Cina Muslim Meraikan Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR, 28 Feb, Ahad – Seramai hampir 500 orang tetamu membanjiri Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah di Pusat Bandar Melawati baru-baru ini dalam Sambutan Tahun Baru Cina yang bertemakan ”A Celebration for all”.

Sambutan ini menarik perhatian kepada para tetamu apabila diserikan dengan tarian singa sebagai pembukaan, kemudian perkongsian informasi Islamik iaitu perkembangan Islam di China oleh Imam dari China, Ustaz Ma Qing Guan dan perkembangan Cina Muslim di Malaysia oleh Ir Dr Haji Muhammad Fuad Yeoh Abdullah, Timbalan Presiden MACMA.

Ir Dr Mohammad Fuad menerangkan informasi Islam di Malaysia

Turut hadir sama meraikan majlis ini ialah ADUN Hulu Kelang Tuan Haji Saari Sungib dan YDP JIM Ampang Jaya, Dato’ Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Perasmian Sambutan Tahun Baru Cina,
Mohd Chan Abdullah (baju kelabu) bersama Tuan Haji Saari Sungib (tengah)

Majlis ini adalah julung kali diadakan yang dianjurkan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM GERAK) dan Hidayah Centre Ampang Jaya. ”Satu pendekatan yang bermakna buat rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian di mana Cina Muslim juga meraikan Tahun Baru Cina tanpa melanggar peraturan agama Islam. Ia merupakan kebudayaan masyarakat Tionghua dan bukannya perayaan agama. Ia boleh mengeratkan silaturrahim antara pelbagai kaum di negara kita.” kata Mohd Chan Abdullah Pengarah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Mereka meraikannya dengan rasa gembira apatah lagi keriangan dapat dirasai oleh anak-anak yang tertarik dengan ang pau merah dan cabutan bertuah. Amalan sedekah ini membawa satu budaya baik kepada masyarakat ini yang sekian lama diamalkan dan amat digalakkan dalam Islam.

Sedekah itu amalan mulia yang juga digalakkan pada setiap orang muslim.

YDP JIM Ampang Jaya Dato’ Syed Saleh Syed Abd Rahman (baju merah), Saudara Danial Hakim Boey (baju biru) dan Mohd Chan Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Selain itu, para tetamu bukan muslim dari pelbagai bangsa turut sama diraikan malah ramai di kalangan mereka mengatakan majlis ini sangat bagus dan sesuai untuk semua selari dengan konsep harmoni di Malaysia.

Salah seorang tetamu (dua dari kanan) yang turut memenangi cabutan bertuah.

8 responses to “Cina Muslim Meraikan Tahun Baru Cina

  1. assalamu alaikum….saya suami mualaff ada yang tahu dimana beli buku ajaran agama islam di dalam bahasa mandarin…jika ada yang tahu dimana sya beli buku ?trimas…

  2. wa’alaikumsalam wrh wbh. tahniah saudara kerana memilih Islam sbg jalan hidup saudara. Tentang buku dalam bahasa mandarin, saudara boleh pergi MAIS tingkat 8 (jika tinggal di Selangor) atau pergi ke JAWI dkt masjid negara (jika tinggal di KL). Kami di HC ada buku sedikit tentang Islam dalam bahasa Mandarin, jika saudara tidak keberatan jemputlah datang ke pejabat kami di taman melawati.

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudaraku. jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian saudara menghadiahkan buku tersebut. Jika tidak keberatan, sudi-sudilah kiranya untuk menghantar ke pejabat kami di Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Lot 300.3, Lorong Selangor, Fasa 4B, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Semoga Allah membalas budi baik saudara itu. jzkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s