BAB 6 : FIQAH PENGHARAMAN ARAK

Dalam istilah lain, arak juga dikenali sebagai minuman beralkohol. Oleh itu, ia tidaklah terhad dan terbatas kepada arak yang dihasilkan daripada anggur. Memang anggur digunakan untuk membuat arak tetapi apa jua bahan, arak tetap haram.

Persoalan 1 : Kerjaya Berkaitan Arak

arak mendatangkan kemudaratan

Kerjaya di hotel adalah kerjaya yang halal dan baik. Begitu juga bekerja di kedai. Cuma dalam aspek berkaitan arak, ia perlu diberi perhatian.

Nas al-Qur’an mengharamkan arak. Nas hadis pula membincangkan lebih terperinci golongan yang terlibat dengan arak. Berdasarkan sabda Nabi saw daripada riwayat Abu Daud, ada sembilan golongan yang dilaknat Allah.

a)      Peminum arak

b)      Orang yang menuangkan arak ke dalam gelas dan sebagainya untuk diminum (kerja sebagai pelayan, bar tender dan sebagainya yang menghidangkan arak).

c)      Penjual arak

d)      Pembeli arak

e)      Orang yang memerah arak (membuat arak)

f)        Orang yang minta diperahkan (dibuat arak)

g)      Orang yang membawa arak

h)      Orang yang dibawa arak kepadanya (dengan izinnya)

i)        Orang yang makan hasil arak

Umat Islam ialah umat yang paling lemh hari ini. Ekonomi dikuasai oleh golongan bukan Muslim. Politik umat Islam juga makin kabur dan rapuh. Banyak syarikat dimiliki oleh bukan Muslim. Namun kita perlu bekerja. Adakah haram untuk bekerja jika ada kaitan dengan arak?

sesetangah airline turut menghidangkan arak kepada penumpangnya

Fatwa para ulama cenderung kearah mengharamkannnya. Contohnya bekerja sebagai pramugara dalam syarikat penerbangan yang menghidangkan arak kepada penumpang kapal terbang. Dalam satu fatwa tentang hokum bekerja di syarikat penerbangan asing sebagai juruterbang di mana syarikat ada menyediakan arak, Syeikh Azhar Jad al-Haq berpendapat bahawa kerjaya sebegini adalah haram. Fatwa ini disiarkan dalam majalah al-Azhar, juzuk 7, keluaran Rejab 1414H bersamaan Disember/Januari 1994M.

Begitu juga kita bekerja dalam kedai yang ada menjual arak. Ini kerana beberapa sebab :

a)      Arak adalah maksiat dan mungkar. Kewujudannya bekerja di situ satu tanda reda dengan maksiat.

b)      Keterlibatannya dengan arak tidak dapat dielakkan.

Namun, kita juga wajar menimbang kedudukan ekonomi umat Islam. Jika ia diharamkan secara total, ia banyak memberikan keperitan kepada umat Islam.

Oleh itu, adalah wajar tujuan dan peratus arak dalam syarikat diberi pertimbangan dari segi :

a)      Peratusan minority jualan arak

Kedai yang menjual pelbagai bahan seperti makanan, minuman, alat tulis, buku dan sebagainya termasuk minuman yang dijual iaitu arak. Sekadar andaian, minuman arak yang dijual hanya mewakili 2% daripada keseluruhan bahan jualan yang ada dalam kedai. Maka, melihat kepada majority dan keseluruhan bahan jualan dalam kedai, bekerja di kedai sebegini adalah harus. Namanya pun kedai runcit.

Hal ini agak berbeza jika peratusannya lebih besar. Contohnya memang sah kedai arak atau kedai jual minuman arak. Mungkin 100% arak dan mungkin 80% arak. Haram bekerja di kedai begini.

Contahnya satu pasar raya yang menjual pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, makanan dan minuman, perhiasan rumah, aksesori kereta dan sebagainya. Ada bahagian khas untuk menjual minuman keras. Hukum bekerja di pasar raya ini adalah harus. Namun, bekerja di bahagian jualan arak adalah haram.

b)      Penjualan arak diuruskan oleh bukan Muslim

Biarlah urusan jual beli arak diuruskan oleh rakan sekerja yang bukan Muslim. Apabila dikatakan harus bekerja di kedai yang arak hanya sedikit peratusnya, tahap kedua juga perlu dijaga. Andaikan ada pelanggan ingin membeli minuman arak, maka masalah akan timbul ketika itu. Jika kita bekerja sebagai juruwang, kita yang jual menjual arak tersebut. Ini sudah termasuk dalam tegahan Nabi saw.

Kes yang sama berlaku dalam syarikat pengiklanan. Syarikat pengiklanan membuat segala jenis iklan berdasarkan tempahan pelanggan. Ada kilang arak ingin mempromosikan arak dan menggunakan khidmat syarikat iklan. Jika pemilik syarikat iklan adalah Muslim, hendaklah ditolak walaupun lumayan kerana ini juga dianggap maksiat. Namun jika syarikat milik bukan Muslim, maka amat wajar kerja berkaitan pengiklanan arak itu diberikan kepada pekerja bukan Muslim. Oleh itu, tidak salah bekerja di syarikat iklan tersebut.

35 responses to “BAB 6 : FIQAH PENGHARAMAN ARAK

    • Assalamu’alaikum.
      Mana-mana pihak yang terlibat dalam penghasilan, pengeluaran mahupun pengedaran arak adalah berdosa disisi Allah. Walaubagaimana pun, hukum tersebut hanya kepada umat Islam. Sebaliknya, Islam tidak membataskannya kepada golongan bukan Muslim sebagaimana pemerintahan sesebuah negara Islam yang memberikan kebebasan kepada bukan Muslim mengamalkan ajaran agama masing-masing. Begitulah dalam hal ini. Dalam pemerintahan negara kita, tampuk pimpinan dianggotai oleh menteri-menteri yang tidak kesemuanya beragama Islam. Justeru, sesuatu keputusan yang dikeluarkan adalah berdasarkan perbincangan antara mereka. Bukan atas keputusan rakyat walaupun agama rasmi negara adalam agama Islam. Semua itu diluar batas kemampuan kita.
      Wallahua’lam..Semoga Allah mengampuni segala dosa kita.

  1. Bagaimana jika berkerja tuang arak untuk diminum oleh orang bukan beragama Islam seperti mana dilakukan oleh pelayan di hotel?

    • Salam sejahtera saudaraku. Jutaan terima kasih dengan soalan yang baik tu. Untuk pengetahuan saudara, mana2 perbuatan yang berkaitan arak atau yang seumpama dengannya iaitu menjual, menghidang, membeli, hadiah, melabur saham arak, bekerja apatah lagi meminumnya memang salah di sisi agama Islam. Kami cadangkan saudara maklumkan pada bos saudara bahawa saudara tidak boleh menghidang arak tersebut dan minta diberika kerja yg tidak bersubahat dengannya.

      Selain tu, saudara juga boleh minta ditukarkan ke bahagian lain yg jauh dari perbuatan subahat itu. Dalam masa yang sama, kami cadangkan saudara carilah pekerjaan yang jauh lebih baik dari itu sebab kami yakin saudara ada kebolehan yang lebih baik dari sekarang cuma belum lagi digilap. Jika bos saudara tidak bersetuju dengan pendirian saudara untuk buat kerja lain, carilah kerja lain yer. Ianya tidak perlu tergesa-gesa cuma kena atur strategi iaitu cari kerja dulu, bila dah dapat barulah bertukar kerja. Moga ia membantu saudaraku. :-)

  2. Assalamualaikum.

    Saya pernah bekerja di restoran yang pada mulanya saya ditempatkan bertugas di bahagian yang hanya menyediakan makanan halal. Tetapi kemudiannya saya telah dipindahkan ke bahagian lain yang menyediakan makanan halal dan juga haram (arak) untuk pelanggan bukan Islam. Saya seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat dengan pekerjaan berkaitan dengan arak. Saya langsung tidak membawa/menyediakan arak kepada pelanggan, tetapi disebabkan kerja saya terpaksa mengutip gelas-gelas yang telah digunakan oleh mereka. Saya ingin tahu apakah hukum pekerjaan saya itu? Walaupun cuma mengutip gelas, saya berasa sangat kesal dan hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Astaghfirullah.. :’(

    • Wa’alaikumussalam Alya.

      Seperti yang telah dijelaskan dalam bab ini, segala pekerjaan yang melibatkan arak adalah HARAM. Sekalipun orang yang bekerja mengutip anggur di ladang sebelum anggur tersebut diproses menjadi arak.
      Sebaiknya, Alya perlu usaha mencari pekerjaan lain yang tiada unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam. Kerana, rezeki yang diperolehi akan menjadi darah daging kita. Dan sudah pasti ia akan memberi kesan kepada ibadah kita kepada Allah.

      Perkara dosa yang telah berlaku, mohonlah keampunan kepada Allah. Allah kan Maha Pengampun & mendengar setiap rintihan hambaNya.
      Yang penting, usaha mencari yang terbaik ya!

      Sis Alya,
      Hidayah Centre.

  3. Assalamualaikum… saya nak tanya,, kalau saya bekerja sebagai jurutera enjin kapal terbang.. tugas saya menyelenggara enjin kapal terbang.. kalau kapal terbang tu ada menghidangkan minuman arak kpd penumpang2 kat dalam kapal terbang tu mcm mana??? apa hukumnya ke atas saya??

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Moga Allah terus menjaga iman dan amal saudara dan muslim lain dari menjadi mangsa kerja2 sebegini.

      Tahniah atas kerjaya yang baik sbg jurutera yg memastikan kapal terbang tersebut selamat beroperasi. Jika dilihat saudara bekerja sebagai jurutera tidaklah secara langsung terlibat dalam menyediakan arak tersebut, jadi saudara hanya boleh membenci dalam hati dan tindakan saudara untuk tidak terlibat aktiviti menghidang dan seumpamanya. Jika saudara tidak redha, saudara tidak bersubahat dengan aktiviti itu. Jika saudara redha barulah saudara bersubahat terhadap aktiviti itu.

      Kita hanya boleh bertindak untuk tidak bersubahat dan menasihatkan kepada syarikat agar hidangan arak dan aktiviti seumpamanya disediakan oleh pekerja yang bukan muslim agar kita selamat dalam amal dan iman kita.

      Wallahu’alam. Moga ia membantu serba sedikit pada saudara. ;-)

      • Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

        “Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak:

        1) yang memerasnya (memerahnya)
        2) yang minta diperaskannya
        3) yang meminum
        4) yang membawa
        5) yang minta dihantari
        6) yang menuangkannya
        7) yang menjual
        8) yang makan harganya
        9) yang membeli
        10) yang meminta dibeli.”

        Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Tapi mengapa kini ramai yang masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?

        Merujuk kepada pengecualian dari pihak tuan dalam menjawap masalah urus jual beli arak :
        “. Cukup dengan membenci dalam hati akan perkara tersebut”

        Saya harap pihak saudara dapat memperbetulkan perkara tersebut. Komen saya ini merujuk kepada apa yg diajar oleh ustaz, Malah saya serta kan komen ini dengan sokongan video ceramah Ustaz Idrus;

        Cuba dengar apa yg dberitahu, ianya tetap haram dalam bertolong-tolong dalam penjualan arak dan termaktub dalam 10 perkara mengenai arak. Tetap dalam golongan yang kena laknat oleh Allah..

  4. Pingback: Pengharaman Arak Dalam Islam « Buddies4ReaL.com·

  5. assalamualaikum…

    sy skrg baru sahaja bekerja di kedar serbaneka 7-eleven dimana di kedai tersebut ada juga menjual arak…..jadi di sini saya ingin bertanya beberapa soalan…

    1) apakah status saya bekerja di tempat tersebut….adakah haram dan sy termasuk di dalam golongan yang dilaknat ALLAH S.W.T…?

    2) bagaimanakah pula dengan pendapatan (gaji) yang diterima saya…dimana ia dikatakan syubhah (pendapatan yang bercampur dari hasil yang haram)..?

    3) adakah benar pendapatan yang berunsur syubhah perlu dibersihkan…jadi bagaiamanakah cara untuk membersihkan pendapatan berunsur syubhan tersebut..dan saya samgat berharap dapat diterangkan dengan jelas dan diberikan contoh kerana saya cetek pengetahuan berkenaannya..?

    saya harap dapat dibantu, diberikan nasihat yang sewajarnya dan diberikan jalan penyelesaian yang terbaik kepada saya supaya diri saya kembali tenang….mohon pertolongan…

    • waalaikumssalam w.b.t…
      Saudari E-ma yang dikasihi Allah Taala

      alhamdulillah, apabila saya membaca soalan saudari, sy dapat memahami perasaan saudari serta situasi saudari hadapi sekarang. berbalik kepada soalan saudari, kerja yang haram adalah tempat yang 100% menjual arak seperti kilang arak. akan tetapi seperti 7 eleven, tesco dll, penjualan arak adalah minoriti. oleh itu, tidak salah bekerja di tempat sedemikian

      saudari,
      bekerja di 7 eleven sememangnya berhadapan dengan penjualan arak. “Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah (Sheikh Mesir) menjawab bahawa dibenarkan untuk bekerja di tempat demikian cuma sebaiknya jauhkan daripada tempat penjualan arak”. dan tidak dibenarkan membuat jual beli arak. biarlah jual beli arak itu diuruskan oleh sahabat non-Muslim.

      dari aspek gaji pula,kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada saudari, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi

      saudari,
      saya berharap jawapan saya menepati serta mampu memberi jalan penyelesaian serta ketenangan buat saudari.. semoga Allah Taala mudahkan urusan saudari serta memurahkan rezeki kepada saudari, Amiin ^_^

      Noor Erma Azila Binti Mohd Pawzi (Erma)
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre

  6. Maaf, nak tanya.. ada 9 ke 10 perkara?

    Daripada Anas bin Malik Radhialllahu ‘Anhu dia berkata :
    “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam melaknat sepuluh golongan yang terbabit dengan arak: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak.”

    Di dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda lagi, maksudnya:
    Daripada Abi Umar, Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, maksudnya:
    “Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan
    arak).
    (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

    wallahualam…

  7. salam,
    sy nk tnye, mgkin soalan ni same…tpi sy nk tnye jgk..sy kerja kt giant sbgai cashier, so ade customer non muslim nk bayar arak kat sy, ade customer yang boleh terima bila saya suruh bayar kt kat kaunter non muslim…soalan sy..(1) kalau kebetulan hari tu non muslim tk keje boleh tk sy yg scan bnde tu..bnde tu mksud sy (beer dalam tin) beer tu ade yg 0.5%,6.5% mcam2 lgi lah…(2) pastu sy dh tnye kt pakcik supervisor, dy ckp tkpe..sbb bkn kite yang jual tapi giant dy p.cik tu ckp, niat kita just nk keje, nk dptkn duit, sy tk de ilmu nk bahas,tpi klu ikut sy bljr feqah dulu mmg tk bleh jual…tpi sy confius..sbb ade stengah ckp boleh, ade stengah tk boleh..so mne stu..(3) customer non muslim tk paham dan tak nk klu saya ckap sruh bayar kt kaunter non muslim,pastu supervisor saya cakap tkut jadi isu perkauman plak katenya…boleh tk nk thu pndapatnye cmne brkenaan soalan2 sy…terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Safiah.
      Hukum seorang Muslim terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Allah adalah berdosa. Pun begitu, kita harus melihat sesuatu berdasarkan keadaan/situasi semasa. Malaysia sebagai contoh yang praktikal terdiri daripada masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya. Kita akui, bahawa ekonomi negara telah dikuasai oleh bangsa Cina dan mereka yang bukan Islam. Dan kita sedar, banyak peluang pekerjaan yang dibuka oleh orang Islam oleh mereka yang bukan Islam. Ia salah peluang baik yang membolehkan orang Islam mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Jika kita meletakkan hukum orang Islam hanya boleh bekerja dengan syarikat orang Islam, sudah pasti akan ramai orang Islam yang hilang punca pendapatan.

      Berkenaan masalah yang Safiah hadapi, tidak salah bekerja dengan majikan bukan Islam. Namun, mesti disertai niat semata-mata mencari rezeki yang halal dan berkat. Sebagai cashier, saya pasti Safiah atau mana-mana pekerja Muslim yang lain tidak ditetapkan untuk menerima bayaran daripada pelanggan bukan Islam sahaja. Tetapi bersifat umum bukan? Maksudnya, tugas Safiah adalah menerima bayaran daripada pelanggan tanpa mengira siapa pun dia/agama apa. Dalam masalah jika tiada cashier bukan Islam pada hari-hari tertentu untuk menerima bayaran arak, laksanakan sahaja tugas/tanggungjawab Safiah sebaik mungkin. Cukup dengan membenci dalam hati akan perkara tersebut. InsyaAllah, Islam agama yang mudah dan tidak menyusahkan.
      Jika Safiah masih ragu-ragu, sebaiknya cubalah cari pekerjaan lain yang akan membuat jika Safiah lebih tenang.

      Namun, pendapat saya secara peribadi dengan melihat dari beberapa aspek, tiada masalah insyaAllah.
      Bersihkan hati dan perbaharui niat bekerja hanya ingin mencari rezeki halal di muka bumi Allah.

      Pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.
      Semoga membantu.

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  8. Assalamualaikum,

    Nama saya Luqman Hakeem. Saya bertugas sebagai Akauntan. Baru baru ini saya dipindahkan ke department lain yang 100% bisnessnya adalah mengimport dan mengeksport arak dalam dan luar negara. Tugas saya adalah untuk memastikan penyata akaun bulanan bagi department ni kemas dan mengikut kehendak syarikat dan department sedemikian. Makanya kos serta gaji bulanan saya datang dari department ini. Oleh kerana hasil department ini 100% melibatkan arak, berdosakah saya untuk meneruskan mata pencarian saya disini? Adakah saya disifatkan sebagai bersubahat serta halalkah rezeki yang saya perolehi setiap bulan biarpun saya hanya cuma menjaga akauns department sedemikian? Harap dapat bantu meleraikan masalah saya; kerana hati saya risau dan tak tenteram semenjak dialihkan ke department ini.

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Terima kasih banyak-banyak atas soalan ini. Moga Allah terus berikan kekuatan iman dan taqwa padaNya.

      Mari kita sama-sama lihat hadis ini :

      PENJELASAN HADIS HUKUM HARAM ARAK
      قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له
      “Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasululLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

      عاصرها – orang yang memerah arak

      معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya

      شاربها – orang yang meminumnya

      حاملها – orang yang membawanya

      المحمولة إليه – orang yang meminta dibawa arak kepadanya

      ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain

      بائعها – orang yang menjual arak

      آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak

      المشتري لها – orang yang membeli arak

      المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya

      Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

      Ianya cukup jelas amaran daripada orang yang amat menyayangi kita iaitu Muhammad saw. Jadi, mana-mana aktiviti seperti saudara untuk mengemaskini kewangan/akaun syarikat dan bekerja di syarikat arak, kami memang galakkan saudara carilah syarikat yang halal. Ada banyak syarikat-syarikat yang halal dan tidak melibatkan aktiviti yang dilarang Allah swt.

      Jika hati saudara sudah tidak tenteram, berbahagialah bahawa Allah menyayangi saudara untuk jauhkan diri daripada aktiviti ini dan semakin dekat denganNya. Tahniah saudaraku! Teruskan mencari pekerjaan yang menjaminkan kebahagian di dunia dan akhirat. ;-)

      Moga Allah permudahkan urusan saudara. Amin3. :-)

  9. Assalamualaikum,

    Saya ada sedikit kemusykilan. Berkenaan dengan pekerjaan saya. Saya bekerja di sebuah syarikat cargo dan pergudangan. Pemiliknya adalah bukan Islam. Perkhidmatan kami adalah diseluruh dunia, Namun gaji kami berdasarkan hasil & keuntungan operasi di Malaysia. Di Malaysia, kami mempunyai beberapa gudang yg jumlah keluasan keseluruhannya adalah lebih dari 1 juta kaki persegi. Daripada jumlah keluasan tersebut, lebih kurang 50 ribu kaki persegi digunakan untuk menyimpan arak serta aktiviti pembungkusan. Dan juga aktiviti penghantaran (import & export kepada pelbagai pelanggan) samada melalui darat/udara/air. Syarikat saya mengambil upah untuk menyimpan (storage) dan menghantar (delivery) arak, apakah hukum bekerja di syarikat ini?

    Tanggungjawab saya adalah memastikan keselamatan bangunan dan lori yang digunakan di syarikat saya dan ini termsuklah bangunan yg menyimpan arak dan lori yang digunakan untuk penghantaran arak, apakah hukum pekerjaan saya?

    Sekian.terima kasih.

    • Waalaikumsalam….

      Saudara,
      Bekerja di hotel, gudang dan kedai adalah halal. akan tetapi jika terdapat penjualan arak, banyak perkara yang perlu diperhatika .Memandangkan ekonomi Islam di Malaysia tidak berapa memberangsangkan, ulamak membolehkannya akan tetapi mempunyai syarat2 tertentu. jika dirujuk nas Al-Quran, hukum arak adalah haram dan hadith telah memperincikannya.

      Saudara,
      ulama’ meletakkan beberapa garis panduan dalam berkerja di tempat yang menjual arak. antaraya ialah
      1) melihat peratus penjualan arak. andainya syarikat/kedai/hotel menjual arak sebanyak 80% secara keseluruhannya, maka hukumnya haram bekerja ditempat berkenaan…
      2) biarlah urusan jual beli arak ini diuruskan oleh non-Muslim

      saudara,
      berkaitan pendapatan pula, saya memetik hujah dari Us. Zaharuddin. beliau mengatakan ini kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

      saudara,

      * melihat daripada kenyataan soalan saudara, saya tidak dapat memahami kerja yang saudara usahakan. seandainya, jual beli arak adalah keuntungan utama atau barang utama penjualan sehingga 80 %, maka seharusnya saudara mencari ikhtiar untuk memperoleh sumber kewangan yang lebih halal.

      saya harap saya mampu menjawap soalan saudara… semoga kita sama-sama berada di bawah naungan Allah Taala…

      Sekian, wassalam

      Cik Erma Azila
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah CEntre

  10. assalamualaikum,
    saya bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah resort, resort kami menyediakan masakan halal dan tidak menggunakan sebarang arak, tetapi sekarang resort kami telah mendapat chef baru dan chef tersebut adalah tidak muslim.
    persoalannya chef tersebut ada menyimpan botol arak di tempat kerja (dalam ofis dia) dan meminum arak apabila tiba waktu rehat
    adakah berdosa saya berkerja disana, walaupun saya tidak minum dan menyentuh botol arak tersebut tetapi saya nampak perbuatan tersebut

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Terdapat 9 golongan yang disebut sebagai orang yang berdosa kerana terlibat secara langsung dengan arak.
      Dalam hal ini, saya tidak melihat ia sebagai satu perkara yang melibatkan Noorish secara langsung dengan arak.
      Masalah hanya melibatkan chef tersebut yang meminum arak secara peribadi, bukan melibatkan masakannya yang menggunakan arak.
      Orang bukan Islam tidak layak dihukum menggunakan hukum Islam :)

      Semoga membantu.

  11. Aslkum…bagaimana pulak keadaan orang bukan islam menjual arak didalam negara islam, ada garis panduan untuk keadaan cam ni? tq

  12. Assalamualaikum. Perancangan saya ingin membuka perkhidmatan ‘laundry’. Saya percaya, pada masa akan datang, perniagaan ini akan menjadi luas. Namun begitu, saya ada sedikit kemusykilan. Bagaimana jika pelanggan saya adalah dari sebuah syarikat arak, yang menghantar pakaian pekerja-pekerja mereka pada “laundry service” saya. Apakah status saya jika keadaan ini berlaku? Adakah saya dikira bekerja dengan syarikat arak tersebut atau tidak? Dan apa hukum saya menerima bayaran daripada mereka di mana wang mereka adalah daripada hasil jualan arak?

  13. apakah hukum kita mengiklankan pekerjaan seperti Bartender ? adakah kita termasuk dlm 7 golongan bersubahat diatas?

  14. assalamualaikum ustaz@ustazah… sy ad musykil mengenai arak… apakah hukumnya kalo umat islam bekerja di hotel ad jual arak tp sedangkan dye bkerja dbhagian lain.?? apakh hukum pndapatan gaji yg dperolehi dr majikannya??

    • Waalaikumsalam….

      Saudara,
      Bekerja di hotel dan kedai adalah halal. akan tetapi jika terdapat penjualan arak, banyak perkara yang perlu diperhatikan. jika dirujuk nas Al-Quran, hukum arak adalah haram dan hadith telah memperincikannya.

      Saudara,
      ulama’ meletakkan beberapa garis panduan dalam berkerja di tempat yang menjual arak. antaraya ialah
      1) melihat peratus penjualan arak. andainya syarikat/kedai/hotel menjual arak sebanyak 80% secara keseluruhannya, maka hukumnya haram bekerja ditempat berkenaan…
      2) biarlah urusan jual beli arak ini diuruskan oleh non-Muslim

      saudara,
      berkaitan pendapatan pula, saya memetik hujah dari Us. Zaharuddin. beliau mengatakan ini kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

      saudara,

      saya harap saya mampu menjawap soalan saudara… semoga kita sama-sama berada di bawah naungan Allah Taala…

      Sekian, wassalam

      Cik Erma Azila
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah CEntre

  15. assalamualaikum,
    saya telah mendapat tawaran temuduga di 7 eleven di bahagian akaun. umumnya 7 eleven ada menjual arak di sesettengah store. saya telah menerima tawaran tersebut temuduga tersebut. apakah yang harus saya lakukan?
    terima kasih

    • Waalaikumsalam….

      Saudara,
      Bekerja di hotel dan kedai adalah halal. akan tetapi jika terdapat penjualan arak, banyak perkara yang perlu diperhatikan. jika dirujuk nas Al-Quran, hukum arak adalah haram dan hadith telah memperincikannya.

      Saudara,
      ulama’ meletakkan beberapa garis panduan dalam berkerja di tempat yang menjual arak. antaraya ialah
      1) melihat peratus penjualan arak. andainya syarikat/kedai/hotel menjual arak sebanyak 80% secara keseluruhannya, maka hukumnya haram bekerja ditempat berkenaan…
      2) biarlah urusan jual beli arak ini diuruskan oleh non-Muslim

      saudara,
      berkaitan pendapatan pula, saya memetik hujah dari Us. Zaharuddin. beliau mengatakan ini kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

      saudara,

      saya harap saya mampu menjawap soalan saudara… semoga kita sama-sama berada di bawah naungan Allah Taala…

      Sekian, wassalam

      Cik Erma Azila
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah CEntre

  16. Cik Erma Azila
    Pegawai Eksekutif Dakwah
    Hidayah CEntre

    saya rasa, saya pernah menegur tentang 10 perkara yang haram mengenai arak. malah ia disokong dengan link youtube ustaz azhar idrus. yang memberitahu pekerjaan menjual arak di 7eleven dan seumpama dengannya.

    saya rasa baik cik erma memperbetulkan dan mencari lagi nas yang ada tanpa merujuk kepada 1 sumber mengenai arak. sedangkan beribu pekerjaan lain yang tidak dikelilingi arak. segala komen seperti ‘sekadar membenci’ ‘sedekah’ hanyalah membuatkan mereka lebih rasa tak bersalah bekerja yang berkaitan arak dan hanya menarik minat mereka yang bekerja di syarikat yg ada kaitan dengan arak.

    wallahualam..

  17. assalamualaikum..

    baru-baru ini, company tempat saya bekerja telah mendapat tender untuk membuat switchboard bagi sebuah kilang arak di vietnam, saya ingin tahu apakah hukumnya saya melukis plan dan membeli barang-barang electrical untuk dipasang pada switchboard tersebut?

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudaraku,

      Terima kasih atas soalan yang diajukan itu. May Allah bless you.

      Kami bukanlah pakar dalam bidang fiqh ini cuma berdasarkan ilmu yang ada. Jika memang saudara memang hanya untuk buat switchboard tu dan bukan kerja di syarikat jual arak tu, hukumnya harus. Ianya atas alasan saudara hanya membuat switchboard dan bukannya membuat iklan jual arak.

      Moga jawapan ini membantu sedikit sebanyak saudara. Kami juga cadangkan saudara tanyalah ustaz yang memang pakar dalam bab sebegini. ;-)

  18. Pingback: Kerjaya Berkaitan Arak | HALAL PRACTICE·

  19. assalammualaikum.
    Baru baru ni, seorang pekerja nepal beragama islam yang memang selalu meminum arak telah sakit ketika bekerja dalam keadaan mabuk. sakitnya itu disebabkan oleh perbuatannya yang meminum arak pada petang/malam tadi. oleh itu saya terpaksa menghantarnya kehospital untuk mendapatkan rawatan. apakah hukumnya pada saya.

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudara Rosli,

      MasyaÁllah, tahniah saudaraku! Tahniah! Saudara atas usaha saudara membantu saudara seIslam yang mengalami kesusahan.

      Tiada masalah sebenarnya saudara membantu sahabat itu sebab saudara mengeluarkan dia daripada kemungkaran kepada kebaikan. Alhamdulillah sifat perhatin saudara menyelamatkan seseorang Islam kembali kepadaNya. Hukumnya wajib selamatkan saudara kita yang tersasar daripada agama.

      Teruskan usaha dakwah murni ini ya! ;-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s