BAB 9 : FIQAH AURAT

Islam bukannya agama yang menghalang fesyen dan perkembangan fesyen. Tidak ada nas yang menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian. Persoalan utama ialah menutup aurat dengan baik.

wanita muslimah

wanita muslimah: dress code para muslimah melindungi kaum wanita dari pandangan nafsu.

Persoalan 1 : Fesyen

Ada dua syarat utama bagi menutup aurat dengan baik.

a)      Pakaian tersebut tidak menampakkan bentuk badan si pemakai.

b)      Pakaian tersebut tidak menampakkan ciri-ciri tubuh si pemakai seperti warna kulitnya.

dress code pakaian muslimah tidak menghadkan fesyen, malahan si gadis kelihatan lebih sopan dan ayu.

Inilah dua syarat penting dalam soal pakaian. Selain itu, ada yang meletakkan syarat agar ia tidak menyerupai pakaian agama lain.

Syarat pemakaian Islam


a)      Syarat yang pertama

-         menjadikan fesyen pakaian hari ini yang ketat sebagai pakaian yang tidak menurut syarak. Ada wanita Muslimah memakai pakaian ketat dan kecil yang disebut baby size. Entah betul, entak tidak. Apa nama saiznya sekalipun, apabila pakaian tersebut ketat, ia belum lagi menutup aurat dengan baik.

b)      Syarat yang kedua

-         menjadikan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit, pakaian dalam dan sebagainya tidak selari dengan syarak. Ramai memakai baju kurung tetapi kainnya, masya’Allah amat nipis.

Kalau hendak dipakai seluar senaman, silakan tetapi pastikan ia longgar. Kalau hendak dipakai baju kebaya, silakan tetapi janganlah yang ketat hingga nampak ramping. Kalau hendak dipakai seluar jean, OK tetapi banyak yang ketat sangat.

7 responses to “BAB 9 : FIQAH AURAT

  1. Assalaamualaikum! Semua keterangan tersebut, saya seratus peratus setuju.Namun begitu berapa peratus sahaja yang betul2 menutup aurat dengan betul.Ada dikalangan wanita yang bergelar nenek pun masih lagi bergaya dengan pakaian yang auratnya masih lagi terdedah, mengalahkan anak gadis. Bagaimana mahu menyuruh anak gadis menutup aurat? sedangkan diri sendiri pun tidak sempurna. Zaman sekarang ini ada yang menutup kepala, tetapi tidak memenuhi syarat, kerana masih terjojol jambul sejemput.Ingat! setiap rambut yang kelihatan dan ditonton oleh bukan mahram, pada hari akhirat nanti dirinya nanti akan dicelup ke dalam api neraka selama 70 tahun.Bayangkanlah sekiranya seluruh kepada tidak ditutup, apatah lagi jika hanya tempat sulit sahaja yang ditutup. wallahu a’lam…

    • Wa’alaikumsalam wrh wbh. terima kasih atas persetujuan saudara. Moga infomasi ini dikongsikan kepada sahabat-sahabat kita di luar sana.

  2. btol tue,,,adakalanya kebnyakn wanita skrg pakai tdung skdr berfesyen bukn untuk menutup aurat,,, namun jgnla kita salahkn sesiapa..sama2la kita berdoa selalu agar diberi hidayah kepada yg sepatutnya….insyaaallh.

    • Tidak salah berfesyen, asalkan mengikut telunjuk syariat :)
      Cth : Tidak jarang/ Menutupi dada/ Menutup keseluruhan kepala & leher/ tidak berlebih-lebihan dalam berfesyen sehingga menarik perhatian lelaki yang melihat/ tidak sehingga membazir dan sebagainya lagi.

      Ya, sama-sama kita doakan agar puteri-puteri di luar sana dibukakan hati mereka oleh Allah untuk mengikuti perintah Allah. :)

  3. setahu saya kan, lelaki bukan islam tak tengok perempuan muslim mcm nak makan walaupun tak tutup aurat…tp saya tengok laki2 muslim tengok perempuan muslim yg tutup penuh, atas bawah jelingnya…

    sy tengok mata dia org mcm nak makan je…bukankah nafsu lelaki2 mcm nie juga perlu dihukum di akhirat.

    melihat seorang perempuan dgn niat haram – mcm ajaran isa al masih di Kitab Injil , dikatakan bahawa laki mana yang melihat seorang perempuan dgn niat atau tujuan yg salah/haram maka dia telah berzina.

    mata dia telah berzina.

    sy rasa drpd salahkan kaum perempuan, otak dan fikiran kaum laki kena sucikan dgn ayat2 suci. Laki2 sendiri ckp kotor pasal perempuan ni mcm mane.

    jgn agung2kan kaum laki, semua sama di sis Allah, takkan lelaki terlepas dari api neraka ?

  4. saya br mula nak betudung..tp xtau nak cari pakaian yg sopan bila da betudung..sy xnak befesyen asal sopan pown da ok..pls advice me n suggest kn sya :)

    • Assalamualaikum..
      Saudari Fascha..
      Alhamdulillah dan Tahniah kami ucapkan atas penghijrahan besar yang saudari lakukan. Dalam Islam, apa yang penting adalah pakaian yang menutup aurat. ^_^

      saudari boleh mengenakan selendang yng menutup dada, blause dan seluar longgar… pasti nampak sopan dan ayu,
      atau
      boleh mengenakan tudung bawal yang menutup dada dan tidak jarang dengan blause dan skirt… akan terselah nilai kewanitaan dan tampak sopan…
      atau
      baju kurung dengan selendang.. atau jubah moden…pasti nampak sopan…

      saudari, dalam pemakaian ini, apa yang penting adalah pakaian itu menutup aurat, selesa dan saudari berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat…. ^_^…

      Pihak kami mendoakan usaha baik saudari dalam penghijrahan ini dimudahkan Allah serta mendoakan agar istiqamah dalam usaha murni ini… saya harap, cadangan ini mampu membantu saudari dalam membuat pilihan….^_^

      Cik Erma Azila
      Peg. Ekskutif Dakwah
      Hidayah Centre

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s