2.2 Prosedur Pendaftaran Masuk Islam & Pemberian Kad Akuan Masuk Islam Serta Panduan Ringkas Selepas Masuk Islam di Jabatan- Jabatan Agama Islam di Lembah Klang.

  1. Hadir sendiri atau bersama saksi dan bersama pegawai Dakwah Hidayah Centre untuk mengisi borang Pendaftaran Masuk Islam.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas (termaktub pada akta 505), Surat Kebenaran Penjaga jika dibawah umur.
  3. Satu salinan Kad Pengenalan / Paspot (warga asing) beserta Visa / Dokumen Perjalanan yang masih sah.
  4. Membawa 2 orang saksi beserta salinan Kad Pengenalan Saksi (mesti) iaitu warganegara, beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas dan tertakluk kepada kehendak Pendaftar Mualaf.
  5. 4 keping gambar ukuran saiz Kad Pengenalan / Paspot.
  6. Surat Pengesahan Masuk Islam jika telah memeluk Islam di Masjid dan NGO-NGO Islamik seperti JIM, PERKIM, ABIM, MACMA, ACCIN atau lain-lain tempat.
  7. Kad Akaun Masuk Islam akan diserahkan selepas permohonan pendaftaran disempurnakan.
  8. Kad Akaun Mauk Islam hanya boleh dituntut oleh Mualaf (saudara baru) sahaja.
  9. DIWAJIBKAN menghadiri Kursus Intensif Fardhu ‘Ain atau Kelas Asas Fardhu ‘Ain anjuran mana-mana Jabatan Agama Islam / Cawangan Saudara Muslim pada tarikh yang telah ditetapkan bagi pendedahan awal tentang ajaran Islam.
  10. PengIslaman dan pendaftaran boleh dibuat pada waktu perkhidmatan pejabat agama Islam:

Isnin – Khamis:

8.00 pagi – 12.00 tengahari   ;  2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat:

9.00 pagi – 12.00 tengahari ; 2.30 petang – 5.00 petang

619 responses to “2.2 Prosedur Pendaftaran Masuk Islam & Pemberian Kad Akuan Masuk Islam Serta Panduan Ringkas Selepas Masuk Islam di Jabatan- Jabatan Agama Islam di Lembah Klang.

  1. boleh tanya…procuder memeluk islam akadakah wajib untuk kad perakaun bukan warga negara yang tidak menetap di Malaysia tetapi ingin memeluk agama islam di Malaysia?

    • salam..nak tanya…..apa prosedur kalau nak tukar ke nama asal?maksud saya,skrg dalam ic saya guna nama yg sdh convert masuk islam tapi saya nak tukar ke nama asal saya dulu seperti dalam surat beranak..?

      • Waálaikummussalam wrh wbh saudariku, Sarah

        Terima kasih atas soalan yang diajukan itu. :-)

        Tiada perubahan prosedur jika kekalkan nama asal. Cuma di borang pertukaran nama itu ada bahagian Nama Islam, saudari masukkan semula nama asal di bahagian tersebut.

        InsyaÁllah tiada masalah berlaku cuma mungkin ditanya sahaja kenapa kekalkan nama asal.

        Moga dipermudahkan urusan saudari. Allah loves you. May Allah bless you. ;-)

  2. Salam saudari, berkenaan kad perakuan Islam tu sebenarnya ia berfungsi untuk memudahkan kerja2 di dunia seperti jika berlaku kematian, kita boleh tahu bahawa saudara baru (SB) kita ini memang sudah memeluk Islam bagi tujuan :

    a) Mengelakkan perebutan mayat jika SB meninggal.
    b) Memudahkan proses pengkebumian.
    c) Mudah melakukan proses2 bantuan seperti urusan bahagian asnaf di mana2 jabatan agama dan mahkamah jika berlaku perkahwinan dgn rakyat tempatan.
    d) Proses penghantaran mayat SB jika ingin dikebumikan di negera asal SB dan diuruskan oleh masyarakat Islam di negara asal SB tersebut.

    Jadi, ia juga boleh dikatakan wajib untuk memudahkan urusan SB semasa SB ini hidup mahupun meninggal kelak.

    Terima kasih dengan pertanyaan cik/puan.

  3. assalamualaikum saudara/saudari..saya ingin mndptkan respon mengenai situasi saya. saya telah memeluk Islam 2 tahun yg lalu dan telah memiliki kad tersebut,ttapi saya tidak dberitahu tentang pndaftan kelas-kelas agama. Dan saya baru difahamkan bahawa golongan2 mualaf akan diberikan keistimewaan seperti kelas2 agama, keluarga angkat dan sebagainya. justeru itu, saya ingin tahu adakah keistimewaan ini juga disediakan di Sabah?sekiranya ia juga disediakan d sabah adakah saya mc berpeluang untuk menuntut keistimewaan2 tersebut?

  4. wa’alaikumsalam wrh wbh, tahniah puan/cik kerana memilih Islam sbg jalan hidup. untuk keistimewaanya sebegitu memang ada di Sabah. Puan/cik jika sudah ada di Sabah bolehlah hubungi PIC cawangan kami di sana iaitu En. Marsus Jabar 019-8622914 atau Ust Firdaus Said 010-9443779. Katakan info ini puan/cik perolehi dari saudara Johan di HC.

  5. Assalamualaikum. Saya just nak tanya kat jabatan mana saya boleh semak perakuan keislaman. Saya difahamkan bapa saya dulu dah masuk islam tapi saya tak ada perakuan keislaman beliau. Bapa saya mati Tahun 1996. Masalah ni timbul bila kami nak uruskan pembahagian pusaka.

    • wa’alaikumsalam wrh wbh. terima kasih atas pertanyaa putri liza. untuk masalah sedemikian, putri bolehlah pergi ke tempat asal kelahiran putri dan periksa di mana ayah buat kad pengenalan (KP) dahulu. selepas itu, jika dah tahu di daerah mana ayah putri buat KP. lepas dah tahu di daerah mana ayah putri buat KP, putri terus ke Jabatan/Majlis Agama di daerah tersebut. Jika tak jumpa, rujuk di Jabatan/Majlis Agama di peringkat negeri. Moga jawapan ini dpat membantu putri.

  6. Setelah saya masuk Islam, adakah saya perlu:
    1. Menukar nama
    2. Menggunakan nama Abdullah
    3. Berkhatan
    4. Menukar IC, passport, lesen, bankcards, credit cards, dll.
    Terima kasih.

    • Salam wahai sahabat. Tahniah kerana Islam menjadi panduan hidup anda. berkenaan pertanyaan putra tu. Jawapan no 1, 2 dan 4. Sebenarnya tidak perlu. Cuma ia menjadi perlu jika maksud nama putra itu tidak menunjukkan maksud nama-nama yang baik, menggunakan nama-nama tuhan berhala sbg cth Siva, Dajjal dsb. Jika nama putra itu adalah nama yang baik maka bolehlah ia dikekalkan. Cuma dalam Islam adalah lebih baik kita tukar nama bahawa menunjukkan kita adalah muslim seperti Yusuf Islam, Yusuf Estes, Mikail. ; ) Jawapan no. 3. Berkhatan adalah sunat bagi sesetengah pendapat ulama dan juga wajib bagi sesetengah pendapat ulama. Tapi bagi mengikuti sunnah Rasulullah saw adalah lebih baik berkhatan sebab nabi-nabi sebelum Muhammad saw juga berkhatan. dan sudah pasti ada kebaikannya jika seseorang lelaki itu berkhatan dari sudut kesihatan dan kebersihan. layari http://israelu09.blogspot.com/2009/08/persamaan-islam-dengan-kristian.html

  7. Assalamualaikum, saya ingin bertanya, benar kah setelah seseorang itu memeluk islam, hanya selepas setahun baru beliau dibenarkan berkahwin dengan pasangannya yang islam.

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh wahai putri Ana. Terima kasih dengan persoalan sedemikian. Mmmmm….Untuk pengetahuan putri, jika seseorang itu sudah memeluk Islam, ada asas-asas Islam yang kuat dan bersedia untuk berumah tangga, eloklah kiranya…cuma persoalannya adakah saudara baru ini mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri @ suami boleh berkahwin? Bolehkah dia menjadi seorang pemimpin yang boleh diteladani oleh anak-anaknya kelak? Sebenarnya tidak semestinya setahun. Melalui pemahaman kami, tempoh tersebut sebenarnya kita nak pastikan saudara baru ini ada asas-asas Islam, tahu hukum hakamnya dan boleh amalkannya dalam kehidupan sehariannya iaitu berlandaskan AlQuran dan AsSunnah. Hal ini penting kerana saudara baru kena fahami dan kuasai agar boleh diamalkan setelah menjadi seorang ayah @ suami kelak. Cuba putri bayangkan jika saudara baru ini menjadi suami putri dan dalam masa yang sama tidak mempunyai asas-asas Islam dalam dirinya malah menjadi ketua dalam keluarga? dan cuba pula putri bayangkan jika saudara baru ini menjadi suami putri dan dalam masa yang sama mempunyai asas-asas Islam dalam dirinya malah menjadi ketua dalam keluarga? Nampak tak betapa pentingnya ilmu ini dalam kehidupan kita? Moga ia membantu menjawab soalan putri. tq

      • Salam sejahtera saudaraku,

        Jutaan terima kasih atas pertanyaan. Bagus soalan tu sampai tertanya2 kami… ;-)

        Untuk pengetahuan saudara, pengIslaman sesorang itu jadi sah walaupun disebabkan dia ingin berkahwin. Bila seseorang itu mendapat hidayah Allah, maka tidak kiralah apa sebabnya (yang baik dan menjurus kepada Islam) seseorang itu akan masuk Islam. Jika di Malaysia, majoriti mereka yang memeluk Islam disebabkan mereka berkahwin dengan pasangan mereka yang Muslim. Tiada masalah. :-)

        Pengalaman di HC, bukan sahaja seseorang itu memeluk Islam sebab berkahwin, malah ada yang disebabkan kajian, mimpi yang baik, persahabatan, tarikan budaya Muslim, perwatakan, keperibadian, melihat Muslim solat, cara Muslim menutup aurat, mendengar azan dan sebagainya.

        Jadi, tiada masalah untuk masuk Islam sebab berkahwin. Jemputlah datang ke pejabat kami untuk sedikit garis panduan dan bimbingan untuk saudara.
        Moga urusan saudara dipermudahkan. Tahniah kami ucapkan! ;-)

    • Salam putri azlina. terima kasih banyak-banyak atas persoalan ini. Mohon putri klik 2.0 Prosedur & Panduan kemudian klik ke 2.3 Panduan Ringkas Selepas Masuk Islam di Jabatan-Jabatan Agama Islam di Lembah Klang. moga ia dapat membantu putri.

  8. assalamualaikum….
    sy nak tnya teman lelaki berwarga nigeria….
    dia ingin berkahwin dengan sy…..
    dia pernah bertnya perlukah dia berkhatan….? dan sy brkata perlu…..
    dia brkata sakit x…? sy jwb sy xthu…. apa skrg yg sy prlu buat….

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudari. Terima kasih banyak2 dengan persoalan sebegitu. Untuk makluman saudari, bagi mereka yang ingin memeluk Islam, mualaf ini perlu ditekankan adalah hal-hal tentang aqidah iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman sebagai contoh. Itu yang lebih penting dalam kehidupan sebagai mualaf terutamanya mualaf lelaki kerana mereka inilah bakal pemimpin rumah tangga kelak. Tentang berkhatan itu perlu dibuat kemudian kerana bila mualaf ini sudah timbul cinta dan sayangnya pada Allah dan Rasul, hal tentang syariat insya’Allah, mualaf itu akan buat kemudian. Dengan teknologi sekarang, tahap sakit itu semakin kurang, jika sakit pun macam gigitan semut sahaja (berdasarkan pengalaman membawa mualaf berkhatan). Teknik “Smart Klamp” sekarang makin banyak digunakan. Saudari bolehlah melihat internet dan dapatkan maklumat lanjut tentang hal ini. Moga info ini membantu saudari. :-) tqvm

  9. saya ingin tanya, sya sudah bercinta dgn seorg lelaki yg beragama islam selama 5tahun dan saya juga telah diajar sedikit pemahaman tentang islam oleh kwn2 di universiti.. tetapi mempunyai halangn dari bapa saya utk memluk islam.. mcm mana itu? adakah sy xboleh masuk islam? bolehkah bila sy masuk islam dan terus berkahwin memandangkan umur agak lanjut.. terima kasih…

    • Salam sejahtera saudariku, terima kasih dengan pertanyaan sedemikian. Alhamdulillah dan tahniah kerana berusaha untuk mendekati Islam malah berhajat untuk memeluknya. Semoga Allah permudahkan urusan saudari. Pengalaman kami mengendalikan kes sebegini adalah kami cadangkan

      a) Saudari belajar & fahami apa itu Islam dahulu & cuba fahami apakah yang ayah saudari halang untuk memeluk Islam
      b) Dapatkan jawapan-jawapan baik dan sesuai dengan segera tentang salah faham ayah tentang Islam
      c) Lepas itu, bawa 2 atau 3 orang saudara muslim (kawan/pakcik/ustaz/ustazah/pensyarah) dan buat perjumpaan dengan keluarga saudari. Tujuan untuk menjelaskan apakah itu Islam? Apa tujuan saudari memeluk Islam? Sebab kahwin? sebab mencari kebenaran? sebab Islam agama terbaik untuk saudari? dsb
      d) Perjumpaan ini lebih kepada sesi suakenal dan ramah mesra agar keluarga saudari rasa tenang dengan kehadiran kawan-kawan saudari. Tapi, pastikan buat persetujuan dengan ayah dulu ye? :-)

      Jika saudari sudah berumur lebih 21 tahun, sebenarnya dah boleh buat keputusan sendiri, ikhlas dan faham mengapa saudari memeluk Islam, itu yang lebih penting. Tujuannya, agar keluarga saudari tidak memandang serong tentang keputusan saudari malah mereka faham saudari jelas akan agama Islam.

      Setelah saudari memeluk Islam, yang penting sekali saudari belajar agama dulu, faham, hayati dan praktikkan Islam barulah saudari berumah tangga. Bukan tujuan kami menghalang saudari terus kahwin, cuma kami rasa bangga jika pengetahuan Islam saudari mantap dan sedia sedikit demi sedikit untuk dipraktikkan bila berkeluarga nanti. :-)
      Dan apabila saudari sudah berumahtangga orang yang penting dalam membimbing saudari adalah suami selaku ketua keluarga.

      Apa-apa pun setiap keputusan saudari biarlah pihak keluarga saudari dan bakal suami saudari saling memahami antara satu sama lain dan boleh bertoleransi dalam mempamerkan Islam di mata keluarga saudari. Semoga urusan saudari dipermudahkan. Amin3.

      • sekiranya ibu bapa x memberi kebenaran utk berbincang mcm mana…adakah perlu teruskan membawa mereka berjmpa dgan ibu bapa???

      • sekiranya keluarga tidak merestui kawan saudari memeluk Islam :

        a) rahsiakan pengIslaman dulu
        b) gunakan wali hakim sebagai saksi pengislaman kawan saudari itu
        c) jika dah dewasa dan berani berdepan keluarga, bincanglah bebaik dengan keluarganya agar mereka faham kenapa perlunya memeluk Islam dan faham kenapa peluk Islam.

        Moga ia membantu sedikit urusan saudari.

  10. Salam syeikh, ana nak tanya tentang kad pengIslaman, adakah kita boleh kategorikan sebagai Maqasid atau Masolih. Dan implikasi tidak daftar tersebut menimbulkan dhorurat kepada keamanan negara seperti isu Moorthy? Mohon panduan rujukan tesis ana. Ilham al-Khattat.

    • Wa’alalikumsalam wrh wbh, maafkan kami syeikh sebab lambat anta terima maklum balas dari kami. Sebenarnya kami tiada kepakaran dalam hal ini. Tapi kami sedang berhubung dengan pakar-pakarnya tapi sekarang ini belum ada jawapannya. insya’Allah bila kami dah dapat maklumatnya kami akan kongsikan pada anta. jzkk atas pertanyaan tersebut. Makin bertambah ilmu kami.

      • Salam kepada sahabat yang bertanya tentang kad Islam tu dalam kategori maqosid atau masolih. Jawapannya masolih (kebaikan) sebab dalam situasi sekarang memang amat diperlukan untuk tujuan pengenalan seperti jika berlaku kematian, tuntutan mayat, kenal pasti mayat, pertukaran nama atau kesahihan jadi warganegara mana. Walaubagaimanapun ianya boleh jadi maqosid jika berlaku sesuatu yang berkaitan dengan nyawa dan maruah diri sebagai seorang muslim. Kami harap ia dapat menjawab soalan sahabat. ;-)

  11. I need more information about converting to Muslim. How to convert since im not have ” saksi ” because im not have family in Muslim. Im sabahan and where should im go to convert my religion in easy way since im in Seremban, Negeri Sembilan. Should im going back to sabah? Im also wanna know, where can i have a class to study about solat and basic of Muslim to be a good wife.

    • Thank you very much sis Sanisah for the question that you’ve ask. We have a branch in Seremban, kindly meet Haji Wahiduddin 012-3725283. He can arrange for converting Islam at Seremban. If you’re going to Sabah, kindly meet our PIC in HC Sabah, ustaz Marsus Jabar 019-8622914 or ustaz Firdaus 010-9443779. I hope with this information can help you more. tqvm

      • Thanks for the information, really help me. I Wanna know about the ‘saksi’, who will be mine since im not have a ‘saksi’. I can choose any kind male muslim to be my ‘saksi’ ? Or as easy way, i just use ‘saksi’ from HC ? How?

      • We welcome Sister Sanisah into the fold of Islam. Congratulation ! We shall assist you (Allah willing) with the process. We will provide the Saksi.

  12. Salam Sejahtera.Mahu dijelaskan syarat sah masuk islam dan prosedur lengkap seseorang itu sah islam..adakah mencukupi dengan lafaz shahadah…per;u tak ada saksi…mandi dan sebagainya…

    • Salam sejahtera saudari Suzy. Terima kasih dengan pertanyaan ini. Untuk soalan berikut, saya boleh katakan ianya sebegini:

      Maksud Dua Kalimah Syahadah

      Syahadah yang pertama bermaksud meyakini bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT. Dialah yang berhak disembah, dan segala yang disembah selain Allah adalah salah dan palsu. Syahadah pertama menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa ibadah atau penyembahan hanya layak untuk Allah SWT. Syahadah kedua bererti mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan menerima segala ajaran baginda, kerana baginda adalah utusan Allah kepada manusia.

      Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah” – Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”

      Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-

      1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
      2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
      3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
      4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
      5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
      6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
      7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
      8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.

      Saudari akan tahu secara jelas jika seseorang itu akan disyahadahkan saudari. Seperti di Hidayah Centre, kami akan maklumkan pada mualaf itu sebelum disyahadahkan.
      Berkenaan hal-hal lain itu, boleh dilakukan kemudian setelah syahadah sebab dalam Islam, aqidah No. 1, kemudian syariat. Tentang saksi, kami amat galakkan saksi itu ada tujuannya di dunia ini, jika masuk Islam saksi memainkan peranan utk menjadi saksi kepada saudari jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti tuntutan mayat untuk dikebumikan secara Islam. Saksi boleh diperolehi juga di Jabatan Agama sebab semasa pendaftaran Islam saksi perlu tandatangan borang pengIslaman itu. Moga jawapan ini membantu saudari. tqvm

      • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

        Terima kasih kami ucapkan dan tahniah atas saudari menerima Islam sebagai agama hidup saudari. Moga Allah kekalkan saudari dalam iman dan taqwa padaNya.

        Mandi itu tidak menjadi satu perkara yang utama walaupun ia penting. Yang utama adalah akidah saudari perlu mantap barulah kita uruskan pula hal-hal berkaitan tentang hukum-hakam. Jadi, jika sebelum ini saudari dah pun mandi dan berniat untuk bersihkan diri @ angkat hadath kecil @ besar ia secara automatik sudah pun selesai mandi / bersihkan diri. Jika belum, buatlah ya… ianya taklah susah… ;-)
        Islam itu mudah yang penting kena tahu kenapa perlu mandi dan yang lebih utama dalam Islam. ;-)

        Moga ia membantu saudari. Moga Allah merahmati hidup saudari. :-)

  13. As Salam….ttunang saya seorg muallaf..da kami akan berkahwin xlama lg…tunang saya ingin berkhatan,jd kt mne perlu mendftar utk berkhtan?adakah di klinik2 biase atau hospital?

    • Wa’alalikumsalam wrh wbh saudariku. Tahniah kami ucapkan atas kesudian saudari menerima mualaf sebagai suami saudari. Tentang berkhatan itu, jika tunang saudari mendaftar Islam di KL, boleh terus ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan jika mendaftar Islam di Selangor, bolehlah ke Klinik Berkhatan jumpa Dr. Sulaiman 03-5566 4256 @ 03-5566 4356. Mohon bawa kad memeluk Islam dan kad pengenalan y? Harap dengan info ini membantu saudari. tqvm :-)

    • Salam sejahtera my sister. Thank you so much for asking this question. You can see from 2.3 Panduan Ringkas Selepas….. His name is Bro Kamal Khalil 019-712 3004. I hope this info can help you. tq ;-)

    • Salam sejahtera saudari, terima kasih dengan soalan sebegitu. Tentang berkhatan ini ia lebih ditekankan kepada golongan lelaki sahaja dan harus kepada perempuan sahaja. Jadi, yang penting (wajib) di sini adalah saudari kenal tauhid dan aqidah iaitu kenal Allah dan RasulNya dalam Islam. Itu yang paling utama. Bila dah kenal Allah dan RasulNya baru tahu hukum-hakamNya. Jadi, tidak perlu saudari melakukannya (khatan) buat masa terdekat ini.

      Lepas dah memeluk Islam dan fahami akan kehendak agama barulah buat khatan ini bagi tujuan menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya. Saudari boleh baca melalui laman web ini. Moga ia dapat membantu saudari. :-)

      http://www.zaharuddin.net/fiqh-ibadah/234-hukum-khatan-wanita-a-bagaimana-rasulullah-.html#comment-4623

  14. assalam semua.
    Sya mempunyai seorg rkan l/ negara beragama kristian yg bersedia utk convert to islam. Dia akan dtg ke Malaysia dlm masa terdekat atas urusan kerja selama beberapa hr,dan kemudian akan pulg ke negara asal dia. Dia juga meminta saya menceritakan ‘introduction’ about it. Dia dh bersedia utk convert,tp sya tdk tahu sejauh mana dia tahu tentg islam.
    Apa cdgn rakan2 d sini utk saya. Di mana saya hendak mulakan.

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudariku. Alhamdulillah saudari mempunyai kawan yang ingin memeluk Islam moga Allah membalas segala bantuan saudari pada kawan saudari itu. Saudari bolehlah layari islam.net, A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam dsb. Jika boleh saudari buat ulangkaji tentang Islam, Rukun Islam, Rukun Iman dsb hanya yang asas sahaja untuk memudahkan saudari jelaskan pada kawan. Jika kawan tersebut datang ke Malaysia, jemputlah datang ke Hidayah Centre untuk kita bersua dan berbincang dalam mengetahui Islam. Moga ia dapat membantu saudari. :-)

  15. assalamualaikum..
    suami saya muallaf tapi belum bersunat sebb dia terlalu takut untuk bersunat…kami baru berkahwin 4 bulan dan suami saya telah memeluk islam 8 bulan….adakah pernikahan saya sah kerana suami saya belum bersunat? sebelum berkahwin saya ada rujuk seorang ustaz di jabatan agamadimana suami saya memeluk islam , ustaz katatakmengapa kahwin sebelum bersunat tetapi bila keyakinan timbul kena bersunat…skarang saya keliru…harap bantu

    • Wa’alalaikumsalam wrh wbh saudariku. Alhamdulillah dan tahniah kerana bersuamikan saudara baru. Moga kekal ke akhir hayatmu. yang penting dalam Islam ialah kuatkan tauhid @ aqidah pada Allah swt dahulu. Lahirkan rasa cinta dan sayang pada Allah dan RasulNya. Sepertimana yang ustaz katakan pada puan, maksud timbul keyakinan itu adalah memang lebih baik suami puan berkhatan yang bukan sahaja dituntut oleh agama tapi ia baik untuk kesihatan suami puan dan juga kesihatan dalam solah dan persetubuhan. Puan boleh lihat kebaikan berkhatan dalam sahabat laman blog kami http://www.teaching4muallaf.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Berkhatan tidaklah sakit sebab sekarang sudah ada teknoloogi canggih dan cepat sembuh yang terbaru dalam tempoh 2 minggu dah sembuh. Sedangkan nabi Ibrahim berumur 80 tahun berkhatan takkanlah kita yang masih muda lagi takut nak berkhatan ;-) Jadi, yang penting puan dan suami puan faham dahulu kenapa perlu berkhatan dikaitkan dengan agama yang akhir timbullah keyakinan untuk menurut perintah Rasulullah. Moga ia membantu. ;-)

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudariku. Alhamdulillah dan tahniah kerana bersuamikan saudara baru. Moga kekal ke akhir hayatmu. yang penting dalam Islam ialah kuatkan tauhid @ aqidah pada Allah swt dahulu. Lahirkan rasa cinta dan sayang pada Allah dan RasulNya. Sepertimana yang ustaz katakan pada puan, maksud timbul keyakinan itu adalah memang lebih baik suami puan berkhatan yang bukan sahaja dituntut oleh agama tapi ia baik untuk kesihatan suami puan dan juga kesihatan dalam solah dan persetubuhan. Pernikahan puan dan suami tetap sah sebab berkhatan bukanlah syarat untuk berkahwin. Puan boleh lihat kebaikan berkhatan dalam sahabat laman blog kami http://www.teaching4muallaf.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Berkhatan tidaklah sakit sebab sekarang sudah ada teknoloogi canggih dan cepat sembuh yang terbaru dalam tempoh 2 minggu dah sembuh. Sedangkan nabi Ibrahim berumur 80 tahun berkhatan takkanlah kita yang masih muda lagi takut nak berkhatan ;-) Jadi, yang penting puan dan suami puan faham dahulu kenapa perlu berkhatan dikaitkan dengan agama yang akhir timbullah keyakinan untuk menurut perintah Rasulullah. Moga ia membantu. ;-)

  16. Saya ingin masuk Islam untuk belajar lebih lanjut tentang agama Islam dan pada masa yang sama ingin mendirikan rumahtangga bersama teman Islam saya. Tapi saya mendapat tentangan sangat kuat dari keluarga dan rakan-rakan Kristian saya dan hanya mendapat sokongan dari teman-teman yang beragama Islam. Bagaimana saya dapat memujuk ibu bapa saya. Umur teman saya sudah lanjut dan kami ingin berumahtangga segera.

    • Salam saudariku, jika tidak keberatan, jemputlah datang ke pejabat kami di Taman Melawati untuk perbincangan lanjut agar maklumat terperinci saudari akan tahu. :-)

  17. Assalammualaikum. Saya merancang mengahwini warga filipina. Lokasi kami di Lahad Datu, Sabah. Persoalannya, dimana saya perlu rujuk untuk pengislamannya? Bagaimana dan dimana dia perlu ikuti kelas agamanya kelak sedangkan dia hanya mampu bertutur bahasa filipina (visaya) dan inggeris sahaja? Adakah penterjemah disediakan dikelas agama kita, terutama di Sabah? bagaimana dengan kursus kahwin? Dan yang utamanya dia masuk menggunakan pas lawatan yang sah 1bulan sahaja dan perlu keluar dan masuk semula ke Malaysia sah selama sebulan lagi, dan begitulah seterusnya, perlu keluar masuk sehingga selesai. Adakah saya boleh menguruskan pengislamannya, berkursus dan berkahwin dalam masa 1-2 bulan itu supaya dia boleh berada di Malaysia tanpa tertakluk kepada masa pas terhad 1 bulan itu setelah dia berkahwin dengan saya selaku warganegara? Harap dapat bantuan nasihat dan petunjuk dari pihak tuan. Terima Kasih.

  18. Assalamualaikum.saya mempunyai kenalan bukan Islam dan dia berhasrat untuk memeluk agama islam tetapi dia tidak mempunyai banyak pemahaman tentang islam. jika tidak keberatan, saya berharap pihak Hidayahcentre dapat dapat membantu saya memberi maklumat berkenaan pusat-pusat agama Islam di sekitar Kuala lumpur untuk kenalan saya itu belajar agama dan mengenali islam dengan mendalam sebelum dia memeluk agama Islam.terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh saudariku. Tahniah sebab mendekatkan sahabat baik anda kepada Islam. Saudari terus ke Bahagian 2.3 No. 7 di bawah sekali ada kami maklumkan tempat belajar Islam di KL. Moga ia membantu saudari. ;-)

  19. Assalamualaikum semua.
    Sya mempunyai seorg rkan dari thailand beragama buddha yg bersedia utk convert to islam. Dia akan dtg ke Malaysia dlm masa terdekat. Dia dh bersedia utk convert,tp sya tdk tahu sejauh mana dia tahu tentg islam.
    Apa cdgn rakan2 d sini utk saya. Di mana saya hendak mulakan.

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh, jemputlah datang ke Hidayah Centre di Taman Melawati. Kami sedia membantu anda. hubungi kami di 03-41089669 Encik Joannes.

  20. soalan dari saya:-
    a) saya akan memeluk islam tidak lama lagi dalam minggu depan. saya sudah ada surat akuan, saksi dan gambar, tinggal isi borang. selepas isi borang apa yang akan berlaku atau apakah proses selepas itu? saya ingin bertanya berapa lamakah tempoh waktu memeluk islam?

    soalan dari kawan saya, dahliah:-
    b) dan saya ingin bertanya lagi, kawan saya sudah memeluk islam, tetapi dia sekarang mengandung kena rogol sebelum dia memeluk islam. tetapi dia tidak ada buat laporan polis. itu juga adala salah satu sebab kenapa dia memeluk islam supaya anak dia belajar tentang islam juga. tetapi, adakah dia akan menghadapi kesukaran mendaftar surat lahir anaknya nanti?

    • Salam sejahtera dan kedamaian pada saudari…..tahniah kerana mencintai Islam lebih dari segalanya….

      Jawapan (a) : Jemputlah datang ke pejabat kami untuk kami bantu saudari. Prosesnya tidaklah lama. Cuma selepas masuk Islam, ada beberapa kursus yang perlu diikuti untuk memastikan saudari benar-benar faham Islam dan boleh mempraktikkanya. Jadi, ilmu penting dalam kehidupan kita.

      Jawapan (b) : Alhamdulillah kawan saudari sudah memeluk Islam. Moga Allah jaga dirinya dan bayi yang dikandungkannya itu. Itu kes sebegini, kami cadangkan saudari bawa kawan saudari beri laporan pada polis. Tujuannya, keselamatan kawan saudari pada masa sekarang dan masa depan. Orang yang tidak bertanggungjawab itu tidak harus dibiarkan lagi sebab kita risau jika dia buat pada perempuan lain yang turut sama membahayakan anak-anak muda wanita sekarang ini. Hal tentang pendaftaran anaknya itu, kami cadangkan saudari hubungi kaunselor untuk tanya bantuan dan jalan penyelesaian.

      Moga ia membantu saudari.

      • terima kasih atas pembalasan mesej. saya ingin tanya bagaimana jika tidak ada saksi? kawan saya setuju jadi saksi untuk saya. tetapi nampaknya dia tidak serious. dia fikir saya tidak serious. kalau saya tidak serious, saya tidak mungkin akan tanya dia untuk jadi saksi untuk saya. sekarang saya tidak ada saksi. bagaimana hendak cari saksi di sabah kalau kawan2 pun hanya bermain2 untuk menolong. sedihnya saya.

        tentang kawan saya, dahliah, dia tidak ada lapor kepada polis. sudah terlambat dia kini mengandung. dia ingin melupakan semua perkara tersebut dengan bakal anaknya yang tidak lama lagi akan lahir. bolehkah dia tidak membuat laporan? mungkin dia malu apa suda terjadi dengan dia. siapakah kaunselor kamu di sabah? boleh beritahu saya?

        terima kasih banyak2.

    • Assalamu’alaikum wrh wbh saudariku, terima kasih dengan soalan sebegitu. Tentang berkhatan ini ia lebih ditekankan kepada golongan lelaki sahaja dan harus kepada perempuan sahaja. Jadi, yang penting (wajib) di sini adalah saudari kenal tauhid dan aqidah iaitu kenal Allah dan RasulNya dalam Islam. Itu yang paling utama. Bila dah kenal Allah dan RasulNya baru tahu hukum-hakamNya. Jadi, tidak perlu saudari melakukannya (khatan) buat masa terdekat ini.

      Lepas dah memeluk Islam dan fahami akan kehendak agama barulah buat khatan ini bertujuan menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya. Saudari boleh baca melalui laman web ini. Moga ia dapat membantu saudari.

      http://www.zaharuddin.net/fiqh-ibadah/234-hukum-khatan-wanita-a-bagaimana-rasulullah-.html#comment-4623

  21. SAYA BERCINTA DGN SEORANG LELEKI BERAGAMA HINDU SEJAK DI BANGKU SEKOLAH LAGI. KINI DIA BERUMUR 23 TAHUN DAN INGIN MEMELUK ISLAM. DIA LAHIR DI PERAK TETAPI DIBESARKAN DI JOHOR. APAKAH YANG DIA PERLU LAKUKAN UNTUK MEMELUK ISLAM DAN APAKAH PROSEDUR DI JOHOR?

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh saudariku yang dirahmati Allah, tahniah atas dakwah anda ingin membawa teman lelaki untuk menjadi muslim yang insya’Allah membimbing saudari dan keluarga kelak. Untuk di Johor, kami ada sahabat yang boleh bantu saudari di sana. Jika tak keberatan, mohon saudari hubungi Haji Kamal Khalil di 019-712 3004. Insya’Allah haji ini boleh bantu sebab beliau ada banyak pengalaman dalam menguruskan saudara-saudara baru di Johor. Kami doakan agar urusan saudari dipermudahkan Allah. Amin3 ya Robbal ‘alamin. :-)

  22. saya seorang non-muslim, bolehkah saya mengikuti kelas islam yang diadakan? tapi saya tidak ingin memeluk islam. terima kasih

    • Salam sejahtera saudaraku, terima kasih & tahniah kerana ingin menambah ilmu tentang Islam. Islam tidak memaksa orang untuk memeluk Islam. Jadi, saudara tak perlu risau. Saudara boleh lihat di bahagian 2.3 Panduan Ringkas Selepas Masuk Islam di Jabatan-Jabatan Agama Islam di Lembah Klang, No. 7. Saudara maklumkan kepada tenaga pengajar yang saudara bukan Muslim dan ingin belajar agama Islam. Insya’Allah (Allah wills), mereka akan bantu anda. Moga ia mempermudahkan kerja-kerja saudara. ;-)

  23. Saya seorang mualaf dan ingin berkahwin dengan seorang wanita Melayu dalam masa terdekat. Persoalananya sekarang ini, adakah saya perlukan kad Islam sekiranya ingin memohon borang nikah dan permohonan bagi menyertai kursus pra-perkahwinan? Saya tidak pernah menghadiri kursus saudara asas. Terima kasih.

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh saudaraku. Tahniah kerana melangkah ke alam rumahtangga. Ada soalan yang perlu saudara jawab iaitu semasa saudara memeluk Islam, ada tak buat pendaftaran pengIslaman? Ada kad memeluk Islam tak? Jika ada, sudah tukar status Islam dalam kad pengenalan (KP) atau belum? Tujuan semua ini untuk memudahkan saudara mendaftar perkahwinan kelak. Jika KP sudah ditukar status Islam, kad Islam secara automatik tidak diperlukan kecuali jika perlu sahaja atas permintaan pegawai agama dalam urusan pra pekahwinan ataupun mengisi borang nikah. Jika saudara tinggal di sekitar Lembah Klang, mohon rujuk blog kami di bahagian 2.3 no. 7 untuk belajar agama. Jika saudara ada kawan @ ustaz yang boleh ajar agama tidak jadi masalah untuk belajar. Moga urusan saudara dipermudahkan. Amin3 ya Robb. ;-)

  24. I want to convert into muslim and marry with my muslim girlfriend. I have stayed malayisa for 5 years and have understood some basic knowledge about islam. I am away from Malayisa now.I want to visit Malayisa as a tourist and want to marry with her and want to stay with her. is a one month period enough to accept islam and marry with her. Please advice.

    • Good day brother S.Kumar. Congrats for willing to convert into Islam. For your info, once the person embraced Islam he/she can get marry. For better understanding of Islam, we Hidayah Centre would suggest you to go & learn or attending the Islamic classes. The reasons are to make strengthen of your understanding in Islam, beside understand you also can practice it with the Muslims community in Malaysia, then during practiced it, any questions during the practical, you can easily ask the Muslims who expert/known better about it such as prayer, fasting, ablution, etc. We would like suggest you to refer to our blog in 2.3.7 there is a list of Islamic classes in KL area where you can go. We hope with this info it can help you. ;-)

  25. Assalaamu’alaikum wrh wbh. Saya mempunyai kenalan warga England dan bertugas di USA. Beliau telah memeluk Islam semasa bertugas di Kanada hampir sebulan yang lepas. Dan sekarang beliau sedang mendalami ajaran Islam melalui komuniti Muslim di salah sebuah Masjid di New York. Persoalan saya, sekiranya beliau ingin bernikah dengan saya di Malaysia, perlukah beliau mengemukakan perakuan bahawa beliau adalah muslim dari Islamic Centre di sana atau ada prosedur lain yang perlu dilakukan di Malaysia? Terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudari. Tahniah kerana tak lama lagi akan bernikah dengan pasangannya. Moga dicucuri rahmat untuk jadi hamba2Nya yang soleh dan solehah. Terima kasih dengan soalan tu. Jika kenalan warga England ini sudah ada kad pengenalan/paspot yang sudah menyatakan beliau Islam (macam KP Malaysia), maka tak perlulah surat pengIslamannya dari England. Tapi, jika ada kad peluk Islam tu lebih baik buat dari sana agar masa pendaftaran pernikahan tidak banyak disoal oleh jabatan agama. Dan kami yakin ia taklah susah pusat Islam di sana nak keluarkannya. Bila perkara mudah ini selesai, saudari dah boleh ikut prosedur yang seterusnya untuk proses pernikahan di Malaysia. Moga ia membantu saudari dan moga Allah permudahkan urusan saudari. Tahniah! ;-)

  26. SaLam,, Sy syakila drpd jOhOr bahru. Sy ingin bertanya, adakah proses memeluk agama islam mengambil masa yg Lama? Adakah ia mengambiL masa sehingga beberapa minggu atau hanya 1 hari sudah bOLey bergeLar saudara islam sesudah mengucapkan dua kaLimah syahadah? Dan di jOhOr bahru, di manakah tempat yg bOLeh sy rujuk untuk memeLuk agama isLam?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Proses memeluk agama Islam tidaklah lama. Tidak sampai sehari. Biasanya setelah mendengar penjelasan tentang Islam oleh “introducer”, introducer akan meminta persetujuan untuk melafazkan syahadah. Jika mualaf (orang jinak dengan islam) itu setuju, maka syahadah boleh dilakukan. Selepas sahaja syahadah, maka secara langsungnya mualaf itu bergelar saudara muslim. Tempoh bergelar saudara baru di kawasan lembah Klang ni maksima selama 5 tahun. Untuk di Johor, saudari bolehlah menghubungi Haji Kamal Khalil dengan klik 2.3.5 (b) dalam jadual. Insya’Allah beliau boleh membantu saudari. Moga ia membantu. :-)

      • maaf sbab mnyampuk. apa maksud “Tempoh bergelar saudara baru di kawasan lembah Klang ni maksima selama 5 tahun”? adakah selepas 5 tahun, mereka yang baru memeluk islam bukan saudara musim lagi?terima kasih

      • Salam sejahtera.
        Maaf saudara, seseorang yang baru memeluk Islam dipanggil muallaf atau dalam B.Melayu bermaksud ‘mereka yang dilembutkan hatinya oleh Allah untuk menerima Islam’. Bermaksud, gelaran muallaf hanya sesuai digunapakai oleh orang yang baru memeluk Islam. Selepas beberapa tahun memeluk Islam, mereka tidak lagi layak dipanggil muallaf sebaliknya adalah seorang Muslim sepertimana Muslim yang lain =)

  27. Hi.. i have some question to ask.. i have a muslim bf.. we’ve been together for almost 7 yrs.. im a chinese.. we decided to get married.. Last few weeks i already went to the pejabat Islam and change my name and religion.. i got a paper with my photo stated “Akuan Memeluk Islam”.. Am i a muslim now? Do i need to change my IC, passport and everything? What we need to do now if we want to get married? Im from Johor.. i know we need to attend for the kursus perkahwinan before we wanna get married.. So does it means i can bring the “Akuan Memeluk Islam” cert go n attend for this kursus with my bf? Im quite blur now actually as i didn’t what’s the procedure.. after the kursus what we need to do somemore.. sorry for asking so many question.. Thanks for you help :)

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh sister. congratulations! yes, you are a muslim! Masya’Allah, we are happy to hear that. We would suggest that it’s good to change the your religion status in your IC. There are many reasons why in Malaysia we need the reverts to change it. The most important things right now is we need you to go the Islamic classes that Jabatan Agama (Religion Dept) provided for the revert muslim. Learn more about Islam, Iman, Allah and prophets. Then, once you there, you can ask either ustaz (male teacher) or ustazah (female teacher) on how to make a registration of marriage. The card you can bring together if needed during the marriage registration.

      In Malaysia, the man & the woman need to go to the marriage course as one of their conditions. No need to worry about…. ;-) because you can gain a good information and knowledge that can teach or guide the future couple on how to be a good husband & wife. If you have questions, come and call our brother in Johor, Haji Kamal Khalil 019-712 3004, insya’Allah he and his wife will assist you. May Allah bless you and guide you with His blessing. Amin.

  28. Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Alhamdulillah sahabat saudari telah memeluk Islam. Pada pendapat kami, jika keluarga angkat susah untuk dihubungi dan pernah balik ke Kelantan untuk jumpa mereka yang kahirnya kad Islam itu tiada juga, maka kami cadangkan buat kad Islam yang baru di tempat yang sahabat saudari tinggal sekarang. Di Kedah, saudari boleh bawa sahabat itu untuk mendaftar pengIslamannya di sana. Lepas itu, setelah dapat kad Islamnya bolehlah kalian mulakan untuk membuat kad pengenalan sahabat saudari tadi. Bukti sahabat saudari memeluk Islam ialah saudari sebagai saksi di mana sahabat ini sudah menjalani kehidupan sebagai muslim walaupun kad Islam tiada. Jika tiada bukti memeluk Islam, bolehlah pejabat agama di Kedah syahadahkan lagi sekali sahabat saudari itu. Moga ia membantu saudari dan kami doakan agar dipermudahkan kerja-kerja dakwah ini. :-)

  29. Saya ingin memeluk islam dan saya difahamkan bahawa seseorang yang ingin memeluk islam wajib menghadiri kelas fardu ain. Soalan saya, ada yang mengatakan saya perlu tinggal di kelas tersebut selama 3 bulan. Adakah saya boleh menghadiri kelas dari rumah? Saya sangat keliru. Harap anda dapat membantu saya. Terima kasih

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh saudariku. Tahniah atas semangat yang kuat dalam mencari ilmu Allah yang luas ini. Moga Allah tambah lagi semangat pada saudari dan seterusnya jadi hambaNya yang solehah, beriman dan bertaqwa padaNya. Mana2 kelas fardhu ‘ain (KAFA) @ kursus intensif saudara baru (KISB) @ kursus mualaf (KM) yang dianjurkan oleh MAIS & MAIWP biasanya hanya memakan masa 1 minggu sahaja. Ianya memang wajib dan bertujuan untuk memberikan maklumat yang betul dan baik tentang pengajian Islam sebagai seorang saudara baru. Jika 3 bulan, itu bermaksud pihak MAIS @ MAIWP ingin menghantar saudara baru untuk mempelajari lebih dalam 2 luas tentang Islam. Contohnya di PUSBA, Kedah, PPSB di Negeri Sembilan dsb. Biasanya saudara baru itu akan dihantar ke sana apabila saudara baru itu memohon sendiri @ dicadangkan oleh MAIS @ MAIWP yang mana saudara baru itu setuju untuk pergi belajar.

      Jadi, jika saudari belum pernah pergi ke kursus-kursus tersebut, kami cadangkan lebih baik saudari pergi sebab mereka akan ajar teori dan juga praktikal malah ada juga aktiviti riadah yang menyeronokkan, membangkitkan semangat ukhwah dikalangan saudara baru. Selain itu juga, saudari kena ingat bahawa tujuannya kursus ini dibuat agar setiap saudara baru sudah ada asas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim seperti ibadah solat, ibadah berkeluarga, ibadah zakat dsb. Jika saudara baru ingin buat kelas di rumah biasanya, saudara baru itu menguruskan sendiri untuk membayar khidmat mengajar ustaz @ ustazah. Datanglah ke cawangan-cawangan MAIS @ MAIWP yang terdekat dan tanyalah jadual kelas KAFA berbentuk mingguan. Moga ia membantu saudari. ;-)

  30. Hi, my dad has recently converted to a Muslim. In addition to his identity card, which states his original name, he now holds a ‘kad akuan masuk Islam’ that states his islamic name. My questions are: (1) Which is his legal name now? (2) He is planning to transfer the ownership of his house to me, which he purchased before joining Islam. Is there any additional procedure relating to Islamic law that we have to complete for the transfer or can the transfer be done as though he has not joined Islam, as long as we follow the procedures stipulated by the land office? (3) Just out curiosity, does having been issued the ‘kad akuan masuk Islam’ mean that my dad is by law a Muslim for life and would be illegal to revert back to his original religion? Thank you in advance.

    • Good day brother. & Hi! ;-) Thanks so much the questions raised up. For your information,

      answer Q1 & Q2 : It’s depends on situations brother. But the most important thing is if the bank (for example) still use the previous name, it is fine if your dad still want to use. Currently, the previous is legal because it was recorded and the Muslim name only recorded in Islamic Dept. But if your father prefer to use the Muslim name, 1st step is change the name into an IC. He must go to the JPN and court for swearing the changes. Once he get the new IC, he just can make a letter to the bank & make them acknowledge. Then, the Muslim name is legal in place of the previous name. It’s also the same of applying the new name in any government or private agencies. Alhamdulillah (Thank God), your father is planning to transfer the ownership. Hope with your father’s generosity will be ended into heaven with believers. Amen.

      answer Q3 : Thank you brother. In Islam, yes brother, once become a Muslim he/she is legal to follow the Islamic rule and instead. In Islam, the Muslim is totally protected by the Islamic rule and there is wisdom who Allah (God the Almighty) says that there is already confirmed to the Muslim and all human in this world that Islam is the only religion that He accepts which is also stated in the Holy Qur’an Chapter 3: verses 19. The most important thing once the person embracing Islam, he/she must know, understand, practice, appreciate and share to the people about the beautiful of Islam which full of love in his/her heart to Allah. :-)

  31. Salam sejahtera,
    Saya ingin mendapat pandangan tentang dilema yang saya hadapi selama ini. Saya telah tertarik dengan ajaran islam sejak di bangku sekolah lagi.. dan berniat untuk memeluk agama islam. Walaubagaimanapun saya telah berkahwin dengan seorang beragama kristian.. sehingga kini (hampir 20 thn) saya masih mnyimpan hasrat untuk memeluk islam… suami tahu niat saya itu dan saya pernah mengajaknya untuk sertai saya tetapi dia enggan. Persoalannya, apa yang patut saya lakukan? Saya bercadang untuk convert dalam masa terdekat ini.. tolonglah saya.

    • Salam sejahtera saudariku. Amat kami alu-alukan untuk datang ke pejabat kami atau hubungi Puan Mazura 019-2299077 atau Puan Suriati 019-2455569 atau Puan Azian 012-211 5749 atau Encik Zun ‘Arif 012-3667126. Moga ia membantu saudari.

  32. salam,sy telah tiada kad yang menyatakan sy islam,kerana dulu ibu sy telah memeluk islam ketika sy masih kecil dan hanya ibu sja yg ada kad itu,,,sekrang masalah sy…perlu ke sy buat kad itu??man tahu nanti di masa dpan nk pkai???tlong bantu sy…

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah diucapkan kerana ingin membantu diri & keluarga. Jika saudari sudah ada kad pengenalan (KP) dan ada tertulis ISLAM, maka tidak perlu lagi kad ISLAM tersebut. Jika ibu@ayah yang memeluk Islam masa dulu, dan mereka sudah tukar KP dan tertulis ISLAM, maka tidak perlu lagi kad Islam sebab yang releven untuk digunakan urusan rasmi adalah KP. Jika belum lagi, maka kena buat baru di tempat/jabatan agama yang mula-mula sekali peluk Islam dan dapatkan semula di sana. Moga ia membantu saudari. :-)

  33. Assalamualaikum, I loved and willing accepted Islam in the name of Allah with 2 kalimah syahadah 2 months back. Due to my frequent travel for work I am not able to go gor my krusus intensif this year is there a possibility to obtain my kad Islam this year and by Allah,s grace n all his might enable me to go for krusus next year

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my brother. As our experience, it’s good if can write a formal letter to the religion department then meet the officer and inform them. With that, we believe they can understand your situation and agree to give the kad Islam to you. Just come to the nearest religion department. May these help you. ;-)

  34. salam,sy ad seorg kwn y ingin mmluk islam,umurnya 19tahun dan sngt brminat untuk mmluk islam,beliau tlah mnjalankan khidupan sbgai seorang muslim sejak 3tahun y lalu,bdasarkan pngalaman sy,hanya cukup memahami dengan sedalamnya sahaja kalimah syahadah itu sudah cukup untuk mnjadi syarat sbagai seorang muslim.persoalan disini,sah kah amalan sahabat sy dan boleh kah dia memeluk islam secara diam2 krana parent dia masih tdak izinkan untuk dia mmluk islam scara sah.tpi parent dia izinkan pula dia mnjalankan kehidupan sbagai seorang muslim..contoh,parent die benarkan die solat dan mnutup aurat sperti y disarankan dalam islam bg seseorag wanita…

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Alhamdulillah dan tahniah sebab mengajak sahabat anda mengenal Islam dengan lebih dekat. Teruskan! Untuk pengetahuan saudara, fahami sedalam-dalamnya kalimah syahadah belum cukup lagi sebab bila seseorang itu memeluk Islam, dia kena lafaz melalui mulut, di’ia’kan oleh hati dan dilakukan dengan tindakan. Dalam Islam, ada 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman yang perlu lagi dihamai, dihayati dan diamalkan. Jika sahabat saudara sudah memeluk Islam, maka amalannya terus dikira Allah swt walaupun pengIslamannya secara rahsia atau terbuka. Yang penting sekarang adalah, peranan saudara untuk mengajar sahabat kenal lebih terperinci tentang Islam dan berjumpa keluarga sahabat tersebut untuk menjelaskan tentang apakah itu Islam, kenapa anak mereka ingin memeluk Islam dan dibantu oleh sahabat saudara sendiri yang menceritakan keindahan Islam pada keluarganya. Apabila keluarganya sudah fahama, kami yakin mereka akan terbuka malah setuju anak mereka untuk memeluk agama Allah ini. Moga ia membantu saudara. ;-)

  35. APABILA SAYA TERBACA SEMUA KEBENARAN AGAMA ANDA.dan melihat perbezaan kebenaran..dengan agamaku.
    HATI BAGAI DI SENTUH TUHan..rasa amat sangat mahu memeluk agama paling benar.dan terang.
    tetapi .bagaimana ya,

    jika semua kawan kawan dan
    ahli keluarga tidak dapat menerima.
    malah memulau..malah mewarning.untuk putus kawan putus saudara.

    hati menjadi…serba salah yang amat sangat..
    mohon…pendapat dari saudara yang bijak,

    insan ini rasa amat lemah ..bila mengetahui
    segala kebenaran

    • Salam sejahtera saudaraku. Tahniah kerana cinta anda berputik dengan Islam. Teruskan cari kebenaran & lahirkanlah cintamu pada Yang Maha Mencipta Cinta. Apabila ingin memeluk Islam, biarlah kita kenal dulu siapakah yang mencipta agama itu, apa yang diturunkanNya dan untuk apa DIA mencipta untuk makhlukNya. Jadi, saudara teruskan mengenal Tuhan yang mencipta segala-galanya termasuk diri saudara. Jika ingin rahsia dulu, rahsiakanlah dari keluarga tapi sebelum mereka ketahui cepat-cepatlah belajar untuk mencinta Islam & fahami Islam agar kita dapat terangkan Islam pada keluarga kita dengan penuh kasih sayang pada mereka. Berdoalah banyak-banyak pada Allah agar bila saudara ingin berjumpa keluarga untuk jelaskan pengIslaman saudara, mereka melihat saudara sebagai orang yang dinanti-nantikan dengan penuh kasih sayang mereka pada saudara dan bukannya kerana benci semata. Ceritalah dengan ketenangan pada keluarga anda dan nyatakanlah keindahan Islam itu pada mereka. Moga dengan penjelasan ikhlas dari hati anda mereka sejuk mendengar dan memahami inilah jalan kehidupan yang sebenarnya. Moga ia memantapkan gerakan anda. ;-)

  36. Assalamualaikum, saya seorang muallaf yang telah memeluk islam sejuk July 13, 2009. Saya sudah mempunyai kad akuan islam daripada perkim dan kini hendak berkahwin. Untuk urusan perkahwinan adakah kad akuan islam itu mencukupi?

    • Wa’alaikummussalaum wrh wbh saudaraku. Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan! Teruskan. Saudara kena ke pejabat agama bahagian perkahwinan & penceraian untuk mendapatkan maklumat terperinci untuk pendaftaran perkahwinan. Insya’Allah semua syarat-syaratnya ada di sana. Jika status Islam itu sudah dimasukkan dalam kad pengenalan (KP), maka kad Islam tidak diperlukan lagi. Jika belum, kena bawa kedua-dua kad (KP & Kad Islam). Moga ia membantu saudara. :-)

  37. hi, saya telah dilahirkan seorg kristian tetapi sudah lebih dr 5 tahun saya tidak pergi ke gereja. boleh dikatakan saya skrg seorg free-thinker yg cuma percaya kpd Tuhan tapi tidak bersembahyang dan tidak mpunyai apa2 pegangan hidup. walaubgmanapun, saya amat bminat dgn agama islam dr dulu lagi. ini kerana saya ingin mencari ketenangan dan mpunyai pegangan hidup.
    1. saya ingin tahu bolehka seseorg yg bukan islam menghadiri kelas agama terlebih dahulu sbelum memeluk islam? adakah terdapat apa2 kursus khas?
    2. ingin saya mengatakan bahawa saya seorg perempuan yg alcoholic. dptkah saya mdpt bantuan dr sesiapa?
    3. perlukah saya mberitahu ahli keluarga jika saya ingin memeluk islam? sbb diorg amat menentang agama ini. adakah berdosa jika saya memeluk islam secara diam2 tanpa pengetahuan mereka?
    4. saya berada di bintulu Sarawak skrg, di mana tempat saya blh merujuk?

    terima kasih.

    • Salam sejahtera saudariku. Tahniah kerana ingin berubah kepada kebaikan dan ingin menjadi muslimah yang baik. Tahniah! Berikut adalah jawapan bagi soalan-soalan saudari.

      1) Bukan Islam boleh datang kelas agama Islam, tapi kena maklumkan tenaga pengajarnya dulu agar mereka boleh beri pendekatan yang seimbang pada saudari. Selalunya jika seseorang itu baru memeluk Islam, mereka akan menghadiri kelas asas fardhu ain (KAFA) untuk mempelajari asas-asas dalam Islam. Jika belum Islam, ia lebih kepada KAFA, kecuali saudari mendaftar kursus-kursus yang berkaitan.

      2) Moga Allah membantu saudari terus tinggal perkara tak baik itu. Saudara berniatlah berhenti “minum” kerana Tuhan (Allah). Saudari boleh jumpa wakil kami di Bintulu, Ustaz Zainal Abiden 013-5631705 atau Encik Iskandariah Roslan 012-877 3778. Insya’Allah isteri-isteri mereka boleh tolong saudari.

      3) Ia bergantung pada saudari sebenarnya. Jika saudari rasa pengIslaman saudari boleh mengancam diri saudari rahsiakanlah ye. Tapi, dalam masa yang sama cepat-cepat perdalamkan Islam agar boleh jelaskan Islam dengan baik pada mereka. Hubungi kedua-dua encik di no. (2).

      4) Saudari boleh juga rujuk bahagian 2.3.5 (b) dalam blog ini ye.

      Moga ia membantu saudari. ;-)

  38. Salam saudara/saudari,

    Saya mempunyai seorang sahabat yang berasal dari Australia . Kami ingin berkahwin dalam masa terdekat. Sahabat saya telah mempunyai sedikit pengetahuan mengenai Islam dan ingin memeluk Islam. Selepas berkahwin kami akan menetap di Dubai. Untuk pengetahuan saudara/i, saya adalah seorang janda dan sahabat saya adalah seorang duda. Soalan saya :
    1. Apakah procedur utk sahabat saya memeluk islam kerana beliau hanya akan berada di Malaysia selama sebulan dan kami ingin menyelesaikan semuanya dalam tempoh tersebut.
    2. Adakah kami perlu mengikuti kursus kahwin memandangkan saya adalah janda.
    3. Perlukah anak sahabat saya ( 5 thn ) memeluk Islam
    4.Bolehkah saudara/i rekomen tempat untuk sahabat saya megikuti kelas agama di DUbai
    5.Apakah dokumen yang perlu untuk sahabat saya memeluk islam
    6.Saya menetap di Kedah, bolehkah sahabat saya memeluk islam di negeri lain seperti Kuala Lumpur atau Selangor dan jika ya, adakah prosedurnya sama

    Terim kasih di atas segala pertolongan saudara/i

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah diucapkan, teruskan dalam memperdalamkan ilmu tentang Islam untuk menambahkan cinta sahabat saudari dengan Islam.

      1) Tiada masalah boleh terus sahaja daftar masuk Islam. Prosedur seperti biasa sahaja.
      2) Bagi saudara baru, beliau kena ikut dulu kursus intensif saudara baru kemudian baru ikut kursus kahwin (peraturan di Malaysia). Saudari pun boleh juga ikut kursus kahwin sebab ia sebagai satu info tambahan.
      3) Anak akan secara langsung peluk Islam jika ayahnya juga memeluk Islam.
      4) Mungkin saudari boleh tanya di WAMY Jalan Ampang Hilir.
      5) Mohon saudari rujuk blog kami 2.2
      6) Kami cadangkan sahabat saudari peluk Islam di Kedah bagi memudahkan beliau mengikuti kursus saudara baru & kursus kahwin di Kedah, Prosedurnya lebih kurang sama, jadi saudari kena ke pejabat agama yang terdekat dapatkan info di sana.

      Semoga ia membantu saudari dalam memudahkan urusan saudari.

  39. Saya ada seorang kawan yang tidak berniat untuk memeluk islam. Pada 1/7/2011, dia telah dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam oleh seorang wanita yang bekerja sebagai hakim di makamah dalam keadaan tidak berapa ‘sedar diri’ selepas minum segelas minuman yang diberi oleh wanita itu. Apabila dia sedar diri, dia telah berada di pejabat MAI. Wanita itu meminta dia menandatangai beberapa dokumen. Dia tidak tahu dokumen yang ditandatangani itu sebenarnya ialah borang permohonan masuk islam. Dia mengetahui perkara ini setelah dimaklumkan oleh seorang pegawai MAI. Pegawai itu turut memberi dua buku yang berjudul “Mari Belajar Sembahyang” dan “Asas-asas Fardu Ain” kepadanya. Soalan saya ialah :
    1) Adakah kawan saya sudah beragama islam?
    2) Apakah prosedur bagi memohon untuk membatlkan permohonan itu yang dibuat dalam keadaan ‘tidak sedar diri”?
    3) Sekiranya kawan saya tidak menhadiri kursus intensif fardu Ain dan tidak berkhatan, adakah dia tidak diiktirafkan sebagai seorang yang beragama islam?
    Harap dapat jawapan secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.
    Sekian, terima kasih.

    • Salam sejahtera saudariku. Tahniah & jutaan terima kasih atas bantuan yang saudari lakukan. Moga Tuhan merahmati hidup saudari dengan berkat dan kasih sayangNya.
      Jawapan :
      1) Kawan tersebut tidak sah sebagai seorang muslim sebab beliau tidak sedar, tidak waras dan belum sedia untuk menerima Islam sbg agama hidupnya. Jika kawan saudari ingin memeluknya juga bolehlah didaftarkan semula/disyahadahkan semula.

      2) Hal ini perlu di bawa ke Mahkamah Syariah @ jika saudari ada kawan yang bertugas di Mahkamah Syariah, minta bantuan daripadanya. Insya’Allah, mereka akan terangkan satu per satu prosedurnya di sana.

      3) Jika kawan itu tadi ingin menjadi muslim. Kami galakan beliau datanglah ke kursus tersebut sebab ia akan banyak membantu beliau dapat mendekatkan diri dengan ajaran agama Islam. Kursus tersebut adalah satu syarat agar saudara baru itu dapat kad memeluk Islam yang bertujuan pihak agama inginkan saudara baru terus dibantu dalam didikan agama Islam. Ia tiada kaitan dengan diiktiraf sbg muslim atau tidak. Cuma ilmu itu penting untuk beramal. ;-)

      Moga ia membantu saudari. All the best!

  40. Saya berumur 22thn tahun dan telah berbadan dua tanpa suami. dosa yang saya lakukan amat besar dan saya merasa tertekan. teman lelaki saya ingin bertanggungjawab tetapi saya telah menunda untuk memberikan jawapan kerana agama kami berbeza sehingga sekarang saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. saya seorang yang bukan muslim bolehkah saya memeluk islam semasa berbadan dua dan berkahwin pada masa sekarang ataupun saya hahrus menunggu anak itu lahir? saya sangat keliru dan dijalan buntu. adik beradik saya seorangpun tidak mengetahui tentang hal ini. saya tidak mahu melakukan dosa dua kali dengan menggugurkan kandungan ini. tolonglah bagi saya panduan.

    • Salam sejahtera saudariku. Semoga Tuhan terus merahmatimu & mengampuni dosamu atas kesilapan yang dilakukan. Tahniah sebab ingin memeluk Islam. Jemputlah datang ke pejabat kami ye. :-) Seseorang yang ingin memeluk Islam yang pentingnya adalah beliau sedar bahawa tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah & nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Seseorang itu tidak lagi akan patah balik ke agama asal kerana cinta dan sayangnya mereka pada Allah & RasulNya dengan segenap hatinya. Jadi, saudari boleh memeluk Islam. Datanglah ke pejabat kami berjumpa encik Zun ‘Arif Hakim.

      Berkenaan kahwin itu, saudari bolehlah meminta pandangan dari encik Zun ‘Arif dan juga Raudhatus Sakinah bila sahaja saudari tiba di pejabat kami. Insya’Allah mereka sedia membantu saudari. Kandungan itu tidak berdosa jadi saudari tidak perlulah menggugurkannya ye. Semoga Allah menenangkan hati saudari… ;-)

  41. Lagi satu soalan
    saya telah belajar beberapa perkara asas dalam islam melalui buku dan bertanya kepada ustaz di kg teman lelaki saya. bolehkah saya memeluk islam semasa berbadan dua sebab ada orang kata ianya tidak dibenarkan jadi saya tidak melakukan apa2 keputusan tapi sekarang saya makin risau dan tertekan dengan keadaan ini.
    Terima kasih.

    • Kami berbesar hati menjemput saudari datang ke pejabat kami untuk perbincangan lanjut. Jemput datang ye…Isnin-Jumaat 9.00am-5.00pm.

  42. Assalamualaikum
    saya ingin bertanya.saya mempunyai seorang teman lelaki yg bkn muslim dan ingin berkahwin..soalan pertama:
    1.apakah prosedur pertama yang perlu dia lakukan?adakah mendaftar dahulu atau menghadiri kursus2 agama atau kursus kahwin?
    2.Ibu bapa teman lelaki saya beragama hindu,jika setelah dia masuk islam adakah boleh dia menghadiri majlis perayaan keluarganya?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah kerana membawa 1 orang lagi untuk mengenal agama Allah. Moga terus istiqomah dalam memperdalami Islam kepada teman lelaki.
      Jawapan :
      1) Prosedurnya mudah sahaja. 1. Bawa ke pejabat agama Islam untuk disyahadahkan. 2. Teman lelaki kena pergi ke kursus saudara baru dulu untuk mempelajari Islam dengan lebih dalam, faham & kenal Allah & RasulNya agar lahir rasa cinta padaNya. Ingat ye saudari, ilmu perlu untuk jadi muslim yang baik. Selepas itu, barulah daftar untuk perkahwinan kalian kemudian pergi ke kursus perkahwinan.

      2) Tiada masalah bagi mereka yang ingin menziarahi keluarga bukan muslim di musim perayaan atau cuti sekolah. Ia akan menambahkan lagi keharmonian dalam keluarga yang pelbagai agama, malah ia merupakan satu perbuatan yang baik dari seorang anak yang soleh bila menziarahi keluarganya. Islam amat menggalakkannya. Cuma kalian tidak dibenarkan untuk terlibat dalam apa2 upacara penyembahan dan seumpamanya. Moga dapat membawa 1 kelainan yang baik dalam membawa bakal keluarga bukan muslim itu melihat keindahan Islam.

  43. asalammualaikum……sy ada seorg kwn yg warganegara myanmar dan dia pernah ckp yg dia tleh memasuki islam masa umurnya 8 tahun dan sekarang umur beliau 30tahun tapi dia mmeluk agama islam ketika dia d myanmar dan sekarang dia telah menetap di malaysia hanya menggunakn pasport dan sekarang dia ingin membuat ic tetapi dia tidak ada apa2 dokumen tentang kemasukan dia dlm islam………..jadi bagaimana atau apa yg perlu dia buat adakah dia kena pergi ke perkim untuk memeluk islam kali kedua?????adakah dia betul2 sudah masuk islam kerana dia tidak ada apa2 dokumen ttg kmasukkan islam krn dia mmeluk islam ktika dia d negaranya…….skarg kehidupannya seprti org2 islam………saya perlukn bntuan saudara @ saudari mengenai masalah ini….

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah atas usaha dakwah yang saudari lakukan. Teruskan ye! Pada pendapat kami lebih baik kawan saudari ini mendaftar semula sebagai seorang muslim. Tujuannya agar sebarang urusan dokumentasi dapat dilakukan dengan mudah. Jika kawan saudari ada kad Islam dari Myanmar bolehlah minta beliau pergi ambil di pejabat agama di Maynmar atau mungkin beliau ada dokumen lain yang menyatakan atau menyokong bahawa beliau ini seorang muslim. Jika tiada, tak pe. Bolehlah saudari bawa beliau daftar semula ye. Beliau memang seorang muslim cuma disebabkan tiada dokumen yang menyatakan beliau muslim jadi kena usahakan untuk buat kad Islam juga. Datanglah ke pejabat agama yang berdekatan ye. Mereka sedia membantu kawan saudari di sana. Moga ia membantu saudari. :-)

  44. assalamualaikum

    saya telah mengucap 2 kalimah syahadah beberapa tahun lalu.
    dan ingin menyiapkan proses berkaitan tentang penukaran status agama dan nama dalam kad pengenalan.

    dan, oleh kerana kerja saya habis lambat, saya rasa saya tak dapat menghadiri apa2 kelas wajib, kecuali kalau kelas itu mula selepas 8.30malam.

    harap dapat membantu. terima kasih
    (017-2970100)

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Alhamdulillah & tahniah kerana terus bersemangat dalam mencari & menambah ilmu Allah yang sangat luas ini. Mudah sahaja, ikutilah prosedur yang kami paparkan dalam blog ini. Tentang kelas tu, saya cadangkan saudara pergi sahaja dulu kelas tersebut dan dapatkan jadual kelas. Insya’Allah mereka ada pelbagai jenis masa kelas yang mana saudara boleh susunatur masa saudara dengan jadual kelas tersebut. Teruskan saudaraku! ;-) Moga Allah merahmatimu selalu & istiqomah dalam menjadi orang yang berilmu & bertaqwa. Moga ia membantu saudara.

  45. assalamualaikum…. saya ada pertanyaan.. saya akan berkahwin dgn warganegara amerika di malaysia, dan kami sekarang berada di Korea. kami sudah bertemu seorg imam di sini dan mereka mencadangkn agar dia memeluk islam di malaysia kerana lebih teratur dan lebih bermakna jika dilakukan dihadapan keluarga saya. saya sudah mengajarnya basics prinsiples of islam dan mengucap syahadah juga beberapa perkara asas fardhu ain. jika ingin melakukan di hidayah center adakah sebarang exam akan dilakukan?

    • wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah & alhamdulillah sebab saudarai akan mendirikan rumah tangga bersama org yang didakwah utk mengenal agama Allah. Memang betul apa yg dinyatakan oleh imam tu saudari. Bukannya apa…di Malaysia akan prosedur yang agak ketat untuk memastikan rakyatnya selamat apatah lagi anak-anaknya. Bawalah untuk disyahadahkan di Malaysia. Jika boleh, pergi ke jabatan agama yang dekat dengan tempat tinggal saudari untuk tujuan kelas KAFA.Yang penting di sini, bakal suami saudari perlu belajar Islam dgn lebih dalam lagi agar beliau boleh bimbing saudari sekeluarga nanti. Begitu juga keluarga saudari perlu beri sokongan dan dorongan kepadanya agar terus istiqomah dalam islam. Moga Allah permudahkan kerja2 saudari. ;-)

    • Assalaamu’alaikum wrh wbh saudariku. Terima kasih dengan soalan tu. Sebenarnya tidak wajib jika seseorang itu ingin memeluk Islam kecuali jika orang itu masih di bawah 15 tahun dan ingin memeluk Islam. Adalah lebih baik jika seseorang itu maklumkan keluarganya dulu jika keluarganya beri respon baik tiada masalah untuk disyahadahkan. Jika tidak, elok gunakan orang yang berpengalaman dan oernah kendalikan kes sebegini untuk bincang dengan baik & hikmah kepada keluarganya. Harap ia membantu saudari. :-)

  46. Hi,

    I have few question in mind which i cant find an answer;

    1) Do i need to change my name ? because i have a strong objection from my family side, so in order for them to accept me as their son is i wont change my name..is it possible?

    2) If i do not have my Birth cert, is it possible to register with MYKAD for convert and marriage purpose?

    • Hi brother! How are you? May Allah bless you always. Thanks once again for asking these questions.

      a) It depends on you brother. As our experience & knowledge, we advice you to add the Muslim name not Malay name. The reasons to make a different between Muslim & non Muslim name. If the name showing you the good name for example, Lim Jooi Soon means towards success, or Wee Kiat means an honored. ;-) It’s ok too brother if you still want to remain it.

      b) In Malaysia, once you have the MyKAD insya’Allah there will be easy. The most important thing is just change the religion status first then we advice you to go to Jabatan Agama and ask for help and guidance form them. ;-)

      I hope these answer can help to solve the problems that you have. May Allah bless you brother.

  47. Hi,

    Here is my case, i with this Muslim girl for 4 years, and we decided to get married, but i have strong objection from my family side. Luckily for me that her family is ready to accept me. So here is the question in my mind that i cant figure out the answer…

    1) If i convert to Islam but without switching my Original Chinese name is it possible, because i have a strong objection from my family, so in order for them to accept me, my name have to remain as it is.

    2) If i convert or married… is it MYKAD is sufficient enough or i have to bring my birth cert? FYI i kinda misplaced my Birth Cert.

    • Hi KV.
      Terima kasih kerana menjadikan Hidayah Centre sebagai rujukan. First of all, saya bagi pihak Hidayah Centre memohon maaf kerana agak lambat menjawab persoalan saudara.
      Saya secara peribadi amat kagum dengan sikap keluarga pihak perempuan kerana bersedia menerima KV menjadi sebahagian ahli keluarga mereka.

      1) Untuk pengetahuan KV, selepas memeluk Islam KV tidak akan dipaksa menukar nama kepada nama Islam sebaliknya jika nama asal membawa maksud yang baik, sebaiknya ia dikekalkan. Penukaran nama kepada nama Islam adalah pilihan KV sendiri. So, KV tidak akan menhadapi masalah untuk berdepan dengan keluarga KV kelak selepas memeluk Islam. Saya tidak nafikan, ada kes dimana keluarga tidak dapat menerima bahawa salah seorang ahli keluarga mereka telah memeluk Islam. Walaubagaimana pun, cabaran seperti itu harus dihadapi sebaiknya dengan mengharapkan agar mereka terbuka hati menerima penghijrahan yang telah dilakukan. Di Hidayah Centre sendiri, saudara Yeo Wee Kiat yang telah memeluk Islam tahun lepas hanya menukar panggilan namanya kepada Ikram Yeo tetapi mengekalkan nama asalnya dalam MyKad.

      2) Birth cert. tidak diperlukan semasa proses perkahwinan. Cara mudah mendapatkan semula salinan surat beranak, just pergi ke JPN dan isi borang. Then akan diminta ke Pesuruhjaya Sumpah untuk ditandatangani. Then, bawa borang yang sudah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah ke JPN dan KV akan dapat birth certificate yang baru :)

      Untuk pertanyaan lanjut, hubungi pejabat Hidayah Centre ditalian 03-41089669 atau boleh email personally ke hidayah.centre@gmail.com

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  48. Salam.. saya mempunyai teman lelaki warganegara Denmark, dan kami mahu berkahwin hujung tahun ini, memandangkan Muslim di denmark sedikit, jadi kami bercadang untuk dia masuk islam di malaysia, september dia akan datang ke malaysia. Dia sudah berkhatan di Denmark. Jadi, apa yg saya harus buat? makluman, dia ada tatu, adakah patut dibuang dahulu? Mungkin dia perlu sertai kelas2 agama dimalaysia, adakah mngambil masa yang lama? kerana, dia perlu balik ke negara utk bekerja.. dan selepas memeluk islam, sy mahu menikah di malaysia, perlukah dia menjalani kursus khawin? kalau perlu, ada ke kursus versi english? berapa lama? Saya perlu ke Denmark, untuk sambung belajar disana, jadi sy mahu elakkan maksiat. Dia amat berminat dengan agama islam, dan sudah membaca beberapa buku berkenaan islam. Saya harap saudara dapat membantu saya, untuk kami menghalalkan hubungan dan berlandaskan jalan Allah.

    • Assalamu’alaikum..
      Ya Allah. Mohon maaf kerana terlepas pandang soalan yang diajukan.
      Untuk makluman Annis, Islam bukanlah agama yang menyusahkan. Cara terbaik adalah membawa teman lelaki Annis ke Jabatan Agama Islam di negeri Annis menetap sekarang. Biasanya akad pengIslaman akan dilakukan dalam bahasa yang difahami oleh orang yang ingin memeluk Islam. Jika teman lelaki tidak faham bahasa Melayu, akad akan dilakukan dalam bahasa Inggeris. InsyaAllah memudahkan kedua-dua pihak. Selepas melafazkan syahadah, kebiasaanya mereka yang baru memeluk Islam akan diberi pilihan untuk memilih hari dan tarikh yang available untuk mengikuti kursus intensif Pengajian Islam. Selepas silibus telah diikuti sepenuhnya, barulah kad akuan memeluk Islam akan diberikan. Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada berlaku masalah tidak faham Islam dan tidak mengamalkan cara hidup Islam secara konsisten. Annis harus meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang sudah berlaku, sedang berlaku ataupun akan berlaku.
      Di Hidayah Centre, kami amat mengalu-alukan kedatangan Annis bersama teman lelaki untuk sesi penerangan tentang asas-asas Islam atau mencari jawapan bagi segala persoalan yang menjadi tanda tanya Annis atau teman lelaki.

      Semoga Allah mempermudahkan niat Annis untuk mengajak teman lelaki kepada Islam. Sungguh besar ganjaran yang Allah janjikan bagi mereka yang menolong saudaranya yang lain kepada kebaikan.
      Sebarang pertanyaan, hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  49. slm sejatra dan slmat pagi sy nak tahu andi kata istri sy akn memeluk agama islam dan sy tdk.dan istri sy memasuki agama islam hanya ingin brcerai dgn sy.dan dia memasuki islam tampa minta izin dari sy dan keluarga. ada kah dia sah dengan niat sebnarya?

    • Salam sejahtera En. Frank Joo.
      Untuk pengetahuan Encik, tiada syarat yang menyusahkan untuk memeluk agama Islam. Jika orang tersebut telah berkahwin, dia tidak perlu meminta izin suami/isterinya untuk menukar agama sebaliknya mengajak suami/isterinya untuk bersama dalam Islam. Dalam tempoh 3 bulan, jika suami/isteri menolak dan tidak mahu bersama dalam Islam maka si isteri/suami yang telah memeluk Islam tadi boleh memohon perceraian melalui mahkamah kerana dalam Islam tidak dibolehkan berkahwin dengan mereka yang berlainan agama (perkahwinan campur agama). Sebaliknya Islam menggalakkan perkahwinan campur (contoh : Melayu Muslim + Cina Muslim atau Cina Muslim + India Muslim atau mana-mana kombinasi) asalkan kedua-duanya adalah Muslim.

      Semoga menjawab persoalan.
      Pertanyaan lanjut, hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  50. assalamu’alaikum.. saya nak tanya, berapa kali kelas fardu ain ni di adakan? dan bila kad akuan kmasukan islam ni di siapkan?

    • Wa’alaikumussalam.
      Tempoh kelas intensif Pengajian Islam yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam bergantung kepada silibus yang digunakan. Dan kad akuan memeluk Islam akan dikeluarkan selepas seseorang saudara baru tersebut selesai mengikuti silibus yang telah disusun.
      Terima kasih.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  51. Assalamualaikum. sy ada seorg rakan. dia non-muslim. sjak 3thun knal dia, mmg dia ada menunjukkan minat nk memeluk agama islam. dia pun ada belajar mengucap dua kalimah syahadah, cuba belajar huruf2 jawi, belajar berpuasa, baca bahan2 ilmiah ttg islam dsb. sy juga pernah bertanya kpdnya, bila nk convert? disebabkan dia masih belajar di IPTA, dan di bawah tanggungan keluarga, dia slalu cakap dia akan convert selepas dia abes blajar nt. tp sy rasa risau. sbb sy slalu baca pasal dunia ni nak dekat kiamat, dunia dah sampai akhir zaman. jadi sy takot andainya dia x sempat nk convert. tp sy taknak push dia utk convert memandangkan islam pun tak pernah memaksa. tp sy takut. kadang2 sedih, sebab takut dia x convert jugak walaupun da abes belajar nanti kerana dia masih dikelilingi rakan2 yg non-muslim. masih duduk di rumah panjang. jd andai dia convert pon, dia masih tak dpt nk menjalankan tanggung jawab dia sbg muslim di rumah kerana anjing pun berkeliaran di rumahnya. soalan saya,

    1) apa yg sy dpt lakukan bg membantu dia? sy takut dia x sempat memeluk islam sbb sy syg dia sbg sahabat yg sangat rapat dgn sy di IPTA ni.

    2) apa hukum org yg dah convert 2 tahun tp masih xreti solat?

    • Wa’alaikumussalam..
      Sebelum itu, kami di Hidayah Centre memohon maaf kerana agak lambat menjawab pertanyaan adik.
      Alhamdulillah..adik begitu perihatin dengan minat kepada Islam yang ditunjukkan rakan adik tersebut. Untuk pengetahuan adik, tidak menjadi masalah sebenarnya jika kawan adik tu memeluk Islam ketika masih belajar kerana individu yang sudah berumur 18 tahun dan keatas berhak menentukan agama yang hendak dianuti. Secara peribadi saya berpandangan bahawa hidayah Allah semakin hampir kepada kawan adik. Hal ini berdasarkan penelitian saya kepada kenyataan adik bahawa dia sedang belajar aspek-aspek yang menyentuh tentang Islam seperti membaca buku-buku tentang Islam dan sebagainya. Betul, “laa ikroha fiddin” iaitu tiada paksaan dalam beragama. Tetapi dalam situasi ini, adik boleh memberikan dorongan dan sokongan moral kepada kawan tersebut. Boleh melalui pelbagai cara sama ada memaklumkan kepada pensyarah Muslim lain atau membawa kawan tersebut berjumpa dengan pegawai agama di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat dengan IPT adik sekarang ni. Kes sebegini biasa berlaku di kebanyakan IPT dan akan dirujuk kepada pensyarah Fakulti Pengajian Islam untuk tindakan lanjut.

      Cuma disini, saya harus perbetulkan salahtanggap adik bahawa jika kawan adik tu ‘revert’ (revert lebih sesuai disebut berbanding convert), dia masih tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya? Kerana anjing berkeliaran dirumahnya. Walaupun dia sudah kembali kepada agama fitrah iaitu Islam, tidak bermakna dia harus terus meninggalkan kawan-kawannya yang belum Islam. Sebaliknya Islam amat menggalakkan kita saling berhubungan meskipun berlainan bangsa, adat dan agama selagi tidak ada perbuatan mengajak kepada perkara-perkara buruk dan boleh merosakkan akidah.
      Menjawab soalan 1 :
      * Saya nasihatkan agar adik jelaskan kepada kawan adik tersebut bahawa dengan memeluk Islam tidak akan membawanya kepada kesukaran sama ada ketika berhdapan dengan keluarga atau sebagainya. Semuanya harus dijelaskan agar tidak timbul salah faham bahawa apabila masuk Islam, pelbagai masalah akan timbul. Disamping itu, berdoalah kepada Allah. Mohon Allah agar menunjukkan jalan yang lurus kepada kawan adik dan mempermudahkan segala urusannya. Subhanallah, besar ganjarannya disisi Allah jika adik berjaya membawa kawan adik tersebut kepada Islam.

      Soalan 2:
      * Bagi mereka yang masih baru dalam Islam, segala aspek yang berkaitan kehidupan sebagai seorang Muslim mestilah dipelajari dan dipraktikkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan sendiri. Tidak sekadar itu, kita sebagai saudara seIslam haruslah bersikap peduli terhadap kebajikan mereka dan tidak mengambil sikap tidak endah kerana istilah muallaf secara jelasnya bermaksud “orang yang dilembutkan hatinya untuk memeluk Islam”. Justeru, iman mereka masih tipis. Jadi tidak hairanlah jika adik pernah mendengar kisah saudara baru yang kembali kepada agama asalnya. Puncanya? Saya boleh rumuskan berdasarkan 2 sebab. Pertama, semangat mempelajari Islam kian hilang apabila mereka tidak diberi sokongan, dorongan memperbaiki diri dan tunjuk ajar cara hidup sebagai seorang Muslim yang sebenar. Kedua, masuk Islam atas tujuan-tujuan tertentu. Tidak dinafikan wujud mereka yang memeluk Islam kerana tujuan-tujuan khusus, antaranya untuk mendapatkan bantuan sara hidup, perkahwinan dengan lelaki/wanita Islam, menghilangkan identiti diri melalui pertukaran nama Islam dan sebagainya. Pun begitu, kita tidak boleh sama sekali bersikap prejudis kepada mereka yang baru memeluk Islam kerana hanya sahaja yang berhak menilai keikhlasan dan kebenaran pengIslaman mereka. Untuk menghadapi kes ini, saya nasihatkan agar adik membawa orang tersebut ke Pejabat Agama Islam terdekat untuk sesi kaunseling dan pendaftaran mengikuti kelas Pengajian Islam agar masalah tidak reti solat itu dapat diatasi.

      Saya doakan agar Allah menunjukkan jalan terbaik kepada adik dan kawan tersebut & mempermudahkan segala urusan. Amin.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  52. assalamualaikum
    saya mempunyai seorang sahabat yg sudah memeluk islam.saya ingin tahu berapa lamakah tempoh untuk dapat kad akuan masuk islam setelah dia biasanya?Lokasi di Pahang

    • Wa’alaikumussalam.
      Maaf dari pihak kami kerana lambat menjawab soalan cik/pn Nor Halimah.
      Mengikut prosedur, selepas syahadah individu tersebut mesti mengikuti kelas/ kursus intensif pengajian Islam yang dianjurkan di tempat dia melafazkan syahadah tersebut.
      Jika pengIslaman dirujuk kepada Hidayah Centre, pihak kami akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam/ Pejabat Agama Islam terdekat untuk mengaturkan sesi kelas yang bersesuaian dengan masa individu tersebut. Biasanya mengambil masa beberapa ketika (sebulan-3 bulan) sehingga kursus telah diambil secara keseluruhannya. Kemudian barulah kad akuan Islam akan diberikan sebagai bukti pengIslaman yang berlaku.

      Boleh rujuk Jabatan Agama Islam Pahang atau hubungi kami di talian 03-41089669.
      Terima kasih.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

      • Assalamu’alaikum wr wb..
        I’m muslim indonesian, my bf is a chinese malaysian, he planning to convert to muslim because he want to married with me..how the procedure to convert?should he convert in malaysia or indonesia since we planning to married in indonesia.
        Can he keep using his previous name and IC since he need to think about his parent feeling..
        Wassalam
        Vita

      • Assalamu’alaikum wbt

        Congratulation sis Vita to have an intention of getting married with a future muslim brother.

        Bear in mind that converting to Islam just because he want to marry you is not enough. Even though it is acceptabe. He need to understand that by being a Muslim, he need to admit that there is no God worth to be worshipped except Allah swt. And he need to admit that Muhammad is the last Messenger of Allah. The procedure is simple. He can come to Hidayah Centre office and we can conduct the conversion. Prior to that we will give a short explaination of 6 articles of faith and 5 pillars of Islam. Kindly bring 2 male witnesses (if his address is in Selangor) or 1 witness (if his address is in KL).

        We will issue a letter which he can bring to JAWI/JAIS for registration. JAWI will normally issue the Islamic Card immediately. JAIS will issue the card after he attend a 5 days intensif course. It is advisable that he learn about basic knowledge of fardhu ain before getting married.

        May this answer help him.

        Mr. Zun Arif Hakim,
        Pengurus Dakwah
        Hidayah Centre HQ

  53. Assalaamu’alaikum wrh wbh…..saya seorang muallaf ,saya masuk Islam pada tahun 2008.(18 tahun).saya ada sijil pemelukan islam ,tetapi saya masih tidak tukar KP saya kerana masih dapat tetangan yang keras daripada keluarga.
    adakah ia membahayakan saya? saya masih kurang didikan tentang Agama, disbabkan masalah dari pelbagai sumber.apa yang saya patut buat? Sekarng berada di kedah,jitra

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tahniah saudara kerana saudara memperolehi iman yang suci dari Allah swt. Tahniah sekali lagi! :-) Jika nak tukar kad pengenalan (KP), boleh tak jadi masalah. Cuma yang penting sekarang, saudara perlu pilih nama yang sesuai atau boleh kekalkan nama lama dengan syarat nama itu nama yang bermaksud baik, tidak merujuk nama tuhan-tuhan berhala dan perkataan yang kurang baik sebagai nama saudara. Saudara boleh hubungi wakil kami di Jitra iaitu Tuan Haji Ahmad Kamal 012-4077 064. Saudara nyatakan hasrat saudara dan insya’Allah beliau boleh bantu bagi cara penyelesaian. Moga ia membantu saudara. ;-)

  54. Salam sejahtera..
    Saya seorang gadis cina..Saya telah nekad untuk memilih ISLAM sebagai pegangan hidup saya..Saya akan berumur 18 tahun pada 23 Ogos 2011 (minggu hadapan)..Kalau diizinkan-Nya,saya akan menyelesaikan proses pengislaman dalam bulan Ramadan,bulan yang mulia ini juga..Saya tidak memberitahu ahli keluarga ataupun rakan2 yang bukan beragama ISLAM..setakat ini hanya beberapa kenalan sahaja yg sdh maklum..saya tahu bahawa keluarga saya pasti memberikan tentangan terhadap keputusan ini kerana dalam keluarga kami tiada yangg beragama ISLAM dan mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap ISLAM..bolehkah saya merahsiakan hal ini atau perlu meberitahu mereka??
    thank you..

    • Salam sejahtera saudariku. terima kasih dengan soalan yang dilontarkan. Tentang nak memeluk Islam tu sebenarnya tiada masalah untuk memeluk Islam secara rahsia. kami dari HC memohon maaf atas kelewatan membalas mesej murni ini. Datanglah saudari ke pejabat kami untuk meneruskan hajat di hati. Saudari rahsiakanlah dahulu pengIslaman ini. Insya’Allah kami boleh bantu bagi tips untuk saudari. Mohon hubungi Puan Alya di 03-4108 9669. Moga Allah melindungi kita semua. ;-)

    • Salam sejahtera saudari. Tahniah kerana saudari telah tekad nak kembali kepada Islam, saudari cuma hanya perlu mengucap dua kali syahadah kerana Allah, itu sahaja yang perlu dibuat. Secara rasminya ikutlah nasihat Hidayah Centre di bawah.

      Bukan mudah untuk memberitahu keluarga, tapi anggaplah itu sebagai ujian. Allah menguji kerana menyayangi mahluk-Nya.

      Please join our facebook group MACMA Selangor for questions to fellow Chinese Muslims.

  55. assalamualaikum…
    saya ada sedikit kemusykilan disini..
    saya ada seorng teman, dia telah mengaku yang dia adalah seorang muslim..sebelum ini dia berasal dari kaum asli.. dia menjalankan ibadat seperti orang muslim yang lain..
    tapi saya tidak nampak kad perakuan masuk islam..
    bila ditanya dia cakap dia x dapat..
    dan dia juga bagitahu yang dia telah memohon kad penukaran nama tetapi belum dapat kelulusan lagi..(dia bekerja didalam salah satu badan beruniform)

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tahniah kerana berusaha utk membantu saudara kita yg memerlukan. Moga Allah melimpahkan rahmat ke atas saudara. Saudara bawalah sahabat saudara itu untuk mendaftar semula pengIslaman di jabatan agama yang berdekatan dengan tempat tinggal sahabat saudara itu. Katakan sahaja bahawa sahabat saudara ingin memeluk Islam dan kemudian jabatan agama akan uruskan pengIslamannya.

      Saudara kena ingat bahawa kad Islam akan dapat setelah pergi ke Kursus Intensif Saudara Kita anjuran MAIS atau MAIWP. Kadang2 pegawai MAIWP akan beri awal kad Islam itu, jadi pandai-pandailah menjaganya yer. Moga ia membantu saudara.

  56. asalamualaikum…

    sy ada seorang teman sahabat yg ingin memeluk islam… tetapi dia dah bersuami kristian… soalanya.. boleh ka dia memeluk islam?? sekiranya dia da memeluk islam.. adakah perkhawinanya da terbatal status barunya???? di harap saudara dapat menjelaskanya… terima kasih

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. jutaan terima kasih atas sokongan saudara kepada orang yang ingin mendekati Islam. Moga Allah mengganjari usaha yang saudara lakukan. Kami minta saudara bawa sahabat saudara ke pejabat kami untuk sesi perbincangan lebih lanjut kerana jika ingin dimaklumkan melalui mesej ini terlalu panjang. Jemput datang ke pejabat kami dan hubungi Puan Aliya atau Encik Zun ‘Arif Hakim 03-4108 9669. Moga ia mempermudahkan kerja2 saudara. ;-)

  57. assalamualaikum …hi..saya nak berkhawin dengan warga poland dan dia adalah seorang wanita yg berumur 18 tahun..dan kami sudah 3 tahun kenalan.apa yg patut saya lakukan untuk bernikah dengan nya???sila bantu saya..dan dia bukan beragama islam..saya tinggal di sabah..dan berumur 22 tahun..

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tahniah kerana berusaha untuk mendekati seorang wanita dengan memberikan dia “apa itu Islam”. Mengikut pengalaman kami, kami cadangkan saudara dapatkan seorang wanita spt kakak, makcik atau emak atau ustazah membimbing teman saudara ini untuk mengenal Islam terlebih dahulu. Biarlah teman saudara ini cinta Allah dan RasulNya dahulu baru dia cintakan saudara sebagai suami yang soleh. Dalam masa yang sama juga, saudara juga harus memperkukuhkan ajaran Islam, amalan2 sunnah dan memperdalamkan ilmu tentang bimbingan kepada saudara yang baru mengenal Islam. Selepas itu, barulah ajak teman saudara itu memeluk Islam dan bersedialah untuk kalian mendirikan rumah tangga. Yang penting di sini, kami nak saudara dan keluarga saudara boleh membimbing teman saudara itu dengan cahaya Islam yang boleh dirasai kemanisan iman pada dirinya yang akhirnya teman saudara ini jadi isteri yang solehah dan menjadi contoh kepada wanita2 yang lain. Moga urusan baik saudara itu dipermudahkan Allah. :-)

  58. Adakah seseorang itu perlu berkhatan sebelum memeluk Islam ? or it can be done right after memeluk Islam.

    Thank you

    • Salam sejahtera saudaraku. Tahniah atas niat saudara ingin memeluk Islam. Moga Allah mempermudahkan usaha saudara untuk memeluk Islam. Dalam Islam, yang penting dahulu adalah memliki kasih sayang Allah iaitu akidahNya dulu. Jadi, tidak menjadi masalah jika saudara ingin berkhatan dahulu sebelum memeluk Islam atau berkhatan kemudian selepas memeluk Islam. Silakan saudara. ;-)

  59. sy ibu tunggal, mempunyai seorang anak luar nikah dgn lelaki muslim.kini sy trbuka hati ingin memeluk islam, soalan sy adakah slps sy memeliuk islam anak prmpuan sy yg brumur 7 buln setengah jga secara autumatik menjadi muslim tanpa melakukan ape2 prosedur spt sy..

    • Salam sejahtera saudariku. Masya’Allah moga Allah terus menyelubungi rahmat dan kasih sayangNya pada saudari dan kandungan itu. Jemputlah datang ke pajabat kami untuk kami permudahkan pengurusan pengIslaman saudari. Hubungi Puan Alya di talian 03-4108 9669 yer. Anak saudari automatik menjadi Muslim sebab anak ini mengikut emaknya apatah lagi didikan dari emaknya. Moga Allah melindungi saudari dan kandungannya. ;-)

      • Maaf kerana mencelah..saya baru terbaca artikel ni..saya sekadar inginkan kepastian dan berkongsi sedikit crita..mohon kebenaran dari cik dian dan hidayahcentre :-)

        Kisahnya sama seperti cik dian itu cuma ada dua situasi tambahan yg saya perlukan penjelasan..
        1) bagaimana dgn nama anak itu selepas ibunya telah memeluk islam?adakah binti kn Abdullah atau boleh di binti kn bapanya (ya’ni lelaki itu) sekiranya si ibu dan lelaki itu telah berkahwin??

        2) perlukah anak dan ibu itu didaftarkn semula nama mereka di jabatan pendaftaran?

        Mohon ulasan dari hidayahcentre supaya dapat membantu insan2 yang tersepit kesilapan lalu.

        Terima kasih.

      • Salam saudaraku,

        Terima kasih atas pertanyaan yang menyebabkan kami lagi terpanggil membantu sahabat2 kami iaitu saudara baru. Moga Allah merahmati saudara. Amin.

        Jawapan :

        1) Nama anaknya nama Islam. Mengikut syara’ memang anak ini di”bin” atau di”binti”kan Abdullah atau nama2 lain Allah dalam Asma’ Husna. Tidak boleh di”bin” atau di”binti”kan mengikut syara’ walaupun kedua2 pasangan ini akan berkahwin.

        2) Proses mendaftarkan anak ini buat seperti biasa seperti mana anak2 yang lain didaftarkan cuma perlu dimaklumkan status ibubapanya.

        Ini semua merupakan hukum syariat dari Allah swt yang memang ada hikmah disebalik kejadian ini. Walaubagaimanapun, jangan risau status anak ini sebab anak ini tidak berdosa malah ia seperti kita manusia biasa yang masih perlukan kasih dan sayang. Yang penting di sini adalah kedua2 pasangan tersebut haruslah bertaubat bermohon ampun dengan Allah agar dijaga zuriat keturunan mereka dan menjadi hamba2Nya yang soleh. ;-)

        Moga ia membantu saudara. :-)

  60. Salam,

    I am married with one son and living with my wife. Most recently I have this calling and say about Islam although I am from a strong catholic family. The call is about to adapt Islam! Reason, I am adopted and not sure if I am from a Muslim family (question 7), the most I can say I have started to feel and get closer to this community.

    Questions:

    1. Once convert, can I keep my name as it is? I understand the name in My Card can be kept the same but for formality and legalize, the system will reflect as Islam.
    2. Once convert, can I continue to stay with my current wife and kid, although they are not convert?
    3. Do I need to change my bank records or remain the same?
    4. Will I be given or guided through any adopted family and any kursus I need to attend?
    5. Who can I approach for counseling, any one I can reach out before I decide to convert? I am afraid of the consequence, especially my wife and kid and also they must still accept me.
    6. Will I enjoy the all the benefits of Bumiputra as what is being given now?
    7. How can I trace back without asking my immediate family who was the natural parent was? Thru the Hospital or JPN (Taiping)? Any suggestion?

    Thank You for reading the above details. Kindly advice or make correction if any inaccuracy.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my brother. Subahanallah, May Allah bless you brother and give you strength.

      Answer :

      1. No problem once you want to maintain your name in Muslim card or in the IC, as long as the name has a good meaning and not related with idol’s name. Because when people call your name it shows doa’ (prayer) for you.
      2. No problem too brother but the best thing is, it is good if you can invite your family (wife & children) embrace Islam too. Just tell them the beautiful of Islam, how do you feel about Islam and Iman when you embraced Islam, and what can make you enter Islam especially who is Allah? We believe once you explained to them and make them love to Allah and Islam, insya’Allah they’ll follow you brother.
      3. If you feel and think that it won’t effect your business in the future, you don’t have to change it and instead. But in Malaysia, it’s better you change into your Muslim name.
      4. Yes brother. In Malaysia, the Jabatan Agama Islam (Islamic Department) will give a timetable of the classes and courses to the reverts. In HC also provide classes every week.
      5. Just come to our office brother, in Pusat Bandar Melawati, Hulu Kelang. Insya’Allah, we have our staffs can help you who had experience handle the reverts in many years.
      6. Bumiputera is Malay, Orang Asli, Sabahan and Sarawakian (The concept of a bumiputra ethnic group in Malaysia was coined by activist Tunku Abdul Rahman. It recognized the “special position” of the Malays provided in the Federal Constitution of Malaysia, in particular Article 153. But, the constitution does not use the term “bumiputra”; it defines only “Malay” and “indigenous peoples” (Article 160(2)),[2] “natives” of Sarawak (161A(6)(a)),[3] and “natives” of Sabah (Article 161A(6)(b)).[3] Definitions of bumiputra in public use vary among different institutions, organizations, and government departments and agencies.). If you other that these, you are not bumiputera.
      7. You can go back to JPN or the Hospital that you’ve born before.
      May Allah bless you and guide brother. ;-)

  61. Jika seseorang itu belum memeluk islam lagi ,
    adakah dia boleh mengambil kurus kahwin?
    atau pun dia harus memeluk islam dulu , baru boleh ambil kursus?

    • Salam saudariku. Terima kasih atas soalan yang dilontarkan. Jika ikut prosedur jabatan agama, mualaf itu mesti masuk Islam dulu baru boleh ikuti kursus yang ditawarkan tu. Sebabnya agar mualaf itu faham tentang Islam dari segi kekeluargaan, aqidah, fiqh yang berkaitan dalam hidupnya sebagai seorang muslim. Moga ia menjawab pertanyaan saudari. :-)

  62. Assalamualaikum,saya ingin bertanya di mana ada satu permasalahan yang terjadi kepada hamba Allah dimana dia telah terlanjur hingga hamil dengan seorang bukan muslim.Alhamdulillah lelaki( Bukan Muslim) tersebut ingin bertanggungjawab ke atas wanita tersebut ( Beragama Islam) dan ingin menikahi wanita tersebut. Namun begitu keluarga pihak wanita tidak menyetujui hubungan mereka.Soalan saya jika wanita itu sudi berkahwin dengan lelaki tersebut dan lelaki tersebut juga ingin memeluk islam adakah sah pernikahan mereka jika pengislaman di buat sekali akad nikah sedangkan si wali wanita enggan mewalikan mereka dan mereka menikah menggunakan wali hakim. Dan boleh kah akad nikah dijalankan sebelum lelaki tersebut mendalami islam maksud saya lelaki trsebut akan mendalami selepas berkahwin kerana ingin menjaga anak dalam kandungan wanita tersebut.Saya amat berharap mendapat respond dari soalan saa ini. Terima Kasih…

    • Wa’alaikumussalam…
      Saya mewakili Hidayah Centre memohon maaf atas kelewatan menjawab persoalan Cik/Pn Qamariah.
      Merujuk kes di atas, seseorang wanita yang hamil kerana terlanjur masih berpeluang memohon taubat kepada Allah kerana zina adalah dosa besar. Seorang penzina wanita yang belum berkahwin mengikut hukum Islam wajib disebat 100 kali (Surah An-Nur, ayat 2). Manakala penzina yang sudah berkahwin mestilah direjam (ditanam separuh badan dan dibaling batu-batu kecil).
      Jika lelaki itu mahu bertanggungjawab dan wanita tersebut sudi menerimanya, kenapa tidak dilangsungkan akad bagi menghalalkan hubungan keduanya..?
      Mereka boleh menggunakan wali hakim dan jika ank yang dikandung belum sampai usia melebihi 6 bulan, boleh di bin/binti kan dengan nama lelaki yang bertanggungjawab melakukan zina tersebut (bapa kandung).
      Dan untuk makluman cik/Pn Qamariah, Islam bukanlah agama paksaan dimana selepas mengucap dua kalimah syahadah, individu tersebut dengan serta merta mesti tahu semua perkara tentang Islam. Sebaliknya, Islam agama rahmat. Setiap intipati isi kandungan al-Quran dan pembelajaran Islam boleh dilakukan secara berperingkat mengikut tahap penguasaan.

      Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  63. Saya ingin memeluk islam kerana ingin menikahi seorang wanita islam,sekarang saya berada di Daerah Tawau Sabah ke mana arah tuju pertama yang harus saya tuju kerana saya seorang warganegara Indonesia. Haruskah saya pulang ke negara asal memeluk islam sedangkan saya amat terikat dengan jadual waktu kerja yang sangat ketat.

    • Salam sejahtera saudaraku. Tahniah kerana saudara ingin mengenal Islam melalui perkahwinan yang akan menghasilkan zuriat yang bertaqwa kepada Allah & RasulNya. Teruskan saudara. Saya cadangkan saudara pergilah ke jabatan agama di daerah tersebut dan cuba untuk dapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Jika perlukan apa-apa bantuan nasihat lain cuba hubungi sahabat kami di Sabah iaitu Encik Marsus Jabar 019-8622914 atau Dr. Mingu Jumat 019-8104420. Moga Allah permudahkan urusan saudara. Amin3. ;-)

  64. Salam,

    I am a Catholic and married with one son. Recently I have the calling to Allah or more better to say most recently I have this say in me to become a Muslim. I came to know I was adopted about 37 years ago but now I am thinking if whether I was from a Muslim family. A few questions:

    1. After conversion, will I need to completely change my MyCARD or can carry the existing one or will there be a separate mycard given?
    2. What if I am staying with my wife and kid which they are NOT musliim. Will this be a problem like Khalwat or against the Muslim law since they will not convert yet?
    3. Any special courses that I need to attend for a number of period after conversion?
    4. How do I find out on details about my actual parent if I am adopted? This happen back in 1974 in Taiping (unless not recorded). Should I visit JPN or the Hospital where I was born?

    Thank You.

    • Selamat sejahtera En. William.
      Merujuk perbualan telefon saya bersama En. William semalam, saya yakin En. William akan menemui jawapan atas segala persoalan yang mengganggu fikiran.
      Kami di Hidayah Centre amat bersyukur & masih menunggu confirmation masa En. William yang sesuai untuk appointment bersama En. Joannes di pejabat kami.

      Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  65. Saya telah lama berhajat untunk menganut agama Islam. Saya sudah pernah cuba berpuasa dan sebagainya. Sejak dari bangku sekolah lagi saya sudah mula belajar sedikit demi sedikit tentang Islam dari rakan-rakan. Persoalannya sekarang ialah saya dalam proses penceraian yang sukar (single petition) di mana pihak lelaki tidah mahu menandatangani surat perceraian. Untuk pengetahuan Encik kami sudah tidak bersua muka dalam tempoh hampir setahun setengah. Jika saya memeluk islam, apakah status perkahwinan saya ini dan perlukah diteruskan lagi proceeding penceraian secara bukan Islam? Bolehkah saya mengahadiri kelas2 agama di PERKIM atau sebaainya sebelum memeluk agama Islam? Terima Kasih.

    • Selamat petang Pn Su M.
      Hidayah Centre mengucapkan tahniah di atas niat Puan untuk memeluk agama Islam..!
      Untuk pengetahuan Puan, kes ini pernah dikendalikan oleh Hidayah Centre baru-baru ini dimana kes yang sama berlaku iaitu si suami tidak mahu memberi kerjasama untuk menandatangani surat perceraian. Walaubagaimana pun, dalam agama Islam jika berlaku keadaan di mana suami tidak menunaikan haknya kepada isteri atau melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang Islam si isteri boleh memohon talak atau dalam erti kata lain memohon supaya si suami menceraikan kerana merasakan rumahtangga tidak boleh diselamatkan lagi.

      Mengikut Islam, sebenarnya status puan & suami sudah dikatakan bercerai. Cuma ia perlukan hitam putih yang menyatakan puan sudah bercedrai.

      Di Malaysia, jika seorang isteri sudah masuk Islam, si suami yang bukan Islam kena buat surat mahkamah yang menyatakan si suami sudah menceraikan isterinya. Jika tidak, maka puan tidak boleh lagi berkahwin dengan lelaki lain. Jadi, tindakan puan sekarang adalah puan perlu dapatkan surat perceraian daripada semua kemudian bawa ke majlis agama. Selepas itu barulah puan boleh berkahwin dengan lelaki lain secara sah dan mengikut undang-undang Malaysia.

      Jika puan inginkan kepastian, rujuklah di jabatan agama yang berdekatan untuk dapatkan nasihat dan penjelasan jelas daripada mereka. Moga ia membantu puan. ;-)

  66. Salam, saya mempunyaiseorang teman rapat lelaki dari luar negara. Kami bercadang berkahwin pada Jun tahun hadapan. Dia akan datang ke Malaysia selama dua minggu pada Disember ini. Adakah jangka masa ini cukup untuk menyelesaikan proses pengislaman, kursus mualaf (adakah wajib?) Dan kursus kahwin? Adakah kursus mualaf dan kursus kahwin dibuat dalam bahasa Inggeris, kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu?

    Terima kasih atas bantuan. Jazakallah.

    • Wa’alaikumussalam.
      Alhamdulillah..semoga Allah mempermudahkan urusan Cik Mia dan bakal suami.
      Prosedur memeluk Islam adalah mudah. Untuk urusan pengIslaman dan kursus kahwin, 2 minggu adalah CUKUP. Hanya bawa teman lelaki ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk proses pengIslaman. InsyaAllah kad akuan memeluk Islam akan dikeluarkan pada hari tersebut juga bergantung kepada pegawai yang menguruskan disana. Selepas itu, bolehlah merujuk JAWI sendiri atau Hidayah Centre atau mana-mana NGO Islam untuk beliau mengikuti kelas bimbingan. Untuk masalah bahasa, boleh request untuk dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Ada disediakan insyaAllah.
      Dan untuk mendirikan rumahtangga, setiap pasangan lelaki dan wanita Islam mestilah mengikuti Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan oleh mana-mana Jabatan Agama Islam atau institusi lain yang mendapat kelayakan. Kursus kahwin biasanya hanya 2 hari. Secara peribadi, saya merasakan sangat panjang tempoh 2 minggu tersebut yang boleh Cik Mia manfaatkan.
      Untuk pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  67. Salam…… saye seorang mualaf sy telah memeluk islam selama 8 tahun tapi baru tahun ni saya sembahyang n puasa sebelum ini islam saya atas nama saja….. saya pergi masuk gereja hanya menemani ibu tapi x sembahyang.cuma yg ingin saya tau perlu kah saya mandi taubat

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Masya’Allah tahniah kerana saudari semakin merasai nikmat iman & Islam dalam diri saudari. Keep it up!!! ;-) Dalam Islam tiada mandi taubat kecuali buat solat sunnat taubat 2 rokaat. :-) Jadi, ambillah wudhuk dan solatlah yer… Moga dengan keinsafan saudari itu begitu juga air mata yang mengalir sebagai bukti dosa-dosa saudari diampunkan Allah swt. Biasanya jika temankan ibu ke gereja tidak jadi masalah untuk menunaikan solat cuma saudari ke bijak mengatur masa dan plan bila dan di mana lokasi saudari nak solat. Moga Allah merahmati saudari. :-)

  68. Assalamualakum,
    Alhamdullilah saya dah memeluk agama Islam dan telah pun menukar IC terkini kepada nama Nuraisyah Hii binti Abdullah. sy bersyukur kerana mendapat restu dari ahli keluarga tsayang saya.. :) …. saya memeluk agama Islam atas keredhaan sendiri.

    Di sini, saya ada beberapa soalan. Sekiranya sy nak nikah, pe prosedurnyer?

    Saya berasal dr Sarawak. Menetap di Shah Alam hampir 7 tahun. Andai kata saya ingin bernikah dgn pasangan yg berasal dr Terengganu, dan kami bercadang nikah di Terengganu, lepas ambil kursus nikah, saya kena daftar di Terengganu betul tak? yang untuk surat pengesahan bermastautuin, saya kena buat di area tempat saya duduk sekarang kan?

    Terima kasih.

  69. Salam,sy ingin bertanya..sy ada kekasih bkn islam..mula2 dia kata nak masuk islam kerana nak kahwin dgn sy..tetapi bila anggota belah lelaki tahu,mereka halang..sy menjadi serba salah skrg..kerana dia tidak sanggup hadapi keluarganya..sy menjadi kecewa dgn tindakan dia..seolah2 dipermainkan olehnya..kini sy ditglkan begitu saja..apa kah nasihat tuan?

    • Wa’alaikumussalam..
      Terima kasih cik Farah kerana menjadikan Hidayah Centre sebagai rujukan.
      Mengenai hal kekasih cik Farah, saya secara peribadi kurang yakin jika kemahuan teman lelaki cik untuk memeluk Islam hanya untuk berkahwin. Ini kerana, berdasarkan pengalaman di Hidayah Centre sendiri dimana kami berhadapan dengan saudara baru yang tidak mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang dituntut. Lebih menyedihkan apabila si isteri terpaksa menghadapi cabaran apabila si suami hanya Islam pada nama dan tetap melakukan amalan kepercayaannya yang lama.
      Walaubagaimana pun, saya yakin cik Farah mampu berfikir secara rasional dan berdoa kepada Allah semoga Allah memberikan petunjukNya.
      Saya cadangkan, cik farah cuba solat Istikharah. Mohon petunjuk daripada Allah kerana hanya Dia yang tahu segala sesuatu sama ada baik atau buruk untuk kita. Lakukan berulang kali sehingga cik Farah berasa yakin & tenang untuk memutuskan apa yang terbaik untuk diri, agama & keluarga cik Farah. Didoakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan cik farah. Amin.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  70. Salam Sejahtera.
    Soalan saya, bolehkan seorang mualaf menukar nama sebarang harta yang dibeli selepas memeluk islam kepada ahli keluarga yang non muslim.?

    • Salam sejahtera.
      Apabila seseorang telah memeluk Islam, adalah TIDAK BOLEH mewariskan harta kepada anak-anak atau ahli keluarga yang bukan Muslim. Anak yang kafir tidak boleh mewarisi harta pusaka bapanya yang beriman, begitulah juga sebaliknya. Hal ini adalah berdalilkan hadith Usamah bin Zaid bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “ Orang Islam tidak boleh mewarisi orang kafir, dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang Islam.”. Hadith Muttafaq ‘Alaih. (Subulus-Salam, Al-Son’ani, juzuk 3, Darul Hadith, Al-Qahirah,133)

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Datanglah ke pejabat kami dan bawa borangnya sekali. Insya’Allah, kami boleh bantu dan tunjukkan caranya. Moga ia membantu saudara dan dipermudahkan urusannya. ;-)

  71. Assalamualaikum,
    Saya telah pun berkahwin selama 1 thn..

    Saya ada dengar ramai kawan2 beritahu..

    Betulkah muallaf yg kahwin akan mendapat sedikit elaun/ hadiah dalam bentuk wang?

    Terima Kasih

    • Wa’alaikumussalam.
      Tahniah kerana telah melaksanakan sunnah Rasulullah melalui perkahwinan yang dibina.
      Ya, betul. Seseorang yang baru memeluk Islam (Muallaf) adalah layak memohon saguhati perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
      Muallaf juga adalah layak memohon bantuan zakat daripada mana-mana Pusat Kutipan Zakat mengikuti negeri masing-masing.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  72. Assalamualaikum, Saya mempunyai kakak ipar muallaf. Sudah lama memeluk Islam tetapi tidak pernah didedahkan dengan informasi sebegini iaitu hak dan keistimewaan yg boleh diterima selepas memeluk Islam (kami yg muslim ni pun tak tahu ada keistimewaan diberi kpd golongan muallaf). Malah kelas agama pun terpaksa cari sendiri, namun agak sukar. pertanyaan saya;

    1. perlukah dia memohon kad perakuan memeluk Islam? Dia memeluk Islam di Sabah lebih kurang 20 tahun lalu skrg sudah menetap di Selangor sejak tahun 2005.
    2. dengan status muallaf (walaupun bukan lagi ‘saudara baru’) ini bolehkan dia memohon bantuan bulanan baitulmal/zakat atau yang seumpamanya? – sebelum ini tidak pernah tahu boleh memohon, nak mohon skrg data belum ada di MAIS
    3. Kelas-kelas agama selalunya di mana dibuat? ada kenderaan tak disediakan?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Terima kasih dan tahniah atas kesudian saudari membantu kakak ipar yg sangat memerlukan bantuan. Moga Allah membalas jasa baik saudari. Kami amat bersimpati dan ingin membantu kakak ipar saudari.

      1. Jika dalam kad pengenalan kakak ipar sudah ada tertulis “ISLAM” jadi tak perlu lagi nak kad Islam. Jika tiada, mohon saudari datang ke pejabat agama terdekat dan nyatakan masalah saudari. Insya’Allah mereka akan bantu saudari. Jika boleh, mohon semula kad Islam tersebut di Sabah kerana mereka ada rekod cuma tidak membantu kakak ipar dengan mengeluarkan kad Islam sahaja. Sekarang insya’Allah mereka boleh buat dengan cepat.

      2. Di Malaysia, status muallaf/saudara baru/saudara kita/saudara muslim dikira asnaf mualaf hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Jika lebih dari 5 tahun mereka akan dilihat dalam asnaf yang lain pula. Jika kakak ipar termasuk dalam asnaf spt asnaf miskin, asnaf fakir, ibu tunggal dsb bolehlah mohon di mana2 jabatan agama / pusat zakat berdekatan. Saudari juga boleh tanya sama ada kakak ipar layak / tak. Jika layak, dapatkan borang daripada mereka.

      3. Saudari rujuk blog ini bahagian 2.3 No 7 yer. Kenderaan mungkin tidak disediakan. Saudari cari dulu kelas yang berdekatan dan usahakan untuk ke sana sendiri yer. Yakinlah, Allah akan tambah rezeki kakak ipar saudari dengan usahanya yang tinggi untuk menimba ilmu dan inginkan keredhaan Allah.

      Moga ia membantu saudari. Kita sama2 doakan kebahagian kakak ipar saudari yer. Allah loves her very much… ;-)

  73. Salam Hidayah Center,

    Saya seorang Kristian dan sudah 3 miggu dgn perasaan ingini memeluk agama Islam dan ade pergi ke cawangan PERKIM and dan jugak ke Al-Khaadem untuk mendapat maklumat lanjut and tip di mane saya boleh bermula untuk pelajari lebih mendalami tentang Rasullah and kepercayaan “Allah SAW”. Yang penting foundation and kepercayaan. Ini semua bermula 3 minggu lepas saya bangun tidur! Tetapi isteri saya tidak setuju untuk saya memeluk agama Islam.

    Di mane saya boleh dapat maklumat tentang pengajaran Islam foundation dan boleh saya Solat untuk menguatkan kepercayaan saya?

    Seorang Suami yang telah memeluk agama Islam boleh tinggal dgn Isteri bukan Islam selama 3 bulan, betul? Perlukah saya bercerai kalau hendak berkahwin dgn seorang gadis muslim?

    Terima Kasih.

    • Selamat sejahtera.
      Saya di Hidayah Centre mengucapkan tahniah atas niat En. Taufik mempelajari Islam dan amat mengalu-alukan En. Taufik untuk hadir ke pejabat Hidayah Centre (Alamat : Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur) untuk tindakan lanjut. Mohon jasa baik En. Taufik untuk menghubungi kami di talian 03-41089669. Saya akan arrange masa yang sesuai untuk sesi penerangan lanjut tentang asas-asas Islam & sebagainya yang mungkin menjadi persoalan En. Taufik sama ada bersama pegawai atau pengerusi Hidayah Centre sendiri iaitu Tuan Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester yang juga dulunya seorang Kristian.

      Selepas memeluk Islam, En. Taufik amat digalakkan untuk mengajak isteri dan anak-anak supaya kembali kepada Islam. Dalam tempoh 3 bulan, jika mereka enggan, maka En. Taufik boleh menceraikan isteri kerana seorang Islam tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki/wanita belum Islam. Selepas itu, jika En. Taufik berniat menikahi gadis Muslim, bolehlah mengikut pernikahan secara Islam. Sebaliknya, jika isteri En. Taufik turut sama bersetuju memeluk Islam, perkahwinan En. Taufik dan isteri adalah sah disisi Islam.

      Semoga menjawab persoalan, terima kasih.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  74. Assalamu’alaikum wbt

    Tahniah saudara kerana memilih Islam sebagai cara hidup. Untuk makluman saudara, sekiranya pendaftaran pengIslaman dibuat di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kad akuan Islam akan dapat pada hari yang sama.

    Sekiranya pendaftaran dibuat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) maka, kena tunggu 3 bulan dan menghadiri kursus anjuran JAIS baru lah kad akuan Islam akan dikeluarkan.

    Zun Arif Hakim
    Pengurus Dakwah
    Hidayah Centre

  75. Sekiranya seseorang yang bukan warganegara Malaysia, tetapi bekerja di Malaysia ingin memeluk Islam, adakah butir-butir di dalam passport akan dipinda walaupun tiada pertukaran nama (yakni menggunakan nama asal). Terima kasih.

    • Salam.
      Selepas memeluk Islam, tiada sebarang pindaan pada pasport jika nama asal dikekalkan melainkan pemohon memohon untuk pertukaran nama. Hanya nama dan agama yang akan ditukar sebagaimana permohonan. Boleh datang ke pejabat Hidayah Centre atau mana-mana Pejabat Agama Islam di kawasan terdekat.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.
      03-41089669

  76. Salam,

    Semoga dapat membantu & menjawab pertanyaan saya:

    Ayah saya memeluk Islam 10 tahun lepas & saya mengikuti ajaran islam semenjak itu tetapi tidak pernah mendapatkan sijil atau kad islam.
    apakah procedure jika saya ingin berkahwin dengan seorang:

    1. Non-Muslim
    Perlukah non-muslim memeluk Islam?

    2. Muslim?
    Apakah procedure sebelum akad nikah?
    Dimana perlu saya register untuk officialy masuk Islam?
    Adakah IC juga perlu ditukar nama atau Kad islam sudah mencukupi?
    Adakah wajib untuk menukar nama jikalau nama asal tiada ‘Bin’
    Rakan sekerja saya yg memeluk islam di jakim mendapat wang untuk membeli kelengkapan buku2 dan kelengkapan islam lain. adakah pemberian wang diberi kepada semua saudara islam baru?

    Harap saudara/saudari dapat membantu & memberi penjelasan. Terima kasih.

    Chris

    • Salam En. Chris,
      Saya dah menjawab soalan En. Chris personally melalui email yang dihantar kepada saya minggu lepas.

      Ulang jawapan :
      1. En. Chris adalah seorang Muslim kerana ayah telah memeluk Islam 10 tahun lepas ketika usia En. Chris 15 tahun. Mohon rujuk surat akaun masuk Islam ayah En. Chris untuk pastikan nama En. Chris turut dimasukkan dalam surat tersebut sebagai akaun seorang Islam. Sebagai seorang Islam, adalah haram mengahwini seorang yang belum Islam (Non-Muslim). Jika pasangan yang bakal dikahwini belum Islam, dia mestilah memeluk Islam terlebih dahulu secara rela hati (bukan terpaksa/ secara paksaan daripada mana-mana pihak) untuk menghalalkan perkahwinan dengan En. Chris.

      2. Jika nama En. Chris tidak disertakan oleh ayah dalam surat akaun memeluk Islam, En. Chris perlu mengikut prosedur pengIslaman untuk memperolehi akuan sebagai Islam secara rasmi. Saya cadangkan En. Chris datang ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati sendiri atau ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di cawangan Putrajaya atau di Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengenai masalah ini. Akad nikah jika Mykad belum tukar kepada agama Islam, perlu tunjukkan kad akuan memeluk Islam.

      Semua saudara baru adalah layak memohon bantuan kerana termasuk dalam kategori asnaf zakat.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  77. assalamualiakum,
    saya mempunyai seorng kekasih yg beragama kristian warga negara guine,,
    beliau telah memeluk agama islam beberapa minggu lepas.sy ingin bertanya kami sukar mencari kelas fardhu ain yg berbahasa inggeris di kawasan puchong,.soalan kedua boleh kah kami bernikah jika dia belum mendapat kad pengakuan islam…terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam.
      1) Di ABIM, ada ditawarkan kursus kahwin dalam Bahasa Inggeris. Cuba hubungi Puan Aisyah 012-3500894 untuk pertanyaan lanjut mengenai kelas KAFA berbahasa Inggeris.
      Di Hidayah Centre sendiri, insyaAllah kelas bimbingan untuk saudara baru akan dilaksanakan menggunakan Bahasa Inggeris tidak lama lagi. Hubungi 03-41089669 (HC Pusat)
      2) Untuk melangsungkan perkahwinan dengan seseorang yang baru memeluk Islam, Kad akaun memeluk Islam adalah DIPERLUKAN ketika proses akad nikah dilakukan.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  78. assalamualiakum,
    saya mempunyai seorng kekasih yg beragama kristian warga negara guine,,
    beliau telah memeluk agama islam beberapa minggu lepas.sy ingin bertanya kami sukar mencari kelas fardhu ain yg berbahasa inggeris di kawasan puchong,.soalan kedua boleh kah kami bernikah jika dia belum mendapat kad pengakuan islam…terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam..
      Alhamdulillah…tahniah kerana telah membawa teman lelaki ke jalan yang benar.
      Mohon emailkan no. telefon yang boleh dihubungi untuk mempermudahkan urusan dan tindakan lanjut bagi pihak Hidayah Centre. Kami akan maklumkan kelas bimbingan yang menggunakan bahasa Inggeris di kawasan terdekat insyaAllah.

      [Norasma Azia Mohd Yusoff]
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.
      hidayah.centre@gmail.com
      03-41089669

  79. assalamualaikum..saya ira dari kuala lumpur.saya ingin megemukakan tanyer beberapa soalan yang ditanya oleh rakan2 saya dan saya tidak pasti jawapan nya:
    1.salah ker kalau kita bercinta dengan orang bukan islam?
    2.boleh ke nak masuk islam kalau badan bertatu dikawasan yang tidak dapat dilihat?
    3.jika seseorang itu keluar dari islam tetapi masih mengamalkan ajaran islam contohnyer solat,puasa,adakan masih diterima?

    • Wa’alaikumussalam.
      Terima kasih kerana merujuk kami di Hidayah Centre.

      1) Dalam Islam, sebenarnya tiada istilah bercinta sebelum mempunyai ikatan yang sah untuk berkasih sayang antara lelaki dan wanita iaitu melalui perkahwinan. Jawapannya, saya pasti Noor Akirah dah jelas :). Cuma kena betulkan niat, berkawan dengannya bukan atas nafsu tetapi ingin menarik dia kepada Islam. InsyaAllah, besar ganjaran yang Allah janjikan bagi sesiapa yang membawa saudara lain kepada Islam.
      2) Masuk Islam tidak bermaksud orang tersebut perlu dengan serta merta mengamalkan ajaran Islam, sebaliknya ia haruslah dilakukan secara berperingkat sehingga saudara baru tersebut tidak merasa susah dengan tuntutan Islam. Bagi kes tatu tersebut, TIADA MASALAH untuk memeluk Islam jika tatu tersebut terletak di kawasan yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kerana perbuatan membuat tatu atau apa-apa kesalahan yang diharamkan dalam Islam yang mana ia dilakukan ketika belum Islam dimaafkan disisi Allah. Berbeza hukumnya jika ia dibuat ketika seseorang itu adalah Islam iaitu jatuh hukum haram kerana ia tidak boleh ditanggalkan dan tidak telap air.
      3) “dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya”. [Quran, al-Baqarah :217]

      Semoga terjawab segala persoalan.
      Pertanyaan lanjut, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669 atau email personally ke hidayah.centre@gmail.com

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  80. Assalamualaikum.. Saya telah memeluk Agama Islam 10 tahun.. Masaalah saya… Apabila ke JPN untuk menukarkan nama dan status agama ke Agama Islam. Saya di beritahu bahawa saya kena bawa bersama sijil atau kad pengesahan memeluk agama Islam…
    Soalan saya… Saya hanya memiliki surat pengesahan Islam yang mana tertulis di satu ruangan mengatakan ” surat pengesahan islam ini tidak sah bagi tujuan penukaran kad pengenalan,pasport dan lain2 sehingga kad sijil rasmi di keluarkan”… Jadi dimana perlu saya pergi untuk mendapatkan kad sijil rasmi ini dan prosedurenya… Untuk makluman… Saya sekarang menetap di Kuala Lumpur… Dan surat pengesan yg saya ada sekarang dibuat semasa memeluk agama Islam di Sabah.. Dan ianya 10 tahun yang lalu…

    • Wa’alaikumussalam.
      Maaf kerana terlepas pandang soalan En.Syakil.
      Untuk penukaran status agama pada kad pengenalan, memerlukan kad akuan memeluk Islam yang dikeluarkan secara rasmi oleh Pejabat Agama Islam dimana Encik Syakil melalui proses pengIslaman disana.
      Jika Encik memerlukan bantuan kami, bolehlah datang ke pejabat kami di Taman Melawati dengan membawa dokumen berkaitan untuk kami bantu. InsyaAllah.

      03-41089669

  81. Good day,

    Few question i would like to ask;

    1) I planning to convert to muslim next mth,on december. may i know what is the procedure to convert and also procedure at JPN. as i can read from this blog. I need to bring along my Birth cert. What if i cant bring along it? i only have my IC with me.

    2) Can i remain my original name without any add-on?

    3) how many day is needed to convert?

    4) where can i do it? is it Jais at putrajaya or any mosque around??

    • Assalamu’alaikum my Brother Kevin.

      Congratulation!!!

      We are glad you have made up your mind.You has chosen the truth that will change your whole life. In this world and the hereafter.

      Our answer;

      1) Please come to Hidayah Centre bringing along your IC only. No need your birth cert.

      2) No problem as long as your name carries good meaning and not related to god’s name of your old religion. BTW may I know your full name?

      3) The moment you recite syahadah, admitting Allah is The One and Only True God, you are a Muslim already.

      4) You can convert at Hidayah Centre and we will help you to register at JAIS or JAWI. It is easier than if you go alone to JAIS/JAWI. Please also bring one witness who is also a muslim above 18years old. The related religious department will depend on your address. JAIS for Selangor and JAWI for Wilayah Persekutuan.

      We look forward too meeting you in December. Please call our office 03-41089669 or you can call my handphone at 017-3667126.

      Zun Arif Hakim
      Pengurus Dakwah, Hidayah Centre.
      03-41089669

      • Hi,

        Thanks for your reply…..

        my full name is Au Yeong Khai Weng, i dont think it carry any god name.

        Yeah, looking forward to see you in december…. need to arrange something from my side first…

        Btw what about classed? Do i need to attend?

  82. Saya berminat utk memeluk agama islam tetapi tdk mempunyai pengetahuan yg dlm mengenai islam…bolehkah saya mengikuti kelas agama sblm memeluk islam? atau perlukah tukar agama terlebih dahulu dan kemudian barulah boleh hadiri kelas agama?

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Alhamdulillah.
      Dengan niat yang suci untuk memeluk Islam, jika Encik Joyce masih merasakan belum bersedia, boleh sekiranya ingin mendalami Islam terlebih dahulu. Tetapi, saya cadangkan Encik Joyce melafazkan syahadah terlebih dahulu sebagai satu penyaksian bahawa Encik Joyce adalah seorang Muslim. InsyaAllah kami akan membimbing Encik dengan pengajaran tentang Islam dan sebagainya selepas mengucap dua kalimah syahadah.

      Mohon hubungi pejabat Hidayah Centre 03-41089669 untuk pertanyaan/ urusan lanjut.

  83. Mr Kevin regards.

    Sure, you need to attend classes in order for you to understand and practice the teaching of Islam. We are organising twice classes a week. Wednesday 8-10pm and Saturday 9am-12pm. The class will be conducted bilangual English & Malay. Refreshment will be provided.

    Look forward to see you.

    Zun Arif Hakim

  84. assalamualaikum..bagaimanakah kiranya jika teman lelaki saya ingin masuk Islam, kemudian beliau ingin berkahwin dengan saya. Sedangkan saya sendiri ilmu agama belum cukup untuk membimbing beliau..dan saya tidak yakin untuk membimbing beliau. Jika saya berkahwin dengan beliau, dan dia terpesong dari agama..adakah saya yang bertanggungjawab? Maafkan saya jika saya ada tersalah kata.. kekurangan itu datang dari saya…

    • Wa’alaikumussalam.
      Saudari Herina, jangan sesekali kita berfikiran negatif sebelum kita fikirkan mungkin ada jalan penyelesaian terbaik :)
      Secara peribadi, saya berdoa dan berharap agar teman lelaki saudari menemui hidayah Allah. Jika benar niatnya ingin memeluk Islam, bimbinglah dia agar niat tersebut tidak berubah. Subhanallah, sungguh besar ganjaran yang Allah janjikan bagi seseiapa yang membawa saudara lain kepada ISLAM. Jika saudari merasakan tidak bersedia dan tidak mampu membimbing teman lelaki tersebut, serahkan tugas tersebut kepada ahli agama yang lebih pakar dalam mengendalikan kes sebegini. Jika Herina tinggal berdekatan dengan pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati, datanglah membawa teman lelaki tersebut untuk kami uruskan segala urusan berkaitan pengIslaman serta bimbingan selepas melafazkan syahadah. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.

      Semoga niatnya memeluk Islam bukanlah semata-mata atas sebab ingin mengahwini Herina, sebaliknya ia adalah anugerah Hidayah Allah kepadanya. AMin.
      Pertanyaan lanjut boleh hubungi ibu pejabat kami di talian 03-41089669.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  85. assalamualaikum… saya berasal dari sabah. saya suda masuk islam awal tahun ini. dan saya tidak lama lagi akan bernikah dalam beberapa bulan yang akan datang.akan tetapi saya belum lagi cukup pengalaman tentang doa2, dan prosedure kahwin saya satu pun tidak tahu apa hendak dilakukan. saya suda ada buku zikir tetapi belum habis baca. saya hanya baca ari sabtu dan ahad jika tidak penat sebab saya ada 2 shift kerja ole kerana ingin mengumpul gaji untuk hari nikah. ada siapa2 yang saya bole telefon untuk bertanya tentang prosedur nikah? dan jika tidak cukup pengetahuan tentang ayat2 doa untuk nikah, bolehka pernikahan tersabut diteruskan?

    • Wa’alaikumussalam..
      Alhamdulillah…semoga ditetapkan iman untuk terus berada dalam Islam.
      Setelah mengakui sebagai seorang Islam, saudari haruslah mendalami ilmu-ilmu Islam untuk memperkukuhkan akidah serta melatih diri melaksanakan kewajipan-kewajipan yang mesti dilakukan oleh semua orang Islam. Seperti belajar sembahyang, puasa dan rukun Islam lain sekadar kemampuan saudari.
      Saya cadangkan saudari pergi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada mana-mana pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat dari kawasan tempat tinggal saudari.

      Pertanyaan lanjut, mohon hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

  86. salam…

    sy ingin tahu..
    1) Jika seseorang itu masuk Islam di pejabat agama, adakah dia boleh mendaftar masuk Islam pada hari dia masuk Islam dan memohon kad akuan Islam atau perlu mengikuti kursus terlebih dahulu?
    2) Berapa lamakah proses untuk mendapatkan kad akuan Islam?
    3) Bolehkah dia kekal dgn nama sebelum Islam (nama sebelum Islam menyamai nama seorang nabi dalam agama asal)
    4) bolehkah dia kekalkan nama ayah tanpa menukar kepada Abdullah dalam surat dan kad akuan Islam)

    • Wa’alaikumussalam.
      Menjawab soalan:
      1) Pendaftaran pemelukan Islam akan direkod mengikut kepada hari melafazkan syahadah. Di JAWI, kad akuan memeluk Islam akan dikeluarkan pada hari pemelukan Islam , manakala di JAIS kad akuan Islam akan dikeluarkan selepas mengikuti beberapa kursus asas Islam.
      2) Proses untuk mendapatkan kad akuan Islam bergantung kepada jabatan agama sepertimana jawapan di atas.
      3) Nama yang baik sebelum Islam harus dikekalkan sekiranya ia membawa maksud yang baik. Sebaliknya, jika nama sebelum Islam membawa maksud yang buruk seeloknya tukarlah kepada nama Islam yang membawa maksud yang baik. Kerana, pada hari akhirat..setiap manusia akan dipanggil oleh Allah mengikut namanya di dunia.
      4) Boleh. Tiada masalah.

  87. Sangat sedih kerana JAWI memaksa pemakaian tudung bila mengambil gambar untuk kad akuan islam. Tak ada rasional kena bertudung dalam kad tapi saya memang tak pakai tudung.

    Paksaan!!

    -FK

    • Assalamu’alaikum.
      Saudaraku yang dikasihi kerana Allah. Rasional pemakaian tudung untuk kad akaun Islam antaranya kerana syariat Islam mewajibkan semua umatnya menutup aurat. Istilah menutup aurat ialah menutup keseluruhan anggota badan dari hujung rambut sehingga kaki. Anggota yang dikecualikan hanyalah muka & tangan. Selain dua anggota ini, ia wajib ditutup. Tetapi, bagi mereka yang baru mengenali & mempelajari Islam..Islam melonggarkan kewajipan tersebut supaya tuntutan menutup aurat dapat dilakukan secara berperingkat, bukan secara terpaksa.
      Saudari tidak seharusnya berfikiran pihak JAWI memaksa dan tindakan tersebut tidak tepat kerana saudari pada hakikatnya tidak memakai tudung. :) Kerana saudari harus mendalami Islam dan akan sedar kewajipan menutup aurat tersebut.
      Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi pegawai Hidayah Centre di talian 03-41089669. Terima kasih.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|

  88. salam satu malaysia.saya ialah seorang bukan islam dan bakal suami saya adalah seorang Islam.soalan saya ialah,
    -adakah saya perlu menukar keseluruhan nama asal saya kepada nama islam?
    Soalan ini timbul di minda saya kerana salah seorang kenalan saya tidak menukar keseluruhan namanya kepada nama Islam.
    Bolehkah anda memberi keterangan lanjut tentang perkara ini.

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Untuk makluman, tidak diwajibkan menukar nama sebelum Islam kepada nama Islam selepas memeluk Islam.
      Tetapi, sekiranya nama sebelum Islam membawa maksud yang tidak baik..seeloknya tukarlah nama kepada nama Islam yang membawa maksud yang baik.
      Sebagai contoh : Nama sebelum Islam (Jane Wong), boleh tambahkan nama Aisyah Jane binti Abdullah Wong :) Mudah kan?

      Keterangan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669

  89. Assalamualaikum warahmatullah….

    Saya mempunyai seorang teman yg ingin masuk islam. Apakah yang perlu saya buat? Perlukah saya membawa beliau berjumpa pegawai MUIS? Adakah sesiapa yang boleh saya hubungi dalam hal ini

    Wasallam… terima kasih

    Deeya

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarokaatuh..
      Alhamdulillah..teman saudari telah menemui hidayah Allah. Princess Deeya perlu membawa teman tersebut ke mana-mana pejabat agama Islam daerah terdekat untuk proses pengIslaman. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala atas usaha Princess Deeya tersebut.

      Pertanyaan lanjut, hubungi kami di Hidayah Centre 03-41089669. InsyaAllah sedia membantu.

  90. Assalamualaikum wrb,

    Saya mempunyai pasangan dari golongan bukan islam dan beliau merupakan warga asing yang bekerja di malaysia.Kami merancang untuk berkahwin.Bagaimana dan ke mana harus kami rujuk untuk menguruskan pengislaman pasangan saya?Pasangan saya beragama buddha,berasal dari myanmar.Setakat ini,beliau memahami sebahagian dari bahasa melayu dan inggeris.Bolehkah saya menjadi saksi pengislamannya?Perlukah saya mencari seorang lagi saksi kerana saya wanita?

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah.

      Tahniah kerana bakal mendirikan rumahtangga.
      Sebagai seorang Islam, Cik Ina perlu jelas tujuan pasangan Cik Ina memeluk Islam. Bukan hanya kerana mahu berkahwin dengan Cik Ina yang beragama Islam, tetapi secara sedar menyatakan kebenaran Islam. Untuk makluman Cik Ina, kami telah mengendalikan banyak kes pengIslaman yang melibatkan pasangan belum Islam yang ingin berkahwin dengan pasangannya yang beragama Islam (Masuk Islam sebab nak berkahwin dengan Muslim). Kerana niat semata-mata mahu berkahwin, pasangan yang memeluk Islam tersebut langsung tidak berusaha mempelajari Islam & tidak mengamalkan ajaran Islam. Lebih parah, ada kes yang melihat kesungguhan pasangannya memeluk Islam tetapi pasangan yang memang Islam tersebut langsung tidak membantunya dalam mempelajari & mempraktikkan ajaran Islam selepas berkahwin (Islam hanya pada I/C & nama).

      Sebelum melangkah ke satu tahap hubungan yang lebih serius, saya cadangkan Cik Ina jelaskan terlebih dahulu kepadanya bahawa memeluk Islam bukan tujuan semata-mata mahu berkahwin dengan Cik Ina, tetapi perlu mendalami Islam & mengamalkan segala suruhan dan larangannya dalam Islam secara berperingkat sehingga pada suatu masa, dia sempurna mengamalkan ajaran Islam.

      Tidak perlu mencari saksi kerana apabila Cik Ina pergi ke mana-mana Pejabat Agama Islam, orang yang akan menjadi saksi adalah mereka yang terdiri daripada pegawai-pegawai atau mereka yang berkelayakan. Cik Ina boleh menjadi salah seorang daripadanya.

  91. saya deli dari shah alam, saya mempunyai teman lelaki yg berasal dari nigeria dan menetap di malaysia dan masih belajar di salah sebuah IPTA. kami berkawan hampir 5thn dan dia pon sudah nekad untuk memasuki islam dan mengahwini saya. apakah syarat yg diperlukan…walaupon kedua ibu bapa saya tahu mengenai perhubungan kami berdua.adakah perlu dia mendapatkan surat dari kedutaan di nigeria…ataupon surat2 dari tempat asalnya?

    • Alhamdulillah. Semoga niat teman lelaki deli untuk memeluk Islam ikhlas kerana Allah, bukan kerana mahu berkahwin semata-mata. Dibimbangi tiada penghayatan Islam dalam kehidupannya kelak selepas kahwin.
      Secara peribadi, saya amat berharap agar deli mendapatkan pengakuan teman lelaki adalah dia benar dan mengakui kebenaran Islam.. Bukan atas niat sebaliknya iaitu untuk mengahwini deli. Jika benar nianya untuk memeluk Islam kerana mengakui kebenarannya, bantulah teman lelaki tersebut memahami asas-asas Islam. Selepas melafazkan syahadah, bantulah dia untuk mengikuti kursus atau kelas-kelas pengajian Islam yang dianjurkan khusus untuk saudara baru (Antaranya oleh PERKIM, MACMA, JAIS, JAWI atau Hidayah Centre sendiri). Kerana apa? Kerana jika benar kalian akan mendirikan rumahtangga, dialah yang akan berfungsi sebagai ketua keluarga yang akan membimbing deli dan anak-anak kelak. Jika pengangan agamanya longgar, dibimbangi dia akan putus asa dengan Islam dan kembali kepada agama asalnya. Na’uzubillahi min dzalik !

      Walaubagaimana pun, saya dan team Hidayah Centre akan mendoakan yang terbaik buat deli.

      Untuk urusan perkahwinan, teman lelaki deli perlu mendapatkan surat pengesahan warganegara daripada kedutaan Nigeria di Malaysia. Selepas itu, bolehlah diuruskan hal-hal berkaitan akad nikah dan sebagainya.

      Semoga membantu.
      |Cik Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  92. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh..
    Saya hendak bernikah pada 17.3.2012 ni tetapi bakal isteri saya memeluk islam pada pertengahan bln 1.2012.
    1.Soalan saya, bolehkah saya bernikah pada hari tersebut sedangkan dia memeluk islam pada bln satu dan saya akan bernikah pada bln tiga.

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah.
      Saya tidak melihat ada permasalahan disini. PengIslaman mesti berlaku sebelum akad nikah dilangsungkan. Dan disini, Encik Haizal menyatakan perkara tersebut :)
      PengIslamaan bakal isteri pada Jan 2012 dan akad nikah pada 17 Mac 2012.

      • Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh..
        Adakah sempat sekiranya tarikh pernikahan saya yg saya berikan di atas dan adakah saya kena tunggu beberapa bulan baru bolebernikah?

    • Buat masa sekarang, Hidayah Centre dalam proses menubuhkan 3 lagi cawangan termasuk di satu di Ipoh.
      Untuk sebarang urusan pengIslaman atau untuk mengikuti kelas pengajian Islam, boleh ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah di Perak. Hidayah Centre hanya berfungsi sebagai institusi sokongan. :)

  93. salam dan selamat pagi.. rasanya sy perlu untuk minta pendapat, sy org bukan islam tapi ingin memeluk agama islam. dan hati sy suda terbuka untuk memeluk agama ALLAH. masalah sy di sini ialah, org tua saya tidak setuju dan menentang keras sy keluar agama. sy berkawan dengan muslim tp bukan kerana kami berkawan sy perlu masuk islam. tapi hati sy sendri yg terbuka. kami merancang utk berkahwin tapi dgn masalah dari keluarga sy rasa pergerakan tu terbatas. adakah selepas sy masuk muslim dan jika bapa sy buat laporan polis teman lelaki sy tu akan dikenakan tindakan atau di tangkap?
    dan adakah sempat sekiranya sy msk islam dlm minggu ini dan nikah tdk lama selepas itu?

    • Selamat sejahtera saudaraku Ivy.
      Alhamdulillah..kerana Allah telah mengurniakan hidayahNya kepada Ivy sehingga Ivy dapat melihat sendiri kebenaran dan keindahan Islam. Segala puji hanya bagi Allah. Jika Ivy sudah bersedia menerima Islam sebagai agama anutan dan bersedia mendalami dan mempraktikkan ajaran Islam, usahlah ditangguhkan. Kerana kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil. Dibimbangi tidak sempat dan mati dalam keadaan kekufuran. Na’uzubillah. Kami sentiasa mendoakan agar urusan Ivy dipermudahkan oleh Allah.
      Untuk makluman Ivy, individu yang sudah berusia 18 tahun berhak menentukan agama apa yang hendak dianuti. Jika Ivy adalah berumur 18 tahun atau lebih, usahlah dibimbangi kerana ibubapa Ivy tiada hak untuk mengambil tindakan undang-undang. Kerana ia bukanlah kes jenayah.
      Saranan kami, uruskan pengIslaman Ivy terlebih dahulu. Kemudian barulah berbincang dengan teman lelaki dan keluarganya tentang pernikahan yang akan dilangsungkan. Allah sentiasa bersama. Semoga mudah mengahadapi cabaran ini.

      Sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat, boleh hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

  94. saya seorang non-muslim tetapi sangat berminat untuk belajar islam..saya segan untuk meminta kawan2 muslim yg sekelas dengan saya untuk mengajar saya tentang islam kerana tidak mahu perkara ini diheboh2kan..soalan saya ialah, adakah saya boleh mengikuti kelas fardu ain ini secara online memandangkan saya tinggal di asrama..soalan saya yang seterusnya ialah, sekiranya saya masuk islam tanpa pengetahuan keluarga saya, adakah saya masih boleh tinggal dengan mereka? sekiranya saya masih tinggal denngan mereka adakah saya patut membeli segala peralatan dapur yg baru memandangkan semua peralatan dapur pernah digunakan untuk memasak, memotong, dan menyimpan makanan haram tersebut..

    • Alhamdulillah..
      Allah telah memimpin hati Deera melihat keindahan ISLAM. InsyaAllah, banyak ilmu Islam yang boleh Deera terokai secara online. Cuma secara peribadi saya bimbang jika Deera salah faham dalam mempelajari ajaran Islam. Seeloknya, belajar harus berguru. Saya cadangkan, Deera pergi berjumpa dengan guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam atau ustaz di sekolah. Beritahu mereka secara peribadi tentang niat ikhlas Deera untuk mendalami Islam. InsyaAllah ada jalannya untuk Deera.
      Jika Deera tidak keberatan, hubungilah kami di Hidayah Centre untuk kami bantu.
      03-41089669.

  95. salam, sy trus trg bhwa sy br berusia 17 tahun. tp hati sy da terbuka mmeluk Islam apabila mndengar an memahami ajaran Islam…mslh skrg ibu bpa sy tdk mhu sy menukar agama wlaupn tlh mmbawa rakan yg beragama Islam.. jd bgaimna sy mhu msuk islam?

    • Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..
      Tahniah atas pengIslaman Evennella @Asiyah siang tadi dari kami seluruh warga pejabat Hidayah Centre, Raudhatussakinah & JIM.
      Semoga ALLAH terus menetapkan hati Aisyah dalam Islam.
      Semoga dipermudhakan segala urusan Aisyah. Amin.

  96. assalamualaikum..
    sahabat saya baru memeluk islam beberapa hari lalu.. beliau mempunyai niat untuk berkahwin dengan gadis islam.. soalannya, berapa tempoh atau masa yang diperlukan untuk berkahwin? soalan kedua apa hukumnya menghadiri diri di gereja perkahwinan adik perempuan. soalan ketiga, apa hukumnya melawat ibu bapa bukan islam mati di gereja dan kebumian? dan bolehkah menghadiri christmas dirumah ibu bapa bukan islam serta memberi hadiah kepada mereka dan menerima hadiah daripada mereka?

    • Wa’alaikumussalam..
      Alhamdulillah. Semoga Allah menetapkan imannya kepada Islam.
      Untuk prosedur perkahwinan bagi saudara baru, ia boleh berlaku selepas kad akuan Islam dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam. Walau bagaimana pun, kami tidak mencadangkan agar perkahwinan tersebut disegerakan dalam tempoh yang singkat selepas memeluk Islam. Sebaliknya, berikan dia masa untuk mengukuhkan kepercayaan & keimanannya dalam Islam terlebih dahulu. Selepas itu, barulah diselesaikan urusan perkahwinan tersebut.

      Menghadiri perkahwinan adik di gereja adalah harus selagi tidak terlibat dalam acara-acara yang bertentangan dengan Islam. Seperti melibatkan penggunaan lambang salib dan sebagainya.

      Sama halnya dalam masalah ini, adalah harus menghadiri pengkebumian ibu bapa atau sesiapa sahaja di gereja selagi tidak melibatkan upacara-upacara keagamaan Kristian. Tidak menjadi kesalahan jika sekadar pergi menziarahi mayat.

      Berkenaan perayaan Krismas, menyambutnya bagi orang Islam adalah haram kerana ia disambut sempena memperingati kelahiran Jesus. Dan ajaran Kristian sama sekali bertentangan dengan kebenaran Islam. Walaubagaimana pun, sebagai menghormati & mengukuhkan ikatan kekeluargaan, tidak menjadi masalah memberikan hadiah atau menerima hadiah daripada mereka. Tetapi seharusnya mengelakkan daripada sebarang upacara keagamaan Kristian. Dibimbangi akan menjejaskan akidah.

  97. salam sejahtera.saya berminat dan berniat untuk memeluk islam.tetapi ada beberapa perkara masih merunsingkan iaitu:
    1. saya student di IPTA. jika selepas melafaz syahadah, bagaimana saya dapat menghadiri kelas ataupun kursus2 asas islam sebab saya ada kelas juga masa tu? adakah pada hujung minggu sahaja?
    2. saya pernah ingin nak mengajuk cara solat untuk berlatih tetapi rasa malu. apa harus saya buat?

    saya ingin berahsia perkara ini daripada kawan2 saya..terima kasih..

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Alhamdulillah..saudara adalah insan terpilih untuk menerima hidayah ALLAH. Usah bimbang. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan keluar terbaik untuk hamba-hambaNya yang meminta pertolongan.

      1. Selepas melafazkan syahadah, saudara boleh menghadiri kelas bimbingan khusus untuk saudara baru di mana-mana pejabat Agama Islam yang terdekat. Di Hidayah Centre sendiri, kami mengadakana kelas bimbingan pada setiap Selasa malam bermula selepas Insya’ sehingga jam 10 malam. Kelas bimbingan pada hujung minggu di Hidayah Centre dikendalikan dalam Bahasa Tagalog khusus untuk peserta Filipina yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami Islam.

      2. :) Saudara tidak perlu malu, sebaliknya belajarlah sedikit demi sedikit supaya tidak rasa terbeban dengan ajaran Islam. Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan penganutnya.

      Jika saudara memerlukan bimbingan secara peribadi, hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669 untuk kami uruskan hal-hal berkaitan.
      Semoga dipermudahkan ! :)

  98. Salam sejahtera, saya berasal dari Sabah and bekerja di KL. Saya ingin bertanya berapa lama untuk proses permohonan masuk islam? Tambahan, saya tidak mempunyai ramai kawan muslim untuk menjadi saksi saya, apakah sepatutnya yang dilakukan?

    • Salam sejahtera Jayson.
      Proses permohonan memeluk Islam boleh jadi hanya mengambil masa dalam 5-10 minit untuk proses lafaz syahadah :)
      Tidak susah untuk memeluk Islam kerana Islam agama yang mudah. Datanglah ke pejabat Hidayah Centre di alamat : Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur untuk kami uruskan segala hal berkaitan. Kami sedia membantu, insyaAllah.
      Boleh juga hubungi 03-41089669 untuk sebarang persoalan.

      Semoga dipermudahkan.

  99. Assalamualaikum, saya ni berasal dari Sabah. Saya ingin tanya klu mahu mengambil kad Islam, bagaimana caranya? Sebenarnya saya sdh 7 thn memeluk Islam tapi blm lg pergi mengambil kad perakuan Islam sy.. Mereka dr pejabat agama jg tdk pernah menelefon sy selama tempoh itu.

    • Wa’alaikumussalam.
      kad Islam sepatutnya dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam atau badan NGO yang menguruskan pengIslaman Siti.
      Kad akuan memeluk Islam sangat penting untuk dijaga kerana ia adalah bukti bahawa Siti adalah seorang Islam. Dibimbangi jika berlaku sesuatu perkara seperti kematian atau sebagainya, keluarga yang belum Islam akan menuntut supaya upacara pengebumian dilakukan mengikut agama asal Siti (Cth: mengikut upacara Kristian dll, na’uzubillahi mindzalik)
      Penyelesaiannya, Siti perlu menghubungi Pejabat Agama Islam dimana Siti melafazkan syahadah. Dapatkan kepastian sebelum pergi bertemu pegawai berkaitan. Semoga ALLAH permudahkan urusan Siti.

  100. Assalamualaikum, slamat ptg, sy pernah post comment sy disini pada 4 jan 2012, dan syukur alhamdulilah segala apa yg diniatkan dipermudahkan NYA.. sy suda memeluk agama islam pada 05 jan 2012 dengan memilih nama Nur Aqilah.
    tapi sy buat apa yg hati sy mahu ini tanpa pengetahuan keluarga dan sekarang sy masih tinggal dengan keluarga sy.. sini sy perlu hati2 dan ada sedikit rasa takut diketahui mereka sebelum masanya nanti…

    suda ada perbincangan dr pihak lelaki tapi takut tindakan yg diambil nanti akan memburukan keadaan lg.. kiranya masa mau bernikah baru diberitahu dgn org tua sy tapi takut nikahnya jadi huru-hara, bila difikir nikah sahaja dulu dan baru berjumpa dgn keluarga sy takut juga nanti mereka ambil tindakan seprti saman kerana berkahwin tnpa pengetahuan org tua..

    • Wa’alaikumussalam.
      Alhamdulillah ! Tahniah saudaraku Nur Aqilah dari kami di Hidayah Centre.
      Ya..Aqilah perlu lebih berhati-hati supaya pengIslaman Aqilah tidak dapat diketahui oleh keluarga dibimbangi mereka tidak dapat menerima hakikat dan akan bertindak diluar jangkaan. Perkara ini perlu diberitahu melalui perbincangan yang baik antara Aqilah dan ibu bapa Aqilah. Sebelum itu, berdoalah kepada Allah semoga Allah membukakan hati ibu bapa untuk menerima penghijrahan Aqilah ke dalam agama Islam. Doakan juga semoga mereka dikurniakan hidayah oleh Allah untuk menerima kebenaran Islam.

      Untuk hal pernikahan, sebaiknya Aqilah tidak mengenepikan hak ibu bapa Aqilah kerana merekalah yang telah membesarkan Aqilah sehingga sekarang. Islam juga tidak mengajar penganutnya supaya tidak menghormati ibu bapa. Sebaliknya, Islam amat menekankan supaya berbuat baik kepada keduanya.

      Sebarang pertanyaan, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669

  101. Assalamualaikum…saya berasal dari selangor bangsa india..nak tahu cara2 masuk islam..sbb saya ingin memeluk islam lbh rapat..jadi apa saya perlu buat..lgpun saya ingin bernikah dgn seorang perempuan indonesia muslim..ia mengambil berapa lama masa utk masuk islam..orgtua saya setuju saya msk islam..mcm mana ya

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Tahniah atas niat yang suci inginkan iman dalam Islam. Moga Allah terus berikan saudara kekuatan untuk cinta padaNya. Jika saudara ada kelapangan, jemputlah datang ke pejabat kami untuk mengetahui dengan lebih baik dan jelas tentang memeluk Islam. insya’Allah kami ada di pejabat di waktu kerja dari Isnin ke Jumaat dari jam 9.00pagi ke 5 petang kecuali hari cuti umum. Kami tak sabar menunggu saudara untuk mengucapkan kalimah suci ini di tempat kami. :-)

    • Wa’alaikummussaalam wrh wbh saudari. Tiada masalah jika nak memeluk Islam walaupun ada tatu di badan. Sebab agama Islam melihat hatinya dulu iaitu yang penting bila seseorang itu memeluk Islam adalah terima dengan hati yang ikhlas dalam hatinya, memperkatakan Islam melalui mulutnya dan hidup secara Islam dengan tingkah lakunya yang mulia. Jika tatu tersebut tidak boleh dihilangkan tidak apa, bolehlah tuan punya badan memohon ampun dengan Allah dan setelah memeluk Islam nanti carilah cara yang sesuai untuk hilangkan tatu itu tanpa memudaratkan diri. Teruskan untuk mengenal Islam dengan hati yang terbuka. Allah nak tengok hambaNya yang hatinya bersih untuk mengenal Allah. Moga dipermudahkan urusan saudari. ;-)

  102. Assalamualaikum wtb..

    Saya telah berkahwin dengan suami yang seorang mualaf. Dia telah memeluk Islam pada hari Jumaat bulan Dec tahun 2010 di JAIS Gombak. Semasa proses permohonan perkahwinan, mereka ada minta surat perakuan memeluk islam dan saya telah terbagi surat yang original. Jadi saya sedikit musykil sebab saya ingin membuat kad memeluk islam untuk suami di samping menghantarnya ke kelas fardhu Ain tetapi bukti dia memeluk islam sudah tak ada sebab telah dikepil bersama borang permohonan perkahwinan. adakah pihak JAIS masih simpan rekod suami saya dan apa yang perlu saya dan suami buat sekarang?? Adakah saya perlu ke JAIS dan minta salinan surat tersebut. terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Masya’Allah semoga dipermudahkan urusan saudari. Mudah sahaja, saudari pergi ke JAIS Gombak dan mohon pertolongan mereka untuk memeriksa surat akuan peluk Islam. Insya’Allah mereka akan bantu untuk carikan dan dokumen tersebut masih ada dalam simpanan mereka. Jika suami saudari sudah ada kad Islam, jadi secara automatik surat akuan peluk Islam itu tidak digunakan sebab kad Islam adalah dokumen terkini dan boleh digunakan. Saudari boleh sahaja dapatkan salinan daripada mereka. Insya’Allah tiada masalah. Itu pengalaman kami di HC berurusan dengan JAIS. Moga ia mempermudahkan urusan saudari. :-)

  103. salam. saya nak tnya, boleh ke saya memeluk islam terlebih dahulu dan kemudian baru menukar ic? keluarga menentang keras keinginan saya, tetapi saya rasa saya sudah bersedia untuk menjalani hidup sebagai seorang muslimah (fyi, i am 25 y.o). Adakah maklumat mengenai pengislaman saya adalah rahsia? Saya sayang keluarga saya, saya juga sayang dan tertarik dengan ajaran islam. Kalau boleh, saya mahu keluarga saya tahu mengenai pilihan saya memeluk islam dari mulut saya sendiri dan bukan dari apa2 agensi mahupun kebocoran maklumat. Saya bercadang untuk memeluk islam dalam tahun ini dan memberi masa kepada diri saya dan keluarga (dalam masa setahun dua) untuk menerima pilihan saya.

    • Salam sejahtera saudaraku.

      Subhanallah ! Boleh Lynna. Syahadah adalah perkara yang perlu diutamakan, kerana kita tidak tahu bila ajal maut seseorang akan datang. Alangkah ruginya orang yang mati dalam kekafiran. Datanglah ke pejabat Hidayah Centre untuk kami uruskan pengIslam Lynna. Atau Lynna boleh juga pergi ke mana-mana pejabat agama Islam Daerah yang terdekat.

      Untuk makluman Lynna, maklumat pengIslaman adalah RAHSIA(P&C) dan pihak kami amat menghormati kehendak setiap individu yang berurusan dengan kami. Sebarang maklumat akan dirahsiakan. Jadi, Lynna tidak perlu risau akan hal tersebut. Ia adalah amanah bagi pihak kami untuk menjaga kemaslahatan umum.

      Alhamdulillah. Lynna adalah insan terpilih. Semoga pengIslaman Lynna akan turut membawa keluarga Lynna untuk menerima Islam sebagai pegangan hidup.
      Sebarang pertanyaan, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669/ emel: hidayah.centre@gmail.com. Bercakap dengan Cik Alya. InsyaAllah kami sedia membantu.

  104. selamat pagi, saya bercadang hendak memeluk islam. kemanakah tempat yang perlu saya pergi untuk proses pengislaman di kawasan sandakan ataupun kota kinabalu, sabah? sebab saya berasal dari sandakan tetapi bekerja di kota kinabalu sebagai staff kesihatan. saya juga hendak bertanya mengenai klinik/ tempat untuk berkhatan bagi perempuan di sandakan atau di kota kinabalu sabah? sebolehnya cara berkhatan yang bersih dan selamat seperti klinik. kawan ada mengesyorkan menggunakan bidan tetapi saya takut hendak menggunakan bidan kerana cara dan alat yang digunakan tidak steril, bersih dan selamat.

    • Salam sejahtera saudariku. Jutaan terima kasih atas pertanyaan saudari dan tahniah atas niat yang murni untuk menjadi seorang muslimah yang baik dan menjadi contoh kepada yang lain. Saudari bolehlah ke cawangan kami iaitu Hidayah Centre KK untuk meneruskan hajat murni saudari. Hubungi Haji Rahman 019-4452500. Beliau ada pegawai wanita di sana yang boleh membantu saudari tentang proses pengIslaman & berkhatan. Semoga Allah mempermudahkan urusan saudari. :-)

  105. saya sudah b’kwn dengan seorg gadis yg b’agama islam lebih dr 10thn dan mmg b’cadang nk mengahwini nya tpi masalah nya skrg sy belum lgi m’buat sebarang p’siapan utk memeluk agama islam? Apa yg perlu sy lakukn? Tolong sy..

    • Salam sejahtera saudaraku. Jemputlah datang ke pejabat kami untuk mengetahui langkah2 yang sesuai untuk memeluk Islam mengikut keadaan saudara sekarang. Saudara berjumpa Encik Zun ‘Arif Hakim untuk menerang dan membantu saudara. Kami menunggu saudara di pejabat kami. Jemput datang yer? ;-) Moga Allah permudahkan urusan kita. Amin.

  106. salam, saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan:
    1. saya mempunyai teman lelaki non-muslim juga warga asing & kami berniat utk bernikah tak lama lagi. masalahnya bf saya berminat utk memeluk islam tetapi dia tidak mempunyai kenalan rapat yang beragama islam yg blh membantu dia dalm menjiwai islam sepenuhnya atau rakan yg beragama islam di malaysia utk membantu menjadi saksi apabila dia memeluk islam nanti?
    2. seterusnya dia mempunyai tatu, adakah dia perlu buang tatu tu sblum peluk islam atau adakah sah islam jika dia masuk islam tanpa buang tatu tu?
    3. bolehkah saya ingin mengikuti kelas fardu ain bersama2 teman lelaki saya utk memantapkan lagi pengetahuan agama saya & ingin memberi fahaman lagi pd teman lelaki saya. ada tak kelas fardu ain utk bahasa english bagi warga asing?
    4. perlukah teman lelaki saya hendak membawa rakan islam apabila dia hendak mendaftar utk memeluk islam kelak? adakah saya perlu menemani dia dlm proses pendaftaran dia nanti sbb saya juga agama islam?
    5. saya pernah terlanjur sebelum ni dgn ex-bf sy non-muslim juga. slpas anak saya lahir & sy daftr dia utk dptkan kewarganearaan dia di malaysia. adakah status anak saya beragama islam w’pun bapanya bukan islam tetapi sy tetap didik anak saya dlm kehidupan islam?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah kerana mempunyai rakan yang inginkan Islam sebagai agama dalam hidupnya. Moga Allah merahmati hidup saudari.

      1. Syarat utama memeluk Islam adalah ikhlas, rela hati tanpa dipaksa oleh sesiapa. Jika tiada saksi pengIslaman, insya’Allah di HC kami boleh bantu. Datanglah ke pejabat kami.

      2. Tentang tatu di badan tu, tak perlulah dibuang kecuali ada kaedah saintifik yg memudahkan tanpa menyakitkan. Jika tiada tak payahlah nak buang. Bila memeluk Islam, Allah nak tengok hati seseorang itu adakah ikhlas atau tak bukannya tengok tatu. ;-) Cuma bila dah peluk Islam jangan buat tatu lagi pula yer? :-D Mudahkan Islam?

      3. Insya’Allah boleh. di HC kami ada jalankan KAFA (Kelas Asas Fardhu ‘Ain) pada saudara baru. Jika nak tahu secara lanjut, hubungi Ustazah Alya di 03-4108 9669. Insya’Allah beliau boleh bantu saudari. Selain di HC, PERKIM, WAMY dan beberapa jabatan agama lain juga turut sediakan kelas untuk mualaf.

      4. Akan datang, lebih baik jika teman lelaki saudari ada teman mahramnya bila pegi ke KAFA kami. Jika tiada, saudari pun boleh temaninya. Dalam masa yang sama, saudari boleh juga perdalamkan agama Islam dan boleh berkongsi keindahan Islam itu pada teman lelaki saudari. Bila nak masuk Islam, saudari kena hadir sekali untuk mengetahui prosedur2 pengIslaman, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. :-)

      5. Moga Allah berikan hidayah pada saudari untuk terus berada di jalan yang baik. Bertaubatlah ye. Semoga Allah menerima taubat saudari. Amin3. Anak tersebut tetap status Islam. Saudari bawa dan daftarkan di JPN berdekatan rumah saudari, bin atau bintikan dgn abdullah. Tahniah kami ucapkan kerana saudari membesarkan dia dalam suasana Islam. Semoga Allah merahmati hidup saudari. :-)

  107. Hye, saya mempunyai seorang rakan karib lelaki.. Dia telah berkahwin serta memeluk agama muslim sejak tahun 2008. Ini bukan kehendaknya untuk memeluk muslim tetapi telah terlanjur dan terpaksa memeluk agama tersebut secara terpaksa demi kerana anak beliau.. Namun demikian, perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2010.. Sejak berkahwin sampailah mereka bercerai, beliau tidak pernah mengikuti apa-apa kelas agama dan tidak tahu ajaran agama muslim.. Dan kini beliau ingin kembali ke agama asal kerana telah bercerai dan tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi dengan bekas isterinya… Adakah dia boleh kembali ke agama asal atau sebaliknya??

    Thanks for the reply.. :)

    • Salam sejahtera.
      Mohon jasa baik supaya membawa rakan tersebut datang ke Hidayah Centre di Taman Melawati, KL untuk kami bantu.
      Penjelasannya akan diberikan semasa sesi pertemuan tersebut.

      Untuk membuat temujanji, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

  108. salam..sy ada kemusykilan..teman lelaki sy berasal dr Nepal dan telah berkahwin,tetapi beliau berminat untuk memeluk agama islam dan seterusnya ingin menikahi sy..apa kah prosuder yang patut beliau lakukan?adakah salah apa yg ingin beliau lakukan ini?..tolong lah kami selesaikan masalah ini..terima kasih

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh. Saya mohon maaf banyak2 saudariku kerana ambil masa yang agak lama. Tahniah atas perkenalan denga hamba Allah yang bukan beragama Islam yang akhirnya mengenal Islam melalui saudari. Berdasarkan pengalaman kami, adalah dinashihatkan agar saudari fikir baik2 dulu dan cuba tanya orang2 lama yang boleh dipercayai untuk tanya pendapat mereka. Pengalaman di HC, terlalu banyak kes warga tempatan yang ingin bernikah dengan warga asing banyak berakhir dengan kehidupan yang kurang baik sbg contoh bercerai, ambil kesempatan untuk dapatkan keistimewaan pasangannya yang warganegara Malaysia dsb. Dan untuk pengetahuan saudari, sesetengah daripada mereka ini berkahwin dengan orang tempatan semata-mata untuk mendapatkan visa.

      Cadangan kami (berdasarkan pengalaman), tangguh dulu perkahwinan tersebut iaitu jika kawan lelaki tersebut benar2 minat dengan agama Islam, minta beliau masuk Islam dulu, belajar agama, ikuti program kursus saudara baru dan semuanya ini ambil masa 6 bulan. Hasilnya akan berterusan. Selepas itu, saudari lihat perkembangannya. Selalunya jika beliau ada komitmen jadi muslim yang baik dan jadi suami yang baik, insya’Allah tiada masalah besar berlaku melainkan sebaliknya. Sebabnya jika beliau ingn jadi suami saudari, beliau juga dalam masa sama berstatus saudara baru yang perlu dibimbing. Jika sebagai saudara baru belum stabil dalam agama dan tidak mampu mengikut perintah Allah dan ditambah lagi kena pikul tanggungjawab sebagai suami untuk membimbing isteri & anak2, bayangkan bagaimana dengan keluarga saudari kelak? Kami pentingkan saudara baru jadi pemimpin yg baik pada keluarganya jika berkahwin kelak. Besar tanggungjawab sebagai suami. ;-)

      Maklumat tambahan untuk saudari lagi, prosedur berkahwin dengan warga asing memang banyak malah saudari kena periksa kesahihan di Kedutaan Nepal adakah seseorang lelaki itu memang berstatus bujang, baik keluerganya, tiada terlibat dengan apa2 jenayah atau seumpamanya, dan beliau kena sahkan bahawa beliau ingin berkahwin dengan orang Malaysia mengikut prosedur di Malaysia juga selain mengikut prosedur Kedutaan Nepal. Mungkin saudari boleh periksa dulu dan tak perlu tergesa2 untuk berkahwin.

      Moga Allah beri petunjuk yang terbaik untuk saudari yang penting banyakkan berdoa dan usaha untuk cari jawapan bagi menjawab soalan2 yang menghantui saudari. Allah is with you. :-)

  109. a’kum,nama saya sartaz begum,saya berasal dari pulau pinang.rakan sekerja saya yang bernama Sivalingan ingin memeluk islam,tapi saya tidak tahu dimana hendak bawanya dan kepada siapa saya harus merjuknya.saya amat berarap tuan/puan dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini.disini saya memberi alamat email saya:sharmi200@hotmail.com….diharap mendapat kerjasama pihak tuan/puan..

    • Wa’alaikummusalam saudaraku. Tahniah atas niat ingin menjadi hambaNya sbg muslim. Moga Allah permudahkan kerja @ urusan saudara. Jika saudara ada di Lembah Klang jemputlah datang ke pejabat kami dan berjumpa dengan Encik Zun ‘Arif. Jika saudara masih di Pulau Pinang, hubungi segera cawangan kami di sana, iaitu Encik Yusni 019-526 6677. Kami sedia menunggu saudaraku di sini. Datang yer. ;-)

    • A’kum.sahabat saya yg bernama sivalingam ingin memeluk islam,next week di pejabat agama(pulau pinang).dia telah isi beberapa borang tertentu.dan minggu dpn mereka minta dia bawa 4 keping gambar.boleh saya tahu,adakah mereka akan pilih nama baru untuknya?saya cadangkan nama muhammad sameer padanya.maksudnya juga baik.lani namanya sivalingam.jika dalam kad mereka nak tulis,how they will write?is that muhammad sameer siva abdullah?adakah dia patut inform kat hr department(office nya)tentang penukaran dia?

    • Wa’alaikumussalam.

      Terima kasih kerana merujuk Hidayah Centre. En. Saifuddin boleh ke Klinik Dr. Ismail di Manjung. Hubungi talian 05-6928376 untuk pertanyaan.

  110. alhamdulillah, sy telah memeluk islam pd minggu lepas. namun masih dalam proses mempelajari islam terutamanya cara dan bacaan2 dlm solat. adakah sudah berdosa bg saya jika sy belum menunaikan ibadah solat 5 waktu dan solat jumaat selapas sudah convert (sy seorang mualaf lelaki)?

    di kesempatan inijuga sy ingin melahorkan sedikit rasa terkilan berkenaan pengurusan bahagian dakwah jab. agama islam sabah. pada mulanya sy ke sana utk sesi pengislaman dgn membawa semua dokumen yg diperlukan dan seorg saksi. mereka sabalinya meminta sy mengemukakan dua org saksi yang benar2 mengenali sy spaya tidak timbul masalah dikemudian hari. prosedur itu menyebabkan niat murni sy terpaksa ditangguhkan, perkara itu pada pendapat peribadi sy tidak harus berlaku kerana ia membuatkan mualaf seperti sy saya terasa tidak dibantu. apatah lg beberapa kawan muslim sy jg sblm ini enggan menjadi saksi atas sebab2 mereka yg tersendiri.

    • Alhamdulillah…Alhamdulillah.
      Semoga Allah tetapkan iman Adam dalam Islam.
      Adam, Islam bukanlah agama yang menyusahkan. Al-Quran pun diturunkan secara beransur-ansur supaya umat Muhammad pada zaman dulu tidak merasa terbeban dengan setiap hukum/ tuntutan melalui ayat-ayat yang diturunkan.
      Begitu juga halnya dengan pertanyaan Adam ini. Belajarlah secara perlahan-lahan mengikut kemampuan Adam. Asalkan ia berterusan.

      Sebagai saudara seIslam, saya juga rasa terkilan dengan karenah birokrasi yang tidak dinafikan wujud di sesetengah agensi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan. Bagaimana pun, sama-sama kita doakan agar perkara tersebut tidak berulang kepada orang lain. Niat untuk memeluk Islam tidak boleh ditanggungkan walaupun satu minit kerana segalanya aturan Allah..Jodoh, ajal, maut semunya ditangan Allah. Sungguh rugi bagi manusia yang meninggal dalam keadaan belum sempat mengucap dua kalimah syahadah.

      Mohon jasa baik Adam untuk memberikan no. telefon melalui emel rasmi Hidayah Centre di : hidayah.centre@gmail.com untuk kami serahkan kepada Hidayah Centre cawangan Sabah. Pihak kami sedia membantu, InsyaALlah.

      Semoga Allah permudahkan urusan Adam mendalami Islam.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  111. salam sejahtera…sya illa,sya skarang sdang mjalinkn hbungan dgan srng lelaki muslim..di awal pknalan kami ya sya mmg mngakui bhwa saya mcntai islam krna ingin menambat hatiny..tetapi skrang hati sya mmg ingin mgenali islam…dan sya ingin terus mdlami islam,,p skrg bila memkirkn kluarga sya ..sya menjadi tkut,,mereka sudah tentu akan memarahi sya..sya skrg berada di bintulu serawak,,

    • Salam sejahtera kembali.
      Alhamdulillah..Illa adalah insan terpilih untuk menerima hidayah Allah SWT.
      Berdasarkan pengalaman kami di Hidayah Centre, apabila seseorang memeluk Islam, bererti dia perlu kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti dimarahi oleh ibu bapa, diberhentikan kerja oleh majikan dan sebagainya. Lebih buruk lagi apabila ada kes saudara baru yang dibuang keluarga.
      tetapi, Illa tidak perlu terlalu risau. Semua ujian itu adalah aturan Allah. Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu. Justeru, Illa serahkan segalanya kepada Allah. Selepas memeluk Islam, semua umat Islam adalah saudara Illa. Kerana umat Islam itu bersaudara. Kita ada cawangan Hidayah Centre di Sarawak.
      Mohon jasa baik Illa untuk hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669 untuk kami serahkan urusan pengIslaman Illa kepada pengurus cawangan HC di Sarawak.
      Semoga Allah membuka pintu hati keluarga Illa untuk menerima Islam.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  112. Assalamualaikum wrm wbkth,
    Saya sekadar ingin bertanya apakah sumbangan yang dapat diberikan oleh orang seumpama saya yang telah bersara (58+) selain dari sumbangan material (kurang berkemampuan), mempunyai asas agama (boleh mengajar fardu ain dan alQuran), saya tinggal di Bdr Tasik Puteri Rawang.

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah.
      Alhamdulillah, semoga niat En. Ariffin diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Di Hidayah Centre, kami menjalankan fungsi sebagai pusat sokongan saudara baru dan dalam masa yang sama sebagai pusat informasi Islam. Apa jua sumbangan daripada mana-mana pihak amat kami hargai. Antaranya, sumbangan tenaga untuk membantu dalam program-program yang kami anjurkan. Cthnya: Program dakwah dengan mengedarkan bahan-bahan dakwah/ risalah Islam di pusat membeli belah dan sebagainya. Jika En.Ariffin berminat untuk mengajar KAFA, kami amat mengalukannya. Cumanya, kelas bimbingan untuk saudara baru di HC Pusat dikendalikan oleh ustaz-ustaz yang dibayar secara kontrak.
      Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi bersama kami melaksanakan kerja-kerja dakwah. En.Ariffin boleh hubungi kami di talian 03-41089969 untuk sebarang kemusykilan/ pertanyaan.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  113. assalamualaikum?
    saya ingin bertanya,,bf saya sudah bersedia untuk masuk islam tetapi dia menunggu kakaknya utuk menjadi saksi semase di islamkan nanti,,disebab kan kakak dia duduk bjauhan dan masa kerja yang agak sukar untuk berjumpa,,adakah saya boleh menjadi saksi kepada bf saya?

    • Wa’alaikumussalam.

      Maaf saya bertanya. Adakah bf Cik benar-benar melihat Islam itu sebagai satu-satunya agama/ pegangan yang benar? Atau hanya sekadar ingin mengahwini Cik?
      Berdasarkan pengalaman kami di Hidayah Centre, ada kes di mana seseorang itu memeluk Islam hanya kerana ingin mengahwini lelaki/ wanita Muslim. Justeru, pengIslamannya hanya menukar agama yang terpapar pada kad pengenalannya. Apabila berlaku sesuatu masalah dalam rumahtangganya, tindakan yang selalu diambil adalah kembali kepada agama asalnya.

      Justeru, kami rasa bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini tidak berulang. Oleh itu, kami sarankan agar selepas pengIslaman, berilah masa kepada bf Cik untuk mendalami Islam dan memperkukuhkan pegangan & kefahamannya tentang Islam dan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Kerana dia akan menjadi ketua keluarga selepas berkahwin. Sejauh mana dia faham tanggungjawabnya sebagai suami & hamba Allah.

      Untuk saksi pengIslaman, memerlukan 2 orang saksi lelaki.
      Jika Cik tidak dapat membawa saksi bagi pihak bf, datanglah ke pejabat Hidayah Centre. InsyaAllah pegawai kami boleh menjadi saksi pengIslaman beliau.

      |Norasma Azia Mohd Yusoff|
      Peg. Eksekutif Dakwah, HC.

  114. terima kasih ats mklum blas yg dberikn..saya amt mghargainy..pasal pengislaman tu..perlukh saya menbwa saksi?kerana saya tidak mempunyai saudara yang beragama islam..saya masih perlukn bantuan untk mengenali islam dgn lebih mendlm..dmankh sya bleh mendaptkn bantuan tersebut di bahagian bintulu..?

    • Kami amat mengalu-alukan untuk Cik datang ke pejabat Hidayah Centre untuk kami uruskan pengIslaman Cik. Jika tidak mempunyai saksi, cukup jika Cik datang seorang diri. InsyaAllah pegawai kami boleh menjadi saksi pengIslaman Cik. Kami juga menyediakan kelas bimbingan kepada saudara baru yang ingin mendalami Islam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hidayah Centre di talian 03-41089669.

  115. Saya seorang beragama budha yang ingin memeluk islam tapi ingin mendapat pendapat/nasihat. Masalah saya adalah saya sudah berkahwin setahun yang lalu tetapi tidak bahagia dan Sekarang dalam proses penceraian. mengikut procedure penceraian mengambil masa yang agak lama sebab saya berketurunan bukan islam.
    Bagaimanakah untuk saya mempercepatkan proses memeluk agama islam jika masalah penceraian masih tertangguh oleh pihak pendaftaran negara?

    • Salam sejahtera saudaraku..
      Alhamdulillah..semoga ditetapkan niat untuk memeluk Islam.
      Untuk makluman, proses pengIslaman tidak memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan segala hal berkaitan perceraian dan sebagainya. Puan boleh terus ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk segera melafazkan syahadah. Usah ditangguhkan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Puan juga boleh datang ke Hidayah Centre untuk urusan tersebut. Kami berfungsi sebagai pemudah cara sahaja. Urusan pendafattaran dan pemberian Kad Akuan Islam perlu melalui Jabatan Agama Islam Negeri.

      Pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669.
      Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

  116. saya msk islam dah 5 bulan…kad pengenalan belum tukar lagi…saya ibu tunggal juga kpd 4 anak..2 anak sekolah rendah,2 orang lagi umur 6 dan 4 tahun.nak bagi masuk sekolah tadika pun tak mampu,nak kerja pun susah sebab tak mampu hantar anak ke tadika atau bagi org jaga,adakah tadika yang atas bantuan punya untuk org mcm ku.skrg saya menganggur tiada sebarang pendapatan…sewa rumah..bayar kereta..makanan rumah segala pebelanjaan dapat dari kawan-kawan..tapi mereka semua pun boleh tolong sementara aje..mana tempat saya boleh buat pemohonan zakat @ bantuan…sekarang saya tinggal di jinjang utara…Jabatan JAWI boleh buat pemohonan tak…

    • Salam.
      Boleh maklumkan Puan melalui proses pengIslaman di mana? Jika puan sudah diberikan Kad Akuan Memeluk Islam oleh Jabatan Agama Islam, puan boleh memohon pertukaran status agama pada kad pengenalan kepada Islam dengan membawa bersama Kad Akuan Memeluk Islam tersebut sebagai bukti pengIslaman.
      Untuk makluman puan, puan layak menerima bantuan zakat daripada Pusat Zakat. Jika puan tinggal di Selangor, puan boleh terus ke http://www.e-zakat.com.my/ Lembaga Zakat Selangor untuk memohon zakat untuk sara hidup dan pendidikan anak-anak puan. Jika puan tinggal di Wilayah Persekutuan, boleh memohon melalui Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

      Pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669.

  117. i seorang mualaf,i berkenalan dgn satu laki muslim dah 9 bulan,dia belajar di sekolah agama..bacaan al quran semua tahu,tapi dia tak mahu sembahyang,tak ikut hukum,adat islam,dia memang sayang saya tapi dia dah 3,4 kali kahwin,semua isteri tak mahu dia pasal dia tak bertanggung jawab bg nafkah,penting diri bila masalah datang nak lari terus,selama berkenalan dgn i pun mcm ini mcm,semua i tlg dengan simpanan i,sekarang simpanan i dah habis,tapi kebelakangan ni i tahu dia masih ada isteri yang sah lagi di Palembang Indonesia,tapi dia tipu i kata tak ada,dia pernah ajar i kahwin,i selalu menolak (masa i menolak i tak tak tahu dia masih ada isteri yang sah di Indonesia),i dah cerai 2 kali pasal i sayang suami dan sanggup buat apa demi mereka contoh tolong cari wang,dah banyak kali kita gaduh tapi dia dah simpan baju pergi dah,tapi sms i kata sayang pada i dan anak-anak,tak sampai hati nak pergi,tapi jika dia dapt wang dari perniagaan nya,dia akan bawa i pergi makan makanan kegemaran i atau bawa i pergi tempat yang ada pantai,memang dia teliti tapi soal wang dia tak tahu kendali,selalu buat rugi,dia panas badan juga tapi tak pukul i atau anak anak ,cuma barang dalam rumah jadi mangsa,komputer,laptop.handphone,almari semua bagi pecah,lagi satu yang paling i tak tahan ialah cemburu dia sangat kuat,dia tak boleh tengok lelaki(saudara laki,kawan laki,abg angkat,adik angkat atau pekerja laki dia sendiri) bercakap dgn i,atas urusan kerja ,perniagaan pun tak boleh,mesti marah sampai mcm nak bunuh org,
    anak anak i mesra pula dgn dia,selalu panggil dia papa,lebih lagi yang 2 kecil tu,mesti mahu dia pujuk baru mahu tidur,kalau dia tak datang rumah,anak laki rindu sampai menangis.sekarang dia ada sangkut kes memiliki senjata bahaya(parang),di jatuh hukuman masuk penjara 2 bulan,tapi parang tu utk kerja guna punya,dia tak buat jahat.
    soalan yang i nak tanya ialah
    1.jika dia keluar penjara i patut terima dia ke dan bagi peluang dia tak atau tidak
    2.i memang dapat kasih sayang dari dia,banyak kawan,saudara i tak terima dan sokong dia,panggil i lepas dia ,apakah i patut lepas kasih sayang i terhadap dia
    3.jika dia nak kahwin dgn i .i nak buat macam mana(padahal nya dia punya isteri lagi,i tak nak diduakan cinta ni suatu ketika isteri dia berbaik balik dgn dia)

    • Assalamu’alaikum.

      Untuk kes-kes sebegini, eloklah kiranya Puan datang ke pejabat Hidayah Centre untuk kami bantu apa yang perlu.
      Alamat : Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 KL.

      Untuk pertanyaan, hubungi 03-41089669.

  118. Assalamualaikum;

    saya seorang wanita memeluk agama islam lebih kurang 8 thn lepas tetapi saya tidak mendapat sijil & kad perakuan islam pada masa itu dan ketika itu saya masih menuntut di ipta. apa bila merujuk kembali ke jabatan agama bekenaan sijil asal saya telah tiada kecuali salinan yg ada dibuku pendaftaran jabatan berkenaan dan kad perakuan juga tidak ada. apa bila saya membuat pertukaran kad pengenalan pegawai pendaftaran jpn telah menukar status agama saya kepada islam tanpa meminta sijil perakuan islam dan kini tercatat islam pada KP. Saya ingin bertanya bagaimana urusan pernikahan saya nanti, adakah perlu saya melampirkan sijil/kad perakuan islam saya?. Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam..
      Untuk pengetahuan Lisa, status Muallaf hanya digunapakai dalam tempoh 3-5 tahun selepas seseorang memeluk Islam. Maksud ‘Muallaf’ ialah ‘orang yang dilembutkan hatinya untuk menerima Islam’. Alhamdulillah, urusan penukaran status agama pada KP Lisa dipermudahkan. Kebanyakan saudara baru menghadapi kesukaran menukar status agama pada KP kerana perlu disertakan salinan surat beranak dan kad akaun memeluk Islam.

      Urusan pernikahan biasanya memerlukan kad akaun Islam bagi saudara baru yang belum menukar status agama pada KP. jadi, tiada masalah bagi Lisa kerana status agama telah dinyatakan dalam KP :)

  119. assalamualaikum, saya adalah seorang cina yang telah memeluk islam selama 2 tahun di perkim Kuala Lumpur, dalam 2 tahun ini sya tidak mengikut sebarang kursus islam disebabakan kesibukan dengan project syarikat dan saya tidak mempunyai kad islam.Pada tahun lepas rumah sya terbakar dan semua documents tentang kemasukan islam sya telah musnah.

    a) apa perlu sya lakukan untuk mendapat semula semua documents tersebut, adakah sya perlu cari saksi lagi untuk daftar sebagai seorang muslim.?

    b) Pada tahun lepas sya telah mengandung dan tanpa kahwin sya telah melahirkan seorang anak perempuan.Disebabkan pada masa mengandung saya tidak tahu di mana boleh saya memdaftar kahwin dan apa boleh saya lakukan jadi sya memilih untuk lahirkan anak saya tanpa status ayahnya dan ayahnya adalah seorang islam juga. Sekarng ayahnya dengan saya ingin mendirikan sebuah keluarga yang sempurna jadi sekarang apa yg perlu sya lakukan untuk kita daftar sebagai pasangan suami isteri?

    Apa boleh sya lakukan untuk semua soalan di atas, sila bantu saya

    terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Warahmatullah..

      a) Cik adalah sah sebagai seorang Islam cuma tiada bukti pengIslaman Cik bersama-sama. Dalam kes ini, Cik perlu ke PERKIM semula untuk Cik dapatkan surat akuan pengIslaman yang telah dibuat disana. Sepatutnya, Cik perlu mendaftar di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk Cik perolehi Kad Akuan Memeluk Islam.

      b) Adakah maksudnya Cik telah melahirkan anak luar nikah bersama pasangan yang juga seorang Islam? Untuk makluman Cik, anak yang diperolehi hasil hubungan haram (zina) TIDAK BOLEH dibinkan/ dibintikan dengan nama lelaki yang telah menyebabkan Cik mengandung tadi. Anak itu tidak diiktiraf sebagai anaknya. Cik perlu jelas tentang perkara ini kerana ia jika tidak difahami akan merosakkan masa depan anak tersebut, lebih teruk jika dia mengetahui bahawa lahirnya didunia ini adalah hasil hubungan haram Cik dengan pasangan.

      Untuk mendapatkan nasihat daripada pihak kami, boleh hubungi pada waktu pejabat 9 pagi – 6 petang ditalian 03-41089669.
      Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

  120. terima kasih atas nasihat..mengenai soalan b) maksud saya ayah kepada anak saya ni adalah bakal lelaki yang sy nak kahwin dan bukannya bapa sebenar anak saya..jadi anak ni boleh di bin/ di binti kan kepada ayah bakalnya ataupun tidak??

    • Anak yang tidak sah taraf tidak boleh di bin/di bintikan dengan nama bapa sebenarnya walaupun ia hasil daripada benih lelaki tersebut. Mohon Cik/Puan hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut di talian 03-41089669

  121. Salam.. sy mempunyai soalan tentang tatu. sahabat sy mempunyai beberapa tatu di beberapa bahagian anggota badanya. sekiranya dia ingin memeluk Islam. perlukah tatu itu dibuang terlebih dahulu?

    • Wa’alaikumussalam.
      Syarat sah menjadi seorang Muslim adalah lafaz syahadahnya. Tatoo yang telah dibuat sebelum memeluk Islam tidak perlu dibuang. Sebaiknya, sembunyikan daripada dapat dilihat oleh orang lain dibimbangi akan menjadi fitnah kepada Islam pula.

      Untuk penjelasan lanjut, boleh hubungi kami 03-41089669.

  122. Assalammualaikum

    Saya mempunyai satu persoalan berkaitan dengan syarat no.9 yang dinyatakan di atas seperti berikut :-

    “DIWAJIBKAN menghadiri Kursus Intensif Fardhu ‘Ain atau Kelas Asas Fardhu ‘Ain anjuran mana-mana Jabatan Agama Islam / Cawangan Saudara Muslim pada tarikh yang telah ditetapkan bagi pendedahan awal tentang ajaran Islam.”

    Sekiranya seseorang saudara yang baru memeluk Islam menjemput seorang Ustaz yang beliau kenali ke rumahnya untuk belajar agama Islam, adakah beliau masih perlu untuk menghadiri kursus intensif seperti yang dinyatakan di atas? Ini adalah kerana saudara baru tersebut berasa lebih selesa untuk bertanya secara ‘one to one’/’personal’ dengan ustaz yang dikenali.

    Sekian, terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam..

      Merujuk 2.2 adalah Prosedur Pendaftaran Masuk Islam & Pemberian Kad Akuan Masuk Islam di Jabatan-jabatan Agama Islam di Lembah Klang.
      Setiap pendaftaran pengIslaman di negeri Selangor diwajibkan mengikuti kursus bimbingan asas agama Islam. Kursus tersebut dalam tempoh 3-4 hari sahaja sebelum Kad Akuan Memeluk Islam diberikan kepada saudara baru tersebut.

      Semoga membantu.

  123. Hi, saya dan teman lelaki saya yang beragama Islam telahpun bersama approximately 10 tahun dan cadang untuk nikah akhir tahun ini. Saya ingin menanya jika prosedur memeluk Islam adalah sama di semua daerah? Saya berasal dari Ipoh dan ingin melakukan process conversion di Ipoh. Saya bekerja di Kuala Lumpur, maka jika ada Kursus Intensif Fardhu ‘Ain atau Kelas Asas Fardhu ‘Ain yang ditetapkan saya tidak pasti boleh hadir di Ipoh ke tidak. Saya ingin cari foster family untuk mengajar basis Islam kepada saya. Boleh tak kalau saya convert di Ipoh dan hadiri kursus di Kuala Lumpur or saudara/saudari syorkan saya process conversion elok dilakukan di Kuala Lumpur?

    • Proses pengIslaman boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah. Secara peribadi, saya cadangkan proses pengIslaman dilakukan di Kuala Lumpur. Memandangkan Cik tinggal di KL kerana bekerja disini. Atau jika Cik lebih selesa ia dilakukan di Ipoh, tiada masalah :)

      Di Hidayah Centre, kami menyediakan Class For Revert pada :
      Setiap Isnin 8 malam – 10.30 malam
      Setiap Ahad 9 pagi – 12 tengah hari

      Makluman lanjut, hubungi ibu pejabat HC di talian 03-41089669.
      Sis Alya, HC.

  124. Assalammualaikum,

    Saya ingat bertanya berkenaan kesahihan kad masuk islam tersebut. Sepupu saya akan berkahwin dan mengikut kata bakal suami dia, beliau sudah 2 bulan memeluk agama islam tanpa memberitahu sepupu saya. Kemusykilan apabila dia tiba2 ada kad masuk islam dan ajak berkahwin. Bagaimana boleh sepupu saya menyemak samada kad masuk islam tersebut sahih atau tidak kerana terdapat sedikit keraguan dan juga untuk memastikan bahawa perkahwinan itu nanti tidak lah berdosa jika diketahui beliau tidak memeluk agama islam dan kad masuk islam tersebut palsu.

    • Wa’alaikumussalam.

      Untuk memastikan kesahihah kad Islam yang dipegang oleh mana-mana indivudu, lihat pada kad tersebut, ia dikeluarkan oleh PAID mana.
      Encik bolehlah merujuk Pejabat Agama Islam Daerah dimana kad Akuan Memeluk Islam tersebut dikeluarkan.

      Untuk makluman juga, setiap saudara baru yang memeluk Islam layak diberi Kad Akuan Memeluk Islam dalam masa 24 jam bagi Wilayah Persekutuan.
      Semoga membantu :)
      03-41089669

  125. sy ingin memeluk islam. bagaimanakah prosedurnya? untuk pengetahuan, sy berada di kota kinabalu sabah.

    • Salam sejahtera saudaraku. Moga Allah memeliharamu dengan rahmatNya. Saudara hubungi Hidayah Centre cawangan KK di sana ya. Hubungi Haji Rahman Abdul Kassim 019-4452500 atau Dr. Marsus Jabar 019-8622914. Insya’Allah mereka akan bantu jelaskan prosedur pengIslaman di sana. May Allah bless you brother & guide you to become a good & example Muslim. ;-D

    • Alhamdulillah.

      Boleh encik Aaron berikan contact number utk kami panjangkan kepada pengurus Hidayah Centre di Sabah?
      Atau boleh terus hubungi Encik Abdul Rahman Kassim di talian 019-4452500

  126. Good evening,
    I want to convert in muslim and im willing to learn about muslim and marry my muslim girlfriend as well. i can speak and understand a little bit malay since i stayed in malaysia for 2years. May I know what should i need to bring and do to be a muslim. I will be in K.L next month and will stay with my sister, is there muslim office in K.L near in subang jaya?
    Looking forward for your reply.

    Regards,
    Louie

    • Salam sejahtera brother. Masya’Allah, just have a call to our office and talk with Sis Alya 03-41089669 or Bro Zun ‘Arif 017-3667216 or you can come immediately to our office in Pusat Bandar Melawati Hulu Kelang beside Bank Muamalant. May Allah bless you brother. ;-)

  127. Salam sejahtera.Bapa saudara saya telah meninggal dunia pada 10/03/2012.Dia telah memeluk Islam pada tahun 2010.Bujang dan mempunyai seorang ibu. Adakah Jabatan Agama akan memberikan apa-apa bantuan dari segi kewangan kepada ibu si mati?

    • Salam sejhatera saudaraku. Terima kasih kerana bertanya tentang hal sebegini. Jika ibunya sudah peluk Islam, boleh bawa ke jabatan agama untuk dapatkan bantuan di bawah asnaf (bahagian) saudara kita. Jika ibunya belum memeluk Islam tapi hidupnya dalam keadaan miskin atau seumpamanya, saudara juga boleh cuba tanya dulu di jabatan agama juga dan bolehkah ibunya dapat bantuan tersebut. Insya’Allah mereka akan jelaskan pada saudara nanti. :-) Moga dipermudahkan urusan saudara. Amin

    • Salam sejahtera saudaraku, kita ada AJK HC di sana sahaja, mereka belum ada pusat sokongan saudara baru lagi (rumah perlindungan). Jika saudara ada kemusykilan tentang Islam, hubungi Haji Morhalim 013-3561278 atau saudara Noli 019-3533177. Moga ia membantu saudara. ;-)

  128. Assalamualaikum..
    Kawan saya telah memeluk islam di pahang ketika dia bekerja disana.. dan kad islam telah ada. Persoalan saya:-
    1. Bolehkah ic k/p dan documen2 lain tidak ditukar nama islamnya? ada masalah kahpada document ketika dia ingin berkahwin dgn org islam kelak?
    2. Dia ada bertanyakan ramai org memberitahu dia akan mendapat tanah dan wang saguhati.. benarkah? dan dimana hendak memohonnya..? Dia juga telah habis belajar dan ada berhutang yuran dikolejnya..bapanya telah berjanji utk mmbayar wang yuran tersebut tetapi apabila dia telah convert bapanya tidak mahu menangung. Dia dalam tertekan sekarang..

    3. Ketika dia memeluk inigin memeluk islam saya mengatakan wajib utk tukar nama sedangkan dia ingin mengekalkn nama bapanya di belakang. Dan wakil dijabatan itu pun tidak menerangkan dgn lebih jelas bahawa boleh jika tidak mahu menukar nama. namanya dahulu Andrew Stanley A/L Indarajah.. sy ingin bertanya boleh kah nama ini ditukar semula di dlm kad islamnya? bagaimanakah caranya? kerana sy telah membuat kesilapan memberi salah kefahaman kepadanya dan mmbuatkan Islam ini susah baginya…

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Terima kasih atas pertanyaannya. Moga Allah permudahkan kerja-kerja saudari yang sudi membantu saudara baru tersebut. Tahniah! Teruskan! :-)

      Jawapan :

      1. Sebenarnya tiada masalah untuk nak tukar semua dokumen yang berdaftar sama ada di bank atau di mana2 yang berkaitan. Yang perlu ditukar adalah status agamanya dulu kemudian nama mengikut nama Islam yang baik atau dikekalkan nama itu jika tidak mempunyai maksud yang tidak baik. Cuma berdasarkan pengalaman kami, lebih baik tukar IC dulu ikut spt dlm kad Islam kemudian baru tukar dokumen yang lain.

      2. Minta sahabat saudari itu untuk fokus kepada kerjaya sekarang sebab beliau telah tamat belajar. Berikan kata-kata semangat padanya bahawa Allah sentiasa bersamanya dan teruskan perjuangan serta buktikan bahawa bila beliau memeluk Islam, kehidupannya lebih baik dari dulu. Dapat tanah dan wang saguhati itu sebenarnya adalah bonus semata. Kebiasaannya akan dapat saguhati sahaja sebagai saudara baru yang baru memeluk Islam. Tapi selepas itu, tiada lagi saguhati kecuali jika sahabat saudari itu membuat permohonan spt memohon zakat pengajian (fisabillah), memohon bantuan bayar sewa rumah dsb. Itu semua sahabat saudari perlu ke jabatan agama terdekat untuk tanya dan dapatkan nasihat sebelum buat permohonan. Allah Maha Menyayangi sahabat saudari, jadi beliau kena tabah dan cekal malah terus mencari jalan untuk terus hidup sbg muslim yang baik.

      3. Tukar nama itu wajib jika nama asal sebelum ini adalah bermaksud sesuatu yang tidak baik spt nama-nama tuhan berhala, nama-nama patung berhala dan seumpamanya yang tidak memberikan maksud dan doa yang tidak baik kepada si penama. Berdasarkan pengalaman kami, lebih baik letak nama muslim di depan lepas itu letak nama asal. Kemudian binkan nama ayahnya atau nama-nama asma’ husna Allah. Itu lebih baik untuknya. Jadi, bila dah tertukar kepada nama yang tidak baik itu, boleh sahaja saudari bawa semula ke jabatan agama untuk tukar semula pada kad Islamnya.

      Moga dipermudahkan urusan saudari. Banyakkan berdoa untuk sahabat kita tu yer. Moga Allah berikan beliau kekuatan untuk menjadi muslim yang baik dari dulu. ;-)

    • Walaikumussalam Sis Azima
      InsyaAllah hidayah centre in Kota Bharu will be open soon.
      For the time being, we only have person in charge in Kota Bharu
      You can contact Brother Abdul Fattah Ismail – 013-3159741
      JZKK Sis Azima : )

      • Thanks. :) Anyway, if I want to see someone from your centre in Wangsa Maju, should I make an appointment first or just be there whenever I want? I’ll be there with one non Muslim friend and inshallah we’ll be there on the next Friday.

      • You’re welcome my sister. :-) It’s better you make an appointment and make a call to the manager of HC Wangsa Maju, Haji Kasim Ali 013-2367236. May Allah bless you sister. If you have any question just call to our office and talk with Sis Alya 03-4108 9669 around 10am. ;-)

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Terima kasih atas soalan yang baik itu. Untuk pengetahuan saudari, Islam tidak pernah melarang seseorang pun untuk berjumpa keluarganya walaupun keluarganya belum beragama Islam. Cuma jika keluarganya mengancam diri seseorang itu barulah tak perlu jumpa keluarganya buat sementara waktu sehingga keadaan kembali reda dan mereka boleh berbincang dengan baik.

      Pengalaman kami di HC ini, kami amat menggalakkan saudara baru kembali dan berjumpa keluarga mereka sebab Islam tidak memutuskan tali persaudaraan @ kekeluargaan. Cuma agama sahaja yang berbeza tapi bangsa dan pertalian darah tetap sama. ;-) Yang penting di sini adalah kami nak saudara baru buktikan pada keluarga mereka bahawa mereka memeluk Islam kerana indahnya Islam itu bukan paksaan atau ugutan sesiapa. Bila mereka memeluk Islam cara hidup mereka lebih baik dari dulu dan menjadi contoh terbaik untuk keluarga mereka.

      Jadi, saudara baru sekalian, balik dan jumpalah keluarga kalian yer…kita sama2 berdoa agar Allah membuka hati keluarga kita untuk menerima kita dan Islam bukan kerana marah dan benci dengan Islam. Tunjukkan nilai2 murni yang ada dalam Islam dan kongsikan kemanisan kalian bagaimana menerima Islam sebagai cara hidup kita.

      Moga ia membantu dan mempermudahkan saudari. ;-)

  129. Assalamualaikum.
    Saya ada rakan yg telah memeluk Islam 6 bulan lalu, seperti biasa saudara baru ni byk masalah dlm kekeluargaan dan ekonomi..lebih2 lagi dia masih belajar. Tapi keluarganya masih boleh menerima, kadang kala adalah kes perli memerli dan mcm2 lgi. Dia tidak boleh keluar dari rumah itu kerana perlu menjaga adik2 yg masih bersekolah kerana ibunya telah meninngal dunia 2 tahun yg lalu. Kos pembelajaran yg dulu ditanggungi keluarga kini perlu tanggung sendiri. jiran2 nya pula yang berbangsa melayu menakut2kan dia yg mengatakan perlu duduk 1 bulan dirumah orang melayu jika memeluk agama Islam dan mcm2 lagi yg membuat beliau was2.
    Beliau telah pergi ke JAIS semalam utk meminta bantuan zakat & bantuan yg lain . Dengan rasa hampa beliau memberitahu saya layanan yg diberi bukan sebagai saudara baru (yg selalunya dilayan dgn baik) tetapi lebih kepada masalah perkauman.
    Pegawai tersebut memberitahu akan memberikan bantuan jika mengenali beliau, dan mengatakan ‘saya tidak mengenali kamu, saya kene kenal kamu dulu baru boleh memberikan bantuan’.
    Dia telah memiliki kad islam, pesoalan saya perlu ke kene kenal dulu baru dapat bantuan. dalam kepala mereka kini semua ada tanda ???????????. dengan penjelasan yg mereka berikan bertambah confuse mereka dibuatnya.
    Saya selalu mengatakan kepada dia Islam itu mudah tetapi beliau mempersoalkan kepada saya semula. saya seperti kelu lidah ingin membalasnya. Saya takut dengan rasa kepayahan ini beliau akan kembali kepada agama asal nya. Hidayah Center tolonglah insan terpilih ini yang dalam kesusahan, dia terlalu takut jika jiran2 nya mengetahui dia telah memeluk agama islam dan akan menghadkan kewajipannya menjaga adik2 nya… atau lebih mudah dengan ayat ‘mencari pasal’ dgnnya. baru sahaja 3 hari lepas, rumahnya separuh terbakar di ruang tamu. Hidayah center bayangkan lah dugaan demi dugaan yg dilalu tanpa kita sebagai umat islam membantu beliau memberi kasih sayang dan kekurangan kepadanya.

    • Wa’alaikumussalam.
      Hidayah Centre terlebih dahulu memohon maaf atas kelewatan memberi maklumbalas kepada Cik/Puan Zue.
      Kami amat prihatin terhadap krisis yang selalunya dihadapi oleh saudara baru tersebut.
      Untuk lebih mudah, saya minta jasa baik Cik/puan untuk membawa saudara baru tersebut ke ibu pejabat kami di Taman Melawati Kuala Lumpur untuk kami kaji masalahnya & uruskan keperluannya secara lebih terperinci.

      Lebih mudah jika Cik/puan dapat hubungi kami terlebih dahulu untuk kami aturkan pertemuan.
      Semoga membantu.

      Sis Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah Hidayah Centre.
      03-41089669.

  130. Saya baru nak masuk islam dan lepas tu saya ke indonesia nak nikah di duta malaysia, jakarta.. pertanyaan saya.. apakah saya harus pulang ke negeri(sarawak) asal saya untuk mendaftar msk islam dan kursus perkahwinan saya tanpa di hadir pihak calon isteri…ato wakil dari kedua-dua pihak..? Ato melalui perkhimatan kalian saya boleh urus masalah saya..? Apakah dokumen nikah yang penting harus saya bawa di duta malaysia, jakarta nanti..? Saya harap yang mulia dapat bantu saya dan tujukan arah untuk.. moga Allah membalas jasa kalian… saya sangat hargai bantuan kalian.. terima kasih..

    • Salam saudaraku Alexander,

      Tahniah dan syabas atas perkahwinan itu. Moga lahir lagi anak2 yang soleh dan solehah dari keluarga saudara. :-)

      Langkah-langkah yang perlu saudara lakukan :

      a) Bila sampai Sarawak nanti, daftarkan semula pengislaman saudara di jabatan agama berdekatan tempat tinggal saudara yer.
      b) Kursus kahwin boleh hadir walaupun tiada isteri yg penting saudara belajar dulu dan dalami ilmu tersebut. Sebelum itu, adalah lebih baik saudara belajar pengajian agama/ikuti kursus yg ditawarkan oleh jabatan agama. Tujuannya untuk mengukuhkan pegangan saudara dalam Islam.
      c) Maafkan kami, kami tiada perkhidmatan tersebut, cuma kami boleh tunjuk ajar @ bimbing sahaja. Saudara hubungi HC Kuching Haji Su’udi di talian 013-8362163.
      d) Dokumen yang harus dibawa semua dokumen tentang pengislaman dan juga perkahwinan saudara di Indonesia utk di bawa ke jabatan agama dan sebagai bukti.

      Moga Allah mempermudahkan urusan saudaraku. Tahniah kerana jadi seorang Muslim ;-)

  131. assalamualaikum..sy mmpunyai rakan non muslim..dia sekarang keliru untuk memilih saya atau ibunya(agama hindu)..ibunya mmberi amaran untuk memulaunya dan tidak mengaku anak sekiranya dia memeluk islam..baru2 ini ibunya telah mengetahui hubungan kami,dan menghalau rakan saya dari rumah mereka..adakah sy bersalah kerana menjadi punca persengketaan mereka???tetapi rakan saya memang berminat untuk memeluk islam..masalah utama sekarang kluarga rakan saya memang xbg..

    • Wa’alaikumussalam.
      Untuk hal-hal sebegini, Murnirah perlu menjelaskan kepada kawan tersebut bahawa Islam tidak memutuskan hubungan antara seorang anak dengan ibunya mahupun seluruh ahli keluarganya. Sekalipun dia telah memeluk Islam, ia tidak membawa maksud dia telah terpisah daripada asal keturunannya. Bangsa tetap sama. Cuma yang membezakannya dengan ibu bapa & ahli keluarganya adalah AGAMA. Jika niatnya suci & ikhlas untuk memeluk Islam, sis cadangkan supaya diuruskan pengIslaman kawan tersebut secepat mungkin. Kerana ia amat penting, dibimbangi berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kematian (Tuntutan ahli keluarga supaya mayat diuruskan mengikut agama asal dll) ke atas kawan tersebut. Secara peribadi, sis merasakan lafaz Syahadah pada saat ini adalah perkara utama yang perlu diuruskan. Hal penerimaan keluarga terhadap keputusan untuk memeluk Islam boleh diuruskan kemudian. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan keluarnya. Yakinlah, Allah sentiasa bersama kita & sentiasa tunjukkan jalan kebenaran. Yakin ya!

      Jika perlukan nasihat/ pandangan secara peribadi, boleh hubungi sis di talian 03-41089669/ 013-3137685.
      Semoga membantu.
      Sis Alya, Pegawai Eksekutif Dakwah Hidayah Centre.

  132. Salam..adakah kite diberi pilihan untuk memilih nama sendiri seteleh memeluk agama islam? Adakah seorang saksi mencukupi untuk proses pengislaman? Terima kasih.

    • Assalamu’alaikum.
      Terima kasih kerana memilih Hidayah Centre sebagai rujukan.

      Seseorang yang memeluk Islam tiada paksaan sama sekali untuk menukar nama asal kepada nama Islam. Sebaliknya, digalakkan supaya mengekalkan nama asal terutama yang membawa nama keluarga bagi orang Cina. Tetapi, dicadangkan agar menukar nama jika nama asalnya membawa maksud yang tidak baik (Nama yang keji/ Nama sembahan dll). Bagi yang tinggal di Wilayah Persekutuan, pendaftaran pengIslaman akan melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan hanya memerlukan seorang saksi bagi memudahkan urusan pengIslaman tersebut.

      Semoga membantu.
      Sis Alya, 03-41089669.

  133. assalamualaikum…alhamdulillah sy jumpa dengan web ni.dan sy telah baca sedikit sebanyak pertanyaan hamba2 Allah yg di atas.
    cuma ader sedikit lagi keraguan yg ingin sy pertanyakan.InsyAllah hujung tahun ni sy akan bernikah dengan seorang muallaf.dia baru je 2 tahun memeluk Islam.alhmdulillah dia telah mengikuti kelas fardhu ain disana..dia dah syahadah di negaranya yaitu indonesia.dia tidak bertukar nama dan namanya kekal Anthony Lee.sewaktu proses convert di indonesia dia ada mendapatkan sijil syahadah.pertanyaan sy,jika dia ingin berkahwin dgn sy,adakah namanya boleh kekal sbgai anthony lee seperti yg terdapat di sijil syahadahnya?krn menurut sy jika dia harus bertukar nama bererti semua dokumennya harus ditukar dan itu agak sulit dilakukan.mohon jawapannya.tq

    • Wa’alaikumussalam,

      Alhamdulilllah !
      Untuk makluman Zarina, nama yang dipilih semasa proses pengIslaman akan sama dengan semua dokumen lain. Seperti pada pasport/ kad pengenalan dan sebagainya. Jika muallaf tersebut telah membuat keputusan untuk mengekalkan nama asalnya, dia tidak perlu membuat sebarang perubahan pada dokumen lain.

      Semoga membantu.
      03-41089669.

  134. Saya ingin memeluk islam, tapi ada sedikit pertanyaan.
    1. Asal agama hindu, berkahwin secara hindu. Isteri saya sudah memeluk islam pada tahun 2009, tanpa pengetahuan saya. Pastu dia pun berpindah ke negeri lain dengan anak. Saya dapat surat dari jabatan agama islam berkenaan isteri saya. Saya terima aja keadaan ini.
    2. Sekarang masuk tahun 2012 baru saya ambil peguam untuk divorce secara sah.
    3. Process ini mungkin akan mengambil masa.
    4. Saya ingin memeluk agama islam tahun ini jugak.
    5. Ada apa apa masalah tak process mahkamah tu dgn hasrat saya nak masuk islam.
    6. Saya nak masuk islam bukan nak cari dia balik.
    Harap bantuan

    • Alhamdulillah !
      Untuk makluman Encik, proses pengIslaman (memeluk Islam) adalah sangat mudah.
      Encik hanya perlu pergi ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang terdekat untuk proses tersebut. Selebihnya, pihak PAID akan memberikan tunjuk ajar atau nasihat terbaik untuk Encik lakukan selepas itu.

      Proses memeluk Islam tidak akan mengganggu proses mahkamah yang sedang Encik lalui.
      Sebarang persoalan, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669

      Semoga dipermudahkan !
      Sis Alya,
      Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.

  135. Assalammualaikum,

    Saya ingin bertanya tentang prosidur nikah untuk muallaf. Adakah seseorang muallaf itu dikehendaki bernikah di pejabat PERKIM sahaja atau dia boleh bernikah di rumah atau masjid? Sekiranya seseorang muallaf itu boleh bernikah di masjid, adakah kedua ibu-bapa beliau (bukan beragama Islam) boleh berada di dalam masjid?

    Satu lagi pertanyaan iaitu tentang pertukaran nama seseorang muallaf selepas memeluk Islam. Bolehkah beliau mengekalkan nama asalnya? Cth: Tan Kok Meng. Bolehkah nama beliau dikekalkan dengan menambah ‘Bin Abdullah’? Cth : Tan Kok Meng bin Abdullah.

    Sekian, terima kasih.

  136. asalammualaikum … sye nak bertanye kan beberape soalan .
    sye ada seorang kawan myanmar yang ingin memelok islam ..
    tapi disebabkan saye kurang pasti dgn cara-caranya .. saya ingin bertanye kan sedikit sebayak.
    adakah die perlu belajar dahulu sebelom mendaftar .. atau pun daftar dahulu baru belajar ?

    • Wa’alaikumussalam.
      Apa yang penting, niatnya ikhlas memeluk Islam. Bukan atas sebab lain seperti mahu berkahwin dengan seorang Muslim, mahu mendapatkan bantuan atau lain-lain sebab. Perkara pertama yang mesti dilakukan adalah proses pengIslaman. Selepas itu, barulah boleh didaftarkan pengIslamannya. Selepas melafazkan syahadah, kawan tersebut boleh belajar tentang asas-asas Islam, tuntutan sebagai seorang Muslim, fardu ain dan sebagainya.

      Semoga membantu.
      Sis Alya,
      03-41089669

      • Assalamualaikum, encik saya nak tanya, teman lelaki saya berasal dari spain dan dia beragama kristian,dia berhasrat untuk memeluk agama islam dan berkahwin dengan saya. Dia sudah berada di malaysia lebih kurang 1 tahun dan bekerja disini. Tetapi visa beliau masih dalam proses,beliau terpaksa keluar masuk malaysia selepas 3 bulan untuk memperbaharui visa lawatan beliau. Dimanakah beliau perlu pergi untuk mendaftar atau memeluk agama islam? Apakah yang perlu beliau lakukan semasa memeluk agama islam. Sekiranya beliau sudah memeluk agama islam, bagaiman pula dengan status visa atau kerakyatan beliau? Beliau boleh bertutur dalam bahasa inggeris tetapi kurang fasih. Bagaimana dengan kelas2 agama dan fardhu ain yang bakal beliau hadir kelak.tolong beri penjelasan.sekian.

      • Wa’alaikumussalam.
        “Dia sudah berada di malaysia lebih kurang 1 tahun dan bekerja disini. Tetapi visa beliau masih dalam proses,beliau terpaksa keluar masuk malaysia selepas 3 bulan untuk memperbaharui visa lawatan beliau. Dimanakah beliau perlu pergi untuk mendaftar atau memeluk agama islam?”.

        Cik Atikah utarakan soalan berkaitan visa terlebih dahulu. Adakah perkara itu yang menjadi keutamaan untuk teman lelaki memeluk Islam?
        Kami di Hidayah Centre pernah kendalikan pengIslaman melibatkan warga asing. Tidak dinafikan, pernah terjadi dimana warga asing menggunakan warga tempatan/ orang Malaysia melalui ikatan perkahwinan untuk kepentingan peribadi mereka terutamanya yang melibatkan status kewarganegaraan, urusan visa dan sebagainya.

        Jadi, suka untuk kami ingatkan supaya Cik Atikah berhati-hati dalam hal seperti diatas.
        Saya secara peribadi mencadangkan supaya Cik Atikah membawa teman lelaki ke Hidayah Centre untuk sesi penerangan tentang Islam. Biar dia faham dan jelas dengan matlamatnya memeluk Islam. Supaya nanti, selepas memeluk Islam dia akan menjadi seorang Muslim yang faham apa ertinya dia memeluk Islam.

        Maklumat lanjut, boleh hubungi ibu pejabat HC di talian 03-41089669.
        Semoga membantu.

  137. assalammualaikum…saye ingin brtye..sye mmpunyai kekasih tp bukan islam..sye ingin tahu bagaimane sye ingin memasukkn dia islam..bagaimana caranye untuk dia masuk islam..sye dh tye dia brminat untuk masuk islam..masalahnye smpai skrg tiada yg ingin membntu sye..atau ade tmpat yg dekat untuk sye merujuk hal ini..

    • Wa’alaikumussalam.
      Sebelum itu, saya bagi pihak Hidayah Centre mohon maaf atas kelewatan menjawab persoalan yang diajukan.

      Cik Masliza, saya harap teman lelaki menyatakan ingin memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bukan atas paksaan atau sebab lain seperti mahu berkahwin dengan Cik yang beragama Islam. Jadi, yang menyebabkan dia memeluk Islam hanya kerana faktor perkahwinan. Teman lelaki Cik sepatutnya faham tujuan memeluk Islam. Sekurang-kurangnya dia tahu apa itu agama Islam secara asas.

      Saya suka berkongsi pengalaman mengendalikan kes-kes seperti ini dimana seseorang itu memeluk Islam hanya kerana ingin berkahwin dengan teman lelaki/wanita beragama Islam. Jadi, untuk membolehkan mereka sah berkahwin, kedua-dua pihak mestilah beragama Islam. Apabila berlaku sesuatu masalah dalam perkahwinan, orang tersebut menyalahkan Islam dan mengambil keputusan untuk keluar dari Islam. Pengalaman sebegini menjadikan pihak kami sentiasa berpesan kepada semua pihak terutamanya pasangan kekasih berlainan agama yang mengambil keputusan untuk hidup bersama supaya berhati-hati.

      Cik perlu jelaskan kepada teman lelaki terlebih dahulu bahawa tujuanya memeluk Islam mestilah ikhlas dan tidak dipengaruhi faktor lain.
      Pertanyaan lanjut, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre 03-41089669.

      Semoga membantu !
      Cik Alya, Eksekutif Dakwah HC.

  138. Slm..sye nk tnye sye bukan islam tpi bru nk masuk islam..uma sye 17 tahoN n sye tidak berSekolah lgI tpi sye ingn berkhawin dlm usia seberGini kerana sye dan die sling mNyintai sye dah b,tUnang dngn nye tpi mslh sye sekarang boleh ke sye msok islam?wanita keliru

    • Assalamu’alaikum adikku.
      Tiada paksaan untuk memeluk Islam dan Islam tidak menghadkan siapa dan berapa umur untuk memeluk Islam,

      Jadi, datanglah ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk kami bantu disini.

      Sis Alya,
      03-41089669.

  139. Assalammualaikum,

    Saya ingin bertanya tentang prosidur nikah untuk muallaf. Adakah seseorang muallaf itu dikehendaki bernikah di pejabat PERKIM sahaja atau dia boleh bernikah di rumah atau masjid? Sekiranya seseorang muallaf itu boleh bernikah di masjid, adakah kedua ibu-bapa beliau (bukan beragama Islam) boleh berada di dalam masjid?

    Satu lagi pertanyaan iaitu tentang pertukaran nama seseorang muallaf selepas memeluk Islam. Bolehkah beliau mengekalkan nama asalnya? Cth: Tan Kok Meng. Bolehkah nama beliau dikekalkan dengan menambah ‘Bin Abdullah’? Cth : Tan Kok Meng bin Abdullah.

    Sekian, terima kasih.

  140. salam….saya bercinta dengan seorang lelaki hindu dan berhasrat untuk berkahwin dengannya tetapi keluarga saya dan keluarga dia tidak membenarkan kami berdua berkahwin walaupun dia telah berjanji bahawa dia akan masuk islam….sekarang apakah yang perlu saya buat…..thanks…

    • Wa’alaikumussalam.
      Setuju jika saya katakan bahawa cinta itu buta?
      Alhamdulillah. Bersyukur jika adik dapat membawa teman lelaki kepada Islam. Tetapi, sis harap teman lelaki adik bukan ingin memeluk Islam atas paksaan adik untuk menghalalkan perkahwinan antara adik dan dia atau sebab sangat mencintai adik sahaja.

      Janji sahaja tidak memadai andai dia tidak faham kenapa dia memeluk Islam. Datanglah ke Hidayah Centre untuk kami bantu dik.
      Semoga Allah permudahkan urusan adik.

      Sis Alya,
      03-41089669.

      • So, let say kalau ada sepasang kekasih yang ingin berkahwin tetapi seorang darinya adalah bukan islam, tetapi mereka tetap ingin berkahwin walaupun pasangannya memeluk islam semata2 untuk kahwin.. dapatkah mereka teruskan untuk berkahwin?apakah ada kesalahan mereka berbuat demikian dari pandangan islam?

  141. Saya bangsa Cina dari JB ingin berlajar Islam secara lanjut, dimanakah saya boleh dapatkan kursus sebegini? Bolehkah saya amalkan cara-cara hidup sebagai Muslim (solat 5 kali, berkhatan,puasa &lain-lain) tanpa pengislaman yang rasmi? Ini disebabkan penislaman saya akan ditentang habis-habisan oleh keluarga saya dan bolehkah saya dapatkan rumah sewa dengan saudara saudari baru untuk lebih senang saya amalkan cara hidup islam di JB?

    • Salam sejahtera saudaraku Leong.
      Alhamdulillah. Saya mohon jasa baik Bro Leong untuk email personally maklumat peribadi ke hidayah.centre@gmail.com untuk kami aturkan pertemuan dengan PIC Hidayah Centre di Johor. (Nama, Alamat tempat tinggal, No. telefon dll maklumat yang dirasakan perlu).
      Kami akan hubungi Bro Leong dalam kadar segera, insyaAllah.

      Bro Leong boleh belajar dan mengamalkan cara hidup Islam tanpa sebarang halangan :)
      Pun begitu, saya secara peribadi mencadangkan supaya Bro Leong menguruskan proses memeluk Islam terlebih dahulu jika benar Bro Leong telah yakin bahawa Islam adalah agama yang benar. Berkaitan masalah tentangan keluarga, pihak Hidayah Centre akan cuba uruskan penempatan sementara untuk Bro Leong berlindung.

      Dalam menuju kejayaan sebenar, sememangnya kita akan diuji dengan pelbagai ujian.
      Antara ujian yang mungkin terpaksa dilalui oleh mereka yang baru memeluk Islam termasuklah :

      - Dihalau keluar dari rumah oleh keluarga
      - Dihentikan wang perbelanjaan harian/ pendidikan
      - Dibuang kerja
      - Dipulaukan oleh masyarakat setempat/bangsa sendiri dan sebagainya lagi.

      Tetapi, Bro Leong mestilah yakin bahawa Allah sentiasa membantu hambaNya yang dizalimi. InsyaAllah, akan datang pertolongan Allah dalam bentuk yang kita tidak jangka.
      Pengalaman seorang saudara baru yang diIslamkan di Hidayah Centre, dimana beliau pada mulanya dihalau keluar daripada rumah. Namun, beliau tetap bertahan dan tinggal di rumah keluarganya meskipun dikutuk dan dimaki setiap hari. Perkara tersebut terjadi kerana, keluarganya berpandangan bahawa anak mereka telah masuk Melayu dan akan tinggalkan keluarga sendiri. Segala tanggapan itu adalah salah sama sekali kerana Islam menekankan supaya anak-anak mestilah sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu meskipun berlainan agama.

      Akhirnya, saudara baru tersebut diterima kembali oleh keluarganya. Malah, hubungan mereka lebin baik daripada sebelumnya.

      Semoga membantu.
      Sis Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah HC
      03-41089669.

  142. Salam?boleh tanya?tapi soalan sya bkn tentang memeluk Islam,dan sememangnya saya memang Islam,cumanya soalan saya ni lain,tapi membuatkan fikiran saya tambah sakit dan bercelaru,begini sya da ada anak berumur 1tahun 2bulan.,kerana lambat mgetahui tntg bbintikan dgn 99nama2 ALLAH,..sememangnya sya mengandungkan dia sblm bnikah,tp slps bnikah 2bulan,sya da lahirkan dia dgn d bintikan Abdullah,soalan saya blhkah nama Abdullah tu dganti dgn 99nama2 ALLAH,walaupun usia dia lepas setahun lebih,harap bantuan anda.terima kasih.

    • wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Tahniah kerana dianugerahkan seorang bayi dari Allah yg sangat memberi makna dan ketenangan pada diri saudari. Moga Allah menjaga diri dan keluarga saudari. Tentang pertukaran nama binkan anak itu kepada nama-nama Allah, tiada masalah saudari. Jika saudari belum mendaftarkan anak saudari dibinkan salah satu daripada 99 nama Allah, bolehlah berbuat demikian di JPN terdekat. Jika belum, saudari boleh terus ke JPN juga dan cuba tanya tentang cara dan prosedur pertukaran nama anak dibinkan salah satu daripada 99 nama Allah.

      Moga ia dapat membantu saudari dan moga dipermudahkan urusan saudari. :-)

  143. Assalamualaikum

    1.Says telah masuk Islam 2 Tahun lepas tapi Saya masuk Islam di Johor . Says hanya mempunyai sijil masuk Islam tetapi tak Ada Kad masuk Islam . Adakah says Akan diberi Kad masuk Islam di johor ?

    2. Setelah masuk Islam says mendapati name SHAHUL tiada maksud says general Tukar di johor kepada Shahul HAMID tetapi dalam sijil itu Shahul . Mcm mana utk Tukar ?

    • Wa’alaikummussalam saudaraku Shahul,

      1. Tahniah atas menjadi muslim yang baik. Moga terus istiqomah sbg muslim yg baik walau di mana sahaja berada. Untuk pengIslaman di Johor, saudara bawa sahaja sijil pengIslaman saudara ke pejabat agama daerah @ negeri yang saudara daftar dulu. Insya’Allah mereka akan bantu saudara untuk bagi kad Islam. ;-) Jika tiada kad Islam di pejabat agama tersebut berdasarkan prosedur mereka, saudara boleh sahaja gunakan sijil pengIslaman tersebut.

      2. Saudara juga boleh terus bincang dan dapatkan pada pegawai jabatan agama untuk tambahan nama jadi Shahul Hamid sebagai sijil baru. Jadi, insya’Allah, kad Islam itu nanti juga akan diberikan berdasarkan nama terkini.

      Moga ia membantu dan mempermudahkan urusan saudaraku. :-)

  144. salam,, sya ingn b’tnya. . Mcm mna sya ingin trus’k niat sya m’meluk islam,, sbab niat yg sya simpn slma 6thn ini masih blm t’capai. . Sya prnah bljr b’puasa & smbhyg di bulan puasa,, adakh slah jika m’lakukn’y. . Byk kwn sya tnya bila sya nak msuk islam,, tpi sya jwb (sya mahu bljr dlu lpas itu baru sya msuk). . Bila sya ingn bljr solat & baca Al Quran dgn kwn sya,, kwn sya ckp tdk blh msti msuk islam dlu baru blh. . Sya rsa sdih bila m’dengar’y,, sya b’asal dri tawau. . Di mna ptut sya mnerus’k niat sya ini. .

    • Salam sejahtera saudaraku !
      Anda adalah insan terpilih yang dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya.
      Teruskanlah niat saudara jika benar saudara yakin akan kebenaran Islam.
      Tidak salah sama sekali jika saudara belajar melakukan amalan dalam Islam, cumanya ia tidak bereerti selagi saudara belum melafazkan syahadah sebagai tanda keimanan saudara kepada Allah, tuhan yang satu.

      Saya mohon supaya saudara Abed menghubungi kami di Hidayah Centre untuk kami ketahui maklumat peribadi yang diperlukan.
      InsyaAllah, kami sedia membantu !

      Sis Alya,
      03-41089669.

  145. saya ingin memeluk islam dalam masa terdekat ini…
    saya ingin mendapat alamat dan no. telefon (shah alam) untuk saya mendapat segala maklumat….

    sekian,terima kasih

    • Alhamdulillah.
      Selamat kembali kepada agama fitrah Bro Roland !
      Semoga Allah tetapkan iman atas landasan Islam.

      #Bro Roland telah melafazkan syahadah pada 13 Mei 2012 di Pejabat IKRAM Subang Jaya. Tahniah !

  146. Terima kasih atas nasihat kamu! Saya tak dapat bayanykan betapa besar halangan yang akan saya hadapi dan hakikatnya. Oleh yang demikian saya bercadang untuk manjalankan pengislaman saya di Singapore, dengan cara ini saya boleh menjadi seorang muslim secara rasmi, disamping itu pengislaman saya tanpa diketahui oleh keluarga. Selepas pengislaman, saya akan menrahsiakannya daripada ahli keluarga & rakan-rakan, untuk menpelajari solat & sebagainya, saya akan menghubungi hidayah atau pun Macma di J.B.

  147. kalau sye (warga malaysia yang non muslim) sdh masuk islam di indonesia dan sdh kahwin dgn warga indonesia yng beragama islam di indonesia dan kami ingin duduk di malaysia…….adakah sye kena masuk islam di malaysia lagi dan daftar perkahwinan di malaysia lagi supaya lain kali anak anak saya dapat status warga negara Malaysia? kalau sye ingin guna nama asal saya (tak mahu ditukar) walaupun tak baik, boleh taK?

    Terima Kasih.

    • Salam saudariku. Tahniah kerana memeluk Islam sebagai agama yang memberikan kebaikan pada saudari. Tentang pengislaman di Indonesia tu, jika saudari ada kad Islam, ia boleh digunakan sbg bukti pengIslaman jadi tak jadi masalah. Cuma saudari perlu ke JPN untuk lakukan pertukaran kad pengenalan (KP) agar diletakkan status agama pada KP tersebut.

      Tentang warganegara anak pula, anak-anak ini perlu lahir di Malaysia agar boleh didaftar sebagai warganegara/kerakyatan Malaysia. :-)

      Untuk pertukaran nama tu tidak menjadi masalah besar jika tak menukarnya kecuali nama asal saudari memberi maksud yang tidak baik atau sama dengan nama tuhan-tuhan yang menjadi sembahan manusia. Yang penting perlu ada dalam diri saudari adalah iman dan taqwa yer… Itulah yang terbaik.

      Moga ia membantu saudari. ;-)
      Sama-sama…

  148. Assalamualaikum,

    KLINIK NAJAT yang terletak di Shah Alam, Selangor turut menyediakan KHIDMAT KHATAN untuk para saudara baru (MUALAF). Sila hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Tel: 03 55664256 atau 019 252 4842.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh Klinik Najat. Jazakallahu khoiron jaza pihak Klinik Najat. Tak terkata kami bagi pihak Hidayah Centre kerana pihak tuan sudi membantu saudara baru yang memerlukan. Ada tak khidmat khatan ini melibatkan kos? Jika ada mungkin pihak tuan boleh nyatakan untuk makluman pihak kami.

      Moga Allah memudahkan urusan-urusan Klinik Najat dan menjadi klinik yang banyak menyumbang kepada masyarakat.

      jzkk ;-)

      • Assalamualaikum,

        Alhamdulillah pihak Hidayah Centre memberi laluan kpd Klinik Najat utk sama2 membantu saudara baru. Bagi yang mempunyai masalah kewangan utk melaksanakan khatan, perkara ini boleh dibincangkan dgn pihak kami. Semoga usaha Klinik Najat diredhai Allah swt hendaknya. Alamat kami di YG11, Blok F, Jln Plumbum Y7/Y, Pusat Komersil sekyen 7, Shah Alam. Tel 03 55664256.

  149. salam…tapi family saya n family dia tak setuju untuk kami berdua kahwin???sekarang saya nak buat apa??saya sangat keliru??saya nak dia n family saya bersama dengan saya….

  150. Saya telah berpisah daripada isteri saya (beragam HIndu) selama 3 tahun. Kami tidak pernah berjumpa selepas itu. Sekarang, saya ingin memeluk Islam. Perlukah saya memberitahu isteri saya? Saya tidak dapat menghubunginya. Kami telah bersetuju untuk bercerai 3 tahun dahulu, oleh itu tiada kemungkinan kami akan tinggal bersama-sama lagi. Tolong berikan respons sama ada persetujuannya diperlukan dalam perkara ini atau pun boleh saya terus memeluk Islam?

    • Alhamdulillah ! You are the choosen one. Encik Jiv, persetujuan isteri tidak diperlukan sama sekali untuk memeluk Islam..

      Pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669 atau Bro Zun Arif 017-3667126.

  151. salam…keluarga saya dan keluarga dia tidak bersetuju untuk kami berdua berkahwin walaupun teman lelaki saya bersetuju untuk masuk islam dengan ikhlas dan bukan kerana paksaan…apa yang perlu saya buat sekarang???

  152. Assalamualaikum.. :)

    I’m Aishah, saudara baru sejak 10May tahun ni… saye belum menghadiri kelas fardu ain, belum pergi kursus mualaf yang 5 hari 4 malam.. saya difahamkan yang saya hanya boleh mendapatkan kad akuan masuk islam selepas kursus mualaf, dan hanya boleh pergi kelas selepas kursus tersebut.
    I’d like to know :
    1.) Can i attend Fardhu Ain classes first before going for the Mualaf Course ? ( i’m working on a project and it’s only going to end after June, so I cannot attend May’s and June’s. Can only attend July’s.) I want to learn the prayer the correct way.
    2.) Can I get my kad akuan masuk Islam before going to the course?

    Terima Kasih byk2:)

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku.

      Tahniah! Seronok kami mengetahui saudari telah memeluk Islam. Moga jadi muslimah yang baik dan jadi contoh pada keluarga dan bukan Islam di luar sana. ;-)

      Memang betul bahawa saudara baru kena pergi ke Kursus Intensif Saudara Baru dan kemudian akan diberikan kad Islam. Tujuannya sebab kami dan Jabatan Agama sangat perihatin dan lebih mementingkan bimbingan rohani dulu pada semua saudara baru malah kursus tersebut akan membantu sedikit sebanyak tentang kehidupan setelah memeluk Islam.

      Jawapan
      1. Boleh saudariku, tiada masalah. Sebenarnya saudari boleh dapatkan jadual kursus intensif tersebut daripada jabatan dan usahakan untuk saudari pilih tarikh yg sesuai jika bulan Mei & Jun yg saudari tidak boleh datang. Jadi, saudari boleh pilih bulan2 lain yg sesuai. :-) insya’Allah dalam kelas di jabatan agama atau Hidayah Centre ada menawarkan kelas bimbingan jadi sila rujuk laman kami di bahagian 2.3.7.

      2. Boleh…tiada masalah. Saudari buat surat rasmi tulis kepada jabatan agama yg saudari daftar Islam dahulu. Kemudian, dalam surat tu tulis sebab utama kenapa saudari tidak boleh pergi ke kursus terdekat dan akan pergi ke kursus pada bulan lain. Insya’Allah jabatan agama mudahkan kerja saudari nanti.

      Moga info ini dapat membantu saudari. Teruskan jadi muslimah yg baik ye ;-)

  153. salam, bakal isteri saya sudah masuk islam dan sudah pun mendapat kad dari JAIP. Mengenai wali hakim, bagaimanakah caranya untuk saya menguruskannya.?

  154. salam sdara/ri…:)
    saya ingin mendaftar untuk memeluk islam tapi saya tidak tahu bagaimana? dan di mana?untuk pengetahuan sdra/ri sy belum memeluk islam tapi telah bertunang dengan seorang yg beragama islam.apakah yg harus saya lakukn???

    • Wa’alaikumussalam.

      Alhamdulillah. Boleh kami dapatkan no.telefon untuk berhubung terus?
      Atau Dollya boleh terus hubungi pegawai Hidayah Centre di talian 03-41089669 untuk kami bantu & bimbing.

      Semoga Allah permudahkan ~!
      Sis Alya.

  155. Assalamualaikum..

    Saya ingin menanyakan tentang seseorang ( lelaki / perempuan ) yang ingin memeluk islam tetapi mempunyai tatoo di sekitar anggota badan. Adakah ia perlu dibuang terlebih dahulu sebelum ia memeluk islam….?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Jutaan terima kasih atas soalan yang diajukan itu. Tahniah kerana ada seorang kawan yang ingin memeluk Islam apabila berkawan dengan saudara. Moga Allah memberi rahmat pada saudara dalam membimbing sahabat saudara kelak.

      Untuk pengetahuan saudara, jika sekarang ada alat/bahan yang boleh menanggalkan tatu secara klinikal tanpa memudaratkan badan seseorang itu, ia amat digalakkan. Jika tidak boleh, ia boleh dibiarkan, insya’Allah jika ada solusi lain kelak bolehlah tatu tersebut dibuang. ;-)

      Dalam soal memeluk Islam ini, aqidah yang perlu disentuh terlebih dahulu. Kenal Allah dan RasulNya terlebih dahulu, bukannya dihukum seseorang itu. Jadi, tiada masalah untuk masuk Islam walaupun masih bertatu. Silakan untuk bawa sahabat saudara ke pejabat kami untuk memeluk Islam. ;-)

      Moga ia membantu saudaraku. :-)

  156. Salam.
    Saya mempunyai seorang kekasih yang berasal dari New Zealand dan kini bekerja di Australia.
    Alhamdulillah,hubungan kami berjalan dengan lancar dan kini beliau ingin mempelajari Islam tetapi tidak tahu bagaimana hendak menghadiri kelas2 agama di Australia.
    Adakah kita di Malaysia mempunyai kelas2 agama di dalam Bahasa Inggeris??
    Kalau saudari tidak kisah,bolehkah kita berhubung melalui email agar mudah bagi saya mendapatkan info2 yang selanjutnya?? oggy_zozzoi@yahoo.com.
    Terima kasih,salam

    • Wa’alaikumussalam.
      Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan hidayah kepada beliau.

      Pihak kami akan email personally kepada Cik asap. InsyaAllah.

  157. Assalamualaikum, sy ingin b’tanya, s’sorg yg mgunakan nama palsu ketika memeluk islam & telah keluar surat pengesahan memeluk islamnya sbgmana contoh beliau mgunakan nama palsunya Devi Indera A/P Ramesh hakikatnya nama sbnrnya ialah Navega A/P Mutusamy, persoalannya ialah adakah ia mberi KESAN ke atas PENGESAHAN ISLAMNYA? Sah atau tidak beliau dalam kemasukan islamnya? Mohon dapat membantu, Syukran kasiran..

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan itu. Jika seseorang itu ingin memeluk Islam, kad pengenalan adalah 1 dokumen yang perlu ada. Saudari boleh periksa kad Islamnya ada tak nama belum Islam itu sama seperti dalam kad pengenalan. Jika tidak sama, bolehlah saudari bawa perkara ini ke jabatan agama untuk tindakan susulan iaitu siasat.

      Tentang pengIslamannya, jika saudara baru itu ikhlas dan tiada niat apa2 yang diragui untuk memeluk Islam, insya’Allah tiada apa ygn kita perlu ragui kesahihannya. Bermaksud pengIslamannya sah mengikut syarak. Berkenaan nama itu bergantung pada saudara baru sama ada ingin tukar kepada nama Islam atau tidak. Dalam pengIslaman, iman yang Allah nak lihat bukannya atas nama semata.

      Tapi, jika saudara baru itu menipu/menyalahgunakan nama palsu tersebut, kami khuatiri saudara baru itu akan ditangkap dan dibicarakan di bawah mahkamah syariah.

      Moga ia membantu saudariku. :-) Jika ada persoalan lagi, hubungi kami di pejabat 03-4108 9669.

  158. Salam Alaik, saya dari pahang ingin bertanya…bagai mana sekiranya pasangan saya baru saja ingin memeluk islam dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Selama perkenalan kami, dia cenderung untuk memeluk islam. Jadi saya ingin bertanya apakah jalan yang perlu saya buat untuk membolehkan saya dan dia di ijab kabulkan. adakah perlu dia berdaftar dahulu dan dapatkan kad akaun tersebut. dan saya juga masih lagi samar2 prosedur perkahwinan di sini. boleh jelaskan. terima kasih

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Tahniah atas kenalan seorang insan yang akhirnya mengenal keesaan Allah swt. Moga Allah berikan kekuatan pada diri saudara untuk membimbing pasangan saudara itu. Jutaan terima kasih atas pertanyaan di atas. Jemput untuk hubungi HC Kuantan Puan Siti Aishah. Mohon rujuk Bahagian 2.3 No. 7 dalam laman web ini untuk rujukan saudara.

      Daftarkan pasangan saudara itu di HC Kuantan, belajar Islam dulu. Jika beliau dah bersedia baru minta HC Kuantan bantu untuk pendaftaran Islam di sana. Tentang prosedur perkahwinan, saudara kena bertanya di jabatan agama di daerah saudara tinggal dan minta penjelasan dan bimbingan daripada pegawai agama.

      Moga ia mempermudahkan urusan saudara. :-)

  159. saya berumur 17tahun ..
    ingin memeluk islam kerana saya tidak mempunyai pegangan agama..
    ibubapa saya tidak menghalang niat saya mala menggalakan saya
    jadi saya ingin bertanya boleh ka saya memeluk agama islam kerna saya berumur 17tahun?
    dan bagaimana ka cara2nya?

    • Islam tidak menghalang sesiapa sahaja yang ingin menganutinya.
      Tiada had umur. Tetapi, dalam undang-undang, seseorang yang belum mencapai usia 18 perlu mendapat persetujuan daripada ibu bapa/penjaga jika ingin menukar agama.
      Boleh contact sis personally untuk diberi penerangan lanjut & bimbingan.

      Semoga membantu :)
      Sis Alya,
      013-3137685/ 03-41089669.

  160. salam…cy nk tnya brpa kos y kita perlu untk msuk islam??dan d mna hrus cy pergi untk mndaftar,cy d terengganu tp cy xthu d mna tmpt mndftar

    • Assalamu’alaikum.
      Memeluk Islam tidak memerlukan kos walau satu sen pun =)
      Wanie boleh bawa kawan tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk diuruskan proses pengIslaman di sana.

      Boleh rujuk Kompleks Darul Hidayah, Terengganu :)

      Alamat :
      Pusat Bimbingan Saudara Kita (MAIDAM)
      Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terangganu.

      Telefon : 09-6221300

      Sis Alya,
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  161. salam.. sye dah lama ada niat untuk memeluk agama islam.. sye lbih tenang brada di sisi agama islam.. kwn2 sye, yg sye dah anggap mcm adik beradik sye kebnyakknnye islam.. so, dri kecik sye dikelilingi ngan suasana agama islam.. sekrng umur sye 20 tahun dan masih lagi beljar di UPM.. dan kalau boleh, sye hndk mjdi saudra baru seblm bln Ramadan al-mubarak yg akn dtg.. sye dah pun dpt restu dari kedua2 ibu ayah sye utk convert.. syukur.. tpi sye ade bbrapa soalan hndk ditnya, gini soalannye..

    1. bila sye dah convert nnti, adekah nama asal pada ic sye akn dibuang ( tidak digunakn lagi ) dan hnya diletakkn nama islam saje pada ic 2..? @ dlm ic tu, diletakkn kedua2 nama iaitu nama asal dan nama islam..? pakcik sye pun convrt islam jugak dulu.. ic die ade 2 nama.. satu nama asal, satu lagi nama islam.. ade sbb jugak sye bertnya soalan yg sedemikian.. untk persediaan di hari mndtg, di mana akn berlaku kesulitan bila proses pembahagian harta.. demi Tuhan niat sye bukn utk mementingkn harta, tpi demi untuk memenuhi permintaan org tua sye.. mereka tidak mahu kehilangan sye sbgai satu2nye anak yg mereka ade, ” gara2 ptukaran nama di ic, sijil lahir, banking card / account ”… sye pun x nk kehilangan mereka.. meskipun sye begelar sorang mualaf nnti, mereka ttap mak ayah sye, yg melahirkn sye, mmbesarkn sye, ssh payah sekolahkn sye smpai sye jdi seperti ke hari nie.. mohon dijelaskn sejelas jelasnye ye soalan sye ni.. agar sye bole meneruskn niat sye tnpa sbrg persoalan..

    2. sye risau psal segala sijil2 kelayakn sye yg msih lagi tertera nama sye yg asal.. ade kah brlaku kesulitan bagi sye utk meminta pekerjaan kelak dengan berbekalkn sijil2 kelayakn sye yg msih lagi tertera nama sye yg asal padahal nama sye mse tu, nama islam..?

    3. adekh segala urusan perbankan @ banking card ( ATM card ) juga akn turut bertukar..?

    hamba rse, buat mse nie, tu je la soalan yg hendak sye tanye.. kalau ade soalan lagi, nnti sye bertanya lagi.. sye hrp soalan sye nie akn berjwb ngan jelas sekali.. sye iklas dalam perihal agama islam nie.. tnpa paksaan dri spe2.. sye hndkkn keadilan dlm setiap keputusan yg telah sye buat, tnpa mengabaikn mne2 pihak mahupun kepentingan kendiri.. terutama sekali, bonda dan ayah tercinta.. =)

    salam..

    - izzat haikal al-qausar qayyim @ hendry Ng gabriel ivans ak paul james nuing.

    • Alhamdulillah! Selamat kembali kepada agama fitrah saudaraku Izzat Haikal!
      Anda salah seorang insan terpilih untuk menerima hidayah Allah. Dan alhamdulillah juga kerana kedua ibu bapa tidak menghalang. Perkara ini akan lebih memudahkan urusan akan datang. Menjawab soalan :

      1) Seseorang yang baru memeluk Islam TIDAK DIWAJIBKAN untuk menukar nama asal. Digalakkan mengekalkan nama asal jika nama tersebut membawa maksud yang baik. Sebaliknya, jika nama tersebut berhubung kait dengan nama sembahan atau membawa maksud yang tidak baik..dinasihatkan untuk tukar. Boleh juga menambah nama Islam pada nama asal. Cth: Nama asal Yeo Wee Kiat. Buat penambahan : Muhammad Ikram Yeo Wee Kiat. Jika adik taknak menyukarkan pengurusan, boleh sahaja mengekalkan nama asal untuk memudahkan dalam urusan rasmi dan hanya memperkenalkan nama Islam yang telah dipilih kepada orang ramai/ kawan-kawan.

      Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan walaupun berlainan agama. Bahkan Islam amat menganjurkan kita berbuat baik kepada mereka.

      2) Jika adik telah membuat keputusan untuk mengekalkan nama asal pada I/C, ia tidak akan memberikan sebarang masalah. Segala urusan rasmi akan berlaku seperti biasa menggunakan nama asal pada sijil akademik dan sebagainya. Sebaliknya, jika adik memutuskan untuk menukar nama, adik juga perlu menguruskan pertukaran nama pada sijil akademik yang sedia ada bagi mengelakkan kekeliruan maklumat apabila melibatkan urusan temuduga dan sebagainya.

      3) Ya, jika adik membuat pertukaran nama dalam kad pengenalan. Adik perlu maklumkan kepada pihak bank untuk kemaskini maklumat perbankan =)

      Semoga membantu.
      Sis Alya,
      Eksekutif Dakwah, Hidayah Centre.
      03-41089669
      hidayah.centre@gmail.com

      • syukur… trima kasih x terhingga utk jwpn di atas.. =).. tpi sye ingin bertanya dgn lbih lanjut lagi untk kefahaman sye..

        1. ade sorang ustaz, cadangkn sye gunakn dua nama pada ic.. iaitu ” izzat haikal al-qausar qayyim bin Abdullah @ Hendry Ng Gabriel ivans ak nuing ” pada ic baru sye nnti.. tambah beliau lagi, lebih elok sye membuat nama sedemikian, kerana ianya mengekalkn nama asal sye, dan memperkenalkn nama islam sye.. tambahnya lagi, nama islam penting juga utk menyifatkn sye sbgai saudara baru.. & nama asal sye membolehkn urusn rasmi sye kelak.. tpi, pendapat ” hidayah centre sendri bagaimana ye..? ade kh sye patut mengikut nasihat ustaz trsebut atau x..?

        2. bagaimana cara utk menguruskan pertukaran nama pada sijil akademik yang sedia ada bagi mengelakkan kekeliruan maklumat apabila melibatkan urusan temuduga dan sebagainy ye…? * sye merujuk kepada jwpn pihak tuan/puan di ats..

        3. adakh haram untuk sye blajar cara2 solat sedangkn sye belum begelar sorang islam yg sah..?

        sekian.. terima kasih.. =)

  162. Minta maaf dan tanya sikit,saya seorang lelaki beragama cina yg telah mencintai seorang perempuan melayu dlm hbg 15 thn,tp kami tak boleh buat apa2 dan dia hanya mengatakan bahawa saya masuk islam baru dia akan menerima saya sebagai suami..macam mana saya perlu buat jika masuk islam secara senyap2 sebab famili menghalang saya dari membuat semua ini, tetapi ada segelintir kawan jugak yang menyokong saya membuat demikian ..macam mana yg saya perlu buat dengan semua ini?…terima kasih

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Alhamdulillah. Tindakan wanita tersebut adalah betul kerana Islam tidak membenarkan perkahwinan dengan seseorang yang berlainan agama. Pasangan itu mestilah beragama Islam.
      Justeru, suka untuk saya terangkan disini bahawa memeluk Islam mestilah ikhlas kerana agama Islam itu sendiri. Bukan disebabkan oleh faktor Encik mahu berkahwin dengan seorang wanita Islam. Saya bimbang, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini (cth: Kegagalan dalam rumahtangga/ pergaduhan suami isteri dll) Encik akan menyalahkan Islam. Saya cadangkan Encik fahami dulu apa itu agama Islam. Adakah Encik bersedia mengamalkan ajaran Islam secara berperingkat dan sebagainya.
      Kefahaman ini sangat perlu supaya Encik dapat melihat keindahan Islam dan kembali kepada Islam atas dasar tersebut.

      Semoga Allah permudahkan urusan Encik :)

      Sis Alya,
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre.
      03-41089669.

      • terima kasih dengan jawapan td, sy nk tanya lg bbrp soalan..adakah sy msk islam secara senyap2 dikira sebagai paksaan? sbb sy telah merahsiakn kebenaran ini dr famili dn kwn sy, dn adakah ia dikira sebagai satu penipuan dlm islam? saya nk tanya sedemikian kerana semata-mata sy nk masuk dn menganuti islam tp telah susahkn ramai org terutama dia .. sy xnk susahkn orang lain lg semata2 sy nk mengikuti cara kehidupan islam

  163. assalamualaikum…saya nk tnya adakah hidayah center mempunyai cwangan di p.pinang..saya ada kawan yang ingin memeluk agama islam dan kami berada d p.pinang…dan apakah yang harus saya dan kawan saya bawa semasa pergi ke sana??saya hrap hidayah center dpat mmbantu,kawan saya dah lma ingin memeluk islam tapi dia tak tahu prosedur dan tmpatnya d mna..

    • Wa’alaikumussalam.
      Ya, kami mempunyai cawangan di seluruh Malaysia :)
      Boleh hubungi Encik Yusni Ghazali, pengurus Hidayah Centre P.Pinang di talian 019-5266677.

      Semoga Allah permudahkan urusan.

  164. Assalamualaikum….saya nk tanya,org mualaf mcm saya kalau gendak belajar agama…nak belajar di mana…orang sabah.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku. Jutaan terima kasih atas pertanyaan tu. ;-) Saudari boleh terus hubungi Hidayah Centre KK iaitu Haji Rahman 019-4452500. Insya’Allah, beliau boleh bantu saudari. Moga dipermudahkan urusan saudari. :-)

  165. salam, pendaftaran islam di kuantan pahang di mana? boleh dapatkan no utk dihubungi. terima kasih.

  166. Assalamualikum wbt
    saya ingin mendapatkan pandangan pihak tuan, saya mempunyai teman lelaki beragama kristian dan beliau berhajat untuk memeluk agama islam. masalahnya beliau berada di sarawak sedangkan saya berada di sabah.walaubagaimanapun saya mahu supaya beliau belajar terlebih dahulu mengenai agama islam. Sehubungan itu mohon pihak tuan agar dapat mencadangkan kepada saya dimana saya boleh cadangkan kepadanya tentang kelas agama islam di sarawak. Saya mahu dia benar-benar ikhlas memeluk islam bukan sebab mahu mengkahwini saya sahaja..terima kasih

    • Wa’alikumussalam wrh wbh saudariku,

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan di atas. MashaAllah! Moga Allah kuatkan saudari dengan iman dan taqwa utk membawa sahabat saudari memeluk Islam.

      Tentang nak belajar Islam di Sarawak tu, kami cadangkan saudari hubungi Dr Azhar Ahmad 013-801 6411 jika sahabat tu ada di Kuching atau Brother Firdaus Hashim 016-568 2076 jika di Bintulu.

      Teruskan membimbing sahabat saudari ini dengan Islam, iman dan ehsan. Biarlah beliau kenal Allah dan RasulNya agar cintanya pada Allah dan Rasul lebih daripada mencintai saudari. Doakan untuk beliau sekali ya? ;-)

      Moga dipermudahkan urusan kita semua. :-)

  167. Assalamualaikum.

    I would like to enquire where I could attend English Fardhu Ain classes. So far, I have not attended any classes after reverting.

    Thank you.

  168. Assalamualaikum.
    saya ada sorang kawan beragama kristian dia sudha berkhatan pada umur 6 bulan
    tetapi dia ingin memeluk islam dan umurnya sekarang 44 tahun
    persoalannya perlukah dia bersunat semula setelah memeluk islam
    terima kasih…..

    • Wa’alaikumussalam.
      Alhamdulillah. Berkhatan adalah tidak wajib, hanya dituntut melakukannya untuk menjaga kebersihan.
      Jika kawan Cik telah berkhatan sebelum ini, tidak perlu lagi selepas memeluk Islam :)

      Semoga membantu.

    • Salam saudariku,

      Maafkan kami buat masa ini belum ada lagi tempat belajar di Putrajaya. Insya’Allah selepas raya nanti kami usahakan dan maklumkan dalam laman web kami. Kami terpaksa tangguhkan hajat murni ini sebab kekurangan tenaga pengajar dan pelajar saudara baru yang masih sedikit utk datang belajar.

      Doakan kami agar dipermudahkan dan dapat jalankan kelas KAFA SB ini kelak di Putrajaya. ;-)

  169. Assalamualaikum, saya salman jaiz, saya telah memeluk islam 2 tahun dahulu, saya ada sijil akuan memeluk agama Islam Dan sijil peryertaan kursus pemantapan aqidah saudara, tapi saya tiada tahu tentang kad islam, bagaimana hendak mendapatknya? Disebabkan saya mahu menukar k/p saya Secepat mungkin.. Tk

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Masya’Allah dan Alhamdulillah saudaraku seronok kami mendengar saudara memeluk Islam. Moga Allah menambah sayang dan cintaNya pada saudara.

      Tentang kad Islam tu, saudara boleh sahaja kembali di jabatan agama yang saudara daftar Islam dahulu. Di sana saudara jumpa pegawai agama bahagian saudara baru dan tanyakan tentang hal @ masalah saudara. Jangan lupa tanya ya, bagaimana nak buat kad Islam di jabatan agama tersebut.

      Insya’Allah bila saudara tanya dengan baik dan minta bantuan daripada mereka, mereka akan bantuan saudara. Selepas kad Islam dah siap, jangan lupa untuk tanya mereka bagaimana nak tukar kad pengenalan. Insya’Allah mereka akan bantu saudara. :-)

      Moga Allah permudahkan urusan saudara kelak Amin3 ya Robb. ;-)

  170. slmt ptg;

    sy karen dr kl nk tanya cam mne nk convert to islam…
    ade kwn sy yg beri cadangan masuk perkim but bila sy cal perkim…
    perkim kata mereka hanya mengajar kalau nk convert kena pegi??
    where shud i go?? wat shud i bring?? only ic is it??
    can u pls help me out//

    tq.

    • Salam sejahtera saudariku,

      Terima kasih kerana memilih HC sebagai tempat rujukan saudari dan tahniah diucapkan atas niat suci dan murni itu.
      Jemputlah datang ke pejabat kami. Insya’Allah kami akan bantu saudari dalam proses pengIslaman ini nanti.
      Hubungi kami di talian 03-4108 9669 iaitu Sis ‘Alya atau Bro Joe.

      Just bring your IC dan 4 pcs of passport photos.

      Jangan segan dan malu yer. Hubungi kami. Kami menunggu anda. ;-)

      Moga Allah merahmati dirimu. ;-)

  171. salam…sy sorg non-muslim & mempunyai teman beragama Islam,sy telah mengikuti ibadah puasa pada bln Ramadhan ini,persoalan sy di sini,adakah ibadah puasa sy ini diberkati Allah SWT? sy juga berhasrat utk convert to Islam..tapi sy belum mendalami ajaran Islam itu.dan pastinya akan mendapat tentangan daripada family ttg hal ini.

    terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam saudariku,

      Masya’Allah dan tahniah! Seronok rasanya kami mengetahui hasrat saudari. Kami nak sangat bantu saudari.
      Jika tak keberatan, jemputlah datang ke pejabat kami yer. Hubungi sis ‘Alya 03-4108 9669.

      Berkenaan dengan amalan murni yg saudari lakukan tu, hanya Allah sahaja yang lebih sesuai memberikan pahalaNya. Itulah tanda2 kemanisan iman dalam diri saudari. Itu jugalah yang Allah jaga saudari untuk bertambah dekat denganNya. Jadi, tak perlu risau yer. ;-)

      Mari cepat2 hubungi kami. Insya’Allah kami usaha bantu mengikut prosedur yg telah digaris pandukan. Moga Allah merahmati dirimu saudariku. Kami menunggu saudari dengan hati terbuka. :-)

  172. Assalamualaikum, saya mempunyai seorang sahabat dan saya selalu menceritakan hukum hakam berkenaan hidupan harian dan perbezaan Islam dengan agama lain sebelum beliau memeluk Islam. baru2 ini beliau menceritakan kepada saya sebenarnya beliau sudah memeluk islam 2 bulan. Persoalan saya adalah beliau ingin memohon zakat untuk melangsungkan perkahwinannya bulan hadapan dan baru2 ini beliau dilanda kesusahan kerana gaji yang tidak cukup untuk perbelanjaan perkahwinannya. beliau resah kerana tempoh yang singkat dan tidak tahu prosedur untuk memohon zakat atas asnaf muallaf. saya sudah merujuk website PPZ selangor and LZS tetapi prosedur yang kelihatan agak rumit. bolehkah saudara/saudari terangkan secara ringkas tetapi terperinci prosedur yang perlu untuk memohon zakat asnaf muallaf ini. apakah itu pegawai muallaf daerah pentingnya pegawai muallaf daerah ini.

    Sekian, terima kasih

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan di atas. Terima kasih sekali lagi kerana membantu saudara baru yang memerlukan bimbingan. Moga Allah membalas pengorbanan yang saudara lakukan.

      Untuk pengetahuan, memang prosedur di mana2 jabatan agama dan NGO Islamik lain agak banyak bukannya rumit cuma mungkin tak tahu cara yang terbaik.
      Bolehlah ke pejabat agama yang berdekatan dan cuba belajar dari segi prosedur mereka dan dapatkan tempoh saudara baru mendapat bantuan zakat untuk berkahwin. Jadi, untuk dapatkan bantuan sebegini memang mengambil masa yang lama bergantung kecekapan proses tersebut. Saudara boleh juga membuat kutipan bantuan daripada sahabat2 yang ingin menderma dan membantu saudara baru itu untuk melangsungkan perkahwinannya. Tapi jika tak mampu, cadangkanlah agar majlis perkahwinan tersebut buat yang mana wajib dan perlu terlebih dahulu. :-)

      Kenduri kahwin tu boleh ditangguhkan ke tarikh yang lain dan sesuai. Insya’Allah, ringanlah sikit beban saudara kita itu. Saudara juga boleh maklumkan kepada keluarga perempuan untuk menangguhkan majlis kenduri dan buatlah kecil-kecilan dan raikan saudara kita yang mendirikan rumahtangga itu.

      Moga dipermudahkan urusan saudara. ;-)

  173. Saya mempunyai ramai teman beragama islam. Sempena bulan ramadan ini, saya telah mengikuti mereka tuk berpuasa dan membelajari agama islam. Saya dapat merasai sesuatu yang tak dapat saya jelaskan tetapi sejak akhir2 ini, saya betul2 insaf dengan segala perbuatan saya. Saya betul2 insaf dan bertaubat. Saya akui saya bertattoo. Saya akui juga saya ingin menpelajari lebih dan suatu hari nanti ingin memeluk agama islam. Adakah sifat fizikal saya seperti ada tattoo di badan akanenyebabkan saya tidak boleh memeluk agama islam?

    • Salam sejahtera saudariku,

      Jutaan terima kasih atas soalan yg diajukan itu. Moga Allah mengampuni dosa-dosa yang saudari insafi dan saudari tidak mengulanginya lagi kelak. Amin ;-) Bulan Ramadhan bulan mulia yg mendidik jiwa2 orang/manusia yang ingin dekat denganNya.

      Bertatu ini memanglah suatu perbuatan yang haram berdasarkan hadith ini “Daripada hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar: Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (Riwayat Al-Bukhari)”.

      Walaubagaimanapun, jika kita sudah bertaubat Alhamdulillah moga Allah ampuni dosa kita. Cuma persoalannya tatu tersebut tak hilang lagi bukan? Saudari carilah tempat yang boleh tanggalkan tatu tersebut tanpa memudaratkan badan saudari. Jika ia memudaratkan saudari tak perlulah ia dihilangkan. Yang penting sekarang adalah tindakan saudari untuk terus bertaubat dan terus berubah menjadi insan yang solehah dan menjadi contoh terbaik daripada kawan2 saudari. Dalam Islam, bila kita dah masuk Islam yang penting adalah akidah dan terus berpegang dengan tali kebenaran Allah bukannya perihal tatu menjadi keutamaan.

      Jadi, saudari boleh sahaja memeluk Islam tanpa tanggal tatu tersebut ya? ;-) Moga Allah mempermudahkan urusan saudari. Jemputlah datang ke pejabat kami jika ingin memeluk Islam.

  174. tumpang tanye ye..saya nie beragama cina dan mempunyai seorang anak. sy mmg ada niat nak masuk islam dlm masa terdekat ini untuk berkahwin dengan seorang lelaki beragama islam.adakah nama anak saya berbin kan Abdullah jikalau saya berkahwin dengan teman lelaki saya kelak?

    • Salam sejahtera saudariku,

      Terima kasih banyak2 atas soalan-soalan itu. Seronok kami dengar bila saudari ingin mendirikan rumah tangga. Moga ia kekal sampai ke akhir hayat. ;-)

      Bila saudari masuk Islam, jangan lupa untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam melalui suami dan keluarga suami ya. ;-) Tentang anak saudari itu, binkan anak saudari itu kepada ayah kandungnya walaupu ayah kandungnya masih bukan Islam. Contohnya, Chong Ai Feng. Cuma jika anak ini ingin mengikut saudari sebagai emak boleh juga dibinkan Abdullah tiada masalah. Yang penting adalah di Kad Pengenalannya adalah status agama ISLAM di situ supaya urusan2 akan datang tidak susah dan merumitkan.

      Moga dipermudahkan urusan saudari ya. Jadilah isteri yang solehah dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak2. :-)

      • terima kasih sbb sudi balas pertanyaan saya nie..:) dlm hati mmg niat tue dh ada..keluarga jadi halangan..tk taulah sme ada mereka boleh terima ke tidak jikalau sya convert. tk tau mcm mne nk bukak mulut nk bgi tau niat saya tue..

      • Salam saudariku,

        Jemputlah datang ke pejabat kami untuk kita berbincang dan kita sama2 lihat apa yang kami boleh bantu saudari. ;-)

        Jemput datang ya… :-)

  175. Assalamualaikum,
    I have a friend , and English guy who would like to know more about Islam. He is in love with a Malay lady and they are planning to get married. I need to introduce him to someone who is able to convince him about our religion.

    Hope your team can help.

    Thanks.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my sister,

      Thank you so much for the question above about our friend. May Allah bless you and help more people to share Islam to the non Muslim.

      We are very happy to see you anda your friend in our office beside we’ll provide you the guidance on how to help our English brother. :-) Just call us before you come. You can call us, Sis ‘Alya or Brother ‘Arif at 03-41089669.

      Thank you my sister. ;-)

  176. Assalamualaikum…sy ada sahabat cina yg berminat ingin memeluk agama Islam.Dia sentiasa brtanya soalan kpd sy.Salah satu soalannya…adakah prmpuan mualaf diwajibkan untuk berkhatan setelah memeluk Islam?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Jutaan terima kasih atas soalan tersebut. Moga Allah permudahkan kerja dakwah saudari dalam mempermudahkan sahabat saudari memeluk Islam.

      Tentang perkara tersebut, saudari boleh jelaskan ia dengan cara baik pada sahabat saudari tersebut. Mohon fahami dulu mesej ini ya?
      “Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah

      خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

      Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

      Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

      1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

      2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

      3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

      Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

      Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

      Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

      Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

      :Kelentit wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..”

      dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

      ” Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit . (Majalah, Oktober 1994)

      Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

      Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagi wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.” (Petikan daripada zaharuddin.net)

      Moga ia membantu menjawab soalan saudari. :-)

      • Alhamdulillah….terima kasih.Ia sgt2 membantu. Boleh sy tau, sekiranya ssrg saudara baru itu ingin memeluk Islam dan menghadapi masalah dgn family contohnya apabila family x setuju dan menghalau mereka…di Hidayah Centre ataupun di tempat2 lain ada x mnyediakan tempat tinggal sementara untuk mereka. In case saudara baru tu masih belajar lg dan belum mempunyai pekerjaan tetap ataupun pendapatan sendiri.

  177. Assalamualaikum..Rakan saya ingin belajar dgn lebih mendalam mengenai Islam sebelum beliau btl2 yakin utk memeluk agama Islam ini..Beliau tinggal di Putrajaya, dimanakah tempat yg boleh beliau pergi utk mengikuti kelas2 agama terutama pd hari Sabtu & Ahad dan siapakah yg beliau boleh hubungi utk mendapatkan bimbingan yang sewajarnya..Mohon pertolongan drpd pihak Hidayah Centre..Jazakallah

  178. Assalamualaikum,
    Boleh bantu saya,
    Adik saya Islam dan akan berkahwin dengan pilihan hatinya, wanita bukan Islam dari Sabah. Wanita tersebut bekerja di KL. Mereka bercadang utk melangsungkan nikah pada bulan Disember. Apakah yang harus keluarga kami lakukan untuk memudahkan prosedur mereka bernikah di Sabah?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan itu. Tahniah diucapkan kerana adik saudara ingin berkahwin dengan orang Sabah yang akan memeluk Islam kelak. Moga Allah merahmati mereka semua.

      Saudara boleh sahaja terus hubungi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Rujuk bahagian laman web tersebut dan baca Perkhidmatan Nikah, Cerai & Ruju’. Ataupun saudara terus hubungi MUIS di sana tanya tentang prosedur pernikahan.

      Tetapi jika saudari baru itu sudah bermastautin di KL @ Selangor, saudara boleh sahaja menggunakan majlis agama daerah di mana saudari baru itu tinggal. Dari segi prosedur cubalah tanya bahagian penikahan ya? ;-)

      Cepat bertindak sekarang agar mudah urusan kalian nanti. Moga Allah permudahkan urusan saudara. :-)

  179. Assalamualaikum. Saya mempunyai seorang sahabat yang berminat untuk menukar agama asal beliau (kristian) ke agama Islam.

    Bolehkah pihak Hidayah centre membantu saya dengan menjelaskan beberapa keraguan yang saya alami dalam membantu menjelaskan isu isu ini kepada beliau?

    1. brapa lamakah tempoh kelas intensif Pengajian Islam yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam? Adakah berkemungkinan proses pengislaman ini diselesaikan dalam masa seminggu?

    2. bagaimana pula dengan tattoo pada badan beliau, perlukah dibuang?

    3. berapakah anggaran kasar kos keseluruhan bagi pengislaman seorang saudara baru?

    4. memandangkan beliau menetap di negeri Sembilan, bagaimanakah beliau dapat menghadirkan diri ke kelas kelas yang dianjurkan? adakah cawangan lain yang berdekatan yang menganjurkan kursus yang sama?

    Jutaan terima kasih didahulukan buat Hidayah centre dalam menjelaskan hal ini.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Terima kasih banyak2 atas soalan tersebut. Tahniah kerana menyantuni sahabat saudari dengan baik dan menolongnya memeluk Islam. Moga Allah merahmati saudari. ;-)

      Jawapan :

      1. Kelas Intensif Pengajian Islam = Kelas Asas Fardhu Ain ke? Kelas ini memakan masa sampai 2 tahun jika saudara baru itu mengikut kelas itu dengan kehadiran penuh. Ia akan menyebabkan saudara baru itu mempunyai kefahaman & kemahiran Asas Fardhu Ain yang mantap. Pengislaman pula boleh diselesaikan dalam tempoh 1 hari sahaja sebab prosedurnya mudah sangat sekarang.

      2. Jika ada, bahan kimia yg tidak memudaratkan badannya, tatu itu digalakkan untuk dihilangkan. Jika tiada, tidak perlu sebab yang perlu saudara baru itu kuasai ilmu Akidah dahulu.

      3. Anggaran kos pengIslaman saudara baru adalah kos pengangkutan ke jabatan agama dan kos sediakan 4 keping gambar sahaja. ;-)

      4. Saudari bawalah ke jabatan agama Islam daerah terdekat dan boleh tanyakan kelas KAFA. Jika tiada, bolehlah hubungi HC Seremban untuk mohon bantuan kelas KAFA. Sila rujuk 2.3.7 dalam web kami.

      Jutaan terima kasih juga kami ucapkan atas kepercayaan saudari pada kami. Semoga ia membantu saudari dan moga Allah permudahkan urusan saudari. :-)

  180. saya mendaftar sebagai warga baru di selangor .tetapi sudah lama saya tidak pergi belajar sebab saya telah berhijrah di johor.di sini saya tidak tahu di mana hendak mendaftar untuk belajar..

    • Salam saudaraku,

      Terima kasih atas pertanyaan di atas. Tahniah & syabas moga Allah perkuatkan lagi semangat saudara utk belajar agama Islam. ;-)

      Jika tak keberatan hubungi cawangan kami di JB iaitu Tuan Haji Kamal Khalil : 019-712 3004. Saudara tanyalah beliau untuk panduan belajar agama Islama di Johor. Insya’Allah beliau boleh membantu saudara.

      Moga ia membantu dan mempermudahkan urusan saudara. ;-)

  181. Salam, sya nak tanya bagaimana prosuder seorang bayi utk menukar agama dr kristian kpd islam..sbb sya adalah ibu angkat kpd seorang bayi dr keluarga bkn islam dan skrg bayi trsebut tlah brumur 1thn 5bln..genap 2thn sya prlu menukar sijil kelahiran anak angkat sya kpd sijil lahir anak angkat..bagaimana prosuder supaya anak angkat sya dpt status agama islam.?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan itu. Kami memohon maaf atas kelewatan membalas soalan saudari.

      Subhanallah saudari! Moga Allah memberkati hidup saudari dan anak angkat itu.

      Jika bayi itu masih ada ibubapanya, kami sarankan baik dibawa (niat baik saudari) berbincang dengan ibubapa bayi ini terlebih dahulu. Jika ibubapanya sudah meninggal dunia dan tiada saudara mara bayi ini menuntutnya bolehlah saudari buat sesuatu yang boleh membawa kebaikan pada masa depan bayi ini. Jika ibubapa bayi ini setuju untuk tukarkan agama baik itu, maka saudari buatlah laporan polis terlebih dahulu menyatakan saudari terima anak angkat ini daripada siapa (nama & no kad pengenalan ditulis dalam laporan polis tu) kemudian nyatakan bahawa ibubapa bayi ini membenarkan bayi ini bertukar agama menjadi Islam. Begitu juga ibubapa bayi tersebut buat laporan polis juga dan nyatakan mereka memberi anak mereka sebagai anak angkat kepada saudari dan setuju untuk menukar agama bayi itu kepada Islam tanpa paksaan dsb.
      Selepas laporan polis sudah siap barulah saudari boleh mendaftarkan surat lahir anak angkat ini dan nyatakan bayi itu beragama Islam.

      Moga Allah permudahkan urusan saudari dan dapat satu pertemuan yang baik di hujung niat yang baik itu. ;-)

  182. saya telah membaca terjemahan Al-Qur’an dari internet..ada ayat-ayat surah yg saya tidak faham maksudnya. ayat itu terdapat dalam surah al-Baqarah 65.bolehkah sesiapa yg tolong perjelaskan?saya seorg bkn Islam. tapi akan convert to muslim.

    • saudara/i…

      bagi pertanyaan saudara/i berkaitan surah al-Baqarah ayat:65

      “dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang diantara kamu yang melanggar (larangan) pada hari sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka “jadilah kamu kera yang hina.”

      bagi menjelaskan ayat ini, kita perlu melihat sebabnya turun ayat tersebut. “orang-orang yang melanggar 9larangan) hari sabtu” dimana kaum Yahudi telah dilarang oleh Allah Taala menangkap ikan pada hari sabtu untuk menguji iman mereka, tetapi kerana tamak mereka melanggar perintah Allah itu. “jadilah kamu seperti kera yang hina”. menurut ahli tafsir (pengkaji al-Quran), bahawa segolongan dari kaum Yahudi Bani Israil yang melanggar larangan itu telah berubah rupa mereka menjadi kera, perangai seperti kera, dan menurunkan darjatnya serendah-rendahnya sehingga ia merasa dirinya terhina.

      *kejadian ini adalah sebahagian pengajaran dari Allah Taala kepada hambaNya yang melanggar perintah, hukum, aturan yang telah di tetapkan oleh Allah Taala. kejadian ini di jelaskan di dalam Al-Quran sebagai tanda kasih dan sayang Allah kepada hambaNya. setiap perkara atau pengajaran yang baik dan buruk di jelaskan di dalam Al-Quran bagi tujuan membimbing manusia ke arah yang lebih baik.

      *saya berharap, jawapan ini menepati kehendak soalan saudara/i. dan saya dari pihak Hidayah Centre mendoakan urusan saudara/i dimudahkan Allah Taala.

      Noor Erma Azila Binti Mohd Pawzi (Ema)
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre.

  183. apa hukumnya kalau seorang wanita islam kalau dah melakukan perkara terlarang (cth, oral seks, anal sex, and maksiat) dgn laki bukan islam, sehingga laki bukan islam ni mahu bertanggungjawab atas kelakuannya bersama wanita tersebut, lalu mahu masuk islam dan menikahinya utk tidak lagi melakukannya…ttp wanita islam ni mahu meninggalkannya setelah melakukan benda tersebut dan tidak mahu bertanggungjawab?

    pada mulanya wanita ini tidak kisah pasal perkara ini lalu meyakinkan laki bukan islam tu bahawa mereka akan berkahwin, lalu lelaki bukan islam tu bukan bersungguh sungguh belajar ttg islam dan telah mengorbankan banyak duit dan masa utk wanita islam ni tkpi akhirnya wanita islam ni mahu meninggalkannya dgn alasan yg tk munasabah iaitu laki tu tk layak utknya…

    ini cerita kawan sy…dn saya saksi utk segalanya..

    apa yg laki bukan islam ini boleh buat terhadap wanita ni dan apakah tindakan undang2 berdasarkan syariah ke atas wanita ini? bolehkah dituduh berkhalwat dan apakah hukumannya?

    • Salam saudaraku,

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan yang diberikan. Moga Allah mengampuni dosa-dosa yang telah kawan-kawan saudara lakukan. Tahniah kami ucapkan kerana ingin berubah bersama kawan-kawan untuk kembali ke jalanNya yang diredhai. ;-)

      Bila seseorang itu melakukan zina (tidak kiralah melalui jalan depan atau belakang) antara lelaki dan wanita tanpa sebarang pernikahan, ia memang perbuatan yang haram amat dimurkai Allah swt yang menciptakannya. Bila si lelaki itu sudah bertaubat dan ingin menikahi wanita itu, ia merupakan satu perbuatan yang baik dan moga dengan perbuatan insaf itu Allah ampuni dosa-dosa lelaki dan wanita itu.

      Dalam keadaan lelaki itu tidak ingin memiliki Islam sebagai cara hidup dan usaha untuk berubah memanglah amat sukar kerana wanita itu juga tidak ingin berubah untuk memperbaiki dirinya sendiri dan seterusnya membawa lelaki itu mengenal dan mencintai Islam lebih dari dirinya. Hal ini semakin parah wanita dan lelaki ini tidak benar-benar memahami akan apakah tujuan dan untuk apa mereka lahir di dunia ini serta ke manakah penghujung hidup mereka jika mereka mati dalam keadaan yang hina di sisi Allah swt.

      Cadangan kami, saudara usahakan untuk berjumpa pakar kaunseling di jabatan agama berdekatan dan cuba tanyakan apakah tindakan seharusnya mereka lakukan. Tentang menjatuhkan hukuman itu, biarlah pakar tersebut putuskan kerana mereka lebih pakar dari kami.

      Apa-apa hal tahniah saudara! Teruskan untuk ajak kawan-kawan saudara untuk kembali ke jalan yang benar di sisi Allah. :-)

  184. assalamualaikum saya masuk islam i really want to take kelas fardhu ain kat manjung perak tapi saya tak tahu who is the person i can contact here.thanks

    • Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah. Welcome to Islam my sister!
      Kindly email to us your contact number to hidayah.centre@gmail.com. So that, we can pass your number to PIC at Manjung, Perak.
      Or you can directly call through office number 03-41089669.

      May Allah bless us.

  185. sy nk tahu…kalau sy dh masuk islam, dn sy tk nk ibu bapa sy tahu mcm mana ye? adakah ic saya kena tukar? sy takut nanti kena halau dan ibu bapa sy org kristian buat hal di tempat kerja atau car i sy…sy takut..sy nk masuk islam dahulu dan belajar ttgnya lbih mendalam..sy sudah umur 21 tahun..apakah nasihat hidayah centre? adakah bank info, my studies info, ptptn info, atau apa2 surat yg mengatakan sy sudah masuk islam akan sampai ke rumah sy? sy takut///

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Keputusan memeluk Islam tidak memerlukan kebenaran ibu bapa jika saudara sudah berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh saudara memohon.
      InsyaAllah, Islam itu mudah.
      Pendapat saya secara peribadi, jika saudara risau ibu bapa sukar menerima keputusan untuk memeluk Islam, eloklah dirahsiakan terlebih dahulu daripada pengetahuan mereka. Nama pada kad pengenalan boleh dikekalkan jika saudara menghendaki berbuat demikian. Tiada paksaan untuk menukar nama selepas memeluk Islam. Cuma, dicadangkan supaya ditukar sekiranya nama asal (sebelum Islam) membawa maksud yang tidak baik seperti nama sembahan dll.
      Pengalaman saya menguruskan pengIslaman di Hidayah Centre, memang tidak dinafikan ada kes-kes dimana saudara baru tersebut dihalau keluar daripada rumah, dipinggirkan oleh ahli keluarga, dimaki dan sebagainya. Jangan bimbang, kerana terdapat banyak rumah perlindungan sementara dibawah seliaan Hidayah Centre dll institusi berkaitan.
      Berkenaan maklumat peribadi di bank, ptptn dan sebagainya..Jika saudara memohon untuk merahsiakan pengIslaman terlebih dahulu, semua pihak patut menghormatinya. InsyaAllah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

      Semoga Allah permudahkan.
      Untuk pertanyaan lebih lanjut, saya amat alukan saudara untuk datang ke pejabat Hidayah Centre atau hubungi ibu pejabat 03-41089669 atau personally email ke: hidayah.centre@gmail.com

      Sis Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre Pusat

  186. Assalammualaikum, saya mempunyai teman lelaki warga asing menetap di Italy dan dia akan berada di Malaysia hujung bulan hadapan dan kami merancang utk melangsungkan pernikahan pada waktu itu. Memandangkan dia akan berada di sini selama 11 hari, adakah lebih senang jika dia memeluk Islam di Italy ataupun di sini. Jika ikutkan saya, lebih senang jika dia memohon di sini cuma waktu dia berada di sini agak singkat. Selain itu, bolehkah berkhatan dilakukan selepas bernikah? Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.

      Jumlah pengIslaman di Hidayah Centre pada tahun ini kebanyakannya terdiri daripada wanganegara asing. Ada yang berpendapat, proses pengIslaman di Malaysia lebih mudah. Kesahihannya saya sendiri tidak pasti :)
      Proses memeluk Islam di Hidayah Centre hanya memakan masa lebih kurang setengah jam atau lebih untuk sesi penerangan tentang Islam dan diakhiri dengan majlis melafazkan syahadah. Selepas itu, pegawai kami akan membantu mempermudahkan proses pendaftaran di Pejabat Agama Islam terdekat bagi memperolehi Kad Akuan Memeluk Islam yang telah diperakui benar. Selepas proses pengIslaman selesai, bolehlah terus diuruskan berkaitan perkahwinan dll.

      Boleh. Walaupun perkhatan biasanya dilakukan selepas memeluk Islam.

      Semoga Allah permudahkan ! :)

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah,
      Hidayah Centre.
      03-41089669.

  187. Assalamualaikum….saya ingin bertanya…saya dan pasangan saya(bukan warganegara) ingin berkahwin.,tetapi pasangan saya mempunyai masalah dengan pengenalan diri beliau,beliau hanya mempunyai surat lahir dan pas sahaja..tetapi pas beliau hanya salinan sahaja kerana ada pihak tertentu telah menghilangkan nya sewaktu proses pembaharuan…adakah kami boleh berkahwin?…Dan bagaimana cara untuk pasangan saya memeluk agama islam..kerana pasangan saya ingin mendalami agama islam terlebih dahulu sebelum mendirikan rumahtangga..Dan adakah beliau wajib berkhatan sekiranya beliau pernah berkhatan pada waktu dahulu?

    Sekian Terima Kasih…

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.

      1) Proses perkahwinan dengan bukan warganegara memerlukan dokumen perjalanan yang sah dan perlu dapatkan pengesahan status bujang daripada kedutaan. Apa jua proses yang melibatkan undang-undang memerlukan dokumen asal. Cik perlu usahakan untuk dapatkan dokumen asal terlebih dahulu. Mengikut prosedur pendaftaran pengIslaman di Selangor, dokumen perjalanan salinan adalah TIDAK DITERIMA tanpa menyertakan sekali dokumen asal.

      2) Ya, tepat sekali jika pasangan Cik Liza membuat keputusan mendalami Islam terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan. Kerana, seorang lelaki yang bergelar suami akan memimpin rumahtangga kelak. Sekurang-kurangnya, dia perlu memahami perkara-perkara penting dalam Islam & kewajipan sebagai seorang Muslim dll.

      3) Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kebersihan dan manfaatnya telah diakui dan diterima oleh kebanyakan negara bukan Islam. Jika ia telah dilakukan, tidak perlulah dilakukan untuk kali kedua.

      Semoga membantu.

      Cik Alya,
      03-41089669

    • Wa’alaikumussalam..
      Boleh. Perkara paling penting yang perlu diutamakan adalah proses pengIslaman (mengucap dua kalimah syahadah dengan kehadiran saksi) selepas seseorang itu menyatakan niat memeluk Islam. Selepas itu, bolehkan diuruskan berkenaan kelas pengajian Islam yang akan diikutinya bagi memantapkan pegangannya kepada Islam dan menambahkan ilmu berkaitan Islam dan lainnya.

      Cik Alya,
      03-41089669

  188. assalam.. kawan sy(lelaki ) ingin memeluk islam di johor, ke mana sy harus bawa dia? dokumen apa yg perlu dibawa bersama? perlu hadir bersama saksi ke? perlu ke dia bersunat dulu? tolong beri info.. terima kasih..

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Alhamdulillah.

      1) Di Johor, Aisyah boleh terus membawa kawan tersebut ke Jabatan Agama Islam Johor atas Pejabat Agama Islam terdekat untuk proses memeluk Islam.

      2) Prosedur memeluk Islam adalah sama untuk perkara asas seperti menghadirkan saksi & memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Dokumen yang mesti disertakan semasa hadir adalah salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia dan dokumen perjalanan (pasport) bagi bukan warganegara.

      3) Syarat saksi di Selangor adalah 2 orang saksi lelaki. Berbeza di Wilayah Persekutuan yang melonggarkan syarat saksi iaitu sekurang-kurangkan seorang saksi wanita. Cik Aisyah boleh cuba bertanya terus kepada Jabatan Agama Islam Johor.

      4) Tidak perlu. Untuk persoalan berkhatan, terdapat pendapat yang menghukum ‘WAJIB’ dan ada pendapat yang menghukum ‘SUNAT’.
      Untuk kes yang baru memeluk Islam, kita tidak nyatakan ia adalah wajib kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketakutan untuk memeluk Islam. Kerana Islam bukanlah agama yang menyusahkan penganutnya.

      Semoga Allah permudahkan urusan ! :)

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah Hidayah Centre.
      03-41089669

  189. Assalamualaikum.. Sya nk tanya, sya dh 3tahun msuk islam dan 2 tahun lebih bkhawin.Alhamdulillah…. Bgaimn ye proses nk tukar ic sya skrg ini ngn ic islam? Adakah prses rumit atau tidak? Bagaimn caranya? Sya sudah ada kad akuan. Sya ingin buat secpt yg mungkin sbllm cahaya mata lahir ke bumi..insyallah… Segala perjelesan amat sya hargai. Terima kasih. ISLAM ITU INDAH!! :)

    • Wa’alaikumussalam.
      Mohon maaf atas kelewatan maklumbalas.
      Boleh rujuk Jabatan Agama Islam/ Pejabat Agama Islam yang menguruskan proses pengIslaman untuk mendapatkan borang permohonan pertukaran maklumat pada kad pengenalan. Selepas itu, boleh terus memohon di Jabatan Pendafatran Negara dengan menyertakan Kad Akuan Memeluk Islam yang asal sebagai bukti kesahihan maklumat.

      Semoga Allah permudahkan urusan.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  190. salam akak…
    Saya liza..saya ada bertanya mengenai prosedur perkahwinan dgn warga asing hari tu..saya dah dpt mklum bls dr akak..masalah pasangan saya itu dokumen perjalanan beliau yg sah telah hilang di pjbt.imi d tmpt saya..pegawai tersbut tlh berpindah..dan di gantikan dgn pgawai baru..masalah nya..pgwai br trsbt tidak mahu mencari salinan asal yg sah pasangan saya..saya ada bertanya mengenai prkra trsbut..tp jwpan yg saya dpt sngt mngecewakan…adakah pasangan saya masih boleh berkahwin mnggunakan surat lahir beliau yg sah.?

    • Wa’alaikumussalam.
      Maaf atas kelewatan maklum balas.
      Untuk urusan mendapatkan kembali pasport, Cik boleh terus ke Kedutaan.
      InsyaAllah, akan dapat semula.
      Dokumen perjalanan bagi warga asing sangat penting ketika berada dimana-mana negara sekali pun. Kerana ia bukti bahawa perjalanan yang dilakukan sah disisi undang-undang.

      Semoga Allah permudahkan.

  191. salam..sy ingin bertany bkenaan dgn pnukaran ic slps msuk islm..sbb sya msuk islm di johor tetapi sya basal dri serawak..jdi blhkh sya mnukar ic di jhor ataupn sya kena blik ke srwk?..

    • Wa’alaikumussalam.
      Tiada masalah untuk menguruskan urusan penukaran maklumat kad pengenalan sama ada di Johor atau Sarawak.
      Yang penting, mesti mengisi borang akuan sumpah yang boleh diminta melalui Jabatan Agama Islam Johor atau tempat pendaftaran pengIslaman Cik/Puan dengan menyertakan Kad Akuan Memeluk Islam sebagai bukti status terkini Cik/Puan sebagai seorang Islam & maklumat lain yang berkaitan.

      Semoga Allah permudahkan urusan.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ.

  192. Assalamualaikum wbt, boleh saya bertanya encik. setahu saya betulkah sesiapa mualaf yang berkahwin akan menerima rm2 ribu dari Baitumal? atau mengikut negeri masing2?Saya ingin mendapat kepastian dr cik.

  193. Assalamualaikum.saya mempunyai sahabat lelaki bukan islam dan bukan warganegara dan menetap di klang selangor.saya nk bertanya, untuk proses memeluk islam memerlukan passport yang sebenar tp passport dia,company syarikat yang pegang.Mana mana ye? adakah saya kena pergi ke company tersebut dan minta passport itu. Berapa orang saksi yang perlu?

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Untuk proses pendaftaran pengIslaman di negeri Selangor, memerlukan pasport asal. Salinan pasport yang dikemukakan tanpa pasport asal adalah tidak diterima.
      Saksi bagi negeri Selangor adalah seramai 2 orang.

      Semoga membantu.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ.

  194. assalamualaikum…
    Pertama:
    Saya mualaf, dn sudah ada kad Islam.. saya warganegara filina.. Saya telah memeluk agama Islam yg suci ini pada tahun 2010 ..nama islam saya sudah tertera pada kad islam.. So saya mau btanya perkara yg saya kurang arif.. Saya ada pasport masa itu.. Dn bbrapa bulan lagi mahu expired… Tahun lalu saya telah ‘renewal’ passport saya..dan ia mngambil masa yg lama juga.. So begini saudara.. Dalam prosess ‘renewal’ passport tu saya bertanya pada ejen itu tentang saya yg telah pun memeluk agama islam..jadi bolehkah saya tukarkan nama sya kepada nama islam yg tlah d beri .. So orang tu kata mereka tidak boleh berbuat begitu.. Kerana ‘renewal’ ini diikuti dgn nama yg asal.. Mereka kata mereka boleh tukar nama setelah saya berkahwin.. Tapi Allah belum temukan jodoh sya lagi.. So passport yg saya pakai skrg ni masih dgn nama asal saya.. Saya ingin bertanya kepada saudara boleh ka begini? Atau ada ke cara lain? Saya cuma risau bila berurusan akan berlaku nya kekeliruan.. Tapi saya ada kad islam … Boleh saudara tolg bg cadangan or anything?

    Ke-2 :
    Saya punya kawan yg sebaya dgn saya…dia juga mualaf… Dia tlh mengandungkn anak luar nikah..tp keluarga lelaki itu tidam maw menerima apa lg maw d kahwinkan… So dia bfikir mau teruskn saja hidup dia dgn menjaga bayi dlm kandungan itu krn dia tau bayi itu tidak berdosa.. So..setelah dia melahirkan bayi itu..berapa bulan usia bayi itu dia berniat untuk memeluk agama islam..kerana dia punya niat sejak d bangku skolah lg..dan benar2 cintakan agama Islam… Jadi..soalnya dsini dia tlah ‘convert’ stelah melahirkan bayi… Adakah bayi itu juga turut scara automatic nya beragama islam? Agaknya usia bayi itu 5 bulan?

    Dharapkan saudara boleh bagi penjelasan pada sya yg kurang arif ini…

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah..
      Saya cuba menjawab persoalan Cik.

      1) Alhamdulillah. Cik adalah insan terpilih untuk menerima Hidayah Allah. Berkenaan penukaran maklumat pada pasport, jika warganegara Malaysia hanya perlu membuat penukaran maklumat pada kad pengenalan. Kemudian maklumat pada pasport akan dikemaskini mengikut maklumat yang dipaparkan pada kad pengenalan.
      Bagi kes Cik, saya sendiri tidak pasti. Cuma, jika kaedahnya sama di Malaysia, Cik hanya perlu membawa maklumat pengenalan diri bersama Kad Akuan Memeluk Islam yang menjadi bukti kukuh bahawa Cik telah memeluk Islam dan menggunakan nama Islam untuk urusan rasmi.

      2) Allah. Seseorang wanita Islam yang terlanjur mengandung anak luar nikah diminta segera bertaubat kerana zina adalah berdosa besar. Semoga Allah terima taubat dan ampunkan dosanya. Untuk makluman, anak tersebut adalah tidak sah taraf dan tidak boleh dibin/bintikan nama bapanya sekalipun lelaki yang telah menyebabkan wanita tersebut mengandung berkahwin dengannya dalam tempoh kandungan mencecah usia lebih 3bulan (kurang 6 bulan sebelum bayi tersebut lahir).
      Anak yang dilahirkan fitrahnya suci. Jika ibunya mencorakkan dia dengan cara hidup Islam, maka bayi tersebut juga adalah beragama Islam.

      Semoga membantu.
      Pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669 atau emel hidayah.centre@gmail.com

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ.

  195. Salam. Ini cuma nak tnya,selepas masuk agama islam,izin kah berhubung dgn keluarga lg? Jika sya seorg cina. Dan berkahwin dgn pasangan Islam.

    • Wa’alaikumussalam.

      Islam tidak sesekali memutuskan ikatan kekeluargaan, bahkan Islam amat menganjurkan supaya anak-anak walaupun berlainan agama sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa & keluarganya selagi tidak bersalahan dengan agama.

      Contoh : Memeluk Islam bukan bererti seseorang yang berbangsa Cina telah bertukar kepada bangsa Melayu. Hanya pegangan agama sahaja yang ditukar. Jadi, sepatutnya ibu bapa/keluarga tidak perlu bimbang anak mereka akan memutuskan hubungan keluarga.

      Jika perlu pencerahan lebih lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre. InsyaAllah kami sedia membantu =)

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ, Taman Melawati.
      03-41089669

  196. asalammualaikum ww.saya azizah nak bertanya di manakah dan bagaimana sya boleh mohon bantuan sara hidup.sakarang saya berada di sabah ,tapi berasal dari sarawak

    • Wa’alaikumussalam.
      Sebelum tu, adakah Cik/Puan saudara baru? :)

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  197. Assalamualaikum Saudara/saudari, Saya s’org mualaf dan akan berkhawin pda hjung thun nie..msalahnya dcini, dlm borang p’mhonan kbenaran khawin mereka memerlukan sijil khawin ibu bapa perempuan..adakah saya perlu mengemukakan sjil khawin ibu bapa saya..???tq

    • Wa’alaikumussalam..
      Alhamdulillah..barakallahulakuma wa jama’a bainakuma fi kheir..
      Untuk perkahwinan muallaf yang mana ibu bapanya belum Islam, akan menggunakan wali hakim.
      Jadi, tidak perlu kepada sijil kahwin ibu bapa. Sijil kahwin ibu bapa perlu dikemukan bersama borang permohonan kahwin bagi yang beragama Islam (ibu bapanya) sahaja untuk mengesahkan status anak tersebut :)

      Semoga Allah permudahkan !

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  198. ASSALAMUALAIKUM…. W.B.T…
    Saya ingin bertanya tentang keislaman saya,
    Sebab saya telah memeluk agama islam dari
    Tahun 2004, tetapi malangnya keislaman saya
    Tidak terdaftar di jabatan agama Dan saya tak dapat mengikuti prosedier sepertimana seorang mualaf lain memeluk agama islam.
    Contohnya, malam tadi saya diislamkan dengan mengucap lafaz dua kalimah syahadah Dan mandi niat. Tetapi keesokan harinya keluarga saya talifon bahawa Ada keluarga terdekat sakit kuat di kampung Dan suruh saya balik cepat2. Dari itu lah proses pengislaman saya terbantut dan saya rasa belum sempurna lagi perjalanan islam saya. Kalau macam ni berterusan, masalah tentang solat 5 waktu. Solat jumaat. Berpuasa Dan sebagainya yang saya hadapi. Jadi jika boleh, saya ingin memohon bantuan agar saya dapat
    Tukar Nama dalam islam Dan memiliki kad atau dokumen sebagai seorang islam. Dan apakah saya Akan diislamkan nanti untuk yang ke dua Kali? Kalau boleh, saya nak selesaikan masalah saya ini secepat mungkin. Sekian ribuan terima kadih. Wassalam…

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Alhamdulillah. Saudara adalah antara insan terpilih menerima hidayah Allah ! :)

      Untuk kami di Hidayah Centre bantu, kami memerlukan maklumat seperti :
      1) Tarikh pengIslaman dilakukan
      2) Tempat pengIslaman dilakukan
      3) Pegawai/ orang yang mengIslamkan
      4) Saksi yang hadir

      InsyaAllah, jika semua maklumat ini saudara dapat sertakan kepada kami, urusan seterusnya dapat diuruskan dengan lancar.
      Emelkan maklumat ke hidayah.centre@gmail.com atau hubungi terus ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

      Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  199. saya ingin memeluk agama islam.Apa yang harus saya lakukan,apa prosedur yang saya perlu laksanakan dan syarat yang perlu saya patuhi…Tolong saya.

    • Salam sejahtera saudari.
      Memeluk Islam hanya mempunyai satu syarat iaitu:

      Mestilah dengan rela hati memeluk Islam. Bukan atas dasar paksaan atau sebab-sebab lain.

      Jemputlah datang ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk kami bimbing. InsyaAllah, urusannya sangat mudah.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  200. Assalamualaikum..sya nk bertanya satu soalan. saya ada kenalan lelaki india muslim yg baru memeluk islam. Beliau buntu dan tiada tmpat perlindungan. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah jabatan menyediakan program anak angkat untuk muallaf supaya mereka mempunyai keluarga angkat untuk terus memimpin dan memantau setelah memeluk islam?

    • Wa’alaikumussalam…
      Di Hidayah Centre sendiri, kami menyediakan rumah perlindungan sementara untuk saudara baru yang memerlukan tempat berlindung.
      Berkenaan program anak angkat, eloklah kiranya Cik/Puan dapat membawa kawan tersebut ke pejabat kami untuk kami ambil detailnya supaya urusan mencari keluarga angkat yang bersesuaian dengannya menjadi mudah. InsyaAllah, ada jalannya.

      Cik Alya,
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669
      hidayah.centre@gmail.com

  201. sya nak bertanya, apakah syarat2 hendak memasuki agama islam ?? Tubuh saya ada tatu, bolehkah saya memeluk islam ?

    • Salam sejahtera saudaraku.
      Satu-satunya syarat memeluk agama Islam adalah mesti atas kerelaan sendiri. Maksudnya, bukan atas sebab dipaksa oleh seseorang atau sebagainya. Tatoo yang dibuat sebelum memeluk Islam tidak dikira sebagai dosa. Sebaliknya, seseorang yang memeluk Islam diibaratkan seperti kain putih yang bersih daripada segala dosa.
      Adanya tatoo tidak menjadi penghalang saudara memeluk Islam.

      Semoga Allah permudahkan.

      Cik Alya,
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669
      hidayah.centre@gmail.com

    • Wa’alaikumussalam..
      we’re waiting for your convertion my sister! :)
      Next week ya.

      Sis Alya,
      Hidayah Centre HQ.

  202. Saya ingin bertanyakan adakah sah untuk masuk islam pada umur di bawah 18tahun?

    Saya pernah bertanyakan islam pada umur 16-17tahun di jabatan agama islam, saya dinasihatkan untuk mengisi borang masuk agama & diberikan surat perakuan ibu bapa. Saya mengisi & memalsukan tandatangan ibu bapa. Mereka memang bantah.

    Tetapi saya mendapati saya tidak sesuai dengan islam selepas saya bertanyakannya.

    Saya tidak pernah pergi ke mahkamah untk sumpah, ibu bapa pun tidak pernah, saya tidak pernah mendapat kad masuk islam.. Saya pun tidak pernah membawa kawan untk menjadi saksi. Saya juak tidak pernah pergi ke JPN untuk tukar nama & agama.

    Soalan saya,

    Adakah sah di undang undang malaysia untuk masuk islam bawah umur 18tahun?

    Adakah prosedure masuk islam bergitu senang, saja dengan tandatangan? (Saya yang tandatangan bagi pihak penjaga)

    Adakah borang masuk islam itu sah selepas saya umur 18tahun?? Borang kertas putih photostat itu..

    Adakah surat perakuan (surat sumpah) ibu bapa hanya ditandatangan diambil kira?? Surat itu macam yang saya tulis pada zaman persekolahan. Saya ibu bapa kepada ### membenarkan anak saya untuk ???????.. Sekian, tandatangan.. Kertas putih yang dicetak dari mesin cetak oleh staff..

    Bagaimanakah untuk seseorang untuk mengemak status agama mereka? Seperti saya yang sudah umur 30tahun..

    Saya tidak mahu mayat saya direbut.. Saya sayang keluarga saya.

    Persoalan:

    Saya tidak berniat langsung untuk memeluk islam pada masa itu & masa kini..

    Saya pergi bertanyakan islam sebab kawan kawan mengajak.

    • Salam sejahtera saudaraku,

      Jutaan terima kasih atas persoalan yang diajukan itu. Subhanallah (Maha Suci bagi Allah), banyak soalannya. :-) Terima kasih. ;-)
      Moga Allah memberikan hidayahNya pada saudara untuk mendekati Islam dengan lebih lagi.

      a) Adakah sah di undang undang Malaysia untuk masuk Islam bawah umur 18 tahun?
      Jawapan : Masuk Islam di bawah 18 tahun hanya sah bila mendapat kelulusan / keizinan daripada kedua-dua ibubapa secara bertulis. Jika tiada, belum sah lagi dalam undang-undang Malaysia.

      b) Adakah prosedure masuk islam bergitu senang, saja dengan tandatangan? (Saya yang tandatangan bagi pihak penjaga)
      Jawapan : Prosedur memeluk Islam sangat mudah, cuma untuk rekod bagi setiap jabatan agama agak banyak. Untuk tandatangan bagi pihak penjaga, memang tidak boleh kerana ia salah dari segi undang-undang.

      c) Adakah borang masuk islam itu sah selepas saya umur 18tahun?? Borang kertas putih photostat itu.
      Jawapan : Bila berumur 18 tahun dan ke atas, pendaftaran akan sah untuk memeluk Islam tanpa penjaga.

      d) Adakah surat perakuan (surat sumpah) ibu bapa hanya ditandatangan diambil kira?? Surat itu macam yang saya tulis pada zaman persekolahan. Saya ibu bapa kepada ### membenarkan anak saya untuk ???????.. Sekian, tandatangan.. Kertas putih yang dicetak dari mesin cetak oleh staff..
      Jawapan : Jika saudara belum berumur 18 tahun, maka surat perakuan daripada ibubapa memang diperlukan. Untuk memudahkan pengurusan, jika ibubapa tidak keberatan bolehlah datang ke pejabat agama, di mana pegawai agama akan bantu dan bimbing.

      e) Bagaimanakah untuk seseorang untuk mengemak status agama mereka? Seperti saya yang sudah umur 30 tahun.
      Jawapan : Jika saudara sudah berumur 18 tahun ke atas dan sebelum ini, merahsiakan pengIslaman saudara, jadi bolehlah daftar pengIslaman saudara itu di jabatan agama yang terdekat. Insya’Allah, mereka akan berikan kad memeluk Islam sebagai bukti pengIslaman saudara. Jika sudah mendaftar di pejabat agama, kebiasaannya, mereka akan berikan 1 borang untuk menukar status agama di Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN). Jadi, tiada timbul isu nak semak status agama jika perkara ini dibuat awal.

      Saudaraku, jika ditakdirkan saudara meninggal dalam Islam, insya’Allah kamilah orang yang pertama menjadi saksi untuk menuntut jenazah saudara. :-) Yang penting saudara kena berdaftar dan ikut prosedur. Jika masih keliru, jemputlah datang ke pejabat kami untuk penjelasan dengan baik dan kami usaha membantu saudara sebaik mungkin. insya’Allah.

      f) Saya tidak berniat langsung untuk memeluk islam pada masa itu & masa kini..
      Jawapan : Jika saudara belum berminat / berhajat memeluk Islam tiada masalah dan tiada paksaan. Yang penting adalah saudara belajar dan kenal apa itu Islam, siapakah pencipta kita, untuk apa kita lahir di dunia dan ke mana kita akan pergi selepas kita meninggal dunia? Semua itu adalah dalam Islam. Teruskan untuk membaca, mengkaji dan memahami Islam dalam diri saudara.

      Saudara jangan terkejut ya, jika saudara mengkaji Islam terlebih dahulu sebelum memeluknya tidak mustahil Allah akan bagi saudara ilmu yang sangat bernilai dan saudara lebih hebat dari saudara kita yang lahir sebagai Muslim sejak kecil. ;-)

      Moga dipermudahkan urusan saudara dengan jawapan-jawapan di atas. Jemput datang ke pejabat kami ya. ;-)

  203. salam…saya nak tanya…kwan saya berbangsainggeris ingin memeluk islam…apakah proses untuk masuk islam dan di negeri sembilan dimanakah saya hendak bawa dia untuk daftar masuk islam…

    • Salamullah ‘alayk.
      Alhamdulillah. Kami di HQ telah pass over tanggungjawab menguruskan pengIslaman kawan Cik kepada Hidayah Centre Seremban, Hj. Wahiduddin.

      Cik Alya,
      03-41089669

  204. As Salam.. Saya berminat untuk mendalami ilmu agama islam. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya akan melanjutkan pengajian di luar negara selama 4 tahun, jadi sebelum saya berangkat, saya ingin mengikuti kelas agama secara keseluruhan selama sebulan dua. Di manakah tempatnya yang turut menyediakan tempat peginapan selama sebulan dua? Terima kasih

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Sis cadangkan pergi ke PUSBA.
      Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

      Pengetua
      Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA),
      Jalan Pegawai,
      08000 Sungai Petani,
      Kedah Darul Aman.

      Tel : 04-4258561 / 04-4203563
      Fax : 04-4258226
      E-mail : pusba@kedah.gov.my atau pusba@maik.gov.my

      Program pengajian di PUSBA adalah dibawah Zakat Kedah. InsyaAllah, penginapan dan makan minum disediakan.

      Semoga Allah permudahkan.
      Sis Alya,
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre.
      03-41089669.

  205. Assalamualaikum saudari..sya seorg mualaf dan ingin bertanya beberapa soalan??
    1) Saya telah memakan masakn keluarga saya iaitu ayam kg yg disembilih sendiri (Kristian).apakah hukumnya???

    2) Bolehkah saya hanya memkan kuah sahaja drpda ayam yg disembelih oleh mereka??

    3) saya telah dijilat oleh anjing peliharan keluarga sya tp belum pernah membuat jamak selepas kejadian tersebut..Apakah hukumnya jika tidak berbuat jamak??

    Terima kasih..

  206. Assalamualaikum.

    I have a friend named Gan Tian Loo who desires to convert to Islam and he wants to learn more about Islam and how to do the 5 tenets, shahada, prayer, fasting, zakat, and haji. Do you have classes for him in Mandarin language here in Melaka.

    Also, can this friend of mine retain his Chinese name, Gan Tian Loo, or must he adopt an Arabic name, Muhammad Gan Tian Loo Bin Abdullah?

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh my brother Abdul Aziz,

      Subhanallah! May Allah bless you brother!

      For your information, we do not have the Mandarin Class for reverts for this time being. But, we suggest you to call our manager in Melaka for any assistant there. His name is Tuan Haji Ustaz Su’udi Arof 013-836 2163.

      About the name, if the previous name has a good meaning just remain the name. If not, we also suggest your friend to change. If your friend wants to add the Arabic name also it’s not a big issue. For example : Muhammad Gan Tian Loo is enough.

      I hope it will help you my brother. Keep it up the dakwah momentum. Allah be with you brother! ;-)

  207. Assalamualaikum…apa harus sy buat jika seorang gadis (Kristian) ingin memeluk islam,,sbb ingin berkahwin dgn lelaki Islam..Lelaki tersebut adalah sy..sudah berkahwin..apa pula hukumnye jika sy tolak permintaan tersebut…?

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah..
      Hidayah Allah hadir dalam keadaan yang pelbagai dan berbeza-beza bagi setiap insan terpilih.
      Ada yang terbuka hati menerima Islam melalui contoh teladan baik yang ditunjukkan oleh kawan-kawan Muslim. Tidak kurang pula yang memilih untuk memeluk Islam untuk berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Tidak kira apa jua penyebab seseorang itu memilih Islam untuk dianuti, kita perlu meraikan semuanya. Melalui penghayatan agama Islam yang baik selepas memeluk Islam dan bimbingan seorang suami, pasti akan melahirkan zuriat yang juga akan meramaikan umat Islam didunia. Itu kelebihannya. Dan pasti ganjaran daripada Allah kerana menjadi penyebab seseorang memeluk Islam lebih besar disisiNya.

      Berkenaan status encik yang sudah berkahwin, jika dilihat secara positif pasti akan membuka ruang kepada diri encik sendiri untuk melihat kemampuan berlaku adil jika encik memilih untuk berpoligami sebagaimana yang dibenarkan dalam Islam untuk seorang lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri jika mampu dalam aspek-aspek penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Jika encik merasakan encik tidak mampu, tolaklah permintaan wanita tersebut dengan baik lagi penuh hikmah. Berikan sedikit penjelasan supaya dia boleh menerima keadaan tersebut dengan baik sekaligus tidak berpatah balik dari niat asal untuk memilih Islam sebagai cara hidup.

      Semoga sedikit sebanyak membantu.

      Cik Alya
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  208. Assalamualaikum w.b.t..
    Saya ingin meminta cadangan berkaitan keislaman saya. sudah lama masuk Islam namun, tiada kad akuan Islam atau tidak pernah menjalani perosedier seperti orang lain yang memeluk agama Islam. Sekarang saya rasa keislaman saya bukan sahaja mengelirukan orang lain namun turut mengelirukan diri saya sendiri dan tidak tahu nak buat apa lagi. Nak tukar nama baru dalam islam, tapi memerlukan kad keislaman. Saya sudah beberapa kali bertanya kepada seorang ustaz yang hadir masa saya diislamkan dulu tetapi, seakan-akan saya ini diberi penantian yang sangat lama untuk menguruskan perkara yang sepatutnya ini. Sekarang, umur saya sudahpun mencecah 30 lebih tahun dan belum berkahwin disebabkan status keagamaan. Kalau saya berkahwin dengan orang yang bukan Islam (kristien) misalnya, apakan akan jadi dengan agama saya satu masa nanti dan terutama akhirat. Dan masalah lagi bila hendak berkahwin dengan orang Islam, sebab saya tiada kad pengislaman dan tiada rekod di mana-mana jabatan agama Islam. Apakah pusat dakwah hidayah centre boleh bantu saya untuk dapatkan kad akuan Islam dan penukaran nama baru saya secepat mungkin dan saya bersedia sekiranya harus buat pengislaman baru sekalipun. Mohon diberi jawaban, dan saya harap masalah yang saya hadapi ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
    Sekian dan terima kasih.

  209. salam saya hendk tanya bapa saya seorng chinese muslim. dan dia telah masuk islam dan mak saya seorng orng melayu. saya adalah ank mereka sekrn apabila pihak sekolah tnya saya tentng status bangsa selalunya saya akan tulis cina/ malay. tetpi ibu bapa saya suruh tulis mlay kerana risau akan nanti ada kecelaruan dlm sistem. tetapi sekrn status my kad saya bangsa cina adkah ia ada apa2 infect tak dekat status agama saya nanti bila saya besar nanti??

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Terima kasih atas pertanyaan yang bagus itu. Moga Allah terus menjaga saudari dalam iman yang sempurna. ;-)

      Tentang status bangsa itu, kebiasaannya di Malaysia, seorang anak itu akan mengikut bangsa ayahnya. Jadi, ia terserah kepada saudari untuk memilih bangsa mana yang sesuai. Tetapi pengalaman kami menguruskan saudara baru, kebiasaannya status bangsa itu mengikut bangsa ayahnya.

      Buat masa ini, tiada apa2 masalah timbul yang pernah kami terima sebab bila status agama itu ada juga dalam kad pengenalan. Bermaksud saudara boleh jadi cina muslim atau melayu muslim. :-)

      Diharap jawapan ini dapat membantu saudari. Moga Allah merahmati saudari. :-)

  210. Dear Hidayah Centre,

    A very good day to you, and Happy New Year 2013.

    I am a Malaysian, and I am planning to embrace Muslim in a few months time. I have some questions regarding change of name in IC.

    I am quoting your reply to one of our readers on 21 June 2012 below.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    HIDAYAH CENTRE says:
    June 21, 2012 at 7:16 am
    Alhamdulillah! Selamat kembali kepada agama fitrah saudaraku Izzat Haikal!
    Anda salah seorang insan terpilih untuk menerima hidayah Allah. Dan alhamdulillah juga kerana kedua ibu bapa tidak menghalang. Perkara ini akan lebih memudahkan urusan akan datang. Menjawab soalan :

    1) Seseorang yang baru memeluk Islam TIDAK DIWAJIBKAN untuk menukar nama asal. Digalakkan mengekalkan nama asal jika nama tersebut membawa maksud yang baik. Sebaliknya, jika nama tersebut berhubung kait dengan nama sembahan atau membawa maksud yang tidak baik..dinasihatkan untuk tukar. Boleh juga menambah nama Islam pada nama asal. Cth: Nama asal Yeo Wee Kiat. Buat penambahan : Muhammad Ikram Yeo Wee Kiat. Jika adik taknak menyukarkan pengurusan, boleh sahaja mengekalkan nama asal untuk memudahkan dalam urusan rasmi dan hanya memperkenalkan nama Islam yang telah dipilih kepada orang ramai/ kawan-kawan.

    Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan walaupun berlainan agama. Bahkan Islam amat menganjurkan kita berbuat baik kepada mereka.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Based on your reply, I understand that it is not compulsory to change my name as long as it does not carry bad meaning or with reference to other religion.

    Questions:
    1. If I choose to maintain my full name in IC and all other legal documents, can I still name my son after my Muslim name?

    For example,
    Nama asal: Yeo Wee Kiat
    Nama Islam: Muhammad Ikram Yeo Wee Kiat
    Can he name his son Adam Yeo bin Muhammad Ikram Yeo, where by Muhammad Ikram is not his legal name in IC?

    2. If I choose to maintain my original name in IC, what are the additional steps that I need to take at Jakim and/or JPN? Do I still need to choose a Muslim name in the Kad Akuan Memeluk Islam? If a Muslim name is written in Kad Akuan Memeluk Islam, can I only change my religion but not my name in IC when I go to JPN?

    Sorry for the many questions, and thank you very much for your time and effort.

    • Salam to Brother Wai Loong,

      May Allah bless you brother for the efforts that you have done. Keep it up!
      We are so sorry reply your answer in a few months.

      Thank you so much for the questions.

      Answer No. 1 :

      It’s up to the parent who want to give either the shortest or the longest name to their children as long as it brings us a good meaning.
      In HC, we would suggest you not to give a long name while you still can maintain your surname such as:

      a) Adam Yeo bin Yeo Wee Kiat
      b) Danial Yeo bin Adam Yeo
      c) Ilyasa’ Yeong bin Adam Yeong etc

      In Malaysia, if the name is too long usually the last name will not be included. For example :

      Your name is Muhammad Ikram Yeo Wee Kiat. Once you got a baby and give him a name such as Luqman Hakim Yeo. In the IC will be Luqman Hakim Yeo bin Muhammad Ikram. Remember! JPN won’t put too long surname name in the IC.

      So, my brother(s) (and sisters), be wise to choose your children’s name in the future.

      Answer No. 2 :

      Brother, you can remain your old name in the IC and Kad Akuan Islam. It’s not a problem. The most important is you are Muslim and in your IC also stated your are Muslim. ;-)

      I hopefully hope that these answers can solve a bit your misunderstood. :-)

    • Salam sejahtera saudariku,

      Terima kasih atas soalan yang baik itu. Moga Allah merahmati saudari dan memberikan saudari ilmu yg baik.

      Saudari terus sahaja hubungi Tuan Haji Kamal Khalil 019-712 3004 untuk maklumat lanjut. Untuk pengetahuan saudari, HC di Pasir Gudang belum ada lagi tapi kami ada wakil jawatankuasa di sana yang boleh bantu saudari. Hubungi Tuan Haji kamal ya? ;-)

      Moga Allah mempermudahkan urusan saudari dan memberikan saudari hidayah untuk mendekati Allah yang Maha Penyayang. ;-)

  211. Saya seorang lelaki cina, nak peluk Islam, adakah khatan adalah wajib? Khatan sebelum masuk Islam atau selepas?bagaimana pula denan pemilihan nama Islam? Mohon dapat beri tunjuk ajar. Thx

    • Salam sejahtera saudaraku,

      Terima kasih atas persoalan yang diajukan itu. Bagus soalannya. ;-)

      Bila seseorang ingin memeluk Islam, kami biasa maklumkan bahawa persoalan akidah lebih utama iaitu mengenal Allah sbg Tuhan kita yang mencipta seluruh alam, siapa Allah, kenapa perlu sembah Allah dan apa pentingnya hubungan kita dengan Allah.

      Jika saudara sudah faham dan terus ingin mengaku sebagai Islam itu sudah mencukupi buat masa ini. Bila dah masuk Islam nanti (insya’Allah), saudara kuatkan akidah dulu lepas itu kuatkan pemahaman hukum-hakam (fiqh) barulah buat perkara yang seterusnya iaitu berkhatan, mandi wajib dsb. Isu berkhatan tu selepas memeluk Islam pun baru saudara buat ya. Hukumnya wajib tetapi bukan itu yang lebih utama buat saudara masa ini. Akidah dulu barulah fiqh, ok? Tetapi jika saudara nak berkhatan sebelum memeluk Islam, silakan ianya digalakkan. :-D

      Tentang nama juga saudara boleh kekalkan selagi mana nama asal tidak membawa maksud syirik pada Allah swt sbg cth Buddha Wong, dsb.
      Jika saudara ada kesempatan jemputlah ke pejabat kami dan berjumpa Brother Zun Arif – 03-41089669 untuk berkongsi dan bersoal jawab tentang kerisauan saudara. :-)

      Moga dipermudahkan urusan saudara. Kami doakan agar saudara diberi hidayah Allah yang akhirnya memeluk Islam dan menjadi seorang muslim yang soleh wa musleh. ;-)

  212. assamalmualaikum…sy sedang menghadapi masalah dan ingin mencari jawapan tentang masalh yg saya hadapi..sy telah berkawan dgn sesorang beragama kristian selama 3tahun..dalam perhubungan yg sedang kami jalani,kami telah terlanjur.anak dalam kandungan tersebut juga telah berusia 17minggu.kami juga telah merancang untuk berkahwin..pada mulanya , pasangan saya bersetuju untuk memeluk agama islam dan kami telah berbincang pihak keluarga saya..sepatutnya,dia akan memeluk agama islam pada hari rabu yg lepas(23/01/2013).jadi pihak keluarga saya juga telah menerima beliau dengan tangan yang terbuka..tetapi masalhnya sekarang,setelah berhubung dengan keluarga beliau melalui telefon,kedua ibu bapa nya ckp supaya berbincang dahulu..jadi hatinya mula berbelah bagi.disebabkan saya hormat dengan kehendak keluarga beliau,maka keluarga saya pun bersetuju untuk berbincang..setelah berbincang , keluarga nya berkeras tidak setuju anak mereka memeluk islam.malah mereka juga menggunakan hukum & adat agama mereka dimana saya terpaksa mebayar denda mengikut adat agama mereka..mereka juga telah membawa anak mereka pulang ke tempat asal mereka tanpa memikirkan yang anak dalam kandungan itu juga merupakan darah daging saya..bukankah itu akan menambahkan masalah jika mahu melahirkan anak tersebut..sudahlah belum lg berdaftar dengan pihak klinik.dan saya juga tetap akan terus menanggung dosa kerana tidak bertanggungjawab sedangkn saya mahu bertanggungjawab dengan anak tersebut.soalan saya a)jadi bagaimana hak saya sebagai bapa anak tersebut??sedangkan prosedur perkahwinan tidak dibenarkan oleh pihak keluarga perempuan..b)adakah salah jika saya membawa anak mereka berkahwin tanpa kebenaran mereka..atau erti kata lain ialah kahwin lari tetapi masih mengikut prosedur islam..c)perlukah sy membayar mengikut adat mereka sedangkan mereka tidak mahu menerima saya sebagai suami anak mereka..tolonglah saya yang dalam kebuntuan ini..

    • Wa’alaikumussalam.
      Allah. Perbuatan zina adalah satu dosa besar saudaraku.

      Hukum Islam bagi pelaku zina adalah 100 kali sebat jika pelakunya belum berkahwin dan rejam sampai mati (ditanam separuh badan dalam tanah dan orang ramai akan membaling batu-batu kecil) sehingga mati bagi pelaku zina yang sudah berkahwin. Itulah hukuman yang selayaknya bagi pelaku zina.
      Bertaubatlah dan mohonlah ampun atas dosa zina yang telah dilakukan. Semoga Allah menerima taubat saudara.

      a) Berkenaan kesanggupan saudara untuk bertanggungjawab terhadap anak yang dikandung oleh wanita tersebut, ia satu perkara baik yang menunjukkan saudara seorang yang bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan. Pun begitu, status anak dalam kandungan tetap dikira anak luar nikah/tidak sah taraf dan tidak boleh dibin/bintikan dengan nama saudara kerana tempoh anak itu akan lahir kurang daripada 6 bulan. Maksudnya, anak tersebut boleh dibin/bintikan dengan nama saudara selepas lahir sekiranya usia kandungan wanita tersebut kurang daripada 3 bulan pada masa akad nikah. Jika saudara berkahwin dengan wanita tersebut, anak tersebut tetap dikira anak tidak sah taraf dan bukan anak saudara walaupun ia terjadi daripada benih saudara sendiri.

      b) Tidak salah jika dengan kerelaan wanita tersebut, bukan atas dasar paksaan daripada saudara atau mana-mana pihak. Tidak perlu kahwin lari. Hanya pergi ke Pejabat Agama Islam untuk memohon kebenaran berkahwin dan memohon menggunakan wali hakim kerana wanita tersebut tidak mempunyai wali (Bapa, adik lelaki, bapa saudara dll mengikut turutan hak menjadi wali dalam Islam tidak beragama Islam). Urusan pertama yang mesti diuruskan terlebih dahulu adalah urusan pengIslaman wanita tersebut. Barulah boleh diuruskan hal-hal pernikahan dll.

      c) Tidak perlu jika saudara tidak mahu berbuat demikian. Pastikan ia tidak bersangkut paut dengan undang-undang kerana boleh jadi pihak keluarga wanita tersebut akan menyaman saudara kerana telah menyebabkan anak mereka mengandung.

      Pesanan saya, mohonlah ampun dengan taubat nasuha kepada Allah. Sungguh, berat dosa zina tidak akan diampunkan tanpa kita memohon ampun daripadaNya.
      Berdoalah, semoga Allah tunjukkan jalan keluar terbaik dalam setiap masalah saudara.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  213. erm selamat sejahtera,saya ingin memeluk islam,saya berumur 23 tahun,sudah lama saya ingin memeluk islam tetapi sya belum berdikari dan mempunyai pekerjaan tetap,malahan ayah sya banyak menanggung kos hidup sya..tetapi semakin hari sya semakin takut untuk menangguhkan lagi niat sya,saya takut ajal sampai dahulu sebelum memeluk islam,pekara ni sangat merisaukan hati saya tiap tiap hari…saya harap ada sesiapa dapat membantu saya,terima kasih

    • Assalamu’alaikum Jerry.
      Mohon maaf kerana lambat merespon soalan adik. Datanglah ke pejabat Hidayah Centre untuk kami bantu dan permudahkan urusan adik.
      Jangan takut kerana kita bersaudara dan kami sedia membantu adik InsyaAllah.

      Mohon hubungi kami segera untuk kami percepatkan proses.

      Sis Alya
      03-41089669

  214. saya telah memeluk agama Islam di Selangor tetapi tidak berpeluang untuk menghadiri kursus wajib 5 hari disebabkan saya bekerja di Melaka & jadual yang sibuk. Kerana itu saya masih lagi belum dapat kad akuan. Bolehlah saya menghadiri kursus tersebut di Melaka di bawah JAIM?

    • Assalamu’alaikum.
      Alhamdulillah. Congrats bro!
      Ya, boleh. Terus hubungi Pejabat Agama Islam yang menguruskan pengIslaman saudara dan maklumkan untuk mengikuti kursus asas di Melaka kerana kekangan yang wujud.
      Semoga dipermnudahkan.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

      • Assalamu’alaikum..

        Kenalan saya telah memeluk Islam pada tahun lepas di negeri Selangor. Syarat mendapatkan kad perakuan Islam di Selangor haruslah menghadiri kursus wajib 5 hari anjuran MAIS. Memandangkan kekangan masa dan kerja, beliau tidak berkesempatan untuk menghadiri kursus 5 hari tersebut.

        Persoalannya, bolehkah kenalan saya itu menghadiri kursus asas bimbingan saudara baru itu pada hari sabtu dan ahad sahaja memandangkan beliau amat sibuk dengan kerja beliau buat masa ini. Jika boleh, di manakah kursus itu dianjurkan?

        Perhatian dan kerjasama tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

        Date: Mon, 18 Mar 2013 04:43:04 +0000 To: thunderclap10@hotmail.com

      • Wa’alaikumussalam warahmatullah..

        Ye, betul. Bagi pendaftaran pengIslaman yang dibuat di negeri Selangor, mestilah mengikuti Kursus Asas terlebih dahulu sebelum diberikan Kad Akuan Memeluk Islam. Sebagai orang baru, seharusnya beliau cuba mencari masa yang sesuai untuk membolehkan beliau mendalami pengetahuan asas mengenai Islam supaya beliau boleh mengamalkan Islam dengan sebaiknya. Setakat ini, kursus asas yang disediakan oleh pihak MAIS adalah selama 5 hari bermula pada hari Sabtu sehingga Rabu. Kenalan encik hanya perlu memohon cuti daripada majikan beliau selama 3 hari bekerja. Walau bagaimana pun, saya melihat kekangan masa dan sebagainya memberi halangan untuk beliau berbuat demikian :)

        Saya telah membuat pengesahan dengan pihak MAIS bahawa Kursus Asas untuk muallaf telah ditangguhkan buat sementara waktu sehingga akan diberitahu nanti. Oleh itu,encik boleh terus membawa kenalan tersebut ke MAIS, Shah Alam untuk dapatkan Kad Akuan Memeluk Islam dalam masa 24 jam insyaAllah.

        Semoga dipermudahkan segala urusan.

        Cik Alya
        Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
        03-41089669

      • Assalamu’alaikum CIk Alya,

        Terima kasih atas maklumbalas Cik berkaitan pertanyaan saya tempoh hari. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk membantu kenalan saya ini.

        Cuma saya ingin sedikit penjelasan berkaitan kenyataan cik di bawah; ” Saya telah membuat pengesahan dengan pihak MAIS bahawa Kursus Asas untuk muallaf telah ditangguhkan buat sementara waktu sehingga akan diberitahu nanti. Oleh itu,encik boleh terus membawa kenalan tersebut ke MAIS, Shah Alam untuk dapatkan Kad Akuan Memeluk Islam dalam masa 24 jam insyaAllah. ”

        Adakah maksud cik saya boleh membawa kenalan saya ke pejabat MAIS secara walk-in untuk memohon kad perakuan Islam beliau tanpa kursus yang perlu dihadiri buat masa ini?

        Diharap dengan sedikit penjelasan dari cik dapat membantu saya memahami dan membantu kenalan saya itu. Saya berbesar hati menunggu maklumbalas cik dalam masa terdekat ini.

        Terima kasih. =)

        Date: Thu, 21 Mar 2013 07:07:24 +0000 To: thunderclap10@hotmail.com

  215. Saya mempunyai pasangan muslim, kami merancang untuk mendirikan rumah tangga sebaik mungkin tahun hadapan. Saya sebenarnya semasa kecil suka mendengar azan berkumandang d tv. Bahkan pernah mengulangi bait-bait kata dalam seruan azan itu. Namun bila dah naik sekolah menengah saya terpaksa ke sunday class namun tidak pernah bertahan pun, hati saya terbuka kembali sejak mengenalinteman saya ini. Terasa kosong yang amat d hati. Persoalan bagaimana memeluk islam telah saya fahami selepas membaca komen2 di atas. Namun saya nak minta pendapat tentang pertukaran nama, boleh ke saya kekalkan nama saya MELISTA BINTI MANUEL? Nama saya memang mempunyai binti namun bukan muslim. Jikalau tidak keberatan boleh tolong kongsikan nama yang boleh dipakai

    • Salam sejahtera saudaraku!
      Alhamdulillah. Saudari insan terpilih menerima petunjuk dan hidayah Allah untuk kembali kepada Islam. Syukur.
      Berkenaan pertukaran nama, saudari boleh mengekalkan nama asal sekiranya nama tersebut membawa maksud yang baik. Jika sebaliknya nama saudari adalah sempena nama sembahan dalam agama asal atau yang membawa maksud yang tidak baik, dinasihatkan supaya menukar terus nama tersebut kepada nama Islam.

      Antara nama indah yang boleh saya cadangkan seperti :
      1) Aisyah Humaira’ (Aisyah nama isteri Nabi Muhammad SAW, Humaira’ adalah gelaran Nabi kepada Aisyah yang bermaksud kemerah-merahan kerana pipi Aisyah kemerah-merahan)
      2) Fatimah Az-Zahra’ (Fatimah nama anak Nabi Muhammad SAW)
      3) Siti Hajar (Nama isteri Nabi Ibrahim)
      4) Balqis (Nama isteri Nabi Sulaiman)
      5) Nur Qistina (Cahaya keadilan)

      dan banyak lagi :)
      Boleh cari buku Nama-nama dalam Islam di pasaran. InsyaAllah, terlalu banyak pilihan.

      Semoga Allah permudahkan urusan!

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669