Forum Dakwah Harmoni di Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak

Forum yang mendapat sambutan ramai berjalan dengan jayanya. Lebih 85% jemaah yang datang dan memberi galakan untuk diteruskan lagi dalam siri ke-2. Alhamdulillah. Moga bulan depan ni dapat disemarakkan lagi dengan dengan kehadiran tuan-tuan.

Tips berdakwah dengan masyarakat Tamil:

a) Jangan panggil mereka lagi orang India tapi panggil mereka orang Tamil sebab mereka org Malaysia.

b) Dakwah scra hikmah dan baik di mana tidak menyinggung perasaan mereka sbg cth: tidak memanggil perkataan2 spt ‘paria’, untouchable, kulit hitam, keling dsb

c) Di majlis2 keramaian spt perkahwinan, kenduri selamat & kenduri kesyukuran, jemputlah mereka dgn hidangan yg baik. Jangan satukan sudu antara kuah daging lembu dan kuah ayam/kambing atau hidangan daging lembu berdekatan dengan daging yang lain. Seelok2nya alihkan ke bahagian makanan yang berbeza. Bayangkan jika mereka buat sedemikian pada kita dengan menghidangkan daging babi & daging ayam dengan menggunakan sudu yang sama?

d) Yang lebih baik, jika dapat sediakan 1 slot bahagian makanan yang vegetarian dan kita maklumkan lebih awal kepada mereka. “Betapa seronoknya mereka bila mendengar sedemikian”, sebab kita menghormati mereka.

e) Tidak memperketawakan tuhan2 mereka walaupun mereka ada 330 juta tuhan yang perlu disembah mereka. Tapi seelok2nya kita nyatakan sifat ingin tahu tuhan mereka kemudian kita nyatakan pula sifat Allah kepada mereka.

f) Tekankan tentang keadaan keluarga mereka terutamanya ibu bapa mereka. Sesetengah anak2 muda yang jauh dari ibu bapa mereka akan terpanggil untuk menghubungi ibu bapa mereka pabila kita ingatkan mereka.

g) Ramai dikalangan mereka suka dengar cerita tentang Islam, tapi apabila kita ceritakan pada mereka, nyatakan keseronokan, keindahan dan teladan yang ada dalam Islam. Jika kita sebagai cikgu di sekolah, ambillah masa 5 min untuk cerita sesuatu tentang Islam sebagai contoh kenapa orang Islam tidak boleh makan babi? Apa kelebihan puasa dalam Islam? Kenapa pentingnya hormati ibu bapa? dsb

h) Jika ada dikalangan mereka bertanya kita, tentang Islam sbg cth kenapa perempuan Islam kena pakai tudung? Biasanya kita menjawab itu perintah Allah Tuhan kami jadi kami kena ikutlah. Jadi, seeloknya kita menjawab untuk menjaga maruah wanita sbg cth jika ada seorang wanita pakai seksi, seorang wanita lagi memakai lakain yang sopan yang mana satu akan dikacau oleh lelaki ” nakal”? Pasti jawapannya wanita seksi. Barulah mereka faham tentang wanita elok berpakaian sopan.

 

Selamat berdakwah dari kami….poster-forum-dakwah-harmoni-masy-india-malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s