalui akaun-akaun bank berikut:  Bank CIMB – 1441 0009 8200 56

Untuk sebarang pertanyaan dan penyertaan, orang ramai boleh menghubungi Encik Joannes Lukas atau Puan Rosmawati Zainal di talian 03-41053159 atau 03-41089669 atau e-melkan kepada hidayah.centre@gmail.com atau layari facebook kami www.facebook.com/majlisiftarperdanahidayahcentre 

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama merenung sabda RasululLah saw yang bermaksud seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla” (Hadith Riwayat Muslim)

Sekian. Terima kasih.

Ramadhan Mubarak

Nasiruddin Tahir

Pengarah Program

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s