Hidayah Centre anjur majlis berbuka puasa

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menerusi Hidayah Centre yang berperanan sebagai pusat sokongan saudara baru, akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre pada 12 September ini.

Sempena majlis itu yang akan diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Hidayah Centre menyasarkan kutipan RM160,000 yang akan diagihkan kepada saudara baru yang memerlukan bantuan melalui semua cawangannya di seluruh negara.

Pengarah Program Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre, Nasiruddin Tahir, berkata bagi menjayakan kutipan terbabit, pihaknya akan mengadakan pakej jualan meja majlis berbuka puasa.

“Wang kutipan menerusi penjualan meja bagi majlis berbuka puasa ini nanti akan kami agihkan kepada saudara baru yang memerlukan bantuan terutama ketika Ramadan ini.

“Bagi menyertai program ini, orang ramai hanya perlu membeli tempat melalui pakej yang kami sediakan untuk berbuka puasa dan setiap wang hasil jualan ini akan kami gunakan untuk membantu saudara baru,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 430 saudara baru yang berada di bawah bimbingan Hidayah Centre termasuk di 14 cawangannya seluruh negara dan ada antaranya terdiri daripada warga asing yang baru memeluk Islam.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin berbuka puasa sambil menderma boleh menghubungi jawatankuasa Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre di talian 03- 41053159 atau 03-41089669 bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, atau dengan melayari www. jim.org.my/e-bazaar.

sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090902002152/Article/index_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s