Sekitar MIPHC 2009

Oleh : Wan Muhammad Wan Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 September – Hidayah Centre, sebuah pusat sokongan saudara baru di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) 2009 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 di sini hari ini.

Majlis dimulakan seawal jam 6.00 petang dengan sebuah forum bertajuk “Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia” yang menampilkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Kamaruddin Abdullah (Presiden IPSI) dan Lim Jooi Soon (PERKIM Ampang).

Selepas iftar, solat Maghrib berjemaah dan makan malam, para tetamu seramai hampir 1000 orang telah dihiburkan dengan persembahan daripada anak-anak saudara baru, diikuti ucapan oleh Pengerusi Hidayah Centre, Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester, Presiden JIM, Zaid Kamaruddin dan Pengerusi Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN), Abdul Latif Santharan Abdullah.

Dalam majlis tersebut, pihak World Assembly Muslim Youth (WAMY) Malaysia telah berbesar hati menyerahkan replica cek berjumlah RM3000.00 sebagai sumbangan kepada pengoperasian Hidayah Centre.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Abdul Fatah Mahmud dan Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa JIM Pusat dan Wanita JIM Pusat.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan Tarawikh berjemaah yang dipimpin oleh Timbalan Presiden MACMA, Dr. Ir. Fuad Yeo Abdullah disusuli tazkirah oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Dakwah JIM Pusat, Kamarulzaman Noor Mohamed.

www.jim.org.my

miphc09 3
miphc09 1
miphc09 2
miphc09 3
miphc09 4
miphc09 5
miphc09 6
miphc09 7
miphc09 8
miphc09 9

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s