2.1 Prosedur Pengislaman di Hidayah Centre

  1. Kami mengalu-alukan dan menjemput kehadiran anda untuk pengIslaman dan datang ke Pejabat Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Lot 300.3, Lorong Selangor, Fasa 4B, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas (termaktub pada akta 505), Surat Kebenaran Penjaga jika dibawah umur.
  3. Satu salinan Kad Pengenalan / Paspot (warga asing) beserta Visa / Dokumen Perjalanan yang masih sah.
  4. Membawa sekurang-kurangnya 1 orang saksi beserta salinan Kad Pengenalan Saksi (mesti) iaitu warganegara, beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas dantertakluk kepada kehendak Pendaftar Mualaf.
  5. PengIslaman dan pendaftaran boleh dibuat pada waktu perkhidmatan pejabat Hidayah Centre, JIM :

Isnin – Khamis :

8.00 pagi – 12.00 tengahari ; 2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat  :

9.00 pagi – 12.00 tengahari ;  2.30 petang – 5.00 petang

116 responses to “2.1 Prosedur Pengislaman di Hidayah Centre

  1. salam sejahtera,

    saya ingin menanya. sekiranya saya convert ke agama islam, di manakah harus saya belajar agama islam? ada tak pusat belajar di shah alam?

    sekian. terima kasih.

  2. Salam, cik bolehlah pergi ke 2.3 Panduan Ringkas…. untuk mengetahui lebih lanjut. Di Shah Alam, memang ada boleh pergi ke Tingkat 8 Bangunan Selatan, Bahagian Pembangunan Insan, MAIS depan masjid negeri.

    • salam sejahtera, nak tanya ada tak tempat untuk saya belajar secara lbh mendalami mengenai Islam di Shah Alam? saya kena belajar mengenai Islam terlebih dahulu baru boleh convert ke Islam atau convert dulu baru belajar mengenainya? Terima kasih.

      • Salam sejahtera saudara, di Shah Alam kita tiada tempat untuk belajar Islam lebih dalam kecuali ke KL. Tapi tak pe saya boleh cadangkan encik hubungi kawan baik saya iaitu En Noli 019-3533177 atau Haji Morhalim 013-3561278 atau En Rais 019-2104927. Katakan saya yang beri no ini pada saudara. Mereka insya’Allah boleh dibawa berbincang dan bertanya tentang Islam. Atau pun jika saudara ada masa lapang mungkin boleh datang ke pejabat kami di Taman Melawati dan berjumpa dengan saya.

  3. Bagaimana proseudr memeluk islam bg bukan warganegara, adakah saya perlu convert dahulu atau belajar mendalami islam dahulu?

    • Prosedur memeluk Islam bagi bukan rakyat Malaysia sama sahaja dengan prosedur memeluk Islam bagi rakyat Malaysia. Berkenaan pilihan putra ozaki ingin mengkaji Islam dahulu kemudian peluk Islam juga tiada masalah atau peluk Islam dahulu baru mengkaji Islam juga pun tiada masalah. yang penting adalah putra ozaki mesti faham kenapa putra memeluk Islam dan boleh mengamalkan agama ini setelah memelukinya. Jika putra ozaki sudah sedia untuk memeluk Islam atas kajian mendalam tentang Islam, sesungguhnya hidayah Islam daripada Allah sudah mendakati anda & peluklah agama Islam. Putra boleh buat kajian dengan membeli buku-buku tentang perbandingan agama di kedai-kedai buku Islam. Semoga berjaya!

  4. salam.

    saya wanita beragama islam yang tinggal di perak. kini saya berkawan dengan seorang lelaki bukan muslim dan ingin berkahwin dengan nya. jadi sebagai langkah awal, apakah yang harus saya lakukan untuk terus membantu lelaki itu mencintai islam kerana saya ingin beliau memeluk islam kerana keindahan agama, bukan kerana cinta kami semata. bolehkah beri saya pendapat dan cadangan, dan tempat untuk saya mendaftar beliau di perak? malah, boleh kah saya turut serta dalam kelas2 agama anjuran majlis agama perak bersamanya kerana saya juga ingin mendalami dan menambah ilmu (refresh) semula ilmu tentang agama islam sebelum kami berkeluarga. sekian~

    • wa’alaikumsalam wrh wbh, tahniah kepada putri ain yang berusaha dalam menyampaikan dakwah dan seterusnya menggalakkan kawan putri utk mengenal Islam. Yang paling ialah:
      1) Bawa berjumpa dengan saudara lelaki atau ustaz di jabatan agama yang mempunyai kemahiran sebegini dan boleh dipercayai dalam penyelesaian yang dicadangkan.
      2) Berikan buku2 yang berkaitan tentang Islam sbg cth perbandingan agama, Islam dalam sudut pandangan agama lain dan buku2 tentang pengalaman orang bukan Islam memeluk Islam. Ia boleh didapati di pasaran.
      3) Berkenaan kelas fadhu ain (KAFA) sebenarnya putri ain boleh sertai malah ia akan memberikan dorongan yang positif pada kawan putri. Mana-mana jabatan agama @ NGO Islamik tidak melarang bagi mereka yang ingin belajar Islam tapi minta izin dulu yer…

      Harap nasihat ini dapat mambantu putri…

  5. assalamualaikum. kekasih saya dan sy sdri berasal dari sabah. Sy skg bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan dlm area KL.kami merancang utk melangsungkan niat baik kami utk berkahwin. Alhamdulillah kekasih sy (christian catolic) terbuka untuk memeluk agama islam.So, dimana saya boleh berjumpa atau merujuk pegawai tertentu yang boleh menguruskan pengislaman yang sah dari segi syarak?dan kalau boleh sy minta no telefon org/pegawai yang boleh sy merujuk untuk proses2 seterusnya. (pengislaman+perkahwinan+saksi2 yg perlu/wajib)

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh putra ahmad. tahniah atas usaha dakwah anda yg disebabkan perkahwinan pasangan anda memeluk Islam. jika putra tinggal di daerah selangor, terus sahaja ke MAIS Shah Alam dan jika tinggal di KL, terus pergi ke MAIWP dpn masjid negara. Putra boleh klik 2.2 Prosedur & Panduan. Untuk tengok pejabat2 agama yang boleh dilawati.

  6. Saya seorang non-muslim, ingin mengenali Islam secara mendalam. seperti ya saya sedia maklum, tiada salahnya sekiranya kami non-muslim belajar tentang agama islam terlebih dahulu sebelum memeluk agama islam. jadi, soalan saya…:
    1)bagaimana kod pakaian semasa saya hendak ke kelas agama? situasinya di sini, saya ingin belajar tentang islam sebelum memeluk agama islam.
    2)perlukah saya memakai tudung? (sememangnya saya amat berminat untuk memakai tudung)

    • Salam sejahtera saudari, tahniah & terima kasih atas kesudian saudari dalam mempelajari agama Islam & seterusnya berminat untuk memeluk Islam. Kod pakaian dalam agama Islam sangat mudah, yang penting menutup aurat dan labuh @ longgar. Tudung tidak semestinya perlu dipakai, tapi jika saudari ingin memakainya, tidak menjadi masalah pada kami atau mana-mana kelas agama. Yang penting adab masuk kelas tak semestinya kelas agama, saudari kena maklumkan si pengajar agar dia tahu saudari sedang mengikutinya. Semoga Allah beri taufik & hidayah kepada saudari untuk menjadi hambaNya yang baik malah dapat menghayati Islam dalam kehidupan saudari. Amin 😉

  7. salam..saya ingin minta bantuan…sekarang saya mempunyai kekasih yang berbangsa cina..dan kami mengenali selama 5 tahun dan merancang untuk berkahwin dengannya…tapi tiba-tiba ada tentangan yang hebat dari keluarganya dan dia seolah-olah ingin kembali kepangkuan keluarganya…saya tidak sama sekali menghalang perhubungan keluarga mereka…tp yang saya kecewa dia sanggup meninggalkan saya demi keluarganya…..tolong la Ya Allah hambamu ini…

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudariku.

      Pertama sekali tahniah kerana ingin menambah lagi seorang muslim dalam Islam. Walaubagaimanapun, kami turut bersimpati atas kejadian yang dihadapi. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui ajal, rezeki dan jodoh pertemuan saudari. Jadi, bersabarlah dan terus berdoalah kepada Allah swt agar ditemukan kekasih yang lebih baik dari itu. Tak salah jika cari lelaki cina muslim yang sedang mencari teman hidup. Cuba layari laman wen MACMA Malaysia.

      Ini merupakan satu pengajaran buat kita semua adakah sesorang lelaki itu inginkan kita atau inginkan Islam atau ingin sesuatu keistimewaan dari kita. Sebab apabila dia memeluk Islam bukan kerana memahami Islam dan amalkan Islam dalam hidupnya, dikhuatiri lelaki itu tidak mampu membimbing saudari dan keluarga. Yang menakutkan lagi adalah lelaki tersebut buat masalah dalam keluarga dan tidak menajdi contoh terbaik dalam keluarga. Cuma nasihat dari kami adalah (berdasarkan pengalaman mengendalikan isu-isu saudara baru) :

      a) Dapatkan kepastian kenapa teman lelaki saudari lari dari saudari? Kenapa keluarganya tidak setuju dengan saudari? Adakah disebabkan Islam atau Melayu atau tidak suka sesuatu sama ada pada Islam atau saudari?

      b) Jika sudah dapat kepastian, tanya keputusan akhir dari teman lelaki tu. Saudari juga kena sedia sama ada positif atau negatif jawapannya. Jika negatif, kami syorkan saudari carilah lelaki yang soleh dan lebih baik dari itu. Tujuannya bagi mengelakkan pertengkaran antara saudari dan keluarganya atau teman lelaki sendiri. Jika positif, bawalah bincang dengan ibubapa saudari dan kemudian bawa keluarga saudari berbincang dengan keluarga teman lelaki.Terangkan Islam bagaimana sebenarnya.

      c) Ingatlah, sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi, sentiasa kembali pada Allah, mohon petunjuk dariNya dan mohon hidayah kepada teman saudari agar Islam menjadi agama terbaik dalam dirinya hingga temui ajalnya.

      d) Perasaan kecewa harus diketepikan sebab saudari perlu kembali semula kepada niat asal mula-mula dulu berkawan dengannya. Jika niat awal itu baik Allah akan pandu kita, jika niat tidak baik lebih kepada nafsu dan harta kekayaan (sbg cth), Allah akan bagi petunjuk sama ada saudari patut teruskan hubungan itu atau tidak. Saudari sendirilah yang tahu perkara tersebut.

      Moga ia membantu saudari.

  8. Salam sejahtera, Saya non -muslim, saya mencintai seorang gadis islam dan kite same2 sayangkan antara 1sama lain, tapi saya rase family dia tak suke saye sebab saya bukan muslim and risau tentang hidup anak mereka, tapi ape yang saya tahu kerana gadis itula mendorong saya belajar dan memahami islam lebih dalam, Adakah salah cara fikiran saya. Tolong pimpin saya, Terima kasih.

    • Salam sejahtera wahai saudaraku, jika berkesempatan datanglah ke pejabat kami untuk kita cari jalan penyelesaian yang terbaik @ sesuai dengan cara anda. Kami sedia membantu. Jemput datang ye…

      • salam.sy juga mempunyai masalah y lebih kurang seperti Prince..
        keluarga sy tidak dpt menerima teman lelaki sy utk dijadikn menantu walaupun setelah die memeluk islam kerana ibubapa sudah mempunyai pilihan mereka sendiri seorg jejaka melayu utk dijadikan jodoh buat sy.bagaimana sy mahu hidup dgn org y sy tidak cintai dan perlukan sy berkorban utk penuhi hasrat ibubapa sy sedangkan teman lelaki sy sudah bersedia utk memeluk islam.
        walaupun begitu,ibubapa teman lelaki sy boleh menerima sy walaupun sy beragama islam..mslah skrg hanya keluarga sy tidak dpt menerima perhubungan kami walaupun setelah teman lelaki sy memeluk islam.
        bantulah sy…
        salam

      • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudari. Tahniah diucapkan kerana membawa teman lelaki mengenal Islam melalui saudari. Pada pandangan kami, kami bercadang saudari berjumpa dengan mana-mana saudara lelaki spt pakcik untuk membincangkan hal ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik. Memandangkan pihak lelaki nampak positif dan boleh menerima saudari, jadi saudari kena segera selesaikan masalah yang saudari hadapi sekarang. Yang penting adalah saudari perlu bincang dengan baik dan akhirnya saudari dan keluarga saudari faham kehendak masing-masing. Lepas itu, usahakahlah bangun di tengah malam untuk solat suna istikharah, hajat dan tahajud agar Allah swt memberikan kita jawapan yang terbaik dan semua orang termasuk teman lelaki faham jika keputusan yang saudari ambil dan tidak menyakiti hati mereka semua.

        Dalam masa yang sama, kami bercadang teman lelaki saudari belajar Islam terlebih dahulu sementara beliau dan keluarga datang masuk meminang. Yang penting sekarang ini, bolehkah teman lelaki saudari membimbing saudari dan keluarga saudari kelak? Adakah segala tuntutan agama boleh bakal suami pikul dan seterusnya membimbing keluarga ke arah yang bahagia? Bagaimana kefahaman teman lelaki tentang Islam? Hal ini bukanlah menyusahkan saudari tetapi kita ingin saudara baru ini buktikan pada diri dan keluarganya bahawa saudara baru ini boleh menjadi contoh terbaik tentang Islam yang akan menjadi satu peluang besar dalam membawa keluarga saudara baru ini mendekati dan akhirnya memeluk Islam. Moha ia membantu saudari. Kami doakan agar saudari temui jalan yang terbaik dan diredhai Allah. Amin.

    • Salam sejahtera saudaraku. Tahniah kerana diri saudara ingin dekat dengan Islam. Pada pandangan saya, saya cadangkan saudara pergi ke kelas agama yang dianjurkan oleh PERKIM di Jalan Ipoh atau WAMY di Jalan Ampang Hilir. Yang penting sekali adalah saudara fahamkan dulu apa itu Islam dan mengapa saudara perlu peluk Islam jika ingin berkahwin dengan saudari Islam itu. Saya yakin jika saudara belajar Islam, fahaminya dan amalkannya saya tidak hairan saudara boleh jadi seorang Muslim yang baik dan boleh jadi pemimpin keluarga kelak.

  9. saya berbangsa cina dan kahwin. saya telah memeluk agama islam 5 bulan lalu tanpa isteri saya mengetahui nya.(pusat dakwah mengirim kan surat menyatakan saya telah memeluk agama islam) -tetapi seperti surat itu tidak sampai kepada nya. saya pernah bincang masuk islam akan tetapi dia telah memilih masuk agama kristian. saya tidak dpt berbuat apa2. isteri saya di kuching sarawak dan saya di limbang sarawak kerana berkerja.
    soalan saya : bagaimana kah membuat pembubaran? harus kah isteri saya hadir bersama? adakah harus di buat pembubaran di kuching atau limbang? adakah saya bersalah? saya memeluk agama islam kerana keikhlasan dari hati saya.

    • Assalamu’alaikum wrh wbh wahai saudaraku. Tahniah dan alhamdulillah akhirnya saudara memilih Islam sbg cara hidup anda. Tentang hubungan suami isteri dengan isteri yang cenderung Kristian itu sebenarnya jika dari segi Islam ia i bolehlah dikatakan saudara & isteri secara automatik hubungan suami isteri sudah terbatal. Tapi untuk memastikan tiada sebarang kekacauan yang tidak diingin, adalah lebih baik ajak isteri untuk pergi ke mahkamah syariah untuk buat surat permohonan pembatalan perkahwinan. Tempat tu… saudara kena pergi ke tempat/daerah di mana saudara mendaftar perkahwinan bersama isteri dulu. Dapatkan sijil perkahwinan lama dan bawa ke mahkamah syariah untuk difasakhkan (dibatalkan). Moga ia membantu saudara dan moga dipermudahkan segala urusan. Jika sempat, pujuklah isteri dengan baik untuk memiliki Islam sepertimana saudara miliki sekarang. Nyatakan kemanisan iman yang saudara miliki setelah memeluk Islam. Moga Allah membuka hati isteri saudara. Amin ya Robbal ‘Alamin. 😉

  10. Salam…sy merancang utk berkahwin dgn seorang lelaki beragama Kristian..dia terbuka hati untuk memeluk Islam.Kami sedang belajar di IPTA di Kuala Lumpur.Bgaimana sy boleh tahu maklumat lebih lanjut tentang tempat dan jadual kelas di HidayahCentre ini. Dan bagaimana dgn amaun yuran keahlian yg perlu dibayar?

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudariku. Tahniah kerana mendekatkan seorang kawan Kristian mendekati Islam. Semoga menjadi hambaNya yg solehah. Untuk mendekatkan kawan tersebut dengan Islam, berilah buku-buku tentang Islam atau perbandingan agama antara Islam & Kristian agar lebih mudah kawan itu faham tentang Islam kelak. Yang penting di sini, bakal suami ini mampu mendidik saudari dan keluarga dalam menyelami Islam dgn lebih baik. Buat masa ini, di Hidayah Centre tiada kelas cuma ada nasihat dan minta pandangan @ tunjuk ajar dalam memahami Islam. Jika saudari ada kelapangan datanglah ke pejabat kami. Saudari boleh klik di bahagian 2.3 No. 7 dalam blog ini untuk dapatkan lokasi belajar Islam yang terdekat dengan tempat tinggal kawan. Tiada yuran keahlian dalam menyertai Hidayah Centre. Cuma jika ingin ke kelas KAFA, mohon maklumkan pada ustaz agar beliau tahu ada bukan muslim dalam kelasnya. Moga ia membantu saudari. 🙂

  11. salam, minta maaf. sebenarnya sy ni perempuan, boleh tak tolong sy dapatkn nama2 & nombor contact ustazah di shah alam sbb sy agak segan sekiranya berhubung dgn ustaz. dgn niat yg ikhlas sy ingin memeluk agam Islam sebelum mulanya bulan puasa tahun ini…. sekian, terima kasih.. 🙂

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudari. Sebenarnya saudari boleh hubungi terus PIC yang kami sudah nyatakan dalam Bahagian 2.3 blog ini. Maklumkan pada mereka bahawa saudari ingin wanita yang membantu saudari. Untuk pengetahuan saudari, kebanyakan PIC yang bertugas ini akan dibantu oleh isteri-isteri mereka. Jadi, tak perlu rasa segan yer… 😉 Moga ia membantu saudari.

  12. assalamualaikum 🙂 saye seorang islam dan mpunyai teman lelaki berbangsa cina..dia sudah ade basictentang islam kerana dahuli di kolej dia ade mangambil subjek pendidikan islam…dia berminat…adkah saya perlu temankan dia pergi belajar,krn wakto bkerja n tempat tggl yg beza…bolehkah dia pergi seorang diri???

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah kerana ada gerak kerja dakwah dalam membantu saudara baru yang memerlukan bantuan. Berkenaan tentang pergi belajar di mana-mana KAFA, kami cadangkan baik teman lelaki saudari ditemani oleh kawan lelakinya untuk pergi sebab ia lebih baik dan molek. Dalam sesi soal jawab dalam KAFA itu juga teman lelaki ini tidak akan segan untuk bertanya soal2 tentang perihal lelaki dalam Islam jika kawan lelakinya ada menemani berbanding kawan perempuan @ saudari sendiri. Jika dia perlukan bantuan kami, hubungi pegawai Hidayah Centre encik Zun ‘Arif di 017-3667126 untuk membantu teman lelaki anda. Moga ia dapat membantu saudari. 🙂

  13. Salam sejahtera hidayahcentre. Saya seorang bukan islam dan ingin mengambil inisiatif untuk mengenali Islam terlebih dahulu sebelum memeluk agama Islam. Saya sering mencari bahan bacaan mengenai Islam di internet untuk mendalamkan pengetahuan dan pemahaman saya tentang Islam. Kekasih saya orang Islam dan telah menghadiahkan saya sebuah buku Fardu Ain. Tetapi, buku itu adalah syarat-syarat dan panduan kehidupan dalam agama Islam. Saya ingin lebih memahami agama Islam dan ingin menghadiri kelas agama. Walaupun hidayah saya datang dalam bentuk cinta, tidak bermaksud saya hanya ingin mendekati Islam hanya kerana cinta. Hasrat saya adalah untuk mengenali keindahan Islam agar dapat mencintai Islam setelah memeluknya. Saya ingin mengikuti kelas yang dapat membantu hijrah saya.

    • Salam sejahtera saudariku. Tahniah dan syabas sebab ingin memperdalami ilmu di dada untuk mengenal Islam. Teruskan saudari. 😉 Saudari boleh klik di bahagian 2.3 dalam blog ini untuk info lanjut. Jika saudari tidak keberatan jemputlah datang ke pejabat kami di Pusat Bandar Melawati, Hulu Kelang, 03-4108 9669 dan berjumpa dengan Encik Zun ‘Arif atau Encik Joannes. Moga ia membantu saudari.

  14. assalamualaikum… saya memerlukan nasihat berkenaan issue yg melanda hidup sy skrng nie. Sy seorg Muslim and bersama sorang beragama Kristian. Kedua keluarga kami tau tentang hubungan kami termasuk ank2 pasangan sy. Hampir 2 tahun kami bersama xder masalah dr mana2 pihak tetapi skrng nie disebabkan ader salah paham dlm keluarga sy, disebbkn slh pahm tu, telah mengganggu hubungan sy. Parents saya mula mendesak pasangn sy tuk membuktikan kesungguhannya tuk memeluk Islam. Der satu masa tu mama sy mengatakan sy nie telah sesat dan xder hala tuju hidup. Dan bagi pasangn sy pula mama sy mengatakan die langsung xdpt HIDAYAH dr Allah tuk peluk Islam. Dia jgk bg tau sy klu seseorg tu nk peluk Islam xperlu pertolongan org lain Hidayah Allah tu akn dtg padanya. Jujur sy terkilan dgn sume nie sbb hampir 2 taun sy usaha tuk lembutkn hati pasangn sy. Kami xpernah berkawan..kami terus dgn perhubungan. Niat sy hanya satu ms sy mula sygkn die adalah membawa die masuk Islam. Biler dah jadi mcm nie, hati die mula goyang semula.

    Sy pohon nasihat and pandangan dr pihak Hidayah ….

    Terima Kasih

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah saudari atas kesudian untuk membawa teman/sahabat saudari untuk memeluk Islam dan inginkan beliau menjadi suami saudari.

      Berdasarkan pengalaman kami, kami cadangkan saudari berkawanlah pada teman saudari itu dulu. Saudari harus faham bahawa langkah2 yang perlu dilakukan adalah saudari dalam Islam terlebih dahulu. Yang kedua, berilah maklumat tentang Islam pada teman saudari untuk beliau kenali Islam lebih dalam. Yang ketiga, barulah saudari noleh nampak dan mudah nak buktikan sama ada pasangan saudari serius tentang saudari kerana Islam dan bukan kerana paksaan dari sesiapa dan saudari bercinta dengannya kerana faham & tahu peranan sbg suami isteri dalam Islam kelak.

      Saudariku, bolehlah buat solat sunnat hajat dan istikharah disamping solat sunat taubat. Mintalah dengan Allah pertunjuk dan hidayahNya. Saudari boleh juga menguji teman saudari itu sama ada beliau inginkan Islam kerana mahukan saudari atau mahukan saudari bukan kerana Islam? Maksudnya di sini, jika teman saudari nakkan saudari kerana Islam. Kami yakin teman saudari akan kenal Islam dahulu, dalami Islam dan akhirnya memeluk Islam. Sebab utamanya teman saudari perlu tahu akan peranannya sebagai seorang muslim dan bakal menjadi suami yang soleh dan mampu membimbing saudari dan anak-anak saudari kelak ke jalan yang diredhai Allah swt. Jika teman saudari faham akan peranannya sbg muslim dan peranannya sbg suami yang soleh, kami yakin teman saudari akan mengahwini saudari kerana Allah dan Islam, yang akhirnya dapat membuktikan keIslamannya itu pada dirinya dan keluarga saudari.

      Jika teman saudari nakkan saudari bukan kerana Islam (faham tentang Islam), kami risaukan adalah saudari akan jauh dari Allah swt dan hidup tidak tenang kerana cintakan manusia bukan kerana cintakan Allah swt. Lupakanlah dulu apa yang diperkatakan oleh keluarga dan teman, tapi saudari kembali semula pada Allah dan muhasabah kembali perbuatan yang dilakukan sebelum ini. Hidayah Allah akan datang pada seseorang itu hasil dengan usahanya sendiri untuk mencari dan mengenal Allah swt dengan lebih dekat lagi. Ia bergantung sama ada saudari yang bantu bagi kenalkan teman saudari pada Allah melalui pemberian buku2 Islam atau teman saudari itu sendiri sudah nampak kesungguhannya untuk mendalami Islam kerana beliau tahu Islam itu adalah yang terbaik untuknya yang akhirnya hatinya lembut dan hidayah Allah mengiringi beliau untuk memeluk Islam. Kami kagum dengan semangat saudari yang berusaha melembutkan hati teman saudari itu. Cuma ingatlah hidayah itu milik Allah, hanya Allah sahaja yang mampu mengubahnya dengan izinNya. Jika Allah tak berkehendak, maka kita memang tak mampu mengubahnya. Jadi, jika saudari dah lama berusaha untuk membawa teman saudari memeluk Islam tapi tiada hasil. Adalah lebih baik saudari lupakanlah beliau kerana Allah swt.

      Cinta itu memang buta wahai saudariku, tapi ingatlah jangan kita buta kerana cinta. Cinta yang teragung sekali yang harus ditanam dalam diri saudari dulu sekarang ini ialah cinta kepada Allah dan RasulNya. Saudari tingkatkan dulu cinta saudari pada Allah kemudian mintalah padaNya. insya’Allah Allah akan beri pertunjuk pada saudari sama ada teman saudari itu adalah sesuai menjadi suamimu atau tidak. Semoga maklumat ini membantu saudari untuk mencari nilai cinta sebenar. 😉 Yakinlah wahai saudariku, jika teman saudari itu tidak menjadi suami saudari kelak, yakinlah pada Allah saudari akan diberikan Allah lelaki yang lebih mulia di mata Allah swt kelak.

  15. saya seorang perempuan beragama islam dan mempunyai seorang kwn lelaki bukan warganegara malaysia dan bukan juga beragama islam… selama 2 tahun lebih perkenalan kami saya tidak pernah lupa bahawa saya seorang muslim dan sentiasa menjaga batas batas pergaulan di antara kami….dia selalu bertanya saya mengenai islam dan saya selalu menceritakan tentang keindaha islam kpdnya… baru baru ini dia ada menyatakan perasaan dan minatnya unt memeluk islam…. mungkin tertarik dgn kehidupan masyarakat islam dia meminta pertolongan saya… masalahnya ini baru pengalaman pertama saya dan tidak tahu apa harus saya buaat dan kemana harus saya bawa kawan ini…harap ada jwb nya

    • Salam saudariku. Jemputalah datang ke pejabat kami di Pusat Bandar Melawati. Dengan segera hubungi Pengurus Dakwah HC Encik Zun ‘Arif 017-3667126 atau Puan Alya di 03-4108 9669. Jom mari jumpa kami di sini…Moga Allah permudahkan urusan saudari. 😉

      • Salam. saya juga mempunyai situasi seperti saudari di atas, yg merancang untuk berkahwin dgn seorang lelaki warga asing. soalan saya,adakah terdapat kelas belajar agama di dlm bahasa inggeris kerana sebelum ini teman saya cuma belajar dari buku2 islam dari luar dan saya takut ada unsur syiah yg boleh mengelirukannya.
        terima kasih.

      • Wa’alaikumussalam.
        Alhamdulillah dan tehniah kerana telah membawa teman lelaki kepada Islam !
        InsyaAllah kelas bimbingan di Hidayah Centre akan dikelolai dalam dua bahasa iaitu Malay & English.
        Akan start pada 30 Nov 2011 untuk Class for Reverts (Rabu 8-10pm) dan 4 Dis 2011 untuk Reverts Daily Practice Class (Ahad 9-12am)

        Boleh hubungi pejabat kami di talian 03-41089669 untuk maklumat lanjut.
        Terima kasih.

        |Norasma Azia Mohd Yusoff|
        Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  16. Salam,

    Saya juga ingin tahu kalau ade kursus insentif mengenai Islam. Kalau boleh ingin meghadiri secara mendalam sebelum membuat keputusan. Saye juge di beritahu ini mungkin adalah Hidahay datang dari Allah s.w.t.

    Soalan, kalau anak kedua saye lahir selepas saya memeluk agama Islam, apakah dia di istihar sebagai Islam atau pun Kristian?

    Saya pun ingin tahu penamaan EPF, sebab buat mase sekarang bini saye adalah beneficiary.. Adakah ini sah selepas saye memeluk agama Islam? Dan rumah saye sekarang join name dgn ibu saya. Boleh ade masalah kalau ingin tukar name?

    Terima Kasih.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tahniah atas Islam yang saudara dapat amat2 saudara hargainya. Tahniah kami ucapkan. Kursus intensif untuk saudara baru ada ditawarkan. Saudara boleh sahaja rujuk pada mana2 jabatan agama yg berdekatan dan tanya bila masa/jadual kursus tersebut diadakan. Insya’Allah mereka akan membantu.

      Jika ada ibubapa sudah muslim jadi ana yang lahir secara fitrahnya anak akan jadi muslim juga. Jadi, tak perlulah risau yer…;-) Allah loves your children.

      Tentang EPF tu, dari segi peraturan EPF ia masih sah untuk isteri saudara dapat, sebab ia dalam perjanjian saudara dengan EPF.

      Tentang rumah tu pula, tiada masalah sebenarnya. Yang penting, jika saudara kekalkan nama asal tak perlulah nak tukar kecuali jika saudara dah tukar nama baru spt Ahmad William sbg cth dan ada dalam kad pengenalan, saudara kena maklumkan pertukaran tersebut untuk memudahkan kerja2 di kemudian hari.

      Moga ia dapat membantu saudara. Allah menyayangimu. 🙂

  17. Salam,

    I’m in a relationship with a non-muslim married man for 7 years. His intention of converting was made known to my family. But he have his concerned where he wish to keep it a secret ie: no changing name or religion status change. With this condition will he still able to get his Islam card ?
    or proceed for marriage ?. We came to dead end, hope there’s brother’s & sister’s can guide us thru.W’alam

    • Wa’alaikumussalam.
      Refer to your question, there have no problem if your boyfriend don’t want to change his original name after conversion. And he still able to get his ‘Kad Akuan Islam’ from any Jabatan Agama Islam. More easier if your boyfriend make his conversion at JAWI because Kad Akuan Islam will be given on that day after registration to Islam.
      After he got his Kad Akuan Islam, he can proceed for marriage.

    • I’m also having the same situation with Lily, but the difference is, I’m the one who want to convert from Christian to Muslim and I wish to keep it a secret, no changing name or religion status change in I.C, but with this condition am I be able to get my Islam card? I want to change my religion because I want to marry my Muslim boyfriend from Iran. Please help.. thank you.

      • Assalamualaikum w.b.t

        Alhamdulillah… and congratulation…^_^ welcome back to the true religion. you can get your Islamic card without change your name. please come to Hidayah Centre at Pusat Bandar Melawati and we can help you from syahadah (conversion) until registration.

        thank you..

        Noor Erma Azila (Ms.Erma)
        03-41089669

  18. Salam,

    Boleh kah seorang non-muslim yang ingin memeluk Islam sebab keindahan pengajaran and keindahan agama Islam menyebut 2 kalimah syahadat di Hidayah Center?

    Buat mase ini saya belum sedia menhadiri di JAWI atau JAIS sebab masih ade masalah dgn isteri saya yang tidak setuju.

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah.
      Alhamdlulillah kerana telah memilih jalan yang betul.
      Encik boleh datang ke pejabat Hidayah Centre untuk proses pengIslaman dan insyaAllah kami sedia membimbing Encik.

      Boleh hubungi pejabat Hidayah Centre untuk tindakan lanjut.
      03-41089669

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  19. hye..sy bkn beragm islm..tp sy mmg dr dlu mpy niat untuk msuk islam cuma masalahnya sya tkt untuk berterus trang dgn parents sya..lgpn skrg ni teman lelaki sya mrupkan seorg muslim..boleh tak tolong bg cdangan mcm mn sya nk atasi mslh ni..tq

    • Salam sejahtera.
      Alhamdulillah. Tahniah kerana mempunyai niat yang suci untuk memeluk agama Islam.
      Dalam hal ini, saya tidak mencadangkan dy berterus terang tentang niat tersebut kepada ibu bapa. Banyak kes yang kami kendalikan, di mana ibu bapa sangat marah kepada anak mereka yang menyatakan ingin memeluk Islam. Ada kes yang lebih parah dimana mereka dihalau keluar dari rumah serta disekat sumber kewangan oleh ibu bapa mereka. Hal-hal ini berlaku kerana mereka beranggapan dan bimbang, selepas memeluk Islam anak mereka akan meninggalkan mereka atau dalam erti kata lain akan terputus ikatan kekeluargaan antara seorang anak dengan ibu bapanya. Ini merupakan salah faham yang besar. Itulah antara cabaran awal yang mungkin terpaksa dy hadapi apabila berterus terang dengan keluarga.

      Walaubagaimana pun, kes-kes sebegini biasa akan kembali normal apabila ibu bapa dapat melihat perubahan/ kebaikan yang berlaku kepada anak mereka setelah memeluk Islam. Islam tidak mengajak penganutnya supaya memutuskan hubungan keluarga yang telah sedia wujud, sebaliknya amat menekankan supaya sentiasa berlaku baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga sekali pun mereka belum Islam.

      Untuk urusan pengIslaman, dy boleh pergi ke mana-mana pejabat Agama Islam Daerah berdekatan atau boleh datang terus ke Hidayah Centre di Taman Melawati untuk urusan tersebut. Hubungi 03-41089669 untuk keterangan lanjut. Semoga membantu ! 🙂

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  20. saya berminat untuk memeluk islam tetapi tak tahu dimana….sume ni bukan minat tetapi hati sye tenang bila berbicara ttg islam…sy blom mempunyai asas dlm islam…bolehkah saya memeluk islam sambil mempelajari ttg islam….

    • Salam sejahtera saudariku. Tahniah kerana saudari mencintai Islam kerana lahirnya rasa tenang bersamanya. Moga Allah terus berikan hidayah kepada saudari. Jika tak keberatan, datanglah ke pejabat kami untuk memeluk Islam. Insya’Allah kami akan bimbing saudari. Bila dah datang, terus sahaja berjumpa dengan ustazah Alya untuk membantu saudari. Moga dipermudahkan urusan kita. Amin3. 😉

  21. Salam,

    Saya ingin membuat 1 cadangan. Boleh ke laman web ini di sertakan dgn laman web yang berbahasa Inggeris. Saya rasa ia dapat membantu kepada sesiapa yang kurang fasih berbahasa melayu.

    Terima Kasih

    • Assalamu’alaikum.

      Terima kasih atas cadangan caripada En. Syah 🙂
      Untuk makluman, website Hidayah Centre masih dalam penyelenggaraan untuk proses menaik taraf dan insyaAllah akan dibuat dalam dwibahasa.

  22. salam..berikut adalah soalan saya memandangkan saya bakal berkahwin dgn seorang mualaff..
    1.wajibkah bakal suami saya menukar nama..jika d dalam istilah cina namanya bermaksud pemerintah..apakah hukumnya..wajib atau sunat..memandangkan pertukaran nama ini akan membuatkan perbalahan besar antara dia dan keluarganya kerana terdapat nama bapa dihadapannya..
    2;bapa kepada bakal suami telah pergi tahun lalu,tetapi mereka masih ada upacara dan sembahyang tertentu untuk dilakukan bolehkan bakal suami saya hadiri..hanya hadirkan diri menolong apa yg patut tetapi beliau tidak bersembahyang…
    3.bolehkah bakal suami memeluk islam dahulu kemudian setelah selesai baru beliau bersunat…
    4.bolehkah terangkan cara memeluk islam di hidayah centre..perlukah kami mengambil cuti panjang datang kesana?
    terima kasih…..

    • Menjawab soalan2 Cik Zarra :

      1) Penukaran nama seseorang yang memeluk Islam adalah tidak WAJIB/ PERLU jika nama asalnya membawa maksud yang baik dan bukan berkaitan nama sembahan atau Tuhan dalam agama sebelum Islam, membawa maksud yang keji/ buruk atau apa jua nama yang tidak mempunyai maksud. Dalam kes mereka yang mempunyai nama yang membawa maksud yang tidak baik, adalah DISARANKAN agar menukar nama kepada nama yang membawa maksud yang baik. Pilihan : Tukar keseluruhan nama atau mengekalkan nama keturunan (dengan membuat penambahan pada nama tersebut). Contoh, Nama asal : Nicholas. Buat penambahan : Muhammad Nicholas.

      2) Adalah harus/ dibolehkan menziarahi ahli keluarga yang sakit/ meninggal walaupun mereka bukan beragama Islam. Tetapi, harus diingati supaya tidak terlibat dengan apa juga upacara penyembahan atau pemujaan roh/ patung dan sebagainya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

      3) Boleh. Islam bukanlah agama yang menyusahkan penganutnya. Selesaikanlah urusan pengIslaman terlebih dahulu. Hal-hal berkaitan bersunat atau lain-lain bolehlah diuruskan kemudian. 🙂

      4) Proses pengIslam tidak mengambil masa yang terlalu lama. Perkara penting hanyalah majlis syahadah (Melafazkan syahadah). Pihak kami biasanya akan menjelaskan terlebih dahulu tentang asas-asas Islam, perbezaan Islam dengan agama lain, tuntutan-tuntutan sebagai seorang Islam dan sebagainya. Cik boleh buat pilihan sama ada datang berurusan pada waktu pagi atau petang selepas waktu rehat. Untuk mengetahui waktu beroperasi, boleh rujuk 2.1 Prosedur PengIslaman di Hidayah Centre.

      Pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669.

    • Ada 🙂
      Hidayah Centre juga ada al-Quran dalam bahasa Inggeris untuk diberikan sebagai hadiah kepada saudara baru.

      Untuk dapatkannya, boleh datang ke pejabat HC di Taman Melawati ya !:)

  23. Salam..

    Sy brumur 29 (wanita) & telah bhijrah dperak (kerja) dlm 5-6thn…sy bkwn dgn sorg lelaki cina,dr segi personality orgnya sabar&baik..kmi bknln & bcdg utk kahwin dlm 2 thn nie,beliau menyatakn niat bhw dia ikhlas mmeluk islam dan ingin mmbina keluarga bsama.Blhkah tuan berikan alamat dimana/bagaimana utk dia mmpelajari d mmeluk Islam di ipoh perak…apakah procedur2nya..

    • Alhamdulillah.
      Semoga niatnya memeluk Islam ikhlas kerana Allah.

      Cik boleh hubungi Ahli Jawatankuasa Dakwah Negeri Perak, Encik Khusairi di talian 012-5078515 untuk urusan tersebut. Semoga dipermudahkan ! 🙂

      03-41089669 (Hidayah Centre HQ)

  24. terima kasih atas semua jawapan diatas …insyallah akan datang ke hidayah centre..saya ada menelefon ke pejabat puan/encik berkenaan saksi..perlukah bakal suami saya menghadiri kelas agama atau sebagainya..kalau di perkim perlikan 5hari tinggal bersama..adakah hidayah centre juga begitu…

    • Jika ditanya adakah bakal suami Cik perlu menghadiri kelas bimbingan Islam, jawapan saya adalah PERLU. Kerana dikhuatiri mereka yang baru memeluk Islam tetapi tidak memahami asas-asas Islam akan kembali kepada agama asal mereka.
      Apa yang penting disini, kita perlu kuatkan aqidah dan pegangan bakal suami Cik sebelum dia sah bergelar suami. Kerana tanggungjawab seorang suami dalam Islam amat berat. Antaranya, mendidik isteri mengikut telunjuk Islam yang benar, membimbing isteri dalam semua aspek kehidupan berumahtangga dan sebagainya.

      Hidayah Centre mengadakan kelas bimbingan kepada saudara baru pada setiap hari Isnin jam 8.30 malam – 11 malam. Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami Islam.

  25. Hi, saya ada lagi persoalan yang baru iaitu:
    1. Jika saya ingin menukar nama asal ke nama yang berunsur Islam dan baik tetapi saya tidak letak binti Abdullah dalam kad pengelanan, adakah ia dibenarkan dan sah sebagai Islam?

    2. Jika saya hadiri & belajari tentang Islam melalui kursus yang diberikan oleh HIDAYAH CENTRE, adakah selepas pengIslaman & pendaftaran saya masih lagi wajib menghadiri Kursus Intensif Fardhu ‘Ain atau Kelas Asas Fardhu ‘Ain?

    3. 4 keping gambar ukuran saiz Kad Pengenalan / Paspot yang diperlukan untuk process pengIslaman ini adakah diwajibkan saya untuk memakai tudung?

    4. Waktu perkhidmatan yang tertera diatas adalah waktu perkhidmatan HIDAYAH CENTRE? Adakah Centre dibuka pada cuti awam (jika jatuh pada Isnin-Jumaat)?

    5. Adakah HIDAYAH CENTRE menyediakan/memberikan kursus pengajaran/guidelines untuk bakal Isteri?

    • Menjawab soalan :
      1. Boleh, tiada masalah. Nama asal boleh dikekalkan jika ia membawa maksud yang baik. Nama bapa juga akan dikekalkan jika diminta oleh pemohon.

      2. Kelas bimbingan di Hidayah Centre adalah berterusan. Tetapi ia tidaklah menjadi kewajipan. Cumanya, adalah lebih baik bagi yang baru mengenali Islam untuk mempelajari & mendalami Islam untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim.

      3. Sesetengah Jabatan Agama mewajibkan bertudung. Kerana Kad Akuan Memeluk Islam yang akan dikeluarkan akan digunapakai sehingga suatu tempoh yang lama. Jadi, lebih elok & manis jika bertudung 🙂

      4. Hidayah Centre beroperasi sama seperti institusi kerajaan. Akan ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti-cuti umum.

      5. Kami bersedia membantu jika ia diperlukan secara peribadi. Belajar secara ‘one to one’.

  26. Sy sorang pnganut agama kristian,brusia 18t
    Pn.mak sy tlah mmeluk agama islam ketika beliau brkhwin baru pada thun 2005. Ktika usia sy 11thn.nmun sy tdk turut srta untk mmeluk agama islam.ketika sy ditngkatan 3,sy mula brmnat blajar ttang islam dn ade niat untk mmeluk agama islam.nmun sy x bgtau kluarga sy ttang prkara ni dn sy just bgtau rakan2 ttang niat sy.adakah akn mmberi ksan kpada ibu sy sekiranya dy tau sy msuk islam secara mngejut..sy dh mrancang smua ni snyap2 tnpa pengetahuan ibu sy.just mnunggu masa untuk pergi mndaftar di pjbat agama.

    • Selamat sejahtera saudaraku, subahanallah saudaraku, Kami amat mengalu-alukan kedatangan saudara ke pejabat kami. Hubungi bro Zun atau Sis Alya di 03-41089669. Jika sempat, terus sahaja datang ke pejabat kami. Moga Allah permudahkan urusan saudara. 😉

  27. assalamualaikum. saya dah memeluk agama Islam tahun lepas. saya akan nikah bulan Jun. saya ada beberapa soalan untuk ditanya disebabkan saya keliru sangat dgn procedur untuk nikah. senarion saya adlh seperti beikut.

    bsaya berasal dr Sarawak & telah bermastautin di selangor lebih kurang 7 tahun.
    saya memeluk agama Islam thn lepas di MAIS Shah Alam.
    bulan 6 ini, Insya Allah sy akan nikah.
    saya akan nikah di Kemaman.
    saya telah pergi ke JAIS Shah Alam tetapi penjelasan yg diberi agak keliru.
    soalanya:
    bile borang dah siap diisi, adakah sy perlu sertakan apa2 borang dari pihak lelaki untuk dihantar ke JAIS Selangor?
    saksi 2 org kena hadir semasa penghantaran borang?

    tolong lah selesaikan kebuntuan sy ini. atau ada mana2 ustazah yg blh sy rujuk?

    Terima Kasih.
    Nuraisyah Hii

  28. hye..sye non-muslim jgk,n teringin nk msuk islam…da lame sye minat dah,n 2 thn sye xmkn benda2 tak HALAL…posa sye pun ade jgk..sye ingin nk blaja lg byk benda2 islam boley?takot lpas convert,comfused pulak..byk org kate pas msuk baru bley blaja..btol ke??? lgpun sekg sye tgh plan nk msuk skola pondok,skola pondok utk muslim je ke??non-muslim nk msuk blaja boley??umo sye sekg 20an..thx~

    • Salam sejahtera dan hi saudaraku! Tahniah kerana ingin masuk Islam. Jemputlah datang ke pejabat kami dan hubungi Bro Zun Arif @ Sis ‘Alya 03-41089669. Alhamdulillah Allah menjaga diri saudara untuk tidak memakan makanan yang dilarangNya. Tahniah! Seronok kami dengar. 😉

      Untuk belajar agama Islam, sama ada Muslim atau bukan Muslim boleh belajar…tiada masalah. Jika ada sebarang pertanyaan tentang Islam datanglah ke pejabat kami ye. 😉 insya’Allah kami akan bantu sedaya uapaya kami. Ilmu itu milik Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya, jadi tak perlu masuk Islam baru nak belajar agama Islam yer…sekarang pun boleh.

      Untuk masuk sekolah pondok, memang lebih baik setelah memeluk Islam agar ilmu dan amalan yang ada sbg Muslim, Allah akan tambah lagi rahmatNya kepada saudara. Jadi, jemput datang ke pejabat kami yer. 🙂

      Moga ia membantu saudaraku. Kami tunggu saudara dgn hati terbuka… 🙂

  29. Hi, saya nak masuk islam, saya mempunyai kesukaran yang teramat sgt sebab pressure dr family. family sy org kristian, confirm kalau masuk islam – masalah besar…so sy bercadang nak tinggalkan segalanya utk islam.

    apa yg sy perlu lakukan, sy tak tahu siapa pun , sy nak dptkan bantuan dr siapa? lpas tu kalau sy nak berumah tangga siapa nak jadi wali saya? saya takut dipandang serong dan tiada siapa sanggup mengahwini saya?

    tolong sy? dan berkenaan kelas fardhu ain, kalau sy tk dpt mengikutinya, adakah sy masih dpt memeluk agama islam.

    • Selamat sejahtera saudaraku!
      Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ruina adalah antara insan yang dipilih oleh Allah untuk menerima hidayahNya.
      InsyaAllah, kami di Hidayah Centre akan membantu sedaya upaya.

      Kebiasaannya, mereka yang menyatakan hasrat untuk memeluk Islam kepada keluarga akan mendapat tentangan. Tetapi, ada juga ibu bapa yang bersifat terbuka dan menerima dengan baik keputusan tersebut. Walaupun keluarga menentang, sabagai anak Ruina tidak sepatutnya terus mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga. Kerana Islam tidak memutuskan hubungan kekeluarga meskipun keluarga kita berlainan agama dan kepercayaan. Bahkan, Islam sangat menganjurkan anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Faktor perbezaan agama tidak menghalang kita melakukan kebaikan kepada ibu bapa.

      Apa yang boleh dilakukan?
      – Sis boleh cadangkan supaya Ruina terus tinggal dengan keluarga walaupun selepas memeluk Islam. Tetapi harus menjaga dari segi penyediaan makananan halal.
      – Jika keluarga menghalau Ruina dari rumah, segera hubungi Sis untuk Sis dapatkan bantuan penempatan sementara keadaan pulih.
      – Soal wali, insyaAllah akan dibimbing oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Unit Perkahwinan.
      – Jodoh kita telah ditentukan oleh Allah. InsyaAllah, pasti ada yang terbaik untuk Ruina.

      Jika Ruina berhajat mengikuti kelas bimbingan Islam sebelum atau selepas memeluk Islam, Sis perlukan maklumat dimana Ruina tinggal sekarang untuk Sis aturkan.
      Memeluk Islam hanya memerlukan kefahaman bahawa Islam adalah agama yang benar dengan mengakui bahawa hanya Allah tuhan yang layak disembah dan penyaksian bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah.

      Semoga membantu.
      Sebarang persoalan, boleh terus hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

      Sis Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah,
      Hidayah Centre Pusat.

  30. assalumualaikum….cy ada kkasih(christian catolic),dye ingin mmeluk agama islam untk brkhwen dgn cy…cy nk dye mendalami islam dan mgamalkn cara hidup islam sebaik mungkin…tp skrg cy xthu d mna boleh cy mdftarkn kwan cy untk memeluk islam…bleh ke cy pergi hidayah center d penang (sbb kmi brdua tinggal d penang) dan siapa yang hrus cy jmpa d cna??bleh ke cy mdpatkn contact number sesiapa y menguruskn hidayah center d penang?cy btl2 mmerlukan dr hidayah center untk mbntu kwan cy mmeluk agama islam…

    • Wa’alaikumussalam.
      Boleh hubungi pengurus Hidayah Centre Pulau Pinang, Encik Yusni Ghazali 019-5266677.
      InsyaAllah akan membantu 🙂

      Sis Alya,
      03-41089669

  31. hi sy bercinta dgn seorang yg bukan islam tp lama kelamaan dia sudah ingin memeluk islam atas 2 perkara iaitu cinta terhadap sy dan cinta terhadap islam.

    Skrg fmly sy org melayu mcm mana kalau fmly sy tk terima dia walaupun dia muslim tp org india.

    mcm mana sy nk atasi masalah ni,, sy sgt cintai dia dan dia sgt syg pada sy..ada apa2 jalan untuk masalah seperti ini…

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh & hi saudariku!

      Terima kasih atas soalan yang diajukan itu. Moga Allah memudahkan urusan saudari dalam hal sebegini.

      Sekarang ini teman saudari kena belajar agama Islam terlebih dahulu setelah memeluk Islam. Yang penting sekarang, teman saudari itu mesti ada asas dalam agama Islam agar beliau kelak boleh ambil tanggungjawab sebagai suami dan mampu membimbing saudari sebagi isteri dan anak2 kelak. Memang cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah swt tapi saudari kena ingat adakah cinta kalian berdua kerana Allah atau hanya kerana kehendak semata-mata.

      Bukannya kami nak menakut-nakutkan saudari tapi kami sayang saudari 🙂 agar masa depan saudari terjaga jika dapat suami yang benar2 bertanggungjawab tentang agama, diri dan keluarganya nanti. Kami takut jika teman saudari tak betul2 boleh pikul tanggungjawab sebagai suami kelak.

      Fokus belajar agama Islam dulu begitu juga saudari. Kemudian dalam 1 tahun sudah belajar agama betul2 mintalah keluarga angkat teman saudari itu datang masuk meminang. Tujuannya agar jika keluarga saudari tidak berpuas hati, keluarga angkat teman saudari yang membantunya boleh menjelaskan keadaan atau perubahan yang berlaku pada teman saudari.

      Moga Allah memudahkan urusan saudari. Berdoalah pada Allah agar teman saudari betul2 boleh bersedia sebagai suami yg baik dan keluarga saudari terbuka hati menerimanya sebagai menantu mereka kelak. 😉

      • jika keluarga saya masih mementingkan warna kulit dalam perkahwinan kami walaupun teman sy sudah memeluk islam, adakah ini wajar? islam tidak mengajar perkara seperti ini. Nabi Muhammad SAW pernah berkata bahawa an ARAB and a non Arab has no difference in Islam.

        Bagaimana?

      • Salam saudari yang dikasihi,

        Memang benar ajaran dalam Islam memilih jodoh bukanlah memilih pasangan berdasarkan warna kulit tetapi melalui 4 perkara iaitu : harta, keturunan, cantik dan agama. Cuma penekanan diberikan adalah memilih jodoh berdasarkan agama itu lebih penting dan terjamin rumah tangga.

        Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith Imam Bukhari dan Imam Muslim.

        Yang penting sekarang ini, saudari kena fahami dulu apa kriteria suami yang keluarga saudari inginkan. Dalam masa yang sama, saudari berbincanglah dengan baik. Keluarga saudari sayangkan saudari sebenarnya sebab itu mereka nak saudari bertindak dengan lebih matang dalam hal ini.

        Dan yang paling bagus adalah apa yang bakal suami dan saudari sendiri boleh buktikan pada keluarga saudari bila kalian berdua berumah tangga kalian boleh jadi suami isteri yang baik, soleh dan solehah serta menjadi contoh kepada adik beradik lagi. Jika keluarga saudari mampu membimbing dan mendidik bakal suami itu masya’Allah lebih baik sebenarnya.

        Tetapi saudari kena ingat ya.. bahawa jika si suami terutama saudara baru tidak mampu membimbing saudari dan keluarga saudari dari segi agama terutamanya, pengalaman kami di HC, ramai dikalangan mereka bercerai. Bukan nak takut2kan saudari tapi kami nak saudari berfikir panjang dan lebih matang.

        Buatlah istikharah saudari mohon petunjuk dari Allah. Minta yang terbaik untuk saudari. Kami doakan agar saudari menemui jalan yang terbaik dan hidayah dari Allah serta jumpa bakal suami yang lebih baik untuk kebahagian saudari di dunia dan akhirat. 🙂 amin3 ya Robb.

  32. assalamualaikum wbt.
    Saya mempunyai minat untuk berkahwin dengan saudara baru. Saya masih bujang dan berumur 33 tahun. Saya telah berkawan dengan lelaki cina selama 6 tahun namun hubungan kami telah putus. Maaf jika email ini tidak tidak sesuai untuk ruangan ini. Ini email add saya cherrievalley@gmail.com
    sekian..

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Masya’Allah moga Allah jodohkan saudari dengan saudara baru yg baik dan menjadi contoh pada saudara2 baru yang lain.

      Jika saudari berminat, silalah ke mana2 NGO Islamik spt Hidayah Centre, MACMA, Al-Hidayah, PERKIM dsb untuk menanyakan tentang saudara baru yang masih bujang dan ingin berkahwin. Jumpalah mana2 pegawai NGO tersebut untuk nyatakan hasrat saudari itu. Jika tak keberatan, bawalah resume ringkas tentang saudari untuk lebih mudah pegawai NGO itu kenal sedikit tentang saudari dan boleh cadangkan dengan saudara baru yg sesuai/sepadan.

      Moga Allah permudahkan urusan saudariku. 🙂

  33. Di mana saya buleh mengikuti kelas megenai Islam di area KL/Selangor?, saya bercadang ingin mempelajari Islam sebelum saya memeluk Islam, ada tak kelas dalam bahasa mandarin?

    • Salam sejahtera saudariku,

      Terima kasih banyak2 kerana sudi nak belajar agama Islam dan berhajat menjadi Muslimah yang solehah. Moga Allah merahmati dirimu saudariku.

      Saudari rujuk dalam blog kami ini di Bahagian 2.3.7. Kami memohon maaf sebab kelas dalam bahasa Mandarin belum ada tapi saudari boleh pergi ke PERKIM Jalan Ipoh, KL.

      Moga ia membantu saudari. 😉

  34. Hi, saya tinggal kat PJ. Saya nak tahu adakah Pusat Hidayah Centre buka pada isnin 17th Sep? Pusat mana yg terdekat yg boleh saya pergi utk memeluk Islam? Saya warganegara asing. Dokumen apa yg perlu bawa utk proses Pengislaman? Kalau saya under permit visa macam mana? bolehkah saya peluk Islam juga? kalau saya nak kahwin macam mana prosedur? secepat bila boleh saya kahwin dengan teman saya yg sudah 7thn bersama?

    • Salam sejahtera.
      17 Sept. Hidayah Centre ditutup kerana cuti umum. Begitu juga dengan Jabatan Agama Islam lain yang menguruskan hal berkaitan.
      Jika di PJ, Cik boleh terus pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Subang Jaya/Petaling. Dokumen perjalanan bagi warga asing yang memohon memeluk Islam di Malaysia mestilah sah dari tarikh dipohon.

      Alamat :
      Tingkat 1, Menara Utara,
      Bangunan Sultan Idris Shah,
      No.2 Persiaran Masjid,
      Seksyen 5, Shah Alam.
      Tel : 03-5514 3618/ 03-5514 3613

      Segala prosedur pengIslaman akan dijelaskan oleh pegawai di Jabatan Agama Islam. Begitu juga berkenaan prosedur perkahwinan selepas pengIslaman.
      Cuma, secara peribadi saya ingin ingatkan supaya niat Cik untuk memeluk Islam mestilah ikhlas kerana kefahaman yang jelas terhadap kewajipan selepas memeluk Islam. Bukan atas faktor lain seperti mahu berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam.

      Cik Alya,
      03-41089669.

      Semoga membantu!

  35. Assalamualaikum..

    Saya memiliki seorang kekasih warganegara philipines yang beragama kristian.3 tahun saya berkawan,dalam masa itu saya dgn sedikit menjelaskan islam kepada dia.dia rela memeluk agama islam.dan kami bercadang untuk bertunang dahulu sebelum barkahwin.soalan saya ialah;

    1) apakah langkah2 dan garis panduan bagi saya bertunang dan berkahwin.

    2) saya berkerja di brunei perlukah saya membawa dia balik malaysia (Selangor) untuk tujuan memeluk islam.atau saya terus bawa ke HC,

    3) ibu bapa saya tidak bersetuju saya berkahwin dengan dia sebab beragama lain dari islam.

    semoga saudara HC dapat membantu.

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah..

      Alhamdulillah. Dengan sedikit usaha saudara, ganjarannya amat besar disisi Allah SWT. jika teman wanita tersebut tergerak hati untuk memeluk Islam.

      1) Dalam Islam, haram meminang orang yang belum Islam (Tsaqafah Zaujiyyah). Sebaliknya, urusakan pengIslamannya terlebih dahulu.

      2) Jika saudara bekerja di Brunei dan dalam masa yang sama dia juga bekerja di sana, saya cadangkan supaya urusan pengIslaman terus dilakukan disana agar ia mudah dilaksanakan. Atau pada pandangan saudara sendiri urusan tersebut lebih mudah dilakukan di Malaysia?

      3) Dalam hal ini, saudara perlu dengan yakin menjelaskan kepada ibu bapa bahawa agama Islam sendiri mengharamkan perkahwinan berlainan agama (kahwin campur agama seperti yang diamalkan sesetengah masyarakat Indonesia). Jadi, untuk menghalalkan tuntutan tersebut wanita yang menjadi pilihan saudara akan menjadi saudara seagama dan seakidah dengan mereka. Saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang bersikap terbuka apabila anak mereka menyatakan hasrat untuk mengahwini lelaki/wanita warga asing. Lebih menarik lagi, apabila mereka turut membantu menyokong dari belakang. Dalam urusan hati, berdoalah kepada Allah. Semoga Allah bukakan hati kedua ibu bapa saudara untuk menerima keputusan tersebut seterusnya mempermudahkan segala proses berkaitan.

      Semoga Allah permudahkan segala urusan saudara.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre
      03-41089669/ hidayah.centre@gmail.com

  36. Salam
    Sy ingin bertanya sekiranya sesorang lelaki bukan islam yg telah berkahwin dan ingin masuk islam tetapi dia ingin rahsiakan drp pengetahuan isteri dan keluarga. Boleh ke? Perlukah dia menceraikan isterinya?

    • Wa’alaikumussalam..
      Islam tidak menghalang sesiapa juga untuk kembali kepada agama fitrah ini.
      Urusan pengIslaman tidak memerlukan kebenaran ibu bapa atau isteri/keluarga melainkan bagi kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun pada tarikh dia memohon untuk memeluk Islam. Tidak perlu menceraikan isteri. Sebaliknya, dia haruslah cuba memujuk Islam supaya mengikut jejak langkahnya memeluk agama Islam.

      Semoga membantu! 🙂

  37. Assalamualaikum, 

    saya ingin bertanya sedikit tentang perkhawinan campur,saya ada perancangan untuk berkhawin dengan seorang wanita berbangsa cina. 

    Jadi saya ingin tahu tentang proses yang perlu dilakukan daripada sebelum sehingga selepas teman wanita saya memeluk islam. Dan tentang proses perkhawinan pula bagaimana?adakah kami perlu bertunang dahulu dan kemudian berkhawin?saya juga keliru tentang siapa yg boleh menjadi walinya. 

    Dan mungkin sedikit tips dari ustaz bagaimana untuk berdepan keluarganya kerana mereka beragama budha,bantu ustaz sangat saya hargai.

    Sekian terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah..
      Alhamdulillah. Tahniah! Semoga Allah permudahkan urusan jodoh encik.

      Sebelum melalui proses pertunangan atau perkahwinan, encik perlu urusakan terlebih dahulu urusan pengIslaman wanita tersebut.
      Kerana Islam melarang perkahwinan berlainan agama.

      Proses PengIslaman :
      Encik boleh memilih sama ada membawa bakal isteri encik ke Hidayah Centre atau mana-mana Pejabat Agama Islam terdekat untuk urusan tersebut.
      Dokumen yang perlu dibawa adalah salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia/ pasport bagi bukan warganegara. Juga, 4 keping gambar berukuran pasport.
      Encik sendiri boleh menjadi saksi pengIslaman tersebut. Mudah bukan? Selepas Kad Akuan Memeluk Islam dikeluarkan, barulah encik boleh mengambil tindakan seterusnya untuk perkahwinan seperti bertunang dahulu dll hal.

      Perkahwinan :
      Seperti biasa, setiap warganegara Malaysia Islam yang memohon untuk berkahwin diwajibkan mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan. Untuk pengetahuan encik, pertunangan adalah sunnah. Bukan perkara wajib. Jadi, jika encik memilih untuk terus mempercepatkan proses perkahwinan, teruskan 🙂 Tiada halangan. Berkenaan wali, usah dibimbangkan. Kerana bagi muallaf wanita yang mana ibu bapanya belum Islam secara automatik akan menggunakan wali hakim. Untuk hal tersebut, boleh terus berurusan di Unit Perkahwinan Jabatan Agama Islam. Mudah InsyaAllah.

      Tips :
      Biasanya, keluarga muallaf (yang belum Islam) memang susah untuk menerima kehadiran orang baru yang berlainan kepercayaan/agama dengan mereka. Pun begitu, tidak dinafikan ada ibu bapa muallaf walaupun belum Islam, tetapi bersikap terbuka dalam hal tersebut. Dalam hal ini, encik perlu mendekati mereka step by step. Mungkin boleh mulakan dengan menziarahi mereka & bawakan buah tangan (mungkin boleh tanya bakal isteri apa kegemaran ibubapanya). Kemudian, disusuli dengan bertanya khabar melalui telefon, emel dll. Dan yang paling penting, berdoa. Semoga Allah lembutkan hati mereka menerima encik menjadi sebahagian keluarga mereka & mungkin sekaligus menerima Islam sebagai cara hidup mereka. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar setiap rintihan dan doa hambaNya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh memohon.

      Semoga dipermudahkan segala urusan !

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  38. Selamat sejahtera,

    Saya menetap di Seremban dan telah lama berminat untuk memeuk islam. Masalah saya adalah saya tidak tahu tempat mana untuk saya tuju dan apa yang perlu saya lakukan untuk menuju ke jalan Allah. Boleh bantu saya?

    • Salah sejahtera saudaraku…
      Mohon maaf atas kelewatan menjawab pertanyaan Cik/Puan.
      InsyaAllah, pihak Hidayah Centre Seremban akan membantu.
      Cuma, kami perlukan maklumat seperti lokasi, no. telefon perhubungan dll yang dirasakan perlu.
      Mohon jasa baik Cik/Puan emel personally maklumat berkaitan.
      Semoga Allah permudahkan 🙂

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669
      hidayah.centre@gmail.com

  39. salam sejahtera,

    saya seorang berbangsa cina dan beragama buddha. saya ingin menanya. sekiranya saya convert ke agama islam, di manakah harus saya belajar agama islam? ada tak pusat belajar di seremban ?

    sekian. terima kasih.

    • Salam sejahtera saudara Joseph.
      Untuk pengetahuan saudara, terdapat banyak institusi sama ada bukan NGO atau badan kerajaan yang menganjurkan kelas bimbingan khusus bagi saudara baru yang juga terbuka untuk mereka yang belum Islam bagi mempelajari tentang Islam.
      Di Seremban sendiri, Hidayah Centre mempunyai cawangan di sana. InsyaAllah, urusan bimbingan akan kami bantu sebaiknya.

      Pertanyaan lanjut, dialukan untuk terus menghubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.
      Semoga Allah mempermudahkan urusan saudara.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      hidayah.centre@gmail.com

  40. Assalamualaikum.

    Saya sedang mengenali seorang lelaki warga asing dan beragama Atheist. Dia telah menyatakan yang dia ingin menjadikan saya isterinya dan sanggup untuk memluk Islam. Dan hasratnya itu telah saya sampaikan kepada keluarga. Alhamdulillah keluarga tidak membantah malah memberi sokongan untuk memberinya masa mempelajari dan mendalami Islam dgn lebih mendalam. Walaubagaimanapun, apabila kami berbincang mengenai Islam lebih-lebih lagi bab akidah saya tidak dapat menjawab pertanyaannya dengan baik. Hasrat saya adalah saya ingin dia mengenali dan memahami ape itu Islam dan Iman terlebih dahulu tetapi saya tidak tahu yang perkara apa perlu saya utamakan/jelaskan dahulu. Harap pihak Hidayah Center dapat membantu saya.

    Terima Kasih.

    • Wa’alaikumussalam.

      Alhamdulillah. Gembira dengan berita ini. Semoga Sha menjadi penyebab lelaki tersebut memeluk Islam. Besar ganjarannya di sisi Allah.
      Kami berbesar hati sekiranya Sha dapat membawa lelaki tersebut ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk sesi penerangan tentang Islam. InsyaAllah, kami akan cuba menjawab segala pertanyaan atau kemusykilan. Jika Sha membuat keputusan untuk memberi penjelasan mengenai Islam sendiri kepada lelaki tersebut, sebaiknya terangkan mengenai tuntutan Rukun Islam dan Rujun Iman terlebih dahulu.

      Semoga Allah mengganjari setiap usaha kita mengajak manusia kepada Islam.
      Pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669 untuk kami bantu.

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ

  41. salam sejahtera,

    saya seorang berbangsa india. saya ingin tanya dua soalan. soalan pertama – apabila saya memeluk agama islam, adakah nama saya Davinder Singh A/L Mahinder Singh perlu ditukar kepada nama Islam, contohnya Mohammad Najib Bin Abdullah? soalan kedua – jika saya ingin belajar tentang agama islam, ada tak pusat belajar di melaka? boleh berikan nombor telefon pusat tersebut dan nama ustaz.

    sekian. terima kasih.

    • Salam sejahtera saudaraku.

      Kami di Hidayah Centre sedia membantu Encik.
      Jawapan :
      1) Tidak perlu. Seseorang yang memeluk Islam TIDAK diwajibkan menukar nama asal kepada nama Islam jika nama asal tersebut membawa maksud yang baik dan bukan nama sembahan/dewa/kepercayaan agama asal. Nama Encik boleh dikekalkan seperti nama asal, cuma A/L akan ditukar kepada perkataan Bin yang bermaksud ‘anak lelaki’.
      Maksudnya, nama Encik akan jadi begini: Davinder Singh Bin Mahinder Singh. Atau, Encik boleh juga mengekalkan nama asal dengan membuat penambahan nama Islam. Contoh: Muhammad Davinder Bin Mahinder.

      Terpulang kepada Encik untuk membuat keputusan tersebut kerana tiada paksaan dalam penukaran nama asal kepada nama Islam setelah memeluk Islam.

      2) Ada insyaAllah. Boleh hubungi Hj. Su’udi Arof di talian 013-8362163. Beliau adalah person incharge Hidayah Centre di Melaka.

      Pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.
      Semoga Allah permudahkan urusan Encik sekeluarga.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  42. Assalamuaalaikum wrh,

    Saya ingin memohon bantuan…mengenai seorang kenalan..beliau adalah seorg pekerja asing filipina yg telah memeluk islam di Filipina,beliau telah datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan..setelah berada disini..malang nasib beliau..dokumen passportnya telah dicuri.
    Walaubagaimanapun beliau telah mendapatkan semula passport baru menggunakan identiti adiknya yg masih beragama kristian….yang menjadi kerisauan beliau adalah bagaimana jika dia meninggal dunia nanti…pasti beliau akan dikebumikan cara kristian kerana agamanya dlm passport adalah kristian…
    Bagaimana kita boleh membantu beliau utk dapatkan dokuman yang menyatakan yg beliau adalag seorang muslim..sudikah hidayah center membantu?

    Dr Naza
    Ampang Jaya.

    • Wa’alaikumussalam..

      Saya akan pastikan prosedur mendapatkan semula dokumen perjalanan yang hilang dengan pihak imigresen dan akan maklumkan kepada Dr. dalam kadar segera adakah boleh menggunakan identiti individu lain untuk dokumen perjalanan di Malaysia.

      Untuk mengesahkan status Islam beliau, Hidayah Centre akan mengeluarkan satu surat rasmi yang menyatakan bahawa beliau adalah seorang Islam dengan menyertakan tarikh memeluk Islam serta saksi pengIslaman tersebut. Kami amat mengalukan kehadiran Dr bersama kenalan tersebut untuk kami bantu.

      Semoga Allah mengganjari setiap usaha kita di jalan Allah ini.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  43. Hi,

    Im Beau here.I just want to know more about how to convert to Islam.Im getting married soon with arab muslim guy.My parents agreed with my converting and marriage. I learned few about Islam. Heard stories and read about Solat,etc. It took me almost 6 years to openly accept Islam as my religion.I found it very difficult as in the begining,my family opposed it.But i kept praying to god,hoping that one day god will open their heart to accept it,to agree with my marriage. Finally god heard my prayer.Im really happy and praise to god.Now,we decided to get married as soon as possible.I need your help to make it easy for me as i have to handle everything by myself.What shall i do?Im ready to convert to Islam because Islam is beautiful.I want to learn more.My future husband can help me by teaching me more about Islam in future since he understand well in arabic and Islam religion.Should be no problem.But since im a local,i need some help.Im staying in Cheras. Is there any nearest place that i can take Class for the converting and what is the procedure to get married with non local guy?How shall i go through the registration and nikah?
    I really appreciate if you can help me.
    Hope to hear from you soon.May god bless you.Thank you.

    • Salam

      Miss Jacqueline, may this email reach you at the highest state of health.

      Congratulation for being interested to know more about the beauty of Islam as the complete way of life. Islam is a very simple and practical religion. It is also the fastest growing religion in the world.

      To convert (revert should be the right word) is very easy. You can come to our office so that we can complete the procedure. It is by testifying that there is no god worth to be worshiped except Allah. And to also witness that the prophet Muhammad is the last messenger of Allah.

      Further, will be informed during the testimony. Please do come to our office and we will be very happy to guide you.

      Yours sincerely

      Mrs. Zun Arif Hakim
      Manager of Hidayah Centre HQ

  44. assalamualaikum… sy mohon bantuan pihak hidayah centre. saya telah merancang perkahwinan dengan bakal isteri saya yg beragama kristian. ibu bapa saya merestui hubungan sy.

    soalan saya:
    1. bolehkah saya membawa bakal isteri saya pergi terus ke hidayah centre untuk convert. dia sudah bersedia untuk convert dan saya mahu dia belajar tentang islam sebelum melangsungkan perkahwinan pd tahun depan.
    2. dimana akan berlangsungnya akad nikah kerana dia akan menggunakan wali hakim samaada boleh akad dirumah pengantin lelaki atau di pejabat agama..

    • Waalaikumsalam….. saudara
      terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami… Tahniah kami ucapkan atas pengIslaman bakal isteri saudara serta perkahwinan yang akan dilansungkan.

      saudara:
      1) pihak kami berbesar hati dan berlapang dada menerima kedatangan saudara serta bakal isteri saudara. Antara perkhidmatan yang disediakan di Hidayah Centre adalah pengIslaman, Kelas saudara baru serta lain-lain urusan berkaitan saudara baru. saudara boleh hadir terus pejabat kami di Hidayah Centre, Pusat Bandar Melawati. seandainya pihak saudara mempunyai masalah, boleh terus menghubungi kami di talian 03-41089669…

      2) saudara, benar, perkahwinan saudara akan menggunakan wali hakim, saudara boleh melansungkan akad nikah di rumah saudara atau pejabat agama berdekatan. untuk mendapat lebih penjelasan berkaitan hal ini, saudara boleh terus berhubung dengan pejabat agama Islam berdekatan.

      * pihak kami harap, jawapan ini mampu memberi pencerahan serta memudahkan urusan saudara

      sekian, terima kasih

      Noor Erma Azila Mohd Pawzi (Cik Erma)
      Hidayah Centre

  45. Saya berbangsa cina, ingin bertanya sedikit tentang perkhawinan campur,saya ada perancangan untuk berkhawin dengan seorang lelaki muslim.

    Jadi saya ingin tahu tentang proses yang perlu dilakukan daripada sebelum sehingga selepas saya memeluk islam. Dan tentang proses perkhawinan pula bagaimana?adakah kami perlu bertunang dahulu dan kemudian berkhawin?saya juga keliru tentang siapa yg boleh menjadi wali saya kerana keluarga saya tidak setuju saya berkahwin dengan muslim dan juga masuk islam.

    Dan mungkin sedikit tips dari ustaz bagaimana teman lelaki saya untuk berdepan keluarga saya kerana mereka beragama budha,bantu ustaz sangat saya hargai.

    Sekian terima kasih.

    • Salam sejahtera saudari Chan.
      Semoga Allah tunjukkan jalan keluar terbaik dalam masalah ini. Alhamdulillah, hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Termasuklah melalui perkahwinan dengan lelaki/wanita Muslim. Saya ucapkan tahniah atas keputusan saudari untuk memeluk Islam. Tahniah juga untuk perkahwinan yang akan dibina.
      Sedikit penjelasan mengenai persoalan saudari :

      1) Proses pengIslaman kebiasaanya tidak mengambil masa yang lama. Permulaannya, saudari akan diterangkan secara ringkas asas-asas yang perlu diketahui dalam Islam iaitu Rukun Islam dan Rujun Iman. Jika saudari telah jelas dan faham erti sebenar menjadi seorang Islam, proses akan diteruskan dengan sesi melafazkan syahadah iaitu lafaz yang membawa maksud ” Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”. Selesai lafaz dengan membenarkan dalam hati, sah lah saudari sebagai seorang Muslim.

      Proses seterusnya adalah pendaftaran pengIslaman di Pejabat Agama Islam terdekat. Jika di Kuala Lumpur, pendaftaran akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Proses disini jugak tidak memakan masa yang lama. Lebih kurang 40 minit ke sejam sahaja.

      2) Selepas selesai urusan pengIslaman, saudari boleh terus uruskan permohonan perkahwinan. Borang permohonan boleh di ambil di Pejabat Agama tersebut juga, di Bahagian Nikah, Cerai, Rujuk (Perkahwinan). Ikuti kursus Pra-Perkahwinan. Mudah insyaAllah.

      3) Bagi saudara baru yang tidak ada wali, akan menggunakan wali hakim. Jadi, saudari tidak perlu risau ya 🙂

      4) Pengalaman saya menguruskan saudara baru, biasanya akan menghadapi tentangan dari keluarga untuk memeluk Islam, apatah lagi utk berkahwin dengan orang Islam. Tetapi, segalanya mungkin akan berubah jika bakal menantu mereka menunjukkan sikap dan peribadi yang baik dihadapan mereka. Cuba ambil hati melalui pemberian hadiah atau buah tangan ketika menziarahi mereka. Berbudi bahasa. Biasanya akan ambil masa sikit lah sementara mereka nak kenal dan baik dengan bakal suami suadari. Kena banyak bersabar dan sentiasa tunjukkan sikap yang baik. InsyaAllah, lama kelamaan mereka akan merasakan tiada apa yang perlu dihalang kerana bakal menantu mereka seorang yang baik dan pasti boleh menjaga anak perempuan mereka dengan baik.

      Satu perkara yang saudari perlu fahami dan jelaskan kepada kedua ibu bapa, Islam tidak sesekali memutuskan hubungan antara anak dengan ibu bapanya, begitu juga dengan ahli keluarga lain. Saudari tetap anak mereka. Yang berbeza cuma agama/pegangan. Masuk Islam juga bukan bererti saudari menukar bangsa. Saudari tetap berbangsa Cina, bukan Melayu. Salah faham inilah antara punca mereka menghalang saudari memeluk Islam.

      Berdoalah kepada Allah, semoga Allah melembutkan & membuka pintu hati kedua ibu bapa saudari untuk menerima keputusan saudari untuk memeluk Islam. Dan pastinya doakan mereka mendapat cahaya petunjuk daripada Allah.

      Semoga dipermudahkan segala urusan saudari!

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  46. Saya berasal dari Borneo dan merancang ingin berkahwin dengan pilihan kekasih saya (islam) pada awal tahun hadapan dan mengalami masalah untuk mendapatkan rujukan terbaik untuk saya memeluk Islam. Saya tidak mempunyai apa2 tentangan daripada keluarga, cuma ingin mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengislaman memandangkan saya jarang berada dimalaysia (bekerja di pelantar minyak). beberapa seoalan yang saya ingin tahu;
    1) Berapa lama proses untuk pengislaman?
    2)Bolehkah di selesaikan dalam seminggu termasuk penukaran IC dan sebagainya? Memandangkan cuti saya adalah sangat2 terhad.
    3) Apakah proses seterusnya untuk saya lakukan selepas pengislaman sebelum perkahwinan?
    3)Pusat pengislaman terdekat di kawasan Kuala Selangor/puncak Alam?

    Terima kasih

    • Salam sejahtera saudara idy.
      Alhamdulillah. Saudara insan terpilih oleh Allah untuk menerima hidayahNya.

      Menjawab soalan :
      1) Proses pengIslaman biasanya mengambil masa antara sejam hingga sejam 1/2 sahaja. Dimulai dengan penerangan tentang asas Islam yang perlu saudara cuba fahami secara berperingkat dan diakhiri dengan majlis syahadah. Selepas itu, pendaftaran pengIslaman akan dibuat di Jabatan Agama Islam/ Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan Kad Akuan Memeluk Islam.

      2) InsyaAllah boleh. Bergantung kepada usaha saudara juga untuk mempercepatkan proses. Kemaskini status agama pada I/C boleh dibuat selepas mendapat Kad Akuan Memeluk Islam.

      3) Selepas selesai urusan pengIslaman dan pendaftaran, bolehlah saudara ambil langkah pertama untuk urusan perkahwinan pula. Antaranya, menghadiri Kursus Pra Perkahwinan, mengisi borang permohonan nikah dll yang berkaitan.

      4) InsyaAllah pengIslaman boleh diuruskan di Kuala Selangor. Boleh saya dapatkan no telefon untuk kami hubungkan dengan PIC kami di sana?
      Semoga Allah permudahkan!

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah
      03-41089669

  47. salam hidayah centre. Saya bukan muslim dan merancang untuk convert. Saya nak tahu mengenai saksi. Adakah saksi tu hanya perempuan sahaja yang dibolehkan ataupun lelaki pun boleh?..Saya dah berkawan dengan teman lelaki saya selama setahun dan telah bercadang untuk mengakhiri hubungan tersebut dengan ikatan yang sah. Adakah boleh jika teman lelaki saya menjadi saksi?

    Sekian, terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam saudari!
      Alhamdulillah..Alhamdulillah…!
      Berkenaan saksi, bagi pendaftaran yang dibuat di Wilayah Persekutuan dan Selangor memerlukan 2 orang saksi.

      Syarat saksi adalah :
      1) Lelaki atau perempuan
      2) Beragama Islam
      3) Warganegara Malaysia

      Boleh sis tahu Mimi merancang untuk laksanakan proses pengIslaman bila dan dimana?

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah
      03-41089669

  48. Assalam HC,

    I’m Chong. Does HC need “Surat Pengakuan Membenarkan Suami Memeluk Islam” if I wanted to convert to Islam while my status is “Berkahwin”? This is the obstacle I’m facing while I wanted to convert today in Pejabat Agama Sipitang, Sabah. I was shocked to know this requirement. This resulted to I’m not been able to convert to Islam. Kindly give the best advice to me.

    Desperate Person

  49. salam sejahtera…saya bercadang untuk melakukan proses pengislaman saya di kuching, sarawak..dalam bulan depan. siapa yang boleh saya jumpa?

  50. Sy berhasrat untuk memeluk agama islam dgn rasminya setelah beberapa tahun mengkaji agama yg ada. Adakah wajib bagi sy membawa sorg saksi yg sy kenal? Atau ada disediakan saksi oleh pihak tuan sekiranya perlu? Adakah pihak tuan ada menganjurkan kelas2 fardhu ain sekitar ampang diluar waktu pejabat? Terima kasih.

    • Assalamualaikum… anonymous ..

      Semoga anonymous dan kawan anonymous berada dalam keadaan sihat sejahtera.. Phak kami mengucapkan TAHNIAH atas niat penghijrahan anonymous, pihak kami sangat mengalu-alukan kedatangan anonymous ke Hidayah Centre Foundation. berbalik kepada persoalan anonymous, anonymous hanya perlu membawa gambar 4 keping beserta kad pengenalan/ passport.. sekiranya ada saksi itu lebih baik, tapi seandainya tidak ada, pihak kami akan membantu. dan pihak kami akan uruskan dari syahadah serta pengdaftaran pengIslamn… ^_^

      Sekiranya anonymous, ingin maklumat lebih lanjut, boleh terus menghubungi pihak kami, pihak kami sangat mengalu-alukan kedatangan anonymous.. ^_^

      Sekian, Wassalam

      Cik Erma Azila
      Pegawai Dakwah (HCF)

Leave a reply to matt Cancel reply