Hak zakat golongan mualaf

Jumaat, September 18, 2009 Utusan online

GOLONGAN mualaf adalah antara mereka yang layak menerima zakat. Ia sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah yang maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang mualaf…(at-Taubah: 60)

Persoalannya, masih terdapat golongan ini yang terpaksa turun-naik pusat zakat atau Baitulmal memohon bantuan terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pengarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merangkap Pengarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) UiTM, Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman yang memperkatakan tentang agihan zakat kepada asnaf mualaf.Dr. Muhamad Rahimi Osman

MEGA: Golongan mualaf adalah salah satu asnaf yang layak menerima zakat. Boleh Dr. jelaskan siapakah yang dimaksudkan dengan mualaf?

DR. RAHIMI: Golongan mualaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau keyakinan hatinya dapat bertambah terhadap Islam. Mereka adalah salah satu dari lapan golongan yang layak menerima zakat.

Golongan mualaf ini seperti yang disebut oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat boleh dibahagikan secara umumnya kepada kategori berikut:

1) Golongan yang diharapkan keislamannya atau keislaman keluarga serta kaumnya. Ini seperti yang berlaku kepada Safwan bin Umayyah yang pada masa pembukaan Kota Mekah diberikan keamanan oleh Rasulullah SAW dan diberi masa untuk memikirkan tentang dirinya (sama ada mahu memeluk atau sebaliknya).

Kemudian beliau kembali bertemu Nabi dan turut berperang bersama kaum Muslimin dalam peperangan Hunain, yang ketika itu beliau masih belum lagi memeluk Islam.

Kemudian Rasulullah SAW memberinya sejumlah unta yang banyak dari sebuah lembah (wadi), sambil menyatakan ini adalah pemberian orang yang tidak takut akan kefakiran. Dengan pemberian itu Safwan bin Umayyah memeluk Islam.

2) Golongan orang yang ditakuti akan kejahatan mereka. Mereka ini dimasukkan ke dalam kelompok penerima zakat, dengan harapan dapat mencegah kejahatannya.

Dalam riwayat Ibnu Abbas dikatakan, bahawa ada suatu kaum datang kepada Nabi SAW yang apabila mereka diberi bahagian dari zakat, mereka memuji Islam dengan menyatakan: “Inilah agama yang baik!” Akan tetapi apabila mereka tidak diberi, mereka mencelanya.

3) Golongan orang yang baru memeluk Islam. Mereka perlu diberi perhatian agar bertambah mantap keyakinannya terhadap Islam.

Ini kerana setiap orang yang baru memeluk Islam sesungguhnya telah meninggalkan agamanya yang lama, mengorbankan apa yang menjadi miliknya dari kedua orang tua dan keluarganya.

Dimusuhi keluarga dan diputuskan rezekinya. Tidak dapat diragukan lagi, bahawa orang yang merelakan dirinya dan meninggalkan dunianya semata-mata kerana Allah sangat perlu diberi perlindungan dan pertolongan.

MEGA: Saidina Umar Al-Khattab telah membatalkan pemberian zakat kepada asnaf mualaf. Apakah bahagian golongan mualaf ini telah dimansuhkan selepas kewafatan Rasulullah SAW?

DR. RAHIMI: Apa yang dilakukan oleh Saidina Umar sebenarnya bukan memansuhkan asnaf mualaf dari ketetapan yang telah dibuat oleh al-Quran.

Sebenarnya apa yang dibuat oleh Umar pada masa pemerintahannya ialah beliau tidak lagi memberi zakat kepada golongan ini kerana menurut pendapatnya bahawa Islam sudah kuat dan tidak perlu lagi untuk dipujuk hati golongan bukan Islam seperti yang berlaku di zaman Nabi SAW.

Begitu juga menurut beliau mualaf itu bukan sesuatu yang bersifat tetap, dan tidak bermakna seorang yang mualaf pada suatu masa, tetap mualaf pula pada masa lain.

Namun begitu terdapat pandangan ulama yang menyatakan bahawa keperluan untuk menjinakkan hati golongan bukan Islam tidak terhenti. Sebabnya, ini termasuk dalam tugas dakwah Islam yang akan mengeluarkan golongan bukan Islam dari lembah kekufuran kepada cahaya Islam.

MEGA: Siapakah bertanggungjawab memujuk hati dan menyerahkan zakat kepada golongan mualaf?

DR. RAHIMI: Dengan menjadikan golongan ini sebagai sasaran zakat, jelas kepada kita bahawa zakat dalam pandangan Islam bukan sekadar perbuatan baik yang bersifat kemanusiaan dan bukan pula sekadar ibadah yang dilakukan secara peribadi. Ia adalah salah satu tugas pemerintah.

Ini kerana kebolehan menarik hati dan penentuan keperluan golongan mualaf hanya boleh ditentukan oleh pihak pemerintah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW dan Khulafaur-Rasyidin.

Pemerintah juga bertanggungjawab melindungi saudara baru Islam ini, yang kadang-kadang akan melibatkan isu-isu perundangan dan politik.

MEGA: Bagaimana pemerhatian Dr. terhadap kebajikan asnaf mualaf di negara kita?

DR. RAHIMI: Kedudukan perkara ini sebenarnya memerlukan kajian yang menyeluruh di seluruh negara bagi kita melihat tahap kebajikan asnaf.

Kajian sebegini perlu agar membantu pihak berkaitan mengefisienkan bantuan dan paling kurang, agar tidak berlaku ‘terlepas pandang’ dalam menjaga dan memelihara kebajikan asnaf ini.

Tinjauan secara umum di negeri Selangor, kebajikan asnaf ini diberi tumpuan istimewa.

Pelbagai bantuan disalurkan dengan mengambil kira tahap ekonomi dan bentuk bantuan yang diperlukan asnaf berkaitan. Bantuan yang diberi meliputi sumbangan awal ketika memeluk Islam dan bantuan berterusan mengikut keperluan asnaf bagi tempoh lima tahun.


MEGA: Kebelakangan ini, kita sering melihat beberapa saudara mualaf meminta bantuan daripada masjid ke masjid atau daripada rumah ke rumah seolah-olah ‘meminta sedekah’. Kenapa berlaku hal sebegini?

DR. RAHIMI: Kita memang tersua senario seperti ini. Di kariah saya pun ketika bulan Ramadan ini, surau kami kerap didatangi asnaf mualaf.

Seperti yang dinyatakan tadi, hal ini juga perlu dibuat kajian dan siasatan. Beberapa perkara mungkin menyumbang kepada fenomena ini.

Pertama, asnaf berkaitan mungkin tidak tahu haknya yang memang tersedia di pejabat agama. Ini berlaku jika asnaf berkaitan memeluk Islam melalui saluran umum yang belum melalui proses jabatan agama.

Keduanya, kita tidak mengetahui status mualafnya itu sudah berapa lama. Kemungkinan sudah melebihi lima atau 10 tahun.

Jika bantuan kepadanya mungkin sudah terhenti kerana sudah terlalu lama status mualafnya, bantuan masih tetap perlu diberi jika insan berkenaan tergolong dalam kelompok asnaf fakir, miskin dan gharimin (orang yang berhutang).

Ketiganya, kemungkinan berlaku di sana masalah sikap mualaf itu sendiri yang sudah selesa dengan menerima bantuan orang lain.

Ini melibatkan masalah tarbiyah yang perlu diusahakan agar mereka memahami perkara pokok berhubung dengan kedudukan meminta-minta dalam agama Islam.

Apa pun keadaannya, permasalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana senario berleluasa peminta sedekah mualaf memberi implikasi yang tidak elok pada pandangan umum.

Seolah-olah masuknya mereka kepada agama Islam berakhir dengan menjadi peminta sedekah.

Senario ini juga memberi gambaran begitu lemahnya sistem takaful Ijtimaii masyarakat Islam hingga tidak dapat membantu saudara mereka yang baru memeluk Islam.

MEGA: Apakah pendekatan terbaik dalam menyalur bantuan kepada asnaf mualaf ini?

DR. RAHIMI: Perkembangan Islam di negara kita ternyata menarik minat non-Muslim mendekati Islam. Mereka ini terdiri daripada lelaki dan wanita dengan peringkat umur serta latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza.

Kedudukan ini tentunya menggambarkan bantuan yang diperlukan mereka tidak sekata. Bagi golongan remaja, perhatian perlu diberi kepada memastikan mereka mendapat bantuan secukupnya untuk menimba ilmu dan mempunyai kemahiran tertentu untuk berdikari dalam kehidupan.

Bagi golongan yang tua dan uzur, perhatian yang perlu diutamakan ialah memastikan mereka mendapat bantuan secukupnya dalam meneruskan kehidupan.

Adalah suatu kezaliman di pihak ummah membiarkan mereka meminta sedekah untuk memenuhi keperluan mereka ini. Untuk perlu rasa satu keaiban jika keadaan ini berlaku. Lebih-lebih jika keperluan mereka itu tidak terbela dan disiarkan pula secara umum dalam program ‘Bersamamu TV3’.

Hari ini, kemungkinan pengurusan sebegini agak besar memandangkan pejabat agama terhad kakitangannya berbanding dengan hal-hal yang perlu diuruskan di setiap negeri.

Keadaan ini menuntut keprihatinan orang ramai untuk hubungkan asnaf-asnaf yang memerlukan kepada pengetahuan pihak berwajib agar tidak berlaku ‘terlepas pandang’ dalam memelihara kebajikan asnaf dan hak mereka yang sepatutnya.

Untuk tujuan ini, para amil boleh berperanan sepanjang tahun menyalur maklumat kepada pejabat agama agar tidak hanya aktif ketika bulan Ramadan.

Usaha ini juga boleh meminimumkan hal-hal birokrasi yang mungkin timbul jika asnaf berurusan secara terus dengan pejabat agama.

About these ads

48 responses to “Hak zakat golongan mualaf

  1. saya sudah msk mualaf,sudah 6 bulan saya masuk islam,saya mempunyai 4 anak,sekarang saya mengganggur,dan saya pun baru cerai dgn suami cina saya 3 bulan lepas, dia hanya memberi pampasan sebanyak rm1000,tetapi saya banyak berhutang kredit card dengan bank sebanyak lebih kurang 50,000 ke atas.saya tak dapat pergi kerja sebab masih ada 2 org anak kecil yang belum sekolah dan saya pun tak mampu hantar mereka ke sekolah,sekarang tempat tinggal pun disewa oleh kawan untuk saya,masih mahu bayar ansuran kereta lagi,.mana tempat saya boleh buat pemohonan zakat,saya tinggal di jinjang utara ,kepong.

  2. ASSALLAMUALAIKUM….SAYA SEORANG MUALAF….DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERUSIA 5 BULAN.MASUK ISLAM PADA TAHUN 1999.NAK DAPATKAN BANTUAN MEMANG SEKSA MACAM MEMILIH.SAYA PERNAH PERGI BAITULMAL WILAYAH DAN ZAKAT.MEREKA MANGATAKAN SAYA TAK LAYAK DAPAT BANTUAN….SAYA NIAGA DENGAN ISTERI SAYA.PENDAPATAN SEHARI LEBIH KURANG RM 60.00.KADANG KADANG SAYA KERJA SAMBILAN HANTAR SURAT.SEWA RUMAH RM550,MOTOR RM 158,PINJAMAN ALONG RM 748.00…MACAM MANA CARA NAK DAPAKAN BANTUAN .LAGI PUN ANAK SAYA BARU LEPAS BEDAHAN BUANG BUAH PINGGNG KANAN YANG BERUSIA 5 BULAN..HARAP DAPAT BANTU SAYA.0126896511

    • Wa’alaikumussalam.
      Untuk makluman Encik Fazlani, status ‘muallaf’ dikira bermula selepas memeluk Islam sehingga tempoh 5 tahun.
      Dalam tempoh tersebut, Encik Fazlani layak memohon bantuan asnaf zakat sebagai muallaf. Selepas tempoh tersebut, Encik Fazlani boleh memohon bantuan zakat tidak sebagai muallaf lagi. Jika keperluan melebihi jumlah pendapatan, Encik boleh memohon untuk kategori miskin.
      Boleh nyatakan kepada pusat Zakat/Bairulmal mengatakan Encik tidak layak?

  3. aslkum,saya mazlina abdullah,umur 52..dan ingin dapat bantuan bulanan,walaupun sedikit untuk ringgankan beban,saya kerja tapi tak cukup….h/p 016 318 2542..

    • Wa’alaikumussalam.
      Seperti perbualan dalam telefon sebentar tadi, pihak kami akan usahakan insyaAllah.
      Semoga Allah permudahkan urusan aunty :)

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah Hidayah Centre

  4. assalamwalaikum saya farah,n seorang mualaf,bersal dari penampang sabah,saya ingin bertanya…..saya menganggur dan tidak mempunya kerja apa2….saya ingin berniaga tetapi tidak cukup modal….adakah saya boleh dapat bantuan untuk berniaga?

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah…
      InsyaAllah, boleh memohon sama ada melalui institusi kami Hidayah Centre atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah kerana saudari layak berbuat demikian :)

      Pertanyaan lanjut, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669 atau emel hidayah.centre@gmail.com

      Semoga Allah permudahkan urusan.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  5. assalamu`alaikum selalunya sampai bilakah seorang mualaf dapat bantuan zakat ini?sampai bila-bila kah?

    • Wa’alikumussalam.
      Tempoh seseorang yang baru memeluk Islam digelar muallaf adalah selama 5 tahun bermula dari tarikh dia memeluk Islam.
      Dalam tempoh tersebut, beliau layak memohon zakat bagi asnaf zakat muallaf.
      Selepas tempoh 5tahun tersebut, beliau boleh memohon bantuan kewangan dibawah asnaf miskin sekiranya pendapatan yang ada tidak dapat memenuhi keperluannya sekeluarga.

      Semoga Allah permudhakan :)

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  6. Assallamulaikum.sy telah memeluk islam pada tahun 2007.hanya sekali pernah menerima bantuan.sy mahu tahu apakah bantuan ini hanya sekali dalam setahun? Sy tidak faham semua ini.tolong sy.

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Status muallaf mengikut negeri Selangor adalah untuk tempoh 5 tahun selepas memeluk Islam. Selepas tempoh tersebut, individu tersebut dipanggil mukallaf.
      Dalam tempoh bergelar muallaf, Puan layak menerima zakat dibawah asnaf zakat sebagaiman firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 60 :

      “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

      Selepas tempoh bergelar muallaf tamat, Puan boleh memohon zakat dibawah asnaf zakat miskin yang mana pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan Puan dan keluarga.

      InsyaAllah, pihak kami akan cuba membantu untuk hal berkaitan bimbingan dll.
      Mohon jasa baik Puan untuk emel personally maklumat peribadi Puan ke emel rasmi Hidayah Centre: hidayah.centre@gmail.com

      Semoga Allah tunjukkan jalan keluar terbaik, insyaAllah.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ.
      03-41089669

  7. Sy sangat sedih lah.sy suka mendengar ceramah2 islam.apapun brkaitan islam.tapi sy tiada pembimbing dalm soal agama islam.sy sgt bingung.apatah lagi soal kwangan sy tidak pernah stabil.walaupun sy tahu ada bantuan mualaf tpi sy segan memohon sedangkan sy amat memerlukannya dlm khdpn harian dmi menampung 2org ank dan dapat membantu suami.apakah ini ujian sy stelah memluk islam?

    • Alhamdulillah. Puan masih berusaha meneguhkan pegangan Puan melalui pelbagai sumber yang ada.
      Persoalan lain telah saya jawab dalam soalan pertama Puan.

      Semoga membantu.

  8. salam,saya memeluk ugama Islam pada tahun 1991.saya tidak pernah meminta apa2 bantuan kewangan kerana ada pendapatan secukupnya.kini pada umur 45 tahun , anak 3 orang ( 6 bulan, 14 dan 15 tahun) ,saya telah hampir 3 tahun berhenti dan tutup perniagaan saya.kewangan sejak itu mencabar.saya banyak buat kerja yang dibayar harian spt mengecat dan sebagainya. bukan kerap pun.kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,kerap kali meminjam dan kerap pressure melangsaikan sewa rumah,bil2 dan makan minum keluarga.pernah minta bantuan MAIS 5 tahun yg lepas tetapi ditolak kerana di rumah ada segala kelengkapan spt tv,washing machine yang saya beli ketika berniaga dulu.
    esok satu lagi hari mencabar utk cari rm500 utk bayar sewa rumah,belum lagi bil air yang akan di potong juga esok 26hb Nov jika tidak dibayar.kerja banyak yg dipohon tetapi alasan diberi ingin yang berumur 35 tahun kebawah.January 2013 bakal menjelma dan persekolahan akan bermula.masalah kewangan saya tak akan berakhir tetapi atas nama tanggung jawab sebagai suami saya belum lagi miss makan minum keluarga.I just need someone to talk to.A shoulder to cry on.
    me,Asyraf 019 3033313.

    • Wa’alaikumussalam..
      Bila saya hayati kisah encik, memang agak sukar hidup dalam kesempitan.
      Jemputlah datang ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk kami bantu.
      InsyaAllah, kami akan cuba apa yang terdaya untuk membantu encik Asyraf sekeluarga.

      Cik Alya,
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669.

    • Salam Cik Alya,terima kasih saya ucapkan ke atas keprihatinan saudari terhadap masalah kewangan dan survival harian saya.Saya terharu di atas kesudian pihak Hidayah menjemput saya ke pejabat untuk berbincang cara untuk menyelesaikan masalah saya,walaupun saya rasakan bagai ‘stranger’ kepada pihak Hidayah Centre.
      Harapan terus menyinar namun disebabkan tiada income,saya tidak mampu untuk ke Hidayah Centre kerana tinggal di Klang.Hanya kewangan mencukupi utuk makan minum sehari dua.
      Esok 8hb tiba lagi hari mencabar kerana sewa rumah Rm500 perlu dibayar.Terpaksa mencuba sekali lagi meminta-minta dari saudara mara dan kawan2 walaupun tahu peluang dan jawapan dari mereka tipis dan tiada bajet.namun untungsabut timbul,untung batu tenggelam.Tiada istilah lain selain mencuba.Telah kerap menghampakan tuan rumah kerana lewat bayar sewa rumah dan bil-bil berkaitan rumah.Saya sering tertanya,apakah akan terjadi sekiranya tuan rumah memberi notis untuk keluar jika berterusan gagal bayar sewa pada waktu yang tepat?
      Ramai saudara dan kenalan telah bantu selama ini,dan semua wang pinjaman harus dibayar sebagai hutang.
      Saya kurang pasti bagaimana Hidayah Centre dapat bantu saya,adakah melalui bantuan kewangan meringankan sewa rumah,atau bantuan barangan dapur,atau melangsai hutang-hutang saya?
      Terlalu banyak untuk diminta,namun saya percaya bantuan ini boleh meringankan kekusutan dan beban kewangan saya buat masa terdesak ini.Namun saya rasa penyelesaian yang lebih proaktif adalah untuk mendapatkan kerja yang akan menjanjikan pendapatan berterusan dengan kadar segera. Atau pun diberi peluang modal berniaga.
      Saya berkemampuan dalam bidang sebagai Sales Trainer,Pengurusan,Pentadbiran dan Hospitality.
      Halangan utama saya untuk bekerja dan memohon bidang kerja tersebut adalah persoalan ‘bagaimana untuk harungi bulan pertama kerja jika tiada sumber kewangan untuk bertahan sebulan sebelum gaji’ apatah lagi memikirkan makan dan minum keluarga.
      Saya perlukan penyelesaian yang kritikal segera,kerana January bakal tiba,persekolahan akan bermula,tempat tinggal menjadi taruhan,hutang keliling pinggang,Bagaimana pihak Hidayah dapat membantu kerana saya percaya ini saja jalan keluar dari kemelut ini daripada asyik meminta-minta kerana saya masih berkemampuan dan bertenaga dari segi fizikal.

  9. Assalamualaikum, sy baru menjumpai seorang mualaf. Beliau sudah memeluk islam sejak setahun yg lalu. Berdasarkan perbicaraan sy dgn dia, beliau sudah tidak mendapat bantuan dari Perkim. beliau dtg kepada sy untuk memohon bantuan BR1M. beliau tidak punya tempat tinggal krn telah dibuang keluarganya yg tidak menerima pengislamannya.. sometimes beliau tidur di masjid. Sy mahu bantu dia tp sy juga tidak punya wang yg cukup dan tempat untuknya. Sy harap pihak HidayahCenter dpt katakan sesuatu yg menggembirakan beliau. Puas sy mencari tempat yg boleh beliau tinggal dan belajar islam krn hasratnya adalah untuk mempelajari agama islam lebih mendalam. Bagaimananya?

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Boleh emelkan maklumat terperinci berkenaan saudara baru tersebut?
      Kami perlu tahu, bila beliau memeluk Islam. Dimana. Siapa saksinya jika boleh. Tinggal dimana. Jika ada no. untuk dihubungi dll.
      InsyaAllah, kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi sokongan kepada saudara baru yang memerlukan.

      Cik Alya,
      Peg. Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669
      hidayah.centre@gmail.com

  10. assalamualaikum….
    saya orang Sabah dan berkahwin dengan melayu dan telah memeluk islam sejak 2002 di wilayah persekutuan kuala lumpur dan tinggal hampir 10 tahun di Kuala Lumpur…dan sejak setahun yang lepas saya dan keluarga berpindah ke Sabah dan pada tanggal 3hb disember 2012 saya telah memohon bantuan mualaf di jheains walaupun sejak 10 thn x perna memohon bantuan mualaf.Adakah saya masih layak menerima bantuan tersebut, kerana pada masa itu suami berkerja.Namun skrg saya dan suami tidak mempunyai pendapatan tetap sejak berpindah ke sabah kami mempunyai 3 org anak yg berumur(8thn,6thn dan 4thn) kami berkerja sendiri spt menjual burger.hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang Saya amat memerlukan bantuan. ia membuat saya mejadi tekanan kerana saya masih lagi menumpang di rumah kakak saya yg jg seorang mualaf, dan sempit.Oleh kerana ibu saya bukan islam..

    di sini saya amat perlukan bantuan kewangan yang dapat meringankan beban saya..
    sekian
    wassalam….

    • Wa’alaikummussalam wrh wbh saudariku,

      Jutaan terima kasih atas pertanyaan itu. Subhanallah semoga terus tabah dalam cabaran hidup. Moga Allah mempermudahkan urusan saudari sekeluarga dan suami saudari dapat kerja tetap. Amin3. :-)

      Tentang bantuan daripada JHEAINS tu, kami cadangkan saudari pergi dulu di jabatan agama sabah kemudian cuba tanya tentang status permohonan saudari iaitu boleh atau tidak saudari memohon bantuan asnaf mualaf di sana. Jika boleh teruskan untuk mengisi borang dan hantar. Jika tidak boleh, saudari cuba pula di bahagian bantuan asnaf miskin di jabatan agama yang sama untuk memohon bantuan.

      Yang penting saudari, saudari kena fahami dulu situasi saudari dan apa keperluan saudari sekeluarga ya. Lepas itu, barulah saudari memohon bantuan zakat asnaf miskin. insya’Allah, jika saudari faham mudah saudari mengisi borang dan lain2 keperluan yang diminta oleh jabatan agama.

      Moga Allah permudahkan urusan saudari dan suami. ;-)

  11. assalamualaikum…name saya muhammad amirul.saya memeluk islam.24/9/2012….dah abeskan kurus asas and lanjutan .dah ada 2 sijil lulus…sekarg ini saya mengalami dugaan…macam2 masalah..setiap malam tak bolei tidor,fikirkan masala sya cara nak selesai…saya pegi mohon bantuan perniagaan…pegawai itu kata kena adir kelas fardu ain miniman 3bulan..baru boleh mohon bantuan perniagaan…memag betol pegawai itu…tapi jiwa kita and fikiran kita keadaan tak tenang ,macamane kita boleh amek kelas fardu ain?0176065934/0126685183

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Allah. Kami bersimpati atas dugaan yang menimpa saudara.
      Semoga Allah tunjukkan jalan keluar terbaik bagi setiap masalah saudara.
      Berkenaan bantuan, jika tidak keberatan jemputlah datang ke pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk kami cuba membantu insyaAllah.
      Yakinlah, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Yang penting, mesti ada usaha. Selebihnya, kita serahkan urusan tersebut kepada Allah kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

      Kami mengalukan saudara untuk menyertai kelas bimbingan yang Hidayah Centre anjurkan pada setiap hari Ahad jam 10-12 tengah hari di pejabat kami.
      Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669.

      Semoga dipermudahkan segala urusan.

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ

  12. Salam,sy seorang mualaf yg diislamkan oleh hidayah center.Sy kini mengalami tekanan disebabkan maslah kewangan sy.Di tempat kerja sy diasingkan disebabkan sy tukar agama,segala kesalahan kecil yg dilakukan oleh sy majikan mengambil kira sbg keslahan besar.Sy kini berhutang dgn syarikat sy sebanyak 20k,sy harap pihak centre boleh membantu sy dlm menyelesaikan hutang saya dan sy nak berhenti kerja dari sana…Di sebabkan masalah ini sy berasa agak stress dan proses mendalami agama islam sy terbatas begitu sahaja..sy tidak mahu dihanyutkan begitu,sy ingin kembali ke pangkal jalan dn menjadi seorang islam yg baik dr segi keimanan…pls help me ..got no othe choices

    • waalaikumsalam…. saudara Adam…

      sebenarnya, kami di Hidayah Centre sentiasa terbuka kepada yang ingin mengenal Islam dan saudara baru. malah kami di Hidayah Centre akan sentiasa beruaha untuk membantu saudara baru. saya harap saudara Adam boleh datang ke Hidayah Centre untuk berbincang dengan pegawai di sana iaitu Cik Erma.

      *pihak kami doakan urusan saudara dimudahkanNya……amin

      Noor Erma Azila (Cik Erma)
      Pegawai Eksekutif Dakwah- Pentadbiran
      Hidayah Centre

      • Assalaamualai kum
        Saya muhammad miqail
        Saya dah memeluk islam dah 5tahun,
        Ramai kawan saya kata saya ada hak untuk menerima bantuan zakat
        Sebelum tu saya ada ke baitulmal untuk memohon bantuan zakat tetapi tidak dapat..

        Tapi tak kisah pun dengan bantuan tu
        Saya fikir Kalau apply dapat alhamdulillah
        Tak dapat saya diam saje…bagi lah kepada orang yang sangat memerlukan…

        Pekerja disana layanan tidak memuaskan
        Itu sahaja kata saya

      • Wa’alaikumussalam…
        Alhamdulillah. Anda adalah insan terpilih menerima hidayah Allah.
        Ya, betul. Seseorang yang memeluk Islam dalam tempoh 5 tahun dari tarikh memeluk Islam layak menerima bantuan zakat yang telah diperuntukkan dalam Islam kepada 8 asnaf zakat (orang yang layak menerima zakat) termasuklah muallaf (Saudara baru). Jadi, Miqail boleh cuba memohon zakat di mana-mana pusat zakat sebagai seorang saudara baru.

        Selepas tempoh 5 tahun bergelar muallaf, Miqail boleh juga memohon bantuan zakat jika pendapatan tidak mencukupi dengan keperluan iaitu dibawah asnaf faqir atau miskin.

        P/s: Harap bersabar dengan pelbagai karenah birokasi yang semestinya wujud di mana-mana. Semoga Allah permudahkan urusan Miqail. Amin.

        Sis Alya
        03-41089669

  13. assalamualaikum,sy seorang india muslim berkahwin dgn mualaf yg berbangsa india,,kami mempunyai dua org chaya mata (2th dan 6bulan)..suami berkeja sebagai kerani dgn gaji sebanyak rm1050,klu ada ot,sebulan blh dapat 1200,sy tidak brkeja,kami juga membuat perniagan burger dgn satey kecil2 lan di depan umah,sekarang sy menumpang di rumah keluarga suami yang bukan islam,,sy ingin perbesakan perniagan kami,tetapi tidak modal,blh kah pihak tuan membantu??terima kasih..

    • Wa’alaikumussalam.
      Allah. Kami sangat mengalukan Puan datang ke ibu pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati untuk perbincangan lanjut.
      InsyaAllah, kami sedia membantu Puan berdikari mencari rezeki yang halal disisi Allah.

      Alamat :
      Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 KL
      03-41089669

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

  14. assalamualaikum…sy dr sarawak..sy memeluk Islam xsmpai setahun lg..
    sy ingin bertanya adakah sy dpt memohon apa2 bantuan krana sy sedang belajar di IPTA skg..
    skg ni mmg di bwh tanggungan fmly dan mmg menghadapi mslh kewangan utk m’beli brg2 spt bj2 br yg menutup aurat n sebagainya..

    • Wa’alaikumussalam Mei..
      Alhamdulillah. Selamat kembali kepada agama fitrah saudaraku.
      Mei layak mendapat bantuan zakat kerana muallaf (orang yang baru memeluk Islam) termasuk dalam asnaf zakat (orang yang layak menerima wang zakat).
      Mei boleh memohon di Pusat Zakat di negeri tempat Mei tinggal.

      Pertanyaan lanjut, boleh hubungi ibu pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669. Kami sedia membantu!
      Semoga Allah permudahkan urusan Mei.

      Sis Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ

    • Waalaikumsalam….
      Alhamdulillah… dan Tahniah atas pemelukkan Saudari kepada Agama yang benar ini…
      Buat pengetahuan saudari, saudari layak menerima zakat atas golongan muallaf dan fi sabilillah. Bantuan zakat golongan fi sabilillah adalah untuk golongan pelajar ipt yang menuntut di dalam negara dan luar negara. saudari Mei boleh ke majlis agama terdekat untuk mengisi borong pemohonan untuk bantuan zakat bagi 2 golongan ini.

      semoga urusan saudari di mudahkan Allah Taala… ^_^

      Cik Erma Azila
      Peg. Eksekutif Dakwah.
      Hidayah Centre.

      • Assalaamualaikum
        Saya nk tanya,bagaimana saya boleh dapat pinjama. Untuk sambung belajar
        Saya seorang mualaf dah 6 tahun?
        Adakah hidayah centre dpt membantu?

  15. As salam. Sy berasal dr sarawak dan telah memeluk islam pada julai 2002. Sy berkahwin pada oct 2003 namun bercerai pada mac 2012. Anak 2 org (6&7 thn) dibawah jagaan sy. Sebelum ni, sy bekerja tp trpaksa berhenti apabila maid blk kpg. Sy mula berniaga permainan budak2 di downtown nmn akhirnya trpaksa tutup kedai disebabkn x mampu byr sewa. Sy sgt perlukan bantuan samada dlm bentuk pekerjaan ataupun bantuan modal perniagaan kerana simpanan semakin susut. Bekas

    suami masih membantu byr sewa rumah namun sy masih memerlukan sumber kewangan untuk prrbelanjaan harian. Sy tertekan dgn kehidupan skrg

    • Wa’laikumussalam.
      Allah. Kami amat bersimpati dengan ujian yang menimpa Puan sekeluarga. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat Puan.
      Kami di Hidayah Centre berbesar hati menerima kedatangan Puan ke pejabat kami di Taman Melawati KL untuk perbincangan lanjut.
      InsyaAllah, kami akan cuba memberi skongan & membantu sekadar kemampuan kami sebagai sebuah Pusat Sokongan Saudara Baru.

      Puan sekarang menetap di mana ya?
      Mohon jasa baik untuk emel personally serba sedikit maklumat diri Puan.

      Kami menunggu maklumbalas daripada Puan!

      Cik Alya
      Eksekutif Dakwah Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  16. Assalamualaikum..saya nak bertanya,isteri saya memeluk islam pada 29 mei 2012.di pejabat JHEINS daerah ranau,sabah.pernah mendapat sekali sahaja bantuan zakat Rm 500 ringgit.selepas itu tidak pernah memohon apa2 bantuan.sekarang kami menetap di Klang selangor dan kehidupan kami sering di uji dengan pelbagai dugaan hidup dalam kepayahan.gaji yang saya ada tidak dapat membantu masalah yang kami hadapi.kami mempunyai anak berumur 7 bulan dan isteri tidak dapat bekerja kerana mengandung dan tidak berapa sihat.Apa kah isteri saya boleh memohon lagi bantuan zakat dimana-mana untuk mengurangkan beban?dimana harus kami memohon?

    • Waálaikummussalam wrh wbh saudaraku.

      Allah sayangkan kamu sekeluarga! Moga terus berusaha untuk jadi Muslim yang terbaik.

      Untuk kes saudara ini, kami suka cadangkan saudara berhubung dengan Pejabat Daerah Agama Islam Klang (PAID Klang) untuk dapatkan bantuan.
      Jika saudara memang bermaustautin di sana, insyaÁllah JAIS akan bantu mengikut keperluan saudara.

      Cadangan lain kami juga adalah saudara dapatkan pekerjaan baru. InsyaÁllah kami akan maklumkan dalam facebook jika ada mana2 syarikat yang ingin menawarkan pekerjaan kepada saudara baru.

      Teruskan usaha saudaraku. Jemput2 untuk hubungi Hidayah Centre Klang untuk bina persaudaraan dengan kami di sana. Hubungi Pengurus HC Klang Tuan Haji Aizuddin 0193593592.

      Moga dipermudahkan urusan saudara. Amin3. ;-)

  17. Assalamualaikum,saya muhamad irfan bin abdullah.saya ingin tanya,saya ingin memulakan perniagaan tetapi saya tiada modal,boleh ke saya membuat pinjaman agar saya dapat memulakan perniagaan?saya juga ingin tanya boleh ke saya dapat apa2 bantuan sekiranya saya dalam masalah kewangan?kerana sejak saya memeluk agama islam saya dibuang keluarga n mereka tidak mahu membantu termasuk pihak2 bank..kemana n dimana saya patut pergi tuk dapatkan pinjaman itu?sila beritahu lokasi tempt..

    • Waalaikumsalam… saudara..

      Pertama, terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami. saudara, setiap saudara baru mempunyai hak zakat kerana saudara baru tergolong dalam 8 asnaf yang berhak menerima zakat. Bantuan ini boleh diperolehi di majlis agama setiap negeri dengan membuat permohonan di pejabat majlis agama negeri tersebut. permohonan ini di buat mengikut alamat i/c pemohon. sebagai contoh, Majlis Agama Islam Negeri Selangor menyediakan bantuan kepada saudara baru seperti sara hidup, perniagaan dan sebagainya.

      Saya harap, saudara boleh merujuk mana-mana majlis Agama Islam tempat kediaman saudara. saya harap jawapan ini mampu membantu saudara

      sekian, wassalam

      Cik Erma Azila (Cik Erma)
      Pegawai Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre

    • Subhanallah sabar sahabat…. sabar…. Allah tu Maha Ádil. teruskan agamamu itu cari lagi ajaran Islam aku yakin Allah swt Maha Adil

  18. Salam, saya sudah memeluk Islam sejak tahun 2010. tanpa pengetahuan keluarga hingga kini. masih bujang. tidak pernah cuba untuk mendapatkan bantuan zakat selama ni walaupon pernah diberitahu rakan2 islam kerana tidak mahu niat utama terpesong. tapi sejak akhir2 ni, iman makin lemah apabila perniagaan yang dijalankan jatuh merudum. dan saudara2 islam yang telah saya bantu satu ketika dahulu ketika mempunyai kewangan lebih seolah tidak menghargai apa yang saya lakukan dgn melaburkan modal utk memberi mereka perniagaan sehingga semua perniagaan yang saya laburkan lebur begitu saja. namun begitu, saya cuba gagahkan diri utk bertahan dan bangkit semula tetapi gagal. dari hari ke hari, saya semakin tenggelam dalam arus dunia dan mula hilang arah tujuan dari segi fizikal dan mental. ingin sy cuba dptkan bantuan dr segi sokongan mental dan fizikal org sekeliling. namun tak ramai yang ikhlas menolong. saya harap pihak saudari dpt bantu saya dari segi nasihat, tunjuk ajar, dan bimbing saya supaya nampak arah yg perlu dituju. saya akui byk kesalahan juga saya lakukan ketika senang. saya risau saya makin dibawa arus dan trus hilang. minta bantuan sgt2!! 019-2886077 Muhd Haiqal bin Ng.

    • waalaikumsalam… saudara haiqal

      saudara, saya dapat merasai dan memahami apa yang saudara alami sekarang. sememangnya agak sukar. tapi Alhamdulillah, saudara sudi berkongsi dengan pihak kami serta kuat semangat.saudara, setiap hamba Allah Taala pasti akan diuji agar dia semakin dekat dan bergantung harap dengan Allah Taala. akan tetapi saudara, ini tidak tidak bermaksud, saudara perlu putus asa. jalan ikhtiar itu yang perlu dicari. Insya Allah, pihak kami akan menghubungi saudara dengan kadar segera atau saudara boleh hadir ke Hidayah Centre. pihak kami berlapang dada menerima kehadiran saudara, kita boleh berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

      semoga Allah memudahkan urusan saudara..

      Cik Noor Erma Azila Mohd Pawzi (Cik Erma)
      Pegawai Eksekutif Dakwah

  19. as’mekum hidayah centre ..sy seorang mualaf baru memeluk islam nie tahun ..sya ingin btnya bolehkah sya ingin mohon bntuan kewangan m’mndangkan skrg sy tnggl dgn kluarga angkt b’agama islam,dan sy sara diri,mnyewa rumah rm350 sebulan..sy tdk mmpunyai kerja dan bgntung sma kluarga angkat ..sya ingin memohon bantuan krana malu dgn k’luaga ..

    • Wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Jemput datang ke pejabat kami di alamat : Lot300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

      Permohonan bantuan akan melalui beberapa prosedur tertentu yang telah ditetapkan.
      Semoga Allah permudahkan hidup Cik/Puan.

      Puan Alya
      Eksekutif Dakwah
      Hidayah Centre HQ
      03-41089669

  20. salam…sy memeluk agama islam pd tahun 2008,belum pernah memohon bantuan utk mualaf keran a masa itu masih belajr,skg sy da berkwin dan mempunyai anak dua,msalhnya pendapatan suami tak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan ,bolehka sy mendapat sedikit bantuan untuk meringankAN beban keluarga sy?

    • Wa’alaikumussalam.
      InsyaAllah boleh. Puan cuba ke Jabatan Agama Islam terdekat di kawasan tempat tinggal puan. Buat permohonan zakat di sana di bawah asnaf muallaf atau miskin.
      Saya doakan moga Allah murahkan rezeki puan sekeluarga & permudahkan segala urusan, insyaAllah.

      Pn. Alya
      Eksekutif Dakwah
      03-41089669

  21. Sudah coba minta bantuan ke beberapa Lembaga Islam yang ada di Bali namun belum ada hasil .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s