DAKWAHLAH DENGAN HIKMAH DAN CARILAH PERSAMAAN ANTARA KITA DAN MEREKA

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas limpah & kurniaNya, dua forum dijalankan serentak iaitu Forum Perdana : Bicara Harmoni pada masyarakat Kristian & Tiong hua di Malaysia telah berjaya diadakan pada 29 April 2010 yang lalu. Ia merupakan kesinambungan program bulan lepas yang mana satu bulan satu forum dakwah Islamiah kepada pelbagai bangsa di Malaysia.

Hari ini JK Dakwah daerah Cheras ingin berkongsikan pengalaman menyertai Forum Perdana : Bicara Harmoni pada masyarakat Kristian di Malaysia.

Tempat               : Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Panel forum      : Tuan Haji Muhammad Abdullah (Pengerusi Hidayah Centre)

Tuan Haji Kamarudin Abdullah (Pengerusi IPSI)

Moderator        : Saudara Kamarul Zaman Noor Mohamed (Naib Pengerusi Hidayah Centre)

Seramai 170 orang jamaah sekitar Bandar Sri Permaisuri telah hadir. Antara objektif utama forum ini ialah:

a)     Memperkenalkan Islam dan menyebarluaskan dakwah kepada masyarakat ini secara meriah, kreatif dan santai serta mudah didekati oleh mereka.

b)    Mengurangkan persepsi dan salah faham masyarakat ini tentang Islam

c)     Berkongsi keharmonian dan keindahan agama Islam kepada mereka.

Pembuka bicara dari moderator (Saudara Kamarul Zaman)

Jutaan terima kasih dan tahniah kepada pihak Masjid Al Najihin yang menganjurkan forum ini untuk membawa masyarakat di sekitar Bandar Sri Permaisuri mendekati masyarakat yang bukan muslim dan berdakwah secara harmoni. Apabila berdakwah secara harmoni, perlulah diingat bahawa ia dilakukan dengan hikmah tanpa menyalahi syara’. Dengan keadaan sekarang, ada sesetengah orang yang sanggup menggadai prinsip-prinsip Islam untuk mencapai tujuan tertentu.

Soalan 1 : Tentang berapa jenis agama Kristian di Malaysia? Bagaimana untuk mengenali mereka ini? (TH Muhammad)


Alhamdulillah peluang dakwah di negara ini masih terbuka luas. Salah satu sebabnya kerana golongan ahli kitab ini sebenarnya amat dekat dengan kita. Maka amatlah penting untuk mengetahui lebih banyal informasi tentang mereka dengan mempunyai hubungan kejiranan yang baik. Di dunia ini sahaja Kristian Katolik merupakan agama yang terbesar dalam penyebarannya iaitu setengah daripada dunia ini. Ada juga yang mengatakan bahawa agama ini adalah ”The rock of the world”. Selebihnya adalah Kristian Protestant dan juga Independence Churhces.

Setiap Kristian di dunia termasuk Malaysia, mereka menganggap salib itu sebagai lambang suci yang menyatakan tuhan yang menjelma sebagai manusia  yang turun ke bumi mengorbankan diri di tiang salib. Sebab itu ramai antara mereka akan memakai rantai salib juga sebagai tanda cinta dan kasih sayang mereka kepada Jesus Christ. Peranan penyaliban ini menunjukkan bahawa Jesus Christ disalibkan semata-mata untuk menghapuskan dosa manusia yang berpunca dari Nabi Adam dan Hawa memakan buah larangan, yang kita kenali sebagai dosa warisan.

Perlu diingat juga bahawa Kristian juga mengalami ancaman dari fahaman-fahaman liberal yang menunjukkan bahawa homoseksual dibenarkan dan boleh menjalani perkahwinan antara kedua-dua jantina yang sama. Sebagai bukti, sekitar tahun 80-an, di Iceland salah seorang paderi yang menjadi ketua paderi adalah orang mengamalkan homoseksual.

Soalan 2 : Bagaimana nak berdakwah pada mereka dan apakah pantang larangnya? (TH Kamarudin)

Sepanjang saya terlibat dengan dakwah di Pulau Pinang, saya melihat bahawa banyak bangunan tinggi yang digunakan untuk orang Kristian berdakyah tetapi amat malang kurang bangunan-bangunan tinggi atau bangunan itu sendiri untuk Muslim berdakwah. Inilah cabaran kita di mana kepentingan dakwah Islamiah makin ditinggalkan.

Seperti mana yang dinyatakan dalam Al Quran An-Nahl ayat 125, yang bermaksud Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”.


Dengan ayat ini sepatutnya kita sudah jelas bagaimana ingin berdakwah dengan bukan Muslim. Malah kita sepatutnya lebih mesra berdakwah berbanding pendakyah orang Kristian ini. Salah satu pendekatan yang tidak baik yang menyebabkan orang bukan Muslim menganggap Muslim ini pengganas adalah kes terbaru sebelum ini dengan membakar gereja. Adakah ini tuntutan dan ajaran Nabi tercinta kita s.a.w? Mana perginya kesopanan dan kesusilaan rakyat Melayu Malaysia?

Belum lagi dengan contoh saya berada di Masjid Kapitan Keling masa dulu melihat pelancong dari luar negara dikejar dan dihalau tok siak untuk keluar dari masjid. Tak terfikirkah kita apa pandangan mereka terhadap kita sebagai Muslim? Inikah layanan orang Islam bila tetamu datang? Jadi, saya terpaksa berlari kepada pelancong luar negara itu untuk memperjelaskan segalanya.

Dengan sebab ini, IPSI mengambil peluang ini untuk menganjurkan tazkirah daripada ulama-ulama luar negara yang dahulu merupakan bekas-bekas paderi. Ramai orang bukan Muslim yang hadir dan berpuas hati dengan penjelasan yang baik dari ulama-ulama ini dan diakhir tazkirah mereka berkata ”Sir, can we have the Qur’an”. Masya’Allah sejuk hati bila mendengar permintaan tersebut dan berdoa agar mereka di beri hidayah oleh Allah Ta’ala Hadirin dan hadirat yang dikasihi Nabi sekalin, sudahkah anda berikan hadiah, Al Qur’an kepada sahabat-sahabat yang bukan Muslim?. Jadi, sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.

Untuk mendekati mereka yang bukan Muslim ini adalah dengan menggunakan persamaan antara kita dan mereka. Sebagai contoh masing-masing menggunakan kitab agama masing-masing untuk mencari persamaan.

Berbalik semula dengan ayat 125 dalam surah An Nahl sudah cukup menunjukkan penting kita menyedarkan mereka dengan kata-kata yang indah tanpa kita mengutuk ataupun merendahkan mereka.

Soalan 3 : Melalui pengalaman dan pemerhatian dulu dan sekarang, bagaimana mereka memahami & melihat Islam? (TH Muhammad)

Kebiasaannya mereka yang bukan Muslim ini sentiasa beranggapan bahawa Islam itu untuk orang Asli atau orang Melayu begitu juga disebaliknya. Kita sering melihat orang Cina lebih suka agama Kristian berbanding Islam akibat beberapa perkara yang menyukarkan kehidupan mereka. Tidak hairan juga mereka boleh pula menukar nama Cina kepada nama Kristian untuk mengikuti peredaran zaman yang akhirnya orang Melayu turut sama. Kenapa hal ini berlaku? Adakah Islam ini kolot dan tidak boleh menukar nama sesuka hati? Jadi, sebenarnya apabila seseorang itu memeluk Islam, nama lamanya masih boleh digunakan selama mana ia tidak mengandungi unsur-unsur syirik atau nama-nama tuhan berhala yang lain atau mempunyai maksud yang tidak baik.


Soalan 4 : Apakah soalan2 lazim yang mereka tanya tentang Islam? (TH Kamarudin)

Persoalan lain timbul pula adalah kenapa Jesus Christ tidak boleh dianggap tuhan sedangkan dia adalah penyelamat kami? Kenapa orang Islam tidak boleh murtad sedangkan agama lain tiada masalah? Kenapa perlu sembahyang mengadap kiblat? Mengapa kena berpuasa 30 hari tanpa makan minum? Mengapa tidak boleh makan babi? Mengapa tidak boleh minum arak dan kena berhijab? Semua ini adalah disebabkan Allah ingin kita memelihara iman kita dan diuji sama ada melalui larangan kita beriman atau patuh pada laranganNya atau tidak sama sekali mengikuti perintahNya.

Jesus Christ adalah seorang Rasul Allah yang kami dan kamu juga cintai dan imani. Jesus tidak berkuasa atas segalanya berbanding Allah di mana baginda sendiri mengaku Allahlah patut kita takuti seperti mana yang dinyatakan dalam bible Yohanes. Secara khususnya pula, kita tidak boleh menerima Tuhan yakni Allah dalam bible dinyatakan kelemahan selaku Tuhan semesta alam. Sebagai contoh, jika tuhan mati di kayu salib, apa yang berlaku pada dunia, hancurkah ia? Bagaimana dengan pengurusan dan pentadbiran dunia ini, ikan di lautan, matahari dan planet-planet-planet lain, siapa yang uruskan jika tuhan sudah mati? Nau’ubillah min zalik. Maha suci bagi Allah tidak memiliki kelemahan tersebut.

Perihal diharamkan memakan daging babi ini juga sebenarnya sudah diperjelaskan dalam bible Imamat (Lev) 11:7-8 dan ulangan 14:8, umat Kristian diharamkan memakan daging tersebut. Tapi, mengapa hari ini mereka memakan makanan daging itu tanpa mengikuti ajaran Jesus Christ. Sedangkan hari ini kita telah melihat bahawa daging ini amat berbahaya pada kesihatan badan manusia.

Pada zaman kenabian Nabi Daniel dalam bible Daniel 6:10, Nabi Daniel juga sebenarnya juga menghadap kiblat pada masa itu iaitu menghadap Yerusalem (Baitulmaqdis) yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum beralih ke Baitul Haram. Melalui kiblat itu, ia adalah penyatuan semua umat agama samawi dalam penyembahan Tuhan yang Maha Esa. Jadi, mengapa sekarang orang Kristian tidak berbuat sedemikian jika betul-betul mereka mengikuti apa yang diajar atau mengimani bible yang mereka percaya ia adalah kalam tuhan? Tapi, kita boleh jumpa lebih daripada 5000 kesilapan atau percanggahan ayat yang berlaku dalam bible. Adakah bible ini kalam tuhan sedangkan ia mengandungi banyak percanggahan di dalamnya?

Sesi soal jawab:

Salah seorang jamaah yang bertanya tentang kenapa Rasulullah mempunyai isteri yang di bawah umur.

Sebagai tambahan daripada Ustaz Kamarudin tadi, banyak lagi soalan yang timbul di minda orang bukan muslim ini seperti Jesus Christ mengajar umatnya dengan kasih sayang tetapi nabi Muhammad mengajar dengan pedang? Rasul kamu juga sebenarnya adalah pembunuh kepada 700 orang Kristian yang berada di bawah tahanannya? Nabi kamu berkahwin ramai perempuan menunjukkan dia gila seks apatah lagi bila berkahwin dengan budak di bawah umur. Apa yang kita nak jawab dengan lontaran soalan sedemikian? Bagi orang biasa sudah tentu dia akan marah atau mengamuk, tapi adakah ia cara terbaik untuk kita menyampaikan Islam pada mereka?

Jadi, kita jawablah dengan hikmah dan baik tanpa menyakiti perasaan dan hati mereka. Sebagai contoh, Rasulullah seorang yang baik akhlaknya malah menjadi contoh kepada umat Islam. Jika baginda gila seks sudah tentu bukan 9 orang sahaja isteri baginda mungkin lebih dari itu dan ada ramai gundik seperti mana raja-raja yang diceritakan dalam bible. Setiap isteri yang baginda kahwini itu merupakan contoh terbaik kepada kita dan memang itu adalah perintah daripada Allah swt. Sudah tentu ada hikmah di sebalik perkara tesebut malah banyak perkara yang kita boleh pelajari. Contohnya saidatina ’Aisyah yang sebenarnya banyak memberikan kita hadith-hadith sahih perihal hubungan suami isteri, kegirangan dan kegembiraan berkeluarga, perihal kewanitaan seperti haid dan nifas serta cerai talak. Masya’Allah, Alhamdulillah dengan isteri baginda tercinta ini kita dapat banyak belajar tentang kehidupan suami isteri. Wallahu ‘alam.

Berakhirnya sesi soal jawab itu, sangat berpuas hati para jamaah dengan penyampaian kedua-dua panelis itu. Mereka rasa teruja malah rasa pentingnya untuk perbetulkan cara berdakwah pada rakan-rakan mereka yang bukan muslim dan perbetulkan persepsi negatif mereka terhadap Islam.

JENIS-JENIS KRISTIAN

Katolik

Protestant

Independence Churches

Roman Katolik

Anglican
Basel
Lutheran
Seven days adventist

True Jesus Christ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s